HOT!!!

Friday, July 29, 2011

Cinta Tak Bersyarat 24



Langkah kakinya di atur menuju mendekati Riezq yang sedang membaca akhbar di taman hadapan rumah mereka. dia duduk di hadapan lelaki itu. Riezq seperti tidak menyedari akan kehadirannya. Dia berdehem. Cuba menarik perhatian lelaki itu. Riezq menutup akhbar yang di bacanya apabila menyedari suara seseorang. Dia tersenyum apabila wajah Qyrina yang menyapa.

“Awak tak keluar ke hari ni?” soal Qyrina. dia membetulkan tudungnya yang ditiup angin. Biasanya hari-hari minggu sebegini lelaki tidak lekat di rumah tetapi sejak akhir-akhir ini Riezq sudah jarang keluar. Petang semalam sewaktu dia sampai juga lelaki itu berada di rumah.

“Tak. Lebih baik duduk rumah menatap wajah isteri saya.” ujarnya dan tersengih. Qyrina mencebik. Selalu sangat nak menyakat aku. Bisiknya.

“Tak bosan ke duduk rumah je.” Dia mengambil akhbar yang berada di hadapan lelaki itu. dibeleknya satu persatu mencari tajuk yang menarik. Tetapi tiada yang menarik pun. Asyik-asyik cerita politik. Dia meletak kembali akhbar tersebut.

“Awak rasa saya hensem tak?” soal Riezq. Qyrina yang mendengar ketawa. Perasan betul mamat ni.

“Saya serius ni.” tambahnya.

“Bolehlah.” Jawabnya berbelah bahagi. Pada mulanya dia hendak mengutuk lelaki itu tetapi malas pula nak bergaduh di pagi hari ini.

“Muka saya ni boleh tak kalau jadi pelakon?” dia sedikit bergurau. Ketawanya meletus apabila Qyrina mencebik.

“Perasan.”

“Kenapa pulak perasan? Ramai orang cakap muka saya ni komersil tau. Boleh jadi pelakon.” Tambahnya. Dia sengaja ingin menyakat gadis itu. suka hatinya mendengar celoteh Qyrina.

“Habis tu kenapa awak tak jadi pelakon je?” tempelak Qyrina. wajah Riezq dipandang. Dia memang kacak. Dia memang layak kalau jadi pelakon tetapi bakat pula tiada. Dia tersengih.
“Ha, yang awak pandang muka saya lepas tu tersenyum pulak tu kenapa? Dah jatuh hati
ke?” sakatnya lagi. Qyrina membulatkan matanya. Perasan betul mamat ni. dia mencapai akhbar dan memukul lengan lelaki itu. riezq ketawa terkekeh-kekeh. Geli hati melihat wajah Qyrina yang berubah. Qyrina berdiri.berkira-kira untuk meninggalkan lelaki tersebut. Makin layan makin menjadi-jadi pula.
“Nak pergi mana tu.” Soal Riezq.

“Lebih baik saya tengok tv daripada melayan awak ni.” ujar Qyrina.

“Kita keluar nak tak?” ajak Riezq. rasanya ini adalah kesempatannya untuk merapatkan hubungan mereka.

“Saya tak suka keluar dengan pelakon ni.”
Riezq sengih.

“Jomlah. Bosan juga kat rumah ni. mama dengan papa pun tak ada. Jomlah, Qyrina. please….” Dia buat muka merayu. Qyrina ingin tersenyum tetapi dikawalnya.

“Nak pergi mana?” dia menyoal. Riezq tersenyum.

“Mana-mana je.” Ujar Riezq. qyrina menangguk.

“Yes.” Ujarnya apabila gadis itu makin menjauh. Ini adalah kesempatan yang baik. Dia boleh menghabiskan masa berdua dengan isterinya. Dia akan cuba memikat Qyrina dengan perlahan-lahan.

*********************************************************************

Rania Qyrina menyuap makanan yang dipesannya tadi. Dia agak berselera kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. Suapannya terhenti apabila menyedari sesuatu. Dia meletak sudu dan garpu. Dia mendongak.

“Kenapa pandang saya?” soalnya. Riezq tersenyum.

“Bila masa pulak saya pandang awak?” soalnya kembali.

“Tadi tu.”

“Saya tak pandang awak pun Qyrina. saya cuma tengok makanan awak je. Nampak sedap.” Bohongnya. Qyrina mendengus. Ada je alasan.

“Nak cuba ke?” perli Qyrina. riezq mengangguk laju.

“Boleh jugak. Awak suapkan.” Dia ketawa kecil. Qyrina menjengilkan matanya.

“Makanlah sendiri.” Tempelaknya. Dia kembali menyuap makanannya. Riezq hanya tersenyum. Dia sengaja menyakitkan hati gadis itu. hidupnya bagai tidak lengkap jika sehari tidak bertikam lidah dengan gadis itu. Kata-kata Qyrina walaupun kadang-kadang agak pedas tetapi tidak pernah melekat di hatinya. dia akan mudah melupakan kesalahan yang dilakukan oleh Qyrina.

“Riezq, macam-mana dengan majlis ulang tahun syarikat?” soal Qyrina mematikan lamunan lelaki itu.

“Everything just okey.” Beritahunya.

“Awak dah bersedia ke?” Riezq memandang Qyrina. Qyrina mengeluh berat.

“Betulkah kita kena umumkan tentang perkahwinan kita ni?” dia betul-betul tidak mahu perkahwinan mereka diketahui.

“We have to, Qyrina.”

“Tapi kita tetap akan berpisah Riezq. kita ada perjanjian. Saya rasa lebih elok kalau tiada orang tahu tentang ni kecuali keluarga awak dan saya.” luahnya. Dia takut kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini nanti.

“Kalau kita berpisah benda ni akan beri effect pada keluarga awak, Qyrina. awak nak ke ibu awak tahu tentang ni?”

Qyrinq diam. Semuanya makin rumit. Dulu dia ingat benda ini akan berakhir dengan baik sekali. Berpura-pura kahwin dan berpisah kerana tiada persefahaman. Itu rancangan mereka dulu. Sekurang-kurangnya setahun sahaja dia perlu terlibat dalam semua ini. dia tidak tahu segalanya akan menjadi rumit. Perkahwinan mereka bukan lagi pura-pura. Dia sah isteri kepada Riezq. keluarganya juga telah terbabit sama. Sanggupkah dia terus mengheret ibunya sekali dalam masalah ini.

“Kalau kita teruskan perkahwinan ni, macam-mana?” soalan Riezq itu ibarat mencekik lehernya.

“Maksud awak?” soalnya lambat-lambat.

“Qyrina, tak salahkan kalau kita cuba. Kita teruskan je dengan semua ini. fikirkan tentang family kita. Kita mulakan semuanya balik.”

“Maksud awak kita takkan berpisah?” soalnya lagi. Riezq mengangguk.

“Bolehkah kita hidup macam tu, Riezq? sedangkan kita tak saling mencintai.”
Qyrina tunduk. Riezq mengeluh. Adakah hanya saya yang mencintai awak, Qyrina? soalnya dalam hati. Haruskah dia berterus-terang dengan gadis itu? Ya Allah, dia benar-benar buntu. Dia meraup mukanya.

“Qyrina,…”
Qyrina mendongak.

“Saya sayangkan awak.”
Luahnya. Qyrina terkesima. Dia menatap mata lelaki itu. adakah dia silap dengar? Atau dia hanya berhalusinasi?

“Saya dah jatuh hati dengan awak.” Tambahnya lagi. Qyrina menggigit bibirnya. Tiba-tiba dia ketawa kecil. Riezq kehairanan.

“Kenapa?” soal Riezq apabila gadis itu masih ketawa.

“Kenapa awak selalu sangat nak kenakan saya? awak ingat saya akan tertipu dengan kata-kata awak tu? Saya dah lama kenal awak, Riezq. kadang-kadang gurauan awak ni boleh buat saya sakit jantung tau.”

Riezq mengeluh. Kenapalah perempuan di hadapannya ini selalu berfikir begitu? Dia tersengih. Geram dengan kata-kata Qyrina itu. ingat senang ke aku nak luahkan perasaan aku ni? marahnya dalam hati.

“Saya serius ni, Qyrina. takkan awak tak sedar selama ni saya selalu perhatikan awak. Qyrina, be my wife forever.” Dia cuba menguji gadis itu. Wajah Qyrina memerah. Dia terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

“Riezq, awak jangan jadi gila.” Ujarnya gagap.

“Kenapa pulak? Tak salahkan saya jatuh cinta dengan wife sendiri.”

“Awak…” qyrina berdiri. Dia tidak betah menatap wajah Riezq tika ini. riezq menangkap tangannya. tawa meletus dari bibirnya. Qyrina memandangnya hairan.

“See, you always fall with my lie. Right, Qyrina?” dia ketawa lagi. Walaupun dia benar-benar serius tadi tetapi apabila melihat reaksi Qyrina dia jadi takut. Dia takut gadis itu akan meninggalkan dirinya. Dia tidak mahu Qyrina menjauhkan dirinya apabila mengetahui isi hatinya ini.

Hati Qyrina mendongkol marah. dia geram dipermainkan oleh Riezq. dia menyangka lelaki itu benar-benar meluahkan perasaannya tadi.

“Sorry.”

“Awak memang tak betul. Dahlah saya nak balik.” Ujar Qyrina dan melangkah. Riezq mengekori langkah gadis itu yang sudah keluar daripada restoran tersebut..

“Qyrina.”
Panggilnya. Qyrina berhenti. Dia berpaling. Riezq tersengih bak kerang busuk. Mahu sahaja diluku kepala mamat itu.

“Marah ke?” soalnya apabila menghampiri gadis itu.

“No. I’m so happy.” Perlinya. Riezq sengih lagi.

“Saya tahu awak terkilan sebab benda tu tak betulkan. Awak dah jatuh hati pada sayakan?” soalnya separuh bergurau. Qyrina menjelirkan lidahnya. Macamlah aku hadap sangat. Bisiknya.

“Tak kuasa saya.” dia meneruskan langkahnya. Malu apabila ada mata-mata memandang kepada mereka tadi. Dia tidak mahu orang menyangka ada drama pula di situ. Riezq mengekori gadis itu.

“Tell me sayang. You fall in love with me right?”

“Apalah awak ni? nonsense.”

“Maybe awak tak sedar lagi. Tanya hati awak, Qyrina. cinta takkan disedari kalau kita sendiri tak cuba menyelaminya. Saya rasa awak sukakan saya.” riezq masih lagi mendesak gadis itu. suka hatinya melihat wajah gadis yang berubah. Mungkin sakit hati dengannya.

Qyrina tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu. makin dilayan makin sakit hatinya. tak perlu menyelam pun dia tahu dia memang tak ada hati pada lelaki itu. lagipun aku mana pandai berenang. Nanti lemas pulak. Dia mengukir senyum. Sempat lagi fikir yang bukan-bukan.

“Kenapa awak senyum pula? Mesti awak memang dah tahu isi hati awakkan.” Riezq masih lagi seperti tadi. Qyrina berhenti melangkah.

“Riezq, awak tak rasa penat ke? Saya rasa awak yang patut pergi kat sungai dan menyelam dalam air. Tengok apa kata hati awak. Jomlah balik. Dari tadi lagi membebel benda yang bukan-bukan.”

“Alah, awal lagi ni. lagipun saya nak ambil baju yang saya tempah hari tu.” Ujarnya. Qyrina mengeluh.

“Yerlah. Lepas tu kita terus balik.” Ujarnya. Riezq mengangguk. Dia menarik tangan gadis itu.

“Saya boleh jalan sendirilah.” Dia cuba menarik tangannya yang berada dalam pegangan lelaki itu.

“Saya pegang pun tak pe. Lagipun nanti awak sesat.” Dia ketawa kecil. Qyrina menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. tetapi Riezq tetap tidak melepaskan tangannya.

“Ikut je lah sayang.” Ujar Riezq. akhirnya dia hanya membiarkan. Lagipun dia malas bertikam lidah dengan Riezq. balik-balik dirinya yang terkena. Dalam diam Riezq tersenyum. Dia tahu sekeras-keras hati Qyrina masih ada ruang yang tersembunyi. Ruang hatinya yang masih punyai rasa kasih dan sayang. Akan dia menyelusuri hati gadis itu.

3 comments:

  1. erkk...aala..awat kata tipu...satg nnti time btul2 rina xcaya lak...huu

    ReplyDelete
  2. dah 2x tipu rina..terus terang je la.

    ReplyDelete
  3. adeh awat mengelak lagi rizq. klo main cmtu grenti nti lagi la rina tak percaya.

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers