Baju kurung yang tersarung di badannya dibetulkan.
Dia menarik begnya. Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu teksi tetapi masih
tiada yang berhenti. Dia merengus. Cuaca yang panas membuatkannya serba tidak
kena. Peluh di dahi sudah banyak yang keluar.
“Bawak kereta macam pelesit.” Bebelnya sendiri
apabila melihat sebuah kereta wolkswagen EOS berwarna biru yang meluncur laju.
“Lawa jugak kereta tu. Nanti nak suruh papa
belikanlah.” Ujarnya. Masih sempat memikirkan perkara tersebut. Dia tersenyum.
Dia kaget apabila melihat kereta tadi yang mengundur dan berhenti di
hadapannya. Beg pakaiannya di genggam erat.
Cermin kereta diturunkan. Dia menelan liur melihat
lelaki yang berkaca mata hitam itu. lelaki itu keluar dari keretanya.
Berdebar-debar pula dadanya. Kalah pelari yang membuat pecutan seratus meter.
“You the
goergous girl, right?” soal lelaki itu. dia mengerutkan dahinya. Tidak
mengerti.
“It’s me. Remembered?” lelaki itu menanggalkan spek
mata hitamnya. Wajah itu pernah dilihat tetapi dia tidak ingat di mana dan
bila. Dia mengerutkan dahinya. Cuba mengerah otaknya.
“Sorry. I can’t.” Akhirnya dia mengalah. Dia malas
berteka-teki lagi. Lagipun dia masih punya misi untuk diselesaikan.
“Sayalah. The handsome fotographer.” Lelaki itu
tersengih. Ingatannya kembali kepada peristiwa beberapa hari lepas. Lelaki
tempoh hari. Spontan bibirnya tersenyum.
“See. You
still remembered me.”
Zafrill Arif menyilangkan kedua-dua belah tangannya
ke dada.
“Awak nak ke mana ni?” dia tunduk melihat beg
pakaian gadis itu.
“Balik rumah. Erm,
if you don’t mind may I...”
“Boleh saya hantarkan?”
“Tak pe. Saya boleh balik sendiri. Thanks.”
Dia cuak dengan perangai lelaki ini yang kelihatan
bersahaja. Seperti sudah lama mereka berkenalan. Muka tembok betul. Dia
mengutuk di dalam hati.
“Please.
Lagipun macam tak ada teksi je yang nak berhenti. You will not regret.”
“It’s okay.
Saya tak suka menyusahkan orang.”
“Saya takkan culik awak. Lagipun kat kawasan ni
ramai budak-budak jahat.” Ujar lelaki itu. dia pandang sekeliling. Kelihatan
dua tiga anak muda yang sedang melepak di tempat yang tidak jauh daripadanya.
Dia menelan liur. Cuak juga.
“You’ll be
safe with me.”
Dania Aleya diam. Dia merenung
wajah putih lelaki itu. apa yang harus dia buat? Menerima atau menolak? Jika
menerima dia akan tiba awal di rumah dan jika dia menolak kemungkinan besar dia
akan diganggu oleh sekumpulan anak muda tersebut. Dia menelan liur. Kenapalah
dia tidak terima sahaja pelawaan Atikah untuk menghantarnya tadi?
“Miss.”
“Ok.”
“Thank god.” Kata lelaki itu. dia malas melayan.
“May I?” soal lelaki itu sambil menunjuk ke arah begnya. Dia
mengangguk dan menyerahkan kepada Zafrill Arif.
Sepanjang perjalanan masing-masing
mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan. Lagipun dia tidak
mengenali lelaki itu. duduknya juga tidak selesa.
Dia mengiringkan badannya sedikit
ke kiri. Lebih baik dia memerhatikan permandangan di luar.
“Awak.” Panggil lelaki itu. dia
berpaling ke arah lelaki itu.
Keningnya dinaikkan. Zafrill Ariff
tersengih.
“What?” soalnya.
“Awak nak saya hantar awak kat mana
ni?” soalnya. Dania Aleya menepuk dahinya. Lupa untuk memberitahu tempat
tinggalnya. Nasib baik masih tidak melepasi kawasan perumahannya.
“Awak straight lepas tu belok kiri and
then awak akan jumpa taman perumahan persendirian. Royal Destination. That’s my place.” Arahnya.
“Awak tinggal kat sana ke? Kawan
saya pun tinggal kat sana. Wah, interesting.
I like.”
Dia hanya tersengih. Apabila lelaki
itu membelok ke arah kawasan perumahannya dia makin berdebar. Seram sejuk
terasa badannya. Peluh sudah menitis.
“Mana satu rumah awak?”
Dia diam.
“Awak.” Panggil lelaki itu.
“The other one. Second house after this.” Suaranya sedikit
menggeletar. Dan akhirnya lelaki itu memberhentikan keretanya di hadapan sebuah
rumah banglo mewah.
“Ini ke rumah awak?” soal Zafrill
Arif.
“Rumah kawan saya sebelah je dengan
awak. Tak sangka awak berjiran dengan dia.”
Dia diam. Tidak mahu bertanya.
Jiran yang mana satu. Sebelah kiri or kanan?
“Awak tinggal kat sini ke?” soal
lelaki itu lagi. Dia mengeluh. banyak tanya betul mamat ni. Dah kereta berhenti
kat depan ni tentulah rumah aku.
“No. Sementara je. Saya orang gaji kat sini.” Sebaik dia
mengatakannya dia terus keluar daripada kereta lelaki itu. dia memerhatikan
rumahnya. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Matanya
memerhatikan rumah yang bersebelahan dengan rumahnya. Masih sama. Cuma
perasaannya sahaja yang berbeza. Jika dulu dia begitu teruja untuk melangkah ke
rumah jirannya tetapi sekarang dia seboleh mungkin melarikan diri daripada
semua itu.
“Betul ke awak kerja kat sini?”
soal lelaki itu yang sudah berdiri di sebelahnya. Di tangan lelaki itu beg
bajunya. Dia mengangguk.
“Awak tak nampak macam orang gaji
pun.” Dia masih meragui kata-kata gadis itu.
“Terima kasih sebab hantarkan saya.
Allah je yang boleh balas kebaikan awak ni. Thanks again.” Dia mengambil
begnya.
“Awak...”
“Ya.”
“Boleh saya tahu nama awak?” soal
Zafrill Arif teragak-agak. Dania Aleya tersenyum.
“Please.” Rayunya.
“Aleya. awak baliklah.”
“Okay awak. Thanks a lot.”
Dia hanya menggelengkan kepala
melihat senyuman lelaki itu. kereta lelaki itu laju meluncur meninggalkannya.
Sekarang dia hanya berseorangan. Dia kembali merenung kosong rumahnya.
Terketar-ketar tangannya menekan loceng.
Dia merenung kasutnya. Beberapa
minit kemudian pintu kecil dibuka.
“Siapa?”
Dia kenal suara itu. dia mendongak.
“Cik Dania ke ni?” soal Mak Siti
lambat-lambat. Dia mengangguk dan tersenyum.
“Dania balik dengan siapa? Kenapa
Datin dengan Datuk tak tahu apa-apa?” soal wanita separuh umur itu. dia tunduk
menyalami wanita itu dan memeluknya.
“Mak Siti sihat?” soalnya. Wanita
itu mengangguk.
“Masuklah, Cik Dania. Datin ada kat
dalam.” Mak siti mengambil beg di tangannya.
“Tak pe. Dania boleh bawak. Papa
ada?”
“Datuk kerja.”
Mak Siti menarik tangannya. Dia
hanya menurut. Kakinya tidak terasa berpijak di bumi. Matanya pula masih
memandang rumah besar yang tersergam di sebelah rumahnya.
“Datin ada kat dapur kot. Dania nak
mak Siti panggilkan ke?”
Dia menarik tangan wanita itu.
“Biar Dania yang pergi.”
Perlahan-lahan dia menuju ke arah dapur. Dia mematikan langkahnya apabila
melihat sesusuk tubuh yang agak lama tidak ditemuinya. Mamanya membelakanginya.
Serta-merta air matanya mengalir. dia hanya tidak menemui wanita ini beberapa
bulan tetapi rindu terhadap ibu kandungnya ini begitu meluat-luat.
“Mak Siti, nanti saya dah siap
masak tolong telefon Datuk ya.”
Suara mamanya. Rindunya untuk
menatap wajah suci itu.
“Mama.” Tenggelam timbul suaranya.
Wanita itu berpaling ke arahnya.
“Dania.”
Dan ibunya terus meluru ke arahnya
dan memeluk tubuhnya. Mereka berdua menangis di situ. Dia memeluk erat tubuh
wanita yang telah melahirkannya itu. wanita yang terlalu berharga untuknya.
*******************************************************
“Kenapa tak beritahu nak balik?”
Dia hanya tersenyum mendengar
soalan daripada papanya itu. sudah banyak kali mereka berdua mengeluarkan
soalan yang sama.
“Surprise
for mama and papa. Are you surprised?” sakatnya. Papanya
menggelengkan kepala.
“Anak papa memang tak pernah
berubah. I know my daughter. Stubborn.
Kalau nak buat apa-apapun ikut hati je.” Ujar Datuk Dani. Dia tersengih.
“Tapi Dania dah matang.”
Dia masih berada dalam pelukan
Datin Amina. Wanita itu terlalu merindui anaknya.
“Kita patut buat majlis kesyukuran
sempena kepulangan Dania ni, bang. Min nak buat majlis yang meriah. Nak
kenalkan anak perempuan kita yang comel ni kat semua orang.”
“Awak nak inform yang awak ada anak dara dan tunggu orang masuk meminang Dania
ni ke?” sampuk papanya. Mamanya menarik muka. Dia ketawa.
“Abang ni ke situ pula. She’s the only daughter that we had. Min
nak buat juga. Lagipun tak salahkan. Manalah tahu kalau ada yang sangkut.”
“Mama.”
“Kenapa pulak? Dania dah ada somebody ke?”
Dia memandang wajah bercahaya
mamanya.
“Dania muda lagi. Takkan dah nak
kahwin. Jangan fikir yang bukan-bukan. Pasal nak buat majlis tu postpone dulu ya. Nanti kita bincang.”
Dia cuba melarikan diri daripada
topik yang hangit itu.
“Mana ada muda. Akimi tu pun dulu
kahwin masa umur 22 tahun.”
Gulp. Matanya terasa berair.
Dadanya berdebar. Jantungnya semakin laju mengepam darah. Mukanya terasa panas.
Kenapa harus disebut nama itu?
“Dania.”
Dia tersentak.
“Dania nak naik atas. Papa tak nak
pergi kerja ke?” soalnya. Dia berdiri. Begnya dicapai.
“Tak ada mood nak kerja. Mood nak
duduk rumah tatap muka Dania je.” Papanya tersenyum. Dia mendekati Datuk Dani
dan memeluk lelaki itu.
“Love you, papa.” Katanya.
“Dania naik dulu.” Dia menarik
begnya dan terus melangkah ke atas. Kakinya dipercepatkan. Tanpa dipinta air
matanya mengalir. mengapa begitu mudah dia mengalirkan air mata untuk lelaki
itu?
Apabila tiba di bilik dia terus
menguncikan diri di dalamnya. Begnya di letak di tepi. Dia membaringkan
tubuhnya ke katil. Tudung di kepala di tanggalkan. Tangannya menyentuh rantai
yang tergantung di lehernya. Dia menanggalkannya. Cincin yang berada pada
rantai tersebut dipandang. Dia mengenggam erat rantai dan cincin tersebut.
Kesilapannya hanya satu. Dia yang tidak mahu melupakan lelaki itu. dia bangkit.
Laci dibuka dan dia meletakkan rantai tersebut di dalamnya. Ada baiknya dia
cuba melupakan lelaki itu. mungkin inilah masanya. Melupakan itu lebih baik
daripada dia terus berharap dan membiarkan hatinya menderita begini.
Cuba menerima orang lain.
Ayat itu sentiasa bermain di
kepalanya. Bukan dia tidak pernah mencuba tetapi setiap kali dia cuba menerima
cinta lelaki lain wajah dan kenangan bersama lelaki itu akan sentiasa
bermain-main di mindanya. Akhirnya dia memutuskan untuk tidak menerima dan
mendekati mana-mana lelaki. Semua itu untuk kebaikan semua pihak. Dia tidak
mahu memberi harapan palsu kepada sesiapa. Cukuplah sekali dia dihidangkan
dengan harapan palsu kerana layanan lelaki itu dahulu. Dia tidak mahu ada orang
lain yang menderita kerananya pula.