HOT!!!

Sunday, September 18, 2011

Cerpen: Cinta dia??? Gila!

Cinta dia??? Gila!
Syarafana melangkah tergesa-gesa menuju ke arah bilik ketua pengarah. Pintu bilik ditolak kasar. Lelaki itu yang sedang asyik berbual dengan seorang wanita nyata terkejut dengan kehadirannya. Perempuan itu juga begitu. Bukan dia tidak kenal dengan perempuan itu. Kareena model yang seksi dan suka mengejar lelaki yang kaya dan bodoh. Termasuk juga lelaki yang berada di hadapannya ini.
“Kau buat apa ni?”
Sharizs berdiri. Panas hatinya dengan kelakuan kurang ajar gadis itu. Dia ingat dia tuan punya syarikat ini ke?
Syarafana mengukir senyum yang sukar dimengertikan oleh Syarizs. Kedua-dua tangannya disilang ke dada. Perempuan yang berada di sebelah Syarizs membuat muka tidak berpuas hati. Apa dia ingat aku heran sangat? Katanya dalam hati.
“Sape pompuan ni Arisz?” Amelia pandang wajah Sharizs. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia bertentang mata dengan Syarafana. Amelia tidak senang hati melihat perlakuan mereka berdua.
“Arizs.”
Dia merengek. Lengan Sharizs di tarik-tarik. Syarizs merengus. Serabut dengan gangguan perempuan itu. Dia merentap tangan Amelia.
“Kenapa dengan you ni? Pompuan tu yang buat gila tau.” Jerit Amelia. Bingit telinganya mendengar suara perempuan itu yang nyaring.
“Boleh tak you diam sikit? Malu kalau staf I dengar nanti.” Ujar Sharizs. Amelia menghentakkan kakinya. Tunjuk manjalah tu. Kutuk Syarafana dalam hati.
“Tau pulak malu. Buat maksiat dalam office ni tak malu pulak.” Ujar Syarafana pedas. Sharizs menyinga dengan kata-kata gadis itu.
“Kurang ajar punya pompuan.” Amelia meluru ke arah Syarafana. Tangannya di angkat tinggi. Syarafana menahan tangan Amelia yang ingin singgah ke pipinya. Dia menolak Amelia. Perempuan itu terduduk ke atas lantai. Syarafana senyum mengejek. Lemah macam ni ada hati nak pukul aku.
“Kau beritahulah makwe kau siapa aku ni Arizs? And one more thing lain kali aku tak nak kau babitkan nama aku kalau kau nak buat apa-apa pun.” Ujar Syarafana sebelum melangkah keluar dari bilik lelaki itu. Dia melepaskan keluhan lega. Memang gila apa yang dia buat ni?
Sharizs menumbuk mejanya. Kuat bunyinya sehingga membuatkan Amelia terperanjat. Gadis itu bangun dan membetulkan pakaiannya.
“Gila betul pompuan tu.” Bebelnya. Sharizs duduk. Dia meregangkan tali lehernya. Lengan kemejanya disinsing hingga ke paras siku. Panas hatinya dengan kelakuan gadis itu.Kalau gadis itu lelaki tentu sudah lama ditumbuk muka itu.
“Geramnya I. kenapa you tak ajar je pompuan gila tu? Sakit tau tangan I ni.” Bebelnya lagi sambil menggosok tangannya yang kemerahan. Sharizs menjeling Amelia.
“Kenapa you tak ajar pompuan tu tadi? biasanya you suka cari gaduhkan.” Tempelak Sharizs. Amelia menarik muka.
“Siapa pompuan tu?” soal Amelia. Wajahnya dimasamkan. Sakit hati dengan kata-kata Sharizs. Sharizs menyandarkan badannya. Satu keluhan keluar dari bibirnya.
Sape pompuan tu? Dia tidak berapa mengenali gadis itu pada mulanya. Tetapi kerana perisitiwa dua bulan yang lalu dia terikat dengan gadis ini. Nalia Syarafana Bt. Tan Sri Mahmud. Kerana paksaan keluarganya dia terpaksa bertunang dengan gadis itu. Dia tidak menyukai gadis itu malahan amat membenci gadis yang bernama Syarafana itu. Kata mereka dia telah ditunangkan dengan Syarafana sejak mereka kecil lagi. Memang gila. Zaman macam ni pun masih ada yang berfikiran kolot seperti keluarga mereka berdua.
Dia tahu gadis itu juga tidak menyukainya. Oleh sebab itu dia dan Syarafana terpaksa berlagak mesra di hadapan keluarga mereka. Dia punya perjanjian dengan gadis itu. Hubungan mereka hanyalah satu lakonan. Sementelah dia dan Syarafana masing-masing sudah punyai insan yang istimewa dalam hidup mereka.
Dia pandang Amelia. Perempuan itu sedang membebel sesuatu. Nasib baik teman wanitanya bukan perempuan itu. Dia mencintai Aisha. Sejak dia belajar di university lagi mereka berhubung tetapi Aisha bukanlah anak orang kaya seperti Syarafana. Dia hanyalah seorang gadis yang biasa tetapi punyai keistimewaan tersendiri. Oleh sebab itu hatinya melekat kepada Aisha. Perangai mereka juga jauh berbeza. Aisha seorang yang bersopan dan lemah lembut tidak seperti Syarafana yang lebih bersikap garang.
***********************************************************
Dia menongkat dagu mendengar perbualan mummy-nya dengan mama Sal. Masuk kali ini sudah banyak kali dia mendengar cerita tersebut. Dia pun sudah boleh mengagak jalan ceritanya. Satu keluhan terbit dari bibirnya.
“Kenapa?” dia terkesima apabila mereka berdua memandang ke arahnya. Keningnya terangkat.
“Why?” soalnya pula dalam versi mat salleh. Dia sengih menunjukkan giginya.
“Tak sabar mama nak tengok kamu berdua bersanding.” Mama Sal mula mengeluarkan topic yang menyengalkannya. Dia membetulkan duduk. Tangannya meraba telefon yang berbunyi menandakan ada mesej masuk. Bibirnya tersenyum saat membaca nama pengirimnya.
“Sape pulak tu?” dia pandang wajah mummy.
“Takde sape-sape. Mummy cakap apa dengan Mama Sal tadi?” dia cuba menukar topic. Walaupun dia tahu tajuk apa yang dibualkan oleh mereka berdua.
“Kisah Ara dengan Arisz masa kecil-kecillah.” Dia senyum plastic. Kisah aku kecik-kecik? Apalah mummy ni.
“Ara kan tahu macam-mana nama Ara diberi. Sweet sangat nama kamu berdua.” Tambah Mama Sal. Aduhai, nampaknya lagi sekali dia terpaksa menadah telinga mendengar hikayat cinta zaman budak-budaknya daripada pencerita-pencerita yang tak bertauliah.
“Dua tahun lepas Kak Sal lahirkan Arisz, Min pula lahirkan Ara. Nama Ara pun diambil sempena nama Arisz. Sengaja kami cari nama yang hampir sama untuk kamu. Nak panjangkan jodohlah katakan.” Mereka berdua ketawa. Bahagia betul dua sekawan ni bercerita. Dia pura-pura tersenyum sampai naik lenguh rahangnya.
“Nakriel Sharisz dan Nalia Syarafana. Sweetnya...”
Aah. ‘Memang sweet sangat-sangat’. Tak sangka mereka sempat fikirkan nama yang macam tu. Kadang-kadang rimas juga dia apabila memikirkan namanya diambil sempena nama mamat senget tu.
Dan mereka bla bla bla.... dia sudah hilang ke alam lain.
“Mummy tak kira Ara kena tunang juga dengan anak Mama Sal. Fullstop.” Tegas suara mummy-nya menerjah gegendang telinganya. Dia terduduk. Nafasnya turun naik menahan sebak. Bagaimana mummy-nya boleh membuat keputusan yang amat gila ini tanpa berunding dengannya dahulu. Dia tidak kenal dan tidak ingat pun dengan lelaki yang bernama Nakriel Sharisz. Memang dia rapat dengan keluarga lelaki itu tetapi dia tidak mengenali lelaki itu kerana sejak remaja lagi lelaki itu tinggal dengan ibu saudaranya di luar negara kerana menyambung pelajarannya.
“Mummy kan tahu Ara sedang berkawan rapat dengan seseorang sekarang ni. Kenapa mummy still nak paksa Ara buat benda yang Ara tak boleh buat?” marahnya. Dia pandang wajah daddy yang sedang duduk di sebelah mummynya. Daddy diam. Tidak pula menyampuk. Help me, dad. Jeritnya dalam hati.
“Ara, kali ni dengar cakap mummy.” Sampuk daddynya. Hampir mengalir air matanya. Kenapa mesti daddy ikut mummy mendera perasaan Ara? Rintihnya dalam hati. Mindanya mula teringat wajah Amsyar. Ya Allah aku amat menyanyangi lelaki itu. Walau apa yang terjadi cinta kami harus dipertahankan. Nekadnya dalam hati.
“Ara tak nak.” Ujarnya tegas. Wajah kedua-dua orang tuanya ditatap. Maafkan Ara.
“Kenapa susah sangat Ara nak dengar cakap kami. Biasanya apa yang Ara nak kami bagi takkan Ara tak boleh nak bagi apa yang kami nak pula.” Mummy mula mengungkit. Memang dia anak yang terlalu dimanja. Apa sahaja yang diminta akan ditunaikan. Begitu juga dengan abang-abangnya. Mereka bertiga amat menyayanginya.
“Ara sayang dia.” Suaranya mula mengendur. Air mata yang mengalir disapu. Suasana sunyi seketika.
“Siapa yang Ara lebih sayang? Kami ataupun lelaki tu. Kalau Ara nak tengok mummy pendek umur Ara buatlah mengikut kehendak Ara.” Mummy bangkit dan berlalu tanpa memandang ke arahnya. Dia terkesima mendengar kata-kata mummynya.
Dan kerana ugutan itu dia terpaksa menerima semua ini. Tambahan pula abangnya bertiga juga melancarkan mogok terhadapnya. Hampir seminggu juga mereka tidak bertegur sapa.
Lagu fiction nyanyian kumpulan Beast bergema. Dia tersentak. Hilang semua kenangannya. Tangannya cepat mencapai telefon bimbitnya. Dia tahu siapa yang menelefonnya kerana lagu itu telah dikhaskan untuk orang yang teristimewa. Dia berdiri.
“Mummy, mama Ara naik dulu ya.” Ujarnya dan cepat melangkah. Dalam hatinya berdebar saat melihat mata mummynya. Seolah-olah wanita itu mengesyaki sesuatu. Sebaik tiba dalam bilik dia mendail kembali nombor telefon tersebut.
“Assalamualaikum Abang.” Sapanya ditalian. Salamnya dijawab. Bibirnya menguntum senyum.
“Kenapa Abang call tak angkat?” soal lelaki itu.
“Mummy ada.” Dia mengeluh.
“Sampai bila kita nak jadi macam ni? Abang ni keluar dengan tunang orang pulak tu.” Ujar Amsyar perlahan. Syarafana diam. Kesian terhadap teman lelakinya.
“Sabarlah abang. Bila semuanya dah selesai nanti...”
“Tapi bila sayang? Abang takut Ara betul-betul kahwin dengan lelaki tu.” Amsyar mengeluh lemah. Syarafana ketawa. Benda yang mustahil macam tu pun Amsyar boleh terfikir. Usahkan berkahwin pandang muka Sharisz pun dia naik meluat. Rasa mahu sahaja diluku kepala mamat senget tu. Tiba-tiba dia jadi geram apabila teringat perisitiwa tadi. Kata ada makwe tapi masih nak menggatal. Gerutunya dalam hati.
“Ara.” Dia tersentak mendengar panggilan Amsyar.
“Teringat sape?” soal Amsyar.
“Abanglah.” Selindungnya.
“Malam ni nak teman abang tengok wayang tak?”
“Cerita apa?” soalnya bersungguh. Dia suka ke panggung. Itupun kerana dia dapat menikmati bertih jagung di sana. Dia suka makan bertih jagung di pawagan. Pelik sungguh tabiatnya itu.
“Entahlah. Abang nak jumpa Ara je.” Dia tersenyum bahagia. Dia pun rindukan Amsyar. Rindu teramat walaupun baru kelmarin dia menemui lelaki itu. Mereka memutuskan talian. Syarafana memeluk patung beruang yang telah lama menemani tidurnya. Sejak dia kecil lagi. Dia sayang sangat dengan patung beruang itu. Entah kenapa?
Matanya dipejamkan. Bestnya dapat jumpa orang yang tersayang kejap lagi. Dia benar-benar tidak sabar menanti malam. Nak pakai baju apa ya? Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tanpa melihat si pemanggil dia menekan butang hijau.
“Abang...” panggilnya manja. Diam. Dia mengerutkan dahinya. Kenapa senyap pula?
“Dah gila ke?”
Dia bangkit dari pembaringan. Bukan dia tidak kenal dengan suara itu. Dia melihat nama yang tertera di skrin.
Mamat Senget.
“Kau nak apa ganggu aku ni?” soalnya geram. Kacau daun betul mamat ni. Mati-mati aku ingat abang.
“Kau ingat aku suka ke dengar suara kau ni?” marah lelaki itu kembali.
“Habis tu kau nak apa?” soalnya geram. Selalu sangat nak sakitkan hati aku.
“Malam ni kau kena keluar dengan aku.” Arah lelaki itu.
“Kenapa pulak aku kena keluar dengan kau? Dah buang tabiat?”
Syarafana menggigit bibir. Geramnya. Kalau mamat senget tu ada depan dia sudah tentu ditarik-tarik telinga mamat tersebut. Baru puas hatinya. Dia senyum jahat.
“Kau tu yang nyanyuk. Hari ni hari rabu. Aku saja nak ingatkan kau sebab aku dah agak kau tentu tak ingat. Orang tua nyanyuk.” Tempelak Sharisz. Terdengar lelaki itu ketawa kecil. Dia menggigit bibir. Mindanya cuba mengingati sesuatu. Dia menepuk dahi. Betullah hari ni hari rabu. Ya Allah, mengapa aku langsung tak ingat? Cepat betul hari malang aku ni berputar.
“Weh, kau dengar tak?” soal Sharisz. Syarafana mengeluh. Janji aku dan abang macam-mana? Abang pun satu mengapa dipilih hari ini. Bukankah dia sudah pesan dan memang sudah termaktub dalam kalendarnya bahawa hari rabu malam ialah hari dia spend time dengan mamat senget tersebut. Manakala hari ahad pula dia harus habiskan sehari suntuk dengan lelaki itu. Sengaja mengaburi mata keluarganya.
“Minah.” Panggil Sharisz lagi apabila panggilannya tidak mendapat respon.
“Ape?” jawab Syarafana. Sharisz ketawa besar.
“Kau ni kenapa?” marahnya. Bingit telinganya dengan suara mengilai bak Pontianak jantan mamat senget tersebut.
“Memang nama kau minah ek?” dia masih ketawa. Syarafana menggigit bibir. Geram.
“Gila. Minah tu nama makwe kau.” Balas Syarafana.
“Habis tu yang kau menyahut bila aku panggil nama tu tadi kenapa pulak?” sharisz cuba mengawal suaranya. Takut juga jika staf di luar mendengar suaranya ketawa besar.
“Dahlah. Jumpa kau tempat biasa malam ni.” Ujarnya lagi dan cuba mematikan talian.
“Aku ambil kau kat rumahlah.”
“Wei...”
Belum sempat dia berkata talian sudah dimatikan. Syarafana menghempaskan telefonnya ke katil.
“Abang....” suaranya sayu. Sedih apabila memikirkan rancangannya untuk keluar berdua-duaan dengan Amsyar terpaksa dibatalkan. Terpaksalah dia makan bertih jagung dengan mamat senget tu lagi. Balik-balik dengan Sharisz. Nasiblah.
********************************************************
Sharisz berjalan agak ke hadapan daripada Syarafana. Malas beriringan dengan minah tidak cukup vitamin itu. Dia menyuap bertih jagung ke dalam mulutnya. Sedap jugak. Patutlah minah tidak cukup vitamin itu suka sangat dengan makanan ini. Dia suap lagi. Dan apabila tangannya menyeluk untuk kali ketiga bekas tersebut dirampas.
“Makanan aku ni.” Marahnya. Sharisz mencebik.
“Habis kenapa kau suruh aku pegang? Hak akulah tu.” Dia rampas kembali bekas yang berisi pop corn itu.
“Aku cuma suruh kau pegang sebab aku pergi tandas tadi. Bak sini makanan aku.”
Sharisz tersengih. Gila minah ni. Tak malu bersuara kuat di khalayak ramai. Dia paut kepala gadis itu. Kepala Syarafana digosok.
“Adik abang nak makan ni ek. Nah ambiklah. Bucuk.” Ujarnya. Dia menyorokkan sengihnya. Bekas tersebut diserahkan kepada Syarafana. Gadis itu menepis tangan Sharisz yang mendarat di kepalanya. Berani-berani dia sentuh kepala aku. Ingat tak ada insurans ke?
“Memang sengetlah kau ni.”
“Berlakonlah sikit. Takdelah aku malu sebab bawak budak yang suara lantang macam kau ni.” Usik Sharisz lagi. Memang dia sudah berniat untuk mengenakan Syarafana. Perisitiwa siang tadi masih segar diingatannya. Geram dengan kata-kata lancang gadis itu.
Syarafana berlalu meninggal Sharisz. Sakit betul hatinya. Dia membetulkan tudung di kepalanya. Bibirnya membebel mengutuk mamat senget itu. Sharisz menyainginya.
“Weh, kau tunggu kejap aku nak pergi kedai tu.” Ujar lelaki itu. Dia berhenti. Matanya memerhati Sharisz bergerak ke kedai yang menjual cenderahati. Hatinya tergerak untuk mengikut. Lagipun dekorasi kedai tersebut kelihatan agak comel.
Dia hanya melihat Sharisz sedang memilih sesuatu. Kakinya bergerak ke sudut lain. Kakinya terhenti saat terpandang bola Kristal yang mempunyai sepasang patung beruang di dalamnya. Tangannya dipanjangkan. Dia mencapai bola Kristal tersebut. Comelnya. Detik hatinya. Dia menggoncangkannya. Salji-salji mula berselerak. Dia menekan butang. Terdengar muzik berkumandang. Bibirnya mengukir senyum. Bestnya kalau Amsyar menghadiahkan benda ini kepadanya.
“Jomlah.”
Dia mengurut dada. Nasib baik tidak terlepas benda itu dari tangannya. Mamat ini memang mahir memeranjatkan orang. Memang Pontianak jantan betul. Berjalan pun tak berbunyi.
“Hish kau ni. Nasib baik tak jatuh benda ni.” Omelnya. Dia meletakkannya ditempat tadi dan melangkah meninggalkan Sharisz. Sharisz tersenyum. Matanya memandang bola Kristal yang dipegang oleh Syarafana tadi. Baru sahaja tangannya menyentuh benda tesebut namanya telah dipanggil. Sebenarnya bukan namanya. Gadis itu sekadar memanggilnya ‘weh’. Tidak pernah dia mendengar Syarafana memanggil namanya. Apa kurangnya dia? Seingatnya dia juga tidak pernah memanggil nama gadis itu. Alergi apabila teringat nama mereka sengaja dipilih agak serupa. Sharisz, Syarafana.
Syarafana berpura-pura tersenyum saat tangannya melambai ke arah Sharisz. Dia tahu mummy-nya ada di belakangnya. Meluat dia melihat kenyitan mata lelaki tesebut.
“Arisz bawa pergi mana?”
Mummy-nya menyapa apabila dia berpaling. Dia tersenyum kepada mummy-nya. Memang sudah menjadi rutin bagi mummynya untuk memerhatikan tahap hubungannya dengan Sharisz.
“Macam biasalah. Tengok wayang. Best juga cerita tu. Mam...erm Arisz memang suka tengok movie.” Hampir-hampir dia tersasul menyebut nama glamour lelaki itu. Mamat. Mummy kelihatan berpuas hati. Senyuman dibibirnya masih dikekalkan. Kejanglah urat sengih aku nanti. Bisiknya dalam hati.
“Ara beli apa tu?” soal mummy-nya lagi. Dia tunduk. Plastik berwarna pink dibelek.
“Entahlah mummy. Katanya surprise.” Ujarnya. Dia teringat kata-kata lelaki itu ketika di dalam kereta tadi. Hanya untuk mengaburi mata mummy sahaja. Menunjukkan bahawa mereka memang loving couple. Meremang bulu tengkuknya mendengar perkataan itu. Loving couple or fighting couple?
“Ara naik dululah mummy. Assalamualaikum.” Dia menyalami mummy-nya dan berlalu menuju ke biliknya.
Syarafana menghempaskan badannya ke atas katil bujangnya. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Lega selepas mengharungi detik-detik yang mengerikan bersama mamat senget.
Dia bangkit. Pemberian Sharisz dicapai. Dia mengeluarkan pemberian lelaki itu dari plastic.
“Benda macam ni je. Aku ingat apalah yang istimewa sangat.” Dia menutup kotak yang mengandungi pen berwarna emas itu. Kotak itu diletak di dalam laci. Rindunya dekat abang. Detik hatinya. Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Amsyar.
“Best tak pergi date?” perli lelaki itu. Syarafana mencebik.  Walaupun Amsyar tiada di hadapannya tika itu.
“Macam neraka.” Katanya. Amsyar ketawa.
“Nanti macam syurgalah.”
“Dahlah. Abang buat apa tu?” soalnya. Selalu sangat nak matikan selera aku. Jangan diingatkan tentang Sharisz a.k.a. mamat senget. Bisa merosakkan suasana.
“Tengok gambar insan tersayang je.”
“Sape?” duganya. Bibirnya mengukir senyum.
“Entahlah budak mana ni? Tak ingat nama.”
Jari-jemarinya memutarkan rambutnya. Pastilah dirinya. Ceh, terperasanlah pulak. Dia tersengih-sengih.
“Okeylah, Ara pergilah tidur. Dah lewat ni kan. Besok nak pergi kerja pulak.” Ujar Amsyar. Dia memuncungkan bibirnya. Baru je nak manja-manja dengan insan tersayang. Keluhnya.
“Awal lagi.” Dia bersuara perlahan. Memang berbeza perangainya apabila berhadapan dengan Amsyar. Berlainan jika dengan Sharisz. Sampaikan lelaki itu mengatakan dia perempuan garang dan bersuara lantang. Padahal dia memang cukup bersopan santun. Cewah....
“Dah pukul 11 ni Ara. Pergi tidur ya. Sebelum tu jangan lupa solat dulu.” Begitulah pesanan Amsyar. Lelaki itu tidak lupa mengingatkannya tentang solat. Memang pilihannya ini terbaik tetapi mummy dengan daddy saja yang tidak tahu. Sayu hatinya apabila teringatkan semua itu.
“Ara.”
Dia tersentak.
“Ya.” Sahutnya.
“Tidur ya.” Pujuk lelaki itu lagi.
“Baiklah cikgu. Sekarang juga saya tidur. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ujarnya sebelum memutuskan talian. Dia meletakkan telefon ke atas meja soleknya. Wajahnya ditenung dihadapan cermin. Dia menongkat dagu. Cincin yang tersarung di jari manisnya direnung tanpa perasaan. Sayang sekali kerana cincin tersebut amat cantik di matanya tetapi ini adalah cincin pertunangannya dengan mamat senget tersebut. Alangkah indahnya jika Amsyar yang menyarungkan cincin tersebut.

SHARISZ menyuapkan mee goreng ke mulutnya. Agak awal dia bangun pagi ini. kejap lagi dia harus melawat tapak pembinaan projek baru syarikatnya. Dia menyuap lagi mee goreng ke mulutnya. Enak pula rasanya.
“Petang ni tak keluar dengan Ara ke?” soal mamanya. Dia tersedak. Pagi-pagi lagi nama minah tak cukup vitamin itu menyapa gegendang telinganya. Kacau betullah mama ni. Dia meneguk air.
“Sampai tersendak. Tu belum tuan punya nama ada depan mata lagi.” Usik Datin Salma. Usahkan nama lihat muka pun dia tak ingin. Macam-manalah perempuan tersebut boleh menjadi seorang guru? Matilah anak didiknya. Tanpa sedar dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa?” datin Salma merenung anak lelakinya.
“Nothing ma.” Ujarnya berselindung.
“Selamat pagi mama, abang.” Adik bongsunya menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
“Assalamualaikumlah. Western betullah budak ni.” Dia mengetuk kepala adiknya. Shiqa menggosok kepalanya. Sengal betullah abang ni.
“Assalamualaikum.” Dia membetulkan. Pinggan yang berisi mee goreng dicapai.
“Mama petang ni Iqa balik lewat sikit ya. Ada kelas tambahan.” Ujarnya. Dia menyuap mee goreng tersebut.
“Yer ke? Jangan percaya sangat dengan budak tiga suku ni mama. Entah-entah dia melencong ke lain.” Tempelaknya. Suka betul mengenakan adik bongsunya. Dia tersengih.
“Kalau abang tak percaya tanyalah Cikgu Syarafana. Jangan main tuduh-tuduh je.” Shiqa menjelirkan lidah kepada abangnya. Sharisz mengerutkan dahinya. Macam ku kenal nama tersebut.
“Cikgu mana pulak ni?” soal Sharisz. Dia pandang mamanya.
“Kak Aralah, bang. Kan dia guru kelas Iqa. Nyanyuk betul orang tua ni.” Ejek Shiqa. Datin Salma tidak mahu ikut campur. Sharisz diam. Lupa pula minah tak cukup vitamin tu yang mengajar adiknya. Nampaknya tak lama lagi Shiqa akan terikut-ikut dengan perangai gila minah tersebut. Macam-manalah pompuan macam tu boleh terlepas dipilih menjadi guru di negara ini?
***********************************************************
Syarafana hanya melihat  lelaki itu mengarahkan orang bawahannya. Entah apalah yang diberitahu kepada pekerjanya? Bukannya betul sangat mamat senget tersebut. Matanya terasa silau dek panas matahari.
“Weh.” Panggilannya tidak mendapat respon. Bising betul tempat ini. dia mengesat peluh di dahinya. Kalau tidak kerana ada perkara yang harus dibincangkan dengan Sharisz dia tidak akan menjejakkan kaki mencari lelaki itu sampai ke sini.
“Nakriel Sharisz.” Laungnya sekali lagi. Lelaki itu berpaling. Dia merengus.
“Apa?” soal lelaki itu.
“Lambat lagi ke?” geram betul. Dia menggigit bibir. Sudahlah cuaca panas terik. Aku pulak kena berdiri macam tiang gol tunggu kau. Marahnya dalam hati.
“Sibuklah kau ni.” Ujarnya apabila pekerjanya berlalu meninggalkannya. Dia menanggalkan topi keselamatannya. Rimas. Dia melangkah perlahan ke arah Syarafana.
“Aku kata kejap lagikan.” Ujarnya. Bising betul minah ni. Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di atas. Dia mendongak. Kelihatan seperti ada sesuatu yang menjunam ke bawah. Dia pandang Syarafana. Dengan sepenuh tenaga dia berlari ke arah gadis itu yang dijarakkan beberapa langkah darinya. Dia menolak tubuh gadis itu. Mereka jatuh. Dia jatuh di atas badan Syarafana.
Matanya memandang wajah pucat Syarafana.
“Kau okey.” Soalnya. Gadis itu tidak menjawab. Bibirnya terketar-ketar. Sharisz tersenyum.
“Everything fine.” Ujarnya perlahan. Tiba-tiba dia terasa matanya berat. Pandangannya berputar. Dan akhirnya dia rebah di riba Syarafana.
“Kau kenapa?” soalnya cemas. Dia menggoncangkan tubuh lelaki itu. Dua tiga pekerja mendekatinya.
“Weh, bangunlah. Jangan buat aku takut.” Suaranya bertukar. Dia mengangkat kepala lelaki itu. Jarinya terasa sesuatu yang melekit. Tangannya terketar-ketar saat terpandangkan darah yang banyak di tangannya. Ya Allah, darah.
“Nakriel Sharisz, bangunlah. Jangan buat aku takut macam ni.” Air matanya mengalir laju.
“Cik tenang. Kita bawa Encik Arisz ke hospital.” Ujar seseorang. Dia pantas mengangguk. Tubuhnya terasa seram sejuk. Menggigil-gigil tubuhnya melihat darah yang keluar dari kepala lelaki itu.
**********************************************************
Dia  memeluk tubuh Mama Sal erat. Terhenjut-henjut tubuhnya menangis dalam pelukan wanita itu. Datin Salma menggosok-gosok bahunya.
“Maafkan Ara, mama.” Ujarnya.
“Jangan macam ni, Ara. insyaAllah Arisz takkan ada apa-apa.” Dia cuba menenangkan gadis itu. Padahal hatinya juga gundah gulana. Saat menerima panggilan telefon tadi dia bergegas ke hospital.
“Dah lama dia kat dalam, ma.” Tambahnya. Air matanya yang mengalir disapu oleh Datin Salma. Dia menarik tubuh gadis itu ke kerusi yang sediakan. Matanya memandang bilik kecemasan. Dia tidak henti-henti berdoa.
“Macam-mana dengan Arisz, kak Sal?” soal Puan Sri Amina yang baharu tiba. Datin Salma menggeleng menandakan dia juga tidak tahu.
Pintu bilik kecemasan terbuka. Mereka semua meluru ke arah doctor yang baru keluar dari bilik tersebut.
“Macam-mana dengan anak saya doctor?” soal Datin Salma. Dia memegang tangan suaminya erat. Dadanya makin berdebar-debar.
“Keadaannya stabil. Syukurlah batu tersebut hanya terkena sedikit sahaja bahagian kepalanya. Sekarang pesakit masih tidak sedarkan diri. Kita kena tunggu sampai dia sedar. Excuse me.” Ujar doctor lelaki tersebut dan berlalu.
Mereka mengucap syukur. Syarafana memandang katil yang menempatkan lelaki tersebut. Sharisz akan diletakkan di dalam bilik yang lain. Dia pandang wajah lelaki itu yang kelihatan pucat. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi jika sesuatu yang buruk menimpa lelaki itu. Dia betul-betul takut tadi. Walaupun dia tidak menyukai lelaki itu tetapi dia juga tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi ke atasnya.
‘Maafkan aku.’ Rintihnya.
Sejak tadi lagi dia menunggu lelaki itu. Selepas solat maghrib tadi dia bergegas ke sini. Dia juga sudah memberitahu keluarganya dan keluarga lelaki itu yang dia akan menemani Sharisz di hospital. Syarafana mengerling jam yang tergantung di dinding. Hampir menginjak ke angka sebelas malam. Dia menguap. Mengantuknya. Lebih baik dia pejamkan mata sekejap. Dan dia meletakkan kepalanya di sisi Sharisz.
Entah jam berapa dia terjaga. Dia memisatkan matanya. Dia menggeliat. Tubuhnya terasa lenguh.
“Morning.”
Terkejut beruk dia tika itu. Nasib baik dia tidak melatah. Dia mengurut dadanya. Jam di dinding dipandang. Tiga pagi.
“Kau pergi mana?” soalnya apabila melihat lelaki itu yang baru keluar dari tandas. Sharisz duduk di sofa hujung bilik. Syarafana mendekatinya.
“Kau okey tak? Syukurlah kau dah sedar. Kepala tu sakit lagi ke?” dia cuba mneyentuh kepala lelaki itu yang berbalut. Sharisz mengelak. Tiba-tiba terlintas sesuatu di kepalanya. Dia memegang kepalanya.
“Aah.” Dia mengerang. Syarafana pucat.
“Kenapa ni? Kepala kau sakit lagi ke?” soalnya takut. Sharisz mengangguk.
“Tolong aku. Sakit sangat ni.” Tambahnya. Ekor matanya memandang Syarafana yang kelihatan cemas.
“Kau jangan main-main. Macam-mana ni?” tangannya mula menggigil. Dia menyentuh tangan lelaki itu.
“Aku rasa ma...macam nak ma...mati je.” Katanya. Dan dia rebah di bahu Syarafana. Gadis itu bertambah kalut.
“Arisz, kau janganlah macam ni. Janganlah mati. Kau tak boleh tinggalkan aku. Aku tahu selama ni aku jahat dengan kau. Kau tak boleh mati.” Dia menangis. Tersedu-sedu dia memanggil nama lelaki itu. Sharisz geli hati melihat reaksi gadis itu. Akhirnya dia  ketawa. Senak perutnya menahan tawa.
Syarafana diam. Air matanya masih bersisa di pipi. Dia menggigit bibir. Geram dan sakit hati berpadu. Dia masih tersedu-sedu kerana menangis tadi. Tawa Sharisz mati apabila melihat reaksi Syarafana. Tangannya menyapu air mata yang bersisa di pipi Syarafana.
“I’m sorry.” Pintanya. Syarafana menepis tangan lelaki itu.
Dia berdiri.
“I’m so sorry. Aku...aku...” kata-katanya mati. Syarafana berpaling ke arahnya.
“Gila. Kau nak sangat ke mati?” marahnya. Suaranya sedikit kuat. Matanya menikam mata Sharisz. Sharisz berdiri.
“Aku minta maaf. Aku cuma...” dia tersentak apabila melihat air mata gadis itu laju menuruni pipinya.
“Kenapa kau nak buat macam ni kat aku? Teruk sangat ke aku ni sampai kau nak permainkan aku, Arisz? Aku tahu aku salah.” Dia terduduk. Tubuhnya terhenjut-henjut. Makin kuat tangisannya. Sharisz kaget. Dia turut duduk.
“Aku minta maaf. Kau janganlah menangis lagi. Aku janji aku takkan sakitkan hati kau lagi. Kau tahu tak aku...aku sebenarnya...erm...” kenapalah susah sangat ni? Marahnya dalam hati.
Tiba-tiba Syarafana menolak tubuhnya. Agak kuat sehingga dia terjatuh kebelakang. Gadis itu menyapu air mata di pipinya. Dia berdiri. Tangannya disilang ke dada.
“Well, Nakriel Sharisz kau pun kalah. Ingat kata-kata kau tadi.” Ujarnya. Sharisz mengerutkan keningnya.
“Kau...”
“Aku berlakon je. Sape suruh kau kenakan aku dulu? Tolong sikit kalau aku nak menangis sebab kau.” Dia berlalu ke kerusi tadi. Sharisz berdiri.
“Kau...”
Syarafana tersengih. Memang perempuan gila. Muka macam penjahat kelas satu. Kutuk Sharisz dalam hati.
“Kau ingat aku heran sangat dengan air mata kau tu? Arisz jangan tinggalkan aku. Kau tak boleh mati.” Dia mengajuk kata-kata gadis itu tadi. Sakit betul hatinya. Air wajah Syarafana berubah.
“Mamat senget. Aku pun tak heran dengan kaulah.” Marahnya. Meluat betul melihat muka Pontianak Sharisz. Akhirnya dia menjelirkan lidahnya.
“Kurang vitamin c.” Ejek Sharisz. Dia berlalu ke katilnya dan berbaring. Dia menarik selimut dan menutup matanya. Sakitnya hati dengan minah tak cukup vitamin tu.
Syarafana menjeling. Sikit pun nak sakitkan hati aku. Dia menguap. Mengantuklah pula. Dia memejamkan matanya. Terpaksalah tidur di atas sofa. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pulang ke rumah tetapi apa pula kata mummy dan daddy-nya nanti. Menyesal betul.
Dia tersedar apabila ada tangan menyentuh bahunya. Malasnya nak buka mata. Sapelah yang kacau aku ni? Marahnya dalam hati.
“Weh bangunlah, minah.” Spontan matanya terbuka apabila terdengar suara mamat senget itu.
“Kau nak apa?” marahnya. Pantang betul nenek moyang aku orang kacau aku tidur.
“Dah pukul enam setengah. Pergilah solat.”
Syarafana menggaru kepala. Malu pula untuk memberitahu lelaki itu bahawa dia tidak boleh solat.
“Kau ni kenapa? Tergaru-garu  macam monyet je.”
Syarafana menarik muka. Sewel tahap gaban.
“Cakap je lah kau tak boleh solat. Bukan susah pun.” Sharisz berlalu ke tandas. Syarafana menghentakkan kakinya ke lantai. Geramnya aku. Siap kau.
“Sewel, senget.” Marahnya sendiri. Dia mencapai tas tangannya. Kakinya terhenti melangkah.
Takkanlah nak tinggalkan dia pulak. Aduh, penatlah aku. Dia menggaru kepalanya yang diselindungi oleh tudung. Mahu mati kegeraman aku sebab duduk dengan kau ni.
“Kau  memang nak jadi monyet ke?” suara itu lagi. Syarafana menggigit bibir. Gila betul mulut mamat ni. Sakitnya hati aku.
“Kau tu bapak monyet.” Balasnya dan berlalu meninggalkan Sharisz. Dia menghempaskan pintu bilik lelaki itu.
Sharisz tersenyum dengan reaksi gadis itu. Kepalanya tergeleng-geleng. Walaupun kadang-kadang dia terasa bosan dan serabut dengan kehadiran gadis itu tetapi kadang-kala gelagat gadis itu mencuit hatinya.
***********************************************************
Dia bergegas ke hospital selepas tamat waktu tambahan tadi. Walaupun agak lewat tetapi dia rasa wajar untuknya melawat lelaki itu. Sekurang-kurangnya tak adalah dirinya dikutuk nanti.
Dia menolak daun pintu. Dia terpempan saat terpandang kelibat dua orang manusia yang sedang tergelak ketawa. Kelihatan bahagia sekali. Kakinya melekat di lantai. Matanya terkebil-kebil memandang.
“I’m sorry.” Pintanya saat mata mereka berdua memandang ke arahnya. Dadanya berdebar kencang. Ya Allah, mengapa begini perasaan aku?
“Eh, Ara. Masuklah.” Gadis itu berdiri dan menarik tangannya. Teragak-agak dia melangkah. Bibrnya tersenyum paksa. Sharisz tidak menghiraukannya. Lelaki itu kembali menyuap makanannya. Hatinya terusik dengan sikap lelaki itu. Mengapa?
“Maaflah ganggu.” Ujarnya perlahan.
“Takdelah. Ara baru habis kelas ke?” soal gadis itu. Dia mengangguk. Matanya menjeling Sharisz. Masih asyik menyuap makanan.
“Arisz, Ara datang ni.” Beritahu Aisha. Sharisz mendongak. Matanya merenung Syarafana. Kosong pandangannya. Mata mereka berlaga. Kemudian lelaki itu tunduk.
“So?” hanya itu yang terkeluar dari bibirnya.
“Takpelah. Saya balik dululah Isha.” Ujarnya. Dia bangun. Menyakitkan hatinya sahaja. Jika dia tahu begini sudah tentu dia tidak datang ke sini. Berpenat-lelah dia berkejar ke sini untuk melawat lelaki itu tetapi begini pula layanan lelaki itu.
“Arisz. Kesian kat Ara.” Tegur Aisha.
“Aku gurau jelah. Emotioanallah kau ni.” Tempelak Sharisz. Syarafana mencebik.
“Tak kuasa aku nak emo dengan kau. Aku nak baliklah. Penat. Buang masa je layan kau ni.” Marahnya.
“Eleh yerlah tu. Padahal kau rindu aku kan. Cakap jelah. Bukan rugi pun.”
“Tolong sikit ya. Kau tu siapa? Bukan penting pun untuk masuk dalam otak aku ni.” Balasnya. Sharisz mengukir senyum jahat. Muka Pontianak jantan-nya. Syarafana menjelirkan lidahnya.
“Kurang vitaminlah kau ni.” Gelaknya. Dia terpaksa menahan tawanya. air matanya pun sudah mula mengalir. Memang kelakar raut muka gadis itu saat itu.
“Kau ni gilalah. Dahlah aku nak balik.” Syarafana berlalu setelah menyalami Aisha. Tawa Sharisz masih bersisa.
“Macam budak-budak betul si Ara tu. Sakit perut Arisz ni.” Ujarnya dalam tawa. Aisha merenung lelaki yang dicintainya. Hatinya berasa kurang enak. Ada sesuatu yang dibimbangkannya.
“Arisz nampak serasi dengan Ara.” Kata Aisha. Dia memandang Sharisz. Tawa lelaki itu mati.
“Simpang malaikat empat puluh empat. Minah tu gila-gila sikit. Tak cukup vitamin.” Kutuknya. Bibirnya tersenyum. Ada sesuatu yang mencuit hatinya tentang gadis itu.
“Tak baik cakap macam tu. Jangan Arisz terjatuh hati kat dia sudah.” Ujar Aisha sebelum menghilang ke dalam bilik air. Sharisz diam. Otaknya tiba-tiba memikirkan tentang kata-kata Aisha tadi. Ah, tak mungkin. Dia sudah punya Aisha. Dia sangat sayangkan gadis itu. Lagipun mereka sudah lama kenal berbanding dengan Syarafana. Dia mengenali Syarafana pun ketika majlis pertunangan mereka dua bulan yang lepas. Ketika mamanya menyarungkan cincin ke jari gadis itu dan dia ada di sebelah mamanya tika itu. Teringat raut wajah Syarafana ketika itu membuatkan hatinya berdetik sesuatu. Dia cuba menghalau perasaan itu.
*******************************************************
Matanya hanya memandang ke hadapan. Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikirannya?
“Ara, kenapa ni?” suara Amsyar di sebelah menyedarkannya. Dia memandang teman lelakinya.
“Apa?” soalnya kembali.
“You look terrible. Something happened?” amsyar merenung gadis itu. Syarafana menggeleng. Dia mengeluh perlahan. Entahlah, aku pun tidak tahu apa yang berlaku? Semuanya menjadi kacau sejak akhir-akhir ni. Sudah seminggu sejak Sharisz dibenarkan keluar. Dia langsung tidak melawat lelaki itu. Mereka hanya bertengkar jika bertemu. Jadi, untuk apa pertemuan tersebut?
“Jomlah.” Syarafana menarik lengan baju Amsyar. Lelaki itu hanya menurut.
“Ara.”
Tegur seseorang. Dia memandang gerangan manusia yang berada di hadapannya. Bibirnya tersenyum. Plastic sebenarnya. Dia perasan mata Sharisz melekat ke wajahnya. Dia pura-pura tidak tahu.
“Tak naklah ganggu kamu berdua. Kami pergi dulu ya.” Matanya mengekori langkah mereka berdua.
“Cemburu ke?” soal Amsyar. Dia menggeleng.
“Tak ingin pun. Jomlah.” Dia melangkah meninggalkan Amsyar. Tangannya menyentuh dadanya. Ya Allah, mengapa ni? Apa yang aku rasa ni? Soalnya dalam hati.

Syarafana menarik tangan Alongnya. Lelaki itu terduduk kembali. Dia pandang wajah Angah dan Achik pula. Dia membuat muka simpati.
“Please jangan cakap kat mummy.” Pujuknya. Along merengus.
“Kenapa sampai macam ni?” soal Achik. Dia mengeluh. Entah macam-mana abang-abangnya boleh mengetahui rahsianya dengan Sharisz? Apabila dia pulang tadi mereka bertiga sudah setia menantinya.
“Ini keputusan kami berdua. Abang janjilah dengan Ara jangan bocorkan perkara ni. Ara tak nak kesihatan mummy terjejas pula. Mummy tak boleh terkejut.” Dia masih memujuk abang-abangnya. Mereka semua kelihatan resah. Bimbang dengan permainan adiknya ini.
“Apa maksud Ara ni?”
Dia terkesima saat terdengar suara itu. perlahan-lahan lehernya berpaling ke arah suara itu. matanya bulat apabila terpandangkan mummy-nya yang sedang tegak berdiri sambil memandang ke arahnya.
“Mummy.” Mereka berempat serentak bersuara. Lidah Syarafana kelu.
“Sampai hati Ara permainkan perasaan kami. Apa salah mummy dan daddy pada Ara?” rintih mummy-nya. Syarafana mendekati Puan Sri Amina. Tangan mummy-nya diraih.
“Ampunkan Ara mummy.” Pintanya. Puan Sri Amina menarik tangannya.
“Tak sangka.” Itulah kata-kata mummy-nya sebelum wanita itu rebah ke lantai. Kecoh satu rumahnya tika itu. syarafana yang mendapat impak yang paling besar. Dia dipersalahkan. Semuanya kerana salahnya. Salahnya kerana menerima pertunangan yang dia sendiri tidak inginkan. Salahnya kerana bersetuju hanya untuk menggembirakan hati semua orang sedangkan hatinya sendiri terluka. Semuanya adalah kesalahannya. Dia merintih sayu.
“Aku minta maaf.” Dia mendongak. Wajah lelaki itu ditatapnya. Ada keikhlasan di matanya. Dia tunduk kembali.
“Semuanya dah terlambat.” Ujarnya perlahan. Jarinya yang berinai ditenung kosong tanpa perasaan. Beginikah akhirnya cerita cintanya? Setelah mummy-nya dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi semua orang menyalahkannya. Dan dia tambah terkejut apabila wanita itu sedarkan dirinya.
“Mummy nak Ara kahwin dengan Arisz.” Itulah permintaan mummy-nya saat itu. dengan berat hati dia mengangguk. Hanya untuk ibu yang paling disayanginya. Inilah hadiah untuk mummy. Hanya untuk melihat kegembiraan mummy. Dan dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan Amsyar. Dia tahu lelaki itu terluka. Maafkan Ara, abang.
“Kau nak apa?” soalnya. Suara orang ramai kedengaran riuh rendah di luar. Biliknya sengaja dibuka luas. Untuk apa lelaki itu ke sini? Bukankah bakal pengantin dilarang untuk berjumpa.
Sharisz duduk melutut. Syarafana mendongak. Terkejut dengan kelakuan lelaki itu. tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangannya yang disorok di belakang. Dia terpempan saat melihat benda tersebut. Bola Kristal yang diimpikannya.
“Apa ni?” soal Syarafana.
Sharisz menekan butang merah yang terdapat di bawah. Kedengaran muzik yang merdu menemani mereka.
“Sebelum aku jawab soalan tok kadi nanti ada sesuatu yang aku nak tanya kau.”
“Apa?” soalnya. Dia tunduk. Tidak betah menatap wajah itu lama-lama.
“Nalia Syarafana, aku cintakan kau.”
Sharisz menarik wajah itu supaya bertentangan dengannya. Syarafana terkesima. Dia menelan liur. Mimpikah aku? Atau mamat senget ini yang tidak betul?
“Kau...”
“Mungkin kau tak sedar tapi aku benar-benar sayangkan kau. Sekarang aku nak tahu apa kata hati kau. Adakah kau boleh terima aku atau tak? Kalau tak aku takkan menyeksa hidup kau lagi. Kau boleh mencari kebahagiaan kau sendiri.” Panjang lebar lelaki itu berkata-kata. Dia diam. Otaknya ligat berfikir.
“Aisha?”
“Aku dah berpisah dengan dia. Sebelum ni lagi. Sebab aku tak mahu tipu diri aku dan dia lagi. Kau tak tengokkan pen yang aku bagi kat kau?”
“Pen apa?” soalnya. Dia cuba memikirkan sesuatu. Pantas tangannya menarik laci. Pen yang masih berada di dalam kotak dibuka.
“Kenapa dengan pen ni?” soalnya kembali. Sharisz merampas pen tersebut. Dia mendekatkan pen tersebut ke wajah Syarafana.
“Ara and Arisz. Forever.” Tuturnya perlahan. Dia menelan liur. Maksudnya...
“Dah lama aku nak kau tahu. Tapi kau macam tu jugak.”
Dia mengeluh. Syarafana menggigit bibir. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Separuh hatinya gembira manakala separuh lagi dia tidak pasti.
“Arisz, apa yang kamu buat kat sini? Tok kadi dah tunggu tu.” Mereka berdua berpaling ke luar. Kelihatan Datin Salma dan Puan Sri Amina sedang melihat kea rah mereka.
“Majlis dah nak bermula ni.” Ujar Datin Salma lagi.
“Wait.” Katanya. Dia berpaling kepada Syarafana kembali. Wajah itu ditatap.
“Will you marry me, Nalia Syarafana?” soalnya. Syarafana memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.
“I do.”
Jawabnya lembut. Senyuman terbit dari bibirnya. Sharisz turut tersenyum. Bahagia dirasakan saat itu.
Jawabnya lembut. Senyuman terbit dari bibirnya. Sharisz turut tersenyum. Bahagia dirasakan saat itu.
“Yess.” ujar lelaki itu dengan gembira. Dia melangkah menghampiri pintu. Dia punya keyakinan untuk menggenggam tangan tok kadi nanti.
“Mamat senget.” Perlahan tetapi masih didengari oleh Sharisz. Lelaki itu berpaling.
“Minah tak cukup vitamin.” Balas lelaki itu dalam senyuman. Datin Salma dan Puan Sri Amina berpandangan sesama sendiri. Tidak memahami kata-kata mereka berdua.
Syarafana mengucap syukur. Dia akan cuba membina hubungan mereka berdua. Ini baru permulaan hidup untuk mereka berdua. Hidup barunya dengan lelaki yang langsung tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk bersama. Malah dia amat membenci lelaki itu. tetapi itu dulu. Sekarang dia yakin cintanya milik Nakriel Sharisz a.k.a mamat senget.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers