“Awak buat apa ni?”
Dania Aleya pandang kamera yang berada dalam
genggaman lelaki itu. lelaki itu menelan liur.
“I’m sorry,
miss. Actually, you look so fotogenic. Saya tak sengaja terambil gambar
awak. Sebenarnya saya seorang fotografer. Saya rasa gambar awak ni menarik.”
Lelaki itu memberi penjelasan. Berharap agar gadis yang berada di hadapannya
mengerti.
“Saya tak suka. Sepatutnya awak kena dapatkan
keizinan saya dulu. Padam gambar saya.” Marahnya. Dia cuba merampas kamera
lelaki itu.
“Please, miss.
Saya berjanji tak kan buat yang bukan-bukan pada gambar awak. Saya bersumpah.”
Lelaki itu kelihatan bersungguh. Dania Aleya diam. Dia simpati tetapi dia juga
takut. Zaman sekarang macam-macam yang boleh terjadi.
“No. Maaf
saya tak suka. Lagipun saya tak kenal awak. Manalah tahu awak menipu. Please delete my photo.” Tegasnya lagi.
“Saya tak tipu. Ok, ini kad saya. I’m Zafrill Arif
bin Zainal. I’m swear. Kalau awak still tak boleh percaya you can talk with my
friends. Dia pun tinggal area ni. Jap eh.” Dia menghulurkan kad namanya kepada
Dania Aleya. bersusah payah lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan
mendail nombor seseorang. Dania Aleya melihat dengan kerutan di dahinya.
“Nah.” Dia menghulurkan telefon bimbitnya. Walaupun
teragak-agak Dania Aleya tetap menyambutnya. Dia menekapkan telefon tersebut ke
telinganya.
“Hello.”
Satu suara menyapanya. Dia diam. Suara lelaki yang
bercakap di talian seperti pernah didengarinya. Dia menelan liur.
“Hello, Rill. Ada apa ni?”
Suara itu berbunyi lagi.
“Saya percayakan awak.”
Dia memberikan telefon itu kembali kepada lelaki
tadi. Suaranya seakan-akan tidak terkeluar. Suara mereka hampir sama. Dia
sekali lagi lemah.
“Really, miss?” soal Zafrill lagi. Dania Aleya
mengangguk.
“Thanks.”
“Sorry ganggu kau. Tertekan your number. Ok, bye.”
Ujar lelaki itu kepada kawannya di talian.
Dia mematikan talian. Telefonnya disimpan di dalam
poket seluarnya. Kemudian wajah manis gadis di hadapannya direnung.
“Thank you, miss. Really appreciated it.”
“It’s okay. I have to go. Assalamualaikum.” Ujar
Dania Aleya dan berlalu tanpa berpaling ke belakang lagi.
Zafrill melihat gambar tersebut. Bibirnya tersenyum.
Cantik sekali gadis yang berada dalam kameranya itu. begitu manis pada
penglihatannya. Tiba-tiba senyumannya mati.
“Alah, lupa nak tanya nama tadi. Kenapalah aku tak
minta nombor dia. Bodoh betul.” Dia menepuk dahinya. Menyesal dengan
kebodohannya sendiri. Sekali pandang sahaja sudah bisa mencairkan hatinya.
Pertama kali dia tertarik dengan seorang gadis yang kelihatan biasa-biasa
sahaja dan bertudung itu.
******************************************
Atikah meluru mendapatkan Dania Aleya apabila
sahabatnya itu duduk di ruang tamu. Dia mengcekak pinggang.
“Kau pergi mana? Tadi kau cakap nak balik rumah.
Sekarang ni aku dulu yang sampai daripada kau. Where are you going, Dania
Aleya?” soalnya tegas. Dania Aleya tersengih. Dia menarik lengan Atikah
sehingga sahabatnya itu terduduk di sebelahnya.
“Sorry. Tadi memang aku nak balik terus tapi aku
tukar fikiran sebab aku jumpa satu tempat yang cantik. Aku lepak kejap. Lagipun
kau tak ada kat rumah. Aku bosan. Don’t be angry with me. Please, please,
please.” Dania Aleya memujuk Atikah.
“Buruk muka kau bila muncung macam itik tau. Nanti
Farhan lari. He he he.”
Dania Aleya ketawa.
“Yelah. Aku tahulah.”
“Aik, mengaku pulak.”
Dania Aleya masih ketawa. Atikah tersengih.
“Kau ingat muka kau lawa bila masam? Macam Donald
duck je aku tengok bibir kau bila muncung tau.” Atikah mengutuk Dania Aleya
pula. Ketawanya mati.
“Eei, jahatlah mulut kau ni. Ada ke samakan bibir
aku yang seksi ni macam Donald Duck. Bibir Angelina Jolie ni tau. Semua
terpukau. Ha ha ha.”
“Eleh, bibir minah salih tu tebal. Perasan.”
“Bibir aku tak tebal ke?”
Dia memuncung-muncungkan bibirnya. Bedak paket di
keluarkan daripada beg tangannya. Dia menilik wajahnya.
“Bibir aku comel je.”
Dania Aleya ketawa lagi. Sengaja memuji diri untuk
mengenakan Atikah. Atikah mencebik. Malas melayan angin gila-gila Dania Aleya.
“Dahlah, pompuan. Kau pergi mandi dan tukar baju.
Dah busuk rumah ni tau.”
Dia berdiri dan duduk di kerusi lain. Remote control
dicapai. Dia mencari-cari saluran yang menarik. Dania Aleya mencebik.
“Ati, aku nak cakap sikit.”
Dia pandang Atikah yang masih setia menghadap
televisyen. Nafasnya ditarik. Tidak tahu sama ada tindakannya ini betul ataupun
tidak.
“Ati.”
Panggilnya lagi apabila masih tiada reaksi daripada
gadis itu. Atikah memandang wajah Dania Aleya yang berubah keruh.
“Kenapa?”
“Should i go
home?”
Suaranya antara dengar dan tidak namun masih dapat
ditangkap oleh Atikah. Atikah memperlahankan rancangan tersebut.
“Aku tak kisah Dania kalau kau nak stay lame kat
sini. Aku lagilah suka tapi your parents
should know that you already in Malaysia.”
Dania Aleya mengeluh. Dia tahu itu. Mereka harus
diberitahu tetapi adakah mama dan papanya akan membenarkan dia tinggal di sini
dan berjauhan daripada mereka nanti? Sedangkan sewaktu dia berada di luar
negara pun Datuk Dani dan Datin Amina selalu melawatnya di sana. Mama dan
papanya terlalu menjaganya sehinggakan kadang-kadang dia merasakan sedikit
terkonkong dengan kasih-sayang yang tercurah ke atasnya itu.
“Nasib kaulah jadi anak tunggal. Bersyukurlah
keluarga kau kaya, Dania.”
“Merepeklah kau ni. Family aku biasa-biasa saja.”
Atikah hanya tersenyum. Dia tahu Dania Aleya tidak
suka jika orang mempersoalkan perkara tersebut. Dania Aleya seorang yang
merendah diri. Dia bersyukur punya kawan sebaik Dania Aleya. Seorang yang tidak
sombong dan bermegah dengan apa yang dimilikinya. Dia juga bersyukur dengan
dirinya. Walaupun ayahnya hanyalah seorang pensyarah tetapi keluarga mereka
tidak pernah hidup susah.
“So, kau nak pulang ke ni? Now?” soal Atikah.
“Nope now. Aku tengah fikir bila. One fine day.”
Katanya. Dia tersenyum. Selalu sangat dia menggunakan frasa tersebut.
“Yeah. One fine day. Mabuk pada Kiew sungguh kau ni.
Sampaikan ayat dia yang tu kau masih ingat.” Kata Atikah. Dia hanya tersengih.
Erm, memang dia suka sangat dengan watak hero dalam novel Bayangan Rindu karya
Aisha Sofea itu. Kesabaran lelaki itu dalam menggapai cinta sejatinya. Cinta
pertama. Siapa sangka cinta pertamanya dapat juga dimiliki walaupun banyak
rintangan yang terpaksa lelaki itu hadapi. Adakah dia juga akan bernasib baik
seperti Kiew? Adakah masih ada peluang untuknya memiliki cinta pertamanya itu?
Dia mengeluh. Stop
it Dania Aleya. Lupakan semua itu. Sudah lima tahun berlalu dan dia sudah
menjadi milik orang lain.
“Astagfirullahalazim.”
Tanpa sedar dia menuturkan perkataan keramat itu.
Tangannya meraup mukanya.
“Are you okay, Dania. Muka kau pucat je ni.” Atikah
menyoalnya. Wajah gadis itu yang tiba-tiba berubah ditatapnya lama.
“I’m okay. Ati, aku naik dulu. Assalamualaikum.”
Dia beredar. Atikah menjawab salam sahabatnya.
Apabila tiba di bilik dia terus mengurungkan diri di dalamnya. Tudung di
kepalanya ditanggalkan. Dia menyikat rambutnya yang agak panjang itu. Wajahnya
yang tampak lesu ditatap di dalam cermin. Kemudian matanya memandang tudung
yang berada di atas katil. Sudah hampir empat tahun dia berhijab. Cepatnya masa
berlalu. Dia mengambil keputusan untuk berubah kerana hatinya sudah benar-benar
terbuka untuk bertudung. Terasa selama ini dia benar-benar berada dalam
kerugian kerana tidak menutup aurat. Waktu itu dia masih terlalu muda. Mudakah
usia tujuh belas tahun itu? bukankah perbuatannya mula di kira ketika dia
datang bulan. Bermakna bertahun-tahun juga dia telah mengumpulkan dosa percuma.
Dosa kerana mempamerkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrin. Dia berdoa
agar imannya akan semakin kuat. Dia tahu dia insan yang lemah dan mudah tergoda
dengan permainan duniawi.
“Ya Allah, kau jadikanlah aku hambaMu yang tabah.
Hidup dan matiku hanya keranaMu, ya Allah.” Doanya perlahan. Air matanya
menitis perlahan menuruni pipinya. Dia hanya membiarkan.
Tok tok tok
Cepat-cepat dia mengesat air matanya.
“Aku menganggu ke?” soal Atikah. Dia menggelengkan
kepalanya.
“Actually aku ada something nak discuss dengan kau
ni.”
Atika menapak masuk dan duduk di atas katil.
“Apa dia?” soalnya.
“Kau masih ingat tak dengan mamat yang syok kat kau
masa kita sekolah dulu?”
Persoalan itu hanya dibiarkan sepi. Dia tahu siapa
yang Atikah maksudkan. Dia masih mengingatinya. Lagipun kehidupan di sekolah
menengah dahulu seakan-akan baru semalam berlalu.
“Ezad Eskandar. Remember?” soal Atikah lagi. Dia
masih diam.
“Senior kita yang hensem tu. Yang paling bijak kat
sekolah kita. Yang kita jumpa masa nak exam SPM dulu. Yang....”
Dania Aleya tersenyum. Berapa banyak perkataan ‘yang’ akan keluar dari bibir Atikah
selagi dia tidak memberi respon.
“Kau dah ingat ya.”
Kali ini suaranya berubah ceria. Dania Aleya
mengangguk. Tidak mahu bermain tarik tali. Kesian dengan Atikah yang berusaha
menerangkannya.
“Kenapa dengan dia?” soalnya acuh tak acuh. Sudah
lama dia tidak mendengar nama lelaki itu. Selepas SPM ada juga lelaki itu
menghubungi namun selepas dia ke luar negara mereka sudah terputus hubungan
kerana dia menukar nombor telefonnya.
“I meet him.
Last two weeks if I’m not mistaken.”
Dania Aleya hanya mendengar.
“Dia makin kacak. Muka dia dah macam Fahrin Ahmad
aku tengok.”
Dania Aleya menggelengkan kepalanya. Agak-agaklah
Atikah ni. Ada ke samakan si Ezad Eskandar macam abang Fahrin aku. Bisik
hatinya. Bukan Atikah tidak tahu dia meminati Fahrin Ahmad. Saja je si Atikah
ni.
“Betullah and guest what?”
Atikah cuba berteka-teki dengannya.
“What?” soalnya pula. Atikah senyum. Macam dah
tertelan sekampit gula sahaja lagaknya.
“Boleh tak kalau kau jangan senyum like that? Dah macam orang tak betul je
aku tengok. Miang semacam.” Kutuknya. Atikah ketawa.
“Kau nak tahu ke tak ni?”
“Bagitahu jelah. Nak main teka-teki pulak dengan
aku.”
“The handsome
second Fahrin Ahmad ask about you. Terkejut aku masa tu. Tak sangka ingat
lagi dia pada budak perempuan comot masa sekolah dulu. Muka dia glowing bila aku cakap kau akan pulang
ke Malaysia. Aku rasa...”
“Stop it,
Ati. Jangan pandai-pandai buat spekulasi.”
Dia memotong kata-kata Atikah. Dia tahu apa yang gadis
itu ingin perkatakan.
“Fahrin Ahmad...”
“Kau ni, nanti mati tersedak si Fahrin Ahmad kat
rumah dia. Guna nama dialah. Fahrin Ahmad lagi hensem.” He he he. Dia ketawa
kecil.
“But muka
dia memang ada iras-iras abang Fahrin kau.” Atikah buat muka. Comel pulak minah
ni. Dia tersenyum.
“Macamlah aku tak kenal dia. Totally different, okay. Jangan nak samakan pakwe aku dengan
lelaki-lelaki lain.” Dia memberi amaran. Sengaja dia meluaskan matanya yang
telah tersedia besar itu. berharap agar Atikah takut.
“Nanti kau jumpa dia kau tahulah. Whether your
Fahrin or this second Fahrin which one is more handsome?”
“No doubt. It
must be my Fahrin. So kalau tak ada apa-apa lagi kau boleh keluar daripada
bilik aku ni.” Cewah. Berani betul aku menghalau tuan punya rumah ni. He he he.
“And one more thing i gave him your new emel
address.”
“You what?”
“Nasib baik aku tak bagi phone number kau. Sikit pun
berkira. Dahlah aku nak keluar dah. One day kita jumpa Fahrin Ahmad ya.”
Belum sempat Dania Aleya membalas Atikah telah
berlari keluar daripada bilik. Dia mengeluh. Bukan dia berkira tetapi
sebolehnya dia tidak mahu lagi berhubung dengan lelaki itu. Dia tahu perasaan
lelaki itu terhadapnya dahulu. Ezad Eskandar pernah meluahkannya sehinggakan
dia berasa tidak selesa untuk berkawan dengan lelaki itu. Dia tidak boleh
menerima cinta lelaki lain. Dan rasanya tidak adil jika dia melayan namun dalam
hatinya tiada niat untuk menerimanya. Lebih baik jika mereka tidak terus
berhubung.
*****************************************************************
“Aku mengganggu ke?”
Dia duduk di hadapan sahabatnya yang sedang meneliti
fail di atas mejanya. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Anything
important?”
“Takkanlah aku tak boleh melawat kawan aku. Aku
bosan.”
“I know you,
Zafrill Arif. Kau takkan datang jumpa aku kalau tak de hal. Bukan aku tak kenal
kau.”
Zafrill Arif ketawa. Dia meletakkan kamera
kesayangannya di atas meja lelaki itu.
“Tapi hari ni aku saja-saja datang jumpa kau. Nanti
kita keluar makan nak? Aku lapar. Dari pagi lagi tak makan.” Katanya sambil
memegang perutnya.
“Ten minutes.”
Katanya. Zafrill Arif mengangguk.
“Kau nampak lain. Banyak sangat ke kerja?” soal
Zafrill Arif.
Dia meletakkan pen yang berada di tangannya.
Lehernya di urut-urut.
“Penat. Banyak projek masuk.”
“Kau kan bos. Suruhlah orang bawahan yang buat.”
“Jangan serahkan seratus peratus kerja pada orang.
Kita pun kena tahu juga pasal projek yang company
handle. I don’t trust other people.”
“Sebab tulah aku tak suka kerja pejabat ni. Lebih
baik macam ni. Happy and enjoy. Tak
delah stress macam kau. Muka pun dah macam nak makan orang je aku tengok.”
Selamba sahaja dia mengutuk sahabat baiknya.
“Makan pasirlah aku kalau tak kerja.”
“Tapi kan cakap pasal ni hari tu aku ada jumpa
sorang awek ni. Comel gila. Kerja macam aku ni selalu jumpa perempuan cantik but this girl is different. She has
something that will attract you. Her eyes, noses, lips. I cant help falling for
her.” Zafrill Arif cuba mengingati kembali wajah perempuan yang ditemuinya
tempoh hari. Memang menarik. Sejak hari itu, dia selalu termimpikan gadis
tersebut.
“Ini kali ke sejuta kau jatuh cinta. Ayat tu dah
lama aku dengar. Agaknya kalau tiang letrik pakai skirt pun mesti kau cakap
menarikkan.” Perli sahabatnya.
“Gila. Aku ni manusialah. Ada pula bandingkan
pompuan dengan tiang letrik.”
Sahabatnya ketawa besar. Hilang penatnya apabila
berbual dengan Zafrill Arif. Kepala yang pening juga sudah beransur hilang.
“Kau tu buaya.”
“Aik, mengata diri sendiri nampak.”
Sahabatnya diam. Fikirannya tiba-tiba teringatkan
seseorang.
Tok tok tok
Pintu biliknya di buka daripada luar. Mereka berdua
mendongak memandang ke arah tersebut.
“Ada apa, Shila?” soalnya kepada setiausahanya.
“Pihak Berjaya Holding called. Mereka minta postponekan
meeting petang ni sebab ada hal
penting. Macam-mana, Encik Akimi?”
“Okay. Nanti awak arrange kan balik meeting
tu. Thanks.”
Shila mengangguk dan keluar.
“Baik betul kau, Akimi. Nak postpone meeting senang je.” Zafrill Arif mencapai kameranya. Dia
menekan-nekan sesuatu.
“Benda boleh tangguh. Buat apa nak kecoh. Lagipun
aku tak larat. Penat sejak akhir-akhir ni.”
“Kau kena bercuti. Asyik kerja je. Sofea...”
“Jomlah. Tadi kau cakap laparkan.”
Firasz Akimi bangun. Dia menanggalkan kot yang
tersarung di badannya.
“Wait. Sebelum tu aku nak tunjukkan gambar perempuan
comel yang aku jumpa hari tu. Comel betul. Tengok banyak kali pun tak jemu.”
“Maybe next time. Jomlah.”
Dia berlalu meninggalkan lelaki itu yang masih
dengan kameranya. Zafrill Arif terkocoh-kocoh menyaingi langkah kaki Firasz
Akimi yang sudah beberapa langkah ke hadapan. Dia menutup kembali kameranya dan
menggantungkan ke lehernya.
*********************************************
Firasz Akimi memasang lagu. Keretanya dipandu
melepasi jalan raya. Dia ingin segera pulang ke rumah. Penat sangat dengan
kerja-kerja di pejabat. Ada kalanya dia seperti mahu give up dengan semua ini. segala-galanya telah berubah. Kehilangan
telah meragut semua kebahagiaannya. Siapa sangka hanya kerana seseorang
hidupnya boleh berubah 360 darjah. Dia mengeluh.
Dia memperlahankan keretanya apabila melalui kawasan
yang banyak memberikan memori terhadapnya. Matanya memerhatikan setiap penjuru
tempat itu. Tidak banyak yang berubah. Dia memberhentikan keretanya di tepi
jalan.
Why it’s so hard
to forget it?
Persoalan itu telah lama bermain di benaknya. Bukan
dia tidak pernah mencuba untuk melupakannya tetapi makin dia cuba makin kuat
ingatannya terhadap gadis itu. mengapa dia harus melupakan kenangan terindah
mereka? Dia tidak mahu melupakan semua itu. Walau apa yang terjadi gadis itu
terlalu berharga untuknya.
Hujan turun. Dia berkira-kira untuk meninggalkan
tempat tersebut. Matanya menangkap kelibat seseorang yang masih duduk di sebuah
bangku. Walaupun hujan turun gadis tersebut tidak berganjak sedikit pun. Adakah
gadis itu juga sedang bersedih kerana cinta? Dia cuba melihat wajah gadis yang
duduk beberapa meter dari keretanya. matanya tidak dapat melihat dengan jelas
kerana hujan. Akhirnya dia berputus asa dan bergerak melarikan keretanya.
matanya masih memerhatikan gadis itu. dadanya tiba-tiba berdebar. Dia memegang
dadanya. Pelik. Tiba-tiba sahaja dadanya berdebar tanpa sebab.
Apabila tiba di rumahnya, dia terus menapak masuk ke
dalam rumahnya. Tubuhnya dihenyakkan di atas sofa. Dia menyandarkan kepalanya.
Matanya dipejamkan.
“Dah balik anak mummy ni. Tak dengar pun bunyi
kereta.”
Dia membuka mata apabila terdengar suara mummynya. Wanita itu duduk di
sebelahnya. Dia tersenyum. Mummynya
makin lama makin cantik. Gelaran Puan Sri yang diterima mummynya tiga tahun lepas membuatkan mummynya kelihatan makin elegan.
“Mummy
buat apa?” soalnya.
Puan Sri Ros menggosok bahu anak tunggalnya.
Melihatkan wajahnya dia sudah tahu Firasz Akimi penat. Wajah itu kelihatan
sugul sekali.
“Pergilah mandi. Nanti turun makan. Akimi nak makan
apa?”
“Tak kisahlah, mummy. Daddy tak balik lagi ke?”
“Belum. Maybe kejap lagi sampailah tu. Tadi dia
jumpa...”
Kata-kata mummynya terhenti. Dia menanti wanita itu
membuka mulutnya.
“Who’s mummy?”
“Ayah Syam.”
Dia diam. Kemudian dia berdiri. Kot yang berada di
atas sofa diambil. Briefcasenya dicapai.
“She will stay at his home until when?” soalnya.
“Until this sunday. Don’t worry he will send her.”
Puan Sri Ros tersenyum kepada anak lelakinya. Dia
mengangguk dan terus berlalu menuju ke biliknya. Firasz Akimi meletakkan
briefcase dan kotnya di atas katil. Matanya menatap gambar yang terletak di
atas meja. Dia mengeluh.
I miss her.
Bisik hatinya. Sudah tiga hari dia tidak menemuinya.
Telefon bimbitnya berdering. Dia mencapainya.
“Papa.”
Agak kuat suara di talian. Bibirnya menguntum
senyum.
“Yes, my darling. Kenapa telefon papa?” soalnya.
“Fiera miss papa. Fiera nak balik.”
Dia diam. Dia duduk di birai katil.
“Nanti papa jumpa Fiera. Hari ahad ni Tuk ayah akan
hantar Fiera. Fiera tak boleh manja-manja. Fiera dah besarkan. Anak papa kan
cerdik. Boleh, sayang?” dia cuba memujuk anaknya.
“Ok, papa. I really miss you. Sayang papa. Bye-bye.”
“Sayang. Selalu lupa. Assalamualaikum. Remember what
i told you.”
“Waalaikumsalam, papa.” Kedengaran anak perempuannya
ketawa. Sungguh comel suaranya ketika gelak. Makin rindu pula dengan anak
perempuannya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di sebelah. Ingatannya terlayar
kepada anak perempuannya. Wajah comel itu sentiasa dirinduinya.
****************************************
“Kau dari mana ni, Dania?”
Dia tidak menghiraukan soalan sahabatnya itu sebaliknya
dia terus memanjat tangga menuju kebiliknya.
“Dania. What’s
the matter with you?”
Atikah memegang lengannya. Dia berpaling ke arahnya
gadis itu.
“Tak ada apa-apa. Aku nak salin baju.”
Dia melonggarkan pautan Atikah. Bibirnya
terketar-ketar kerana kesejukan. Atikah hanya memandang gadis itu menghilang ke
dalam biliknya. Dia mengeluh. Dia tertanya-tanya apa yang berlaku ke atas Dania
Aleya? keadaannya nampak teruk dengan baju yang basah kuyup. Apa yang dia buat
di luar sana?
Dania Aleya turun ke bawah apabila malam menjelma.
Dia menarik kerusi yang berada di hadapan Atikah.
“Kenapa tak panggil aku nak masak?” soalnya.
“Tak apa. Lagipun aku masak simple je.” Kata Atikah.
Dia pandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Walaupun biasa-biasa sahaja
tetapi nampak menyelerakan. Atikah sudah banyak berubah. Dia sudah semakin
boleh berdikari.
“Makanlah Dania. Takkan tengok je.” Atikah mencapai
pinggan dan menyerahkan kepada Dania Aleya. Dia menyambut huluran tersebut.
“Kau pergi mana tadi?” soal Atikah. Dia pandang
wajah Dania Aleya yang tampak sedikit pucat dan lesu.
“Aku jalan-jalan je. Tak sangka pulak hujan. Tak
sempat nak berteduh.” Dia tersengih. Cuba untuk menutup gelisah di hatinya. Dia
tidak mahu Atikah mengetahui situasinya. Dia menyuap sedikit nasi ke dalam
mulutnya.
“Sedapnya kau masak. Nanti aku nak belajar dengan
kaulah.” Dia cuba bergurau.
“Kau tak payah susah-susah nak belajar. Orang
gajikan ada.”
Dania Aleya mencebik.
“Takkanlah sampai ke
tua nak bergantung pada orang gaji. Kat rumah mama aku yang masak.
Jarang-jarang je Mak Siti masak. Dia tolong mama je.”
“Dah seminggu kau duduk sini. Kau tak nak balik lagi
ke? Aku bukan nak halau kau tapi aku rasa kau patut balik, Dania.”
Kata-kata Atikah membuatkannya terdiam. Dia
mengunyah nasi yang bersisa di dalam mulutnya. Ditelannya lambat-lambat.
“I will go home tomorrow.”
Atikah seolah-olah tidak percaya mendengar kata-kata
gadis itu.
“Don’t look at
me like that. Macam tengok hantu je.” Dia ketawa.
“Betul ke ni, Dania.”
Dania Aleya mengangguk-angguk.
“I will miss
you. My home will miss you.”
“Eleh bukan kau ke yang beria-ia suruh aku balik.”
“Kalau boleh aku tak nak kau balik tapi kau kena
balik. So sad tau.”
“Nanti aku try
minta dengan parents aku supaya
benarkan aku stay dengan kau. Best jugak duduk dengan kau ni. Ada la
jugak orang yang masak untuk aku. He he he.”
Atikah mencebik. Dania Aleya ketawa melihat muka
kelakar sahabatnya itu. dia membawa pinggannya ke dapur.
“Nanti kalau kau bosan kau datanglah rumah aku ni.”
Dia berpaling ke belakang. Atikah sudah berdiri di
belakangnya.
“Okay. Aku mesti datang punya. Lagipun kat rumah
bukan ada sape-sape pun. Only my mom.
Papa aku pulak sibuk memanjang.”
Atikah tersengih. Dania Aleya membasuh pinggan yang
berada di dalam sinki. Hatinya berdebar. Betulkah keputusannya ini? Dania
Aleya, sampai bila kau nak meratap? Bukankah kau sudah melupakan semuanya?