HOT!!!

Saturday, June 25, 2011

beNarKah CinTa? 1


Cahaya matahari yang menusuk masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Fidz Asran menggeliat. Matanya dibuka sedikit. Bibirnya tidak habis-habis mengomel. Dia kembali menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“ Fidz, bangunlah.”
Fidz Asran membuka matanya sambil merengus. Tidak suka diganggu pada waktu2 sebegini. Dia memandang lelaki dihadapannya.
“ Apa?” soalnya geram. Saudara kembarnya hanya menggeleng.
“ Tu, kau tengok jam. Dah nak masuk pukul 12 ni.” Ujarnya sambil menunding jari ke arah jam yang tergantung didinding.
“ Alah baru 12 tengahari bukan 12 malam pun.” Ujarnya selamba.
“ Kau balik pukul berapa semalam? Pukul 12 kau masih belum balik lagi. Kau bernasib baik papa still kat oversea.” Leter saudara kembarnya lagi. Dia hanya diam. Malas mahu melayan.
“ Hah ni mesti tak solat subuhkan?” serkap abangnya. Fidz Asran hanya tersengih. Dia menolak selimut ke tepi dan mencapai tuala.
“ Ridz, bila papa nak balik sini?” soalnya.
“ Hari ni. Kenapa?” Ridz Airan memandang wajah kembarnya.
“ What?” Fidz Asran terlopong. Tuala tadi disangkut ke bahu.
“ Kenapa?”
“ Papa cakap nak balik hari selasa kan.”
Ridz Airan hanya menjungkitkan bahunya. Fida Asran hanya mengeluh. Terpaksalah dia membatalkan aktivitinya malam ini. Tanpa menunggu kata-kata daripada abangnya dia terus menuju ke arah bilik air. Dua puluh minit kemudian dia keluar. Ridz Airan masih lagi di situ.
“ Kau nak apa lagi?” soal Fidz Asran sambil menyarungkan pakaiannya. Ridz Airan tersengih. Pastilah ada hal yang diingininya. Dia sudah masak dengan perangai abang kembarnya itu.
“ Besok aku nak pinjam kereta ek. Kereta aku masih kat workshop lagi.” Pintanya.
“ Habis aku lak macam-mana?”
“ Kita pergilah dengan aku ke sekolah besok.” Ujar Ridz Airan.
“ Tak nak lah aku. kau tu pergi sekolah awal sangat. Erm, tak pelah aku naik motor ajelah.” Ujarnya lagi.
“ Macam ni lah adik abang. Hehehe.” Gurau Ridz Airan. Fidz Asran melemparkan tualanya kearah abangnya itu. Sempat pula dia mengelak. Abangnya hanya ketawa terkekek-kekek.


Keadaan Sekolah Menengah Sri Nian kelihatan begitu sesak dengan pelajar-pelajar yang hadir pada pagi itu. Ridz Asran membetulkan uniform yang berwarna biru muda yang dipakainya dengan kemas. dia melangkah dengan bergaya sambil bibinya melemparkan senyuman ke arah pelajar yang tersenyum kepadanya. Bukannya dia tidak tahu dia dan Fidz Asran adalah pasangan kembar yang paling popular di sekolahnya.
“ Ridz!!” laung satu suara. Langkahnya terhenti. Dia berpaling. Wajah manis Sarah dipandang.
“ Apa hal?” soalnya.
“ Petang ni jangan lupa mesyuarat awal tahun biro pengawas.” Ujar Sarah. Dia mengangguk. Bukannya dia tidak ingat akan hal itu. Sementelah dia adalah ketua pengawas di sekolahnya.
“ Ok. Thanks.” Ujarnya dan terus berlalu.
“ Ridz.” Panggil Sarah lagi. Dia berpaling.
“ Petang ni boleh tak Sarah tumpang Ridz balik? Ayah ada kerja so tak dapat nak ambil Sarah. Boleh?” pintanya.
“ Erm okeylah. Ah, Sarah ada nampak Fidz tak?” soalnya.
“ Entahlah tadi tak nampak pulak. Ada apa?”
“ Tak apalah kalau awak ada nampak dia suruh dia jumpa saya ye.” Ujarnya. Sarah mengangguk. Ridz Airan berlalu meninggalkan Sarah. Perempuan itu mengeluh. Dia akui Ridz Airan seorang lelaki yang cukup sempurna. Memiliki segalanya. Mana-mana perempuan yang mengenalinya pasti akan menyukainya. Salah seorangnya adalah dirinya. Sejak dulu lagi dia ada menaruh hati pada lelaki itu. Tetapi Ridz Airan seolah-olah tidak memahaminya. Walaupun Ridz Airan dan Fidz Asran memiliki raut wajah yang sama tetapi kedua-duanya memiliki personality yang berbeza. Ridz Airan bersikap lebih matang daripada Fidz Asran yang bersikap lebih agresif. Fidz Asran kadang-kadang suka mmenberontak. Selalu ponteng class dan tidak secerdik abangnya. Dulu lelaki itu tidak seperti itu. Dia pun tidak tahu apa yang telah membuatkan lelaki itu berubah sedemikian rupa.
************************************************************************
Fidz Asran memarkirkan motosikalnya. Dia melangkah selamba sambil menyeluk saku seluarnya. Rambutnya yang sedikit panjang sengaja dibiarkan berserabut. Asalkan Nampak bergaya dia sudah berpuas hati. Uniform putihnya juga dibiarkan berjuntai di luar seluar. Dia memang suka bergaya sebegini. Tidak suka terlalu terikat dengan peraturan.
Dia meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya. Dia cukup meyampah dengan situasi ini. Macamlah dia orang yang dikehendaki polis sampaikan semua mata memandangnya. Ah, dia tidak menghiraukan itu semua. Lebih baik dia mendengar lagu daripada pemain muziknya. Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahunya. Dia berpaling. Wajah pengawas yang termengah-mengah dipandangnya. ‘apa hal pulak budak ni berpeluh sampai macam ni?’ soalnya di dalam hati.
Dia menanggalkan earfonnya apabila dilihatnya Sarah seperti ingin berkata sesuatu.
“Fidz, saya panggil awak berpuluh kali tadi sampaikan terpaksa mengejar awak tau” marah gadis itu.
“Apa hal?” soalnya selamba.
“Ridz cari awak tadi. Dia nak jumpa awak.” Ujarnya dalam keadaan mengah.
“Erm.”
Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Dia kembali memakai earfonnya dan meneruskan langkahnya tanpa mengucapkan apa-apa. Sarah terpinga-pinga.
“Macam tu je? Bukannya nak ucapkan terima kasih. Geramnya aku.” Dia mengetap bibir.
“Lansung tak macam abang dia.” Tambahnya sebelum berlalu.
Fidz Asran melilaukan matanya mencari abangnya. Sesekali dia mendengus apabila tidak ternampak kelibat abangnya itu. ‘Menyusahkan aku je pagi-pagi ni.’ bebelnya sendiri.
“Fidz.” Laung seseorang.
Ridz Airan menyentuh bahunya. Fidz Asran berpaling. Dia menyambut earphonenya.
“Hah ada pun kau. dari tadi lagi aku mencari kau.” marahnya kepada abangnya. Ridz Airan menggeleng-geleng.
“Bukan aku ke yang duk cari kau tadi?” ujarnya.
“Yerlah. Sarah cakap kau nak jumpa aku. Apahal?” soalnya selamba. Ridz Airan tidak terus menjawab. Dia memerhatika adiknya dari atas ke bawah.
“Aku tahu apa yang ada dalam kepala otak kau ni? please tolong janga nak berleter kat aku. Apa hal kau cari aku ni?”
“Fidz, kau ni boleh tak berubah sikit. At least bagilah muka kat aku. Akukan ketua pengawas kat sini. Kau pulak adik aku. Kau tengok pakaian kau, rambut kau. susah aku tau.” Ujar Ridz Airan tidak puas hati.
“Alah relakslah. Nanti aku tukar warna rambut aku ni. okey, bro?” potongnya.
“Color rambut kau tak menjadi masalah sebab tu warna asal rambut kau tapi aku nak kau potong sikit rambut kau ni.” nasihatnya serius. Fidz Asran mendengus. Macam-macamlah. Pagi-pagi nak berleter kat aku pulak.
“Okeylah. Hah, apa hal?” dia tidak mahu menimbulkan masalah kepada abangnya. Apa-apa pun Ridz Asran adalah ketua pengawas di sekolah ini. Dia harus menghormati lelali yang berda di hadapannya ini.
“Aku cuma nak pesan kat kau ni. nanti lepas sekolah balik awal sikit. Aku tak nak nak kau merewang macam semalam. Lagipun papa balik malam ni. aku tak nak dia bising-bising pulak.” Pesannya. Bukan dia tidak tahu agak susah untuk bertemu adiknya ini walaupun mereka satu sekolah. Lebih baik dia pesan awal-awal. Dia menatap jam tangannya. Hamper mencecah 9 pagi.
“Okey,setel bos.” Guraunya. Ridz Airan tersenyum. Sedegil-degil adiknya dia masih akan menurut kata-katanya. Fidz Asran seorang adik yang baik walaupun dia telah banyak berubah. Perangainya menjadi lebih agresif dan cepat memberontak. Dia tahu mengapa Fidz Asran menjadi begitu. Semuanya kerana peristiwa tiga tahun lepas.
“Okeylah Ridz aku cau dulu. Hah satu lagi jaga baik-baik kereta aku. Calar sikit siap kau aku kerjakan.” Gertak Fidz Asran. Ridz Airan hanya tersenyum. Dia tahu adiknya hanya bergurau.
************************************************************************
Bunyi kereta yang diparkir di hadapan rumah tidak langsung menggerakkan dirinya untuk mejenguk. Dia kembali menatap rancangan di kaca televisyen. Tepat jam 8 malam tetapi kelibat abangnya tidak lagi kelihatan. Padahal dia yang bersungguh bagi pesanan tadi.
“Assalamualaikum Fidz. Kenapa monyok je ni?” soal satu suara. Dia berpaling.
“Papa rupanya. Fidz ingatkan Ridz.” Fidz Asran menyalami papanya yang duduk di sebelahnya.
“Kenapa papa balik cepat sangat? Perempuan kat u.s tak cantik ke?” guraunya. Datuk azman ketawa kecil.
“Macam-macamlah Fidz ni. papa Cuma rindukan anak-anak apa je.” Ujar Datuk Azman sambil mengusap rambut anaknya.
“Ridz mana?” soal papanya tiba-tiba. Fidz Asran menjungkitkan bahunya. Tiba-tiba deringan telefon bergema. Fidz Asran bingkas mendapatkannya.
“Hah kau Ridz. Kau kat mana ni. papa dah sampai pun. Tadi punyalah sibuk bagi warning kat aku.” Marahnya tanpa sempat Riza Airan meneruskan kata-katanya.
“Aku ada hal sikit. Nanti aku baliklah. Okey, bye.” Talian terus diletakkan tanpa Fidz Asran sempat bertanya apa-apa.
“Ridz?” soal papanya. Dia mengangguk
“Dia ada hal sikit. Kejap lagi dia sampai.” Datuk Azman mengangguk. Dia tahu Ridz Airan tidak akan melencong ke tempat lain. Ridz Airan tidak seperti Fidz Asran yang sedikit nakal.
“Papa naik dululah Fidz. Papa penat.” Ujarnya. Fidz Asran mengangguk dia memandang tubuh papanya yang semakin menjauh. Tiba-tiba satu perasaan menyelinap ke dalam hatinya. ‘Kesian papa.’ Getus hatinya. ah, dia cuba menepis perasaan itu. dia tidak mahu lagi di buai perasaan yang sebegitu. Dia bukan lagi Fidz Asran yang dulu. Yang selalu lemah. Dia lebih rela menjadi sebegini asalkan hatinya tidak terluka lagi dengan pembohongan demi pembohongan yang sengaja direka untuk mengaburi matanya.

Friday, June 24, 2011

cinta tak bersyarat 19


“Anak ibu ni makin cantik.” Pujian itu membuatkannya tersipu-sipu malu. Apatah lagi di hadapan Riezq. Dia jadi segan.
“Ibu ni sengaja nak tukar topikkan. Kenapa ibu tak beritahu Nia yang ibu sakit? Aiman pun satu. Kan akak dah pesan apa-apa yang jadi terus beritahu akak.” Dia menjeling Aiman. Adik lelakinya tunduk. Takut dengan wajah garang kakaknya itu.
“Sudahlah, Nia. jangan marah kat Aiman. Ibu yang tak bagi dia beritahu Nia. ibu tak sakit pun. Demam biasa je.” Pujuk Aminah. Dia mengusap tangan anak perempuannya. Anaknya kelihatan bahagia. Dia tumpang gembira.
“Berapa hari kamu duduk sini?” soal ibunya.
“Tiga hari je, bu. Tak dapat nak cuti lama-lama. Banyak kerja kat pejabat.” Ujar Riezq. Ibunya mengangguk. Faham dengan situasi mereka.
“Nia rindu kat ibu.” Dia memeluk tubuh ibunya. Aminah mengusap kepala anaknya. Rania Qyrina masih lagi manja dengannya walaupun sudah bersuami. Riezq hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Kalau dengannya gadis itu tidak akan berkelakuan seperti ini. Garang 24 jam.
“Tak malu ke suami kamu tengok tu.” Tegur ibunya. Qyrina meregangkan pelukannya. Dia memandang Riezq. Lelaki itu tersenyum. Mengejek akulah tu.
“Dia memang macam ni, bu. Dengan Riezq pun bukan main manja lagi.” Lelaki itu menjeling Qyrina. Wajah gadis itu berubah. Riezq ketawa dalam hati.
“Mana ada. Bila….” Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila teringat situasi mereka. Akhirnya dia hanya tersenyum. Senyuman yang tidak ikhlas. Hatinya membengkak.
“Keluarga Riezq sihat?” soalan Aminah membuatkan Riezq dan Qyrina diam. Qyrina pandang wajah Riezq.
“Mereka sihat je, bu. Mama dan papa kirim salam. Mama cakap nanti kalau ada masa dia datanglah jumpa ibu.” Bohong Riezq. Qyrina mengetap bibir. Dia benar-benar geram. Dia tidak suka ibunya dibohong seperti ini. Riezq tak boleh berbuat sebegini terhadap ibunya. Riezq memandang wajah Qyrina. Dia benar-benar berasa bersalah. Maafkan saya.
“Tak apalah. Nia bawalah Riezq rehat dulu.” Qyrina mengangguk. Dia mencapai begnya dan berlalu tanpa berpaling ke arah lelaki itu.
“Saya minta maaf, Nia.” ujarnya sebaik sahaja berada di dalam bilik. Qyrina diam.
“Saya pun tak tahu nak buat apa lagi. Saya bukan nak bohong pada ibu awak, Qyrina. Awak kan tahu…”
“Saya tahu inilah benda yang saya perlu bayar kan. Dulu awak dah beri amaran pada saya dan saya dah terima job awak ni. saya pun dah bohong pada ibu saya. Even saya pun dah buat benda ni apatah lagi awak yang tak ada kaitan dengan ibu saya. anak kandung dia sendiri.” Ujarnya dalam sebak. Riezq mendekatinya.
“Saya akan beritahu mama saya. saya akan cakap yang awak masih ada keluarga. Saya akan pulihkan semuanya.” Ujar Riezq. Qyrina menggeleng.
“Awak tak perlu buat semua tu. Lagipun perkahwinan kita takkan lama, Riezq. Awak boleh tinggalkan saya bila-bila masa je.” Tambahnya. Dia menyapu air mata yang mengalir.
“Tak. Saya takkan buat semua tu. Saya takkan tinggalkan awak Qyrina.” Riezq merenung anak matanya. Dia mendekati Qyrina. Tangan gadis itu di sentuh.
“Saya tahu perkahwinan kita ni bermula dengan tak baik. Saya minta maaf. Qyrina, sebenarnya saya…sa…”
Ketukan di pintu mematikan kata-kata Riezq. Dia mengeluh. Qyrina menarik tangannya. Tombol pintu di tarik. Terjengul wajah Aiman.
“Akak boleh tak tolong Aiman beli barang dapur? Ibu suruh Aiman tapi Aiman ada latihan sukan nanti. Tolong kak Nia ek.” Pinta Aiman. Qyrina hanya mengangguk. Aiman berlalu dengan wajah riang. Pintu kembali di tutup.
“Saya temankan awak.” Ujar Riezq.
“Takpelah saya boleh pergi sendiri.” Dia menolak. Sebenarnya dia masih terkejut dengan tindakan lelaki itu tadi. Apa yang lelaki itu ingin perkatakan tadi?
“Ini arahan saya.” ujar lelaki itu serius dan menghilang di dalam bilik air. Qyrina mengeluh. Apa yang aku dah lakukan ni? bukankah aku juga yang rela menerima semua ini. Aku yang merayu kepada lelaki ini dahulu. Kenapa aku harus memarahinya? Sepatutnya aku yang bersalah.
_____________________________________________________________________
Riezq hanya mengekori langkah kaki Qyrina. Dia benar-benar ingin meluahkan isi hatinya kepada perempuan itu. Tetapi bagaimana? Dia menyaingi langkah kaki gadis itu. Wajah Qyrina dipandang.
“Banyak lagi ke?” soalnya. Qyrina berhenti. Dia tatap wajah Riezq. Bagaimana harus dia memohon maaf daripada lelaki ini? Dari tadi lagi dia memikirkan perkara ini. Otaknya pun sudah pening.
“Apa yang awak beli?” soal Riezq apabila melihat bakul gadis itu masih kosong. Takkanlah dia pun tak perasan apa-apa tadi. Qyrina pandang bakulnya. Dia garu kepala.
“Dah. Mari sini.” Riezq mengambil bakul di tangan Qyrina.
“Awak nak buat apa?” soalnya.
“Kita sama-sama cari barang yang ibu awak pesan, okey?” dia menarik tangan Qyrina dengan selamba. Qyrina terkesima. Tetapi lidahnya kelu untuk melarang lelaki itu. Apa yang harus dia buat? Dia hanya membiarkan tangannya berada dalam tangan lelaki itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Senyuman yang sukar untuk dimengertikannya.
_____________________________________________________________________

Qyrina menampar bahu Aiman. Geram dengan kata-kata adiknya itu. Riezq dan ibunya hanya ketawa. Entah apalah yang menggelikan hati mereka. Aiman beralih arah mendekati Riezq. Perit bahunya di tampar oleh Qyrina.
“Abang tak pernah ke kena dengan kak Nia ni? macam ibu ketam. Suka sengat orang.” Perli adiknya. Qyrina menjeling Aiman.
“Aiman gurau je lah akak.” Aiman mengalah. Takut juga dia melihat wajah garang kakaknya. Qyrina menjelirkan lidahnya. Riezq yang melihat hanya tersenyum. Masih ada sifat kebudak-budakkan dalam diri gadis ini.
“Abang tak kisah pun apa yang akak Aiman ni nak buat apa abang.” Ujar riezq. dia mengenyitkan matanya kepada Qyrina.
“Abang sayang akak ke?” soal Aiman. Sengaja ingin mengusik kakaknya. Suka melihat wajah kakaknya yang berubah warna. Malulah tu. Riezq memandang Qyrina.
“Abang sayang sangat kat kakak Aiman.” Ujarnya tanpa memandang wajah Aiman. Dia benar-benar serius dengan kata-katanya ini. Qyrina gelabah. Dia seram melihat mata lelaki itu yang menikam ke wajahnya. Bulu romanya menegak. Dah buang tabiat ke mamat ni? kot ye pun nak berlakon tak payahlah nampak cam real sangat. Gerutunya dalam hati. Dadanya berdebar kencang.
“Aiman, pergi solat isyak. Dah masuk waktu ni.” dia cuba menukar topic. Aiman tidak banyak soal. Dia menurut sahaja perintah kakaknya.
“Ibu gembira sangat tengok Nia bahagia macam ni.” ujar Aminah. Riezq senyum. Qyrina mendekati ibunya.
“Nia lagi bahagia kalau ibu dah sihat.” Ujar Qyrina.
“Ibu dah sihat Nia. ibu dah tak rasa sakit macam dulu.” Dia cuba menyakinkan Qyrina. qyrina menggeleng.
“Kita jumpa doctor esok. Lagipun ibu ada appointment dengan Dr. haleena esok. Nia nak ikut. Nak nak dengar dari mulut Dr. haleena sendiri.” Qyrina benar-benar berharap segalanya akan semakin baik. Aminah hanya senyum. Dia tahu Qyrina risaukan dirinya. Qyrina bangun dan beredar ke dalam biliknya. Sampai bila anaknya itu akan terus memikirkan tentang dirinya ini.
“Qyrina cuma nak ibu sihat je.” Ujar Riezq. aminah mengangguk.
“Ibu tahu. Kadang-kadang dia tu terlalu fikirkan tentang orang lain. Nia ada susahkan Riezq ke?” soalnya. Dia bimbang jika sikap manja Qyrina itu menyusahkan menantunya ini.
“Eh takdelah, bu. Ibu jangan fikir yang bukan-bukan pula. Qyrina tak pernah menyusahkan Riezq. Dia banyak membantu Riezq. riezq bersyukur dapat kenal dengan anak ibu.” Riezq benar-benar ikhlas dengan kata-katanya. Qyrina memang benar-benar telah membantunya keluar daripada masalah yang besar. Malah hatinya juga kian terisi dengan cinta terhadap Qyrina.

SYAFIQAH memandang wajah mamanya yang kelihatan ceria. Sejak belakangan ini mamanya kelihatan gembira sekali. Mungkin ada sesuatu yang menyenangkan hatinya. Azrafiq yang terlena di ribanya di letakkan di atas sofa. Dia mendekati mamanya yang sedang membelek majalah keluarga.
“Ada sesuatu ke yang Iqa tak tahu ni?” soalnya apabila mencecah punggung di sebelah mamanya. Majalah yang berada di tangan ditutup. Wajah anak perempuannya dipandang hairan.
“Mama look happy lately. Ada sesuatu ke yang papa bagi ni?” soalnya apabila mengerti dengan tanda Tanya di wajah mamanya. Puan Sri Tengku Zawiyah menggeleng.
“Azrafiq mana?” soalnya.
“Dia dah tidur. Bila Riezq dengan Rina nak balik, ma?” soalnya. Sudah dua hari mereka bekerja di luar.
“Tak tahulah mama. Riezq cakap dalam tiga hari je. Besok lusa baliklah tu.” Mamanya kembali membaca majalah tadi.
“Macam-mana dengan Rina? Dia selesa tak duduk sini?”
“Mama rasa Qyrina tu not badlah.” Syafiqah tidak mengerti dengan kata-kata mamanya.
“Maksud mama?” soalnya.
“Maybe she’s the right person to be part of our family and also wife for you brother.” Dia tersenyum. Dia yakin Qyrina seorang menantu yang baik. Selama berada di sini gadis itu tidak pernah berlaku biadap dengannya dan gadis itu tidak pernah membantah kata-katanya.
***********************************************************************************


Udara nyaman di sungai ini sedikit sebanyak menenteramkan jiwanya. Dia memerhatikan Aiman yang sedang mengajar Riezq menangkap ikan menggunakan tangan. Dia menggelengkan kepalanya. Sampai bila-bila pun takkan dapat tangkap. Bibirnya menguntum senyum. Aiman pun sama. Macamlah terer sangat.
“Awak buat apa tu?” laungnya. Riezq berpaling ke arahnya.
“Tangkap ikan.” Balas lelaki itu. Dia sengih. Senget jugak mamat ni.
“Awak ingat senang ke tangkap ikan macam tu. Aiman tu bukan boleh percaya sangat.” Dia mendekati Riezq. entah di mana silapnya melangkah kakinya tergelingcir. Dia tidak dapat mengimbangi badannya. Tangannya spontan menarik baju T-shirt lelaki yang berada di hadapannya itu. Riezq yang terperanjat melihat keadaan Qyrina terus memaut pinggang gadis itu. Dia tidak dapat menstabilkan dirinya dan akhirnya mereka sama-sama jatuh ke dalam air. Qyrina menghempap badan Riezq. Aiman cepat-cepat membantu kakak dan abang iparnya. Qyrina terbatuk-batuk kecil. Nasib baik paras air hanya separas lutut.
“Awak okey tak?” soal Riezq. wajah Qyrina yang memerah dipandang. Gadis itu menyapu mukanya yang di basahi air. Perit tekaknya akibat tertelan air sungai.
“Kenapa awak ni? habis basah baju saya ni?” marahnya. Kalau lelaki itu tidak menangkap pinggangnya tadi tentu dia tidak terjatuh. Fikirnya.
“Kenapa saya pulak? Awak tu yang tarik baju saya ni. kalau tak tentu saya tak jatuh sekali dengan awak.” Ada ke aku pulak yang salah. Bebelnya.
“Yelah akak. Kak Nia yang tarik baju abang Riezq tadi. Kesian abang tau. Macam tu pun nak marah kat abang.” Aiman menyampuk. Qyrina menjeling. Tahulah salah aku. Sibuk je si Aiman ni. Dia memeluk tubuhnya yang mula terasa kesejukan.
“Dahlah jom balik. Kakak Aiman ni memang selalu macam ni. selalu sangat nak salahkan abang. Jomlah sayang nanti awak demam pulak.” Dia menarik tangan Qyrina. gadis itu hanya menurut. Dalam diam tangannya laju mencubit pinggang lelaki itu. Bibirnya mengukir senyum apabila lelaki itu menyeringai kesakitan. Padam muka kau.

cinta tak bersyarat 18

Apabila dia balik tadi lelaki itu sudah berada di dalam bilik air. Agak awal lelaki itu pulang hari ini. Biasanya dia yang tiba di rumah terlebih dahulu. Dia menanggalkan tudungnya. Pertama kali dia memakai tudung masih terasa agak janggal. Lima minit kemudian lelaki itu keluar dengan hanya bertuala paras pinggang. Terkejut juga dia tetapi dikawal perasaannya itu.
“Awak bersiaplah. Kejap lagi mak su dengan Pak Su nak datang. Mereka makan malam kat rumah kita.” Ujar lelaki itu tanpa berpaling ke arahnya.
“Kenapa?” soalnya.
“Saja nak melawat. Nak kenal dengan awak.” Riezq mencapai T-shirt dan menyarungnya. Dia mengangguk. Dia mencapai tuala dan bajunya. Inilah rutin hariannya. Menyalin pakaian di dalam bilik air. Bimbang apa-apa terjadi.
Riezq mengeluh apabila gadis itu menghilang di dalam bilik air. Dia telah jatuh hati terhadap Qyrina. Dia benar-benar pasti itu. Bagaimana harus dia memberitahu gadis itu tentang perasaannya? Masalah lagi. Inilah kali kedua dia jatuh cinta. Setiap kali dia jatuh cinta pasti ada masalah.
“Kau boleh, Riezq.” Ujarnya perlahan. Dia akan pastikan perkahwinan mereka ini akan kekal.

______________________________________________________________
Usai makan malam tadi mereka solat maghrib bersama-sama. Mak Su dan Pak Su lelaki itu agak baik orangnya dan boleh menerimanya. Dia tersenyum. Nasib baik segala-galanya dalam keadaan baik.
“Qyrinakan.” Tegur seseorang. Dia berpaling. Wajah Aliya yang lembut itu dipandangnya. Dia mengangguk.
“Kenapa duduk kat sini?” soal Aliya ramah. Gadis itu menarik kerusi di sebelahnya.
“Nak ambil angin malam je. Lagipun tak nak ganggu mereka berbual. Hal orang dewasa.” Aliya ketawa kecil.
“Aliya dah berapa bulan ni?” soalnya. Aliya menyentuh perutnya yang masih belum nampak.
“Dua bulan Rina. I hope it will be okey.” Ujar Aliya. Dia takut peristiwa dulu berulang lagi.
“Jangan risau. Banyakkan berdoa insyaAllah semuanya akan baik.” Qyrina memegang tangan Aliya. Entah kenapa dia mudah mesra dengan perempuan di hadapannya ini. Aliya mengangguk.
“Papa dia pun dah tak sabar menunggu dia keluar.” Tambahnnya. Qyrina baharu tersedar. Suami Aliya tiada dengannya.
“Suami Aliya tak datang ke?” soalnya. Aliya menggeleng. Entah kenapa dia dapat mengesan perubahan suaminya sejak tiba di sini. Seperti ada sesuatu yang dipendamnya. Takkanlah……
“Dia ada hal sikit tadi dengan family dia. Last minit jugak. Tak dapatlah nak kenalkan dengan Riezq. Masa kahwin hari tu Riezq tak ada. Hah, Rina tak ada tanda-tanda lagi?” soalan Aliya mengundang kerutan di dahinya. Tak faham.
“Macam saya.” jelasnya. Wajahnya terasa hangat. Pantas dia menggeleng.
“Eh, tak adalah.” Ujarnya pantas. Aliya tersengih.
“Nanti adalah tu. Saya pun lepas gugur dulu lama juga nak pulihkan semangat saya ni. Mujurlah abang Mi selalu sokong saya. Ada di sisi saya.” Qyrina dapat melihat sinar kebahagiaan dari cahaya mata Aliya. Alangkah indahnya jika perkahwinan mereka juga begitu. Dia mengeluh.
“Masa mama saya beritahu Riezq dah kahwin walaupun saya terkejut tapi saya gembira sangat. Riezq dah lama menderita.”
Qyrina tidak mengerti. Menderita? Kenapa pula?
“Riezq ada cerita tentang kisah cinta dia dulu?” soal Aliya. Dia menggeleng. Tak pernah pula dia terfikir untuk mengetahui tentang kisah lelaki itu.
“Erm, Qyrina tanya dia sendirilah.” Aliya tersenyum. Rasanya agak tidak elok jika dia menberitahu gadis ini.
“Eh, cakaplah Liya. Tak apa. Lagipun kalau saya tanya belum tentu dia nak beritahu. Pleaz Aliya.” Rayunya. Tiba-tiba sahaja dia ingin mengetahuinya. Aliya kelihatan serba salah.
“Dulu masa Riezq mula-mula pergi belajar kat oversea dia berkenalan dengan seorang perempuan. Orang Malaysia jugalah. Itulah pertama kali Liya tengok dia happy je. Kalau balik sini mesti mulut dia tak lepas dari sebut nama Aina. Hampir dua tahun jugalah dia bercinta dengan budak tu. Masalah timbul bila budak tu balik Malaysia tiba-tiba. Riezq pun tak tahu.” Aliya berhenti. Qyrina semakin ingin tahu. Rupanya mamat seperti itu juga pernah bercinta. Ingatkan berhati batu.
“Bila Riezq tahu budak tu balik sini dia pun ikut. Padahal masa tu dia ada exam. Dia macam hilang semangat. Tak tahu mana nak cari Aina. Pak Long dengan Mak Long pun tak tahu nak buat macam-mana. Paksa dia sambung study pun dia tak nak dengar. Dia cakap selagi dia tak jumpa Aina dia takkan sambung study. Hampir sebulan juga dia macam orang putus asa.” Aliya berhenti lagi. Dia memandang Qyrina.
“Lepas tu apa yang jadi Aliya?” soalnya.
“Dia terima surat daripada keluarga Aina. Masa Aina balik sini dia sakit. Sebenarnya dah lama dia menderita sakit jantung. Ingatkan lepas operate semuanya akan baik. Aina dah meninggal seminggu lepas tu. Dia tak nak Riezq tengok keadaan dia yang sedang menderita tu.” Aliya menarik nafas. Matanya kelihatan berkaca.
“Macam-mana dengan Riezq?” soal Qyrina. Tiba-tiba dia berasa sebak.
“Dia tak menangis. Kami semua bimbang. Seminggu kemudian dia buat keputusan nak sambung pelajaran yang tertangguh tu. Kami pun tak tahu apa yang buat dia kembali macam dulu. Mungkin sebab Qyrina.” Ujarnya. Dia memegang tangan Qyrina. Qyrina menggeleng.
“Bahagiakan Riezq. Dia dah banyak menderita. Dulu Riezq tak menangis sebab dia tak nak Aina menderita di sana. Walaupun Riezq sedih sebab tak dapat jumpa Aina buat kali yang terakhir tetapi dia bahagia sebab dapat membahagiakan Aina dulu.” Aliya menyapu air jernih yang mengalir di pipinya. Qyrina diam. Bagaimana harus dia membahagiakan lelaki itu? Riezq tidak mencintainya. Begitu juga dengan dirinya. Kisah kami rumit, Aliya. Maafkan saya kalau terpaksa mengecewakan awak.
____________________________________________________________________
Qyrina berdehem. Cuba menarik perhatian lelaki itu. Sejak tadi lagi lelaki itu asyik menghadap laptopnya. Entah apalah yang menarik sangat sampai tak nak layan aku ni. Entah-entah chatting dengan perempuan. Bukan boleh percaya sangat lelaki macam dia ni. Bisik hatinya. Hish, kenapalah otak aku ni selalu fikir yang bukan-bukan. Tanpa sedar dia mengetuk kepalanya.
“Dah buang tabiat ke?” dia memandang Riezq.
“Apa?” soalnya.
“Bosan sangat ke sampai main ketuk kepala tu.” Tempelaknya. Qyrina mencebik. Nampak pulak aku ketuk kepala.
“Mana ada. Saya cuma nak test je kepala saya ni keras ke tak?” alasan tidak masuk akal itu keluar dari bibirnya. Riezq tersengih. Macam-macam perempuan ni. Dia menutup laptopnya.
“Awak borak apa dengan Aliya tadi? Serius je saya nampak.” Soalnya. Qyrina menggeleng.
“Tak ada apa-apa. Bukan urusan awak.” Dia menyangkalnya.
“Bukan gossip pasal saya ke?” riezq senyum. Hensem pulak mamat ni.
“Awak bukan artis. Buang masa je gossip pasal awak.” Tempelaknya. Dia beredar ke beranda. Nyamannya angin malam menampar pipinya.
“Oh, selalu tu yang awak gossip dengan kak Liza pasal artis la ye.” Dia berpaling ke sebelah. Lelaki itu senyum menampakkan giginya yang tersusun. Dia menjeling. Selalu sangat nak sakitkan hati aku.
“Boleh saya tanya?” soalnya teragak-agak. Riezq mengangkat keningnya. Dia menggeleng. Lebih baik dia diam je. Fikirnya.
“Tak ada apa-apalah. Riezq, besok boleh tak kalau saya balik kampong?” soalnya. Wajah Riezq ditatap. Inilah pertama kali dia melihat wajah ini dari jarak yang dekat. Lelaki ini memang kacak. Kulit wajahnya tidaklah terlalu putih. Keningnya agak lebat. Rambutnya, erm macam siapa ek? Dia cuba memerah otaknya. Hurm, seperti Jessadaporn. Pelakon Thailand pujaan ramai itu. Rambut je yang sama. Hensem lagi Jessadaporn. Kutuknya dalam hati. Tetapi Riezq pun bolehlah dikatakan hensem. Bukan boleh dikatakan tetapi memang kacak juga.
“Boleh dan saya pun nak ikut awak.” Ujar Riezq.
“Tak payahlah. Nanti apa pula mama dengan papa awak cakap. Takkanlah honeymoon lagi.” Guraunya. Riezq senyum lagi. Dia rasa berdebar. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari lelaki itu.
“Saya cakaplah kita ada kerja kat luar.” Ujarnya. Qyrina diam. Matanya kembali terhala ke depan. Riezq memerhatikan raut wajah isterinya. Hatinya berasa aman sekali. Perasaan sama yang dialaminya dulu tetapi perasaan ini lebih kuat lagi. Dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza antaranya dengan Qyrina. Aina, maafkan Syah. Syah tak berniat untuk menggantikan Aina dengan sesiapapun. Aina tetap cinta pertama Syah. Dan Qyrina akan menjadi cinta terakhir untuk Syah.

Wednesday, June 22, 2011

mood ilang...help me!!!!

Hari ni aku dah bebas. da cuti panjang. ingat lam cuti ni nak habiskan novel cinta tak bersyarat...erm, sempat ke? idea ade tapi aku ase mlas lak nak menulis. tba2 je cam jari2 ni malas nak menaip. mood ilang. tak tahu pegi mane? harap2 dapatlah habiskan cite ni. kawan2 sume ada nsihat x? tlong motivasikan aku cket. btw, sal nvel 2 law ade yang x kena tolonglah tegur erk. you all ase2 si Qyrina ni ada jdoh x ngn Riezq? ataupun jdoh dia mmg dngan Haris???
Haris....cptlah muncul. kesian kat Qyrina ni duk tunggu awak. lagipun kalau si Haris ni muncul makin berkonfliklah citer ni. apa-apa pun jelaskan perkara sebenar kat Qyrina supaya dia tidak lagi hidup dengan bayang-bayang Haris. kesian kan.....

Wednesday, June 8, 2011

shortcourse=kos pendek(16hb 05-16hb 06)

sory sgt2 coz lmbt upload cite yew. sy tol2 bz ngn kos pendek ni. 16hb bru abeh study n then tnggu exm lak lam 21 til 24hb. sy x sbar nk abehkn kos pndek ni. nk blik n hbiskan nvel sy ni. hope u all support sy yew......result pon da dkat.17hb ni. TAKUTLAH........

cinta tak bersyarat 17

Tubuhnya yang masih kaku itu dipeluk erat. Dia tidak dapat membalas pelukan tersebut. Serta-merta air matanya mengalir lagi. Agak lama mereka berkeadaan sebegitu sehingga pelukan tersebur dirungkai.
“I miss you a lot Qyrina.” Ujar elisa. Dia hanya mampu tersenyum.
“Kenapa kau nangis ni? Takkan rindu kat aku sampai macam tu sekali.” Elisa menyapu air jernih yang mengalir di pipinya. Dia memegang bahu sahabatnya itu.
“I miss you too, Lis.” Ujarnya cuba menutup rasa getar di dada. Matanya masih melilau mencari lelaki itu. Berharap agar sang kekasih akan melintas di hadapannya. Tapi dia tahu itu agak mustahil. Semua itu hanya mimpinya sahaja. Haris sudah menghilang dan tidak akan muncul lagi di hadapannya. Wake up Rania Qyrina. Jerit hatinya.
“I’m sorry sebab tak bagitahu nak balik hari ni. Actually tak rancang pun. Si Firzad la. Dia yang salah. ” wajah Elisa berubah. Mukanya masam mencuka. Qyrina tersenyum. Tak habis-habis.
“Ok kita cakap dalam kereta yer. Aku tahu cerita kau ni panjang.” Guraunya. Qyrina mencapai beg di tangan Elisa.
“Wait. You said car? Kau dah beli kereta ke? Nape tak story pun kat aku?” soal Erisa tak puas hati. Qyrina tercengang. Dia menelan liur. Kereta tersebut adalah pemberian Riezq padanya. Katanya senang untuk berulang-alik ke pejabat nanti. Lagipun mereka ke pejabat berasingan.
“Kereta pinjam. Jomlah.” Dia menarik beg pakaian Elisa. Bicara yang keluar dari bibir Elisa langsung tidak masuk ke dalam benaknya. Apa yang harus di ceritakan kepada sahabatnya nanti. Tiba-tiba sahaja berkahwin. Aduh, satu lagi masalah melanda.
________________________________________________________________
Matanya memandang ke arah tangga. Dia merenung wajah suaminya yang baru menuruni anak tangga. Apabila tiba di rumah tadi dia tidak sempat ‘beramah mesra’ dengan lelaki itu. Lagipun dia tiba sudah agak lewat. Azan maghrib pun sudah kedengaran.
“Mama dengan Papa ke mana?” soalnya apabila lelaki itu duduk di sebelahnya.
“Ke rumah mak su.” Riezq mencapai remote control. Dia mencari saluran yang menarik. Semuanya membosankan.
“Kenapa awak tak ikut?” soal Qyrina lagi.
“Tunggu awak. Ingat nak pergi dengan awak. Lagipun tadi Aliya dah sampai. Nak kenalkan awak dengan dia tapi dah lewat pula. Lain kali ajelah.” Jelasnya. Dia mengangguk.
“Awak dah makan? Tadi sebelum balik Mak Mah dah siapkan makan malam.” Dia memandang lelaki itu. Entah kenapa dia rasa lain macam saja malam ni? Macam kekok saja berdua dengan dengan lelaki itu.
“Tak pelah awak makanlah dulu.” Riezq masih memandang televisyen. Memang agak janggal jika tidak bertikam lidah dengan lelaki ini dalam sehari. Dia benar-benar rasa bosan. Mungkin sebab sudah terbiasa bergaduh. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Kenapa?” soal Riezq. Lelaki itu berpaling ke arahnya. Dia tersentak. kepalanya digelengkan.
“Mama ada bagi something kat awak. Dah buka?” soalan lelaki itu mengundang persoalan dalam benaknya. Something? Ape dia?
“Saya lupa nak cakap tadi. Ada kat meja solek. Mama pesan suruh bagi kat awak. Saya pun tak tahu apa dia. Pergilah tengok.” Riezq merenung anak mata hazel qyrina. Entah kenapa hatinya merasa sesuatu. Sejak akhir-akhir ini dia dapat merasa sesuatu yang terjadi kepada hatinya. Tiap kali dia pandang Qyrina dia dapat merasa jantungnya berdebar kencang. Dan apabila gadis itu menyebut nama Hariz ketika tidur semalam entah kenapa dia rasa amat marah sekali. Apa hubungan gadis ini dengan pekerjanya itu?
“Saya naik dululah.” Ujar qyrina dan berlalu meninggalkan lelaki itu. Gerun pula apabila mata lelaki itu menikam matanya. Dah buang tabiat agaknya mamat tu.
Qyrina bergegas masuk ke dalam bilik. Dia mencari something yang di beritahu oleh Riezq tadi. Apabila terpandang barang tersebut dia terus mendapatkannya. Kertas pembalutnya dikoyak. Dan pabila matanya memandang pemberian mama lelaki itu air matanya terus mengalir. Tudung berwarna ungu muda itu di sentuh. Dia benar-benar sebak. Dia teringat tudung inilah yang dia lihat ketika menemani Pn. Sri Tengku Zawiyah tempoh hari. Tudung yang dia berkenan itu. Tidak disangka wanita itu dapat membaca isi hatinya. Dia benar-benar terharu. Mungkin inilah saatnya. Dia teringat pesanan ibunya tempoh hari. Ibu, hati Nia benar-benar dah terbuka.
____________________________________________________________________
Riezq tidak dapat mengalihkan pandangan matanya. Dia menelan liur. Gadis yang berada di hadapannya itu benar-benar ayu dan cantik seprti bidadari. Dadanya berdebar kencang. Tangannya terasa berpeluh. Qyrina ke ni? Dia memang sesuai bertudung seperti ini. Dia betul-betul telah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada isterinya yang bernama Rania Qyrina.
“Hai Riezq takkanlah terkejut sampai tak boleh nak tutup mulut tu.” Teguran papanya membuatkan Riezq termalu. Dia berdehem untuk mengurangkan gemuruh hatinya.
“Assalamualaikum.” Ucap Qyrina. Gadis itu duduk di sebelahnya. Dadanya makin laju berlari. Ya Allah kenapa dengan aku ni? Soal lelaki itu dalam hatinya. Dia tidak berpaling ke arah Qyrina. Salam gadis itu dijawab di dalam hati sahaja.
“Cantik menantu papa ni.” Pujian Tan Sri Tengku Omar menambahkan rasa malu. Dia hanya tersenyum. Sempat matanya memandang mak mentuanya. Ucapan terima kasih di hantar melalui mata. Wanita itu tersenyum. Itulah senyuman pertama yang wanita itu berikan padanya. Dia benar-benar gembira pagi ini.
FAIL-FAIL yang berada di hadapannya langsung tidak menarik hatinya. Fikirannya lebih kepada gadis itu. Lambat-laun dia boleh jadi gila jika berterusan begini. Ketukan di pintu menyentakkan lamunannya. Dia merengus. Geram di ganggu.
“Maaflah ganggu kau, Riezq.” Wajah Ryzal yang tersengih menyapa di balik pintu. Tanpa dipelawa lelaki itu duduk di hadapannya.
“Apa hal?” soalnya endah tak endah.
“Amboi macam tak suka je aku datang ni.” Ryzal senyum. Mamat ni asyik sengih and then senyum jew. Entah apalah yang menggembirakannya. Kadang-kadang macam biul jew tengok. Bisik hati kecilnya. Dia tersengih. Jahat juga otak aku ni.
“Yang kau pulak sengih ni kenapa?” Ryzal pula menyoalnya.
“Suka hati akulah.” Dia cuba berlagak selamba.
“Lawalah.” Kata-kata ryzal itu menyentaknya. Dia memandang Ryzal. Agaknya dia dapat mengagak siapa yang sahabatnya itu maksudkan.
“Tak sangka aku bini kau tu lawa sangat-sangat bertudung. Kalau aku tahu dah lama aku……”
“Ehem, kau sedar tak kau tu cakap pasal bini aku. Jangan lebih-lebih pulak.” Marahnya. Geram pulak dengan si Ryzal ni. Mulut over betul.
“Bini erk? Bini kontrak jew.” Ujar Ryzal. Riezq diam. Panas dan berapi hatinya saat itu. Rasa seperti mahu ditumbuk mulut cabul Ryzal.
“Dia tetap hak aku. Kau boleh tak jangan kacau aku. Kepala aku sakit ni.” Marahnya. Dia menutup fail di hadapannya. Ryzal menelan liur melihat wajah serius Riezq. Aku bergurau jew. Bisiknya.
“Sorrylah. Aku gurau je yang kau nak marah ni apesal? Pelik je aku tengok. Biasanya aku cakap apa-apa kau rilex jer.”
Riezq mengeluh. Sejak belakangan ini dia sendiri pelik dengan sikapnya. Kadang-kadang dia tidak dapat konsentrasi dengan kerjanya.
“Kau nampak macam tak okey je ni.” Ryzal menyoal dengan wajah berkerut-kerut. Riezq memang nampak gelisah semacam je. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“Entahlah Zal. Aku tak tahu kenapa? Aku benci.” Riezq bersandar ke kerusinya. Dia benar-benar berasa penat dengan perasaannya sendiri. Ryzal mengerutkan dahinya. Macam tak betul aje budak ni. Getusnya dalam hati.
“Ceritalah Riezq. Mana tahu aku dapat tolong ke? Kau sakit ke?” soal Ryzal. Riezq pantas menggelengkan kepalanya.
“Kau rasa Qyrina tu ada apa-apa ke dengan Hariz?” soalnya teragak-agak.
“Mengarutlah kau ni. Si Hariz tu dah ada makwe lah. Kerja satu bangunan pulak tu dengan kita. Takkanlah dia nak curang pulak. Bodohlah dia tu.” Ryzal ketawa. Wajah Riezq kembali tegang.
“Eh jap, kau jeles yer. Wow ini satu perkembangan yang bagus. Kau dah jatuh cinta dengan Rina ek. Wah bagus-bagus.” Kali ini ketawanya makin besar. Riezq makin sakit hati. Pandai-pandai je cakap aku jatuh cinta kat perempuan tu. Macamlah terdesak sangat aku ni. Dia baling segumpal kertas ke arah Ryzal. Sakit hati melihat kawannya ketawa besar. Kelakar sangat ke?
“Diamlah wei. Kau ingat aku ni apa? Tak gila lagi aku nak jatuh cinta kat perempuan macam tu.” Ujarnya geram.
“Kenapa pulak? Tak salahkan. Kau tu lelaki Rina pulak perempuan so wajarlahkan. Lagipun Rina tu okey apa. Bagi kat aku pun aku nak.” Ryzal ketawa kecil. Sengaja mengusik Riezq.
“Kalau kau nak kau ambillah.”
“Betul ni?” duga Ryzal. Riezq tidak menjawab. Nanti dia yang terkena pula.
“Suka hati kaulah. Dah lah aku keluar dulu.” Ryzal berdiri. Apabila tiba di hadapam pintu. Dia kembali berpaling ke aarah Riezq.
“Jangan terlambat sudahlah Riezq nanti kau yang akan menyesal pulak.” Ujarnya dan berlalu. Riezq mengeluh. Betulkah apa yang diperkatakan oleh Ryzal? Cintakah ini? Ah, kenapa dirinya seringkali terbabit dalam cinta yang rumit sebegini.







Qyrina tidak menghiraukan menghiraukan kata-kata Kak Liza dengan Fazira. Dia terus mengunyah makanan yang dipesan tadi. Malas melayan usikan mereka itu. Alih-alih dia yang akan terkena nanti.
“Pakwe ke yang suruh Cik Qyrina bertudung ni?” soal Fazira. Qyrina menarik nafas. Bosannya dengan soalan yang sama ini. Macamlah kena dengar cakap pakwe je kalau ingin berubah.
“Saya tak ada pakwe Zira. Lagipun tak baik kalau kita berubah tapi tak ikhlas ni.” Ujarnya. Salahkah aku berubah? Kadang-kadang geram jugak dia.
“Tipulah tak ada pakwe. Tak percayalah saya.” Fazira mengalih pandangan kepada kak Liza.
“Entahlah. Tak pernah nampak pula Rina ni keluar dengan lelaki. Kalau ada pun dengan En. Rieza je.” Usai Kak Liza berkata Qyrina tersedak. Merah padam mukanya.
“Baru sebut pasal En. Riezq sikit dan tersedak. Ada apa-apa ke Rina dengan bos kita tu?” soal Kak Liza separuh bergurau. Qyrina mencebik.
“Tolong sikit Kak Liza, kalau dengan orang lain saya masih boleh consider tapi kalau dengan mamat tu terima kasih je lah. Saya tak berminat.” Dia mencapai tisu dan mengelap mulutnya. Fazira terkekek-kekek ketawa. Entah apalah yang kelakarnya.
“Hensem apa bos kita tu. Lagipun Kak Liza Nampak kamu berdua tu padan betul.” Tambahnya lagi. Fazira mengangguk-angguk tanda setuju.
“Panjang betul umur dia.” Kata-kata Kak Liza itu mengundang kerutan di dahinya.
“Hai semua.” Suara itu. Qyrina tidak berpaling. Dia kenal benar suara itu. Serta-merta moodnya hilang.
“May I join you all?” lelaki itu menarik kerusi di sebelahnya. Kak Liza dan Fazira tersengih-sengih bak kerang busuk.
“Happy je ni. Ada apa-apa ke?” soalnya.
“Encik Riezq tak nak makan ke?” soal Fazira.
“Takpelah saya baru je lepas makan tadi.” Ujarnya. Matanya menjeling ke sebelah. Gadis itu langsung tidak berpaling ke arahnya. Benci sangatkah kepadanya? Apa salah dirinya terhadap perempuan itu? Takkan sebab dulu perempuan itu masih belum memaafkannya? Qyrina saya sukakan awak. Boleh tak awak lupakan salah faham kita dulu? Dia mengeluh.
“Kenapa En. Riezq?” soal Kak Liza. Dia menggeleng.
“Tak ada apa-apalah. Okeylah saya naik dulu. Jangan lewat, okey.” Ujarnya dan berlalu. Entah kenapa hatinya rasa pedih sekali.
“Cik Rina tak tegur pun bos kita tu.” Tegur Fazira. Qyrina mencebik.
“Malas.” Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Apa salah Riezq padanya sehingga dia membenci lelaki itu? Peristiwa di kampong dulu sudah dilupakannya. Adakah sebab perkahwinan mereka ini? Itu juga bukan masalah besar walaupun dia tidak menyetujuinya pada awalnya tetapi lelaki itu telah banyak membantunya. Kenapa aku membenci lelaki ini? Soalnya sendiri. Otaknya sarat dengan pertanyaan. Dia bukan membenci lelaki itu tetapi dia cuba untuk meletakkan garis sempadan antaranya dengan lelaki itu. Dia tidak mahu hubungan mereka berakhir dengan kisah percintaan. Dia tidak mahu melayan perasaannya dengan cinta lain. Dia masih menunggu. Penantian ini akan berterusan sehinggalah Haris kembali. Itu tekad hatinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers