HOT!!!

Friday, September 9, 2011

Cinta Tak Bersyarat 29



Perbualan antara mentuanya dengan Riezq langsung tidak dapat menarik perhatiannya. Dalam otaknya sarat dengan segala macam persoalan. Dia tidak dapat focus tentang perkara lain lagi. Sakit di kepalanya datang lagi. Dia pandang wajah Riezq. lelaki itu sedang memandang ke arahnya. Riezq tersengih. Dia senyum hambar. Dalam perjalanan tadi tak ada pula mamat tu mengungkit tentang kata-katanya tadi. Dia mengeluh. Betul atau tidak apa yang lelaki itu katakan petang tadi?

“Kenapa senyap je ni, Rina?” puan Sri Tengku Zawiyah memandangnya. dia hanya menggeleng.

“Rina penat kot, mama.” Baru sahaja dia ingin membuka mulut lelaki itu terlebih dahulu menjawab bagi pihaknya.

“Yelah Za. Balik je awak terus interview mereka. tak sempat nak berehat.” Sampuk Tan Sri Tengku Omar. Isterinya menjeling. Qyrina hanya tersenyum melihat gelagat ibu dan bapa mentuanya.

“Rina tak penat sangat mama, papa.” Ujar Qyrina. dia cuba menyorokkan gelisah di hatinya.

“Riezq, bawalah Rina naik atas. Riezq pun nampak penat.” Mamanya tahu anak menantunya kepenatan setelah berjam-jam memandu.

“Kalau macam tu kami naik atas dululah. Jom Rina.” Riezq menghulurkan tangannya kepada Qyrina. lambat-lambat Qyrina menyambut huluran tangan lelaki itu. dia dapat merasakan Riezq memegang kejap tangannya. dan ada sesuatu yang menyelinap masuk ke dalam ruang hatinya. dadanya berdebar seketika.

****************************************************************

Dia cuba berpura-pura menatap fail di hadapannya. Dia tahu tujuan kedatangan Kak Liza dan Fazura ke dalam biliknya. Sudah tentu mereka ingin bertanyakan perihal perkahwinannya dengan bos mereka.

“Busy ke Rina?” Kak Liza bertanya. Dia mengangkat kepalanya lambat-lambat. Bibirnya mengukir senyum.

“Bolehlah. Ada apa ni datang ke bilik saya? tak ada kerja ke?” Qyrina menyoal. Kak Liza dan Fazura menarik kerusi dan duduk di hadapannya.

“Kejap je Cik Rina. Lagipun kerja tak banyak. Kejap lagi dah nak masuk waktu rehat.” Fazira tersengih. Qyrina meletak pen yang berada di tangannya.

“Takkan sebab tak ada kerja awak nak melepak dalam bilik saya pulak. Tak takut bos marah ke?” Tanya Qyrina. dia memandang Kak Liza dan Fazura silih berganti.

“Takkanlah bos nak marah wife sendiri pulak. Tak gitu Rina.” Ujar Kak Liza. Dia dan Fazura ketawa kecil. Hanya dia yang diam. Malu pun ada apabila diusik oleh mereka berdua. Dia cuba mengawal perasaannya. Tidak mahu gelabah di hadapan mereka.

“Alah janganlah malu Cik Rina. We all tak kisah pun. Erm pandai juga Cik Rina dengan Encik Riezq sorok dari kitorang ya. Tak sangka betul Cik Rina ni wife Encik Riezq. Ops, bukan cik  tapi Puan Rina. Hehehe.” Fazura ketawa kecil. Suka benar nampaknya mengenakan Qyrina. kak liza juga ikut ketawa.

“Qyrina…” pintu biliknya ditolak dari luar. wajah riezq yang kelihatan terkejut dipandang oleh mereka bertiga.

“Am I disturbing?” soalnya. kak Liza dan Fazura berdiri. Mereka pantas menggelengkan kepala.

“Apa yang awak berdua buat kat sini? it’s lunch time. Tak nak lunch ke?” soal Riezq.

“Eh taklah Encik Riezq. Kami dah nak pergilah ni. Rina, kami pergi dulu ya.” Kak Liza menarik tangan Fazira. gadis itu hanya mengikut. Mereka berlalu melintasi Riezq tanpa memandang ke arah lelaki itu.

“Ehem.” Riezq berdehem setelah agak lama mereka diam. Qyrina memandangnya.

“Em…ada apa?” soal Qyrina.

“Awak tak nak keluar ke?” riezq menyoal gadis itu. terasa sedikit janggal. Dari semalam lagi mereka tidak berborak. Gadis itu tidur agak awal semalam. Dia tahu Qyrina seperti ingin menjauhkan diri darinya. Salahkah tindakannya berterus-terang dengan gadis itu? dia mengeluh.

“Sebenarnya saya…” deringan telefon mematikan kata-katanya. Dia mencapai telefonnya dan menekan butang hijau.

“Okey. I’m on the way.” Dia menutup telefon bimbitnya.

“Saya dah janji dengan Elisa. Sorry Riezq.” katanya perlahan. Riezq hanya mengangguk dan berlalu. Qyrina mengeluh. Tiba-tiba dia berasa kasihan dengan lelaki itu. mengapa dia cuba menjauhkan diri dari lelaki itu sedangkan Riezq tidak melakukan kesalahan terhadapnya. Dia mencapai beg tangannya dan melangkah laju meninggalkan biliknya. Sepuluh minit kemudian dia tiba di restoran yang dijanjikan mereka. elisa tiba terlebih dahulu darinya. Dia melangkah laju mendapatkan gadis itu.

“Aku lewat ke?” soalnya. elisa menggeleng.

“Not really. Aku dah order makanan untuk kau.” qyrina melihat makanannya yang terhidang di hadapannya. Dia tersenyum.

“Thanks.” Ujarnya. Dia mencapai air dan menghirupnya.

“Kau nampak…good.” Kata Elisa. Dia mendongak memandang sahabatnya.

“It’s good to see your smiley back, Rina.” Elisa benar-benar mahu Qyrina melupakan semua masalah yang menimpanya. Dia tidak mahu sahabatnya terus menderita.

“Lis…” qyrina berhenti. Apakah dia harus memberitahu elisa perihal Riezq yang meluahkan isi hatinya tempoh hari? Bagaimana pula jika Riezq hanya bergurau? Dan tentang Haris? Tentang kemalangan yang menimpa lelaki itu dahulu dan mengapa Haris juga menghilangkan diri daripada sahabat baiknya? Lelaki itu bukan sahaja menghilangkan diri daripadanya tetapi juga semua orang. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Qyrina.” panggilan Elisa menyentakkannya. Dia memandang Elisa.

“Kenapa?” soal Elisa.

“Haris.”

“Kenapa dengan lelaki tu?” Tanya Elisa sedikit geram. Dia tidak suka Qyrina menyebut nama lelaki itu.

“Dia bukan Helmikan.” Ujarnya lambat-lambat. Elisa mengeluh. Dia bukan tidak mahu menjawab persoalan itu. dia sendiri tidak dapat mengagak perkara sebenar. Takkanlah dua orang yang berbeza miliki wajah yang sama. Dia juga asyik fikirkan perkara ini. apa sebenarnya yang terjadi?

“Rina, maybe not and maybe yes.” Ujarnya. Dia tahu jawapannya ini hanya akan membuatkan Qyrina tidak tenang. Tetapi dia juga tidak mahu membuat spekulasi sendiri.

“Satu je yang aku nak kau ingat. Whatever happen kau adalah isteri Riezq. kau dah bergelar seorang isteri. Aku tak nak kau melakukan sesuatu yang akan membuat kau menyesal nanti.” Tambahnya. Qyrina diam. Ada betul apa yang diberitahu oleh Elisa itu. lebih baik dia lupakan Haris dan juga Helmi. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah dia mampu melakukan semua itu sedangkan segala-galanya masih tergantung tanpa penyelesaian?

 ***********************************************************

Riezq menelefon telefon bimbit Ryzal. Sudah dua kali dia mendail nombor lelaki itu tetapi masih tidak berjawab. Entah apalah yang dilakukannya sampai tidak menyedari telefon bimbitnya berdering. Dia mematikan talian apabila masih tidak berjawab. Riezq merungut geram. Dia melempar telefonnya ke atas katil. 

Adakah rancangannya akan berjaya nanti? Kenapalah waktu ini pula Ryzal buat hal? Rungut hatinya. Dia melihat jam di dinding. Hampir ke pukul 10 malam. Sudah agak lama Qyrina berada di dalam bilik air. Entah apa yang dibuatnya? Takkanlah mandi sampai berjam-jam. Dia memandang ke arah lain apabila pintu bilik air di buka dari dalam. Dia pura-pura membelek majalah yang berada di atas meja.

Qyrina kaget. Dia cuba menenteramkan hatinya. tuala yang menutupi rambutnya diungkai. Dia mengesat-ngesat rambutnya. Ekor matanya memandang Riezq yang sedang memegang majalah.

“Qyrina.” panggilan lelaki itu menyentakkannya. Tingkah lakunya tadi terhenti. Dia memandang riezq. lelaki itu meletakkan majalah di sebelahnya. Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Qyrina diam. Dia menanti lelaki itu berbicara. Agak lama mereka diam. Masih tiada tanda lelaki itu akan kembali bersuara.

“Awak nak cakap apa-apa ke?” soal Qyrina. riezq tersenyum. Senget betul mamat ni. kutuknya dalam hati.

“Kenapa awak senyum pulak?” dia cuba menentang mata lelaki itu.

“Macam dah lama sangat tak dengar suara awak.” Ujar Riezq. dia berdiri. Qyrina berdebar saat Riezq mendekatinya. Apa yang harus dilakukannya? Lari? Ah, itu tidak mungkin.

“Ikut saya.” riezq mencapai tangannya. qyrina menarik kembali tangannya.

“Ke mana?” soalnya pelik.

“Just follow me.” Ujar Riezq lagi. Dia cuba mencapai tangan Qyrina. gadis itu menjauh.

“Awak nak ke mana malam-malam ni? dahlah saya pakai baju tidur je.” Riezq merenung baju tidur bercorak kartun yang dipakai gadis itu. dia tersengih.

“Tak apa. kejap je. Saya bukan nak bawak awak pergi masuk restoran or event besar-besar pun. Just pakai tudung awak.” Ujar Riezq lagi. Dia menarik tangan gadis itu. dengan separuh hati Qyrina mencapai tudungnya dan mengekori langkah lelaki itu. hatinya tertanya-tanya ke mana lelaki itu ingin membawanya pada waktu begini dan dengan pakaian tidurnya yang kebudak-budakkan ini.

Sepanjang perjalanan lelaki itu tidak bercakap banyak. Qyrina juga malas mahu bertanya lelaki itu. beberapa minit memandu Riezq memberhentikan keretanya di sebuah tempat. Kelihatan agak ramai orang yang berada di situ. Riezq mematikan enjin keretanya.

“Awak cakap takkan bawa saya kat tempat yang tak ramai orang.” Ujar Qyrina lambat-lambat. Riezq tersengih.

“It’s okey. You look so cute in pyjama.” Ujarnya. Dia membuka pintu keretanya. Qyrina mematungkan dirinya. Dia tidak akan keluar dengan berpakaian seperti ini. dia malu. Riezq membuka pintu kereta sebelah penumpang.

“Saya tak nak keluar.” Ujarnya geram.

“Tak apalah. Lagipun gelap orang takkan perasan awak pakai macam ni. lagipun awak yang paling cantik kat sini. I’m swear.” Riezq mencapai tangan Qyrina.

“Believe me, Qyrina.” tambahnya lagi. Dengan teragak-agak dia melankah keluar. Perlahan-lahan dia mengekori langkah lelaki itu. dia tiga orang memandang ke arahnya. Dia jadi tidak selesa. Riezq berhenti. Dia menanggalkan sweaternya dan dipakaikan kepada gadis itu. qyrina tidak menolak.

“Kita buat apa kat sini?” soalnya.

“Just wait and see.” Ujar lelaki itu. qyrina memeluk tubuhnya yang kedinginan disapa angin malam.

“Kita baliklah.” Ajaknya.

“Nanti kita baliklah. Kejap je.” Qyrina menggeleng.

“Saya nak balik.” Gadis itu berpaling dan melangkah meninggalkan lelaki itu. riezq cuba menyaingi langkah gadis itu. dia mencapai tangan Qyrina. qyrina berhenti. Dia berpaling ke rah Riezq.

“Please Qyrina. saya cuma nak tunjukkan sesuatu kat awak. Kejap je. It’s important for me. Please.” Rayuan lelaki itu melemahkannya. Dia mengeluh.

“Saya cuma…” kata-katanya mati apabila terdebgar dentuman yang agak kuat. Sejurus kemudian dia ternampak cahaya di langit. Dia mendongak. Kelihatan cahaya yang cantik terbentuk di dada langit. Dia berpaling kepada Riezq.

“Saya tahu awak nak sangat tengok pertunjukkan bunga apikan. I’m just realize your dream.” Ujar Riezq sedikit kuat. Bunyi bunga api sedikit menganggu suaranya. Qyrian terharu. Sekeliling mereka hanya diterangi dengan cahaya daripada bunga api tersebut. sungguh cantik dan berwarna-warni.

“Macam-mana awak…”

“I know everything about you. It’s part of your dream and I’ll make sure I can be a person that realize all your dream, Qyrina. walaupun I’m nothing for you but you are everything for me.” Potong Riezq. dia menatap anak mata gadis itu. walau apa yang terjadi dia hanya ingin qyrina mengetahui tentang isi hatinya ini. dia benar-benar cintakan gadis yang berada di hadapannya ini. dia tidak mahu melepaskan gadis ini kepada lelaki lain. Rania Qyrina hanyalah miliknya.

Qyrina menelan liur mendengar kata-kata Riezq. tangannya yang berada dalam pegangan lelaki itu hanya dibiarkan. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Apakah maksud kata-kata lelaki itu?

“Riezq, saya…”

“Saya tak bergurau kali ni. saya juga tak nak awak jauhkan diri dari saya. let’s start a new life, Qyrina.” katanya serius.

“Rania Qyrina, will you be my girl and stay by my side forever? always be by my side when I need you?” tambahnya. Dada Riezq juga berdebar kencang. Dia tidak merancang semua ini. semuanya berlaku dengan spontan. Tubuh Qyrina berpeluh-peluh walaupun suasana sejuk di luar. Apa yang harus dia lakukannya? Menerima atau menolak? Mana satu pilihan hatinya?

p/s: apakah keputusan Qyrina? dan adakah Riezq bersedia menerima baik buruk keputusan gadis itu nanti?
sila perbetulkan sekiranya terdapat kesalahan dlm post ini. ianya amat-amat membantu sy. TQ

10 comments:

  1. riezq tu so romantik lorh.rugi kalo qyrina tak hargai.harap2 qyrina terima la..
    nak lagi 2 x

    ReplyDelete
  2. Rina pls stick with rizq ye. huhuhu.

    ok nufa ni my idea about few sentences dalam ni. 'yang part rina, maybe not, maybe yes.', try pakai yang ni- Maybe yes or maybe not, who knows.

    pastu part-it's good to see your smiley back(smiley kan ke untuk emoticon, pastu kalau smile back macam kita balas balik senyuman orang tu)
    elok pakai- it's good to see your smile again.

    ReplyDelete
  3. tlg la terima...kalau rmi nk terima...writer akn buat rina terima ke?heheh

    ReplyDelete
  4. tq jiao xiu..i appreciate ur comment.
    tq all

    ReplyDelete
  5. alaa Ryna terima jelah si Riezq tu... lagi pun
    buat ape nk kenangkan si Haris lagi. Dia pun
    telah menjadi milik org lain. Lagi pun Ryna
    dh ada suami yg menyayangi Ryna. Redha jelah
    mungkin itu jodoh utk Ryna yg telah ditentukan.
    cepat sambung lagi.

    ReplyDelete
  6. Rina, just accept Riezq and forget about Haris.. :'(

    ReplyDelete
  7. cik writer.....biar la Ryna dgn Riezq.Ryna cuba terima Riezq dlm hdp dia lgpun mrk dah sah kahwin...

    ReplyDelete
  8. bila nak sambung citer ni... x sabar dah tunggu

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers