HOT!!!

Saturday, June 9, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 6


Terkocoh-kocoh dia mencapai telefonnya yang terletak di atas katil. Bibirnya mengukir senyum apabila melihat nama si pemanggil. Dia tidak menunggu lama untuk menjawabnya.
“Assalamualaikum, my montel.” Ha ha ha. Sukalah tu mengenakannya. Dia menjawab salam lelaki itu.
“Nak apa?” dia berpura-pura marah.
“Keluar jap.”
“Keluar?”
“Kat beranda bilik.”
Dia terus melangkah. Bibirnya tersenyum melihat lelaki itu melambaikan tangan ke arahnya. Dia menyandarkan badannya.
“Bosan ke?” soalnya. Dia ternampak lelaki itu mengangguk. Jarak antara biliknya dengan bilik lelaki itu tidaklah terlalu jauh. Dia masih boleh melihat lelaki itu dengan jelas.
“Lepas tu nak buat apa?” soalnya lagi. Firasz Akimi diam.
“Akimi.” Panggilnya apabila tiada reaksi daripada lelaki itu.
“Jangan bising. Dah lewat malam ni. Dahlah malam ni malam jumaat. Nanti si ponti...”
“Firasz Akimi.”
Dia geram. Tahu Firasz Akimi ingin mengusiknya. Dia menjauhkan telefon daripada telinganya apabila lelaki itu ketawa. Sakit telingannya.
“Dah besar pun macam orang tak betul lagi.” Marahnya.
“Memanglah dah besar tapi dengan Dania je perangai Akimi macam ni. Rindunya zaman kita budak-budak dulu.” Terdengar lelaki itu mengeluh.
“Kenapa pulak? Asalkan kita tak berpisah sudahlah.”
Lelaki itu ketawa lagi.
“Dania ni still macam budak-budak. Kita tetap akan berpisah nanti.”
“Kenapa?”
Wajahnya berubah.
“Kita akan kahwin satu hari nanti. Takkan nak buat macam dulu-dulu. Akimi tak nak makan penumbuk suami Dania hari-hari sebab peluk isteri orang.”
Ha ha ha. Dia ketawa lagi. Dania Aleya menarik muka. Dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut. Betulkah mereka terpaksa berpisah nanti jika sudah berkahwin?
“Kalau macam tu takpayahlah kahwin.” Katanya yakin.
“Apalah senget budak kecik ni. Takkan nak sorang-sorang sampai tua. Akimi nak kahwin.”
Hatinya tersentuh dengan kata-kata lelaki itu. Ngeri memikirkan jika lelaki itu menikahi perempuan lain. Apakah dia sanggup melihat lelaki itu bermanja dengan orang lain selain daripada dirinya?
“Akimi.”
“Ya.”
“Janji dengan Dania, boleh?”
“Apa dia?”
Dia memandang Firasz Akimi yang menongkat kepalanya dengan sebelah tangannya. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan menghembuskannya.
“Jangan pernah melayan perempuan lain macam Akimi lain Dania.”
Ha ha ha. Firasz Akimi ketawa. Tetapi ketawanya hanya untuk menutup gelisah di hatinya. Sejak dia menatap wajah gadis itu hatinya jadi tidak tenteram. Seperti ada sesuatu yang menyelinap ke dalamnya. Dania Aleya menggigir bibir. Sedikit terasa dengan tawa lelaki itu. Dia benar-benar serius dengan kata-katanya itu.
“Dania serius ni.”
“Okey-okey. Jangan marah ya. Dania Aleya, saya Firasz Akimi berjanji tidak akan melayan mana-mana perempuan seistimewa perempuan comel dan montel yang berada di hadapan saya ini.” dia masih menyelitkan elemen gurauan dalam kata-katanya. Dania Aleya tersenyum bahagia.
“Akimi dah janji. Jangan mungkiri pula. Nanti Dania Aleya akan merajuk dengan lelaki yang bernama Firasz Akimi sampai tua. He he he.” Dia pula ketawa.
“Yer lah, patungku. Kalau macam tu baik kita berdua kahwin je. Akimi layan Dania je lah.” Ujar lelaki itu bersama tawa. Dania Aleya turut ketawa.
“Ciuman dan pelukan Firasz Akimi ni hanya untuk Dania Aleya je. Puas hati cik montelku.”
Dania Aleya menjelirkan lidahnya. Firasz Akimi tersenyum. Gembira kerana dapat menggembirakan gadis yang paling disayanginya itu. Dia teramat sayangkan Dania Aleya. Walaupun kadang-kadang dia seperti tidak dapat mengawal dirinya apabila berhadapan dengan gadis itu kerana dia masih menganggap gadis itu adalah budak perempuan yang masih berusia 10 tahun. Yang selalu meminta dirinya dipeluk. Biarlah apa kata orang asalkan dia tahu dia teramat sayangkan gadis itu. Gadis yang bernama Dania Aleya.
************************************
“Dania tak nak.”
Dia menarik tangannya daripada pegangan lelaki itu. firasz Akimi berdiri di hadapannya. Dia menundukkan sedikit wajahnya. tangannya laju menarik kedua-dua belah pipi gadis itu.
“Sakitlah.”
Dia menepis tangan lelaki itu.
“Kan dah kena. Sape suruh degil sangat. Ikut jelah.” Firasz Akimi pura-pura marah.
“Tapi Dania dah lama tak naik basikal. Gayat.”
“Sebab tulah dulu Akimi dah pesan jangan tinggal. Sekarang dah tak pandai. Macam budak-budak je.”
“Akimi tak ada. Macam-mana Dania nak naik. Tak seronok naik sorang-sorang.”
“Kalau macam tu Akimi jadi driver. Dania bonceng je. Dah jangan majuk lagi. Muka dah jadi macam buah nangka. Leper je.” He he he. Terkena lagi dirinya. Dania Aleya tidak banyak soal. Dia duduk di belakang lelaki itu.
“Pegang kuat-kuat.” Katanya. Dania Aleya memegang kedua-dua belah baju Firasz Akimi.
“Janganlah bawa laju sangat.” Ujarnya apabila lelaki itu membawa basikal seperti ingin berlumba. Firasz Akimi memberhentikan basikal.
“Pegang macam ni.”
Dia menarik kedua-dua belah tangan Dania Aleya supaya memeluknya.
“Jangan lepas. Peluk kuat-kuat.” Ujarnya berbau amaran. Dia kembali mengayuh basikalnya. Dania Aleya mengemaskan pelukannya. Tanpa dia sedari Firasz Akimi tersenyum.
“Okey, sekarang ni Dania pula yang bawa.”
Kata lelaki itu apabila memberhentikan basikal. Dania Aleya mencelikkan matanya. Dia memeluk tubuhnya. Tidak mahu mendengar kata lelaki itu.
“Dania, jangan degil. Bukan susah pun. Akimi ada ni.”
“Kalau jatuh macam-mana?”
Dia takut. Sudah agak lama dia tidak menaiki basikal. Semenjak lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara dia sudah jarang-jarang menggunakan basikal tersebut. Selepas dua tahun lepas dia sudah tidak pernah menunggang basikal. Tiada Firasz Akimi untuk menemannya menunggang bersama.
“Trust me.” Ujar Firasz Akimi. Dia memberikan keyakinan kepada gadis itu. tanpa berfikir panjang Dania Aleya mengangguk.
“That’s my girl. Okey, cepat.”
Dia menyerahkan basikal tersebut kepada Dania Aleya. Tiba-tiba ketakutannya mengendur. Semangat yang diberikan lelaki itu kepadanya membuatkannya bersemangat. Dania Aleya mengangkat sebelah kakinya. Dia mula mengayuh basikal tersebut. Terhuyung-hayang sahaja.
“Akimi.” Panggilnya takut-takut.
“Jangan takut. Akimi ada.” Kata lelaki itu lagi. Dia mengangguk. Dia boleh. Makin pantas pula kayuhannya. Dia dah Berjaya. Sudah tidak terhuyung-hayang seperti mula-mula tadi.
“Dania dah boleh.” Dia berpaling ke arah Firasz Akimi. Sebelah tangan dilambaikan ke arah lelaki itu. Bibirnya tersenyum. Gembira.
“Dania jangan buat macam tu. Concentrate.” Laung Firasz Akimi. Dania seperti baru tersedar. Pantas dia berpaling ke hadapan semula. Tetapi tangannya pula seperti hilang kawalan dan bedegang... akhirnya dia jatuh.
Firasz Akimi berlari ke arahnya. Dania Aleya duduk bersila. Dia terasa badannya sakit seperti dihempap buah nangka.
“Ya Allah. Dania okey tak?” soal Firasz Akimi cemas. Dania Aleya mengangguk walaupun badannya terasa sakit-sakit. Firasz Akimi membelek-belek tubuhnya.
“Auch.” Dia menyeringai apabila tangan Firasz Akimi terkena sikunya. Firasz Akimi menyinsing lengan bajunya sehingga ke siku.
“Berdarah.”
Dia turut melihat ke sikunya. Anehnya dia tidak berasa sakit walau sedikit pun.
“Sakit?” soal Firasz Akimi. Dia menggelengkan kepalanya. Lelaki itu mengeluarkan sapu tangan dari poketnya. Perlahan-lahan dia mengesat darah yang mengalir.
“Akimi minta maaf.” Pinta lelaki itu. sayu hatinya mendengar suara Firasz Akimi yang kesal. Mungkin menyesal kerana memaksanya menaiki basikal.
“Dania tak sakit pun.” Pujuknya.
“Lain kali Akimi je yang kayuh basikal. Dania bonceng je.” Katanya lagi. Dania Aleya ketawa kecil.
“Sorry sangat-sangat. Dania jangan menangis ya.”
“Mana ada Dania nangis. Dania dah besar.”
“Lupa pulak budak yang berada di hadapan Akimi dah besar. Boleh bangun tak?”
Dania Aleya mengangguk. Firasz Akimi membantunya berdiri.
“Tapak tangan pun luka. Nanti sampai rumah Akimi sapu ubat ya. Jomlah balik.”
Dia mengangkat basikal dan berjalan seiringan dengan gadis itu. dia mengeluh.
“Kenapa?” soal Dania Aleya.
“Akimi janji takkan sakiti Dania lagi. I’m swear.” Dia mengangkat sebelah tangannya. Dania Aleya ketawa. Kepalanya tergeleng-geleng. Macam-macamlah lelaki yang berada di sebelahnya ini. Seolah-olah dia yang berusia tujuh belas tahun. Melayan Dania Aleya menjadikan Firasz Akimi turut berperangai seperti kanak-kanak.
Apabila tiba di rumah lelaki itu terus masuk ke dalam rumahnya dan keluar bersama first aid kit. Dia mengeluarkan ubat dan menyapu di lengan Dania Aleya. Dania Aleya menggigit bibirnya. Sakit.
“Sabar sikit ya. Ubat ni memang pedih sikit.” Kata Firasz Akimi lagi. Dia menyapu ke semua luka di tangan gadis itu. Dania Aleya mengangguk-angguk.
“Okey, dah siap. That’s my girl. Kuat. Dah besar tak nangis lagi.” Firasz Akimi mencuit hidungnya.
“Ya Allah. Akimi buat apa pada Dania ni?”
Mereka berdua memalingkan muka ke arah Aunty Ros yang menghampiri. Wanita itu duduk di sebelah Dania Aleya. Dia membelek-belek tangan gadis itu. firasz Akimi menggaru-garu kepalanya.
“Akimi.” Aunty Ros menjeling anak tunggalnya.
“Dania jatuh basikal. Bukan salah Akimi, Aunty.” Kata Dania Aleya pantas. Tidak mahu wanita itu memarahi anaknya.
“I knew it’s your fault, right Akimi?” mummynya masih memandang Firasz Akimi. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Akimi tak sengaja.”
How many times i said behave yourself. Akimi dah besar bukan budak-budak lagi. Poor Dania.” Aunty Ros menggosok-gosok kepalanya.
“Tak sakit pun, Aunty. I’m fine.” Dia cuba tersenyum. Berharap agar Aunty Ros tidak akan memarahi Firasz Akimi lagi.
“Akimi tahu Akimi salah. This is the last time. I’m swear, mummy. Believe me.” Dia buat muka simpati. Dania Aleya ketawa melihat muka Firasz Akimi yang comel itu. Dia memerhatikan wajah Firasz Akimi. Lelaki itu lebih banyak mengikut wajah ibunya. Masih terserlah wajah kacukan pada wajah lelaki itu. Ibunya berasal dari Belanda manakala ayahnya pula anak kelahiran Malaysia. Walaupun ayahnya berbangsa Cina tetapi wajah Akimi tidak mengikut wajah ayahnya. Selain daripada berkulit cerah, mata dan hidungnya persis ibunya.
Ibu Firasz Akimi seorang rakyat Belanda yang beragama islam. Ayahnya pula menganut agama islam sebelum berkahwin dengan ibunya. Menurut Datin Amina, mereka berdua bertemu ketika ayahnya membuat lawatan ke Belanda. Di situlah mereka jatuh cinta dan akhirnya berkahwin. Selepas berkahwin ibunya terus menetap di Malaysia. Indahnya cinta. Bisa menyatukan dua hati yang berlainan agama dan bangsa. Tanpa sedar dia tersenyum.
“Dah tak betul ke?”
Dia tersentak apabila tangan lelaki itu melambai-lambai di hadapannya. Dania Aleya memandang di sebelahnya. Tiada lagi ibu lelaki itu. bila masa pula dia beredar?
“Aunty Ros mana?” soalnya.
“Dah masuk. Berkhayal sangat. Ingat pakwe lah tu.”
Dania Aleya diam. Malas melawan cakap dengan lelaki itu.
“Dania balik dululah. Kejap lagi nak keluar dengan Ati pulak.” Katanya.
“Sakit-sakit pun nak keluar jugak ke?”
Wajah Dania Aleya dipandang.
“Dah janji dengan dia.”
Dia berdiri.
“Akimi nak ikut boleh?” lelaki itu tersengih.
“Tak boleh. Girl’s only.” Dia berlalu meninggalkan Firasz Akimi.
Lelaki itu memerhatikan Dania Aleya sehinggalah gadis itu menghilang. Dia tersenyum sendiri. Rasa gembira dapat menghabiskan waktu dengan gadis itu. Tidak menyangka Dania Aleya akan membesar menjadi seorang gadis yang comel namun sikap manja dan nakalnya masih ada. Dania Aleya tetap seperti dahulu. Gadis itu masih patungnya dan si montelnya yang nakal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers