HOT!!!

Sunday, September 30, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...9


Dania Aleya mendail lagi sekali nombor telefon Firasz Akimi tetapi masih tidak diangkat. Sejak semalam lagi dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Hatinya jadi gusar. Walaupun mereka berjiran tetapi dia teragak-agak untuk menerjah ke rumah lelaki itu. Dia mengintai kereta lelaki itu di halaman rumahnya. Ada.
Adakah perkara yang buruk terjadi terhadap Firasz Akimi? Kepalanya mula memikirkan yang bukan-bukan. Tidak putus-putus dia berdoa di dalam hati. Dia mendail lagi. Kali ini taliannya diangkat.
“Akimi.”
“Don’t called me anymore.”
Dan talian terputus. Dia terpempan mendengarnya. Sekali lagi dia mendail nombor telefon Firasz Akimi. Kali ini hanya mel suara yang menjawabnya. Dia berlari ke arah rumah lelaki itu.
“Akimi ada, Aunty Ros?” soalnya setelah ibu lelaki itu menjenguk ke luar rumah.
“Akimi...dia tak sihat.” Kata wanita itu tersekat-sekat.
“Tak sihat? Boleh Dania jumpa dia?”
“Maybe next time, Dania. Let him rest, okay.”
Dengan berat dia mengangguk. Setelah meminta izin dia kembali ke rumahnya. Dania Aleya naik ke biliknya.
“Kenapa ni, Akimi?” soalnya sendiri. Dia bergerak ke beranda. Mengintai ke arah bilik lelaki itu. Tanpa sedar air matanya mengalir. Entah mengapa hatinya seperti dapat merasa ada sesuatu yang tidak baik sedang berlaku kepada lelaki itu. Dia bukan kenal Firasz Akimi sehari dua. Bukan juga setahun dua. Sudah berbelas-belas tahun dia mengenali lelaki itu.
**************************************
Firasz Akimi mengeluh. Dia menutup langsir yang diselak tadi. Dia dapat melihat wajah sugul Dania Aleya.
“Adakah kau juga menyintai aku, Dania?” soalnya sendiri. Dia kembali berbaring di atas katilnya. Dia pura-pura tidur apabila pintu biliknya dibuka.
“Akimi.”
Dia msih diam. Kaku di pembaringannya.
“I’m so sorry.”
Dia membuka matanya apabila terdengar esakan mummynya. Dia bangkit. Bahu mummynya disentuh. Kemudian mummynya memeluknya. Dia tersentuh.
Mummy tak sengaja.” Rintih wanita itu. sayu sekali. Dia menyentuh pipi anak lelakinya yang menjadi makanan tangannya semalam. Itulah kali pertama dia menyentuh pipi itu dengan tamparan. Dia benar-benar menyesal.
“It’s okey, mummy. Akimi tak marahkan mummy. Please don’t be sad. It’s my fault.” Ujarnya. Dia tidak mahu menambahkan rasa sedih di hati satu-satunya ibunya.
“Akimi, tolonglah kami.” Ujar Puan Ros. Firasz Akimi melepaskan pelukan. Dia merenung wajah mummynya. Dia berdiri.
“Mengapa mesti begini caranya mummy?” soalnya sayu. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka tetapi dia juga tidak mahu mengorbankan cintanya.
“Akimi tahu penderitaan mummykan. Akimi tahu macam-mana hidup daddy selama ini tanpa keluarganya. Ini adalah permintaan atuk dengan nenek Akimi juga. Janganlah memalukan daddy, nak.”
Firasz Akimi meraup mukanya. Berat sekali permintaan ini.
“Tapi kita tetap boleh hidup tanpa mereka, mummy. Selama ni Akimi membesar tanpa atuk dan nenek tapi Akimi tetap gembira dan bahagia. Asalkan ada mummy dan daddy hidup Akimi dah lengkap.”

“Akimi ada kami tapi daddy has nobody. Cuba letakkan diri Akimi di tempat daddy. How’s your feel?”
Firasz Akimi diam.
“Terimalah, Sofea. Demi kami.”
“Akimi minta maaf. Akimi tak boleh, mummy.”
“Tolonglah jangan degil, Akimi. Kami tak pernah larang apa yang Akimi nak buat selama ni. Apa yang Akimi nak kami berikan. Apa lagi yang tak cukup? Takkanlah hanya satu permintaan kami, Akimi tak boleh tunaikan?” Puan Ros mula bersuara kuat. Terasa hati dengan kedegilan anak lelakinya.
“Akimi...”
“I can’t.”
Dia mencapai kunci keretanya. namun langkah kakinya mati apabila terlihat wajah daddynya di muka pintu. Dia terdiam. Dadanya berdebar melihat mata daddynya yang merah. Mungkin terdengar perbualannya dengan mummynya tadi.
“You are so selfish.”
Kata-kata daddynya itu menusuk terus ke dalam hatinya. Dia menentang mata Tuan Farid. Terketar-ketar bibirnya menahan marah. Daddy sanggup mengenepikan anaknya sendiri kerana keluarganya. Dia jadi sayu. Dia adalah satu-satunya anak mereka mengapa mereka tidak mahu mendengar kata-katanya?
“Kau tetap kena kahwin dengan Sofea. Ini arahan daddy.”
Tegas sekali kata-kata daddynya. Dia menelan liur. Tuan Farid tidak pernah memanggilnya dengan panggilan kau. Mengapa hanya kerana seorang wanita asing yang baru mereka kenali daddynya sanggup membelakangi anaknya sendiri?
“I won’t.”
“Kamu akan menyesal. Kalau kamu tak kahwin dengan Sofea kamu bukan anak kami.”
“Abang.”
“Sampai mati pun Akimi takkan kahwin dengan perempuan tu. Over my dead body.”
Wajah Tuan Farid berubah. Daddynya pucat. Dia tahu kata-katanya agak biadap tetapi dia juga punya hak. Hak sebagai seorang anak dan juga hak sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan.
“Kurang ajar.” Tuan Farid mengangkat tangannya untuk melempang anaknya namun sempat di tahan oleh Puan Ros.
“Thanks, daddy.” Ujarnya dan melintasi Tuan Farid. Dia benar-benar sakit hati dengan kelakuan lelaki itu. Inikah daddynya yang sanggup berkorban apa sahaja untuknya dahulu? Apa sahaja yang diingini akan cuba ditunaikan. Inikah dia daddynya, Tuan Farid. Dia melangkah laju. Hanya satu tujuannya. Dia mahu lesap dari pandangan kedua-dua orang tuanya ini.
“Akimi.”
Dia tidak menghiraukan laungan mummynya. Kakinya terus melangkah. Dia membuka pintu utama.
“Akimi, your daddy.”
Dia berpaling semula ke arah mummynya yang sedang berdiri di anak tangga. Wajah wanita itu pucat sekali.
“Daddy pengsan.” Ujar Puan Ros.
Dia tergamam namun cepat-cepat dia tersedar dan berlari ke tingkat atas kembali. Dia masuk ke dalam biliknya. Tubuh Tuan Farid terbaring tidak sedarkan dirinya. Wajahnya pucat sekali. Dia mendengar mummynya menangis.
“Cepat Akimi. Take your dad to the hospital.”
Firasz Akimi mencempung tubuh daddynya. Diikuti dengan mummynya di belakang. Dia meminta mummynya membuka pintu belakang dan meletakkan daddynya di tempat duduk belakang.
He will be okay, mummy.” Dia cuba menenteramkan mummynya yang menangis beria-ia. Dia juga tidak mahu apa-apa terjadi terhadap daddynya. Jika tidak dia akan menyesal seumur hidupnya.
***************************************
Firasz Akimi berteleku di atas tikar sejadah. Lama dia duduk di situ. Dia tidak putus-putus berdoa dan mengaji. Dia berharap Allah akan menyelamatkan daddynya. Dia tahu mummynya sangat-sangat perlukan daddynya. Daddy lelaki yang terpenting untuk wanita itu. Begitu juga dengan dirinya. Daddy orang yang amat penting untuknya. Dia hanya ada lelaki itu. Dia tidak punya sesiapa selain mummy dan daddy.
Dia tersentak apabila telefon bimbitnya bergetar.
“Akimi kat mana?”
Suara itu semakin mengembalikan semangatnya yang seakan-akan hilang. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu. Dia harus meluahkan segala-galanya kepada Dania Aleya sebelum terlambat. Firasz Akimi bangun. Dia beredar dari surau hospital. Tekadnya hanya satu. Dania Aleya harus di temuinya. Kakinya berjalan pantas menuju ke arah keretanya. baru sahaja dia ingin menghidupkan pintu kereta telefon bimbitnya sekali lagi bergetar.
“Akimi dalam perjalanan ni.” Ujarnya tanpa melihat si pemanggil.
“Datang ke sini sekarang, Akimi. Daddy wants to see you. Cepat.” Dia tidak jadi menemui Dania Aleya. Kakinya melangkah kembali ke dalam hospital. Dia berlari menuju ke arah bilik yang menempatkan Tuan Farid. Dalam hatinya berdebar. Namun dalam masa yang sama dia mengucap syukur kerana lelaki itu membuka mata selepas berjam-jam tidak sedarkan diri. Dia menolak daun pintu bilik Tuan Farid. Kelihatan mummynya sedang berteleku di sisi daddynya. Dia mendekatinya.
Daddy, mummy.”
Dia berdiri di sebelah kanan lelaki itu. tangannya menggenggam tangan daddynya. Dia mengucup tangan lelaki itu.
“Akimi minta maaf. Akimi salah.” Ucapnya lembut. Air matanya jatuh. Tuan Farid menyapu air mata yang mengalir di pipi anaknya.
“Please, Akimi. Hanya Akimi yang dapat mengembalikan keluarga daddy. Daddy harap Akimi dapat berjanji dengan daddy sebelum mata daddy tertutup.” Walaupun suara daddynya perlahan namun dia masih dapat mendengarnya. Terketar-ketar tangannya. Ya Allah, apa yang harus dia lakukan?
Antara cintanya dan cinta keluarganya apa yang harus dipilihnya? Dia tersepit.
Daddy kena rehat. Nanti kita bincang.” Dia cuba menenteramkan lelaki itu. Tangannya perlahan-lahan di tarik. Namun daddynya memegang kuat tangannya.
“Janji dengan daddy, Akimi.”
Permintaan lelaki itu membuatkannya terkedu. Dia diam. Matanya memandang mummynya. Berharap agar mummynya akan membantunya namun wanita itu hanya diam dan dari sinar matanya dia tahu mummynya juga berharap dia bersetuju dengan permintaan daddynya.
“Akimi...Akimi...minta maaf.”
Dia meleraikan pegangan daddynya dan melangkah keluar. Kakinya terasa lemah sekali. Dia sayangkan daddy. Teramat sayangkannya namun dia juga sayangkan Dania Aleya. Sayangkan gadis itu melebihi nyawanya sendiri. Berdosakah dia kerana berperasaan begini? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
“Akimi.”
Dia berpaling ke arah mummynya. Wanita itu meluru memeluknya.
Mummy merayu pada Akimi. Jangan bunuh daddy. Jangan pisahkan daddy daripada keluarganya.”
Kejamnya kata-kata mummynya itu. Adakah dia dianggap membunuh jika dia tidak menerima semua itu? Mummy, mengapa sungguh berat penyiksaan ini?
“Mummy...”
“Mummy sanggup melutut kalau itu yang Akimi mahukan.”
Dia tersentak. Namun belum sempat mummynya berbuat sedemikian dia terlebih dahulu rebah di kaki wanita itu. kepalanya tunduk.
“Akimi setuju.”
Amat perlahan suaranya sehingga hampir-hampir tidak didengari oleh Puan Ros. Wanita itu pantas menyapu air matanya. Dia turut terduduk di hadapan anak lelaki tunggalnya.
“Betul ni, Akimi?” soal mummynya lagi. Perlahan-lahan dia mengangguk. Amat berat untuknya namun digagahi juga hanya untuk mummy dan daddynya.
Puan Ros memeluk tubuhnya. Wanita itu menangis dalam pelukannya. Dia hanya mampu membisu. Matanya hanya terhala ke satu arah. Dan hanya wajah Dania Aleya yang tersenyum terlayar di matanya. Setitis air matanya turun.
*********************************************
Dania Aleya berlari menuju ke arah nombor wad yang diberitahu oleh mamanya. Kakinya semakin pantas berlari. Patutlah Firasz Akimi tidak muncul tadi. Rupanya ada perkara yang terjadi. Kakinya semakin perlahan apabila terlihat Firasz Akimi yang duduk di bangku di taman hospital. Dia pasti lelaki yang menunduk itu adalah Firasz Akimi. Dia berlari ke arah lelaki itu.
“Akimi.”
Panggilnya. Firasz Akimi masih membeku. Dia seperti terdengar suara Dania Aleya memanggil namanya.
“Akimi.” Panggilnya lagi. Dia menyentuh bahu lelaki itu. Firasz Akimi berpaling. Wajah Dania Aleya yang dilihatnya. Dia berdiri.
“Jangan macam ni. Akimi buat Dania takut.” Ujarnya apabila melihat wajah lelaki itu yang sungguh sugul. Lelaki itu kelihatan tidak bermaya.
Dania, Akimi cintakan Dania.
Hatinya menjerit. Alangkah indahnya jika dia dapat meluahkan segala-galanya. Namun untuk apa dia memberitahu gadis itu jika dia hanya akan berkahwin dengan orang lain. Tiba-tiba dia memeluk gadis itu. Dania Aleya terkesima.
“Akimi, jangan macam ni.” Ujarnya.
“Dania, be with me.” Suaranya kedengaran bergetar. Dania Aleya pelik. Dia menggosok-gosok bahu lelaki itu.
“Sabarlah. Uncle will be fine. InsyaAllah.” Pujuknya. Firasz Akimi diam. Ya Allah, hentikanlah waktu ini untuk kami. Biarlah aku dapat menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan gadis yang aku cinta ini. Hanya dirimu Dania Aleya.
Promise me. You will always trust me. Believe me for the rest of your life. Walau apa yang terjadi ingatlah Akimi sayangkan Dania. Ingat tu.”
Dania Aleya tidak mengerti. Namun, mengapa dadanya berdebar? Seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan terjadi.
“Kena...”
I love you, Dania Aleya.”
Dania Aleya kaku. Tangannya yang menggosok-gosok bahu lelaki itu terhenti. Dia terkedu. Benarkah apa yang didengarinya tadi? Betulkah lelaki itu mengucapkan kata-kata itu kepadanya? Mereka sama-sama membisu. Lidahnya kelu untuk bersuara. Seolah-olah dunia ini sedang berhenti berputar. Begitulah keadaan Dania Aleya dengan Firasz Akimi.

Friday, September 7, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...8



“Akimi ada sesuatu nak beritahu Dania.”
Kata-kata lelaki itu membuatkan harinya menjadi tidak tenteram. Dia duduk kemudian berdiri. Perkara apakah yang ingin diberitahu oleh lelaki itu untuknya?
Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Dia pantas membuka pintu biliknya. Terjengul wajah Datin Amina yang kelihatan suci.
“Ada apa, mama?” soalnya. Datin Amina menapak ke dalam biliknya. Dia duduk di atas katil anaknya.
“Bila keputusan SPM keluar?” soal Datin Amina.
“Mungkin hujung bulan depan. Kenapa?” soalnya pula.
“Mak Teh ajak Dania ke rumahnya kat Kelantan. Nak pergi tak?”
Dania Aleya diam. Memang dia teramat suka duduk di rumah mak saudaranya itu. Suasana yang aman damai dan nyaman. Tetapi dia tidak mahu berpisah daripada Firasz Akimi.
“Dania.”
Mamanya mengejutkannya. Dia tersentak.
“Tak naklah mama. Dania nak duduk sini. Nak duduk dengan mama dan papa. Nanti kalau dapat sambung belajar Dania dah kena berpisah daripada mama dan papa.” Dia mencipta alasan. Datin Amina mengangguk. Tidak mahu memaksa anaknya.
“Kenapa terkurung dalam bilik je?” soal Datin Amina.
“Aunty Ros dan Uncle Farid dah balik?” soalnya pula.
“Belum. Tak nampak pun keretanya.”
Dia mengeluh.
“Kenapa?” soal mamanya. Hairan melihat sikap Dania Aleya yang muram dua hari ini. dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Apabila mamanya keluar dia berbaring di atas katilnya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia teragak-agak untuk menelefon lelaki itu. Dia mendail nombor lelaki itu. kemudian dia cepat-cepat mematikannya.
“Oh, mak kau.” Latahnya apabila telefonnya berdering. Satu mesej diterima. Dia cepat-cepat membukanya apabila terlihat mana si pengirim.
Miss my Barbie doll~ firasz Akimi
Dia tersenyum.
Who’s that?
Dia membalasnya. Seketika kemudian mesejnya dibalas.
Orang utan. Ha ha ha.
Jahat punya orang.
Akimi bapak King Kong.
Padan muka. Bisiknya setelah membalasnya.
Aik, terasa ke? Tak malu. Akimi cakap rindu kat Barbie doll Akimi a.k.a orang utan. Tak sebut nama Dania pun.
Panas hatinya. Dia menekan keypad blackberrynya.
Akimi senget kepala kemek.
Dia membebel-bebel. Mengata lelaki itu. geram. Kalau ada di hadapannya sudah pasti ditarik-tarik telinga lelaki itu. Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya nyaring menyanyikan lagu Jason Mraz, I’m yours.
“Nak apa?” soalnya kasar. Hatinya makin sakit mendengar tawa lelaki itu. dania Aleya bergerak ke beranda. Terasa sedikit sejuk hatinya apabila angin menampar pipinya. Dia hanya membiarkan rambutnya lepas ditiup angin.
“Comelnya wajah dia bila marah.” Dania Aleya tersentak. Dia berpaling ke kanan. Mengintai bilik lelaki itu. Tetapi dia tiada. Terdengar lagi Firasz Akimi ketawa.
“Dah macam Pontianak jantan.” Kutuknya. Ha ha ha. Ketawa lagi. Tetapi suaranya kedengaran begitu hampir dengannya.
“Si buta, pandang bawah.”
Sesedap rasa je mengutuk. Tetapi dia pandang juga ke bawah. Mulutnya terlopong melihat Firasz Akimi yang melambai ke arahnya. Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Tanpa menunggu lelaki itu bersuara dia mengangkat kakinya dan berlari menuju ke bawah.
“Bila Akimi sampai?” soalnya termengah-mengah.
“Baru je. Akimi terus datang sini. Miss my orang utan.” Ha ha ha. Seronok mengenakan Dania Aleya. Kakinya menendang kaki Firasz Akimi. Dia tersenyum melihat wajah Firasz Akimi yang berkerut-kerut.
“Padan muka. Jahat sangat.”
“Orang gurau jelah.”
 Firasz Akimi menggosok-gosok kakinya. Agak pedih juga. Dania Aleya bergerak ke arah buainnya. Firasz Akimi menurut langkahnya. Dia duduk di hadapan Dania Aleya.
“Nak lagi?” Perli Dania Aleya. Dia tersengih. Firasz Akimi mencebik.
“Ini yang Akimi dapat balik dari Perak. Dahlah penat tapi Akimi terus datang sini sebab nak jumpa Dania.” Ujarnya. Dania Aleya diam. Kasihan pula melihat muka lelaki itu yang berkerut-kerut.
“Sakit sangat ke?” soalnya.
“Sakit sangatlah, montel.” Dia menarik kedua-dua belah pipi Dania Aleya. Dia ketawa melihat wajah Dania Aleya yang bertukar warna. Dania Aleya menampar bahu lelaki itu.
“Janganlah marah. Akimi nak bagi hadiah kat Dania ni. Kalau marah tak dapat apa-apa.” Dia cuba mengumpan gadis itu. Dania Aliya buat tidak peduli.
“Pandang sinilah.” Dia menarik muka Dania Aleya dengan jarinya.
“Just for you.” Dia membuka tangan kanannya. Kelihatan sebentuk cincin di atas telapak tangannya.
“Apa ni?” soal Dania Aleya.
“Cincin.” Katanya.
Dania Aleya mengambilnya. Cantik sekali cincin tersebut. Berwarna putih dengan sebutir permata di tengahnya. Simple tetapi menarik.
“Untuk apa?” soal Dania Aleya lagi.
“Untuk kita.” Katanya.
Dania Aleya mengerutkan dahinya. Tidak memahami maksud kata-kata lelaki itu.
“Tengoklah ukiran dalamnya.”
Dania Aleya mengintai di belah dalam cincin tersebut.
“A and D forever. Mengapa A and D not D and A. Bukankah D and A stand for my name. Dania Aleya.” ujarnya hairan. Dia teringat rantai dan patung beruang pemberian lelaki itu. Kedua-duanya tertulis D dan A. Firasz Akimi hanya tersenyum.
“Lembab.” Firasz Akimi menolak kepala Dania Aleya.
“Akimi.” Marahnya. Firasz Akimi bangun.
“Akimi balik dulu. Nak mandi dan rehat. Jaga diri. See you again my orang utan. Ha ha ha.” Dia terus berlari sebelum sempat Dania Aleya membalas.
Dania Aleya tersenyum. Dia kembali melihat cincin tersebut. Kemudian tangannya menyentuh rantai yang tergantung di lehernya pula. A dan D. Apa maksudnya? Betulkah stand for Dania Aleya?
**********************************
“I said no.”
Bergema suara Firasz Akimi di dalam banglo milik keluarganya. Matanya mencerlung memandang wajah kedua-dua belah orang tuanya.
“Akimi...”
No, mummy. This is my final word. No, no, and no. Full stop.” Tanpa menunggu lebih lama di situ dia terus keluar.
“Kamu jangan menyesal, Akimi.” Masih terdengar kata-kata daddynya. Dia terus melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya. enjin kereta dihidupkan dan dia terus memecut. Dia tidak betah berlama-lama di dalam rumahnya. Membahang hatinya dengan kata-kata mummy dan daddynya tadi. Terketar-ketar tangannya. Dia memegang kemas stereng kereta. Inilah pertama kali dia meninggikan suara kepada mummy dan daddynya.
“Ya Allah.” Ucapan itu lahir dari bibirnya. Dia memperlahankan keretanya. sebelah tangannya meraup mukanya.
“Takkan ada orang lain selain Dania Aleya.” hatinya makin tekad. Walau apa yang terjadi hatinya hanya milik gadis itu. Lafaz akadnya hanya untuk nama Dania Aleya. Tiada nama lain yang akan dia sebut ketika menyambut tangan tuan kadi nanti.
Setelah hampir sejam dia memandu tanpa tujuan akhirnya keretanya berhenti di taman berhampiran rumah mereka. Dia turun dari keretanya. kakinya melangkah perlahan. Dia duduk di atas buaian. Teringat ketika dia dan Dania Aleya masih berusia belasan tahun. Dia suka menolak buai untuk gadis itu. Asalkan Dania Aleya gembira dia tidak kisah berpenat lelah. Segalanya untuk gadis itu. Tanpa dia sedari telah terlalu lama hatinya ada nama Dania Aleya. Sejak dulu lagi. Ketika dia masih budak-budak. Dia meraba poket seluarnya. Tersedar telefonnya ditinggalkan di rumah. Dia mengeluh. dia teringat kembali kata-kata daddy dan mummynya.
“Kami nak satukan Akimi dengan Sofea.”
Dia tergamam. Dia memandang wajah Tuan Farid. Dia cuba tersengih. Mungkin daddynya hanya ingin bergurau.
“Stop joking, dad.” Ujarnya hanya untuk menutup gusar di hatinya.
“I’m serious.” Kata Tuan Farid. Firasz Akimi menelan liur. Dia bingkas berdiri.
“Akimi tak nak.”
Tegas sekali kata-katanya.
“Kami bukan nak tanya keputusan Akimi tetapi kami hanya memberitahu Akimi. It’s final.”
“No, daddy.”
“Akimi, jangan biadap dengan daddy kamu.”
Dia pandang pula wajah mummynya.
“Habis semua ni apa, mummy? I’m not a doll that you can control me. I’m a human. Have a feeling and heart. Whatever happens my decision is final. I won’t listens it.”
“It’s for our family, Akimi. Dah lama keluarga kita berpecah. Inilah masanya, son.” Pujuk mummynya. Dia menggelengkan kepalanya.
For family, yeah? Di mana family daddy selama ni bila daddy and mummy want’s to get married? Where everyone when both of you suffered? They throw you daddy and scolded mummy because take you out from your family, your religion. I know everything eventhough i’m not there. From your eyes mummy, i know you hurt. I know it from your story mummy. Although, you’re not blaming daddy’s family i know you are so hurt. And daddy, now you want to sacrifice your son. Your only son just for your unreceivable family. I will not forgive them because of every tear that my mom’s lost.”
Pang!!!
Satu tamparan hinggap di pipinya. Dia terkesima tetapi bibirnya hanya tersenyum. Matanya berkaca memandang wajah mummynya. Dan dia terkedu melihat air mata mummynya mengalir. Dia tahu mummynya yang terasa sakit dengan tamparannya sendiri. Perasaannya berkecamuk.
“I’m sorry, mummy.” Dia menerkup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Betapa dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia tetap tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Cintanya harus dipertahankan.
Walau apa yang terjadi dia tetap tidak akan tunduk dengan ugutan daddynya. Apabila terbayangkan wajah ayu Sofea dia jadi benci. It’s all because of you. Because of your family.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers