HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 6



DIA mempercepatkan langkah kakinya. Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada adik lelakinya tadi dia terus meluru keluar dari pejabat. Fikirannya hanya satu dia ingin cepat sampai. Dia tidak menghiraukan hukuman yang bakal dihadapi kerana menghilang pada waktu pejabat. Apa yang ada di kepalanya adalah wajah ibunya. Dalam keadaan tergesa-gesa itu dia telah terlanggar seseorang. Badannya berpusing dan dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia hampir-hampir terjatuh namun mujur ada tangan yang pantas menyambut tubuhnya dari terus jatuh di tangga itu. Jantungnya berdebar kencang.
“Awak ni dah gila ke? Nak sangat mati ke?” jerkah satu suara. Rania Qyrina terkesima. Perasaan terkejutnya masih belum habis dan kini dia dijerkah pula. Dia mendongak. Wajah lelaki itu direnung tajam.
“Sa… saya……….” Suaranya tersekat-sekat.
“Lain kali jalan tu pakai mata. Awak tahu tak awak ni membahayakan nyawa awak dan nyawa orang lain jugak. Kalau saya tak tangkap badan awak tadi tentu awak dah patah riuk.” Lelaki itu masih meleterinya. Dia tunduk. Tiba-tiba badannya terhenjut-henjut. Kedengaran suara tangisan yang perlahan. Riezq terkedu. Dia menundukkan wajahnya. Mengintai di sebalik rambut gadis itu.
“Saya mintak maaf. Saya tak tahu..saya……..” dia tidak dapat menghabiskan ayatnya.
Riezq kehilangan kata-kata. Takkan lah melampau sangat kata-kata aku tadi?
“Saya mintak maaf.” Ujar gadis itu dan berlalu menuruni tangga.
“Awak nak ke mana, cik Qyrina?” laungnya. Nada suaranya juga telah bertukar. Gadis itu tidak berpaling dan terus melangkah. Riezq dapat merasakan ada sesutau yang sedang berlaku. Dia pantas mengejar gadis itu. Tangan gadis itu dicapai. Langkah Rania Qyrina terhenti.
“Awak nak ke mana ni? Ni kan masih waktu pejabat?” soal Riezq. Wajah sugul Rania Qyrina direnung.
“Saya nak mintak cuti, En.Riezq.” ujarnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
“Awak mana boleh buat macam tu sebelum beritahu saya.”
“Kan saya dah beritahu ni. Maaf saya perlu pergi sekarang.” Langkahnya kembali diatur. Namun tangan lelaki itu masih memegang kejap tangannya.
“Saya tak boleh izinkan sebelum awak beritahu apa halnya ni.” Tegas nada suara lelaki itu. Rania Qyrina terdiam. Mata lelaki itu masih menikam anak matanya.
“Mak saya ada di hospital sekarang ni. Saya perlu balik sekarang.” Akhirnya dia berterus-terang. Riezq melihat jam di tangannya.
“Saya hantar awak.” Ujarnya. Rania Qyrina terkedu.
“Tapi…..”
“Dah, jomlah.” Dia menarik tangan gadis itu supaya mengekorinya. Rania Qyrina tiada pilihan lain melainkan mengikut sahaja. Hanya keadaan ibunya sahaja yang difikirkan tika ini.
Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Tiada apa yang ingin diperkatakan oleh Rania Qyrina. Lagipun dia masih terkedu dengan kehadiran lelaki di sebelahnya. Tangannya diramas.
“Kenapa dengan ibu awak? Dia sakit apa?” riezq cuba memancing parbualan gadis itu.
“Entah. Saya tak tahu. Ibu saya sihat je selama ni. Adik saya cuma cakap yang ibu pengsan di bilik air.” Ujarnya perlahan.
“Awak jangan risaulah. She will be okey.” Ujar Riezq tenang. Rania Qyrina diam.
“I really hope she will be okey. Saya tak boleh kehilangan dia sekarang. I need her so much. Hanya dia yang ada untuk saya. Ayah dah lama tinggalkan kami. I need her..” gadis itu tiba-tiba menangis. Riezq kehilangan kata-kata. Dia menghulurkan sapu tangannya. Gadis itu teragak-agak untuk menyambutnya.
“Just take it. I’m sure your mom will be okey.” Ujarnya. Lambat-lambat sapu tangan itu disambut.
“Thanks.”
Suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran lagu yang berkemundang di corong radio. Riezq membiarkan gadis itu melayan perasaannya sendirian. Dalam diam dia memerhati raut wajah Rania Qyrina yang kesedihan, entah kenapa hatinya turut merasa sesuatu. Tapi apa???
***
“TERIMA kasih En.Riezq.” itulah pertama kali dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya kepada lelaki yang dibencinya itu. dan pertama kali juga dia merasakan Shah Riezq lelaki yang baik.
“Its okey. How’s your mom?” soal Riezq. Rania Qyrina tersenyum.
“She’s okey.”
“En. Riezq, saya nak minta cuti, boleh?” soalnya lambat-lambat.
“Okey. Saya luluskan cuti awak. Tapi pastikan awak cepat kembali. Banyak kerja yang menanti awak.” Ujr Riezq. Rania Qyrina tersenyum. Dia mengangguk.
“Saya rasa baik En. Riezq balik dulu. Lagipun dah lewat ni. Nanti apa kata keluarga En.riezq nanti. Tentu mereka risau.”
Riezq mengangguk. Rania Qyrina menghantar pemergian lelaki itu dengan senyuman palsu. Apabila dia pasti lelaki itu telah menghilang air matanya terus mengalir. Dadanya benar-benar sebak.Kata-kata doctor tadi kembali menari-nari di kepalanya.
“Ibu cik disahkan menghidap barah.” Betapa kata-kata itu ibarat belati yang menghunus jantungnya. Air matanya deras mengalir. Tangannya ditekap didadanya. Berharap kesedihannya akan beransur tatapi air matanya makin kuat mengalir. Dia menekup mulutnya supaya suaranya tidak terkeluar. Kakinya terasa lemah. Dia memaut sisi dinding supaya dapat mengimbangkan badannya. Tetapi akhirnya dia terduduk. Kakinya benar-benar lemah.
“Nia tak boleh kehilangan ibu. Nia tak nak kehilangan lagi. Cukuplah ya Allah..” tangisnya dalam sendu. Betapa dia takut untuk menghadapi kehilangan kali kedua ini. Dulu kehilangan orang yang dicintai hampir membunuh kekuatannya dan kali ini dia tidak mahu kehilangan orang yang paling dia sayang, dia tidak akan dapat menerima keadaan itu. Tolonglah Ya Allah….
******************************************************************************
RIEZQ menumbuk meja di hadapannya. Berdesing bunyinya menbuatkan Ryzal.terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dia mengurut dadanya.
“Relakslah bro. Nanti staf kat luar tu dengar.” Ujar Ryzal. Riezq meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Ketara keresahan di hatinya.
“Macam-mana sekarang ni Zal? Mama aku dah bising suruh aku bawa balik isteri palsu aku tu. Dia cakap kalau aku tak bawa balik dalam masa secepat mungkin dia akan suruh aku tinggalkan budak tu. Masalahnya sekarang ni calon tu belum ada lagi. Macam-mana ni Ryzal?” soalnya. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan.
“Aku dah try Riezq tapi kebanyakan perempuan yang aku jumpa semuanya tak boleh dipercayai. Termasuklah semua ex-gierfriend kau. Beri aku sikit masa lagi.” Ujar Ryzal.
“Aku tak kisah soal duit Zal. Just give berapa je yang dia nak. Aku cuma nak masalah ni selesai je.” Dia bangkit dan mendekati hujung biliknya. Bunga di dalam pasu dibelek tanpa minat.
“Kau berilah aku sikit masa lagi. Insyaallah aku akan selesaikan semua ni.”
“Aku minta maaf sebab susahkan kau, zal.”
“Its okey. Kitakan kawan. Siapa lagi yang kau boleh harapkan kalau bukan aku.” Ryzal tersengih. Riezq tersenyum mendengar kata-kata Ryzal itu. Dia akui Ryzal adalah sahabat yang baik.
“Erm, dah lama aku tak nampak Qyrina kat pejabat ni. Dia pergi mana?” Ryzal mengalihkan topic perbualan mereka. Rasanya hampir seminggu dia tidak ternampak gadis itu di pejabat ini.
“Ibu dia sakit. Dia dah minta cuti tapi aku tak tahulah sampai bila. Hari tu dia cakap ibu dia dah okey.” Ujar Riezq. Matanya memandang ke pintu yang sedikit terbuka. Rasanya dia ternampak kelibat seseorang tadi. Dia mendekati pintu dan menutupnya rapat.
“Pintu ni terbuka ke tadi?” soal Riezq pada Ryzal.
“Entahlah aku tak tahu pulak. Tapi rasanya aku dah tutup rapat-rapat. Entah, maybe tak kot.” Ryzal malas mahu memikirkan hal tersebut. Fikirannya ligat memikirkan tugas tidak rasminya. Dia harus menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Dia telah berjanji dengan Riezq.
*****************************************************************************
DIA mendongak apabila terdengar pintunya dibuka dari luar. Terjengul wajah seorang gadis yang kelihatan sugul. Dia mengerutkan dahinya. Pelik dengan kedatangan gadis ini ke pejabat tanpa diberitahu kepadanya. Bertambah pelik apabila gadis ini tidak mengetuk pintu terlebih dahulu. Niat untuk memarahi gadis itu hilang apabila teringat masalah gadis itu.
“Saya ingatkan awak tak datang hari ini.” Ujarnya selamba. Rania Qyrina duduk di hadapannya tanpa disuruh. Itu bukan sikap gadis itu. biasanya gadis itu begitu berwaspada dengannya.
“Saya…saya….” Dia tunduk. Riezq mengerutkan dahinya melihat reaksi gadis itu yang tidak keruan.
“Kenapa dengan awak ni, cik Qyrina? Awak nak apa ni sebenarnya?” soalnya bertalu-talu. Wajah sugul gadis itu ditenung.
Rania Qyrina menggigit bibirnya. Betulkah apa yang dia ingin lakukan ini? Tapi dia tidak ada pilihan lain lagi. Dia harus. Dia sudah tekad.
“Macam-mana kalau saya yang terima tawaran tu?” soalnya tiba-tiba. Riezq mengerutkan dahinya. Dia tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.
“Apa yang awak cakap ni, cik Qyrina?” soalnya pula. Rania Qyrina kelihatan gelisah.
“Saya …saya rela jadi your fake wife.” Ujarnya lambat-lambat. Riezq berdiri sebaik mendengar kata-kata gadis itu. macam-mana gadis itu boleh tahu rancangan gilanya itu? apa yang lebih memeranjatkan gadis itu menawarkan dirinya.
“Macam-mana awak…..”
“Saya tak sengaja terdengar perbualan En. Riezq dengan En. Ryzal tadi. Maaf saya benar-benar tak sengaja.” Ujarnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
“Saya tak faham.” Riezq mamandang wajah gadis itu.
“Saya perlukan duit. Bukankah En. Riezq akan bagi upah kalau saya buat kerja tu.”
“Awak bukan orang yang macam ni. What’s wrong?” soalnya.
“Ibu saya. Saya benar-benar perlukan wang en. Riezq. Tolonglah terima saya? ” rayunya. Air matanya tumpah perlahan-lahan. Dia hanya membiarkan. Riezq terpaku melihat keadaan itu. dia terdiam. Apa yang harus dibuatnya? Kedatangan gadis itu tepat pada masanya. Tapi dia tidak akan menggunakan gadis itu. Rania Qyrina gadis yang baik walaupun dia tidak berapa mengenalinya dan tidak mungkin dia menggunakan gadis itu. kepalanya menggeleng berkali-kali. Apa yang harus dilakukannya? Peluang ini harus digunakan. Kata hati kecilnya. Tapi macam-mana……….? Hish, dia pusing.
“Saya tak tahulah cik Qyrina. I don’t think so. Ini bukan kerja main-main. Sekali awak terjebak susah awak nak undur balik.” Riezq menutur perlahan.
“Tapi tolonglah En. Riezq. Saya sanggup. Saya janji takkan hampakan En. Riezq.” Rayu gadis itu. Riezq terdiam. Dia tidak perlu menggunakan gadis itu. dia hanya perlu membantunya sahaja. Kepalanya terangguk-angguk. Kemudian dia mengerutkan dahinya pula. Ini peluang yang baik. Segalanya akan selesai kalau dia setuju dengan permintaan gadis itu. dia tidak akan rugi apa-apa.
“Baiklah. Saya setuju.” Ujarnya. Rania Qyrina memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Air mata yang masih mengalir di pipinya dikesat.
“Tapi awak harus tahu kerja ni bukan senang. Saya akan suruh Ryzal sediakan surat perjanjian nanti. Kalau awak nak undur diri masih ada masa, cik Qyrina.”
Rania Qyrina menggeleng. Dia tidak akan mengundur diri. Ini janjinya kepada dirinya sendiri. Ibu harus diselamatkan.
“Saya dah fikir masak-masak. Saya takkan undur diri. I need it.” Ujrnya bersungguh-sungguh.
“Pasal bayaran tu saya tak boleh bagi hari ni. Lepas kita tandatangani perjanjian itu esok baru saya boleh bagi. Lagipun saya kena uruskan sesuatu dulu.” Ujarnya lagi. Rania Qyrina mengangguk. Riezq merenung anak mata gadis itu. entah kenapa dia seperti dapat merasa sesuatu. Satu perasaan aneh tiba-tiba menjengah ke dalam hatinya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Kenapa aku mengelabah semacam je ni? Cool down Shah Riezq.

Cinta Tak Bersyarat 5



BANTAL peluk di sebelahnya di peluk erat. Tetiba je dia teringatkan lelaki itu. walaupun dah berbulan-bulan dia masih teringatkan semua itu. mana mungkin dia akan melupakannya dengan mudah. Betullah pepatah yang pernah di dengarinya dulu. Hanya perlukan seminit untuk sayangkan seseorang. Sehari untuk jatuh cinta tapi memerlukan masa seumur hidup untuk melupakan. Tanpa sedar air matanya gugur juga walaupun dia telah bertekad untuk tidak mengalirkan air mata kerana seorang lelaki yang mungkir janji itu.
Tapi dia tetap seorang perempuan yang punya perasaan. Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan menderita. Tunang yang diharapkan meninggalkannya di saat diperlukan. Cuma dia yang masih boleh bertabah. Semuanya kerana keluarganya. Ingin sahaja dia menjerit bagi melepaskan sebak di dada. Tapi dia sedar di mana dia berada. Semua lelaki sama je. Baik bekas tunangnya ataupun bos barunya. Wait, kenapa nama mamat tu pulak yang keluar malam-malam ni? Tapi dia memang menjengkelkan. Nama je lelaki tapi perangai macam perempuan. Serba tidak kena. Ah, buat apa pulak aku melalut pasal mamat tu malam-malam ni baik aku tidur….
Dia menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhnya. Good night………..
**************************************************************************
Riezq menyemak fail yang berada di hadapannya. Sesekali kepalanya menggeleng-geleng. Dia kembali menutup fail itu. kenapa banyak sangat kesalahan yang dicatatkan. Dia mendengus. Intercom di hadapannya ditekan. Selepas selesai bercakap dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Beberapa minit kemudian terjengul wajah gadis itu di hadapannya.
“You can sit.”
Wajah Rania Qyrina dipandang. Dia tahu gadis itu tidak suka berhadapan dengannya. Mungkin kerana peristiwa di kampong dulu.
“Saya nak awak taip semula kertas kerja ni.” Arahnya. Terkebil-kebil matanya memandang fail biru di hadapannya. Tangannya mencapai fail tersebut. Dia membelek-belek isi kandungannya.
“Banyak sangat kesalahan dalam ni.” Tambah lelaki itu.
“Tapi bukan saya yang bertanggungjawab taip kertas kerja ni en.Riezq. Sepatutnya….”
“Sepatutnya bila saya suruh awak buat kerja just do it without any complained. Jangan banyak soal. That’s not good for you miss Qyrina.” Sindir lelaki itu. Rania Qyrina mendengus geram. Benci apabila dipaksa melakukan kerja yang bukan tugasnya. Tanpa menjawab kata-kata lelaki itu dia berlalu meninggalkan bilik itu. sebal di hatinya hanya tuhan yang tahu. Benci yang semakin bertambah.
Dia melemparkan fail tersebut di atas mejanya. Tubuhnya dihempas ke kerusi. Jam di tangannya hampir mencecah angka 1 t/hari. Kejap lagi waktu rehat akan muncul. Nampaknya dia terpaksa membatalkan janjinya dengan Hariz untuk makan tengahari bersama. Kerja harus diutamakan. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan lelaki itu.
****************************************************************************
DIA mendongak apabila bungkusan makanan di letakkan di hadapannya. Matanya terkebil-kebil memandang wajah lelaki tukul besi di hadapannya.
“Saya tahu awak belum makan lagi. Makanlah dulu.” Ujar Riezq lembut. Apasal pulak mamat ni? Langit nak runtuh ke?
“Saya tak suruh pun.” Ujar Qyrina. Riezq hanya tersenyum. sinis.
“Saya bukan beli sebab risaukan awak tapi saya cuma tak nak kerja yang saya beri tu tak sempat siap.”
“Saya tak nak.”
“Saya tak paksa awak tapi kerja membazir tu kerja syaitan. Jangan pulak awak nak cakap yang awak nak jadi macam tu.”
“Awak………”
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya lelaki itu telah berlalu.
“Arghhhhhhhh.” Dia menjerit perlahan. Benar-benar geram dengan lelaki yang bernama Tengku Shah Riezq itu.
***************************************************************************
HASLIZA ketawa melihat reaksinya itu. Rania Qyrina memasamkan mukanya. Mengapa semua staf di sini seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya.
“Betulla akak.” Rengeknya. Hasliza masih dalam sisa ketawa. Naik geram Rania Qyrina.
“Akak……...”
“Akak bukan tak nak percaya tapi setahu akak en.Riezq okey je dengan orang lain tapi kenapa dengan Qyrina lain pulak. Qyrina ada masalah ke dengan dia sebelum masuk kerja kat sini?” soalan Hasliza tidak dijawab. Takkanlah sebab peristiwa di kampong dulu? Tapi sepatutnya aku yang marah dengan dia. Bukan sebaliknya. Ah, memang dasar lelaki. Semuanya dia yang betul.
“Tak adalah kak Liza. Ni first time Qyrina jumpa mamat yang tak betul macam tu.” Nafinya. Hasliza menggelengkan kepalanya. Macam-macam ragam yang dapat dilihat sejak kedatangan Rania Qyrina.
“Cik Qyrina, awak ni tak ada kerja ke? Dari tadi lagi saya nampak awak asyik berbual dengan kak Liza ni. Siap ketawa lagi. Ada gosip terbaru ke?”
Masing-masing terdiam mendengar teguran yang tetiba itu. Dia lebih-lebih lagi apabila namanya yang disebut. Macam mana pulak mamat ni tetiba je ada di sini?
“Maaf En.Riezq, kak Liza pergi buat kerja dulu.” Ujar Hasliza dan berlalu meninggalkannya bersama dengan Riezq. Rania Qyrina gelisah.
“Saya pergi dulu, En. Riezq.” Baru sahaja dia ingin melangkah kakinya terhenti apabila namanya dipanggil.
“Ada saya cakap awak boleh pergi, cik Qyrina?” ujay Riezq. Rania Qyrina mengeluh. Entah apalagi yang lelaki ini ingin perkatakan. Perlahan-lahan dia berpaling.
“Ada apa lagi En.Riezq?” soalnya.
“Ikut saya kejap.” Arahnya tanpa memandang gadis itu.
“Ke mana?” soal Qyrina. Langkah kaki lelaki itu terhenti. Dia memandang Rania Qyrina.
“I know.No question.” Ujar Rania Qyrina. Mengerti kerana ayat itulah yang selalu diucapkan oleh lelaki itu.
“Saya tak berniat pun nak cakap macam tu tapi sebab awak dah cakap macam tu I just follow you.” Ujar Riezq dan berlalu. Rania Qyrina menghentakkan kakinya. Dia benar-benar geram dengan sikap selamba lelaki itu. Entah apalah malangnya bertemu dengan lelaki sebegitu.

Cinta Tak Bersyarat 4



Makanan di atas meja langsung tidak disentuh. Dia hanya menguis-nguis makanan itu. fikirannya tidak di situ. Dia asyik memikirkan tentang nasib yang bakal di tempuhnya di syarikat itu nanti. Bagaimana dia harus bekerja dengan orang yang dia tidak suka? Tambahan lagi lelaki itu sering mengganggu dia. Membelikan makanan tengahari untuk dia, membuat air dan sebelum pulang tadi dia yang harus mengemaskan meja lelaki itu. Dia bukannya setiausaha lelaki itu. Dia adalah penolong pengurus. Bencinya………..
“Kenapa ni Qyrina?”
Dia tersentak apabila suara ibu saudaranya memecah kesunyian
“Hah.”
Wajah ibu saudaranya dipandang.
“Qyrina ada masalah ke?” soal ibu saudaranya. Dia mengukir senyuman hambar.
“Tak adalah ibu Lina. Qyrina okey je.” Sangkalnya. Takkanlah dia mahu memberitahu perkara kecil itu kepada ibu saudaranya. Dia tersenyum lagi. Kali ini lebih manis. Berharap ibu Lina akan mengerti.
“Macam-mana kerja, okey?” soal ibu Lina. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Macam tak suka je ni. Ada masalah ke?”
Qyrina Rania ketawa kecil. Cuba untuk menutup kegelisahan di hatinya.
“Tak adalah ibu Lina. Semuanya okey. Rakan sekerja semuanya baik. Bos pun baik.” Ujarnya. Ibu Lina mengangguk.
****************************************************************************
Wajah lelaki dihadapannya dipandang geram. Tidakkah lelaki itu mengerti bahawa dia tidak suka diarah dengan benda-benda yang bukan berkait dengan bidang kerjanya. Lagipun dia baru bekerja di sini selama dua hari. Semua kerja yang dilakukannya selama dua hari ini langsung tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohonnya. Buat air, kemas meja. Dua hal itu je yang dia kena lakukan. Rimaslah………..
“Cik Qyrina!” panggilan itu menyentaknya ke alam nyata.
“Apa?” soalnya sedikit kasar. Terlupa lelaki yang berada di hadapannya itu adalah bosnya.
“Petang ni ikut saya.” Ujar Riezq.
“Ke mana?” soalnya. Nada suaranya kembali normal. Tidak seperti tadi.
“Ikut jer.” Ujar lelaki itu dan berlalu. Qyrina Rania menggigit bibir bawahnya. Geram dengan sikap tak endah lelaki itu. tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Petang ini tu pukul berapa? Sekarang dah pukul 3 petang lagi dua jam waktu pejabat akan tamat. Takkanlah lelaki itu mahu menggunakan waktu di luar pejabat pula?
Dia mendongak apabila pintu biliknya diketuk. Wajah Hariz dari bahagian sumber manusia terjengul di hadapannya. Dia tersenyum.
“Boleh I masuk?” ujar Hariz.
“Oh sorry lupa pulak. Masuklah.” Ujarnya. Lelaki itu melangkah dan menarik kerusi di hadapannya.
“I ganggu you ke ni?” soalnya.
“Eh tak adalah. Ada apa En.Hariz datang jumpa saya ni?”
“Qyrina kan saya dah cakap jangan berencik dengan saya. Lagipun panggilan tu formal sangat. Pangkat saya pun tak adalah tinggi sangat.” Ujar Hariz. Qyrina Rania hanya mampu tersenyum. Hariz adalah lelaki pertama yang berani menegurnya di sini. Lagipun dia senang dengan lelaki ini yang tidak banyak karenah.
“Oh, actually saya datang ni ada hal sikit. Pasal maklumat peribadi yang awak bagi pada saya semalam.” Ujar hariz.
“Kenapa, ada apa-apa masalah ke?” soalnya sedikit cemas. Hariz dilihat sedikit tersenyum.
“Tak adalah besar sangat. Saya tak tahulah sama ada awak lupa ke tak tapi awak tak tulis no telefon awak. Semua pekerja diwajibkan mencatat no telefon untuk kepentingan syarikat. Lainlah kalau awak tak ada telefon.” Tambahnya. Qyrina Rania tersenyum kelat. Dia bukan terlupa memasukkan no telefonnya tetapi dia memang tidak suka memberikan no telefonnya kepada sebarangan orang.
“Saya minta maaf. Saya terlupa kot.” Ujarnya sambil tersengih. Dia mencapai fail yang dihulurkan oleh Hariz dan mengisi ruangan yang kosong itu.
“Okeylah saya tak nak ganggu awak. Saya pergi dulu kalau ada masa kita lunch bersama nak tak?” soalnya.
“Saya tak kisah bila-bila pun saya free.” Ujarnya jujur. Hariz tersenyum mendengar jawapannya.
“Ehem.”
Mereka berdua berpaling apabila terdengar suara orang berdehem.
“Ada apa En.Riezq?” soal Rania Qyrina.
“Jom lah.” Ujarnya. Rania Qyrina mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu.
“Apa?” soalnya bodoh. Riezq kelihatan menarik nafas. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Hariz.
“Ha, Hariz awak tak ada kerja ke?” soalnya tiba-tiba. Hariz kelihatan serba salah.
“Saya dah selesai. Saya pergi dulu.” Ujar Hariz dan berlalu. Pandangan jatuh pada Rania Qyrina. Dia menelan liur.
“Awak ni memang dah nyanyuklah Qyrina. Takkanlah dah lupa apa yang saya pesan tadi.” Ujarnya. Hilang sudah panggilan cik dipangkal namanya. Rania Qyrina pula telah memerah wajahnya mendengar kata-kata lelaki itu.
“En.Riezq tak berhak nak cakap saya macam tu” ujarnya geram.
“Kenapa pulak saya tak boleh nak cakap macam tu? Awak ingat tak apa yang saya pesan pada awak tadi?” soal lelaki itu lagi. Rania Qyrina terdiam sebentar. Kepalanya cuba mengingati sesuatu. ‘Petang ni ikut saya’. Tiba-tiba ayat itu berlegar di dalam kepalanya. Dia menelan liur. Wajah bosnya dipandang.
“Sorry.” Dia benci apabila dia yang terpaksa menuturkan kata itu.
“Cepatlah kita dah lewat ni.” Ujar Riezq. Wajahnya serius. Dia berlalu. Rania Qyrina mengekori langkah lelaki itu. Mulutnya terkumat-kamit menuturkan sesuatu yang tidak jelas. Langkahnya terhenti apabila terpandangkan kereta Honda cRv lelaki itu di hadapannya.
“Sebenarnya kita nak ke mana ni, En. Riezq?” akhirnya dia menyoal. Kelihatan Riezq sedang memasukkan beberapa buah fail dan beg sandangnya di bahagian belakang kereta. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Rania Qyrina dan membuatkan gadis itu hilang sabar.
“En.Riezq ni dah pekak ke?” soalnya berani. Riezq memandang tepat ke arahnya. Rania Qyrina terkedu. Tiba-tiba dia menyesal menyuarakan soalan bodoh itu. rasa mahu ketuk sahaja kepalanya saat ini. Tapi kenapa pula dia merasa sesal? Tadi pun lelaki itu berkata begitu kepadanya. Rasa sesal itu harus dibuang jauh. Terutamanya dengan orang seperti Tengku Shah Riezq ini.
“Cik Qyrina, dah puas merenung wajah saya?” pantas dia menunduk.
“Cepatlah kita dah lewat ni.” Arah lelaki itu. Apa yang peliknya dia hanya menurut. Pintu belakang dibuka.
“Awak ingat saya ni pemandu awak ke?” soal Riezq. Rania Qyrina memandangnya.
“Awak bukan puan besar. Sila duduk di depan ya, cik Qyrina.” Perli lelaki itu. dia sempat mengukirkan senyuman kepada gadis itu. Dengan berat hati dia melangkah ke hadapan.
Dan sekarang mereka berada di sebuah restoran yang cantik. Rania Qyrina memandang sekeliling. Cantik. Dia menunduk memandang jam di tangannya. Beberapa minit lagi waktu pejabat akan tamat. Dia tidak kisah bekerja lebih masa tapi dia tidak suka berada dengan lelaki ini. Sentiasa resah.
“Awak mengejar masa ke cik Qyrina?” soal Riezq. Rania Qyrina diam. Nak bohong ke jujur? Dia menggeleng.
“Bila klien tu nak datang En.Riezq?” soalnya.
“Mungkin sebentar lagi. Dia cakap maybe lewat sikit. Do you have other plan?” soal Riezq. Rania Qyrina menggeleng.
“Awak nak makan ke?” soal lelaki itu lagi.
“Tak apa saya tak lapar. Kalau En.Riezq nak makan saya boleh temankan.” Ujarnya sopan. Kelihatan lelaki itu mengangkat tangan dan memesan sesuatu daripada pelayan di situ. Dia tidak ambil pusing. Dia hanya mahu cepat-cepat beredar dari situ.
“En.Riezq, saya nak ke ladies kejap.” Tuturnya. Mata lelaki itu terkebil-kebil.
“Nak buat apa?” soal Riezq. Rania Qyrina mendengus. Takkanlah aku nak buang air pun nak beritahu kau. Hish, penyibuk……….
“Kenapa, nak ikut?” lelaki itu ketawa kecil. Dengan perasaan sebal dia berlalu meninggalkan lelaki itu.
Sepuluh minit kemudian dia kembali. Kelibat klien yang diperkatakan tidak kelihatan. Takkan masih belum datang? Soalnya dalam hati
“Mereka dah sampai?” soalnya sebaik duduk.
“Mereka tak jadi datang. Ada masalah sikit. Nampaknya sia-sia je kita datang sini.”
Rania Qyrina mengeluh. Memang sia-sia selepas puas dia dikritik tadi. Dalam diam dia mengutuk klien yang mungkir janji itu. Sebab dia orang aku yang kena. Matanya menatap makanan yang terhidang di atas meja. Masih tidak terusik.
“Kenapa tak makan dulu?” soalnya.
“Saya tunggu awak.” Ujar Riezq. Anak matanya memandang wajah lelaki itu. Hatinya sedikit terusik. Nampaknya masih ada sifat baik dalam diri lelaki itu.
“Awak jangan perasan pulak. Saya cuma tak nak orang cakap yang saya ni melantak sorang-sorang je dengan makanan yang banyak ni. Sebab tu saya tunggu awak, cik Qyrina”
Rania Qyrina menahan marah. Menyesal memuji lelaki itu di dalam hati tadi. Lelaki seperti ini memang tak ada sopan santun langsung.

Cinta Tak Bersyarat 3



RYZAL ketawa besar melihat reaksi Riezq yang keresahan. Tidak pernah dia melihat sahabatnya dalam keadaan sebegitu. Nampaknya Riezq benar-benar tidak mahu mengikut telunjuk mamanya dalam soal yang penting ini.
“Boleh tak kau berhenti ketawa?” soalnya geram. Ketawa Ryzal mati. Kemudian tawanya kedengaran kembali. Riezq mendengus geram dengan telatah Ryzal.
“Okeylah beb aku minta maaf tapi aku tak pernah lihat kau macam ni. Relaks okey. Aku pun sedang cari orang yang boleh dipercayai untuk menjayakan misi kau ni.” Ujarnya separuh bergurau.
“Papa aku pun dah bertanya. Aku nak hal ni diselesaikan cepat. Lagipun bukan lama, just pretend depan keluarga aku aje. Bila aku dah pindah semua ini akan selesai.” Ujarnya.
“Aku akan tolong kau. Don’t worry.” Ryzal menelan liur. Di mana harus dia mencari calon ‘isteri’ untuk Riezq itu? Sengaja dia menempah bala. Walaubagaimanapun Riezq adalah sahabatnya dan dia harus membantu.
Ryzal pulang ke pejabat dengan perasaan yang resah. Dia telah berjanji dan harus menunaikannya. Dalam dia mengelamun tubuhnya terlanggar seseorang.
“Maaf encik saya tak sengaja.” Ryzal mendongak.
“Awak?”
Mereka sama-sama bersuara. Kemudian Ryzal mengerutkan dahinya.
“Saya akan mula kerja kat sini. Besok baru mula kerja.” Terangnya seperti mengerti tanda tanya di hati lelaki tu. Dia tersenyum.
“Kerja di bahagian mana?” soalnya.
“Pemasaran.” Jawabnya sepatah.
“Okeylah semoga awak gembira bertugas di sini. Selamat memulakan tugas.” Ujar Ryzal dan terus berlalu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Tidak menyangka akan bertembung dengan perempuan itu di sini. Lebih-lebih lagi di syarikat Riezq. Macam berjodoh pula. Mula-mula di kampungnya kemudian di sini. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Otaknya berputar mengingati sesuatu. Dia berpaling kembali kebelakang. Perempuan itu telah menghilang entah ke mana. Dahinya berkerut-kerut. Kemudian kepalanya menggeleng. Merasakan fikirannya yang terpesong agak jauh tadi.
Mana mungkin dia menggunakan perempuan sebaik itu. Perempuan itu sudah terlebih menderita dengan masalah yang melandanya. Lagipun dia gadis yang baik-baik dan tidak mungkin akan menerima cadangan itu jika dipinta sekalipun.
*****************************************************************************
Rania Qyrina mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia melirik jam di tangannya. Dadanya makin berdebar apabila menyedari masa yang makin berlalu. Dia mengutuk dirinya yang terlewat bangun padahal dia telah mengunci jam. Tetapi jam itu pula yang buat hal di saat-saat penting begini. Dia berdoa di dalam hati agar semuanya berjalan lancar.
Dia memandang pintu lif yang masih belum terbuka. Perasaannya makin berdebar-debar. Matanya memandang tangga di sebelah kanan. Berniat untuk memanjat tangga. Kemudian dia mematikan hasratnya apabila menyedari pejabatnya terletak di tingkat 15. Gila . Mahu mampus sebelum sempat sampai. Apabila pintu lif terbuka, dia cepat-cepat meloloskan dirinya dan menekan nombor 15. Namun belum sempat pintu lif tertutup ada seseorang yang melambaikan tangan dari jauh. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Atau lebih tepat lagi dia memang tidak mahu menunggu.
“ Sorry ” laungnya. Dia bergegas keluar apabila pintu lif terbuka. Siapa yang harus dia temui? Ah, satu lagi masalah. Rasa ingin menangis pun ada apabila menyedari dia benar-benar berada dalam kesusahan. Hari pertama yang menyusahkan dirinya. Ibu!!!!! Jeritnya di dalam hati.
“Cik Rania Qyrina?”
Dia berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Wajah manis seorang wanita yang lebih berusia sedikit daripadanya menyapa. Dia tersenyum hambar. Tidak ikhlas. Perasaan cemas masih merajainya.
“ Ya saya.” ujarnya.
“ Saya Hasliza, tapi orang sini panggil kak Liza.” Tuturnya.
Sememangnya aku tidak ada masa untuk berkenalan buat masa ini. Kenapalah orang yang digelar kak Liza ini boleh menegurku tika ini?
Dia menatap jam.
“Kenapa lambat?” soal wanita itu.
“Saya…..”
“ Dah lah. Jom ikut akak. Nasib baik bos pun belum sampai. Tambahnya. Rania qyrina terkebil-kebil memandang Hasliza.
“Akak ni setiausaha En.Riezq. Akak sepatutnya dah kenalkan Cik Qyrina dengan staf-staf yang lain tapi elok rasanya kalau akak tunjukkan bilik cik Qyrina dulu. Cepatlah sebelum bos sampai. ” ujar Hasliza. Rania Qrina mengangguk. Dia masih tidak dapat focus dengan bicara wanita itu. dia masih berdebar-debar. Tetapi kakinya cepat mengekori langkah hasliza. Mereka berhenti di hadapan bilik yang tertera penolong pengurus. Ini lah biliknya, duganya.
“Ini bilik cik Qyrina. Kalau perlukan apa-apa akak ada di depan.” Ujar hasliza dan berlalu. Dia masih ada banyak perkara yang ingin ditanya kepada wanita itu tetapi wanita itu kelihatan tergesa-gesa. Dia melangkah ke dalam bilik yang sederhana besar itu. dia menghenyakkan punggung di kerusi. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Barulah dia merasa lega.namun bunyi telefon di hadapannya membuatkan dia terperanjat besar. Lama telefon itu berbunyi barulah dia mengangkatnya.
“ Hello.” Ujarnya perlahan.
“Qyrina masuk bilik saya.”
Dia mengerutkan dahi mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.
“Bilik siapa?”ujarnya bodoh.
“Sayalah.” Tambahnya.
“Awak siapa?” soalnya lagi.
“Riezq, bos awak.”
Mendengar ayat lelaki itu dia terdiam seketika. Air liur ditelan lambat-lambat.
“Erm ,maaf encik Riezq. Sekarang ke?”
“Ya sekarang.” Tegas kedengaran suara lelaki itu dan membutkannya kembali gementar. Tetapi mengapa? Pasti kerana permulaan yang tidak baik. Dia bergegas menuju ke bilik lelaki itu.
Pintu bilik pengurus besar diketuk perlahan. Dia melangkah perlahan apabila kedengaran suara yang menyuruhnya masuk. Wajah lelaki yang menunduk itu dipandang. Entah kenapa dia berasa berdebar. Padahal ini bukan kali pertama dia berjumpa lelaki itu. Matanya tajam merenung lelaki itu. Nak bersuara ke tak nak ? Dia berkira-kira di dalam hati.
“Okey you can sit.”lelaki itu mendongak. Gulp,panahan mata lelaki itu membuatnya gelabah. Dia tunduk. Kerusi di hadapannya di tarik. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya di bawah meja diramas-ramas.
“Ada apa en.Riezq nak jumpa saya?” soalnya perlahan.
“Awak dah kenal bilik awak?” soal Riezq. Dia mengangguk.
“Dah kenal staf-staf di sini?” soalnya lagi. Kepalanya pantas menggeleng. Kenapa dia tidak mampu bersuara saat ini. Ke mana menghilangnya suara lantangnya? Hish, dia bingung.
“Awak dah jadi bisu ke?”
“Hah..” dia merenung wajah pegawai atasannya. Apa yang mamat ni cakap tadi?
“Takkan dah pekak pulak.”
Qyrina membeliakkan matanya. Apa kena pulak mamat ni? Pandai-pandai pulak dia nak kata aku pekak. Tapi kenapa aku tak boleh nak menjawab pulak.
“Hai cik Qyrina, awak dah sampai mana ni?” Riezq memandang wajah perempuan dihadapannya. Qyrina mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan pertanyaan lelaki itu.
“Saya……….”
“Lain kali kalau ada orang bercakap dengan awak tolong bagi perhatian. Fikiran tu jangan melamun jauh. Tak elok. Faham?” ujar Riezq tajam. Qyrina serba salah. Dia menyumpah lelaki itu di dalam hatinya. Apasal pulak nak kenakan aku ni? Aku ada hutang kau ke? Menyampah betul….
“Dahlah pergi buat kerja awak. Lain kali jangan buat lagi macam tu.” Tegurnya lagi. Apa yang aku dah buat? Bosan .
“Terima kasih.” Apa yang aku cakap ni? Terima kasih untuk apa? Sebab dia mengata aku.. Dia pantas berdiri dan berkira-kira untuk berlalu. Tangannya mencapai pintu.
“Lain kali kalau ada orang tahan pintu lif awak kena lah tunggu walaupun awak mengejar masa, cik Rania Qyrina.” Ujar Riezq tetiba. Qyrina tidak berpaling. Apa yang mamat ni cakap pulak? Takkan lah………. Tanpa berpaling dia terus meninggalkan bilik lelaki itu. langkah yang diaturnya serba tidak kena. Apa yang aku dah buat ni? Patutlah mamat tu asyik mengata aku jer. Tentu dia tahu aku terlewat hari ni. Hish……..kepalanya menggeleng-geleng. Kenapalah aku asyik malukan diri aku di depan dia? Dulu di kampung sekarang di sini.

Cinta Tak Bersyarat 2



PUAN Sri Tengku Zawiyah mengeluh memikirkan perangai anak bongsunya itu.Bercuti selama seminggu pun tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.Masih banyak yang ingin dia bicarakan dengan anak bongsunya itu.Perihal Sarah yang ingin dijodohkan dengan anaknya masih belum selesai.Dia akan memastikan Riezq akan mendapat jodoh yang terbaik dan setaraf dengan mereka.
“Pagi,ma.”tegur Syafiqa yang melintasi ibunya.Gadis itu duduk di hadapan ibunya.Syafiqa menjeling jam yang tergantung di dinding ruang tamu.Hampir pukul 10 pagi.Sudah dua hari dia menemankan ibunya di rumah ini.Papa pula hanya akan pulang petang nanti.
“Kalau Iqa nak pulang mama tak apa-apa.Lagipun petang ni papa dah pulang.Kesian kat Iqbal sorang2 kat rumah.Azrafiq belum bangun lagi?”soal mamanya.
“Belum lagi ma.Erm kalau macam tu petang ni lah Iqa pulang.Pasal Riezq tu mama tak usahlah fikir sangat.Kalau Riezq tak suka tak payahlah kita nak paksa dia pulak.”ujar Syafiqa teragak-agak.
“Maksud Iqa pasal Sarah?”soal mamanya.
“Iqa bukan apa mama,Iqa cuma tak berkenan aje dengan budak tu Riezq pun cam tu jugak mama.Lebih baik kita tak campur hal dia kan.”ujarnya teragak-agak.
“Mama bukan nak campur hal dia tapi mama nak yang terbaik untuk dia.Riezq suka atau tak mama tak nak tahu.Apa yang mama nak ialah calon isteri Riezq orang yang setaraf dengan kita.Kalau tak apa kata sedara mara kita nanti.”ujar Tengku Zawiyah tegas.Syafiqa mengeluh dengan sifat degil mamanya.Bagi mama hanya orang yang berketurunan Diraja sahaja yang layak bergandingan dengan anak-anaknya.Mama memang seorang yang degil dan pantang dicabar.Nampaknya adiknya terpaksa menurut kehendak mamanya sahaja.Walaupun dia tahu Riezq juga mewarisi sikap degil mamanya.
****************************************************************************
Matanya jatuh pada seseorang yang sedang leka bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan meminta untuk didukung.Walaupun wajah perempuan itu tidak jelas dipenglihatannya namun telatah gadis itu menarik perhatiannya.Hatinya meminta supaya gadis itu mendongakkan wajahnya.
“Hoi Riezq,kau buat apa tu?”sergah Ryzal dari belakang.Riezq berpaling dengan wajah yang tidak puas hati.
“Bahlul kau tak boleh bagi salam ke?terperanjat aku nasib baik aku tak ada lemah jantung kalau tak……….
“Sorry lah beb lagipun bukan salah aku pun.kau yang leka sangat kalau ada bom pun kau tak perasan kot.”perli Ryzal sambil tersenyum.Kata-kata Ryzal mengingatkannya pada gadis itu kembali.Matanya melilau mencari gadis tadi tapi hampa.Dia mengeluh.Ryzal memegang bahunya.
“Kau cari siapa?Ada masalah ke?”soal Ryzal kebingungan.
“Tak ada apa-apalah.Tiba-tiba aje aku teringatkan kerja kat pejabat tu.”bohongnya walaupun Ryzal sudah sedia maklum bahawa dia tidak pernah ambil pusing soal pejabat pun.
“Tiba-tiba aje kau ni Riezq,kau demam ek.”Ryzal memerlinya.
“Apa kau ingat aku ni tak ambil berat ke soal pejabat?”ujarnya pura-pura serius.Harap-harap Ryzal tidak melihat kelakuannya tadi.
“Abang Iqbal kau kan ada.Jangan bimbanglah kawan.”ujar Ryzal sambil memaut bahu sahabatnya itu.Fikiran Riezq masih melayang kepada si gadis tadi.Entah kenapa dia seperti begitu berminat untuk mengetahui tentang gadis itu.
“Zal,Riezq,buat apa kat sini?”tegur Syafiq yang datang dari belakang.
“Saja ambil angin kampung ni kat Bandar tak ada damai macam ni.”ujar Riezq.
“Betul tu.Riezq ni susah nak dapat peluang macam ni.Maklumlah orang bandar tak macam kita ni Syafiq.”gurau Ryzal.Riezq tidak ambil pusing kata-kata sahabatnya itu.Penat mahu berbalah mulut dengan Ryzal yang selalu ada alasannya.
“Boleh tak kau orang temankan aku ke bandar nanti?”soal Syafiq
“Kau nak buat apa kat bandar?”soal Ryzal..
“Nak pergi betulkan baju melayu aku.”
“Boleh gak lagipun Riezq nampak bosan ni.”ujar Ryzal.Riezq menyiku pinggang Ryzal.Ryzal hanya tersenyum melihat reaksi drastic sahabatnya itu.Deringan telefon berbunyi.Kedengaran lagu I’m yours nyanyian Jason Mraz.Riezq menyeluk saku seluarnya.Telefon bimbitnya dicapai.Tertera nama seseorang yang amat dikenalinya Dia menekan punat hijau.
“Hello Riezq,Akak ni.”ujar satu suara.
“Ya kak,ada apa?”
Riezq mengeluh berat.Pasti ada hal yang amat penting jika kakaknya sanggup menelefonnya sehingga ke sini.Ryzal dan Syafiq menjauhkan diri memberinya ruang untuk bercakap.
“Macam tak suka aje.”
“Tak adalah.Kenapa akak telefon ada hal penting ke?”
Riezq menguis pepasir dengan selipar yang dipakainya.Matanya melilau ke sekeliling.Kelihatan Ryzal dan Syafiq sedang asyik berbual.
“Tentang mama.”ujar Syafika.
“Kenapa dengan mama?tak sihat ke?”soalnya cemas.
“Tak tapi mama dah buat hal yang berat ni.Mama dah berjanji dengan kawan dia nak tunangkan Riezq dengan anak kawan dia.”
“What? Apa yang mama buat? Kenapa mama tak habis-habis nak susahkan hidup Riezq kak.Tak boleh ke mama bagi Riezq hidup tenang kejap.Hari cuti Riezq pun mama nak rosakkan.Riezq tak fahamlah dengan mama ni.Dulu dia paksa Riezq keluar dengan Sarah.Riezq ikut aje walaupun Riezq tak suka sebab Riezq tak nak mama bising tapi si Sarah tu pulak buat hal.Akak pesan pada mama yang Riezq tak suka mama buat benda tu lagi.Whatever happen Riezq takkan ikut cakap mama kali ni.”ujarnya geram.
“Tapi Riezq…………”
“Kalau mama masih nak Riezq balik rumah tu mama kena dengar cakap Riezq pulak.Tak pe lah akak Riezq tak boleh lama-lama ni Riezq ada kerja nak kena buat.okey, waalaikumsalam.”
Riezq mematikan talian telefonnya.Dia merengus geram.Peluh yang menitik di dahinya di sapu.Dia mencari kelibat Ryzal dan Syafiq tetapi mereka telah menghilang entah ke mana.Dia mangeluh berat.Telefon yang berada dalam genggamannya di pandang.Entah kenapa dia berasa sesuatu yang buruk akan berlaku.Sedang dia asyik mengelamun itu tiba-tiba tubuhnya dilanggar dari belakang.Dia terdorong kehadapan.Telefon yang berada di tangannya terjatuh.
“What the hell are you doing ha?”soalnya geram tanpa berpaling.
“Maaf encik, saya tak sengaja.”ujarnya serba salah walaupun pada mulanya dia berasa kurang senang dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenali itu.Riezq berpaling menghadap perempuan yang sedang menundukkan kepalanya itu.
‘Kenapalah perempuan selalu buat aku malang aje.’Suara hatinya berbisik.
“Next time watch the way when you are walking.Huh!!! disturbing.”ujar Riezq dan berlalu tanpa menghiraukan perempuan itu..
“Kenapa ni akak?”tanya seorang kanak-kanak perempuan yang menghampirinya.
“Tak ada apa-apa.”ujarnya.Dia tunduk .Telefon bimbit di bawah dipandang.Dia mencapainya.Pasti ini milik lelaki yamg menjengkelkan tadi.Bibirnya digigit geram.Pertama kali bertemu lelaki yang begitu biadap.Dia amat pasti lelaki itu bukan berasal dari kampungnya.Pasti lelaki itu dari bandar.Agaknya semua orang bandar bersikap sebegitu.Pertama kali dia berasa amat benci dengan seseorang dalam hidupnya.
Deringan telefon mengejutkannya.Telefon di tangannya dipandang.Makin lama makin kuat pula bunyinya.Dia teragak-agak untuk mengangkatnya tetapi bunyi itu tidak berhenti.Akhirnya dia menekan punat hijau.
“Apa yang Riezq dah buat ni?Mama nak Riezq pulang sekarang juga.”ujar suatu suara.Dia menjauhkan telefon itu dari telinganya.Bingit telinganya mendengar jerkahan itu.Siapa agaknya lelaki yang bernama Riezq ni?
“Hello……”
Dengan teragak-agak dia bersuara.Namun sebaik sahaja dia menjawab, suara di talian menjadi bising.Setelah beberapa lama dia mematikan talian tersebut.Nafasnya ditarik panjang.
******************************************************************************
“KENAPA dengan kau ni,Riezq?”Ryzal mendekati sahabatnya yang sedang gelisah . Wajah sahabatnya kelihatan berkerut.Riezq tidak menghiraukan teguran Ryzal itu.Otaknya lebih tertumpu pada berita yang baru diperolehi daripada kakaknya tadi.
“Kau okey ke?”soalnya lagi.Riezq mengeluh berat.
“Mama aku buat hal lagi.Dia pandai-pandai jodohkan aku dengan anak kawannya. Ini yang buat aku fed up.”ujarnya tidak puas hati.Ryzal memandangnya dengan senyuman.Entah mengapa dia merasa lucu dengan kenyataan yang didengarinya itu.Riezq walaupun bebas tetapi masih terikat dengan perkara sebegitu.Agaknya memang lumrah orang kaya mahu memastikan keturunan mereka daripada golongan yang baik-baik.
“Macam-mana kau dapat tahu?”soalnya.
“Akak aku yang beritahu. Tadi dia ada call.Ya Allah….” Riezq menepuk dahinya apabila teringatkan sesuatu.
“What?”soal Ryzal melihat reaksi drastik sahabatnya itu.
“Henfon aku.”
“Kenapa dengan telefon kau?”
“Tadi aku terjatuhkan telefon aku. Lepas tu aku terlupa nak ambil balik. Oh shit..damn it.”
“Kau jatuhkan di mana?”soalan Ryzal tidak dijawab. Dia berlari meninggalkan Ryzal. Panggilan Ryzal tidak dibalas. Dia menuju ke tempat tadi. Dia duduk mencari telefon bimbitnya tetapi telah tiada. Dia menyumpah dalam hatinya. Jika perempuan tadi tidak melanggarnya pasti semua ini tidak akan terjadi. Kenapalah malang sangat nasibnya hari ini.
“Awak cari benda ni ke?” soal seseorang. Riezq mendongak. Wajah perempuan itu dipandang. Macam kenal. Bisiknya
“Barang awak ni kan?” soalnya lagi. Riezq memandang telefon yang berada dalam genggaman perempuan itu. Dia mencapainya. Memang telefon bimbitnya tapi mengapa boleh berada dengan perempuan itu? Rasa macam pernah tengok tapi……
“You should say thanks,right?” soal perempuan itu seperti memerli. Riezq berdiri.
“Macam-mana telefon saya boleh ada dengan awak?” soalnya. Perempuan itu menjungkitkan bahu dan beredar.
“Wait,miss…….” Perempuan itu berhenti.
“Next time remember where you put your things.” Ujarnya dan beredar tanpa berpaling lagi.
Riezq menepuk dahinya. Dia baru teringat perempuan itu adalah perempuan sama yang dimarahinya tadi. Lain kali jangan pandang rendah pada orang lain. Akibatnya dia malu sendiri kerana kebodohannya tadi. Dia berlalu mendapatkan Ryzal yang sedang berbual dengan Syakila.
“Kau ke mana tadi,Riezq?” soal Ryzal. Riezq duduk di sisi Ryzal.
“Tak ada ke mana-mana. You all borak apa? Rancak nampak.”
“Borak kosong je. Sambil tunggu kau datang baik aku berborak dengan Kila ni.” Ujar Ryzal.
“Itulah abang, perempuan yang kila cakap tadi.” Ujar Shakila. Dia menunjukkan ke arah seorang perempuan yang sedang berbual dengan jiran-jiran.Riezq turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Shakila. Itukan perempuan tadi.
“Bodohlah tunang dia tinggalkan dia.kalau abang yang dapat dah tentu abang tak lepas perempuan yang macam tu. Sudahlah cantik berpelajaran pulak.” Ujar Ryzal.Shakila hanya mengeluh.
“Orang laki bukannya boleh percaya sangat. Dah dapat yang cantik masih belum puas lagi.” Tempelak Shakila. Ryzal hanya tersenyum.
“Apa yang you all cakap ni?” soal Riezq yang tidak tahu hujung pangkal cerita.
“Kami tadi berborak pasal perempuan tu. Baru habis belajar di oversea. Sebelum ke luar negara dia dah bertunang dengan seorang lelaki yang satu sekolah dengan dia tapi bila dia balik sini dia dapat tahu yang tunang dia dah kahwin dengan orang lain. Kesian kat dia. Dengar cerita lelaki tu kahwin dengan anak orang kaya. Mungkin sebab tu lah lelaki tu tinggalkan dia.” Ujar Shakila. Riezq terdiam. Dia ingat perempuan itu hanya orang kampong biasa. Ternyata perempuan itu lepasan luar negara. Dia menyalahkan mulutnya yang cabul mengata perempuan itu tadi.
“Weh Riezq.perempuan tu satu university dengan kau masa di London dulu kan. Kau tak pernah jumpa ke dia?” soal Ryzal. Riezq mengerutkan dahinya. Kemudian dia menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
“Entahlah aku tak pernah pun nampak dia. Lagipun universiti tu bukannya kecil,pelajar pulak beribu-ribu. Manalah aku nak cam dia.” Ujarnya bersahaja.
“Biasanya mata kau tak pernah lepas pandang perempuan cantik.” Gurau Ryzal. Shakila tersenyum mendengar kata-kata abang sepupunya itu. Riezq hanya membiarkan kata-kata Ryzal berlalu. Malas mahu membalas cakap sahabatnya itu. Otaknya sarat dengan masalah yang sedang melanda dirinya tika ini dan tentang perempuan itu. Tetapi kenapa dia harus memikirkan perihal perempuan itu? otaknya benar-benar berserabut. Dia harus menyelesaikan masalah dengan mamanya terlebih dahulu. Mama tidak boleh lagi campur tangan dalam hidupnya. Tekadnya .
Matanya kembali memandang kelibat perempuan tadi seperti ada sesuatu yang memaksa dia terus menatapnya. Pada pandangannya perempuan itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang agak cantik. Rasanya dia pernah melihat perempuan itu sebelum ini tetapi dia tidak ingat bila dan di mana.
“Riezq, kau dengar tak aku cakap ni?” dia tersentak apabila namanya dipanggil. Pandangannya dialihkan kepada Ryzal. Shakila telah tiada. Dia tidak sedar bila gadis itu beredar.
“What?”soalnya selamba.
“Malam ni Syafiq akan akad nikah. Kau pula bila?”soal Ryzal sambil tersengih-sengih.
“Yang kau sibuk-sibuk tanya aku tu kau bila lagi?” Riezq mengenakan Ryzal kembali. Lelaki itu hanya tersenyum. Begitulah reaksi Riezq apabila disoal tentang kahwin. Baginya tiada perkataan kahwin lagi dalam hidupnya. Walaupun sudah berusia 26 tahun Riezq masih berseorangan. Impak cinta pertama begitu mendalam bagi Riezq. Selagi bayangan cinta pertamanya masih utuh di ingatannya dia tidak akan menerima orang lain sebagai ganti. Tetapi sampai bila???



Dia membukakan sebelah matanya apabila terdengar suara yang kuat. Dia mengeluh apabila wajah mamanya menerpa ruang matanya. Jam di sebelah di capai. Pukul 8 pagi. Rasanya masih awal. Lagipun hari ini dia tidak bekerja. Semalam baharu dia sampai di rumah. Pada masa itu mama telah tidur.
“Riezq bangun. Mama nak cakap sikit.” Ujar mamanya. Riezq bangkit dari pembaringan. Dia menggeliat.
“Ada apa ni,mama? Riezq penatlah.” Ujarnya selamba.
“Apa yang Riezq dah beritahu kak Ika?” soal mamanya. Riezq mengeluh.
“Apa yang mama dengar tu betullah kot.” Ujarnya selamba.
“Riezq dengar sini. Walau apa yang terjadi mama tetap akan jodohkan Riezq dengan anak kawan mama.”
“Tapi kenapa,mama? Riezq dah besar dan Riezq berhak tentukan hidup Riezq sendiri. Even Sarah or anybody, I won’t accept it. Keputusan Riezq muktamad.” Ujar Riezq tegas. Wajah mamanya kelihatan tegang.
“Mama, Riezq ,ada apa ni bising-bising pagi-pagi buta?” Syafika menjengah masuk. Dia mendekati mamanya.
“Mama pleaselah dengar cakap Riezq kali ini. Riezq tetap akan kahwin tapi bukan sekarang. Dan kalau boleh Riezq sendiri yang akan pilih siapa perempuan tu.” Ujar Riezq perlahan. Berharap agar mamanya akan mengerti.
“Mama, berilah Riezq peluang,” pujuk Syafika.
“Keputusan mama dah muktamad. Riezq kena…………”
“Riezq dah kahwin, ma,” ujar Riezq tiba-tiba. Syafika terkejut begitu juga Puan Sri Tengku Zawiyah. Riezq tunduk. Entah kenapa dia mengeluarkan pernyataan itu. Tetapi dia perlu bebas dari mamanya.
“Apa yang Riezq cakap ni?” soal Syafika teragak-agak.
“Betul kak.”ujarnya. Dan tiba-tiba sahaja Puan Sri Tengku Zawiyah rebah. Riezq bangkit dari katilnya.
“Riezq, kita angkat mama masuk biliknya. Cepat!!!! .” gesa Syafika. Riezq hanya menurut. Tubuh ibunya di cempung. Dia menyumpah mulutnya yang celupar tadi. Kerananya mama jatuh pengsan.
Riezq berlegar di ruang tamu. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir. Memikirkan penyelesaian untuk masalah yang diciptanya sendiri. Doctor Halim telah beredar setengah jam yang lalu. Nasib baik mama hanya pengsan kerana terkejut. Matanya menangkap kelibat Syafika yang sedang berjalan menuruni tangga. Dia mendapatkan kakaknya.
“Mama dah bangun?” soalnya. Syafika tidak menghiraukan pertanyaan adik lelakinya. Dia terus berlalu dan menghenyakkan punggung ke atas sofa.
“Apa yang Riezq dah buat ni?” soal Syafika. Riezq mengeluh.
“Riezq tak tahu pula mama boleh pengsan sampai macam tu sekali. Riezq cuma……”
“Nasib baik mama tak masuk wad. Kalau tak apa kata papa nanti. Dah lama ke Riezq kahwin? Kenapa tak beritahu kakak dulu? Kakak tak fikir mama akan terima apa yang Riezq buat ni.” Riezq diam. Dia sedang menyusun kata untuk memberi penjelasan kepada kakaknya. Tiba-tiba dia mendapat idea. Ada baiknya kalau dia teruskan permainan ini. Setidak-tidaknya dia boleh melepaskan diri daripada mama. Bibirnya tersenyum nakal.
“Sebenarnya dah 6 bulan Riezq kahwin,kak. Kami kahwin di London. Dia belajar sekali dengan Riezq. Kebetulan masa dia konvo Riezq ada pergi sana dan Riezq terus ajak dia kahwin. Riezq tak beritahu sebab takut mama tak bagi. Riezq benar-benar sayangkan dia kak. Riezq tak boleh hidup tanpa dia.” Ujarnya perlahan. Dia memandang kakaknya dengan ekor matanya. Berharap agar kakaknya akan percaya dengan ceritanya.
“Siapa perempuan tu?”soal Syafika.
“Dia…dia…” Riezq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa dia?
“Dia orang biasa?” soal Syafika lagi. Riezq mengangguk.
“Dia bukan orang kaya kak. Dia orang kampung je. Lagipun dia dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Parents dia meninggal dalam kemalangan. Dia hanya ada Riezq je.” Tambahnya. Dalam hati dia memuji bakatnya yang menipu.
****************************************************************************
“TAPI kau dah menipu terlalu jauh.” Ryzal meneguk minumannya yang masih tinggal separuh. Riezq menyandarkan badannya ke kerusi empuknya. Tangannya di silang ke dada,
“Apa yang harus aku buat sekarang ni,Zal? Soalnya cemas. Wajah Ryzal di pandang.
“Aku rasa baik kau teruskan aje pembohongan kau ini. At least dapat juga kau lepaskan diri daripada mama kau.” Ujar Ryzal.
“Tapi masalahnya mama aku nak jumpa perempuan tu. Mama aku tu dah tentu tak suka dengan ‘menantu’ dia tu.”
“Kenapa kau cakap ‘isteri’ kau tu orang kampong. Bukan orang kaya pas tu anak yatim pula tu. Ciri-ciri yang kau sebut tu semua yang mama kau tak suka. Mana tak mengamuk orang tua tu.” Bebel Ryzal. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Dia mengakui ada betulnya juga yang diberitahu oleh Ryzal itu. Mama seorang yang pentingkan darjat. Mana mungkin wanita itu akan merestui perkahwinan itu.
“Macam-mana kau boleh beritahu nama Rina pulak? Mana kau dapat nama tu?” soal Ryzal. Riezq menjungkitkan bahu. Pada masa itu spontan sahaja bibirnya menyebut nama itu apabila disoal oleh mamanya.
“Aku tembak je. Masalah sekarang ni di mana aku nak cari ‘my Rina’?”
Wajah Riezq yang berserabut di pandang. Timbul rasa kasihan melihat keadaan Riezq yang ketara tertekan.
“Apa kata kau bawa aje ‘Rina’ tu jumpa mama kau” ujar Ryzal. Riezq memandang sahabatnya Tidak dapat menangkap maksud sahabatnya itu.
“Maksud aku kau cari seorang perempuan untuk menyamar sebagai isteri kau. Kau bawa dia jumpa mama kau. Lepas tu kau cakap yang kau nak pindah. Rahsia kau takkan pecah punya. Macam-mana?”
“Maksud kau upah orang untuk menyamar?” soal Riezq. Ryzal mengangguk smbil tersenyum penuh makna. Senyuman itu disambut oleh Riezq.
“Baguslah idea kau Zal. Tapi mana kita nak dapatkan orang yang nak menyamar tu?” soal Riezq kemudian.
“Yang tu kau jangan bimbang. Apa yang penting kau beritahu mama kau yang isteri kau belum bersedia lagi tunggulah seminggu dua lagi.” Jelas Ryzal. Riezq mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan idea yang diberitahu Ryzal itu akan berjalan dengan lancar. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Mama tidak akan dapat mengawal Riezq lagi. Bisiknya.
*************************************************************************
KETUKAN di pintu tidak dihiraukan sebaliknya dia begitu tekun menghadap fail di depannya. Sepanjang dia bercuti selama dua minggu ini banyak benar kerja yang harus diselesaikannya. Sikap mama pula belakangan ini begitu pelik. Mama sudah jarang-jarang menegurnya. Mungkin masih marah kerana hal hari itu. Namun dia tidak ambil pusing.
“Encik Riezq, orang yang akan ditemuduga tu dah sampai. Boleh dia masuk?” soal setiausahanya, Nita.
“Hari ni ke?” soalnya kembali. Nita mengangguk.
“Okey let her come in.” ujarnya dan mencapai fail yang di bawa oleh Nita tadi. Dia meneliti fail tersebut. Terdengar pintu dikuak namun dia tidak mendongak.
“You can sit” ujarnya tanpa memandangnya.
“Okey miss……….” Kepalanya didongakkan. Matanya terbuntang melihat perempuan di hadapannya.
“Awak??” mereka sama-sama bersuara. Riezq kembali meneliti fail di tangannya. Kemudian dia mengeluh.
“Okey miss Rania Qyrina, I think we can start our interview.” Ujar Riezq tenang. Wajah perempuan di hadapannya di pandang.
“What do you want to know, encik Riezq?” soal Rania Qyrina.
“Erm, what should I call you?” soal Riezq kembali.
“Just Qyrina.”
“Cik Qyrina, awak diterima bekerja di sini. Bila awak boleh masuk kerja?” soal Riezq. Rania Qyrina terkedu.
“Tapi encik Riezq belum interview saya lagi.” Ujarnya serba salah.
“Saya tak perlu temuduga awak. Saya yakin awak boleh buat kerja awak, cik Qyrina.” Ujarnya. Dia tersenyum. Qyrina hanya mengangguk. Dia mengucap syukur dalam hatinya. Akhirnya dia mendapat pekerjaan setelah berbulan-bulan menganggur.
“Terima kasih encik Riezq. Esok saya akan datang bekerja.” Ujar Qyrina.
“Okey you can go now. See you tomorrow, miss Qyrina.” Ujarnya. Qyrina mengangguk dan berlalu meninggalkan ruang pejabat lelaki itu. Dia benar-benar gembira.
Riezq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tidak disangka dia akan bertemu dengan perempuan itu di sini dan perempuan itu pula bekerja untuknya. Dunia ini memang kecil. Dia kembali memerah otaknya. Sepanjang dia berada di London rasanya dia tidak pernah melihat perempuan itu. Tetapi wajah perempuan itu seperti pernah dilihatnya sebelum mereka bertemu di kampong Ryzal. Tapi di mana? Akhirnya dia tidak menghiraukan hal itu dan menyambung tugasannya.
Ketukan di pintu mematikan kerjanya. Dia mendongak. Wajah Nita di pandang.
“Tan Sri nak jumpa.” Ujar Nita.
“Bila?” soalnya.
“Sekarang.” Ujar Nita. Dia mengangguk. Ada apa hal papa ingin berjumpanya? Dia mengemas fail yang bertaburan di atas mejanya. Langkahnya dipercepatkan ke bilik papanya. Pintu diketuk sebelum dia masuk. Dia duduk berhadapan papanya. Lelaki itu sedang tekun meneliti sebuah fail.
“Papa ganggu Riezq buat kerja ke?” soal Tan Sri Tengku Omar.
“Tak adalah. Riezq baru lepas temuduga seorang pekerja baru tadi. Ada apa papa nak jumpa Riezq ni?” soalnya.
“Papa nak tanya Riezq pasal hari tu. Bila Riezq nak bawa isteri Riezq tu datang jumpa kami? Mama Riezq dah bising. Memang mama tak suka dengan apa yang Riezq buat tu tapi Riezq jangan ambil hati dengan sikap mama. Riezq kan kenal mama tu macam-mana. Lagipun mama masih dalam keadaan terkejut. Papa pun tak suka apa yang Riezq dah buat tapi benda dah terjadi.” Ujar Tan Sri Tengku Omar lembut. Dia tahu Riezq anak yang baik tetapi kadang-kadang suka memberontak. Sejak kecil lagi Riezq dimanjakan oleh keluarga lebih-lebih lagi oleh Puan Sri Tengku Zawiyah.
“Dalam masa yang terdekat ni. Lagipun Riezq nak uruskan beberapa hal dulu sebelum bawa dia jumpa keluarga kita. Tapi papa kena tolong Riezq.” Ujar Riezq.
“Apa dia?” soal papanya.
“Mama tentu tak suka dengan pilihan Riezq. Riezq cuma harap papa boleh defend Riezq. Mama tu garang nanti dia tunjuk sikap garang tu depan Rina pulak.” Ujarnya. Tan Sri Tengku Omar mengangguk. Papanya tersenyum.
Riezq tersenyum. Dalam hati dia berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang dirunsingkan ialah di mana harus dia cari perempuan yang sanggup bersubahat dengannya. Jika hal ini terbongkar pasti mamanya akan memaksanya berkahwin dengan anak kawannya. Dia harus berjumpa dengan Ryzal secepat mungkin. Hanya Rizal yang dapat menyelamatkannya sekarang.

Cinta Tak Bersyarat 1



RIEZQ memejamkan matanya sambil menongkat dahi.Pedih hatinya mengenangkan kelakuan Sarah dengan seseorang yang cukup dikenalinya.Gadis itu sebenarya sudah mengetahui permusuhannya dengan Azman.Lelaki yang amat dibencinya itu walaupun mereka bersaudara.Sarah sengaja ingin menguji kesabaran hatinya.Perempuan seperti Sarah tidak layak dijadikan kekasih hati.Dia dengan senang hati mendermakan perempuan itu kepada Azman.Lagipun dia boleh mendapatkan perempuan yang lebih baik daripada Sarah.Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Shah Riezq anak lelaki tunggal Tan Sri Tengku Omar.Bibirnya menguntum senyum bangga.
“Riezq,lar tidur rupanya.”
Riezq membuka matanya.Dia bangkit dan bersila.
“Lar akak ada apa ni?”Riezq bersuara.
“Akak ketuk dari tadi lagi tak bersuara ingatkan Riezq tidur.Habis tu tadi buat apa?Berkhayal ek…”serkap Syafiqa sambil senyum.Riezq tersnyum sambil menggaru kepalanya.
“Tak adalah.Erm ada apa kak Iqa?”soalnya.
“Mama panggil makan.Biasalah anak kesayangannya tak turun makan bimbang lah orang tua tu.”gurau Syafiqa.
“Tak pelah akak Riezq dah kenyang. Makan lah dulu kalau Riezq lapar Riezq turun.Lagipun Riezq ada kerja yang nak disiapkan malam ni.Besok ada mesyuarat.”ujar Riezq.Syafiqa mengangguk.Riezq kembali merebahkan badannya ke katil.Pening kepalanya,besok ada mesyuarat dengan pihak Serbadagang.Satu benda pun dia tidak menyediakan apa-apa lagi.Dia merasa sungguh penat minggu ini.Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Rizal,sahabat dan juga merangkap PAnya di syarikat keluarganya.
“Zal,sorry ganggu kau malam-malam ni.Aku nak kau tolong letakkan fail syarikat Serbadagang atas meja aku pagi-pagi besok ek.Aku cuma bimbang terlewat je esok.Okey thanks bye bro.”dia mengeluh lega.Selesai satu kerja.Besok dia cuma perlu bersiap-siap ke pejabat sahaja.Cuma Sarah.Ah perempuan itu tidak layak berlegar-legar dalam kepalanya.Perempuan bukan seorang.Hilang satu berlambak yang akan melutut padanya.Dia tersenyum megah.
**********************************************************************
Mesyuarat pagi itu berjalan dengan lancar.Riezq menghembus nafas lega.Dia mengeluh apabila terdengar ketukan di pintu.Terjengul wajah sahabatnya, Rizal.
“Ada apa?”soalnya.Rizal tersenyum apabila menyedari kehadirannya mengganggu sahabatnya itu.Dia duduk di hadapan sahabatnya itu.
“Apa?’Soalnya lagi.
“Riezq,aku ada hal nak cakap ni.”ujar Rizal ragu-ragu.Riezq membetulkan duduknya.
“Apa dia?cakaplah cepat aku penat ni.Straight forward ok.”ujarnya.Rizal tersenyum.
“Riezq, aku nak mintak cuti lah 3 hari.Sepupu aku nak kahwin tak eloklah kalau aku tak ada.Kau pun kenalkan dengan syafiq tu.Kau jadi ke pergi?”soalan Rizal menyentak memorinya.Dia menepuk dahinya.Lupa akan jemputan ke majlis perkahwinan sepupu Ryzal.
“Ya Allah aku betul-betul lupa lah.Bila kau nak pergi?’Soal Riezq.
“Kalau boleh hari nilah,macam-mana?”Riezq menatap jam di tangannya.
“Kita bertolak dalam pukul 6 karang.Naik kereta aku tapi kau drive.Okey?”
“Jadi la cuti aku tu?”
“Yer la.Dah pergi buat kerja kau.”ujar Riezq.Ryzal mengangguk sambil tersenyum.Riezq kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.Deringan telefon mematikan kerjanya.Dia mendengus geram.Pantas di capai.
“Riezq,apa yang Riezq dah buat ni?kecoh rumah ni akak kena dengar mama berleter.Riezq balik sekarang.”ujar satu suara.Riezq menjarakkan gagang telefon daripada telinganya.
“Riezq…Riezq……..”
“Ada apa ni akak?kecoh-kecoh ni Riezq ada kat sini la.Kenapa dengan mama pulak?Mama sakit ke?semalam okey aje.”soalnya selamba.
“Bukanlah.Sarah.”ujar Syafika geram.
“Sarah?Kenapa dengan dia pulak ?dah mati?”soal Riezq dengan selamba.
“Ya Allah budak ni.Orang serius dia boleh main-main pulak.Sarah mengadu kat mama yang Riezq ada perempuan lain.Betulke?”soal Syafika.Riezq mendengus geram.Sarah tak habis-habis nak susahkan hidupnya.Kenapa menyalahkan dia atas kesalahan perempuan itu sendiri?
“Riezq dah penat la akak dengan perempuan tu.Akak tenangkan la mama tu kejap lagi Riezq balik.Ah akak,Riezq ingat nak cuti la,akak tolong kemaskan baju-baju Riezq untuk 2 minggu.”ujar Riezq.
“Apa Riezq cakap ni?Habis siapa yang nak uruskan syarikat tu nanti?Riezq jangan nak naikkan darah mama.Minggu depan baru papa balik.Mama tengah hot ni Riezq nak lari pulak.”leter Syafiqa di talian.
“Abang Iqbal kan ada.Dia boleh uruskan syarikat ni.Pleaz akak tolong Riezq.I need rest.Pleazzzzzz.”pujuk Riezq.Kedengaran Syafiqa mengeluh berat.Lemah dengan pujukan adik lelakinya itu.Padanlah ramai perempuan yang tergoda dengan adiknya itu.
“Okey but juz this time.”
“Thanks akak.okey see u at home.Bye.......”
Riezq cepat-cepat mematikan talian telefon dan mengemas fail yang berlambak di atas mejanya.Kunci keretanya di capai dan melangkah pantas.Jam baru menunjukkan ke angka 4.30 ptg.Dia tidak menghiraukannya yang penting dia dapat membolos keluar dari pejabatnya secepat mungkin. Kepalanya benar-benar terasa berserabut tika ini.
“Riezq,nak ke mana ni?”teguran seseorang mematikan langkahnya.Wajah abang iparnya dipandang.Dia mengeluh lega.
“Bang mulai besok Riezq tak ada kat pejabat.Cuti seminggu.Riezq nak mintak tolong abang uruskan syarikat ni ya.Boleh?”ujarnya.
“Kak Iqa dah cakap pada abang tadi.Erm Riezq nak ke mana?”soal Iqbal.
“Riezq ada hal bang.Erm,okey la bang Riezq pergi dulu.Anyway thanks.”ujarnya dan berlalu.
Iqbal menggeleng kepala melihat telatah adik iparnya itu.Kasihan melihat tanggungjawab berat yang dipikulnya sejak syarikat DharmaSuria ini diserahkan kepadanya.Ayah mertuanya sering dilanda sakit sejak belakangan ini.
***************************************************************************
Ryzal menyentuh bahu Riezq untuk mengejutkan lena sahabatnya itu.Sepanjang perjalanan Riezq enak dibuai mimpi.Tepat pukul 9 malam mereka akhirnya tiba di rumah saudara Ryzal.
“Riezq bangunlah.kita dah sampai ni.Riezq……..”Riezq menggeliat.Geram tidurnya diganggu.Dia mencelikkan matanya.
“Dah sampai.”ujarnya perlahan.
“Dah sampai? Pukul berapa ni?”soalnya.
“Dah pukul 9 mlm.”ujar Ryzal.Riezq menggosok matanya beberapa kali.Penat sangat terasa.
“Jomlah Riezq masuk rumah aku mak ngah aku dah tunggu kat luar tu.”ujar Ryzal.Dia keluar dan mencapai beg pakaiannya.Riezq mengekori langkah sahabatnya itu.Kelihatan ramai orang yang sedang memandang ke arah mereka.Mungkin saudara mara Ryzal.
“Mak ngah,ni Riezq kawan Zal.Syafiq mana mak ngah?”soal Ryzal.Dia menyalami tangan mak ngahnya begitu juga Riezq.
“Ada kat belakang tadi.Masuklah dulu Zal ajak kawan tu sekali.Nanti mak ngah panggil Fiq.”ujar mak ngahnya dan berlalu.Ryzal menapak masuk diikuti dengan Riezq.
“Abang Ryzal bila sampai?”soal satu suara.Ryzal dan Riezq berpaling ke arah suara tersebut.Wajah manis seorang gadis menyapa.Ryzal membalas senyuman gadis tersebut.
“Baru je Kila.Erm abang penat la boleh tak Kila tunjukkan bilik untuk abang.Ramai sangat orang ni.”ujar Ryzal.Syakila mengangguk.
“Abang duduk dalam bilik sebelah bilik abang Syafiq.Abang Zal dah makan?”soal Syakila.Ryzal mengangguk.
“Beritahu abang Fiq abang tunggu dia dalam bilik ya.”ujar Ryzal.Syakila mengangguk sebelum berlalu.Ryzal memandang Riezq yang kelihatan keletihan.Tadi dah tidur takkan letih lagi budak ni.Getusnya.
“Weh Riezq.kau ni okey ke?Penat semacam aje aku tengok.Muka kau pun nampak lesu aje.”ujar Ryzal.
“Tak ada la.Weh jom la masuk bilik,aku nak mandi.Rimas dah ni.”ujar Riezq.
“Yer la-yer la.”Ryzal menjinjing beg mereka dan menuju ke arah bilik yang di beritahu oleh Syakila tadi.Riezq hanya menurut dari belakang.

cerpen: Aku Tak Nak Kau Lah!!!



               AKU menala pandanganku ke hadapan. Tiada arah tuju. Bukan mataku yang bergerak tetapi mindaku. Aku menangisi nasibku. Namaku Rhea Darina. Membesar dalam suasana yang cukup mewah dan dilimpahi kasih sayang dari mama dan papa. Mungkin sebab itu aku jadi terlebih manja dan terlalu bergantung kepada mereka. Apa sahaja yang ku ingini akan ditunaikan oleh mereka. Tapi kini tidak lagi. Aku keseorangan dalam dunia ini sekarang. Apa yang akan dilakukan oleh budak berusia 17 sepertiku selepas kematian mama dan papa dalam kemalangan seminggu yang lalu.
            Air mataku menitis lagi. Aku hanya membiarkan. Aku benar2 rindukan mereka. Kenapa
 tuhan tidak menjemputku sekali? Makin lebat air jernihku tumpah.

            “ Rhea.”
            Aku hanya membiarkan panggilan tersebut.
            “ Sudahlah tu. Tak baik menangis macam ni. Kesian arwah mama dan papa Rhea di
sana.” Itulah mak mah. Pembantu rumah kami yang telah dianggap sedara sendiri. Kenapa aku tidak boleh menangis? Aku hanya rindukan mereka. Salahkah aku menangis?
            Mak mah duduk disebelahku. Dia mengusap bahuku lembut. Wajahku yang penuh
dengan air mata di sapu.
            “ Mak mah ada sesuatu nak cakap dengan Rhea ni.” Wajah mak mah ku tatap.\
            “ Mak mah ingat nak balik kg.” kata2 mak mah mambuatku terpana. Aku sudah tidak ada
sesiapa dan sekarang Mak Mah juga ingin meninggalkanku. Takdir apa yang sekejam ini?
            “ Mak Mah juga nak tinggalkan Rhea?” soalku dalam sendu. Mak Mah menggeleng.
            “ Kami ingat nak bawa Rhea sekali.” Aku terdiam. Kami? Tentu Pak Bahar suami Mak
Mah.
           “ Rhea tanggungjawab Mak Mah.” Tambahnya. Aku teringat kata2 peguam papa tadi.
Aku diserahkan kepada Mak Mak dan Pak Bahar. Sementelah usiaku hanya 17 tahun. Mereka
yang bertanggujawab menjaga harta papa sebelum usiaku 20 tahun. Aku tiada saudara lain di sini. Keluarga mama telah membuangnya apabila mama memeluk islam. Apa yang aku tahu ibu bapa mama ada di London. Selebihnya aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

MATAKU memandang suasana di sekolah baruku. Serba kekurangan, aku sudah terbiasa dengan kemewahan. Memang jauh berbeza dengan keadaan sekolah asalku. Hari ini hari keduaku disini. Tapi aku masih sendiri. Budak2 di sini memang sombong atau aku yang begitu sebenarnya. Aku mengeluh. Aku memang tidak tahu bergaul dengan budak kg. mataku memandang pelajar2 lelaki yang sedang bermain bola sepak. Mereka tampak gembira. sekali lagi aku mengeluh. Aku tunduk. Rhea betul2 rindukan papa dan mama. Air jernihku bertakung di kelopak mata. Belum sempat ia jatuh ke pipi tiba2 aku terasa kepalaku perit. Aku menyeringai kasakitan. Spontan tanganku menggosok kapala berkali-kali.
            “ Maaf.” Aku mendongak. Wajah budak lelaki yang berusia dalam linkungan 14-16 tahun
itu ku tatap dengan wajah garang. Sengajaku berbuat demikian kerana sakit yang ku dapat. Aku berdiri.
            “ Maaf? Awak ingat maaf tu boleh pulihkan keadaan?” marahku. Budak itu kelihatan
serba salah.
            “ Saya tak sengaja.” Tambahnya.
            “ Ingat kepala saya ni tiang gol ke?” hamburku lagi.
            “ Ada apa ni Zaid?” mataku beralih kepada seorang lelaki yang tinggi dalam lingkungan
178 cm. siapa pulak mamat ni?
            “ akak ni marah bang.” Ujar budak yang dipanggil Zaid tadi.
            “ Kau dah mnta maaf?” soal lelaki itu. Zaid mengangguk.
            “ Kan dia dah mnta maaf buat apa nak kecoh2 lagi.” Aku terkesima. Geram.
            “ Lepas buat salah senang2 je nak minta maaf. Ingat semua perkara tu boleh selesai
dengan minta maaf?” aku masih tidak mahu mengalah.
            “ hai cik kak, awak nak apa lagi. Tak payah lah nak kecoh sangat. Bukan berdarah pun
kepala tu. Bukan sakit sangat pun.” Aku jadi semakin sakit hati.
            “ Tak sakit. Nak cuba ke?” aku tunduk mencapai bola di kaki ku.
            “ Nah amek ni.” Entah syaitan apa yang merasuk fikiranku bola itu aku lempar ke kepala
 lelaki itu. dia menyeringai kesakitan. Sakitkah? Aku berlari meninggalkan mereka.
Sememangya aku takut lelaki itu akan menyerangku. Sempat lagi aku berpaling ke arah lelaki itu. dia memandangku sambil tangannya meraba kepalanya. Aku tersenyum. padan muka.
            Tung!!! Aku terduduk. Aduh. Dahi ku sakit sangat2. Apa yang aku langgar? Tiang.
 Alamak sakitnya. Tanganku meraba dahi yang terasa berdenyut-denyut. Cecair apa ni? Aku lihat tapak tanganku yang dibasahi dengan tompokan merah. Darah! Oleh kerana terkejut aku pitam di situ.

SAWAH padi yang bergerak di tiup angin dipandangku. Aku meraba dahiku yang bertampal.
Ingatanku terimbau peristiwa tadi. Mataku terbuka. Keadaan sekeliling putih.
            “ Kat mana ni?” aku menyoal diriku sendiri. Tiba2 ku teringat sesuatu. Dahiku disentuh.
 Aku menyeringai kesakitan. Aku memandang sekeliling. Macam bilik sakit je. Pintu terbuka
dari luar. Terjengul wajah seorang lelaki. Aku cuba mengecam lelaki itu. lelaki tu…………
            “ Dah sedar?” soalnya. Aku hanya tunduk.
            “ macam-mana kepala tu dah okey?” soalnya lagi. Wajah lelaki itu kupandang. Ada iras2
sedikit cina dengan wajahnya yang putih.
            “ Hai takkan dah bisu. Tadi bukan main sembur orang.” Aku menarik muka masam.
Ingin sahaja aku luku kepala mamat ni. Aku cemas apabila lelaki ini mendekatiku. Aku sedikit
mendongak. Mamat ni memang tinggi.
            “ Takkan tak nak ucap terima kasih?” aku mengerutkan dahi.
            “ Buat apa nak ucap terima kasih?” aku menyoal bodoh.
            “ Saya terpaksa angkat awak yang berat ni dari padang sehingga ke sini. Takkan xnak
berterima kasih dengan hero awak ni.” Aku mencebik. Wait, dia cakap apa tadi? Angkat aku?
Mukaku merona merah.
            “ Siapa suruh awak angkat saya?” aku memarahinya.
           “ takkan nak saya tinggalkan awak yang pengsan tu kt sana.” Ujar lelaki itu sedikit geram.
            “ thanks.” Antara dengar dengan tidak suaraku keluar. Memang tak ikhlas.
            “ Awak budak baru kat sini kan. Nama apa?” banyak soallah mamat ni. Takkan dia xtahu
aku tak suka dia berada di sini.
            “ Bukan urusan awak.”
            “ sedap nama tu. 1st time saya dengar. Cik bukan urusan awak. Unik. Erm saya fidz
asran.panggil asran je.” Lelaki tu tersenyum. aku menjeling geram. Tak faham2 bahasa. Aku tak
suka kau kat sinilah…………
            “ cik bukan urusan awak ni form brape?” lelaki yg bernama asran itu tersengih. sengaja
mengenakan aku.
            “ Rhea.” Suaraku sedikit tinggi.
            “ Apa?” asran memandangku. Matanya….. buat dadaku berdegup.
            “ nama saya lah.”
            “ ingatkan nama tadi. Erm sedap apa. Rhea ni budak baru kan. Tak pernah nampak kat
sini.” Asran masih menyoal. Takkan x nampak aku yang memang x suka dengan mamat ni. Aku
berdiri.
            “ eh nak ke mana ni?” soalnya. Aku tidak mempedulikannya. Terus aku berjalan kedepan.
Tidak menghiraukan panggilan lelaki tinggi itu.
            Bunyi motor mengembalikan aku ke alam nyata. Aku mengecilkan mataku melihat ke
depan. Raut wajahnya walaupun dari jarak yang agak jauh tapi aku masih mengenalinya. Dadaku berdebar kencang. Terus aku mengatur langkah dengan cepat. Tidak menghiraukan namaku yang dijeritkan olehnya. Aku berlari menuju ke dalam rumah mak mah.
********************************************************
Aku berjalan sambil telingaku tekun mendengar lagu dalam mp4 ku. Sesekali aku mengeluh.
 Aku sebenarnya bosan berada di kg ini. Tiada siapa yang sudi berkawan dgn aku. Aku nak
balik………..
            Mataku ditala ke depan. Ada seseorang yang sedang melambai kearah ku. Wait. Betulkah ke arahku? Aku berpaling ke belakang. Tak ada orang. Apasal mamat ni melampai ke arahku? Aku menukar arah. Kakiku cepat2  melangkah. Ya Allah aku tak suka tengok muka mamat tu.
            “ amboi cepatnya jalan. Tunggulah Rhea.” Cepatnya mamat ni jalan. Dah ada kt sebelah
aku. Aku mendongak. Tinggi. Paras leher je aku ngn dia. X suka lar jalan ngn mamat ni. Aku
tetap tidak menghiraukannya.
            “ smbongnya budak ni.” Dia menarik earphone di telingaku. Aku tersentak. Mati
langkahku. Aku merenungnya tajam. Geram. Dia hanya tersenyum cam kerang busuk.
            “ Awak nak apa ni?” tinggi suaraku.
            “ Awak tahu tak peraturan sekolah? Tidak dibenarkan membawa benda2 cam ni.” Dia
mengunjuk mp4 ku.
            “ Suka hati lah. Awak bukan cikgu.”
            “ tapi sy ni orang kanan cikgu.” Aku diam. Aku pandang seragam yang dipakainya.
 Berkot biru tua tdk spt pelajar lain. Takkan lah mamat ni………… aku menelan liur.
            “ Saya ni ketua pengawas kat sini. So sila serahkan benda 2.” Aku buat muka seposen.
Dia tetap merampas benda 2 di tanganku. Aku menarik muka dan terus berlalu.
            “ nak ke mana ni?” soal mamat sengal tu. Menyampah aku.
            “ Jom pegi rehat. Saya belanja.” Apa kejadah aku nak makan sekali ngn org yg amek
barang aku. Aku tidak menghiraukannya.
            “ jomlah.” Aku terkesima apabila dia menarik tanganku. Tersentap jantungku. Namun
aku hanya mengikuti langkahnya. Tapi budak2 ni tengok semacam kt kami. Aku menbrek.
            “ dah buang tabiat ke pegang tangan orang ni? Tak malu ke orang tengok” marahku. Dia
hanya tersengih. memang mamat ni gila sengih.
            “ kenapa ni asran?” aku memandang empunya suara yang menyoal. Perempuan. Lawa lar gak.
            “ aku nak pegi kantin.” Ujar asran.
            “ aku pun belum makan lagi.”
            “ yer ke? Kalau cm 2 pegi lah mkn. K la aku nak pegi kntin. Bye.” Mamat tu terus berlalu
 meninggalkan pompuan tadi. Aku pndang wajah dia yang masam. Sah dia jelez. Ada gak ppuan yang sukakan mamat biul ni tapi kenapa aku tak halang pulak dia tarik aku? Konpius….
**************************************************
Aku meraba kalung yang berada di leherku itu adalah pemberian terakhir dari mama dan papa.
Aku akan jaga kalung ini baik2.
            “ Rhea, ada orang nak jmpa.” Aku memandang mak mah. Sape lak yang nak jumpa aku
ni? Ni bukan kl. Aku mana ada kawan kt cni.
            “ sape mak mah?”
            “ anak haji kamis.” Aku makin bingung. Haji kamis ne lak ni? Hj kamis pun aku tak
kenal takkan aku kenal anak dia lak?
            “ sape mak mah?” soalku smbil mengerutkan dahi. Berfikir.
            “ kawan sekolah Rhea lar tu. Pegilah keluar dulu. Kesian dia menunggu.” Ujar mak mah.
Aku mengangguk walaupun knfius sangat dengan kedatangan tetamu yang tak diundang tu.
            Namun sebaik aku melihat wajahnya aku terasa mual sangat. Kepala aku rasa cm
berputar-putar. Mamat ni memang boleh buat aku sakit jantung.
            “ haiiii.” Ya allah selamba je mamat ni melambai kt aku. Aku wat tak taw je.
            “ ganggu ke?”
            “ yer lar. Ada ape?” dia hanya tersengih. menyampah tapi senyuman dia boleh tahan. Eh
 apa aku mengarut ni? Focus Rhea Darina.
            “ nak apa?” soalku dingin.
            “ nak awak lar.” Mamat ni tunjuk muka cute. Cute ke?
            “ x de la. Nak bagi ni kat awk.” Dia menunjuk mp4 ku. Tadi dia dah rampas nape ada ngn dia lagi?
            “ tadikan…….”
            “ saje gertak awak. Nak tengok muka awak bila marah.” Asran tersenyum. hai senyum
lagi.mamat ni reti senyum je ke?
            “ bak cni.”
            “ nak ke?” bagi soalan bodoh lak. Tadi nak bagi kat aku. Eiiii….. memang nak kena.
            “ gurau je la. Nah amek lah wahai puteriku.” Uwek nak termuntah aku. Aku merampas
mp4 di tangannya. Dia tersenyum lagi. Alahai aku lak yang jadi tak tenteram. Aku angkat kaki.
            “ eh nak ke mana tu?” aku berpaling ke arahnya,
            “ masuk lah.” Ujarku selamba.
            “ takkan nak tinggalkan sy kat cni. Susah payah sy datang jumpa awak ni. Dah la tak
 berterima kasih.” Asran merenungku.
            “ nak apa lagi?” soalku. Kenapa mamat ni bley wat aku rasa tak tenang je.kadang2 aku
 rasa dia seperti pelindungku. Aku bukan kenal mamat ni. Setakat kat sekolah tu je.
            “ jom keluar. Saya bleh tunjukkan kg ni kat awak.” Aku diam. Nak setuju ke? Tak nak lah…
            “ pergilah Rhea. Dah lama kamu datang cni. Bleh kenal2 kg ni.” Entah bila mak mah ni
muncul? Tup2 dah ada kat belakang aku. Aku pandang wajah mak mah. Dia mengangguk. Aku
pandang mamat tu plak. Dia wt muka berharap. So cute…..memang aku dah sewel. Akukan tak
suka dia.bukan ke aku yang baling kepala dia dengan bola hari tu? Kenapa mamat ni nak dekat2 ngn aku lak?

ENTAH macam-mana aku bley ikut mamat ni? Naik basikal lak tu. Basikal pak Bahar. Ala2 cite
 korea gitu tapi mamat ni bukan heronya.
            “ pegang kuat2 Rhea.” Ujar mamat ni. Aku tidak menghiraukannya. Dari tadi asyik suruh
aku pegang dia. Gila ke? Ini kg lah. Naik basikal dengan kau pun dah wt aku tak tenang.
            “ nanti jatuh Rhea.” Tambahnya,
            “ saya tau lah jga diri.” Ujarku geram. Tapi entah mana silapnya aku hilang imbangan
dan jatuh gedebuk cam nangka. Aduh sakitnya. Asran menghentikan kayuhannya.
            “ macam mana boleh jatuh ni Rhea? Kan saya dah suruh pegang kuat2.” Dia membebel.
Aku sakit2 cm ni dia nk tambah lak. Aku berdiri dan menyapu tanganku yang berhabuk. Leherku
di raba, aku rasa sesuatu yang kurang. Rantai. Ya allah rantai mama dan papa. Aku tunduk
berharap agar rantai itu ada di situ tapi hampa. Air mataku terasa bergenang. Aku tak nak
kehilangan rantai tu.
            “ kenapa ni Rhea?” soal asran.
            “ rantai saya.” Suara sudah berubah.
            “ awak yakin ke awak pakai ni?”
            “ saya pakailah. Awak ingat saya ni dah nyanyuk ke?” aku bersuara kuat di luar sedar.
 Tanpa menghiraukan lelaki tu aku terus tunduk dan mencari. Dlm hati aku berharap agar rantai
itu ditemui. Tanpa sedar aku menangis. Mulanya perlahan lama-kelamaan jadi makin teruk.
Hujan gerimis mulai turun. Aku mendongak ke langit. Kenapa semua ni terjadi padaku?
            “ Rhea biar saya yang cari. Awak pegi duduk di sana.” Aku memandang ke pondok yang
ditujuk itu. kepalaku menggeleng. Hujan makin lebat. Ya allah tolonglah aku.
         “ Rhea jangan degil. Pergi sana. Saya yang susahkan awak so biar saya yang uruskannya.
Dah pegi.” Aku terdiam mendengar suaranya yang kuat.
            “ pergi.” Ulangnya. Perlahan-lahan aku berlalu dan membiarkan dia mencari dalam hujan.
Aku berdoa agar semuanya ok. Tiba2 aku jadi terharu melihat kesungguhan lelaki itu. sudah lah
hujan makin lebat. Sudah lama dia terbongkok-bongkok di situ. Hampir stengah jam.
            “ tak jumpa ke?” laungku. Dia memandangku. Kepalanya tergeleng-geleng. Aku makin
sebak tapi aku tidak sampai hati melihat dia mencari lagi. Aku berlari mendekatinya.
            “ tak apa lah awak biar sy yg cari.” Ujarku sedikit kuat. Dia meraup wajahnya beberapa
kali untuk menyapu air hujan yang menimpa mukanya.
            “ kita same2 cari.” Ujarnya memutuskan. Aku mengangguk. Tanpa membuang masa aku
mula mencari. Aku benar2 berharap rantai tersebut dapat di temui.
            “ awak..” aku berpaling. Dia mengangkat tangannya dan membuka genggaman
tangannya. Aku terpana apabila seutas rantai itu berada dengannya. Aku mendekatinya dan
merampas rantai tersebut dr tangannya. Air mataku bercucuran jatuh. Aku tidak hiraukan apa
pandangan lelak tersebut.
            Tiba2 aku terasa dia menarik tubuhku dan memelukku. Aku terkesima. Apa yang dia
buat ni? Kenapa aku terasa pelukannya amat menenangkan hati dan perasaanku. Aku hanya
membiarkan lelaki itu memelukku walaupun aku tahu perbuatannya itu amat melampau namun
aku terasa damai dalam pelukannya.

MATAKU dari tadi tidak berhenti bergerak. Sekejap ke kanan kemudian ke kiri pula. Dadaku
berdebar dari tadi. Aku tidak mahu terserempak dengan lelaki itu. apabila teringat tentang
peristiwa semalam aku jadi malu sendiri. Kenapa aku hanya membiarkan lelaki itu bertindak
sedemikian rupa semalam?
            “ Rhea!” langkah kakiku terhenti tiba2. Aku menelan liur. Suara tu……
Ah aku harus lari. Aku menyambung melangkah. Tidak dihiraukan namaku yang dipanggil
berulang kali. Makin lama makin cepat derap kakiku. Sehinggalah aku tidak terdengar lagi
namaku dipanggil. Aku mengeluh lega. Naseb baik aku sempat lari.
            Namun aku terkedu apabila ada tangan yang menyentuh bahuku. Dadaku kembali
berdebar. Aku belum bersedia berjumpa lelaki ini lagi.
            “ Weh budak.”
Suara itu….itu suara perempuan. Aku berpaling. Wajah garang seorang perempuan menyapa
 mataku. Itu kakak yang menegur Fidz Asran hari tu. Aku maniskan muka. Walaupun aku
tertanya-tanya kenapa dia menegurku.
            “ ada apa kak?” lembut suaraku.
            “ bila aku jadi kakak kau?” kasarnya suara perempuan tu. Aku menelan liur. Takut? Ada
 lah cket. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus ku buat.
            “ apa hubungan kau dengan Fidz?” aku mengerutkan dahi. Soalan jenis apa tu?
            “ kau jangan cuba nak dekat dengan Fidz. Aku tak suka tengok kau tergedik-gedik dekat
dia.” Mataku berpinar. Aku tergedik kat mamat tu? Apa ni? Aku tak hingin pun kat mamat tu.
            “ saya tak ada apa2 pun dengan dia.” Aku masih bersuara sesopan mungkin. Aku tidak
mahu mencari gaduh hanya kerana seorang lelaki yang aku tidak berapa kenal pun.
            “ kau jauhkan diri dari dia kalu aku tahu kau cuba menggatal dengan dia siaplah kau. Sini tempat aku jangan kau nak tunjuk lagak lak.” Sesudah berkata begitu dia berlalu. Aku tidak
sempat berkata apa2.lidahku kelu. Perempuan jenis apalah ni? Sanggup rendahkan martabat
kerana lelaki. Aku jadi menyampah. Benciku pd lelaki yang bernama Fidz asran makin menjadi-
jadi. Tak pasal2 aku mendapat seorang musuh.
            “ Rhea.” Mendengar suara itu darahku mendidih. Aku berpaling. Entah kenapa darahku
yang panas tadi mjd dingin. Mata lelaki itu yang jernih membuatku layu.
        “ awk ke mana td?” suaranya serak. Dia demam ke? Pasti sebab semalam. Aku mengeluh.
            “ kenapa ni?” aku menggeleng.
            “ awak demam ke?” soalku. Dia hanya tersenyum sambil menggaru kepala. Cutenyer
lelaki ni. Dia tunduk sedikit. Mengerti ketinggiannya yang menjadi masalah aku apabila
bercakap dengannya. Tetapi posisinya yang hampir denganku menjadikan aku gelabah.
            “ saya ada hal ni.” Ujarku cuba untuk lari darinya.
            “ nak ke mana Rhea?”
            “ library.”
            “ nak ikut.”
Eh mengada-ada lak budak ni. Dah lar tadi aku diwarning sebab dia. Sekarang aku nak berduaan dengan dia lak. Tak nak lah aku. Tapi mukanya yang blur tu menarik hatiku. Baru aku perasan wajahnya ada iras2 pelakon korea pujaanku. Lee min ho hero boys over flower. Ya allah melalut lak aku ni. Dia ni mamat melayu lah. Tapi wajahnya memang ada iras cina sedikit. Mungkin aku boleh korek cerita dia dari mak mah nanti.
            “ assalamualaikum….. awak masih kat cni ke?” dia mengawangkan tangannya di depan
mukaku. Aku tersentak. Hilang wajah hero kacak tadi di benakku dan diganti dengan mamat
celup ni.
            “ nak apa?” aku menyoal geram.
            “ nak awaklah.” Dia tersengih apabila melihat aku menjelingnya. Kadang2 mamat ni
boleh bt aku marah dan hepi dalam masa yang sama. Isy confius tol.
            “ gurau jer lah. Saya cma nak tanya awak tak nak rehat ke? Sekarang ni kan masa rehat.” Dia menunjukkan jam tangannya ke arahku.
            “ oh awak nak ulangkajikan. Tahun ni awak amek spm.” Baru je aku nak buka mulut dia
dah menjawab bg pihakku.
            “ perut tu kena isi gak. Nanti sakit.” Banyak songeh lah mamat ni. Suka hati akulah.
            “ saya pergi dulu.” Tanpa menunggu balasan darinya aku berlalu. Bibirku mengukir
senyum. Sikap amek beratnya membuatkanku berasa sesuatu. Seperti lelaki itu sebahagian dari diriku. Seperti mama dan papa yang selalu risaukan diriku. Aku sebak namun cepat2 aku
buangkan perasaan itu. aku harus pandang ke hadapan. Mama dan papa sentiasa berada
denganku walaupun mereka sudah tiada.

HAMPIR TIGA BULAN aku menetap di sini. Beberapa bulan lagi aku akan menduduki
peperiksaan spm. Aku berazam untuk lakukan yang terbaik. Ini adalah impian mama dan papa
juga. Aku makin tekun mengulangkaji. Aku juga tidak keseorangan lagi. Walaupun tiada kawan
baik tapi aku makin mesra dengan palajar lain.
            Bibirku mengeluh apabila terlihat lambaian lelaki itu padaku. Tidak fahamkah lelaki itu
bahawa aku tidak suka dia mendekati aku. Aku tidak mahu mencari musuh di cini. Aku teringat
perbuatan kak sherina padaku seminggu lepas. Dia sengaja mencari salahku sehingga aku di
denda di sekolah. Alasannya kerana aku tidak berpakaian uniform lengkap. Kadang2 aku rasa
menyampah dengan pengawas di sini yang lebih mengada-ada dari guru.
            “ Rhea petang ni kita study bersama nak?” aku memandangnya sekilas.
            “ rasanya tak boleh.” Dalam hati aku mengutuk sikap dinginku pada lelaki ini. Dia tidak
bersalah tetapi tiap kali bersamanya aku berasa tidak tenang. Hatiku berdebar2 seolah-olah
dipalu pula. Mungkin aku teringat amaran keras kak sherina padaku. Maka aku berusaha
 menjauhkan diri darinya.
            “ kenapa pulak?” soalnya seperti tidak berpuas hati. Aku mengeluh tanpa sedar.
            “ saya dah janji nak study  dengan amar petang ni. Sorry.” Aku bukan berbohong.
Memang petang ni aku ada stdy group tapi bukan dengan amar je.
            “ saya nak join gak.” Dia membuat muka. Entahlah mimic mukanya kali ni membuat aku
terdiam. Serius. Tiada lagi aksi cutenyer.
            “ mungkin lain kali.” Aku berlalu meninggalkannya.
            “ rhea.” Tanpa sedar dia memaut lenganku. Aku terkesima. Wajahnya ku tatap. Perlahan-
lahan dia melepaskan tanganku.
            “ erm takpelah. Tapi saya ada sesuatu nak bagi kat awak. Takut tak sempat lak. Ingatkan
nak bagi petang ni tapi tak pelah.” Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Kotak yang
berbalut cantik sebesar tapak tangan di sua padaku. Mataku terkebil-kebil. Mungkin reaksiku
macam kartun ketika ini.
            “ kenapa bagi kat saya?” soalku.
            “ hari ni hari jadi saya.emmm saya nak bagi hadiah ni pada awak. Ambiklah.” Dia
menarik tanganku dan meletakkan benda itu diatas tapak tanganku. Aku terdiam. Hari jadinya….
Aku jadi serba salah. 
           “ saya yang sepatutnya bagi hadiah pada awak.” Ujarku. Dia tersengih lagi. Aksi cutenyer
kembali.
            “ awak hadiah terbaik saya.” Ujarnya dan terus berlalu. Sekali lagi aku terkebil-kebil.
Apa maksud kata2nya itu? entah kenapa hatiku terbuai dengan kata2nya. Aku pandang hadiah
pemberiannya. Bibirku mengukir senyum.

Sebuah kereta mewah yang tersadai di hadapan rumah mak mah membuatku tertanya2 siapa
yang datang. Setahuku anak2 mak mah tidak memakai kereta semewah itu. sebaik aku menapak masuk aku makin kelu melihat wajah mak mah yang sedikit muram. Aku kalih kepalaku ke arah tetamu yang datang. 3 orang semuanya. Wajah mereka pelik. Tiada langsung wajah melayu. Mereka memandang ke arahku. Aku jadi gelabah. Mak mah menarik ku supaya duduk. Aku lihat suami mak mah tersenyum ke arahku. Senyuman yang penuh misteri.
            “ Rhea…” kata2 mak mah tergantung di situ.
         “ ada apa mak mah?” aku jadi tidak tenang. Seperti ada sesuatu yamg buruk akan berlaku.
            “ Rhea….” Kali ini wanita mat saleh yang berusia dalam lingkungan 60 an pula yang
memanggil namaku. Suaranya sebak. Siapa ni? Tiba2 dia bangkit dan memelukku erat. Aku jadi tergamam. Drama apa lak ni? Aku dapat menangkap suaranya yang menangis. Aku buntu.
       “ I’m ur nanny.” Kepalaku terasa dihempap dengan batu. Nanny? Siapa? Di sebalik wajahnya aku terlihat seseorang. Seseorang yang amat aku sayangi. Mama.
            “ kami keluarga kamu, rhea.” Ujar seorang lelaki mat saleh dengan pelat inggerisnya.
 Siapa mereka?
            “ mereka keluarga belah arwah mama Rhea.” Mak mah menerangkan padaku. Air mataku
mengalir laju. Jadi merekalah yang membuang mama dulu. Aku merungkaikan pelukan dari
nanny. 
            “ mereka nak bawa Rhea ke London.” Tambah mak mah. Aku menggeleng. Suaraku
sudah tidak terkeluar lagi.
            “ ingat Rhea ini juga impian arwah mama kamu. Kembalikan keluarganya pada dia.”
Mak mah menambah. Air mataku makin kuat mengalir. Aku teringat dulu betapa mama amat
merindukan keluarganya. Aku dapat membaca dari sinar matanya. Aku memandang nanny.
Tubuh tua itu ku peluk erat. Rhea akan kembalikan keluarga mama. Aku tersedu-sedu. Makin
kuat tangisanku bila aku teringat pemberian Fidz Asran tadi. Maafkan saya…..

TUJUH TAHUN KEMUDIAN
Aku mengelap peluh yang menitik di dahiku. Pemandangan kampong ini amat aku rindukan. Ya
allah lama benar aku tidak menjengah ke sini. Aku benar2 rindukan kampong ni. Rindukan mak
mah dan keluarganya. Lelaki itu…. adakah aku masih rindukannya? Dan adakah dia juga
merinduiku? Cincin yang tersarung di jariku di usap. Aku memang amat rindukannya. Tapi aku
 tidak berharap dia akan merinduiku. Mungkin tiada apa2 makna disebalik pemberiannya.
            Sedang aku melamun tiba2 aku terasa kepalaku perit. Aduh sakitnya….. aku menggosok kepalaku. Bola yang sebesar penumbuk di kakiku di capai. Budak bertuah mana yang melempar benda ini ke arahku. Aku memandang ke kiri dan kanan. Tak ada sesape pun.
            “ apa kes lah aku selalu kena macam ni?” sempat aku membebel. Aku teringat ketika
mula2 menjejak kaki ke sini. Kepalaku juga yang menjadi mangsa. Itulah pertama kali aku kenal
lelaki itu. bibirku menguntum senyum.
            “ Rhea.” Aku terkedu. Suara itu….. aku amat mengenalinya. Dadaku berdebar. Namun
aku tidak berpaling apabila tiada lagi panggilan kedua. Mungkin aku hanya berhalusinasi. Aku
meneruskan langkah menuju ke arah rumah mak mah.
            “ Rhea.” Sekali lagi aku dapat menangkap suara tersebut. Kali ini lebih jelas lagi. Aku
tidak berani berpaling. Aku sedang bermimpi ke ni? Badanku berpeluh-peluh. Ya allah what
should I do? Berpaling ke x?
            “ Rhea Darina bt isham.” Kali ini aku yakin aku tidak bermimpi. Perlahan-lahan aku
memusingkan badanku. Aku terpempan. Siapa ni? Diakah? Bibirku bergerak ingin menyatakan
sesuatu tetapi tiada suara yang keluar. Apabila aku terpandang sengihannya yang ala2 cute itu
aku yakin memang dia. Cuma wajahnya sedikit matang. Tetapi iras lee min ho tu tetap ada. He he he…..
            “ bak sini?” ujarnya. Aku terkedu. Apa?
           “ dalam genggaman awak tu.” Aku memandang bola hijau yang aku genggam. Cis kurang ajar. Aku ingat dia nak cakap sesuatu yang romantic dengan aku. Alih2 bola ini yang dia minta. Aku geram. Wajahnya tetap tersengih. sekarang bukan cute tapi lebih kepada menyampah. Dengan sekuat hati aku melempar bola itu tepat ke dahinya. Aku lihat dia menyeringai kesakitan.
 Puas hati aku.
            “ awak ni kenapa?” soalnya. Tangannya masih menggosok dahi yang mungkin masih
terasa sakit. Aku tersenyum puas.
            “ ambiklah bola awak tu.” Laungku walaupun dia hanya berada lebih kurang 10 langkah dariku.
            “ saya bukan nak bola ni. Awak ni apesal?” wajahnya mepamerkan tanda tidak puas hati.
 Aku mengerutkan dahiku. Tidak faham.
            “ habis tu apa?” aku buat muka blur. Dia mendekatiku. Aku berundur.
            “ maksud saya benda yang ada dalam genggaman awak.”
            “ bola tu lah” tunjukku pada bola tadi. Dia tersengih lagi. Entah dimana lucunya?
            “ my ring in your finger and my heart in your hand. Understand miss Rhea Darina?” aku
terdiam seketika. Cuba memahami kata2nya tadi. Cincin yang tersarung di jariku dipandang.
Cincin pemberiannya dulu. My heart,ur heart? Takkanlah…. Wajahku berubah kaler. Mamat ni
sukakan aku? Beznyer…hehehe
            “ saya tahu awak pun sukakan sy kan. So tak payah lah nak main tarik tali lagi. Saya dah
penat menunggu. 7 tahun pun dah cukup, Rhea.” Aku baru di buai perasaan. Mamat ni tak
sensitive langsung. Malulah aku……wajahnya aku pandang. Geram dan gembira menjadi satu.
            “ Saya tak nak awak lah…..” aku melaung dan berlari meninggalkannya.
            “ saya dah tak kisah lagi jawapan awk tu. Saya tahu awak pun sukakan saya. Saya akn
pinang awak, Rhea.” Sayup2 aku terdengar mamat tu melaung. Aku tersenyum gembira. aku
 benar2 yakin lelaki itulah yang akan menjagaku seperti arwah mama dan papa. Yang akan ada
bila aku memerlukannya. Baik senang mahupun susah. Hanya dia, Fidz Asran a.k.a Lee Min Ho.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers