HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 6



DIA mempercepatkan langkah kakinya. Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada adik lelakinya tadi dia terus meluru keluar dari pejabat. Fikirannya hanya satu dia ingin cepat sampai. Dia tidak menghiraukan hukuman yang bakal dihadapi kerana menghilang pada waktu pejabat. Apa yang ada di kepalanya adalah wajah ibunya. Dalam keadaan tergesa-gesa itu dia telah terlanggar seseorang. Badannya berpusing dan dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Dia hampir-hampir terjatuh namun mujur ada tangan yang pantas menyambut tubuhnya dari terus jatuh di tangga itu. Jantungnya berdebar kencang.
“Awak ni dah gila ke? Nak sangat mati ke?” jerkah satu suara. Rania Qyrina terkesima. Perasaan terkejutnya masih belum habis dan kini dia dijerkah pula. Dia mendongak. Wajah lelaki itu direnung tajam.
“Sa… saya……….” Suaranya tersekat-sekat.
“Lain kali jalan tu pakai mata. Awak tahu tak awak ni membahayakan nyawa awak dan nyawa orang lain jugak. Kalau saya tak tangkap badan awak tadi tentu awak dah patah riuk.” Lelaki itu masih meleterinya. Dia tunduk. Tiba-tiba badannya terhenjut-henjut. Kedengaran suara tangisan yang perlahan. Riezq terkedu. Dia menundukkan wajahnya. Mengintai di sebalik rambut gadis itu.
“Saya mintak maaf. Saya tak tahu..saya……..” dia tidak dapat menghabiskan ayatnya.
Riezq kehilangan kata-kata. Takkan lah melampau sangat kata-kata aku tadi?
“Saya mintak maaf.” Ujar gadis itu dan berlalu menuruni tangga.
“Awak nak ke mana, cik Qyrina?” laungnya. Nada suaranya juga telah bertukar. Gadis itu tidak berpaling dan terus melangkah. Riezq dapat merasakan ada sesutau yang sedang berlaku. Dia pantas mengejar gadis itu. Tangan gadis itu dicapai. Langkah Rania Qyrina terhenti.
“Awak nak ke mana ni? Ni kan masih waktu pejabat?” soal Riezq. Wajah sugul Rania Qyrina direnung.
“Saya nak mintak cuti, En.Riezq.” ujarnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
“Awak mana boleh buat macam tu sebelum beritahu saya.”
“Kan saya dah beritahu ni. Maaf saya perlu pergi sekarang.” Langkahnya kembali diatur. Namun tangan lelaki itu masih memegang kejap tangannya.
“Saya tak boleh izinkan sebelum awak beritahu apa halnya ni.” Tegas nada suara lelaki itu. Rania Qyrina terdiam. Mata lelaki itu masih menikam anak matanya.
“Mak saya ada di hospital sekarang ni. Saya perlu balik sekarang.” Akhirnya dia berterus-terang. Riezq melihat jam di tangannya.
“Saya hantar awak.” Ujarnya. Rania Qyrina terkedu.
“Tapi…..”
“Dah, jomlah.” Dia menarik tangan gadis itu supaya mengekorinya. Rania Qyrina tiada pilihan lain melainkan mengikut sahaja. Hanya keadaan ibunya sahaja yang difikirkan tika ini.
Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Tiada apa yang ingin diperkatakan oleh Rania Qyrina. Lagipun dia masih terkedu dengan kehadiran lelaki di sebelahnya. Tangannya diramas.
“Kenapa dengan ibu awak? Dia sakit apa?” riezq cuba memancing parbualan gadis itu.
“Entah. Saya tak tahu. Ibu saya sihat je selama ni. Adik saya cuma cakap yang ibu pengsan di bilik air.” Ujarnya perlahan.
“Awak jangan risaulah. She will be okey.” Ujar Riezq tenang. Rania Qyrina diam.
“I really hope she will be okey. Saya tak boleh kehilangan dia sekarang. I need her so much. Hanya dia yang ada untuk saya. Ayah dah lama tinggalkan kami. I need her..” gadis itu tiba-tiba menangis. Riezq kehilangan kata-kata. Dia menghulurkan sapu tangannya. Gadis itu teragak-agak untuk menyambutnya.
“Just take it. I’m sure your mom will be okey.” Ujarnya. Lambat-lambat sapu tangan itu disambut.
“Thanks.”
Suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran lagu yang berkemundang di corong radio. Riezq membiarkan gadis itu melayan perasaannya sendirian. Dalam diam dia memerhati raut wajah Rania Qyrina yang kesedihan, entah kenapa hatinya turut merasa sesuatu. Tapi apa???
***
“TERIMA kasih En.Riezq.” itulah pertama kali dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya kepada lelaki yang dibencinya itu. dan pertama kali juga dia merasakan Shah Riezq lelaki yang baik.
“Its okey. How’s your mom?” soal Riezq. Rania Qyrina tersenyum.
“She’s okey.”
“En. Riezq, saya nak minta cuti, boleh?” soalnya lambat-lambat.
“Okey. Saya luluskan cuti awak. Tapi pastikan awak cepat kembali. Banyak kerja yang menanti awak.” Ujr Riezq. Rania Qyrina tersenyum. Dia mengangguk.
“Saya rasa baik En. Riezq balik dulu. Lagipun dah lewat ni. Nanti apa kata keluarga En.riezq nanti. Tentu mereka risau.”
Riezq mengangguk. Rania Qyrina menghantar pemergian lelaki itu dengan senyuman palsu. Apabila dia pasti lelaki itu telah menghilang air matanya terus mengalir. Dadanya benar-benar sebak.Kata-kata doctor tadi kembali menari-nari di kepalanya.
“Ibu cik disahkan menghidap barah.” Betapa kata-kata itu ibarat belati yang menghunus jantungnya. Air matanya deras mengalir. Tangannya ditekap didadanya. Berharap kesedihannya akan beransur tatapi air matanya makin kuat mengalir. Dia menekup mulutnya supaya suaranya tidak terkeluar. Kakinya terasa lemah. Dia memaut sisi dinding supaya dapat mengimbangkan badannya. Tetapi akhirnya dia terduduk. Kakinya benar-benar lemah.
“Nia tak boleh kehilangan ibu. Nia tak nak kehilangan lagi. Cukuplah ya Allah..” tangisnya dalam sendu. Betapa dia takut untuk menghadapi kehilangan kali kedua ini. Dulu kehilangan orang yang dicintai hampir membunuh kekuatannya dan kali ini dia tidak mahu kehilangan orang yang paling dia sayang, dia tidak akan dapat menerima keadaan itu. Tolonglah Ya Allah….
******************************************************************************
RIEZQ menumbuk meja di hadapannya. Berdesing bunyinya menbuatkan Ryzal.terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dia mengurut dadanya.
“Relakslah bro. Nanti staf kat luar tu dengar.” Ujar Ryzal. Riezq meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Ketara keresahan di hatinya.
“Macam-mana sekarang ni Zal? Mama aku dah bising suruh aku bawa balik isteri palsu aku tu. Dia cakap kalau aku tak bawa balik dalam masa secepat mungkin dia akan suruh aku tinggalkan budak tu. Masalahnya sekarang ni calon tu belum ada lagi. Macam-mana ni Ryzal?” soalnya. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan.
“Aku dah try Riezq tapi kebanyakan perempuan yang aku jumpa semuanya tak boleh dipercayai. Termasuklah semua ex-gierfriend kau. Beri aku sikit masa lagi.” Ujar Ryzal.
“Aku tak kisah soal duit Zal. Just give berapa je yang dia nak. Aku cuma nak masalah ni selesai je.” Dia bangkit dan mendekati hujung biliknya. Bunga di dalam pasu dibelek tanpa minat.
“Kau berilah aku sikit masa lagi. Insyaallah aku akan selesaikan semua ni.”
“Aku minta maaf sebab susahkan kau, zal.”
“Its okey. Kitakan kawan. Siapa lagi yang kau boleh harapkan kalau bukan aku.” Ryzal tersengih. Riezq tersenyum mendengar kata-kata Ryzal itu. Dia akui Ryzal adalah sahabat yang baik.
“Erm, dah lama aku tak nampak Qyrina kat pejabat ni. Dia pergi mana?” Ryzal mengalihkan topic perbualan mereka. Rasanya hampir seminggu dia tidak ternampak gadis itu di pejabat ini.
“Ibu dia sakit. Dia dah minta cuti tapi aku tak tahulah sampai bila. Hari tu dia cakap ibu dia dah okey.” Ujar Riezq. Matanya memandang ke pintu yang sedikit terbuka. Rasanya dia ternampak kelibat seseorang tadi. Dia mendekati pintu dan menutupnya rapat.
“Pintu ni terbuka ke tadi?” soal Riezq pada Ryzal.
“Entahlah aku tak tahu pulak. Tapi rasanya aku dah tutup rapat-rapat. Entah, maybe tak kot.” Ryzal malas mahu memikirkan hal tersebut. Fikirannya ligat memikirkan tugas tidak rasminya. Dia harus menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Dia telah berjanji dengan Riezq.
*****************************************************************************
DIA mendongak apabila terdengar pintunya dibuka dari luar. Terjengul wajah seorang gadis yang kelihatan sugul. Dia mengerutkan dahinya. Pelik dengan kedatangan gadis ini ke pejabat tanpa diberitahu kepadanya. Bertambah pelik apabila gadis ini tidak mengetuk pintu terlebih dahulu. Niat untuk memarahi gadis itu hilang apabila teringat masalah gadis itu.
“Saya ingatkan awak tak datang hari ini.” Ujarnya selamba. Rania Qyrina duduk di hadapannya tanpa disuruh. Itu bukan sikap gadis itu. biasanya gadis itu begitu berwaspada dengannya.
“Saya…saya….” Dia tunduk. Riezq mengerutkan dahinya melihat reaksi gadis itu yang tidak keruan.
“Kenapa dengan awak ni, cik Qyrina? Awak nak apa ni sebenarnya?” soalnya bertalu-talu. Wajah sugul gadis itu ditenung.
Rania Qyrina menggigit bibirnya. Betulkah apa yang dia ingin lakukan ini? Tapi dia tidak ada pilihan lain lagi. Dia harus. Dia sudah tekad.
“Macam-mana kalau saya yang terima tawaran tu?” soalnya tiba-tiba. Riezq mengerutkan dahinya. Dia tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu.
“Apa yang awak cakap ni, cik Qyrina?” soalnya pula. Rania Qyrina kelihatan gelisah.
“Saya …saya rela jadi your fake wife.” Ujarnya lambat-lambat. Riezq berdiri sebaik mendengar kata-kata gadis itu. macam-mana gadis itu boleh tahu rancangan gilanya itu? apa yang lebih memeranjatkan gadis itu menawarkan dirinya.
“Macam-mana awak…..”
“Saya tak sengaja terdengar perbualan En. Riezq dengan En. Ryzal tadi. Maaf saya benar-benar tak sengaja.” Ujarnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
“Saya tak faham.” Riezq mamandang wajah gadis itu.
“Saya perlukan duit. Bukankah En. Riezq akan bagi upah kalau saya buat kerja tu.”
“Awak bukan orang yang macam ni. What’s wrong?” soalnya.
“Ibu saya. Saya benar-benar perlukan wang en. Riezq. Tolonglah terima saya? ” rayunya. Air matanya tumpah perlahan-lahan. Dia hanya membiarkan. Riezq terpaku melihat keadaan itu. dia terdiam. Apa yang harus dibuatnya? Kedatangan gadis itu tepat pada masanya. Tapi dia tidak akan menggunakan gadis itu. Rania Qyrina gadis yang baik walaupun dia tidak berapa mengenalinya dan tidak mungkin dia menggunakan gadis itu. kepalanya menggeleng berkali-kali. Apa yang harus dilakukannya? Peluang ini harus digunakan. Kata hati kecilnya. Tapi macam-mana……….? Hish, dia pusing.
“Saya tak tahulah cik Qyrina. I don’t think so. Ini bukan kerja main-main. Sekali awak terjebak susah awak nak undur balik.” Riezq menutur perlahan.
“Tapi tolonglah En. Riezq. Saya sanggup. Saya janji takkan hampakan En. Riezq.” Rayu gadis itu. Riezq terdiam. Dia tidak perlu menggunakan gadis itu. dia hanya perlu membantunya sahaja. Kepalanya terangguk-angguk. Kemudian dia mengerutkan dahinya pula. Ini peluang yang baik. Segalanya akan selesai kalau dia setuju dengan permintaan gadis itu. dia tidak akan rugi apa-apa.
“Baiklah. Saya setuju.” Ujarnya. Rania Qyrina memandangnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Air mata yang masih mengalir di pipinya dikesat.
“Tapi awak harus tahu kerja ni bukan senang. Saya akan suruh Ryzal sediakan surat perjanjian nanti. Kalau awak nak undur diri masih ada masa, cik Qyrina.”
Rania Qyrina menggeleng. Dia tidak akan mengundur diri. Ini janjinya kepada dirinya sendiri. Ibu harus diselamatkan.
“Saya dah fikir masak-masak. Saya takkan undur diri. I need it.” Ujrnya bersungguh-sungguh.
“Pasal bayaran tu saya tak boleh bagi hari ni. Lepas kita tandatangani perjanjian itu esok baru saya boleh bagi. Lagipun saya kena uruskan sesuatu dulu.” Ujarnya lagi. Rania Qyrina mengangguk. Riezq merenung anak mata gadis itu. entah kenapa dia seperti dapat merasa sesuatu. Satu perasaan aneh tiba-tiba menjengah ke dalam hatinya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Kenapa aku mengelabah semacam je ni? Cool down Shah Riezq.

3 comments:

  1. baru 1st time bca citer ... best nak lg...harap2 cinta berputik ye....!!!!

    ReplyDelete
  2. hey....citer nie mmg best...hrp cpt ad n bru erk....
    novel nie ad dpsran ke x erk???

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers