HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 2



PUAN Sri Tengku Zawiyah mengeluh memikirkan perangai anak bongsunya itu.Bercuti selama seminggu pun tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.Masih banyak yang ingin dia bicarakan dengan anak bongsunya itu.Perihal Sarah yang ingin dijodohkan dengan anaknya masih belum selesai.Dia akan memastikan Riezq akan mendapat jodoh yang terbaik dan setaraf dengan mereka.
“Pagi,ma.”tegur Syafiqa yang melintasi ibunya.Gadis itu duduk di hadapan ibunya.Syafiqa menjeling jam yang tergantung di dinding ruang tamu.Hampir pukul 10 pagi.Sudah dua hari dia menemankan ibunya di rumah ini.Papa pula hanya akan pulang petang nanti.
“Kalau Iqa nak pulang mama tak apa-apa.Lagipun petang ni papa dah pulang.Kesian kat Iqbal sorang2 kat rumah.Azrafiq belum bangun lagi?”soal mamanya.
“Belum lagi ma.Erm kalau macam tu petang ni lah Iqa pulang.Pasal Riezq tu mama tak usahlah fikir sangat.Kalau Riezq tak suka tak payahlah kita nak paksa dia pulak.”ujar Syafiqa teragak-agak.
“Maksud Iqa pasal Sarah?”soal mamanya.
“Iqa bukan apa mama,Iqa cuma tak berkenan aje dengan budak tu Riezq pun cam tu jugak mama.Lebih baik kita tak campur hal dia kan.”ujarnya teragak-agak.
“Mama bukan nak campur hal dia tapi mama nak yang terbaik untuk dia.Riezq suka atau tak mama tak nak tahu.Apa yang mama nak ialah calon isteri Riezq orang yang setaraf dengan kita.Kalau tak apa kata sedara mara kita nanti.”ujar Tengku Zawiyah tegas.Syafiqa mengeluh dengan sifat degil mamanya.Bagi mama hanya orang yang berketurunan Diraja sahaja yang layak bergandingan dengan anak-anaknya.Mama memang seorang yang degil dan pantang dicabar.Nampaknya adiknya terpaksa menurut kehendak mamanya sahaja.Walaupun dia tahu Riezq juga mewarisi sikap degil mamanya.
****************************************************************************
Matanya jatuh pada seseorang yang sedang leka bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan meminta untuk didukung.Walaupun wajah perempuan itu tidak jelas dipenglihatannya namun telatah gadis itu menarik perhatiannya.Hatinya meminta supaya gadis itu mendongakkan wajahnya.
“Hoi Riezq,kau buat apa tu?”sergah Ryzal dari belakang.Riezq berpaling dengan wajah yang tidak puas hati.
“Bahlul kau tak boleh bagi salam ke?terperanjat aku nasib baik aku tak ada lemah jantung kalau tak……….
“Sorry lah beb lagipun bukan salah aku pun.kau yang leka sangat kalau ada bom pun kau tak perasan kot.”perli Ryzal sambil tersenyum.Kata-kata Ryzal mengingatkannya pada gadis itu kembali.Matanya melilau mencari gadis tadi tapi hampa.Dia mengeluh.Ryzal memegang bahunya.
“Kau cari siapa?Ada masalah ke?”soal Ryzal kebingungan.
“Tak ada apa-apalah.Tiba-tiba aje aku teringatkan kerja kat pejabat tu.”bohongnya walaupun Ryzal sudah sedia maklum bahawa dia tidak pernah ambil pusing soal pejabat pun.
“Tiba-tiba aje kau ni Riezq,kau demam ek.”Ryzal memerlinya.
“Apa kau ingat aku ni tak ambil berat ke soal pejabat?”ujarnya pura-pura serius.Harap-harap Ryzal tidak melihat kelakuannya tadi.
“Abang Iqbal kau kan ada.Jangan bimbanglah kawan.”ujar Ryzal sambil memaut bahu sahabatnya itu.Fikiran Riezq masih melayang kepada si gadis tadi.Entah kenapa dia seperti begitu berminat untuk mengetahui tentang gadis itu.
“Zal,Riezq,buat apa kat sini?”tegur Syafiq yang datang dari belakang.
“Saja ambil angin kampung ni kat Bandar tak ada damai macam ni.”ujar Riezq.
“Betul tu.Riezq ni susah nak dapat peluang macam ni.Maklumlah orang bandar tak macam kita ni Syafiq.”gurau Ryzal.Riezq tidak ambil pusing kata-kata sahabatnya itu.Penat mahu berbalah mulut dengan Ryzal yang selalu ada alasannya.
“Boleh tak kau orang temankan aku ke bandar nanti?”soal Syafiq
“Kau nak buat apa kat bandar?”soal Ryzal..
“Nak pergi betulkan baju melayu aku.”
“Boleh gak lagipun Riezq nampak bosan ni.”ujar Ryzal.Riezq menyiku pinggang Ryzal.Ryzal hanya tersenyum melihat reaksi drastic sahabatnya itu.Deringan telefon berbunyi.Kedengaran lagu I’m yours nyanyian Jason Mraz.Riezq menyeluk saku seluarnya.Telefon bimbitnya dicapai.Tertera nama seseorang yang amat dikenalinya Dia menekan punat hijau.
“Hello Riezq,Akak ni.”ujar satu suara.
“Ya kak,ada apa?”
Riezq mengeluh berat.Pasti ada hal yang amat penting jika kakaknya sanggup menelefonnya sehingga ke sini.Ryzal dan Syafiq menjauhkan diri memberinya ruang untuk bercakap.
“Macam tak suka aje.”
“Tak adalah.Kenapa akak telefon ada hal penting ke?”
Riezq menguis pepasir dengan selipar yang dipakainya.Matanya melilau ke sekeliling.Kelihatan Ryzal dan Syafiq sedang asyik berbual.
“Tentang mama.”ujar Syafika.
“Kenapa dengan mama?tak sihat ke?”soalnya cemas.
“Tak tapi mama dah buat hal yang berat ni.Mama dah berjanji dengan kawan dia nak tunangkan Riezq dengan anak kawan dia.”
“What? Apa yang mama buat? Kenapa mama tak habis-habis nak susahkan hidup Riezq kak.Tak boleh ke mama bagi Riezq hidup tenang kejap.Hari cuti Riezq pun mama nak rosakkan.Riezq tak fahamlah dengan mama ni.Dulu dia paksa Riezq keluar dengan Sarah.Riezq ikut aje walaupun Riezq tak suka sebab Riezq tak nak mama bising tapi si Sarah tu pulak buat hal.Akak pesan pada mama yang Riezq tak suka mama buat benda tu lagi.Whatever happen Riezq takkan ikut cakap mama kali ni.”ujarnya geram.
“Tapi Riezq…………”
“Kalau mama masih nak Riezq balik rumah tu mama kena dengar cakap Riezq pulak.Tak pe lah akak Riezq tak boleh lama-lama ni Riezq ada kerja nak kena buat.okey, waalaikumsalam.”
Riezq mematikan talian telefonnya.Dia merengus geram.Peluh yang menitik di dahinya di sapu.Dia mencari kelibat Ryzal dan Syafiq tetapi mereka telah menghilang entah ke mana.Dia mangeluh berat.Telefon yang berada dalam genggamannya di pandang.Entah kenapa dia berasa sesuatu yang buruk akan berlaku.Sedang dia asyik mengelamun itu tiba-tiba tubuhnya dilanggar dari belakang.Dia terdorong kehadapan.Telefon yang berada di tangannya terjatuh.
“What the hell are you doing ha?”soalnya geram tanpa berpaling.
“Maaf encik, saya tak sengaja.”ujarnya serba salah walaupun pada mulanya dia berasa kurang senang dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenali itu.Riezq berpaling menghadap perempuan yang sedang menundukkan kepalanya itu.
‘Kenapalah perempuan selalu buat aku malang aje.’Suara hatinya berbisik.
“Next time watch the way when you are walking.Huh!!! disturbing.”ujar Riezq dan berlalu tanpa menghiraukan perempuan itu..
“Kenapa ni akak?”tanya seorang kanak-kanak perempuan yang menghampirinya.
“Tak ada apa-apa.”ujarnya.Dia tunduk .Telefon bimbit di bawah dipandang.Dia mencapainya.Pasti ini milik lelaki yamg menjengkelkan tadi.Bibirnya digigit geram.Pertama kali bertemu lelaki yang begitu biadap.Dia amat pasti lelaki itu bukan berasal dari kampungnya.Pasti lelaki itu dari bandar.Agaknya semua orang bandar bersikap sebegitu.Pertama kali dia berasa amat benci dengan seseorang dalam hidupnya.
Deringan telefon mengejutkannya.Telefon di tangannya dipandang.Makin lama makin kuat pula bunyinya.Dia teragak-agak untuk mengangkatnya tetapi bunyi itu tidak berhenti.Akhirnya dia menekan punat hijau.
“Apa yang Riezq dah buat ni?Mama nak Riezq pulang sekarang juga.”ujar suatu suara.Dia menjauhkan telefon itu dari telinganya.Bingit telinganya mendengar jerkahan itu.Siapa agaknya lelaki yang bernama Riezq ni?
“Hello……”
Dengan teragak-agak dia bersuara.Namun sebaik sahaja dia menjawab, suara di talian menjadi bising.Setelah beberapa lama dia mematikan talian tersebut.Nafasnya ditarik panjang.
******************************************************************************
“KENAPA dengan kau ni,Riezq?”Ryzal mendekati sahabatnya yang sedang gelisah . Wajah sahabatnya kelihatan berkerut.Riezq tidak menghiraukan teguran Ryzal itu.Otaknya lebih tertumpu pada berita yang baru diperolehi daripada kakaknya tadi.
“Kau okey ke?”soalnya lagi.Riezq mengeluh berat.
“Mama aku buat hal lagi.Dia pandai-pandai jodohkan aku dengan anak kawannya. Ini yang buat aku fed up.”ujarnya tidak puas hati.Ryzal memandangnya dengan senyuman.Entah mengapa dia merasa lucu dengan kenyataan yang didengarinya itu.Riezq walaupun bebas tetapi masih terikat dengan perkara sebegitu.Agaknya memang lumrah orang kaya mahu memastikan keturunan mereka daripada golongan yang baik-baik.
“Macam-mana kau dapat tahu?”soalnya.
“Akak aku yang beritahu. Tadi dia ada call.Ya Allah….” Riezq menepuk dahinya apabila teringatkan sesuatu.
“What?”soal Ryzal melihat reaksi drastik sahabatnya itu.
“Henfon aku.”
“Kenapa dengan telefon kau?”
“Tadi aku terjatuhkan telefon aku. Lepas tu aku terlupa nak ambil balik. Oh shit..damn it.”
“Kau jatuhkan di mana?”soalan Ryzal tidak dijawab. Dia berlari meninggalkan Ryzal. Panggilan Ryzal tidak dibalas. Dia menuju ke tempat tadi. Dia duduk mencari telefon bimbitnya tetapi telah tiada. Dia menyumpah dalam hatinya. Jika perempuan tadi tidak melanggarnya pasti semua ini tidak akan terjadi. Kenapalah malang sangat nasibnya hari ini.
“Awak cari benda ni ke?” soal seseorang. Riezq mendongak. Wajah perempuan itu dipandang. Macam kenal. Bisiknya
“Barang awak ni kan?” soalnya lagi. Riezq memandang telefon yang berada dalam genggaman perempuan itu. Dia mencapainya. Memang telefon bimbitnya tapi mengapa boleh berada dengan perempuan itu? Rasa macam pernah tengok tapi……
“You should say thanks,right?” soal perempuan itu seperti memerli. Riezq berdiri.
“Macam-mana telefon saya boleh ada dengan awak?” soalnya. Perempuan itu menjungkitkan bahu dan beredar.
“Wait,miss…….” Perempuan itu berhenti.
“Next time remember where you put your things.” Ujarnya dan beredar tanpa berpaling lagi.
Riezq menepuk dahinya. Dia baru teringat perempuan itu adalah perempuan sama yang dimarahinya tadi. Lain kali jangan pandang rendah pada orang lain. Akibatnya dia malu sendiri kerana kebodohannya tadi. Dia berlalu mendapatkan Ryzal yang sedang berbual dengan Syakila.
“Kau ke mana tadi,Riezq?” soal Ryzal. Riezq duduk di sisi Ryzal.
“Tak ada ke mana-mana. You all borak apa? Rancak nampak.”
“Borak kosong je. Sambil tunggu kau datang baik aku berborak dengan Kila ni.” Ujar Ryzal.
“Itulah abang, perempuan yang kila cakap tadi.” Ujar Shakila. Dia menunjukkan ke arah seorang perempuan yang sedang berbual dengan jiran-jiran.Riezq turut memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Shakila. Itukan perempuan tadi.
“Bodohlah tunang dia tinggalkan dia.kalau abang yang dapat dah tentu abang tak lepas perempuan yang macam tu. Sudahlah cantik berpelajaran pulak.” Ujar Ryzal.Shakila hanya mengeluh.
“Orang laki bukannya boleh percaya sangat. Dah dapat yang cantik masih belum puas lagi.” Tempelak Shakila. Ryzal hanya tersenyum.
“Apa yang you all cakap ni?” soal Riezq yang tidak tahu hujung pangkal cerita.
“Kami tadi berborak pasal perempuan tu. Baru habis belajar di oversea. Sebelum ke luar negara dia dah bertunang dengan seorang lelaki yang satu sekolah dengan dia tapi bila dia balik sini dia dapat tahu yang tunang dia dah kahwin dengan orang lain. Kesian kat dia. Dengar cerita lelaki tu kahwin dengan anak orang kaya. Mungkin sebab tu lah lelaki tu tinggalkan dia.” Ujar Shakila. Riezq terdiam. Dia ingat perempuan itu hanya orang kampong biasa. Ternyata perempuan itu lepasan luar negara. Dia menyalahkan mulutnya yang cabul mengata perempuan itu tadi.
“Weh Riezq.perempuan tu satu university dengan kau masa di London dulu kan. Kau tak pernah jumpa ke dia?” soal Ryzal. Riezq mengerutkan dahinya. Kemudian dia menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
“Entahlah aku tak pernah pun nampak dia. Lagipun universiti tu bukannya kecil,pelajar pulak beribu-ribu. Manalah aku nak cam dia.” Ujarnya bersahaja.
“Biasanya mata kau tak pernah lepas pandang perempuan cantik.” Gurau Ryzal. Shakila tersenyum mendengar kata-kata abang sepupunya itu. Riezq hanya membiarkan kata-kata Ryzal berlalu. Malas mahu membalas cakap sahabatnya itu. Otaknya sarat dengan masalah yang sedang melanda dirinya tika ini dan tentang perempuan itu. Tetapi kenapa dia harus memikirkan perihal perempuan itu? otaknya benar-benar berserabut. Dia harus menyelesaikan masalah dengan mamanya terlebih dahulu. Mama tidak boleh lagi campur tangan dalam hidupnya. Tekadnya .
Matanya kembali memandang kelibat perempuan tadi seperti ada sesuatu yang memaksa dia terus menatapnya. Pada pandangannya perempuan itu boleh dikategorikan sebagai perempuan yang agak cantik. Rasanya dia pernah melihat perempuan itu sebelum ini tetapi dia tidak ingat bila dan di mana.
“Riezq, kau dengar tak aku cakap ni?” dia tersentak apabila namanya dipanggil. Pandangannya dialihkan kepada Ryzal. Shakila telah tiada. Dia tidak sedar bila gadis itu beredar.
“What?”soalnya selamba.
“Malam ni Syafiq akan akad nikah. Kau pula bila?”soal Ryzal sambil tersengih-sengih.
“Yang kau sibuk-sibuk tanya aku tu kau bila lagi?” Riezq mengenakan Ryzal kembali. Lelaki itu hanya tersenyum. Begitulah reaksi Riezq apabila disoal tentang kahwin. Baginya tiada perkataan kahwin lagi dalam hidupnya. Walaupun sudah berusia 26 tahun Riezq masih berseorangan. Impak cinta pertama begitu mendalam bagi Riezq. Selagi bayangan cinta pertamanya masih utuh di ingatannya dia tidak akan menerima orang lain sebagai ganti. Tetapi sampai bila???



Dia membukakan sebelah matanya apabila terdengar suara yang kuat. Dia mengeluh apabila wajah mamanya menerpa ruang matanya. Jam di sebelah di capai. Pukul 8 pagi. Rasanya masih awal. Lagipun hari ini dia tidak bekerja. Semalam baharu dia sampai di rumah. Pada masa itu mama telah tidur.
“Riezq bangun. Mama nak cakap sikit.” Ujar mamanya. Riezq bangkit dari pembaringan. Dia menggeliat.
“Ada apa ni,mama? Riezq penatlah.” Ujarnya selamba.
“Apa yang Riezq dah beritahu kak Ika?” soal mamanya. Riezq mengeluh.
“Apa yang mama dengar tu betullah kot.” Ujarnya selamba.
“Riezq dengar sini. Walau apa yang terjadi mama tetap akan jodohkan Riezq dengan anak kawan mama.”
“Tapi kenapa,mama? Riezq dah besar dan Riezq berhak tentukan hidup Riezq sendiri. Even Sarah or anybody, I won’t accept it. Keputusan Riezq muktamad.” Ujar Riezq tegas. Wajah mamanya kelihatan tegang.
“Mama, Riezq ,ada apa ni bising-bising pagi-pagi buta?” Syafika menjengah masuk. Dia mendekati mamanya.
“Mama pleaselah dengar cakap Riezq kali ini. Riezq tetap akan kahwin tapi bukan sekarang. Dan kalau boleh Riezq sendiri yang akan pilih siapa perempuan tu.” Ujar Riezq perlahan. Berharap agar mamanya akan mengerti.
“Mama, berilah Riezq peluang,” pujuk Syafika.
“Keputusan mama dah muktamad. Riezq kena…………”
“Riezq dah kahwin, ma,” ujar Riezq tiba-tiba. Syafika terkejut begitu juga Puan Sri Tengku Zawiyah. Riezq tunduk. Entah kenapa dia mengeluarkan pernyataan itu. Tetapi dia perlu bebas dari mamanya.
“Apa yang Riezq cakap ni?” soal Syafika teragak-agak.
“Betul kak.”ujarnya. Dan tiba-tiba sahaja Puan Sri Tengku Zawiyah rebah. Riezq bangkit dari katilnya.
“Riezq, kita angkat mama masuk biliknya. Cepat!!!! .” gesa Syafika. Riezq hanya menurut. Tubuh ibunya di cempung. Dia menyumpah mulutnya yang celupar tadi. Kerananya mama jatuh pengsan.
Riezq berlegar di ruang tamu. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir. Memikirkan penyelesaian untuk masalah yang diciptanya sendiri. Doctor Halim telah beredar setengah jam yang lalu. Nasib baik mama hanya pengsan kerana terkejut. Matanya menangkap kelibat Syafika yang sedang berjalan menuruni tangga. Dia mendapatkan kakaknya.
“Mama dah bangun?” soalnya. Syafika tidak menghiraukan pertanyaan adik lelakinya. Dia terus berlalu dan menghenyakkan punggung ke atas sofa.
“Apa yang Riezq dah buat ni?” soal Syafika. Riezq mengeluh.
“Riezq tak tahu pula mama boleh pengsan sampai macam tu sekali. Riezq cuma……”
“Nasib baik mama tak masuk wad. Kalau tak apa kata papa nanti. Dah lama ke Riezq kahwin? Kenapa tak beritahu kakak dulu? Kakak tak fikir mama akan terima apa yang Riezq buat ni.” Riezq diam. Dia sedang menyusun kata untuk memberi penjelasan kepada kakaknya. Tiba-tiba dia mendapat idea. Ada baiknya kalau dia teruskan permainan ini. Setidak-tidaknya dia boleh melepaskan diri daripada mama. Bibirnya tersenyum nakal.
“Sebenarnya dah 6 bulan Riezq kahwin,kak. Kami kahwin di London. Dia belajar sekali dengan Riezq. Kebetulan masa dia konvo Riezq ada pergi sana dan Riezq terus ajak dia kahwin. Riezq tak beritahu sebab takut mama tak bagi. Riezq benar-benar sayangkan dia kak. Riezq tak boleh hidup tanpa dia.” Ujarnya perlahan. Dia memandang kakaknya dengan ekor matanya. Berharap agar kakaknya akan percaya dengan ceritanya.
“Siapa perempuan tu?”soal Syafika.
“Dia…dia…” Riezq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa dia?
“Dia orang biasa?” soal Syafika lagi. Riezq mengangguk.
“Dia bukan orang kaya kak. Dia orang kampung je. Lagipun dia dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Parents dia meninggal dalam kemalangan. Dia hanya ada Riezq je.” Tambahnya. Dalam hati dia memuji bakatnya yang menipu.
****************************************************************************
“TAPI kau dah menipu terlalu jauh.” Ryzal meneguk minumannya yang masih tinggal separuh. Riezq menyandarkan badannya ke kerusi empuknya. Tangannya di silang ke dada,
“Apa yang harus aku buat sekarang ni,Zal? Soalnya cemas. Wajah Ryzal di pandang.
“Aku rasa baik kau teruskan aje pembohongan kau ini. At least dapat juga kau lepaskan diri daripada mama kau.” Ujar Ryzal.
“Tapi masalahnya mama aku nak jumpa perempuan tu. Mama aku tu dah tentu tak suka dengan ‘menantu’ dia tu.”
“Kenapa kau cakap ‘isteri’ kau tu orang kampong. Bukan orang kaya pas tu anak yatim pula tu. Ciri-ciri yang kau sebut tu semua yang mama kau tak suka. Mana tak mengamuk orang tua tu.” Bebel Ryzal. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Dia mengakui ada betulnya juga yang diberitahu oleh Ryzal itu. Mama seorang yang pentingkan darjat. Mana mungkin wanita itu akan merestui perkahwinan itu.
“Macam-mana kau boleh beritahu nama Rina pulak? Mana kau dapat nama tu?” soal Ryzal. Riezq menjungkitkan bahu. Pada masa itu spontan sahaja bibirnya menyebut nama itu apabila disoal oleh mamanya.
“Aku tembak je. Masalah sekarang ni di mana aku nak cari ‘my Rina’?”
Wajah Riezq yang berserabut di pandang. Timbul rasa kasihan melihat keadaan Riezq yang ketara tertekan.
“Apa kata kau bawa aje ‘Rina’ tu jumpa mama kau” ujar Ryzal. Riezq memandang sahabatnya Tidak dapat menangkap maksud sahabatnya itu.
“Maksud aku kau cari seorang perempuan untuk menyamar sebagai isteri kau. Kau bawa dia jumpa mama kau. Lepas tu kau cakap yang kau nak pindah. Rahsia kau takkan pecah punya. Macam-mana?”
“Maksud kau upah orang untuk menyamar?” soal Riezq. Ryzal mengangguk smbil tersenyum penuh makna. Senyuman itu disambut oleh Riezq.
“Baguslah idea kau Zal. Tapi mana kita nak dapatkan orang yang nak menyamar tu?” soal Riezq kemudian.
“Yang tu kau jangan bimbang. Apa yang penting kau beritahu mama kau yang isteri kau belum bersedia lagi tunggulah seminggu dua lagi.” Jelas Ryzal. Riezq mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan idea yang diberitahu Ryzal itu akan berjalan dengan lancar. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Mama tidak akan dapat mengawal Riezq lagi. Bisiknya.
*************************************************************************
KETUKAN di pintu tidak dihiraukan sebaliknya dia begitu tekun menghadap fail di depannya. Sepanjang dia bercuti selama dua minggu ini banyak benar kerja yang harus diselesaikannya. Sikap mama pula belakangan ini begitu pelik. Mama sudah jarang-jarang menegurnya. Mungkin masih marah kerana hal hari itu. Namun dia tidak ambil pusing.
“Encik Riezq, orang yang akan ditemuduga tu dah sampai. Boleh dia masuk?” soal setiausahanya, Nita.
“Hari ni ke?” soalnya kembali. Nita mengangguk.
“Okey let her come in.” ujarnya dan mencapai fail yang di bawa oleh Nita tadi. Dia meneliti fail tersebut. Terdengar pintu dikuak namun dia tidak mendongak.
“You can sit” ujarnya tanpa memandangnya.
“Okey miss……….” Kepalanya didongakkan. Matanya terbuntang melihat perempuan di hadapannya.
“Awak??” mereka sama-sama bersuara. Riezq kembali meneliti fail di tangannya. Kemudian dia mengeluh.
“Okey miss Rania Qyrina, I think we can start our interview.” Ujar Riezq tenang. Wajah perempuan di hadapannya di pandang.
“What do you want to know, encik Riezq?” soal Rania Qyrina.
“Erm, what should I call you?” soal Riezq kembali.
“Just Qyrina.”
“Cik Qyrina, awak diterima bekerja di sini. Bila awak boleh masuk kerja?” soal Riezq. Rania Qyrina terkedu.
“Tapi encik Riezq belum interview saya lagi.” Ujarnya serba salah.
“Saya tak perlu temuduga awak. Saya yakin awak boleh buat kerja awak, cik Qyrina.” Ujarnya. Dia tersenyum. Qyrina hanya mengangguk. Dia mengucap syukur dalam hatinya. Akhirnya dia mendapat pekerjaan setelah berbulan-bulan menganggur.
“Terima kasih encik Riezq. Esok saya akan datang bekerja.” Ujar Qyrina.
“Okey you can go now. See you tomorrow, miss Qyrina.” Ujarnya. Qyrina mengangguk dan berlalu meninggalkan ruang pejabat lelaki itu. Dia benar-benar gembira.
Riezq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tidak disangka dia akan bertemu dengan perempuan itu di sini dan perempuan itu pula bekerja untuknya. Dunia ini memang kecil. Dia kembali memerah otaknya. Sepanjang dia berada di London rasanya dia tidak pernah melihat perempuan itu. Tetapi wajah perempuan itu seperti pernah dilihatnya sebelum mereka bertemu di kampong Ryzal. Tapi di mana? Akhirnya dia tidak menghiraukan hal itu dan menyambung tugasannya.
Ketukan di pintu mematikan kerjanya. Dia mendongak. Wajah Nita di pandang.
“Tan Sri nak jumpa.” Ujar Nita.
“Bila?” soalnya.
“Sekarang.” Ujar Nita. Dia mengangguk. Ada apa hal papa ingin berjumpanya? Dia mengemas fail yang bertaburan di atas mejanya. Langkahnya dipercepatkan ke bilik papanya. Pintu diketuk sebelum dia masuk. Dia duduk berhadapan papanya. Lelaki itu sedang tekun meneliti sebuah fail.
“Papa ganggu Riezq buat kerja ke?” soal Tan Sri Tengku Omar.
“Tak adalah. Riezq baru lepas temuduga seorang pekerja baru tadi. Ada apa papa nak jumpa Riezq ni?” soalnya.
“Papa nak tanya Riezq pasal hari tu. Bila Riezq nak bawa isteri Riezq tu datang jumpa kami? Mama Riezq dah bising. Memang mama tak suka dengan apa yang Riezq buat tu tapi Riezq jangan ambil hati dengan sikap mama. Riezq kan kenal mama tu macam-mana. Lagipun mama masih dalam keadaan terkejut. Papa pun tak suka apa yang Riezq dah buat tapi benda dah terjadi.” Ujar Tan Sri Tengku Omar lembut. Dia tahu Riezq anak yang baik tetapi kadang-kadang suka memberontak. Sejak kecil lagi Riezq dimanjakan oleh keluarga lebih-lebih lagi oleh Puan Sri Tengku Zawiyah.
“Dalam masa yang terdekat ni. Lagipun Riezq nak uruskan beberapa hal dulu sebelum bawa dia jumpa keluarga kita. Tapi papa kena tolong Riezq.” Ujar Riezq.
“Apa dia?” soal papanya.
“Mama tentu tak suka dengan pilihan Riezq. Riezq cuma harap papa boleh defend Riezq. Mama tu garang nanti dia tunjuk sikap garang tu depan Rina pulak.” Ujarnya. Tan Sri Tengku Omar mengangguk. Papanya tersenyum.
Riezq tersenyum. Dalam hati dia berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang dirunsingkan ialah di mana harus dia cari perempuan yang sanggup bersubahat dengannya. Jika hal ini terbongkar pasti mamanya akan memaksanya berkahwin dengan anak kawannya. Dia harus berjumpa dengan Ryzal secepat mungkin. Hanya Rizal yang dapat menyelamatkannya sekarang.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers