HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 4



Makanan di atas meja langsung tidak disentuh. Dia hanya menguis-nguis makanan itu. fikirannya tidak di situ. Dia asyik memikirkan tentang nasib yang bakal di tempuhnya di syarikat itu nanti. Bagaimana dia harus bekerja dengan orang yang dia tidak suka? Tambahan lagi lelaki itu sering mengganggu dia. Membelikan makanan tengahari untuk dia, membuat air dan sebelum pulang tadi dia yang harus mengemaskan meja lelaki itu. Dia bukannya setiausaha lelaki itu. Dia adalah penolong pengurus. Bencinya………..
“Kenapa ni Qyrina?”
Dia tersentak apabila suara ibu saudaranya memecah kesunyian
“Hah.”
Wajah ibu saudaranya dipandang.
“Qyrina ada masalah ke?” soal ibu saudaranya. Dia mengukir senyuman hambar.
“Tak adalah ibu Lina. Qyrina okey je.” Sangkalnya. Takkanlah dia mahu memberitahu perkara kecil itu kepada ibu saudaranya. Dia tersenyum lagi. Kali ini lebih manis. Berharap ibu Lina akan mengerti.
“Macam-mana kerja, okey?” soal ibu Lina. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Macam tak suka je ni. Ada masalah ke?”
Qyrina Rania ketawa kecil. Cuba untuk menutup kegelisahan di hatinya.
“Tak adalah ibu Lina. Semuanya okey. Rakan sekerja semuanya baik. Bos pun baik.” Ujarnya. Ibu Lina mengangguk.
****************************************************************************
Wajah lelaki dihadapannya dipandang geram. Tidakkah lelaki itu mengerti bahawa dia tidak suka diarah dengan benda-benda yang bukan berkait dengan bidang kerjanya. Lagipun dia baru bekerja di sini selama dua hari. Semua kerja yang dilakukannya selama dua hari ini langsung tidak ada kaitan dengan jawatan yang dipohonnya. Buat air, kemas meja. Dua hal itu je yang dia kena lakukan. Rimaslah………..
“Cik Qyrina!” panggilan itu menyentaknya ke alam nyata.
“Apa?” soalnya sedikit kasar. Terlupa lelaki yang berada di hadapannya itu adalah bosnya.
“Petang ni ikut saya.” Ujar Riezq.
“Ke mana?” soalnya. Nada suaranya kembali normal. Tidak seperti tadi.
“Ikut jer.” Ujar lelaki itu dan berlalu. Qyrina Rania menggigit bibir bawahnya. Geram dengan sikap tak endah lelaki itu. tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Petang ini tu pukul berapa? Sekarang dah pukul 3 petang lagi dua jam waktu pejabat akan tamat. Takkanlah lelaki itu mahu menggunakan waktu di luar pejabat pula?
Dia mendongak apabila pintu biliknya diketuk. Wajah Hariz dari bahagian sumber manusia terjengul di hadapannya. Dia tersenyum.
“Boleh I masuk?” ujar Hariz.
“Oh sorry lupa pulak. Masuklah.” Ujarnya. Lelaki itu melangkah dan menarik kerusi di hadapannya.
“I ganggu you ke ni?” soalnya.
“Eh tak adalah. Ada apa En.Hariz datang jumpa saya ni?”
“Qyrina kan saya dah cakap jangan berencik dengan saya. Lagipun panggilan tu formal sangat. Pangkat saya pun tak adalah tinggi sangat.” Ujar Hariz. Qyrina Rania hanya mampu tersenyum. Hariz adalah lelaki pertama yang berani menegurnya di sini. Lagipun dia senang dengan lelaki ini yang tidak banyak karenah.
“Oh, actually saya datang ni ada hal sikit. Pasal maklumat peribadi yang awak bagi pada saya semalam.” Ujar hariz.
“Kenapa, ada apa-apa masalah ke?” soalnya sedikit cemas. Hariz dilihat sedikit tersenyum.
“Tak adalah besar sangat. Saya tak tahulah sama ada awak lupa ke tak tapi awak tak tulis no telefon awak. Semua pekerja diwajibkan mencatat no telefon untuk kepentingan syarikat. Lainlah kalau awak tak ada telefon.” Tambahnya. Qyrina Rania tersenyum kelat. Dia bukan terlupa memasukkan no telefonnya tetapi dia memang tidak suka memberikan no telefonnya kepada sebarangan orang.
“Saya minta maaf. Saya terlupa kot.” Ujarnya sambil tersengih. Dia mencapai fail yang dihulurkan oleh Hariz dan mengisi ruangan yang kosong itu.
“Okeylah saya tak nak ganggu awak. Saya pergi dulu kalau ada masa kita lunch bersama nak tak?” soalnya.
“Saya tak kisah bila-bila pun saya free.” Ujarnya jujur. Hariz tersenyum mendengar jawapannya.
“Ehem.”
Mereka berdua berpaling apabila terdengar suara orang berdehem.
“Ada apa En.Riezq?” soal Rania Qyrina.
“Jom lah.” Ujarnya. Rania Qyrina mengerutkan dahinya. Tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu.
“Apa?” soalnya bodoh. Riezq kelihatan menarik nafas. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Hariz.
“Ha, Hariz awak tak ada kerja ke?” soalnya tiba-tiba. Hariz kelihatan serba salah.
“Saya dah selesai. Saya pergi dulu.” Ujar Hariz dan berlalu. Pandangan jatuh pada Rania Qyrina. Dia menelan liur.
“Awak ni memang dah nyanyuklah Qyrina. Takkanlah dah lupa apa yang saya pesan tadi.” Ujarnya. Hilang sudah panggilan cik dipangkal namanya. Rania Qyrina pula telah memerah wajahnya mendengar kata-kata lelaki itu.
“En.Riezq tak berhak nak cakap saya macam tu” ujarnya geram.
“Kenapa pulak saya tak boleh nak cakap macam tu? Awak ingat tak apa yang saya pesan pada awak tadi?” soal lelaki itu lagi. Rania Qyrina terdiam sebentar. Kepalanya cuba mengingati sesuatu. ‘Petang ni ikut saya’. Tiba-tiba ayat itu berlegar di dalam kepalanya. Dia menelan liur. Wajah bosnya dipandang.
“Sorry.” Dia benci apabila dia yang terpaksa menuturkan kata itu.
“Cepatlah kita dah lewat ni.” Ujar Riezq. Wajahnya serius. Dia berlalu. Rania Qyrina mengekori langkah lelaki itu. Mulutnya terkumat-kamit menuturkan sesuatu yang tidak jelas. Langkahnya terhenti apabila terpandangkan kereta Honda cRv lelaki itu di hadapannya.
“Sebenarnya kita nak ke mana ni, En. Riezq?” akhirnya dia menyoal. Kelihatan Riezq sedang memasukkan beberapa buah fail dan beg sandangnya di bahagian belakang kereta. Dia tidak menghiraukan pertanyaan Rania Qyrina dan membuatkan gadis itu hilang sabar.
“En.Riezq ni dah pekak ke?” soalnya berani. Riezq memandang tepat ke arahnya. Rania Qyrina terkedu. Tiba-tiba dia menyesal menyuarakan soalan bodoh itu. rasa mahu ketuk sahaja kepalanya saat ini. Tapi kenapa pula dia merasa sesal? Tadi pun lelaki itu berkata begitu kepadanya. Rasa sesal itu harus dibuang jauh. Terutamanya dengan orang seperti Tengku Shah Riezq ini.
“Cik Qyrina, dah puas merenung wajah saya?” pantas dia menunduk.
“Cepatlah kita dah lewat ni.” Arah lelaki itu. Apa yang peliknya dia hanya menurut. Pintu belakang dibuka.
“Awak ingat saya ni pemandu awak ke?” soal Riezq. Rania Qyrina memandangnya.
“Awak bukan puan besar. Sila duduk di depan ya, cik Qyrina.” Perli lelaki itu. dia sempat mengukirkan senyuman kepada gadis itu. Dengan berat hati dia melangkah ke hadapan.
Dan sekarang mereka berada di sebuah restoran yang cantik. Rania Qyrina memandang sekeliling. Cantik. Dia menunduk memandang jam di tangannya. Beberapa minit lagi waktu pejabat akan tamat. Dia tidak kisah bekerja lebih masa tapi dia tidak suka berada dengan lelaki ini. Sentiasa resah.
“Awak mengejar masa ke cik Qyrina?” soal Riezq. Rania Qyrina diam. Nak bohong ke jujur? Dia menggeleng.
“Bila klien tu nak datang En.Riezq?” soalnya.
“Mungkin sebentar lagi. Dia cakap maybe lewat sikit. Do you have other plan?” soal Riezq. Rania Qyrina menggeleng.
“Awak nak makan ke?” soal lelaki itu lagi.
“Tak apa saya tak lapar. Kalau En.Riezq nak makan saya boleh temankan.” Ujarnya sopan. Kelihatan lelaki itu mengangkat tangan dan memesan sesuatu daripada pelayan di situ. Dia tidak ambil pusing. Dia hanya mahu cepat-cepat beredar dari situ.
“En.Riezq, saya nak ke ladies kejap.” Tuturnya. Mata lelaki itu terkebil-kebil.
“Nak buat apa?” soal Riezq. Rania Qyrina mendengus. Takkanlah aku nak buang air pun nak beritahu kau. Hish, penyibuk……….
“Kenapa, nak ikut?” lelaki itu ketawa kecil. Dengan perasaan sebal dia berlalu meninggalkan lelaki itu.
Sepuluh minit kemudian dia kembali. Kelibat klien yang diperkatakan tidak kelihatan. Takkan masih belum datang? Soalnya dalam hati
“Mereka dah sampai?” soalnya sebaik duduk.
“Mereka tak jadi datang. Ada masalah sikit. Nampaknya sia-sia je kita datang sini.”
Rania Qyrina mengeluh. Memang sia-sia selepas puas dia dikritik tadi. Dalam diam dia mengutuk klien yang mungkir janji itu. Sebab dia orang aku yang kena. Matanya menatap makanan yang terhidang di atas meja. Masih tidak terusik.
“Kenapa tak makan dulu?” soalnya.
“Saya tunggu awak.” Ujar Riezq. Anak matanya memandang wajah lelaki itu. Hatinya sedikit terusik. Nampaknya masih ada sifat baik dalam diri lelaki itu.
“Awak jangan perasan pulak. Saya cuma tak nak orang cakap yang saya ni melantak sorang-sorang je dengan makanan yang banyak ni. Sebab tu saya tunggu awak, cik Qyrina”
Rania Qyrina menahan marah. Menyesal memuji lelaki itu di dalam hati tadi. Lelaki seperti ini memang tak ada sopan santun langsung.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers