HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 5



BANTAL peluk di sebelahnya di peluk erat. Tetiba je dia teringatkan lelaki itu. walaupun dah berbulan-bulan dia masih teringatkan semua itu. mana mungkin dia akan melupakannya dengan mudah. Betullah pepatah yang pernah di dengarinya dulu. Hanya perlukan seminit untuk sayangkan seseorang. Sehari untuk jatuh cinta tapi memerlukan masa seumur hidup untuk melupakan. Tanpa sedar air matanya gugur juga walaupun dia telah bertekad untuk tidak mengalirkan air mata kerana seorang lelaki yang mungkir janji itu.
Tapi dia tetap seorang perempuan yang punya perasaan. Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan menderita. Tunang yang diharapkan meninggalkannya di saat diperlukan. Cuma dia yang masih boleh bertabah. Semuanya kerana keluarganya. Ingin sahaja dia menjerit bagi melepaskan sebak di dada. Tapi dia sedar di mana dia berada. Semua lelaki sama je. Baik bekas tunangnya ataupun bos barunya. Wait, kenapa nama mamat tu pulak yang keluar malam-malam ni? Tapi dia memang menjengkelkan. Nama je lelaki tapi perangai macam perempuan. Serba tidak kena. Ah, buat apa pulak aku melalut pasal mamat tu malam-malam ni baik aku tidur….
Dia menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhnya. Good night………..
**************************************************************************
Riezq menyemak fail yang berada di hadapannya. Sesekali kepalanya menggeleng-geleng. Dia kembali menutup fail itu. kenapa banyak sangat kesalahan yang dicatatkan. Dia mendengus. Intercom di hadapannya ditekan. Selepas selesai bercakap dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Beberapa minit kemudian terjengul wajah gadis itu di hadapannya.
“You can sit.”
Wajah Rania Qyrina dipandang. Dia tahu gadis itu tidak suka berhadapan dengannya. Mungkin kerana peristiwa di kampong dulu.
“Saya nak awak taip semula kertas kerja ni.” Arahnya. Terkebil-kebil matanya memandang fail biru di hadapannya. Tangannya mencapai fail tersebut. Dia membelek-belek isi kandungannya.
“Banyak sangat kesalahan dalam ni.” Tambah lelaki itu.
“Tapi bukan saya yang bertanggungjawab taip kertas kerja ni en.Riezq. Sepatutnya….”
“Sepatutnya bila saya suruh awak buat kerja just do it without any complained. Jangan banyak soal. That’s not good for you miss Qyrina.” Sindir lelaki itu. Rania Qyrina mendengus geram. Benci apabila dipaksa melakukan kerja yang bukan tugasnya. Tanpa menjawab kata-kata lelaki itu dia berlalu meninggalkan bilik itu. sebal di hatinya hanya tuhan yang tahu. Benci yang semakin bertambah.
Dia melemparkan fail tersebut di atas mejanya. Tubuhnya dihempas ke kerusi. Jam di tangannya hampir mencecah angka 1 t/hari. Kejap lagi waktu rehat akan muncul. Nampaknya dia terpaksa membatalkan janjinya dengan Hariz untuk makan tengahari bersama. Kerja harus diutamakan. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan lelaki itu.
****************************************************************************
DIA mendongak apabila bungkusan makanan di letakkan di hadapannya. Matanya terkebil-kebil memandang wajah lelaki tukul besi di hadapannya.
“Saya tahu awak belum makan lagi. Makanlah dulu.” Ujar Riezq lembut. Apasal pulak mamat ni? Langit nak runtuh ke?
“Saya tak suruh pun.” Ujar Qyrina. Riezq hanya tersenyum. sinis.
“Saya bukan beli sebab risaukan awak tapi saya cuma tak nak kerja yang saya beri tu tak sempat siap.”
“Saya tak nak.”
“Saya tak paksa awak tapi kerja membazir tu kerja syaitan. Jangan pulak awak nak cakap yang awak nak jadi macam tu.”
“Awak………”
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya lelaki itu telah berlalu.
“Arghhhhhhhh.” Dia menjerit perlahan. Benar-benar geram dengan lelaki yang bernama Tengku Shah Riezq itu.
***************************************************************************
HASLIZA ketawa melihat reaksinya itu. Rania Qyrina memasamkan mukanya. Mengapa semua staf di sini seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya.
“Betulla akak.” Rengeknya. Hasliza masih dalam sisa ketawa. Naik geram Rania Qyrina.
“Akak……...”
“Akak bukan tak nak percaya tapi setahu akak en.Riezq okey je dengan orang lain tapi kenapa dengan Qyrina lain pulak. Qyrina ada masalah ke dengan dia sebelum masuk kerja kat sini?” soalan Hasliza tidak dijawab. Takkanlah sebab peristiwa di kampong dulu? Tapi sepatutnya aku yang marah dengan dia. Bukan sebaliknya. Ah, memang dasar lelaki. Semuanya dia yang betul.
“Tak adalah kak Liza. Ni first time Qyrina jumpa mamat yang tak betul macam tu.” Nafinya. Hasliza menggelengkan kepalanya. Macam-macam ragam yang dapat dilihat sejak kedatangan Rania Qyrina.
“Cik Qyrina, awak ni tak ada kerja ke? Dari tadi lagi saya nampak awak asyik berbual dengan kak Liza ni. Siap ketawa lagi. Ada gosip terbaru ke?”
Masing-masing terdiam mendengar teguran yang tetiba itu. Dia lebih-lebih lagi apabila namanya yang disebut. Macam mana pulak mamat ni tetiba je ada di sini?
“Maaf En.Riezq, kak Liza pergi buat kerja dulu.” Ujar Hasliza dan berlalu meninggalkannya bersama dengan Riezq. Rania Qyrina gelisah.
“Saya pergi dulu, En. Riezq.” Baru sahaja dia ingin melangkah kakinya terhenti apabila namanya dipanggil.
“Ada saya cakap awak boleh pergi, cik Qyrina?” ujay Riezq. Rania Qyrina mengeluh. Entah apalagi yang lelaki ini ingin perkatakan. Perlahan-lahan dia berpaling.
“Ada apa lagi En.Riezq?” soalnya.
“Ikut saya kejap.” Arahnya tanpa memandang gadis itu.
“Ke mana?” soal Qyrina. Langkah kaki lelaki itu terhenti. Dia memandang Rania Qyrina.
“I know.No question.” Ujar Rania Qyrina. Mengerti kerana ayat itulah yang selalu diucapkan oleh lelaki itu.
“Saya tak berniat pun nak cakap macam tu tapi sebab awak dah cakap macam tu I just follow you.” Ujar Riezq dan berlalu. Rania Qyrina menghentakkan kakinya. Dia benar-benar geram dengan sikap selamba lelaki itu. Entah apalah malangnya bertemu dengan lelaki sebegitu.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers