HOT!!!

Tuesday, November 23, 2010

Cinta Tak Bersyarat 1



RIEZQ memejamkan matanya sambil menongkat dahi.Pedih hatinya mengenangkan kelakuan Sarah dengan seseorang yang cukup dikenalinya.Gadis itu sebenarya sudah mengetahui permusuhannya dengan Azman.Lelaki yang amat dibencinya itu walaupun mereka bersaudara.Sarah sengaja ingin menguji kesabaran hatinya.Perempuan seperti Sarah tidak layak dijadikan kekasih hati.Dia dengan senang hati mendermakan perempuan itu kepada Azman.Lagipun dia boleh mendapatkan perempuan yang lebih baik daripada Sarah.Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Shah Riezq anak lelaki tunggal Tan Sri Tengku Omar.Bibirnya menguntum senyum bangga.
“Riezq,lar tidur rupanya.”
Riezq membuka matanya.Dia bangkit dan bersila.
“Lar akak ada apa ni?”Riezq bersuara.
“Akak ketuk dari tadi lagi tak bersuara ingatkan Riezq tidur.Habis tu tadi buat apa?Berkhayal ek…”serkap Syafiqa sambil senyum.Riezq tersnyum sambil menggaru kepalanya.
“Tak adalah.Erm ada apa kak Iqa?”soalnya.
“Mama panggil makan.Biasalah anak kesayangannya tak turun makan bimbang lah orang tua tu.”gurau Syafiqa.
“Tak pelah akak Riezq dah kenyang. Makan lah dulu kalau Riezq lapar Riezq turun.Lagipun Riezq ada kerja yang nak disiapkan malam ni.Besok ada mesyuarat.”ujar Riezq.Syafiqa mengangguk.Riezq kembali merebahkan badannya ke katil.Pening kepalanya,besok ada mesyuarat dengan pihak Serbadagang.Satu benda pun dia tidak menyediakan apa-apa lagi.Dia merasa sungguh penat minggu ini.Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor telefon Rizal,sahabat dan juga merangkap PAnya di syarikat keluarganya.
“Zal,sorry ganggu kau malam-malam ni.Aku nak kau tolong letakkan fail syarikat Serbadagang atas meja aku pagi-pagi besok ek.Aku cuma bimbang terlewat je esok.Okey thanks bye bro.”dia mengeluh lega.Selesai satu kerja.Besok dia cuma perlu bersiap-siap ke pejabat sahaja.Cuma Sarah.Ah perempuan itu tidak layak berlegar-legar dalam kepalanya.Perempuan bukan seorang.Hilang satu berlambak yang akan melutut padanya.Dia tersenyum megah.
**********************************************************************
Mesyuarat pagi itu berjalan dengan lancar.Riezq menghembus nafas lega.Dia mengeluh apabila terdengar ketukan di pintu.Terjengul wajah sahabatnya, Rizal.
“Ada apa?”soalnya.Rizal tersenyum apabila menyedari kehadirannya mengganggu sahabatnya itu.Dia duduk di hadapan sahabatnya itu.
“Apa?’Soalnya lagi.
“Riezq,aku ada hal nak cakap ni.”ujar Rizal ragu-ragu.Riezq membetulkan duduknya.
“Apa dia?cakaplah cepat aku penat ni.Straight forward ok.”ujarnya.Rizal tersenyum.
“Riezq, aku nak mintak cuti lah 3 hari.Sepupu aku nak kahwin tak eloklah kalau aku tak ada.Kau pun kenalkan dengan syafiq tu.Kau jadi ke pergi?”soalan Rizal menyentak memorinya.Dia menepuk dahinya.Lupa akan jemputan ke majlis perkahwinan sepupu Ryzal.
“Ya Allah aku betul-betul lupa lah.Bila kau nak pergi?’Soal Riezq.
“Kalau boleh hari nilah,macam-mana?”Riezq menatap jam di tangannya.
“Kita bertolak dalam pukul 6 karang.Naik kereta aku tapi kau drive.Okey?”
“Jadi la cuti aku tu?”
“Yer la.Dah pergi buat kerja kau.”ujar Riezq.Ryzal mengangguk sambil tersenyum.Riezq kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.Deringan telefon mematikan kerjanya.Dia mendengus geram.Pantas di capai.
“Riezq,apa yang Riezq dah buat ni?kecoh rumah ni akak kena dengar mama berleter.Riezq balik sekarang.”ujar satu suara.Riezq menjarakkan gagang telefon daripada telinganya.
“Riezq…Riezq……..”
“Ada apa ni akak?kecoh-kecoh ni Riezq ada kat sini la.Kenapa dengan mama pulak?Mama sakit ke?semalam okey aje.”soalnya selamba.
“Bukanlah.Sarah.”ujar Syafika geram.
“Sarah?Kenapa dengan dia pulak ?dah mati?”soal Riezq dengan selamba.
“Ya Allah budak ni.Orang serius dia boleh main-main pulak.Sarah mengadu kat mama yang Riezq ada perempuan lain.Betulke?”soal Syafika.Riezq mendengus geram.Sarah tak habis-habis nak susahkan hidupnya.Kenapa menyalahkan dia atas kesalahan perempuan itu sendiri?
“Riezq dah penat la akak dengan perempuan tu.Akak tenangkan la mama tu kejap lagi Riezq balik.Ah akak,Riezq ingat nak cuti la,akak tolong kemaskan baju-baju Riezq untuk 2 minggu.”ujar Riezq.
“Apa Riezq cakap ni?Habis siapa yang nak uruskan syarikat tu nanti?Riezq jangan nak naikkan darah mama.Minggu depan baru papa balik.Mama tengah hot ni Riezq nak lari pulak.”leter Syafiqa di talian.
“Abang Iqbal kan ada.Dia boleh uruskan syarikat ni.Pleaz akak tolong Riezq.I need rest.Pleazzzzzz.”pujuk Riezq.Kedengaran Syafiqa mengeluh berat.Lemah dengan pujukan adik lelakinya itu.Padanlah ramai perempuan yang tergoda dengan adiknya itu.
“Okey but juz this time.”
“Thanks akak.okey see u at home.Bye.......”
Riezq cepat-cepat mematikan talian telefon dan mengemas fail yang berlambak di atas mejanya.Kunci keretanya di capai dan melangkah pantas.Jam baru menunjukkan ke angka 4.30 ptg.Dia tidak menghiraukannya yang penting dia dapat membolos keluar dari pejabatnya secepat mungkin. Kepalanya benar-benar terasa berserabut tika ini.
“Riezq,nak ke mana ni?”teguran seseorang mematikan langkahnya.Wajah abang iparnya dipandang.Dia mengeluh lega.
“Bang mulai besok Riezq tak ada kat pejabat.Cuti seminggu.Riezq nak mintak tolong abang uruskan syarikat ni ya.Boleh?”ujarnya.
“Kak Iqa dah cakap pada abang tadi.Erm Riezq nak ke mana?”soal Iqbal.
“Riezq ada hal bang.Erm,okey la bang Riezq pergi dulu.Anyway thanks.”ujarnya dan berlalu.
Iqbal menggeleng kepala melihat telatah adik iparnya itu.Kasihan melihat tanggungjawab berat yang dipikulnya sejak syarikat DharmaSuria ini diserahkan kepadanya.Ayah mertuanya sering dilanda sakit sejak belakangan ini.
***************************************************************************
Ryzal menyentuh bahu Riezq untuk mengejutkan lena sahabatnya itu.Sepanjang perjalanan Riezq enak dibuai mimpi.Tepat pukul 9 malam mereka akhirnya tiba di rumah saudara Ryzal.
“Riezq bangunlah.kita dah sampai ni.Riezq……..”Riezq menggeliat.Geram tidurnya diganggu.Dia mencelikkan matanya.
“Dah sampai.”ujarnya perlahan.
“Dah sampai? Pukul berapa ni?”soalnya.
“Dah pukul 9 mlm.”ujar Ryzal.Riezq menggosok matanya beberapa kali.Penat sangat terasa.
“Jomlah Riezq masuk rumah aku mak ngah aku dah tunggu kat luar tu.”ujar Ryzal.Dia keluar dan mencapai beg pakaiannya.Riezq mengekori langkah sahabatnya itu.Kelihatan ramai orang yang sedang memandang ke arah mereka.Mungkin saudara mara Ryzal.
“Mak ngah,ni Riezq kawan Zal.Syafiq mana mak ngah?”soal Ryzal.Dia menyalami tangan mak ngahnya begitu juga Riezq.
“Ada kat belakang tadi.Masuklah dulu Zal ajak kawan tu sekali.Nanti mak ngah panggil Fiq.”ujar mak ngahnya dan berlalu.Ryzal menapak masuk diikuti dengan Riezq.
“Abang Ryzal bila sampai?”soal satu suara.Ryzal dan Riezq berpaling ke arah suara tersebut.Wajah manis seorang gadis menyapa.Ryzal membalas senyuman gadis tersebut.
“Baru je Kila.Erm abang penat la boleh tak Kila tunjukkan bilik untuk abang.Ramai sangat orang ni.”ujar Ryzal.Syakila mengangguk.
“Abang duduk dalam bilik sebelah bilik abang Syafiq.Abang Zal dah makan?”soal Syakila.Ryzal mengangguk.
“Beritahu abang Fiq abang tunggu dia dalam bilik ya.”ujar Ryzal.Syakila mengangguk sebelum berlalu.Ryzal memandang Riezq yang kelihatan keletihan.Tadi dah tidur takkan letih lagi budak ni.Getusnya.
“Weh Riezq.kau ni okey ke?Penat semacam aje aku tengok.Muka kau pun nampak lesu aje.”ujar Ryzal.
“Tak ada la.Weh jom la masuk bilik,aku nak mandi.Rimas dah ni.”ujar Riezq.
“Yer la-yer la.”Ryzal menjinjing beg mereka dan menuju ke arah bilik yang di beritahu oleh Syakila tadi.Riezq hanya menurut dari belakang.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers