HOT!!!

Thursday, August 25, 2011

Cinta Tak Bersyarat 28




“Betulkah awak nak pergi bercuti,Riezq?” soalnya apabila mendekati lelaki itu. riezq mendongak. Wajah Qyrina yang manis itu dipandangnya.

“Kita berdua.” Ujar Riezq. qyrina menarik kerusi dan duduk di hadapan lelaki itu.

“Kenapa tiba-tiba je?” soalnya. Dia mula terfikir akan rancangan lelaki itu. entah kenapa dia berasa tidak tenang dengan rancangan itu. berdua dengan lelaki itu membuatkannya risau.

“Hadiah untuk perkahwinan kita.” Riezq merenung mata gadis itu. hatinya bergetar. Dia pandang kea rah lain. Bimbang gadis itu dapat membaca isi hatinya ini. ada baiknya jika hal itu di rahsiakan dahulu.

“Awak tak perlu buat semua tu. lagipun perkahwinan kita dah lama.”

“Saya nak bawa awak pergi honeymoon. Lagipun kita tak pernah pergi bulan madu kan.” Riezq sengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

“Tak naklah.” Dia menolak. Berbulan madu dengan Riezq adalah perkara yang paling dia tidak mahu fikirkan.

“Saya dah tahu awak akan menolak. Bukan pergi bulan madu. Kita pergi bercuti je. Tenangkan fikiran dan otak. Lagipun saya dah lama tak pergi bercuti. Takkanlah saya nak pergi sorang-sorang lak. Mesti mama pelik. Sebab tulah awak kena pergi dengan saya.” jelasnya panjang lebar. Qyrina diam. Otaknya ligat berfikir.

 “Alah, bolehlah Qyrina. saya betul-betul nak pergi bercuti ni.” pujuknya lagi apabila kelihatan gadis itu seolah-olah ingin menolak.

Qyrina memandang lelaki itu. akhirnya dia mengangguk. Riezq tersenyum. Akhirnya dia punya kesempatan berdua-duaan dengan gadis ini nanti.

“Saya pun nak tenangkan hati saya.” ujarnya perlahan. Riezq memandangnya. Kurang mengerti dengan kata-kata gadis itu. qyrina senyum.

“Saya cuma dah penat. Tak salah saya ikut awakkan.” Dia cuba menyorokkan keresahan hatinya terhadap lelaki itu. lagipun dia sudah berikrar akan melupakan Haris. Dia harus melupakan lelaki itu. mahu ataupun tidak dia mesti melenyapkan bayang lelaki itu daripada hidupnya.

“Awak tak ingat ke?” soal Riezq tiba-tiba.

“Apa dia?” soal Qyrina kembali. Riezq menggeleng. dia tersenyum. Sebenarnya dia mahu bertanya gadis itu peristiwa di hospital tempoh hari. Gadis itu jugalah yang menyuruhnya membawanya jauh dari sini dan kerana itulah dia memikirkan tentang percutian ini. apabila teringat akan pelukan gadis itu dan tangisannya dia jadi pelik. Apa sebenarnya masalah yang sedang dialami oleh isterinya itu?

 “Kenapa awak tak pergi kerja?” soal Qyrina.

“Saja nak temankan awak.” Riezq senyum. Qyrina membalas senyuman lelaki itu. hatinya tersentuh dengan sikap ambil berat lelaki ini terhadapnya. Walaupun sebagai kawan dia benar-benar menghargai segala-galanya. Riezq seorang lelaki yang baik. Sesiapa yang memiliki cinta lelaki itu adalah seorang yang amat bertuah.

 *********************************************************************

“Walau apa yang terjadi cinta saya hanya milik awak.”

Helmi meraup wajahnya. Dia teringat akan mimpinya semalam. Siapa gadis yang berada dalam mimpinya itu? dan mengapa dia menyarungkan cincin ke jari gadis itu? dia pasti gadis itu bukan isterinya. Perwatakan mereka berbeza. Wajah gadis itu juga kabur. Sudah berulang kali dia mimpikan perkara ini. dia mengeluh. Kepalanya terasa berdenyut.

“Kenapa ni, bang?” soal Aliya yang baru menapak masuk ke dalam bilik mereka. Helmi menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum. Aliya mendekati suaminya.

“Abang tak sihat ke?” soalnya lagi.

“Abang okey je.” Selindungnya. Dia tidak mahu membuatkan isterinya risau. Sudah agak lama sakit kepalanya tidak menyerang. Entah kenapa belakangan ini perkara itu berulang lagi?

“Liya tengok abang macam ada masalah je kebelakangan ni. ada apa-apa ke yang berlaku kat pejabat?” soal Aliya lagi.

**************************************************************

Suasana di tempat peranginan ini benar-benar mendamaikan jiwanya. Dia memeluk tubuhnya yang kedinginan disapa angin. Matanya memandang ke hadapan. Pagi-pagi lagi dia bangun dari tidur dan bersiap untuk menyaksikan panorama pagi di sini. mereka tiba di tempat ini lewat petang semalam. Tempat ini amat cantik. 

Tidak menyesal dia bersetuju dengan cadangan lelaki itu.

“Awak buat apa kat sini?” qyrina berpaling ke arah suara yang menyapanya. Riezq berdiri di sebelahnya. Kepalanya kembali terarah ke hadapan.

“Saja ambil angin.” Ujarnya. Riezq senyum. Dia memerhatikan raut wajah Qyrina. hatinya kuat mengatakan bahawa gadis ini memang telah bertakhta di dalam hatinya. haruskah dia meluahkannya sekarang?

“Qyrina,…”

“Saya lapar.” Qyrina memotong kata-katanya. Dia sengih.

“Jom kita pergi makan.” Ajak gadis itu. riezq mengangguk. Mereka beriringan melangkah meninggalkan tempat tersebut. riezq memilih tempat duduk yang berhadapan dengan kawasan pantai. Pemandangannya juga indah. Setelah memesan makanan mereka ralit menyaksikan ombak yang bergulung. Terdapat beberapa orang yang sedang berjalan menyelusuri pantai waktu itu.

“Terima kasih, Riezq.” dia berpaling menghadap lelaki itu.

“For what?” soal Riezq.

“Bawa saya ke sini. suasana kat sini mendamaikan hati saya. udaranya pun nyaman.” Qyrina senyum. Dia membalas senyuman gadis itu.

“Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak.” Riezq cuba menyusun kata. Dia menelan liur. Jantungnya 
 berdebar-debar. Qyrina menanti lelaki itu berkata-kata.

“Qyrina, saya cin….”

Kata-katanya mati apabila pelayan membawakan makanan yang dipesannya. Dia menggigit bibir. Kacau betul. Marahnya dalam hati.

“Apa yang awak nak cakap tadi Riezq?” soal Qyrina apabila pelayan tadi berlalu. Riezq mengeluh. Tadi dia dah confident sikit. Sekarang semangatnya mengendur pula. Dia menggeleng. tangannya mencapai sudu dan garpu.

“Cakap jelah.” Ujar Qyrina lagi. Dia yakin Riezq memang hendak memberitahunya sesuatu tadi.

“Makanlah. Tadi cakap lapar.” Riezq menyuap makanan ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan gadis itu. qyrina mencebik. Tak pasal-pasal nak marah. gerutunya dalam hati.

Riezq mengeluh. Kenapalah banyak sangat halangan untuknya berterus-terang? Dia harus memilih tempat yang sesuai supaya tiada sesiapa yang akan menganggunya nanti. Dia harus mempastikan misinya berjalan dengan lancer. Walau apapun dia harus meluahkan perasaanya kepada Qyrina di tempat ini. dia tidak mahu lagi melengah-lengahkan perkara tersebut.

***************************************************************

Qyrina berjalan menyelusuri pantai. Kakinya menguis-nguis pasir. Sebentar lagi senja akan menjelma. Dia benar-benar berharap dapat menyaksikan panorama senja yang cantik dan juga melihat matahari terbenam.

“Qyrina.” dia berpaling ke belakang. Riezq lagi. Hari ini lelaki itu sering mengekorinya ke mana sahaja dia pergi. Langsung tidak membiarkannya sendirian. Dia mengeluh.

“kenapa tak tunggu saya?” soal lelaki itu termengah-mengah.

“Kenapa pulak kena tunggu awak?” soalnya pula. Dia kembali meneruskan langkahnya.

“Takut awak sesat.” Dia tersengih. Qyrina mencebik. Ingat aku budak-budak ke?

“Saya takkan sesatlah.”

“Manalah tahu.” Tambah Riezq.

“Awak nak apa?” dia berhenti. Badannya menghadap lelaki itu.

“Nak awak.” Ujarnya separuh bergurau. Qyrina merengus. mamat sewel. Kutuknya dalam hati. Riezq ketawa melihat wajah Qyrina yang mendongkol marah.

“Jangan kacau saya boleh tak?”

“Mana ada saya kacau awak.” Jawabnya. Dia sengih. Asyik sengih je mamat ni. mahu sahaja dia mengetuk kepala lelaki itu.

“Saya nak tengok matahari terbenam je.” Riezq bejalan mendahuluinya. Qyrina menggigit bibir. Geram betul dengan perangai mamat tu. selamba je nak kenakan orang. Lambat-lambat dia mengekori langkah lelaki itu.

“Eh ketamlah.” Qyrina bersuara. Riezq berpaling.

“Mana?” soalnya.

“Tu. cepatlah tangkap, Riezq.”

“Nak buat apa?”

“Alah tangkap jelah. Please.” Rayuan gadis itu melemahkannya. Dia tunduk cuba menangkap anak ketam tersebut. tetapi anak ketam itu berlari pula.

“Cepat Riezq.” ujar Qyrina. excited pula dia melihat lelaki itu cuba menangkap anak ketam tersebut. kelakar pun ada. Dia ketawa kecil apabila Riezq termengah-mengah. Lelaki itu bercekak pinggang melihat Qyrina ketawa.

“Penatlah.” Ujarnya.

“Eh tu kat belakang awak.”

Riezq berpaling ke belakang dan menjatuhkan badannya. Qyrina mendekati lelaki itu. dia duduk di hadapan lelaki itu.

“Macam-mana?” soal Qyrina. riezq mengangkat tangannya.

“Hebatlah awak, Riezq.” dia tersenyum melihat lelaki itu berjaya menangkap binatang tersebut. Riezq gembira mendengar pujian gadis itu. tak sia-sia dia berhempas pulas untuk melihat gadis itu tersenyum dan ketawa.

“Rania Qyrina, saya sayang awak.” Tanpa berfikir panjang dia menuturkan ayat tersebut. qyrina terkesima. Dia memandang Riezq. mata mereka berlaga. Entah mengapa dia merasakan bahawa kata-kata lelaki itu serius. Dia menelan liur. Cakaplah sesuatu Qyrina. hatinya menjerit. Dia tidak suka dengan situasi ini.

“Ahhh.”

Jeritan lelaki itu mengembalikannya ke alam nyata. Dia memandang Riezq yang sedang menggosok tangannya.

“Kenapa?” soalnya sedikit panik.

“Jahat punya anak ketam.” Dia membebel sendiri. Qyrina tersenyum kecil.

“Cantiknya.” Dia turut memandang arah yang sama. Memang cantik. Getusnya dalam hati. Mereka sama-sama menyaksikan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan itu. dalam diam otak Qyrina ligat memikirkan kata-kata lelaki itu tadi. Apa maksud Riezq menyatakan perkara sebegitu? Dan kata-katanya juga kelihatan serius. Langsung tidak ada tanda-tanda lelaki itu ingin bergurau seperti yang lepas-lepas.

***********************************************************

Fazira memandang wajah Kak Liza yang sedang tekun menyusun fail-fail. Wanita itu langsung tidak menghiraukannya. Dia merengus geram.

“Kau ni kenapa, Fazira. macam ayam berak kapur je.?” soal Kak Liza. Dia berhenti melakukan kerjanya tadi.

“Bila Cik Qyrina nak balik sini?” soalnya. Sudah lima hari gadis itu tidak hadir ke pejabat. Menurut Encik Ryzal empat hari lepas Encik Riezq dan Cik Qyrina bercuti ke pulau Langkawi.

“Nanti dia datanglah.” Ujar Kak Liza. Fazira mengeluh.

“Kenapa?” soal Kak Liza.

“Tak sangkakan rupa-rupanya Cik Qyrina tu sebenarnya isteri bos kita. Hurm.”

“Frust ke, Zira.” Gurau wanita itu. dia ketawa kecil.

“Takdelah kak. Cuma tak sangka. Nasib baik saya tak ada mengata suami dia.”

“Itulah pasal. Rasanya kita takdelah mengata pasal Encik Riezq cuma akak rasa Qyrina je yang mengutuk suami dia.”

“Dia nak cover lah tu, Kak.” Ujar Fazira. betul juga. Patutlah selama ini Qyrina selalu merungut tentang bos mereka. dia juga seperti tidak menyukai Riezq. menjadi betul lakonan mereka berdua.


QYRINA mengemas baju-bajunya dan memasukkan ke dalam beg pakaiannya. Hari ini mereka akan bertolak balik. Terasa sekejap je masa sepanjang mereka berada di sini. dia benar-benar gembira dengan percutian mereka ini. tidak sia-sia dia mengikut Riezq ke sini. dia teringat peristiwa semalam. Untuk apa lelaki itu berkata sedemikian? Adakah dia hanya bergurau? Mengapa pula kepalanya terlalu memikirkan soal itu? dia menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan nama lelaki itu dari mindanya.

“Kenapa?”

Qyrina tersentak dengan suara itu. dia memandang Riezq yang baru muncul. Bila pulak mamat ni ada kat sini?

“Tak ada apa-apa.” Ujarnya. Dia kembali mengemas baju-bajunya. Tetapi ekor matanya memerhatikan tingkah laku Riezq.

Riezq berpura-pura mengemas baju-bajunya. Otaknya ligat memikirkan bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada Qyrina. dia harus meluahkannya sebelum mereka pulang. Tanpa sedar dia mengeluh.

“Kenapa?” soal Qyrina. riezq berpaling ke arahnya. Dia mendekati gadis itu. dada Qyrina berdebar. Kenapa pulak ni? soal hatinya.

“Qyrina…” langkahnya terhenti apabila mendekati gadis itu. Qyrina memandangnya. Riezq melutut di hadapannya. Qyrina menelan liur.

“Awak okey tak ni?” qyrina cuba menyedarkan lelaki itu. dia pelik dengan kelakuan lelaki itu yang tiba-tiba.

“Em, saya nak ke tandas.” Qyrina berdiri. Dia cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan lelaki itu. entah kenapa dia takut untuk mendengar tutur kata dari Riezq.

“Please listen.” Riezq menarik tangan Qyrina. dia tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia memandang Riezq. mata mereka bertentangan.

“Qyrina walau apa yang akan awak dengar dari mulut saya ni saya harap awak akan dapat menerimanya. I’m deadly serious now.” Katanya dengan wajah yang serius. Qyrina menelan liur. Pelik dengan kelakuan Riezq. lelaki ini tidak pernah berkelakuan seperti ini.

“Rania Qyrina, saya dah jatuh cinta dengan awak.” Tung! Dia seperti berasa ada seketul batu yang terkena kepalanya. Kenyataan lelaki itu benar-benar mengejutkannya. Matanya berkelip-kelip memandang lelaki itu. apa yang harus dilakukannya? Mungkin lelaki ini bergurau? Ahh, bukankah dia juga yang mengatakan dia benar-benar serius tika ini.

“Riezq…”

“I just want you to know it.” Ujar Riezq perlahan. Mata lelaki itu menunjukkan bahawa dia benar-benar ikhlas menuturkannya.

“Awak belum check out lagi kan. Biar saya yang buat.” Ujarnya dan berlalu meninggalkan lelaki itu. riezq megeluh apabila Qyrina menghilang dari bilik mereka. dia terduduk di atas lantai.

“Salahkan apa yang aku buat ni?” soalnya sendiri. dia jadi bimbang dengan reaksi gadis itu. mungkin Qyrina akan menjauhkan diri darinya nanti. Dia tidak mahu itu terjadi.

Qyrina melangkah laju. Dadanya berdebar kencang. Peluh mula mengalir. Betulkah apa yang didengarinya tadi? Mungkin lelaki itu sendiri tidak menyedarinya ataupun dia hanya ingin mengenakannya? Ishh, gilalah macam ni. rungutnya dalam hati.

“Ouch.” Tanpa disedari tubuhnya terlanggar seseorang. Agak kuat sehingga meneyebabkannya terjatuh. Dia menyeringai kesakitan.

“I’m really sorry. You okey tak ni?” ujar satu suara. Qyrina mendongak. Wajah lelaki di hadapannya dipandang. Tetapi sekejap Cuma. Dia berdiri.

“It’s okey. Not your fault.” Ujarnya. Lagipun memang bukan salah lelaki itu. dia yang terlalu berkhayal.

“Excuse me.” Dia kembali mengatur langkah.

“Cik.” Panggilan lelaki itu mematikan langkahnya. Dia kembali memandang lelaki tadi. Lelaki itu mendekatinya. Agak familiar pula wajah lelaki tersebut.

“You Nia kan?” dia mengerutkan keningnya. Agak pelik apabila ada orang memanggilnya dengan nama tersebut. hanya dua orang yang memanggilnya dengan nama itu. seorang ibunya dan seorang lagi ialah lelaki itu. siapa pula lelaki ini. Dia cuba memerah otak mengenali lelaki yang berada di hadapannya.

“Rania, right?” soal lelaki itu lagi. Lambat-lambat dia mengangguk.

“You look totally different. Especially with your tudung. Tak ingat?” keramahan lelaki itu tidak dapat membuatkannya mengingati lelaki itu.

“Faiz.” Ujar lelaki itu. dan nama tersebut tiba-tiba agak familiar dengannya. Ahmad Faiz. Seniornya ketika di sekolah menengah dahulu.

“Kawan your fiancé. Ingat?” lambat-lambat dia mengangguk. Mana mungkin dia tidak mengingati nama lelaki ini. Ahmad Faiz merupakan sahabat baik Haris dahulu.

“Tak sangka dapat jumpa you kat sini. dah lama sangat tak jumpa you and Haris.” Ujar faiz lagi. Rasanya mahu sahaja dia lenyapkan dirinya dari situ. Dia tidak mahu berhadapan dengan seseorang yang mengingatkannya dengan lelaki itu.

“Sorang je ke?” soal Qyrina.

“Dengan wife. You honeymoon ke?” gurau Faiz. Dia senyum. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya.

“Tak sangka kahwin juga you dengan Haris. Panjang betul jodoh you dengan dia. I lost contact dengan dia lepas dia accident dulu. Susah juga nak jejak dia. I pun tak tahu kenapa dia menghilang. Syukurlah dapat jumpa you. I betul-betul nak jumpa dia. Dia mana?” qyrina terkesima. Haris accident? Bila?

“Bila dia accident?” soalnya. dia hairan. Rasanya dia tidak tahu tentang hal itu. sepanjang pertunangan mereka dahulu rasanya Haris tidak pernah mengalami kemalangan. Dan kenapa dia boleh lost contact dengan kawan baiknya? Itu yang lebih pelik. Haris dan Faiz ibarat adik beradik. Takkan Ahmad Faiz tidak mengetahui tentang perpisahannya denga Haris dan perkahwinan lelaki itu dengan Aliya?

“Takkan you tak tahu.” Ahmad Faiz memandang wajah gadis itu. qyrina menggeleng.

“Rasanya dua tahun lepas. Masa tu you kat oversea lagi. Erm, maybe dia tak nak you tahu. Takkan sampai sekarang dia tak cakap.” Kata Faiz lagi.

“Faiz, betulkah you dah tak berhubung dengan Haris?” soal Qyrina. faiz mengangguk.

“Masa dia kemalangan I tak ada kat kampong. I ada kerja kat luar daerah. I dapat tahu dia kemalangan pun dari kawan-kawan yang lain. Mereka cakap teruk jugalah kecederaan dia. Bila I balik dia dah tak de kat kampong. Family dia pun. I cuba contact dia pun tak dapat. Macam tu jugalah dengan kawan-kawan yang lain.” Terang lelaki itu lagi. Qyrina diam. Apa yang terjadi kepada Haris? Mengapa dia menghilangkan diri dari semua orang? Begitu juga dengan dirinya.

“I kena cepat ni. nice to meet you.” Ujar Qyrina dan memulakan langkah. Otaknya kembali memikirkan tentang Haris. Apa sebenarnya yang disorok oleh lelaki itu? misteri apa sebenarnya yang terjadi di sebalik kehilangan lelaki itu dulu?

“Boleh bagi I phone contact Haris?” laungan Faiz menghentikan langkahnya.

“He’s not my fiancé anymore.” Ujarnya dan berlalu. Faiz mengerutkan keningnya. Kurang mengerti dengan kata-kata gadis itu.


p/s: please leave a comment if u satisfied and any suggestions are really helpful..tq

5 comments:

  1. xsuke watak rina.gelabaah je..biarlah riezq jmp gurl len!padan dgn muka rina nti..huhu,emo sudaaaa..

    ReplyDelete
  2. err..family alia ade buat pape ke kt haris tu?alamak...npe rina cm nk lari je bile riezq kata cinta dia?huuu...hrp2 ape pn jd lpas ni riezq xcepat melatah n putus asa...n hrp2 gk rina mmg betul2 nk lupekan haris...even kalau ade cerita disebalik kehilangan haris tu akan mendedahkan sesuatu yg xdisangka...harap2 rina akan still jd isteri riezq...alahai...rahsia yg rina ade mk lg parents riezq xtw kn...huu...byk nye lakonflik..aih

    ReplyDelete
  3. huhu awat glabah sgt. accept je lah cinta tu, hehehe. smpi tersalah sebut check out jadi check in.hehehe nak duduk kat langkawi lagi lama ke rina?hahaha gatal sudah.
    oh ye, i just wanna you to know tu salah grammar it should be 'i just want you to know. sebab 'wanna' tu maksud dia 'want to' lepas perkataan 'to' takleh letak 'pronoun' dah. klo ayat simple, lepas 'to' selalu diletak dengan kata kerja(verb)dan tak boleh letak apa2 dah, kena letak root word sahaja(tak boleh tambah -ing, -ed, -s).

    ReplyDelete
  4. tq atas komen2 tersebut. insyaAllah sy akan improve lagi apa yg kurang dlm diri ini dlm penulisan sy

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers