HOT!!!

Tuesday, August 9, 2011

Cinta Tak Bersyarat 25



Qyrina menggayakan jubah moden yang tersarung di badannya di hadapan cermin. Dia agak berpuas hati dengan pilihan lelaki itu. saiz yang dipilihnya pun sesuai dengan tubuhnya. Tidaklah terlalu ketat dan longgar. Hatinya jatuh suka dengan jubah yang berwarna coklat ini. dia tersentak apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Dia membuat muka selamba.
Riezq tersenyum. Qyrina kelihatan ayu memakai jubah tersebut. manis sekali di matanya. Tepat sekali pilihannya.

“Thanks.” Ucap Qyrina.

“Jangan lupa pakai baju ni besok.” Ujar Riezq mengingatkan kembali. Besok adalah hari ulang tahun syarikat mereka dan juga hari yang terpenting buatnya. Dia akan mengenalkan gadis itu kepada umum sebagai isterinya. Dia mencapai baju-bajunya.

“Awak nak ke mana tu?” soalnya apabila gadis itu melangkah ke bilik air.

“Salin baju.” Ujarnya.

“Salin je kat sini.” Guraunya. Qyrina menarik muka masam. Dia melangkah ke bilik air tanpa menjawab kata-kata lelaki itu. memang sewel. Marahnya.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dengan pijamanya. Riezq sedang berbaring di atas katil.

“Saya nak tidur.” Dia memandang Riezq. berharap agar lelaki itu akan memahami maksudnya.

“Tidurlah.” Ujar Riezq selamba. Qyrina menjengilkan matanya.

“Habis awak ada kat situ macam-mana saya nak tidur?” marahnya.

“Katil ni punyalah besar. Kalau tidur sepuluh orang pun takpe. Apa salahnya kalau saya tidur sekali atas katil ni. lagipun badan saya selalu sakit-sakit sebab tidur atas sofa tu.” Dia berharap agar Qyrina akan bertimbang rasa sedikit. Dia benar-benar tidak suka tidur atas sofa tersebut.

“Tolonglah Qyrina. saya janji takkan sentuh pun badan awak. Kalau awak tak percaya awak letaklah bantal kat tengah ni. Please.” Dia membuat muka simpati. Berharap agar Qyrina akan menyetujuinya. Qyrina berfikir seketika. Dia jadi kesian dengan lelaki itu. memang sejak mereka duduk sebilik lelaki itu selalu tidur di atas sofa. Tetapi dia tidak mahu berkongsi katil dengan lelaki itu.

“Awak janji jangan dekat dengan saya. jangan sentuh badan saya.”
Riezq mengangkat sebelah tangannya. qyrina mencapai sebiji bantal peluk dan di letakkan di tengah-tengah.

“Awak jangan melebihi kawasan saya.” dia memberi amaran sekali lagi. Riezq mengangguk-angguk. Dia geli hati dengan kata-kata gadis itu. Rasa mahu sahaja dia ketawa tetapi dia tidak mahu gadis itu mengusirnya pula. Dia benar-benar tidak mahu tidur di atas sofa lagi.

*********************************************************************
Entah mengapa hatinya tidak tenang sejak tadi lagi. Qyrina cuba memberikan perhatian dengan kerja-kerjanya. Dia membelek-belek fail yang dipegangnya. Tiada satu pun yang melekat dalam kepalanya. Akhirnya dia menutup fail tersebut. dia mendongak apabila pintu biliknya diketuk. Wajah Elisa yang tersengih menbuatkannya sedikit lega. Elisa duduk di hadapannya.

“Kenapa wajah kau tegang je ni?” soal Elisa.

“Entahlah. Aku rasa tak sedap hatilah.” Ujarnya. Elisa hanya tersenyum.

“Mungkin sebab malam ni identity kau akan terbongkar kot.” Gurau Elisa. Dia mengeluh. Mungkin tapi seperti ada sesuatu yang akan terjadi selain daripada identitinya itu.

“Jangan risau sangat.” Pujuk Elisa. Dia mengangguk.

“Kau datanglah awal Lis.” Pesan Qyrina lagi. Elisa mengangguk. Dia pasti akan hadir seawal mungkin untuk melihat babak yang menarik ini.

“Suami kau mana?” soal Elisa.

“Siapa?” soal Qyrina kembali. Dia bingung.

“Dah hilang ingatan ke? Riezqlah sape lagi. Takkan kau ada suami lain kot.” Marah Elisa. Qyrina menepuk dahinya. Lupa pulak dengan perkara tersebut. dia tersengih.

“Dalam bilik dialah kot.” Qyrina kembali membuka fail tadi. Kerja apa lagi yang harus diselesaikannya?

“Ada hal apa kau datang ni?” soal Qyrina kepada Elisa.

“Saja nak jumpa kau. oh, aku nak beritahu kau something ni. Hari tu aku jumpa lelaki yang mirip Haris.” Kata-kata Elisa membuatkannya terkesima.

“ Kau ingatkan aku pernah tertengok gambar dia dalam buku kau dulu. Aku tak pasti dia ke atau orang lain.” Ujar Elisa. Dia cuba mengingati wajah lelaki yang dilihatnya tempoh hari.

“Bila?” soal Qyrina. hatinya berdebar kencang.

“Dua hari lepas. Muka lelaki tu memang nak sama dengan Haris tapi…” kata-katanya mati di situ.

“Tapi apa?” soal Qyrina ingin tahu. Adakah betul lelaki yang di temui oleh Elisa itu adalah Haris? Kalau benar maknanya tidak lama lagi dia akan berjumpa dengan lelaki itu. kuala lumpur bukanlah sebesar mana.

“Aku cuba tegur dia tapi dia buat tak tahu je. Mungkin aku salah orang. Tapi lelaki tu memang nak sama dengan Haris.” Tambahnya. Qyrina mengeluh. Mungkin Elisa tersalah orang. Semangatnya mengendur tiba-tiba.

“Qyrina, boleh aku tanya sesuatu?” soalnya teragak-agak.

“Kalau suatu hari Haris kembali macam-mana?” soalan Elisa membuatkannya terkedu. Bagaimana jika Haris benar-benar muncul nanti? Apakah reaksinya nanti?

“Apakah kau akan tinggalkan Riezq?”

“Entahlah Lis. Aku tak nak fikir pun pasal tu sebab Haris takkan muncul depan aku. Dah lama aku berdoa agar aku akan bertemu dengan dia tapi….”

“Qyrina kenapa kau masih tunggu dia? Bukankah dia yang tinggalkan kau.”

Qyrina mengeluh. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh menjadi terlalu setia begini.

“Entahlah. Tapi kehilangan Haris tu menjadi tanda tanya. Macam ada yang tak kena.” Ujarnya.

“Maksud kau?”

“Sebelum dia menghilangkan diri dia ada emel aku sesuatu. Dia cakap dia hanya cintakan aku dan dia nak aku percaya walau apa yang terjadi cinta dia hanya untuk aku. Dia hantar emel tu pada hari perkenalan kami. Tarikh tu juga tarikh pertunangan kami, Lis.” Elisa hanya mendengar.

“Tapi kalau betul dia tinggalkan kau sebab perempuan lain macam-mana?” elisa cuba menguji hati sahabatnya.

“Kalau dia nak tinggalkan aku dia takkan emel macam tu. Hati aku kuat mengatakan ada benda yanga tak kena.” Qyrina cuba menyedapkan hatinya.

“Walau apapun Rina, kau kena sedar kau dah kahwin dengan Riezq. walaupun perkahwinan kau dengan dia tak elok tapi kau tetap isteri dia. Seorang isteri harus taat kepada suaminya, Rina. Jangan buat kesilapan lagi. Jangan terus menunggu dan berharap kepada benda yang tak pasti. Kau kena bersedia menerima segala-galanya.” Nasihat Elisa. Dia tidak mahu Qyrina terus berharap dan menunggu lagi. Qyrina diam. Apakah dia harus mendengar kata-kata Elisa itu walaupun dia amat yakin cinta Haris terhadapnya tidak akan berubah?

********************************************************************

Suasana kelihatan meriah walaupun terdapat beberapa jemputan lagi yang tidak hadir. Qyrina cuba berlagak selamba meskipun hati dan perasaannya benar-benar berdebar. Kejap lagi lelaki itu akan mengumumkan tentang status mereka. qyrina menarik lengan lelaki itu. riezq berpaling.

“Apa?” soal lelaki itu.

“Saya takut.” Dia meramas-ramas tangannya. riezq senyum. Cuba mengusir ketakutan di hati Qyrina.

“Jangan risau. Everything will be okey.” Riezq memberikan kata-kata semangat kepadanya. Dia cuba tersenyum. Lelaki itu melangkah melayan tetamu-tetamu penting.

“Kenapa ni cik Rina? Pucat je muka tu.” Tegur Fazira. dia tersenyum hambar.

“Takdelah. Saya okey je. Mana Kak Liza?” soalnya apabila tidak ternampak kelibat wanita itu.

“Kat tandas. Tak habis-habis dengan muka dia.” Fazira ketawa kecil. Dia tersengih.

“Mama Riezq tu dari tadi lagi asyik tengok kat sini je.” Dia berpaling ke arah Puan Sri Tengku Zawiyah. Wanita itu tersenyum ke arahnya. Dia membalas senyuman ibu mentuanya.

“Fazira, awak pergi panggil Kak Liza kejap.” Arahnya kepada Fazira. gadis itu mengangguk. Dia mengeluh apabila Fazira makin menjauh darinya.

“Qyrina.” panggilan seseorang menghentikan langkah kakinya. Dia berpaling. Saat itu dia merasakan jantungnya berhenti berdenyut. Keriuhan suasana tiba-tiba dirasakan berhenti. Matanya tidak berkelip memandang.

“Cantiknya Rina malam ni.” pujian itu tidak dapat mengembalikannya ke alam nyata. Matanya masih memandang lelaki yang berada di sebelah Aliya. Lelaki itu….

“Sayang.” Dia berpaling ke sebelahnya. Riezq tersenyum kepadanya. Matanya kembali terarah kepada lelaki yang berada di sebelah Aliya. Kakinya terasa lemah sekali. Bila-bila masa sahaja dia akan rebah di situ.

“Oh, kenalkan ni suami aliya. Helmi.” Ya Allah betulkah apa yang aku dengar ini? atau aku hanya bermimpi?

“Inilah wife kau, Riezq. nice to meet you.” Suara itu. wajah dan suaranya sama. Aku tidak bermimpi. Lelaki yang sedang berdiri di sebelah Aliya memang Haris. Dia yakin itu. tubuhnya terasa berpeluh-peluh.

“Qyrina.” tegur Riezq. dia tersentak.

“Excuse me.” Ujarnya dan melangkah laju meninggalkan mereka. dia harus lenyap dari situ. Dia tidak mahu terus berada di situ. Mengapa Haris pura-pura tidak mengenalinya? Mengapa sungguh jahat hatimu Haris? Dia menolak pintu tandas. Wajahnya ditatap di cermin. Air matanya gugur lagi. Entah untuk ke berapa ratus kali hanya kerana lelaki yang bernama Haris?

“Helmi? Kau Haris. Tak perlulah kau nak menipu. Mengapa kau muncul jika hanya untuk menyakitkan hati ini?” rintihnya. Dia benar-benar tidak dapat menahan dugaan ini. air mata yang masih bersisa dikesat. dia harus menunjukkan muka di majlis itu. dia tidak mahu memalukan Riezq. langkah kakinya di atur. Walaupun agak lemah tetapi dia teruskan juga. Dia memilih untuk duduk semeja dengan Kak Liza dan Fazira. matanya memandang tajam ke arah Haris yang duduk semeja dengan keluarga lelaki itu. senyuman terukir dibibir lelaki itu. bahagiakah kau? gembirakah kau mempermainkan hati aku? Getus hatinya.

“Cik Qyrina.” panggilan itu langsung tidak dihiraukannya. Kak Liza mencuit lengannya. Dia tersentak.

“Qyrina, okey ke?” soal Kak Liza. Dia hanya mengangguk.

“Saya okey.” Ujarnya perlahan. Air matanya seakan-akan mahu gugur lagi tetapi dia menahannya.

“Encik Riezq naik atas pentaslah. Wah, hensemnya dia malam ni.” ujar Fazira teruja. Kak Liza turut tersenyum. Hanya Qyrina yang tidak menghiraukannya. Bahagiakah kau? mengapa kau yang menjadi suami Aliya. Bunyi deringan telefonnya mematikan lamunannya. Dia mencapai telefonnya dan menekan butang hijau.

“Qyrina, aku tak dapat datang. Sorry.” Terdengar suara Elisa di corong telefonnya.

“Dia dah muncul, Lis.” Sayu suaranya.

“Siapa?” dia diam. Ya Allah berat untukku menyebut namanya.

“Cik Qyrina, Encik Riezq datang ke arah kitalah.” Dia mematikan taliannya. Dia memandang Fazira yang menunjuk ke depan. Matanya dihala ke depan. Riezq sedang melangkah bergaya ke arah mereka. dia menelan liur.

“Qyrina.” lelaki itu menghulurkan tangan kepadanya. Lambat-lambat dia menyambut huluran tangan lelaki itu. Fazira dan kak Liza ternganga. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang lain. Semuanya kelihatan tertanya-tanya. Dia mengekori langkah Riezq sehingga ke pentas. Perasaannya tika itu berbelah bagi. Dia lebih memberikan perhatian kepada lelaki yang berada di sebelah Aliya.

“Okey semua. Sebenarnya malam ni saya ada sesuatu nak umumkan pada kamu semua.” Riezq memulakan ucapannya. Qyrina mengeluh.

“This is Rania Qyrina. she’s my wife.” Usai lelaki itu berkata begitu keadaan dewan menjadi gamat. Qyrina cuba mengukir senyum. Walaupun dirasakan amat pahit dia cuba mengawal perasaannya. Dia menyapu air mata yamg mula bergenang ditubir matanya. Haris ataupun Helmi. Walau apa pun nama kau aku tahu kau adalah Haris. Aku takkan silap. Terima kasih kerana kembali membuat luka lama di hati saya berdarah lagi.

5 comments:

  1. best sbb Riezq dah knal kan Qyrina as his wife ! :D

    ReplyDelete
  2. alo rina,lupekan je la haris tu..pandang yg depan mata awak tuh!

    ReplyDelete
  3. ke...haris hilang ingatan...tp td yg kate rina cantik tu bukan haris ke ek?huu

    ReplyDelete
  4. hmm kembar seiras ke apa? or hilang ingatan sebab dr dialog cter yg awal yg bini helmi yg tlg helmi n helmi kata ada urusan yg tak selesai lagi tapi tak tau apa. hehehe spekulasi je ni. cpt post baru ye.

    ReplyDelete
  5. knp la qyrina tk lupakan je haris dan setia kpada riezq..

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers