HOT!!!

Saturday, August 20, 2011

Cinta Tak Bersyarat 27



ELISA memerhatikan Qyrina yang masih tidak sedarkan diri. Dia mengeluh. Jam di tangannya direnung. Sudah hampir sejam gadis itu pengsan. Dia memandang Aliya dan Helmi yang duduk di hadapannya. Betulkah lelaki itu Haris? Tapi mengapa dia kelihatan begitu bersahaja. Langsung tiada riak cemas mahupun takut apabila berhadapan dengan Qyrina.

“Aliya, awak baliklah dulu. Saya boleh jaga Rina.” Dia membuka mulut. Aliya mendongak.

“Takpelah Elisa. Saya tunggu Riezq. kejap lagi dia sampailah. Dia ada mesyuarat tadi.” Ujar Aliya. Dia mengangguk.

“Abang, Liya ke tandas kejap.” Beritahunya kepada Helmi. Aliya melangkah meninggalkan mereka. elisa memandang Helmi yang menunduk membaca akhbar.

“Siapa awak yang sebenarnya?” soal Elisa. Lelaki itu mendongak. Dia tidak mengerti dengan kata-kata Elisa.

“Suami Aliya.” Ujarnya.

“Tak. Maksud saya….” elisa diam. Apa yang harus dia katakan agar semuanya selamat?

“Awak bukan Helmikan?” dia merenung anak mata lelaki itu.

“Apa maksud awak ni? saya tak faham.” Dia betul-betul tidak mengerti dengan kata-kata sahabat Qyrina itu.

“Qyrina. awak tak kenal ke dia?”

“Dia isteri sepupu Aliya.”

Elisa menggigit bibir. Dia cuba menyelami ke dalam mata lelaki itu. betulkah apa yang lelaki itu katakan? Dia nampak jujur.

“Haris. I mean Helmi or whatever your name. You should not do this. It’s not a right thing. She’s suffer for a year because of….” Kata-katanya mati apabila kelibat Aliya muncul. Dia pura-pura tidak menghiraukan pandangan Helmi. Hampir sahaja dia membongkar segala-galanya.

“How’s she?” mereka berpaling apabila pintu bilik di tolak dari luar. Riezq meluru mendekati Qyrina. Elisa memberi ruang untuk lelaki itu.

“She’s fine. Dia demam and a little bit stress.” Ujar Elisa.

“Thanks sebab temankan Qyrina.” ujarnya. Waktu Kak Liza memberitahu hal ini tadi dia tidak dapat menumpukan perhatian dengan mesyuaratnya. Jika bukan dengan wakil syarikat antarabangsa tentu dia sudah meloloskan diri.

“Okeylah Riezq. aku balik dululah. Kalau Rina dah sedar beritahu aku ya.” Pesan Aliya.

“Thanks Helmi. Sebab Qyrina kau terpaksa ponteng kerja.”

Helmi tersenyum.

“Takpe. Lagipun tak ada kerja sangat kat pejabat. Okeylah Riezq. kami balik dulu.” Helmi dan Aliya berlalu meninggalkan mereka. elisa memerhatikan Helmi. Lelaki itu kelihatan begitu selamba. Jika dia berlakon tentu tidak sesempurna ini. dia pening dengan perkara ini.

“Elisa, awak pun baliklah.” Riezq  bersuara.

“Saya boleh tunggu Rina sedar.” Dia tersenyum. Tiba-tiba Qyrina membuka matanya. Dia memandang orang-orang di sekelilingnya.

“Sayang dah sedar?”

Riezq memegang tangan gadis itu. syukurlah. Bisik hatinya. qyrina menarik tangannya.

“Lis.” Panggil Qyrina. elisa mendekati Qyrina.

“Dia mana?” soalnya. Elisa memandang Riezq.

“Kau patut rehat, Rina. Semuanya okey. Riezq ada temankan kau ni.” dia cuba menarik perhatian gadis itu. Qyrina memandang Riezq. Suaminya tersenyum.           

“Riezq, I balik dulu.” Ujarnya. Dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut. Qyrina mengeluh. Masih banyak yang ingin dia tanyakan pada Elisa. Tetapi kehadiran Riezq membataskannya.

“Saya minta maaf.” Pintanya.

“Kenapa?” soal Riezq.

“Buat awak risau. Susahkan awak.” Riezq menggelengkan kepalanya.

“It’s okey, Qyrina. awak dah okey? Dah rasa baik sikit?” soalnya perihatin. Hati Qyrina tersentuh dengan layanan lelaki ini. dia perasan sejak belakangan ini Riezq begitu mengambil berat akan dirinya. Dia sudah terlalu banyak terhutang budi dengan lelaki ini.

“Saya dah boleh balik ke?” dia cuba membetulkan duduknya. Riezq membantunya.

“Belum lagi. Kata doctor awak akan dibenarkan keluar kalau demam awak dah menurun.”

“Jangan beritahu mama dan papa ya.” Dia tidak mahu sesiapa bimbang akan dirinya ini.

“Saya baru beritahu mama tadi. Takpelah.” Qyrina mengeluh. Tiba-tiba dia berasa seperti ingin menangis. Mengapa terlalu banyak perkara yang terjadi di dalam hidupnya? Dia mengesat matanya yang mula berair.

“Kenapa?” soal Riezq. Qyrina memandangnya.

“Riezq, macam-mana awak melupakan Aina?” riezq terkesima mendengar soalan yang keluar dari bibir Qyrina. macam-mana gadis itu boleh tahu tentang Aina?

“Saya yang paksa Aliya cerita.” Ujarnya sebelum lelaki itu bertanya. Riezq tunduk. Bukan senang untuknya melupakan cinta pertamanya.

“Saya tak pernah lupakan dia.” Entah kenapa tiba-tiba perasaan Qyrina berdebar.

“Kalau kita paksa diri kita untuk lupakan benda yang dah sebati dalam hati kita sampai bila-bila pun kita takkan berjaya. Saya cuma menganggap arwah Aina sebagai kenangan terindah dalam hidup saya dan kenangan tersebut adalah suatu kenangan. Ianya adalah benda silam. Aina yang mengajar saya semua ni. lagipun Aina dah jadi milik Allah. dia bukan lagi milik saya. saya terpaksa redha dengan semua ni.” dia diam. Nafas di tarik panjang sebelum dia menghembusnya.

“Jangan paksa diri awak lupakan dia. Tapi anggap jelah Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa depan. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Dia takkan menyeksa hambanya hanya untuk melihat kita menderita tetapi dia memberi sesuatu yang lebih berharga dari apa yang kita dapat dulu. Awak tak perlu lupakan Haris sebab awak masih kuat ingatan lagi. Awak anggap je Haris tu adalah kisah silam awak yang dah menjadi suatu kenangan. Anggap je lah Haris tidak ditakdirkan untuk awak. Sama macam saya. Aina juga bukan untuk saya.” Riezq menatap anak mata Qyrina. mata gadis itu berkaca.
Riezq menarik Qyrina ke dalam pelukannya. Dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk oleh lelaki itu. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. Tangannya menyapu air mata yang deras mengalir di pipinya. Bolehkah dia melakukan apa yang dikatakan oleh Riezq? adakah dia boleh menjadi setabah itu?

“Bawa saya pergi dari sini.” pintanya dalam sendu. Riezq melepaskan tubuh gadis itu.

“Saya nak pergi jauh dari sini. tolonglah….” Rayu gadis itu. sayu sekali suaranya. Riezq tidak mengerti mengapa gadis itu boleh berubah sedemikian rupa. Apa yang sebenarnya terjadi kepada gadis ini?


HELMI menyelongkar lacinya. Tangannya mencari sesuatu. Dia cuba pula mencari di dalam buku peribadinya. Tiada juga. Dia mencekak pinggang. Dah lama dia cuba mencari barang tersebut tetapi seringkali terlupa. Dia tidak dapat mengingat bila dan di mana dia menghilangkan barang tersebut.

“Abang cari apa tu?” soal Aliya yang baru masuk ke dalam bilik.

“Tak de apa-apa.” Dia cuba menyorokkan perkara tersebut daripada Aliya. Dia tidak mahu Aliya dapat membaca apa yang bermain di dalam kepalanya. Helmi mencapai tualanya dan menghilang ke dalam bilik air. Aliya duduk di birai katil. Dia mengeluh. Dia tahu apa yang suaminya cari dan dia pun sudah lama tidak terlihat barang tersebut. dia tidak tahu ke mana hilangnya gambar itu.

Aliya menghampiri almarinya. Dia menarik laci dan mengeluarkan kotak yang berwarna coklat. Kotak tersebut dibuka. Dia mencapai cincin yang berada di dalam kotak tersebut. entah mengapa sejak belakangan ini dia selalu terfikir akan perkara ini. dia takut jika apa yang tidak diingininya menjadi kenyataan. Aliya menyimpan kembali kotak tersebut. dia tidak mahu suaminya melihat benda yang sudah lama tidak diungkit ini. dia tidak mahu perkara ini diungkit kembali. Helmi keluar setelah 15 minit berada di dalam bilik air. Dia mendekati almari dan mengeluarkan pakaiannya. Baju tidurnya di sarung ke badan.

“Abang.” Panggil Aliya perlahan. Dia berpaling ke arah isterinya.

“Abang sayang Liya tak?” soalnya. Helmi tersengih.

“Mestilah sayang. Isteri abangkan.” Ujarnya ikhlas. Dia menyentuh kepala isterinya.

“Dahlah. Aliya kena tidur awal.”

“Abang tak nak tidur lagi ke?”

“Abang kena siapkan kerja sikit.” Ujarnya. Dia bangkit dan mencapai tombol pintu.

“Good night, sayang.” Ujarnya dan berlalu ke bilik bacaannya.. Dia selalu menghabiskan kerjanya di dalam bilik bacaan. Helmi bersandar ke kerusi. Dia mengeluh. Berat sekali. Otaknya sarat dengan pertanyaan. Kata-kata kawan Qyrina tadi juga membuatkan kepalanya tidak berhenti berfikir.

“Siapa Qyrina? mengapa aku seperti amat mengenalinya sebelum ni?” soalnya sendiri. Dan gambar tersebut. ke mana menghilangnya? Dia masih menyimpan gambar tersebut ketika berada di tempat tersebut. mungkinkah gambar tersebut hilang di tempat itu? dia mesti mencari gambar itu untuk menoktahkan segala tanda tanya di kepalanya.

*********************************************************************

Qyrina menyimpan baju-bajunya ke dalam beg. Hari ini dia telah dibenarkan keluar dari hospital.

“Rina.” Panggil Elisa. Dia berpaling.

“Maaflah aku lambat sikit. Riezq mana?” soalnya apabila tidak ternampak kelibat lelaki itu.

“Takpe. Dia pergi check out untuk aku. Aku dah nak keluar pun. Kita boleh jumpa kat rumah je.” Ujarnya. Elisa mendekatinya.

“Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.” dia bersuara perlahan. Bimbang jika Riezq tiba-tiba muncul.

“Apa?” soalnya.

“Aku tak tahu apa yang jadi kat Haris tapi aku rasa ada yang tak kena dengan dia. Dia betul-betul tak kenal kau dan aku tahu dia tak tipu. Aku rasa dia….”

“Dahlah, Lis.” Dia memotong kata-kata Elisa.

“Aku dah tak nak ambil tahu lagi hal dia. Tak kisahlah dia Haris atau Helmi aku cuma nak lupakan dia. Dia dah jadi suami orang.” Qyrina tunduk. Dia kembali mengemas barang-barangnya. Elisa tercengang. Betulkah apa yang didengarinya ini?

“Tapi benda ni pelik. Mungkin dia….”

“Semua dah siap?”

Riezq muncul di muka pintu. Dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Qyrina mengangguk.

“Jomlah ke rumah aku.”

Ajaknya. Elisa menggeleng. qyrina harus berehat.

“It’s okey. Lagipun aku nak jumpa Firzad kejap lagi. Kau jaga diri tau. Kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu aku.” Pesannya. Dia berpaling ke arah Riezq pula.

“Riezq, tolong jaga Qyrina ya.” Tambahnya. Dia tersenyum ke arah lelaki itu. Riezq mengangguk. Dia pasti akan menjaga Qyrina sehingga nafasnya terhenti.

*********************************************************************

Qyrina hanya membiarkan Riezq mengangkat beg pakaiannya masuk ke dalam rumah. Dia mengekori lelaki itu. bibirnya tersenyum saat melihat wajah Puan Sri Tengku Zawiyah dan Syafiqah di ruang tamu. Ibu mentuanya mendekatinya.

“Rina dah okey?” soal mamanya. Dia memimpin Qyrina hingga ke sofa.

“Rina demam je mama.” Ujarnya. Dia duduk di sebelah Puan Sri Tengku Zawiyah. Wanita itu mengusap 
tangannya.

“Risau mama dengan Rina ni. selalu sangat sakit.” Puan Sri Tengku Zawiyah memandang wajah Qyrina. gadis itu tersenyum.

“Rina tak ada apa-apa mama.”

“Papa dengan abang Iqbal mana?” soal Riezq apabila tidak ternampak kelibat mereka.

“Dalam bilik bacaan. Papa ada something nak cakap dengan abang Iqbal. Maybe pasal kerja.” Terang Syafiqah.

“Mama, Riezq ingat nak bercuti.” Ujarnya. Qyrina memandang lelaki itu. begitu juga dengan mama dan kakaknya.

“Riezq nak pergi mana?” soal mamanya.

“Riezq ingat nak bawak Qyrina bercuti. Lagipun Riezq pun nak berehat kejap.” Dia tersenyum. Qyrina terkedu. Mungkin lelaki itu benar-benar ambil berat apa yang diberitahu olehnya tempoh hari.

“Erm, eloklah tu. Riezq boleh temankan Rina. Mama pun rasa Rina kena berehat.” Dia memandang wajah Qyrina. gadis itu hanya tersenyum. Dia sebenarnya tidak kisah. Perasaannya sekarang memang kosong. Tak tahu apa yang harus dilakukannya?

Riezq mengambil Azrafiq dari dukungan kakaknya.

“Riezq nak jumpa papa kejap.” Ujar lelaki itu dan berlalu. Qyrina memandang tubuh Riezq yang makin menjauh. Dia akui lelaki itu telah banyak berubah. Riezq bukan lagi lelaki yang selalu suka menyakitkan hatinya. lelaki itu telah banyak membantunya. Mungkin dia harus redha dengan takdir yang telah tertulis untuknya. Mungkin perkahwinan mereka ini harus diteruskan demi kebaikan kedua-dua belah pihak.


QYRINA memeluk tubuhnya yang kedinginan disapa angin malam. Sesekali dia meraup rambutnya ke belakang. Matanya memandang ke hadapan. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya sejak akhir-akhir ini. mungkin semuanya berpunca daripadanya. Terlalu obsess dengan lelaki itu. dia harus membiarkan kenangan mereka itu berlalu di bawa arus masa. Haris telah pergi lama dahulu. Dia harus redha dengan takdir cinta mereka ini.

“Awak buat apa?” dia berpaling ke sebelahnya. Riezq tersenyum ke arahnya.  Dia menggelengkan kepalanya. Riezq tidak ada apa-apa kekurangan. Lelaki itu cukup kacak dan miliki segala-galanya. Tetapi lelaki itu tidak pernah mencintainya. Adakah perkahwinan mereka akan berjaya nanti?

“Awak tak perlu bercuti, Riezq.” ujar Qyrina. dia tahu dia tidak sepatutnya melibatkan lelaki itu ke dalam masalahnya.

“Saya tak kisah, Qyrina. lagipun saya lakukan semua ini sebab awak. Isteri saya.” dia senyum. Qyrina membalas senyuman lelaki itu.

“Riezq….” dia diam. Haruskah dia memberitahu lelaki ini apa yang sedang bermain di fikirannya. Riezq menanti kata-kata Qyrina.

“Mungkin kita boleh…” dia diam lagi. Bibirnya kelu untuk menuturkan perkataan itu. mahukah Riezq mengikut rancangannya?

“Apa?” soal Riezq. Qyrina memandang ke hadapan.

“Mulakan semua ini sekali lagi.” Tuturnya perlahan. Riezq terkesima. Betulkah apa yang didengarinya ini?

“Maksud awak?” soalnya inginkan kepastian. Qyrina mengeluh.

“Kita teruskan perkahwinan kita ni. ini yang baik untuk kita semuakan.” Ujarnya lagi. Kali ini dia memandang wajah lelaki itu. Riezq angguk. Dia juga inginkan perkara ini. haruskah dia meluahkan cintanya ini kepada Qyrina?

“Qyrina, sebenarnya saya…” dia berhenti. Ada baiknya dia meluahkan perasaannya ketika mereka bercuti nanti. Dia akan menjadikannya satu kejutan nanti. Bibirnya mengukir senyum. Qyrina masih menanti kata-kata lelaki itu.

“Sebenarnya saya dah mengantuk. Jom tidur.” Ajaknya. Dia mengenyit matanya kepada gadis itu. qyrina mencebik.

“Awak pergilah. Saya nak duduk sini dulu.” Ujarnya. Asyik nak usik aku je. Gerutunya dalam hati. Riezq tersengih. Dia meninggalkan gadis itu dan menuju ke katil. Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Matanya memandang tubuh Qyrina yang membelakanginya. Dia tersenyum. Nampaknya malam ini dia akan bermimpi yang indah-indah.

Qyrina mengeluh. Cinta tak menjanjikan kebahagiaaan. Mungkin Haris tidak pernah mencintainya. Mungkin dia hanya ingin mempermainkan perasaannya. 


7 comments:

  1. citer ni saya rasa antara citer yang best la.
    cpt la smbg...

    ReplyDelete
  2. suke2..hope sgt if rina taw suatu hr nti pe yg kat hariz die xkan tggalkan riezq..

    ReplyDelete
  3. x sbr nk nk tau knape haris tu bleh x igt rina..

    ReplyDelete
  4. wah happynya!!!!suka sangat. kan bagus tu rina. hehehe. alos helmi xpyh cari lah.

    ReplyDelete
  5. hahaha suka la..rina lupakan haris ye..
    suka sgt3..

    ReplyDelete
  6. suka la citer nie.
    smbng cpt yerk

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers