HOT!!!

Wednesday, August 10, 2011

Sinopsis Cinta Tak Bersyarat



Kehidupan mereka bermula apabila Rania Qyrina terpaksa mengahwini Tengku syah Riezq kerana memerlukan wang untuk pembedahan ibunya. Bagi Riezq pula dia harus mencari seseorang untuk mengelakkan dipaksa berkahwin dengan Sarah perempuan yang paling dibencinya. Di situ dia di ketemukan dengan gadis ini. Perempuan yang ditinggalkan kekasih. Itulah yang diberitahu oleh Ryzal kepadanya.

“Bodohlah tunang dia tinggalkan dia.kalau abang yang dapat dah tentu abang tak lepas perempuan yang macam tu. Sudahlah cantik berpelajaran pulak.”
Itulah kata-kata Ryzal pabila mereka bertemu kali pertama. Qyrina memang cantik. Tetapi entah di mana silapnya mereka sering bergaduh apabila bertemu. Dia akui dia memang membenci gadis itu tetapi lama-kelamaan perasaan itu bertukar menjadi rindu dan seterusnya cinta.

Dia cuba untuk memikat hati Qyrina namun gadis itu seperti tidak dapat memahami isi hatinya.

"Saya akan terus menanti sehingga hati awak terbuka untuk menerima saya."Riezq percaya satu saat nanti cinta Qyrina akan menjadi miliknya walaupun bayangan cinta pertama masih menghantuinya.


Segalanya bertambah rumit apabila dia dapat membaca isi hati gadis itu. Rania Qyrina masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya. Bagi Rania Qyrina pula dia tidak akan sesekali melupakan lelaki itu. Cinta pertama dan juga cinta terakhir baginya. Pemergian lelaki itu tanpa sepatah kata membuatkan hidupnya menderita. Dia tidak dapat meneruskan hidup tanpa Haris. Dia hanya akan bahagia bersama lelaki itu. Itulah janjinya dulu. Dan itu jugalah janji Haris padanya. Kerana kata-kata itulah yang mengikatnya untuk terus menjejaki Haris.

Namun tak siapa menduga apa sebenarnya terjadi?Haris kembali setelah beberapa tahun berlalu. Tetapi kemunculan Haris itu hanya makin menambah luka di hatinya. Kehilangan Haris dulu adalah bukan salahnya. lelaki itu sendiri terperangkap dalam permainan takdir yang tercipta di antaranya dengan Qyrina.

"seteguh mana cinta kita kalau telah tertulis awak bukan untuk saya maka saya harus hadapinya." Akhirnya Qyrina terpaksa melepaskan lelaki itu untuk perempuan lain. Perempuan yang lebih berhak terhadapnya. Hatinya menangis. Kesakitan yang dirasainya sekarang lebih dalam berbanding dahulu. Mungkin pemergiannya lebih baik untuk semua orang. Riezq, Haris, maafkan saya....

1 comment:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers