HOT!!!

Sunday, November 3, 2013

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...13


Baju kurung yang tersarung di badannya dibetulkan. Dia menarik begnya. Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu teksi tetapi masih tiada yang berhenti. Dia merengus. Cuaca yang panas membuatkannya serba tidak kena. Peluh di dahi sudah banyak yang keluar.
“Bawak kereta macam pelesit.” Bebelnya sendiri apabila melihat sebuah kereta wolkswagen EOS berwarna biru yang meluncur laju.
“Lawa jugak kereta tu. Nanti nak suruh papa belikanlah.” Ujarnya. Masih sempat memikirkan perkara tersebut. Dia tersenyum. Dia kaget apabila melihat kereta tadi yang mengundur dan berhenti di hadapannya. Beg pakaiannya di genggam erat.
Cermin kereta diturunkan. Dia menelan liur melihat lelaki yang berkaca mata hitam itu. lelaki itu keluar dari keretanya. Berdebar-debar pula dadanya. Kalah pelari yang membuat pecutan seratus meter.
You the goergous girl, right?” soal lelaki itu. dia mengerutkan dahinya. Tidak mengerti.
“It’s me. Remembered?” lelaki itu menanggalkan spek mata hitamnya. Wajah itu pernah dilihat tetapi dia tidak ingat di mana dan bila. Dia mengerutkan dahinya. Cuba mengerah otaknya.
“Sorry. I can’t.” Akhirnya dia mengalah. Dia malas berteka-teki lagi. Lagipun dia masih punya misi untuk diselesaikan.
“Sayalah. The handsome fotographer.” Lelaki itu tersengih. Ingatannya kembali kepada peristiwa beberapa hari lepas. Lelaki tempoh hari. Spontan bibirnya tersenyum.
See. You still remembered me.”
Zafrill Arif menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.
“Awak nak ke mana ni?” dia tunduk melihat beg pakaian gadis itu.
“Balik rumah. Erm, if you don’t mind may I...”
“Boleh saya hantarkan?”
“Tak pe. Saya boleh balik sendiri. Thanks.”
Dia cuak dengan perangai lelaki ini yang kelihatan bersahaja. Seperti sudah lama mereka berkenalan. Muka tembok betul. Dia mengutuk di dalam hati.
Please. Lagipun macam tak ada teksi je yang nak berhenti. You will not regret.”
It’s okay. Saya tak suka menyusahkan orang.”
“Saya takkan culik awak. Lagipun kat kawasan ni ramai budak-budak jahat.” Ujar lelaki itu. dia pandang sekeliling. Kelihatan dua tiga anak muda yang sedang melepak di tempat yang tidak jauh daripadanya. Dia menelan liur. Cuak juga.
You’ll be safe with me.”
Dania Aleya diam. Dia merenung wajah putih lelaki itu. apa yang harus dia buat? Menerima atau menolak? Jika menerima dia akan tiba awal di rumah dan jika dia menolak kemungkinan besar dia akan diganggu oleh sekumpulan anak muda tersebut. Dia menelan liur. Kenapalah dia tidak terima sahaja pelawaan Atikah untuk menghantarnya tadi?
Miss.”
Ok.”
Thank god.” Kata lelaki itu. dia malas melayan.
May I?” soal lelaki itu sambil menunjuk ke arah begnya. Dia mengangguk dan menyerahkan kepada Zafrill Arif.
Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan. Lagipun dia tidak mengenali lelaki itu. duduknya juga tidak selesa.
Dia mengiringkan badannya sedikit ke kiri. Lebih baik dia memerhatikan permandangan di luar.
“Awak.” Panggil lelaki itu. dia berpaling ke arah lelaki itu.
Keningnya dinaikkan. Zafrill Ariff tersengih.
What?” soalnya.
“Awak nak saya hantar awak kat mana ni?” soalnya. Dania Aleya menepuk dahinya. Lupa untuk memberitahu tempat tinggalnya. Nasib baik masih tidak melepasi kawasan perumahannya.
“Awak straight lepas tu belok kiri and then awak akan jumpa taman perumahan persendirian. Royal Destination. That’s my place.” Arahnya.
“Awak tinggal kat sana ke? Kawan saya pun tinggal kat sana. Wah, interesting. I like.”
Dia hanya tersengih. Apabila lelaki itu membelok ke arah kawasan perumahannya dia makin berdebar. Seram sejuk terasa badannya. Peluh sudah menitis.
“Mana satu rumah awak?”
Dia diam.
“Awak.” Panggil lelaki itu.
The other one. Second house after this.” Suaranya sedikit menggeletar. Dan akhirnya lelaki itu memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo mewah.
“Ini ke rumah awak?” soal Zafrill Arif.
“Rumah kawan saya sebelah je dengan awak. Tak sangka awak berjiran dengan dia.”
Dia diam. Tidak mahu bertanya. Jiran yang mana satu. Sebelah kiri or kanan?
“Awak tinggal kat sini ke?” soal lelaki itu lagi. Dia mengeluh. banyak tanya betul mamat ni. Dah kereta berhenti kat depan ni tentulah rumah aku.
No. Sementara je. Saya orang gaji kat sini.” Sebaik dia mengatakannya dia terus keluar daripada kereta lelaki itu. dia memerhatikan rumahnya. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke sini. Matanya memerhatikan rumah yang bersebelahan dengan rumahnya. Masih sama. Cuma perasaannya sahaja yang berbeza. Jika dulu dia begitu teruja untuk melangkah ke rumah jirannya tetapi sekarang dia seboleh mungkin melarikan diri daripada semua itu.
“Betul ke awak kerja kat sini?” soal lelaki itu yang sudah berdiri di sebelahnya. Di tangan lelaki itu beg bajunya. Dia mengangguk.
“Awak tak nampak macam orang gaji pun.” Dia masih meragui kata-kata gadis itu.
“Terima kasih sebab hantarkan saya. Allah je yang boleh balas kebaikan awak ni. Thanks again.” Dia mengambil begnya.
“Awak...”
“Ya.”
“Boleh saya tahu nama awak?” soal Zafrill Arif teragak-agak. Dania Aleya tersenyum.
“Please.” Rayunya.
“Aleya. awak baliklah.”
“Okay awak. Thanks a lot.”
Dia hanya menggelengkan kepala melihat senyuman lelaki itu. kereta lelaki itu laju meluncur meninggalkannya. Sekarang dia hanya berseorangan. Dia kembali merenung kosong rumahnya. Terketar-ketar tangannya menekan loceng.
Dia merenung kasutnya. Beberapa minit kemudian pintu kecil dibuka.
“Siapa?”
Dia kenal suara itu. dia mendongak.
“Cik Dania ke ni?” soal Mak Siti lambat-lambat. Dia mengangguk dan tersenyum.
“Dania balik dengan siapa? Kenapa Datin dengan Datuk tak tahu apa-apa?” soal wanita separuh umur itu. dia tunduk menyalami wanita itu dan memeluknya.
“Mak Siti sihat?” soalnya. Wanita itu  mengangguk.
“Masuklah, Cik Dania. Datin ada kat dalam.” Mak siti mengambil beg di tangannya.
“Tak pe. Dania boleh bawak. Papa ada?”
“Datuk kerja.”
Mak Siti menarik tangannya. Dia hanya menurut. Kakinya tidak terasa berpijak di bumi. Matanya pula masih memandang rumah besar yang tersergam di sebelah rumahnya.
“Datin ada kat dapur kot. Dania nak mak Siti panggilkan ke?”
Dia menarik tangan wanita itu.
“Biar Dania yang pergi.” Perlahan-lahan dia menuju ke arah dapur. Dia mematikan langkahnya apabila melihat sesusuk tubuh yang agak lama tidak ditemuinya. Mamanya membelakanginya. Serta-merta air matanya mengalir. dia hanya tidak menemui wanita ini beberapa bulan tetapi rindu terhadap ibu kandungnya ini begitu meluat-luat.
“Mak Siti, nanti saya dah siap masak tolong telefon Datuk ya.”
Suara mamanya. Rindunya untuk menatap wajah suci itu.
“Mama.” Tenggelam timbul suaranya. Wanita itu berpaling ke arahnya.
“Dania.”
Dan ibunya terus meluru ke arahnya dan memeluk tubuhnya. Mereka berdua menangis di situ. Dia memeluk erat tubuh wanita yang telah melahirkannya itu. wanita yang terlalu berharga untuknya.
*******************************************************
“Kenapa tak beritahu nak balik?”
Dia hanya tersenyum mendengar soalan daripada papanya itu. sudah banyak kali mereka berdua mengeluarkan soalan yang sama.
“Surprise for mama and papa. Are you surprised?” sakatnya. Papanya menggelengkan kepala.
“Anak papa memang tak pernah berubah. I know my daughter. Stubborn. Kalau nak buat apa-apapun ikut hati je.” Ujar Datuk Dani. Dia tersengih.
“Tapi Dania dah matang.”
Dia masih berada dalam pelukan Datin Amina. Wanita itu terlalu merindui anaknya.
“Kita patut buat majlis kesyukuran sempena kepulangan Dania ni, bang. Min nak buat majlis yang meriah. Nak kenalkan anak perempuan kita yang comel ni kat semua orang.”
“Awak nak inform yang awak ada anak dara dan tunggu orang masuk meminang Dania ni ke?” sampuk papanya. Mamanya menarik muka. Dia ketawa.
“Abang ni ke situ pula. She’s the only daughter that we had. Min nak buat juga. Lagipun tak salahkan. Manalah tahu kalau ada yang sangkut.”
“Mama.”
“Kenapa pulak? Dania dah ada somebody ke?”
Dia memandang wajah bercahaya mamanya.
“Dania muda lagi. Takkan dah nak kahwin. Jangan fikir yang bukan-bukan. Pasal nak buat majlis tu postpone dulu ya. Nanti kita bincang.”
Dia cuba melarikan diri daripada topik yang hangit itu.
“Mana ada muda. Akimi tu pun dulu kahwin masa umur 22 tahun.”
Gulp. Matanya terasa berair. Dadanya berdebar. Jantungnya semakin laju mengepam darah. Mukanya terasa panas. Kenapa harus disebut nama itu?
“Dania.”
Dia tersentak.
“Dania nak naik atas. Papa tak nak pergi kerja ke?” soalnya. Dia berdiri. Begnya dicapai.
“Tak ada mood nak kerja. Mood nak duduk rumah tatap muka Dania je.” Papanya tersenyum. Dia mendekati Datuk Dani dan memeluk lelaki itu.
Love you, papa.” Katanya.
“Dania naik dulu.” Dia menarik begnya dan terus melangkah ke atas. Kakinya dipercepatkan. Tanpa dipinta air matanya mengalir. mengapa begitu mudah dia mengalirkan air mata untuk lelaki itu?
Apabila tiba di bilik dia terus menguncikan diri di dalamnya. Begnya di letak di tepi. Dia membaringkan tubuhnya ke katil. Tudung di kepala di tanggalkan. Tangannya menyentuh rantai yang tergantung di lehernya. Dia menanggalkannya. Cincin yang berada pada rantai tersebut dipandang. Dia mengenggam erat rantai dan cincin tersebut. Kesilapannya hanya satu. Dia yang tidak mahu melupakan lelaki itu. dia bangkit. Laci dibuka dan dia meletakkan rantai tersebut di dalamnya. Ada baiknya dia cuba melupakan lelaki itu. mungkin inilah masanya. Melupakan itu lebih baik daripada dia terus berharap dan membiarkan hatinya menderita begini.
Cuba menerima orang lain.
Ayat itu sentiasa bermain di kepalanya. Bukan dia tidak pernah mencuba tetapi setiap kali dia cuba menerima cinta lelaki lain wajah dan kenangan bersama lelaki itu akan sentiasa bermain-main di mindanya. Akhirnya dia memutuskan untuk tidak menerima dan mendekati mana-mana lelaki. Semua itu untuk kebaikan semua pihak. Dia tidak mahu memberi harapan palsu kepada sesiapa. Cukuplah sekali dia dihidangkan dengan harapan palsu kerana layanan lelaki itu dahulu. Dia tidak mahu ada orang lain yang menderita kerananya pula.



3 comments:

  1. best jln cite nie..huhuhuhu..xde smbungan lg ke...ape jadi.dgn dorg...nk tau...

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers