HOT!!!

Friday, September 13, 2013

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia... 12


“Awak buat apa ni?”
Dania Aleya pandang kamera yang berada dalam genggaman lelaki itu. lelaki itu menelan liur.
I’m sorry, miss. Actually, you look so fotogenic. Saya tak sengaja terambil gambar awak. Sebenarnya saya seorang fotografer. Saya rasa gambar awak ni menarik.” Lelaki itu memberi penjelasan. Berharap agar gadis yang berada di hadapannya mengerti.
“Saya tak suka. Sepatutnya awak kena dapatkan keizinan saya dulu. Padam gambar saya.” Marahnya. Dia cuba merampas kamera lelaki itu.
Please, miss. Saya berjanji tak kan buat yang bukan-bukan pada gambar awak. Saya bersumpah.” Lelaki itu kelihatan bersungguh. Dania Aleya diam. Dia simpati tetapi dia juga takut. Zaman sekarang macam-macam yang boleh terjadi.
No. Maaf saya tak suka. Lagipun saya tak kenal awak. Manalah tahu awak menipu. Please delete my photo.” Tegasnya lagi.
“Saya tak tipu. Ok, ini kad saya. I’m Zafrill Arif bin Zainal. I’m swear. Kalau awak still tak boleh percaya you can talk with my friends. Dia pun tinggal area ni. Jap eh.” Dia menghulurkan kad namanya kepada Dania Aleya. bersusah payah lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Dania Aleya melihat dengan kerutan di dahinya.
“Nah.” Dia menghulurkan telefon bimbitnya. Walaupun teragak-agak Dania Aleya tetap menyambutnya. Dia menekapkan telefon tersebut ke telinganya.
“Hello.”
Satu suara menyapanya. Dia diam. Suara lelaki yang bercakap di talian seperti pernah didengarinya. Dia menelan liur.
“Hello, Rill. Ada apa ni?”
Suara itu berbunyi lagi.
“Saya percayakan awak.”
Dia memberikan telefon itu kembali kepada lelaki tadi. Suaranya seakan-akan tidak terkeluar. Suara mereka hampir sama. Dia sekali lagi lemah.
“Really, miss?” soal Zafrill lagi. Dania Aleya mengangguk.
“Thanks.”
“Sorry ganggu kau. Tertekan your number. Ok, bye.” Ujar lelaki itu kepada kawannya di talian.
Dia mematikan talian. Telefonnya disimpan di dalam poket seluarnya. Kemudian wajah manis gadis di hadapannya direnung.
“Thank you, miss. Really appreciated it.”
“It’s okay. I have to go. Assalamualaikum.” Ujar Dania Aleya dan berlalu tanpa berpaling ke belakang lagi.
Zafrill melihat gambar tersebut. Bibirnya tersenyum. Cantik sekali gadis yang berada dalam kameranya itu. begitu manis pada penglihatannya. Tiba-tiba senyumannya mati.
“Alah, lupa nak tanya nama tadi. Kenapalah aku tak minta nombor dia. Bodoh betul.” Dia menepuk dahinya. Menyesal dengan kebodohannya sendiri. Sekali pandang sahaja sudah bisa mencairkan hatinya. Pertama kali dia tertarik dengan seorang gadis yang kelihatan biasa-biasa sahaja dan bertudung itu.
******************************************
Atikah meluru mendapatkan Dania Aleya apabila sahabatnya itu duduk di ruang tamu. Dia mengcekak pinggang.
“Kau pergi mana? Tadi kau cakap nak balik rumah. Sekarang ni aku dulu yang sampai daripada kau. Where are you going, Dania Aleya?” soalnya tegas. Dania Aleya tersengih. Dia menarik lengan Atikah sehingga sahabatnya itu terduduk di sebelahnya.
“Sorry. Tadi memang aku nak balik terus tapi aku tukar fikiran sebab aku jumpa satu tempat yang cantik. Aku lepak kejap. Lagipun kau tak ada kat rumah. Aku bosan. Don’t be angry with me. Please, please, please.” Dania Aleya memujuk Atikah.
“Buruk muka kau bila muncung macam itik tau. Nanti Farhan lari. He he he.”
Dania Aleya ketawa.
“Yelah. Aku tahulah.”
“Aik, mengaku pulak.”
Dania Aleya masih ketawa. Atikah tersengih.
“Kau ingat muka kau lawa bila masam? Macam Donald duck je aku tengok bibir kau bila muncung tau.” Atikah mengutuk Dania Aleya pula. Ketawanya mati.
“Eei, jahatlah mulut kau ni. Ada ke samakan bibir aku yang seksi ni macam Donald Duck. Bibir Angelina Jolie ni tau. Semua terpukau. Ha ha ha.”
“Eleh, bibir minah salih tu tebal. Perasan.”
“Bibir aku tak tebal ke?”
Dia memuncung-muncungkan bibirnya. Bedak paket di keluarkan daripada beg tangannya. Dia menilik wajahnya.
“Bibir aku comel je.”
Dania Aleya ketawa lagi. Sengaja memuji diri untuk mengenakan Atikah. Atikah mencebik. Malas melayan angin gila-gila Dania Aleya.
“Dahlah, pompuan. Kau pergi mandi dan tukar baju. Dah busuk rumah ni tau.”
Dia berdiri dan duduk di kerusi lain. Remote control dicapai. Dia mencari-cari saluran yang menarik. Dania Aleya mencebik.
“Ati, aku nak cakap sikit.”
Dia pandang Atikah yang masih setia menghadap televisyen. Nafasnya ditarik. Tidak tahu sama ada tindakannya ini betul ataupun tidak.
“Ati.”
Panggilnya lagi apabila masih tiada reaksi daripada gadis itu. Atikah memandang wajah Dania Aleya yang berubah keruh.
“Kenapa?”
Should i go home?”
Suaranya antara dengar dan tidak namun masih dapat ditangkap oleh Atikah. Atikah memperlahankan rancangan tersebut.
“Aku tak kisah Dania kalau kau nak stay lame kat sini. Aku lagilah suka tapi your parents should know that you already in Malaysia.
Dania Aleya mengeluh. Dia tahu itu. Mereka harus diberitahu tetapi adakah mama dan papanya akan membenarkan dia tinggal di sini dan berjauhan daripada mereka nanti? Sedangkan sewaktu dia berada di luar negara pun Datuk Dani dan Datin Amina selalu melawatnya di sana. Mama dan papanya terlalu menjaganya sehinggakan kadang-kadang dia merasakan sedikit terkonkong dengan kasih-sayang yang tercurah ke atasnya itu.
“Nasib kaulah jadi anak tunggal. Bersyukurlah keluarga kau kaya, Dania.”
“Merepeklah kau ni. Family aku biasa-biasa saja.”
Atikah hanya tersenyum. Dia tahu Dania Aleya tidak suka jika orang mempersoalkan perkara tersebut. Dania Aleya seorang yang merendah diri. Dia bersyukur punya kawan sebaik Dania Aleya. Seorang yang tidak sombong dan bermegah dengan apa yang dimilikinya. Dia juga bersyukur dengan dirinya. Walaupun ayahnya hanyalah seorang pensyarah tetapi keluarga mereka tidak pernah hidup susah.
“So, kau nak pulang ke ni? Now?” soal Atikah.
“Nope now. Aku tengah fikir bila. One fine day.” Katanya. Dia tersenyum. Selalu sangat dia menggunakan frasa tersebut.
“Yeah. One fine day. Mabuk pada Kiew sungguh kau ni. Sampaikan ayat dia yang tu kau masih ingat.” Kata Atikah. Dia hanya tersengih. Erm, memang dia suka sangat dengan watak hero dalam novel Bayangan Rindu karya Aisha Sofea itu. Kesabaran lelaki itu dalam menggapai cinta sejatinya. Cinta pertama. Siapa sangka cinta pertamanya dapat juga dimiliki walaupun banyak rintangan yang terpaksa lelaki itu hadapi. Adakah dia juga akan bernasib baik seperti Kiew? Adakah masih ada peluang untuknya memiliki cinta pertamanya itu?
Dia mengeluh. Stop it Dania Aleya. Lupakan semua itu. Sudah lima tahun berlalu dan dia sudah menjadi milik orang lain.
Astagfirullahalazim.”
Tanpa sedar dia menuturkan perkataan keramat itu. Tangannya meraup mukanya.
“Are you okay, Dania. Muka kau pucat je ni.” Atikah menyoalnya. Wajah gadis itu yang tiba-tiba berubah ditatapnya lama.
“I’m okay. Ati, aku naik dulu. Assalamualaikum.”
Dia beredar. Atikah menjawab salam sahabatnya. Apabila tiba di bilik dia terus mengurungkan diri di dalamnya. Tudung di kepalanya ditanggalkan. Dia menyikat rambutnya yang agak panjang itu. Wajahnya yang tampak lesu ditatap di dalam cermin. Kemudian matanya memandang tudung yang berada di atas katil. Sudah hampir empat tahun dia berhijab. Cepatnya masa berlalu. Dia mengambil keputusan untuk berubah kerana hatinya sudah benar-benar terbuka untuk bertudung. Terasa selama ini dia benar-benar berada dalam kerugian kerana tidak menutup aurat. Waktu itu dia masih terlalu muda. Mudakah usia tujuh belas tahun itu? bukankah perbuatannya mula di kira ketika dia datang bulan. Bermakna bertahun-tahun juga dia telah mengumpulkan dosa percuma. Dosa kerana mempamerkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrin. Dia berdoa agar imannya akan semakin kuat. Dia tahu dia insan yang lemah dan mudah tergoda dengan permainan duniawi.
“Ya Allah, kau jadikanlah aku hambaMu yang tabah. Hidup dan matiku hanya keranaMu, ya Allah.” Doanya perlahan. Air matanya menitis perlahan menuruni pipinya. Dia hanya membiarkan.
Tok tok tok
Cepat-cepat dia mengesat air matanya.
“Aku menganggu ke?” soal Atikah. Dia menggelengkan kepalanya.
“Actually aku ada something nak discuss dengan kau ni.”
Atika menapak masuk dan duduk di atas katil.
“Apa dia?” soalnya.
“Kau masih ingat tak dengan mamat yang syok kat kau masa kita sekolah dulu?”
Persoalan itu hanya dibiarkan sepi. Dia tahu siapa yang Atikah maksudkan. Dia masih mengingatinya. Lagipun kehidupan di sekolah menengah dahulu seakan-akan baru semalam berlalu.
“Ezad Eskandar. Remember?” soal Atikah lagi. Dia masih diam.
“Senior kita yang hensem tu. Yang paling bijak kat sekolah kita. Yang kita jumpa masa nak exam SPM dulu. Yang....”
Dania Aleya tersenyum. Berapa banyak perkataan ‘yang’ akan keluar dari bibir Atikah selagi dia tidak memberi respon.
“Kau dah ingat ya.”
Kali ini suaranya berubah ceria. Dania Aleya mengangguk. Tidak mahu bermain tarik tali. Kesian dengan Atikah yang berusaha menerangkannya.
“Kenapa dengan dia?” soalnya acuh tak acuh. Sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki itu. Selepas SPM ada juga lelaki itu menghubungi namun selepas dia ke luar negara mereka sudah terputus hubungan kerana dia menukar nombor telefonnya.
“I meet him. Last two weeks if I’m not mistaken.”
Dania Aleya hanya mendengar.
“Dia makin kacak. Muka dia dah macam Fahrin Ahmad aku tengok.”
Dania Aleya menggelengkan kepalanya. Agak-agaklah Atikah ni. Ada ke samakan si Ezad Eskandar macam abang Fahrin aku. Bisik hatinya. Bukan Atikah tidak tahu dia meminati Fahrin Ahmad. Saja je si Atikah ni.
“Betullah and guest what?”
Atikah cuba berteka-teki dengannya.
“What?” soalnya pula. Atikah senyum. Macam dah tertelan sekampit gula sahaja lagaknya.
“Boleh tak kalau kau jangan senyum like that? Dah macam orang tak betul je aku tengok. Miang semacam.” Kutuknya. Atikah ketawa.
“Kau nak tahu ke tak ni?”
“Bagitahu jelah. Nak main teka-teki pulak dengan aku.”
The handsome second Fahrin Ahmad ask about you. Terkejut aku masa tu. Tak sangka ingat lagi dia pada budak perempuan comot masa sekolah dulu. Muka dia glowing bila aku cakap kau akan pulang ke Malaysia. Aku rasa...”
Stop it, Ati. Jangan pandai-pandai buat spekulasi.”
Dia memotong kata-kata Atikah. Dia tahu apa yang gadis itu ingin perkatakan.
“Fahrin Ahmad...”
“Kau ni, nanti mati tersedak si Fahrin Ahmad kat rumah dia. Guna nama dialah. Fahrin Ahmad lagi hensem.” He he he. Dia ketawa kecil.
But muka dia memang ada iras-iras abang Fahrin kau.” Atikah buat muka. Comel pulak minah ni. Dia tersenyum.
“Macamlah aku tak kenal dia. Totally different, okay. Jangan nak samakan pakwe aku dengan lelaki-lelaki lain.” Dia memberi amaran. Sengaja dia meluaskan matanya yang telah tersedia besar itu. berharap agar Atikah takut.
“Nanti kau jumpa dia kau tahulah. Whether your Fahrin or this second Fahrin which one is more handsome?”
No doubt. It must be my Fahrin. So kalau tak ada apa-apa lagi kau boleh keluar daripada bilik aku ni.” Cewah. Berani betul aku menghalau tuan punya rumah ni. He he he.
“And one more thing i gave him your new emel address.”
“You what?”
“Nasib baik aku tak bagi phone number kau. Sikit pun berkira. Dahlah aku nak keluar dah. One day kita jumpa Fahrin Ahmad ya.”

Belum sempat Dania Aleya membalas Atikah telah berlari keluar daripada bilik. Dia mengeluh. Bukan dia berkira tetapi sebolehnya dia tidak mahu lagi berhubung dengan lelaki itu. Dia tahu perasaan lelaki itu terhadapnya dahulu. Ezad Eskandar pernah meluahkannya sehinggakan dia berasa tidak selesa untuk berkawan dengan lelaki itu. Dia tidak boleh menerima cinta lelaki lain. Dan rasanya tidak adil jika dia melayan namun dalam hatinya tiada niat untuk menerimanya. Lebih baik jika mereka tidak terus berhubung.
*****************************************************************

“Aku mengganggu ke?”
Dia duduk di hadapan sahabatnya yang sedang meneliti fail di atas mejanya. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.
Anything important?
“Takkanlah aku tak boleh melawat kawan aku. Aku bosan.”
I know you, Zafrill Arif. Kau takkan datang jumpa aku kalau tak de hal. Bukan aku tak kenal kau.”
Zafrill Arif ketawa. Dia meletakkan kamera kesayangannya di atas meja lelaki itu.
“Tapi hari ni aku saja-saja datang jumpa kau. Nanti kita keluar makan nak? Aku lapar. Dari pagi lagi tak makan.” Katanya sambil memegang perutnya.
Ten minutes.” Katanya. Zafrill Arif mengangguk.
“Kau nampak lain. Banyak sangat ke kerja?” soal Zafrill Arif.
Dia meletakkan pen yang berada di tangannya. Lehernya di urut-urut.
“Penat. Banyak projek masuk.”
“Kau kan bos. Suruhlah orang bawahan yang buat.”
“Jangan serahkan seratus peratus kerja pada orang. Kita pun kena tahu juga pasal projek yang company handle. I don’t trust other people.”
“Sebab tulah aku tak suka kerja pejabat ni. Lebih baik macam ni. Happy and enjoy. Tak delah stress macam kau. Muka pun dah macam nak makan orang je aku tengok.” Selamba sahaja dia mengutuk sahabat baiknya.
“Makan pasirlah aku kalau tak kerja.”
“Tapi kan cakap pasal ni hari tu aku ada jumpa sorang awek ni. Comel gila. Kerja macam aku ni selalu jumpa perempuan cantik but this girl is different. She has something that will attract you. Her eyes, noses, lips. I cant help falling for her.” Zafrill Arif cuba mengingati kembali wajah perempuan yang ditemuinya tempoh hari. Memang menarik. Sejak hari itu, dia selalu termimpikan gadis tersebut.
“Ini kali ke sejuta kau jatuh cinta. Ayat tu dah lama aku dengar. Agaknya kalau tiang letrik pakai skirt pun mesti kau cakap menarikkan.” Perli sahabatnya.
“Gila. Aku ni manusialah. Ada pula bandingkan pompuan dengan tiang letrik.”
Sahabatnya ketawa besar. Hilang penatnya apabila berbual dengan Zafrill Arif. Kepala yang pening juga sudah beransur hilang.
“Kau tu buaya.”
“Aik, mengata diri sendiri nampak.”
Sahabatnya diam. Fikirannya tiba-tiba teringatkan seseorang.
Tok tok tok
Pintu biliknya di buka daripada luar. Mereka berdua mendongak memandang ke arah tersebut.
“Ada apa, Shila?” soalnya kepada setiausahanya.
“Pihak Berjaya Holding called. Mereka minta postponekan meeting petang ni sebab ada hal penting. Macam-mana, Encik Akimi?”
“Okay. Nanti awak arrange kan balik meeting tu. Thanks.”
Shila mengangguk dan keluar.
“Baik betul kau, Akimi. Nak postpone meeting senang je.” Zafrill Arif mencapai kameranya. Dia menekan-nekan sesuatu.
“Benda boleh tangguh. Buat apa nak kecoh. Lagipun aku tak larat. Penat sejak akhir-akhir ni.”
“Kau kena bercuti. Asyik kerja je. Sofea...”
“Jomlah. Tadi kau cakap laparkan.”
Firasz Akimi bangun. Dia menanggalkan kot yang tersarung di badannya.
“Wait. Sebelum tu aku nak tunjukkan gambar perempuan comel yang aku jumpa hari tu. Comel betul. Tengok banyak kali pun tak jemu.”
“Maybe next time. Jomlah.”
Dia berlalu meninggalkan lelaki itu yang masih dengan kameranya. Zafrill Arif terkocoh-kocoh menyaingi langkah kaki Firasz Akimi yang sudah beberapa langkah ke hadapan. Dia menutup kembali kameranya dan menggantungkan  ke lehernya.
*********************************************
Firasz Akimi memasang lagu. Keretanya dipandu melepasi jalan raya. Dia ingin segera pulang ke rumah. Penat sangat dengan kerja-kerja di pejabat. Ada kalanya dia seperti mahu give up dengan semua ini. segala-galanya telah berubah. Kehilangan telah meragut semua kebahagiaannya. Siapa sangka hanya kerana seseorang hidupnya boleh berubah 360 darjah. Dia mengeluh.
Dia memperlahankan keretanya apabila melalui kawasan yang banyak memberikan memori terhadapnya. Matanya memerhatikan setiap penjuru tempat itu. Tidak banyak yang berubah. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Why it’s so hard to forget it?
Persoalan itu telah lama bermain di benaknya. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk melupakannya tetapi makin dia cuba makin kuat ingatannya terhadap gadis itu. mengapa dia harus melupakan kenangan terindah mereka? Dia tidak mahu melupakan semua itu. Walau apa yang terjadi gadis itu terlalu berharga untuknya.
Hujan turun. Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat tersebut. Matanya menangkap kelibat seseorang yang masih duduk di sebuah bangku. Walaupun hujan turun gadis tersebut tidak berganjak sedikit pun. Adakah gadis itu juga sedang bersedih kerana cinta? Dia cuba melihat wajah gadis yang duduk beberapa meter dari keretanya. matanya tidak dapat melihat dengan jelas kerana hujan. Akhirnya dia berputus asa dan bergerak melarikan keretanya. matanya masih memerhatikan gadis itu. dadanya tiba-tiba berdebar. Dia memegang dadanya. Pelik. Tiba-tiba sahaja dadanya berdebar tanpa sebab.
Apabila tiba di rumahnya, dia terus menapak masuk ke dalam rumahnya. Tubuhnya dihenyakkan di atas sofa. Dia menyandarkan kepalanya. Matanya dipejamkan.
“Dah balik anak mummy ni. Tak dengar pun bunyi kereta.”
Dia membuka mata apabila terdengar suara mummynya. Wanita itu duduk di sebelahnya. Dia tersenyum. Mummynya makin lama makin cantik. Gelaran Puan Sri yang diterima mummynya tiga tahun lepas membuatkan mummynya kelihatan makin elegan.
Mummy buat apa?” soalnya.
Puan Sri Ros menggosok bahu anak tunggalnya. Melihatkan wajahnya dia sudah tahu Firasz Akimi penat. Wajah itu kelihatan sugul sekali.
“Pergilah mandi. Nanti turun makan. Akimi nak makan apa?”
“Tak kisahlah, mummy. Daddy tak balik lagi ke?”
“Belum. Maybe kejap lagi sampailah tu. Tadi dia jumpa...”
Kata-kata mummynya terhenti. Dia menanti wanita itu membuka mulutnya.
“Who’s mummy?”
“Ayah Syam.”
Dia diam. Kemudian dia berdiri. Kot yang berada di atas sofa diambil. Briefcasenya dicapai.
“She will stay at his home until when?” soalnya.
“Until this sunday. Don’t worry he will send her.”
Puan Sri Ros tersenyum kepada anak lelakinya. Dia mengangguk dan terus berlalu menuju ke biliknya. Firasz Akimi meletakkan briefcase dan kotnya di atas katil. Matanya menatap gambar yang terletak di atas meja. Dia mengeluh.
I miss her.
Bisik hatinya. Sudah tiga hari dia tidak menemuinya. Telefon bimbitnya berdering. Dia mencapainya.
“Papa.”
Agak kuat suara di talian. Bibirnya menguntum senyum.
“Yes, my darling. Kenapa telefon papa?” soalnya.
“Fiera miss papa. Fiera nak balik.”
Dia diam. Dia duduk di birai katil.
“Nanti papa jumpa Fiera. Hari ahad ni Tuk ayah akan hantar Fiera. Fiera tak boleh manja-manja. Fiera dah besarkan. Anak papa kan cerdik. Boleh, sayang?” dia cuba memujuk anaknya.
“Ok, papa. I really miss you. Sayang papa. Bye-bye.”
“Sayang. Selalu lupa. Assalamualaikum. Remember what i told you.”
“Waalaikumsalam, papa.” Kedengaran anak perempuannya ketawa. Sungguh comel suaranya ketika gelak. Makin rindu pula dengan anak perempuannya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di sebelah. Ingatannya terlayar kepada anak perempuannya. Wajah comel itu sentiasa dirinduinya.
****************************************
“Kau dari mana ni, Dania?”
Dia tidak menghiraukan soalan sahabatnya itu sebaliknya dia terus memanjat tangga menuju kebiliknya.
Dania. What’s the matter with you?”
Atikah memegang lengannya. Dia berpaling ke arahnya gadis itu.
“Tak ada apa-apa. Aku nak salin baju.”
Dia melonggarkan pautan Atikah. Bibirnya terketar-ketar kerana kesejukan. Atikah hanya memandang gadis itu menghilang ke dalam biliknya. Dia mengeluh. Dia tertanya-tanya apa yang berlaku ke atas Dania Aleya? keadaannya nampak teruk dengan baju yang basah kuyup. Apa yang dia buat di luar sana?
Dania Aleya turun ke bawah apabila malam menjelma. Dia menarik kerusi yang berada di hadapan Atikah.
“Kenapa tak panggil aku nak masak?” soalnya.
“Tak apa. Lagipun aku masak simple je.” Kata Atikah. Dia pandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Walaupun biasa-biasa sahaja tetapi nampak menyelerakan. Atikah sudah banyak berubah. Dia sudah semakin boleh berdikari.
“Makanlah Dania. Takkan tengok je.” Atikah mencapai pinggan dan menyerahkan kepada Dania Aleya. Dia menyambut huluran tersebut.
“Kau pergi mana tadi?” soal Atikah. Dia pandang wajah Dania Aleya yang tampak sedikit pucat dan lesu.
“Aku jalan-jalan je. Tak sangka pulak hujan. Tak sempat nak berteduh.” Dia tersengih. Cuba untuk menutup gelisah di hatinya. Dia tidak mahu Atikah mengetahui situasinya. Dia menyuap sedikit nasi ke dalam mulutnya.
“Sedapnya kau masak. Nanti aku nak belajar dengan kaulah.” Dia cuba bergurau.
“Kau tak payah susah-susah nak belajar. Orang gajikan ada.”
Dania Aleya mencebik.
“Takkanlah sampai ke  tua nak bergantung pada orang gaji. Kat rumah mama aku yang masak. Jarang-jarang je Mak Siti masak. Dia tolong mama je.”
“Dah seminggu kau duduk sini. Kau tak nak balik lagi ke? Aku bukan nak halau kau tapi aku rasa kau patut balik, Dania.”
Kata-kata Atikah membuatkannya terdiam. Dia mengunyah nasi yang bersisa di dalam mulutnya. Ditelannya lambat-lambat.
“I will go home tomorrow.”
Atikah seolah-olah tidak percaya mendengar kata-kata gadis itu.
Don’t look at me like that. Macam tengok hantu je.” Dia ketawa.
“Betul ke ni, Dania.”
Dania Aleya mengangguk-angguk.
I will miss you. My home will miss you.”
“Eleh bukan kau ke yang beria-ia suruh aku balik.”
“Kalau boleh aku tak nak kau balik tapi kau kena balik. So sad tau.”
“Nanti aku try minta dengan parents aku supaya benarkan aku stay dengan kau. Best jugak duduk dengan kau ni. Ada la jugak orang yang masak untuk aku. He he he.”
Atikah mencebik. Dania Aleya ketawa melihat muka kelakar sahabatnya itu. dia membawa pinggannya ke dapur.
“Nanti kalau kau bosan kau datanglah rumah aku ni.”
Dia berpaling ke belakang. Atikah sudah berdiri di belakangnya.
“Okay. Aku mesti datang punya. Lagipun kat rumah bukan ada sape-sape pun. Only my mom. Papa aku pulak sibuk memanjang.”
Atikah tersengih. Dania Aleya membasuh pinggan yang berada di dalam sinki. Hatinya berdebar. Betulkah keputusannya ini? Dania Aleya, sampai bila kau nak meratap? Bukankah kau sudah melupakan semuanya?

1 comment:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers