HOT!!!

Friday, June 24, 2011

cinta tak bersyarat 18

Apabila dia balik tadi lelaki itu sudah berada di dalam bilik air. Agak awal lelaki itu pulang hari ini. Biasanya dia yang tiba di rumah terlebih dahulu. Dia menanggalkan tudungnya. Pertama kali dia memakai tudung masih terasa agak janggal. Lima minit kemudian lelaki itu keluar dengan hanya bertuala paras pinggang. Terkejut juga dia tetapi dikawal perasaannya itu.
“Awak bersiaplah. Kejap lagi mak su dengan Pak Su nak datang. Mereka makan malam kat rumah kita.” Ujar lelaki itu tanpa berpaling ke arahnya.
“Kenapa?” soalnya.
“Saja nak melawat. Nak kenal dengan awak.” Riezq mencapai T-shirt dan menyarungnya. Dia mengangguk. Dia mencapai tuala dan bajunya. Inilah rutin hariannya. Menyalin pakaian di dalam bilik air. Bimbang apa-apa terjadi.
Riezq mengeluh apabila gadis itu menghilang di dalam bilik air. Dia telah jatuh hati terhadap Qyrina. Dia benar-benar pasti itu. Bagaimana harus dia memberitahu gadis itu tentang perasaannya? Masalah lagi. Inilah kali kedua dia jatuh cinta. Setiap kali dia jatuh cinta pasti ada masalah.
“Kau boleh, Riezq.” Ujarnya perlahan. Dia akan pastikan perkahwinan mereka ini akan kekal.

______________________________________________________________
Usai makan malam tadi mereka solat maghrib bersama-sama. Mak Su dan Pak Su lelaki itu agak baik orangnya dan boleh menerimanya. Dia tersenyum. Nasib baik segala-galanya dalam keadaan baik.
“Qyrinakan.” Tegur seseorang. Dia berpaling. Wajah Aliya yang lembut itu dipandangnya. Dia mengangguk.
“Kenapa duduk kat sini?” soal Aliya ramah. Gadis itu menarik kerusi di sebelahnya.
“Nak ambil angin malam je. Lagipun tak nak ganggu mereka berbual. Hal orang dewasa.” Aliya ketawa kecil.
“Aliya dah berapa bulan ni?” soalnya. Aliya menyentuh perutnya yang masih belum nampak.
“Dua bulan Rina. I hope it will be okey.” Ujar Aliya. Dia takut peristiwa dulu berulang lagi.
“Jangan risau. Banyakkan berdoa insyaAllah semuanya akan baik.” Qyrina memegang tangan Aliya. Entah kenapa dia mudah mesra dengan perempuan di hadapannya ini. Aliya mengangguk.
“Papa dia pun dah tak sabar menunggu dia keluar.” Tambahnnya. Qyrina baharu tersedar. Suami Aliya tiada dengannya.
“Suami Aliya tak datang ke?” soalnya. Aliya menggeleng. Entah kenapa dia dapat mengesan perubahan suaminya sejak tiba di sini. Seperti ada sesuatu yang dipendamnya. Takkanlah……
“Dia ada hal sikit tadi dengan family dia. Last minit jugak. Tak dapatlah nak kenalkan dengan Riezq. Masa kahwin hari tu Riezq tak ada. Hah, Rina tak ada tanda-tanda lagi?” soalan Aliya mengundang kerutan di dahinya. Tak faham.
“Macam saya.” jelasnya. Wajahnya terasa hangat. Pantas dia menggeleng.
“Eh, tak adalah.” Ujarnya pantas. Aliya tersengih.
“Nanti adalah tu. Saya pun lepas gugur dulu lama juga nak pulihkan semangat saya ni. Mujurlah abang Mi selalu sokong saya. Ada di sisi saya.” Qyrina dapat melihat sinar kebahagiaan dari cahaya mata Aliya. Alangkah indahnya jika perkahwinan mereka juga begitu. Dia mengeluh.
“Masa mama saya beritahu Riezq dah kahwin walaupun saya terkejut tapi saya gembira sangat. Riezq dah lama menderita.”
Qyrina tidak mengerti. Menderita? Kenapa pula?
“Riezq ada cerita tentang kisah cinta dia dulu?” soal Aliya. Dia menggeleng. Tak pernah pula dia terfikir untuk mengetahui tentang kisah lelaki itu.
“Erm, Qyrina tanya dia sendirilah.” Aliya tersenyum. Rasanya agak tidak elok jika dia menberitahu gadis ini.
“Eh, cakaplah Liya. Tak apa. Lagipun kalau saya tanya belum tentu dia nak beritahu. Pleaz Aliya.” Rayunya. Tiba-tiba sahaja dia ingin mengetahuinya. Aliya kelihatan serba salah.
“Dulu masa Riezq mula-mula pergi belajar kat oversea dia berkenalan dengan seorang perempuan. Orang Malaysia jugalah. Itulah pertama kali Liya tengok dia happy je. Kalau balik sini mesti mulut dia tak lepas dari sebut nama Aina. Hampir dua tahun jugalah dia bercinta dengan budak tu. Masalah timbul bila budak tu balik Malaysia tiba-tiba. Riezq pun tak tahu.” Aliya berhenti. Qyrina semakin ingin tahu. Rupanya mamat seperti itu juga pernah bercinta. Ingatkan berhati batu.
“Bila Riezq tahu budak tu balik sini dia pun ikut. Padahal masa tu dia ada exam. Dia macam hilang semangat. Tak tahu mana nak cari Aina. Pak Long dengan Mak Long pun tak tahu nak buat macam-mana. Paksa dia sambung study pun dia tak nak dengar. Dia cakap selagi dia tak jumpa Aina dia takkan sambung study. Hampir sebulan juga dia macam orang putus asa.” Aliya berhenti lagi. Dia memandang Qyrina.
“Lepas tu apa yang jadi Aliya?” soalnya.
“Dia terima surat daripada keluarga Aina. Masa Aina balik sini dia sakit. Sebenarnya dah lama dia menderita sakit jantung. Ingatkan lepas operate semuanya akan baik. Aina dah meninggal seminggu lepas tu. Dia tak nak Riezq tengok keadaan dia yang sedang menderita tu.” Aliya menarik nafas. Matanya kelihatan berkaca.
“Macam-mana dengan Riezq?” soal Qyrina. Tiba-tiba dia berasa sebak.
“Dia tak menangis. Kami semua bimbang. Seminggu kemudian dia buat keputusan nak sambung pelajaran yang tertangguh tu. Kami pun tak tahu apa yang buat dia kembali macam dulu. Mungkin sebab Qyrina.” Ujarnya. Dia memegang tangan Qyrina. Qyrina menggeleng.
“Bahagiakan Riezq. Dia dah banyak menderita. Dulu Riezq tak menangis sebab dia tak nak Aina menderita di sana. Walaupun Riezq sedih sebab tak dapat jumpa Aina buat kali yang terakhir tetapi dia bahagia sebab dapat membahagiakan Aina dulu.” Aliya menyapu air jernih yang mengalir di pipinya. Qyrina diam. Bagaimana harus dia membahagiakan lelaki itu? Riezq tidak mencintainya. Begitu juga dengan dirinya. Kisah kami rumit, Aliya. Maafkan saya kalau terpaksa mengecewakan awak.
____________________________________________________________________
Qyrina berdehem. Cuba menarik perhatian lelaki itu. Sejak tadi lagi lelaki itu asyik menghadap laptopnya. Entah apalah yang menarik sangat sampai tak nak layan aku ni. Entah-entah chatting dengan perempuan. Bukan boleh percaya sangat lelaki macam dia ni. Bisik hatinya. Hish, kenapalah otak aku ni selalu fikir yang bukan-bukan. Tanpa sedar dia mengetuk kepalanya.
“Dah buang tabiat ke?” dia memandang Riezq.
“Apa?” soalnya.
“Bosan sangat ke sampai main ketuk kepala tu.” Tempelaknya. Qyrina mencebik. Nampak pulak aku ketuk kepala.
“Mana ada. Saya cuma nak test je kepala saya ni keras ke tak?” alasan tidak masuk akal itu keluar dari bibirnya. Riezq tersengih. Macam-macam perempuan ni. Dia menutup laptopnya.
“Awak borak apa dengan Aliya tadi? Serius je saya nampak.” Soalnya. Qyrina menggeleng.
“Tak ada apa-apa. Bukan urusan awak.” Dia menyangkalnya.
“Bukan gossip pasal saya ke?” riezq senyum. Hensem pulak mamat ni.
“Awak bukan artis. Buang masa je gossip pasal awak.” Tempelaknya. Dia beredar ke beranda. Nyamannya angin malam menampar pipinya.
“Oh, selalu tu yang awak gossip dengan kak Liza pasal artis la ye.” Dia berpaling ke sebelah. Lelaki itu senyum menampakkan giginya yang tersusun. Dia menjeling. Selalu sangat nak sakitkan hati aku.
“Boleh saya tanya?” soalnya teragak-agak. Riezq mengangkat keningnya. Dia menggeleng. Lebih baik dia diam je. Fikirnya.
“Tak ada apa-apalah. Riezq, besok boleh tak kalau saya balik kampong?” soalnya. Wajah Riezq ditatap. Inilah pertama kali dia melihat wajah ini dari jarak yang dekat. Lelaki ini memang kacak. Kulit wajahnya tidaklah terlalu putih. Keningnya agak lebat. Rambutnya, erm macam siapa ek? Dia cuba memerah otaknya. Hurm, seperti Jessadaporn. Pelakon Thailand pujaan ramai itu. Rambut je yang sama. Hensem lagi Jessadaporn. Kutuknya dalam hati. Tetapi Riezq pun bolehlah dikatakan hensem. Bukan boleh dikatakan tetapi memang kacak juga.
“Boleh dan saya pun nak ikut awak.” Ujar Riezq.
“Tak payahlah. Nanti apa pula mama dengan papa awak cakap. Takkanlah honeymoon lagi.” Guraunya. Riezq senyum lagi. Dia rasa berdebar. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari lelaki itu.
“Saya cakaplah kita ada kerja kat luar.” Ujarnya. Qyrina diam. Matanya kembali terhala ke depan. Riezq memerhatikan raut wajah isterinya. Hatinya berasa aman sekali. Perasaan sama yang dialaminya dulu tetapi perasaan ini lebih kuat lagi. Dia dapat merasakan sesuatu yang berbeza antaranya dengan Qyrina. Aina, maafkan Syah. Syah tak berniat untuk menggantikan Aina dengan sesiapapun. Aina tetap cinta pertama Syah. Dan Qyrina akan menjadi cinta terakhir untuk Syah.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers