HOT!!!

Friday, June 24, 2011

cinta tak bersyarat 19


“Anak ibu ni makin cantik.” Pujian itu membuatkannya tersipu-sipu malu. Apatah lagi di hadapan Riezq. Dia jadi segan.
“Ibu ni sengaja nak tukar topikkan. Kenapa ibu tak beritahu Nia yang ibu sakit? Aiman pun satu. Kan akak dah pesan apa-apa yang jadi terus beritahu akak.” Dia menjeling Aiman. Adik lelakinya tunduk. Takut dengan wajah garang kakaknya itu.
“Sudahlah, Nia. jangan marah kat Aiman. Ibu yang tak bagi dia beritahu Nia. ibu tak sakit pun. Demam biasa je.” Pujuk Aminah. Dia mengusap tangan anak perempuannya. Anaknya kelihatan bahagia. Dia tumpang gembira.
“Berapa hari kamu duduk sini?” soal ibunya.
“Tiga hari je, bu. Tak dapat nak cuti lama-lama. Banyak kerja kat pejabat.” Ujar Riezq. Ibunya mengangguk. Faham dengan situasi mereka.
“Nia rindu kat ibu.” Dia memeluk tubuh ibunya. Aminah mengusap kepala anaknya. Rania Qyrina masih lagi manja dengannya walaupun sudah bersuami. Riezq hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Kalau dengannya gadis itu tidak akan berkelakuan seperti ini. Garang 24 jam.
“Tak malu ke suami kamu tengok tu.” Tegur ibunya. Qyrina meregangkan pelukannya. Dia memandang Riezq. Lelaki itu tersenyum. Mengejek akulah tu.
“Dia memang macam ni, bu. Dengan Riezq pun bukan main manja lagi.” Lelaki itu menjeling Qyrina. Wajah gadis itu berubah. Riezq ketawa dalam hati.
“Mana ada. Bila….” Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila teringat situasi mereka. Akhirnya dia hanya tersenyum. Senyuman yang tidak ikhlas. Hatinya membengkak.
“Keluarga Riezq sihat?” soalan Aminah membuatkan Riezq dan Qyrina diam. Qyrina pandang wajah Riezq.
“Mereka sihat je, bu. Mama dan papa kirim salam. Mama cakap nanti kalau ada masa dia datanglah jumpa ibu.” Bohong Riezq. Qyrina mengetap bibir. Dia benar-benar geram. Dia tidak suka ibunya dibohong seperti ini. Riezq tak boleh berbuat sebegini terhadap ibunya. Riezq memandang wajah Qyrina. Dia benar-benar berasa bersalah. Maafkan saya.
“Tak apalah. Nia bawalah Riezq rehat dulu.” Qyrina mengangguk. Dia mencapai begnya dan berlalu tanpa berpaling ke arah lelaki itu.
“Saya minta maaf, Nia.” ujarnya sebaik sahaja berada di dalam bilik. Qyrina diam.
“Saya pun tak tahu nak buat apa lagi. Saya bukan nak bohong pada ibu awak, Qyrina. Awak kan tahu…”
“Saya tahu inilah benda yang saya perlu bayar kan. Dulu awak dah beri amaran pada saya dan saya dah terima job awak ni. saya pun dah bohong pada ibu saya. Even saya pun dah buat benda ni apatah lagi awak yang tak ada kaitan dengan ibu saya. anak kandung dia sendiri.” Ujarnya dalam sebak. Riezq mendekatinya.
“Saya akan beritahu mama saya. saya akan cakap yang awak masih ada keluarga. Saya akan pulihkan semuanya.” Ujar Riezq. Qyrina menggeleng.
“Awak tak perlu buat semua tu. Lagipun perkahwinan kita takkan lama, Riezq. Awak boleh tinggalkan saya bila-bila masa je.” Tambahnya. Dia menyapu air mata yang mengalir.
“Tak. Saya takkan buat semua tu. Saya takkan tinggalkan awak Qyrina.” Riezq merenung anak matanya. Dia mendekati Qyrina. Tangan gadis itu di sentuh.
“Saya tahu perkahwinan kita ni bermula dengan tak baik. Saya minta maaf. Qyrina, sebenarnya saya…sa…”
Ketukan di pintu mematikan kata-kata Riezq. Dia mengeluh. Qyrina menarik tangannya. Tombol pintu di tarik. Terjengul wajah Aiman.
“Akak boleh tak tolong Aiman beli barang dapur? Ibu suruh Aiman tapi Aiman ada latihan sukan nanti. Tolong kak Nia ek.” Pinta Aiman. Qyrina hanya mengangguk. Aiman berlalu dengan wajah riang. Pintu kembali di tutup.
“Saya temankan awak.” Ujar Riezq.
“Takpelah saya boleh pergi sendiri.” Dia menolak. Sebenarnya dia masih terkejut dengan tindakan lelaki itu tadi. Apa yang lelaki itu ingin perkatakan tadi?
“Ini arahan saya.” ujar lelaki itu serius dan menghilang di dalam bilik air. Qyrina mengeluh. Apa yang aku dah lakukan ni? bukankah aku juga yang rela menerima semua ini. Aku yang merayu kepada lelaki ini dahulu. Kenapa aku harus memarahinya? Sepatutnya aku yang bersalah.
_____________________________________________________________________
Riezq hanya mengekori langkah kaki Qyrina. Dia benar-benar ingin meluahkan isi hatinya kepada perempuan itu. Tetapi bagaimana? Dia menyaingi langkah kaki gadis itu. Wajah Qyrina dipandang.
“Banyak lagi ke?” soalnya. Qyrina berhenti. Dia tatap wajah Riezq. Bagaimana harus dia memohon maaf daripada lelaki ini? Dari tadi lagi dia memikirkan perkara ini. Otaknya pun sudah pening.
“Apa yang awak beli?” soal Riezq apabila melihat bakul gadis itu masih kosong. Takkanlah dia pun tak perasan apa-apa tadi. Qyrina pandang bakulnya. Dia garu kepala.
“Dah. Mari sini.” Riezq mengambil bakul di tangan Qyrina.
“Awak nak buat apa?” soalnya.
“Kita sama-sama cari barang yang ibu awak pesan, okey?” dia menarik tangan Qyrina dengan selamba. Qyrina terkesima. Tetapi lidahnya kelu untuk melarang lelaki itu. Apa yang harus dia buat? Dia hanya membiarkan tangannya berada dalam tangan lelaki itu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Senyuman yang sukar untuk dimengertikannya.
_____________________________________________________________________

Qyrina menampar bahu Aiman. Geram dengan kata-kata adiknya itu. Riezq dan ibunya hanya ketawa. Entah apalah yang menggelikan hati mereka. Aiman beralih arah mendekati Riezq. Perit bahunya di tampar oleh Qyrina.
“Abang tak pernah ke kena dengan kak Nia ni? macam ibu ketam. Suka sengat orang.” Perli adiknya. Qyrina menjeling Aiman.
“Aiman gurau je lah akak.” Aiman mengalah. Takut juga dia melihat wajah garang kakaknya. Qyrina menjelirkan lidahnya. Riezq yang melihat hanya tersenyum. Masih ada sifat kebudak-budakkan dalam diri gadis ini.
“Abang tak kisah pun apa yang akak Aiman ni nak buat apa abang.” Ujar riezq. dia mengenyitkan matanya kepada Qyrina.
“Abang sayang akak ke?” soal Aiman. Sengaja ingin mengusik kakaknya. Suka melihat wajah kakaknya yang berubah warna. Malulah tu. Riezq memandang Qyrina.
“Abang sayang sangat kat kakak Aiman.” Ujarnya tanpa memandang wajah Aiman. Dia benar-benar serius dengan kata-katanya ini. Qyrina gelabah. Dia seram melihat mata lelaki itu yang menikam ke wajahnya. Bulu romanya menegak. Dah buang tabiat ke mamat ni? kot ye pun nak berlakon tak payahlah nampak cam real sangat. Gerutunya dalam hati. Dadanya berdebar kencang.
“Aiman, pergi solat isyak. Dah masuk waktu ni.” dia cuba menukar topic. Aiman tidak banyak soal. Dia menurut sahaja perintah kakaknya.
“Ibu gembira sangat tengok Nia bahagia macam ni.” ujar Aminah. Riezq senyum. Qyrina mendekati ibunya.
“Nia lagi bahagia kalau ibu dah sihat.” Ujar Qyrina.
“Ibu dah sihat Nia. ibu dah tak rasa sakit macam dulu.” Dia cuba menyakinkan Qyrina. qyrina menggeleng.
“Kita jumpa doctor esok. Lagipun ibu ada appointment dengan Dr. haleena esok. Nia nak ikut. Nak nak dengar dari mulut Dr. haleena sendiri.” Qyrina benar-benar berharap segalanya akan semakin baik. Aminah hanya senyum. Dia tahu Qyrina risaukan dirinya. Qyrina bangun dan beredar ke dalam biliknya. Sampai bila anaknya itu akan terus memikirkan tentang dirinya ini.
“Qyrina cuma nak ibu sihat je.” Ujar Riezq. aminah mengangguk.
“Ibu tahu. Kadang-kadang dia tu terlalu fikirkan tentang orang lain. Nia ada susahkan Riezq ke?” soalnya. Dia bimbang jika sikap manja Qyrina itu menyusahkan menantunya ini.
“Eh takdelah, bu. Ibu jangan fikir yang bukan-bukan pula. Qyrina tak pernah menyusahkan Riezq. Dia banyak membantu Riezq. riezq bersyukur dapat kenal dengan anak ibu.” Riezq benar-benar ikhlas dengan kata-katanya. Qyrina memang benar-benar telah membantunya keluar daripada masalah yang besar. Malah hatinya juga kian terisi dengan cinta terhadap Qyrina.

SYAFIQAH memandang wajah mamanya yang kelihatan ceria. Sejak belakangan ini mamanya kelihatan gembira sekali. Mungkin ada sesuatu yang menyenangkan hatinya. Azrafiq yang terlena di ribanya di letakkan di atas sofa. Dia mendekati mamanya yang sedang membelek majalah keluarga.
“Ada sesuatu ke yang Iqa tak tahu ni?” soalnya apabila mencecah punggung di sebelah mamanya. Majalah yang berada di tangan ditutup. Wajah anak perempuannya dipandang hairan.
“Mama look happy lately. Ada sesuatu ke yang papa bagi ni?” soalnya apabila mengerti dengan tanda Tanya di wajah mamanya. Puan Sri Tengku Zawiyah menggeleng.
“Azrafiq mana?” soalnya.
“Dia dah tidur. Bila Riezq dengan Rina nak balik, ma?” soalnya. Sudah dua hari mereka bekerja di luar.
“Tak tahulah mama. Riezq cakap dalam tiga hari je. Besok lusa baliklah tu.” Mamanya kembali membaca majalah tadi.
“Macam-mana dengan Rina? Dia selesa tak duduk sini?”
“Mama rasa Qyrina tu not badlah.” Syafiqah tidak mengerti dengan kata-kata mamanya.
“Maksud mama?” soalnya.
“Maybe she’s the right person to be part of our family and also wife for you brother.” Dia tersenyum. Dia yakin Qyrina seorang menantu yang baik. Selama berada di sini gadis itu tidak pernah berlaku biadap dengannya dan gadis itu tidak pernah membantah kata-katanya.
***********************************************************************************


Udara nyaman di sungai ini sedikit sebanyak menenteramkan jiwanya. Dia memerhatikan Aiman yang sedang mengajar Riezq menangkap ikan menggunakan tangan. Dia menggelengkan kepalanya. Sampai bila-bila pun takkan dapat tangkap. Bibirnya menguntum senyum. Aiman pun sama. Macamlah terer sangat.
“Awak buat apa tu?” laungnya. Riezq berpaling ke arahnya.
“Tangkap ikan.” Balas lelaki itu. Dia sengih. Senget jugak mamat ni.
“Awak ingat senang ke tangkap ikan macam tu. Aiman tu bukan boleh percaya sangat.” Dia mendekati Riezq. entah di mana silapnya melangkah kakinya tergelingcir. Dia tidak dapat mengimbangi badannya. Tangannya spontan menarik baju T-shirt lelaki yang berada di hadapannya itu. Riezq yang terperanjat melihat keadaan Qyrina terus memaut pinggang gadis itu. Dia tidak dapat menstabilkan dirinya dan akhirnya mereka sama-sama jatuh ke dalam air. Qyrina menghempap badan Riezq. Aiman cepat-cepat membantu kakak dan abang iparnya. Qyrina terbatuk-batuk kecil. Nasib baik paras air hanya separas lutut.
“Awak okey tak?” soal Riezq. wajah Qyrina yang memerah dipandang. Gadis itu menyapu mukanya yang di basahi air. Perit tekaknya akibat tertelan air sungai.
“Kenapa awak ni? habis basah baju saya ni?” marahnya. Kalau lelaki itu tidak menangkap pinggangnya tadi tentu dia tidak terjatuh. Fikirnya.
“Kenapa saya pulak? Awak tu yang tarik baju saya ni. kalau tak tentu saya tak jatuh sekali dengan awak.” Ada ke aku pulak yang salah. Bebelnya.
“Yelah akak. Kak Nia yang tarik baju abang Riezq tadi. Kesian abang tau. Macam tu pun nak marah kat abang.” Aiman menyampuk. Qyrina menjeling. Tahulah salah aku. Sibuk je si Aiman ni. Dia memeluk tubuhnya yang mula terasa kesejukan.
“Dahlah jom balik. Kakak Aiman ni memang selalu macam ni. selalu sangat nak salahkan abang. Jomlah sayang nanti awak demam pulak.” Dia menarik tangan Qyrina. gadis itu hanya menurut. Dalam diam tangannya laju mencubit pinggang lelaki itu. Bibirnya mengukir senyum apabila lelaki itu menyeringai kesakitan. Padam muka kau.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers