HOT!!!

Friday, July 1, 2011

Cinta Tak Bersyarat 20

Puan Sri Tengku Zawiyah menyambut kepulangan anak menantunya dengan senyuman melebar. Dua tiga hari ini tiba-tiba dia rasa rindu dengan menantunya. Dia benar-benar telah dapat menerima Qyrina sebagai menantunya. Dia yakin pilihan Riezq adalah tepat.

“Mama sihat?” soal Qyrina. janggal pula apabila berdua dengan ibu mentuanya ini. Setelah makan malam tadi dia melarikan diri ke taman. Bosan menghadap muka si suami 24 jam. Sebentar kemudian ibu mentuanya pula muncul.

“Mama sihat je. Rina sihat?” soal Puan Sri Tengku Zawiyah pula. Dia pun terasa kejanggalan untuk beramah mesra dengan Qyrina. mungkin kerana selama ini mereka tidak pernah berbual-bual dengan baik. Qyrina menjawab soalan wanita itu dengan anggukan dan senyuman.

“Sebenarnya mama….”

Setelah agak lama membisu ibu mentuanya mula bersuara. Qyrina menanti kata-kata daripada Puan Sri Tengku Zawiyah.
Wanita itu diam. Agak susah untuk memohon maaf.

“Mama nak minta-maaf.” Akhirnya keluar juga ayat itu dari mulutnya. Dan dia benar-benar ikhlas. Qyrina terperanjat. Benarkah apa yang didengarinya ini? Wanita yang dianggapnya punyai hati batu memohon maaf daripadanya. Matanya tidak berkelip daripada memandang wanita itu. Puan Sri tengku Zawiyah mengangguk.

“Mama tahu mama silap dulu. Menyalahkan Rina padahal semua ini sudah ditakdirkan. Mama tak dapat menerima kenyataan yang anak lelaki mama dah berkahwin dengan perempuan yang mama tak kenal. Dan yang kebih melukakan hati mama apabila Riezq beritahu yang dia dah kahwin. Hancur luluh hati mama masa tu.”

Puan Sri Tengku Zawiyah meluahkan isi hatinya. Sedih terasa mendengar wanita itu meluahkan kata-kata. Wanita itu tidak bersalah. Riezq yang bersalah. Dan dia pun turut terheret dalam masalah ini. Dia berpakat dengan lelaki itu menipu wanita ini dan keluarganya. Ya Allah berdosanya aku. Rintihnya.

“Mama tak salah. Kami yang bersalah.”

Puan Sri Tengku Zawiyah menarik Qyrina ke dalam pelukannya. Qyrina tidak dapat membalas pelukan wanita itu. Dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk.
‘jangan maafkan saya. semua ini hanya makin membuatkan saya merasa lebih bersalah.’ Rintihnya di dalam hati. Dia lebih rela wanita ini membencinya. Dia lebih rela wanita ini tidak menganggapnya sebagai menantu. Semuanya akan menjadi lebih rumit. Bagaimana harus dia meneruskan rancangan mereka ini? Maafkan saya jika hanya akan membalas semua ini dengan kelukaan suatu hati nanti.
_______________________________________________________________

“Saya nak Kak Liza yang handle pasal jemputan. Lagipun Kak Liza dah lama dalam syarikat ni so dia pasti lebih tahu tentang orang-orang yang penting. Tema untuk malam tu pulak awak jelah yang uruskan.”
Arahnya kepada Fazira. Gadis itu hanya mengangguk. Bukan dia tidak pernah terlibat dalam event yang penting seperti ini.

“Ada apa-apa lagi cik Qyrina?” soal Fazira. dia diam seketika. Berfikir akan perkara yang mungkin dia terlupa.

“Ah, satu lagi saya tak nak awak jemput perempuan yang bernama Sarah. Pesan pada Kak Liza yer.” Tambahnya.

“Kenapa pula?”

“Sebab bos awak yang tak nak.” Bohongnya. Padahal dia yang tidak mahu bertentang mata dengan perempuan itu. Sakit matanya melihat Sarah. Sengaja nak menggedik dengan suami orang. ‘Suami?’ suami kontrak je Qyrina. bisik hatinya.

“Erm, baiklah cik Qyrina. nanti nak balik sama-sama tak?” soal Fazira. dia menggeleng. petang ini dia ada janji dengan temannya, Elisa.

“Ada date ek.” Serkapnya. Qyrina hanya tersenyum.

“Aah. Date dengan my Prince Charming.” Guraunya. Fazira hanya tersengih. Apa salahnya bohong sunat sesekali. Dia tersengih sebaik sahaja Fazira keluar.
Matanya memandang jam di tangan. Sekejap lagi waktu pejabat akan habis. Dia perlu menemui Elisa di restoran makanan kegemaran mereka, KFC. Dia mengemas fail-fail di atas mejanya. Dia tidak mahu terlewat pula. Lagipun dia bimbang jam waktu begini.
Kakinya melangkah pantas apabila jam menunjukkan angka 5 petang. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Elisa yang tidak berapa suka menunggu.

“Qyrina.”

Panggil seseorang. Dia berhenti.

“Jom balik dengan saya.” ajak Riezq. Qyrina menggeleng. tiba-tiba pula mamat ni. macamlah tak tahu peraturan kat pejabat antaranya dengan Riezq.

“Saya ada janji Encik Riezq.” ujarnya sopan apabila terlihat kelibat Fazira dan Kak Liza yang mampir.

“Janji?”

“Aah. Cik Qyrina ada date dengan pakwe dia.” Sampuk Fazira sambil tersengih-sengih. Wajah Riezq berubah.

“Saya pergi dululah. Assalamualaikum.” Ujarnya dan berlalu.
Riezq berang. Pakwe mana pulak ni? rasanya Qyrina tidak mempunyai teman lelaki. Atau dia dah ada teman lelaki? Soalnya sendiri.

“Encik Riezq tak nak balik lagi ke?” soal Kak Liza apabila Riezq berpatah balik menuju biliknya.

“Saya ada kerja.” Dia terus berlalu. Sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu. Fazira dan Kak Liza saling berpandangan. Mereka menjungkitkan bahu.
_______________________________________________________________

Sebaik sahaja terlihat kelibat Elisa dia pura-pura memasamkan wajahnya. Kali ini gadis itu yang terlewat. Walaupun tidaklah lama tetapi Elisa tetap terlewat. Elisa tersengih-sengih.

“Sorry, I’m late.” Ujarnya sebaik duduk di hadapan Qyrina.

“I’m really sorry. Masa nak keluar tadi Firzad call. Malam ni dia tiba di KLIA.” Tambah Elisa.

“Dah berbaik ke? Hari tu bukan main marah lagi.” Tempelaknya. Eilsa tersengih.

“Mana boleh nak marah lama-lama. Dia tu macam ada kuasa magis yang boleh buat aku cepat sejuk. Lagipun dah lama tak jumpa dia. Hari tu aku buat keputusan terburu-buru. Sebab merajuk aku balik sorang-sorang. Padahal kerja dia lagi dua minggu nak tamat kat sana.”

Qyrina mencemik. Biasalah pasangan yang baru kahwin memang macam ni. sekejap gaduh lepas tu elok balik and then gaduh balik.

“Eh, kau dah tolong beli untuk aku yer. Thanks kawan.” Qyrina tersenyum.

“Makanlah.” Ujarnya. Sambil makan mulut Elisa tidak berhenti dari menyebut nama Firzad. Firzad itulah. Firzad inilah. Macamlah aku tak kenal dengan suami dia. Kawan aku juga masa kat university. Bisiknya. Tetapi dia terus mendengar cerita sahabatnya itu. Kadang-kadang melayan Elisa boleh membuatkannya melupakan masalah yang melandanya. Hampir setiap malam Elisa akan menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepadanya sejak dua minggu ini.

Selepas makan mereka mencuci mata di pusat membeli-belah. Kebetulan Qyrina ingin membeli tudung. Dia ingin menambah koleksi tudungnya.

“Tak apa ke kau balik lewat ni?” soal Elisa. Qyrina mengangguk.

“Laki tak marah ke?” guraunya. Qyrina terbatuk-batuk sehingga berair matanya.

“Aku bergurau jelah.” Elisa tersenyum.

“Tak de benda lain ke kau nak bergurau ni?” dia berpura-pura marah.

“Yerlah. Manalah tahu kau dah kahwin tapi sorok dari akukan.” Sambungnya. Wajah Qyrina dipandang. Dia sengaja menjegilkan matanya. Qyrina menggelabah. Dia pura-pura memandang ke arah lain. Tiba-tiba matanya terarah ke arah seseorang. Dadanya berdebar kencang. Adakah matanya yang silap atau dia memang sedang bermimpi tika ini? Tanpa menghiraukan Elisa dia berusaha mengejar lelaki yang semakin lenyap di telan manusia itu. Panggilan Elisa langsung tidak dihiraukannya. Dia seakan-akan berada di dunia lain. Hanya ada dirinya dan lelaki itu. Misinya hanya satu. Mendapatkan lelaki itu.
____________________________________________________________________

Elisa masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Apabila melihat Qyrina berlari tadi dia turut mengejar gadis itu. Semput juga dia mengejar sahabatnya tadi. Dia terperanjat apabila terlihat tubuh Qyrina yang terbaring kaku di pusat membeli-belah tadi. Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja Qyrina boleh pengsan. Nasib baiklah ada seseorang yang membantu menghantar mereka ke hospital. Dan apa yang lebih membuatkannya terkejut ialah dengan kehadiran seorang lelaki asing di sisi Qyrina. Ketika Qyrina dirawat tadi lelaki ini menghubungi telefon bimbit Qyrina dan dia menjawabnya. Yang membuatkannya semakin tidak percaya ialah lelaki ini mengakui dia ialah suami Qyrina. He is Qyrina’s husband.

“Haris.”

Elisa terperanjat mendengar jeritan Qyrina yang tiba-tiba. Dia mendekati Qyrina. Gadis itu terus memeluknya.

“Aku nampak dia, Lis.” Ujar Qyrina. Elisa menggelengkan kepalanya. Dia cuba menenteramkan Qyrina.

“Dahlah, kau rehatlah dulu Rina. It’s just a dream.” Ujar Elisa. Qyrina menggelengkan kepalanya. Dia yakin dia tidak bermimpi. Dia benar-benar ternampak Haris tadi. Mereka begitu hampir sehinggalah dia kehilangan jejak lelaki itu dan tiba-tiba kepalanya terasa berputar. Dan dia rebah.

“Haris?”

Qyrina memandang Elisa. Dia kenal pemilik suara itu. Air liur ditelan lambat-lambat. Terasa berpasir.

“Your husband.” Dia memandang Elisa sebaik sahaja gadis itu menuturkan ayat tersebut. Husband? Maksudnya….

“Aku balik dulu Rina. Kejap lagi flight Firzad akan tiba. I tinggalkan your wife dengan you. Take good care of her. It’s your job now. Assalamulaikum.” Ujar Elisa dan berlalu. Qyrina kehilangan kata-kata. Dia tidak dapat membuka mulutnya untuk menghalang Elisa dari pergi. Dia ingin menjelaskannya tetapi hatinya juga gusar dengan kehadiran Riezq. apakah lelaki itu dengar apa yang dia cakapkan kepada Elisa tadi? Kepalanya makin berdenyut-denyut.

“Apa maksud awak tadi? Betulkah awak jumpa Haris tadi?” soalan itu seperti mencekik lehernya. Dia menelan liur. Apa yang harus diberitahu kepada Riezq? mengakuinya atau berbohong? Tetapi bagaimana?

“Saya….”

“Qyrina dah sedar?”

Kedatangan ibu dan bapa mentuanya mematikan kata-katanya. Dalam diam dia mengucap syukur. Mereka mendekati katilnya. Riezq sedikit menjauh.

“Rina tak ada apa-apa ma, pa.” ujarnya. Dia memaniskan wajahnya.

“Syukurlah. Terkejut mama bila Riezq cakap Rina ada kat hospital.” Ujar Puan Sri Tengku Zawiyah. Dia menggosok telapak tangan Qyrina.

“Doktor cakap apa Riezq?” soal papanya pula.

“Tak ada apa-apa, pa. dia penat je. Jangan risau.”
Qyrina pandang wajah Riezq yang keruh. Entah kenapa dia seperti rasa bersalah. Mengapa dia harus berasa seperti itu? Dia sudah punya suami tetapi masih mengingati lelaki lain. Bukankah itu satu kesalahan yang besar? Tetapi bukankah Riezq juga tidak menganggap dia sebagai seorang isterinya. Mereka hanya berlakon dan tidak lebih dari itu. Tetapi hatinya tetap juga berasa tidak tenang.

“Qyrina mengandung ke Riezq?” soal mamanya. Qyrina terkesima dengan persoalan ibu mertuanya.

“Tak adalah ma. She’s just tired. Nothing at all.” Riezq duduk di atas sofa.

“Mama ingatkan ada berita gembira tadi.” Puan Sri Tengku zawiyah sedikit kecewa.

“Belum ada rezeki lagi Za. Kesian Rina ni. banyak kerja kot kat pejabat. Lagipun hari menyambut ulang tahun syarikat dah semakin hampir makin banyaklah kerja-kerja yang perlu disiapkan.” Pujuk suaminya.

“Qyrina kena banyakkan rehat. Mama tak nak Rina buat kerja banyak sangat. Terlalu penat tak elok untuk orang perempuan ni.” ujarnya. Qyrina faham maksud tersirat ibu mentuanya itu. Dia hanya tersenyum hambar. Matanya memandang Riezq yang sedang menunduk. Entah kenapa dia seperti dapat membaca sesuatu di sebalik ketegangan wajah lelaki itu.

1 comment:

  1. memg awak salah rina..lupekan je la si haris tuh..riezq pun sama,cube terus terang perasaan tu,,

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers