HOT!!!

Saturday, July 9, 2011

Cinta Tak Bersyarat 21



Puan Sri Tengku Zawiyah memandang wajah anak menantunya yang kelihatan ceria. Sejak dua tiga hari lepas dia perasan ada sesuatu yang terjadi antara mereka. dia risau ada sesuatu yang tak baik terjadi antara mereka. syukurlah kalau segala-galanya kembali normal.
“Nanti mama nak Rina temankan mama ke rumah Mak Su. Boleh Riezq?” soal mamanya.
“Riezq tak kisah. Mama tanyalah Qyrina. lagipun dia on leave lagi.” Dia memandang Qyrina.
“Mama dah tanya Rina tadi tapi katanya kena tanya dengan Riezq dulu.” Ujar mamanya. Riezq senyum.
“Ikutlah. Riezq tak kisah.”
“Jangan awak dera isteri Riezq ni pulak.” Gurau Tan Sri Tengku Omar. Mamanya mencubit lengan papanya. Dia ketawa.
“Jomlah Riezq. nanti lebam pulak lengan papa ni.” tambahnya. Riezq melirik jam tangannya. Dia harus cepat tiba di pejabat. Hari ini ada mesyuarat dengan wakil dari Jepun.
“Jomlah, pa.” dia berdiri. Tangannya sempat mencapai cawan yang berisi kopi dan meneguknya.
Qyrina dan Puan Sri Tengku Zawiyah megekori mereka hingga ke muka pintu. Mamanya menyalami papanya. Kemudian papanya menghadiahkan ciuman di dahi ibu mentuanya. Qyrina senyum melihat aksi romantic mereka. Tanpa sedar dia terasa tangannya dipegang. Wajah Riezq dipandang hairan.
“Salam.” Ujar Riezq perlahan. Kelam-kabut dia tunduk mencium tangan lelaki itu. Dan satu ciuman singgah di dahinya tanpa sempat dielak. Dia terkesima. Reizq mengenyitkan matanya sambil tersengih. Qyrina pura-pura tersenyum walaupun dalam hatinya mendongkol rasa geram dengan perbuatan lelaki itu tadi. Ibu mentuanya tersenyum melihat aksi mereka tadi.
“Sewel.” Ujarnya perlahan apabila lelaki itu telah menghilang di dalam kereta.
“Bahagia mama tengok anak-anak mama macam ni.” ujar Puan Sri Tengku Zawiyah. Dia hanya tersenyum. Langkah kaki di atur ke dalam.
“Mama kesian dengan Liya.” Ujar ibu mentuanya tiba-tiba. Dia yang baru duduk berpaling ke arah ibu mentuanya. Kurang mengerti dengan kata-kata mamanya.
“Kenapa dengan Liya, ma?” soalnya. Mamanya mengeluh.
“Aliya tu memang rapat dengan mama sejak kecil lagi. Dia mengadu dengan mama yang dia ada masalah dengan perkahwinannya.” Ujarnya.
“Suami dia ada perempuan lain ke?” soalnya. Dia tidak mengenali suami Aliya dan rasanya tidak wajar dia bersangka buruk dengan lelaki itu.
“Tak. Sebenarnya perkahwinan Aliya pada mulanya tak mendapat restu orang tua suaminya. Mama pun tak tahu apa yang terjadi tapi sebelum tu Aliya kemalangan. Mama pun tak tahu bila dia kenal dengan lelaki tu.” Qyrina semakin ingin tahu. Menarik juga kisah cinta sepupu iparnya ini.
“Suami dia tu macam-mana mama?” soal Qyrina.
“Helmi tu baik. Rina tak pernah jumpa dia kan?” soal Puan Sri Tengku Zawiyah. Dia mengangguk. Dia memang tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Aliya pun dua kali baru dia jumpa.
“Riezq pun tak pernah jumpa suami Aliyakan?”
“Aah. Masa tu dia kat oversea lagi.” Ujar Puan Sri Tengku Zawiyah. Qyrina mengangguk.
“Kalau suami dia ada di rumah bolehlah Rina jumpa dia nanti.” Ujar ibu mentuanya.
“Dia tak kerja ke?”
“Entahlah. Aliya kan tak sihat. Mungkin Helmi ada kat rumah. Pergilah bersiap Rina. Awal kita pergi bolehlah balik awal sikit.” Qyrina hanya menurut. Dia meninggalkan ibu mentuanya dan menuju ke arah biliknya. Bibirnya tersenyum mengenangkan layanan baik mama lelaki itu terhadapnya sejak belakangan ini.



QYRINA ketawa kecil melayan karenah anak kakak iparnya, Azrafiq. Kebetulan Syafiqah turut menziarahi Aliya. Dia benar-benar terhibur denagn keletah manja budak tersebut. Agak cerdik juga anak saudara Riezq ini. Langsung tidak sama dengan bapa saudaranya. Dia tersenyum. ‘Jahat juga otak aku ni. tak habis-habis nak mengata lelaki tu.’
“Rina dah boleh ada baby kan Mak Long?”
Dia mendongak kepada Aliya yang sedang membantu membawa sedulang air. Dia hanya tersenyum. Dia memang menyukai kanak-kanak tetapi dia masih belum bersedia lagi untuk punya anak. Lagipun dia nak beranak anak siapa? Riezq? Hish, tak naklah.
“Takde rezeki lagi Liya. Saya bukan bertuah macam awak.” Ujarnya. Azrafiq meronta apabila terlihat mamanya. Dia menyerahkan budak itu kepada Syafiqah.
“Nanti adalah tu.” Sampuk Puan Sri Tengku Zawiyah.
“Suami Liya kerja ke?”
Dia cuba keluar dari topic yang paling tidak digemarinya itu. meremang bulu romanya apabila bercakap soal anak. Kami takkan ada anak. Ingin sahaja dia menjerit perkara itu.
“Aah. Kebetulan abang Mie kena jumpa dengan klien penting. Tak boleh nak tunda.” Jelasnya. Dia mengangguk. Wajah Aliya tidak langsung menampakkan kesedihan. Betulkah dia mengalami masalah rumah tangga?
“Nanti Kak Za datanglah awal masa kenduri ni.” Tengku Aishah bersuara.
“Bila kenduri tu Mak Su?” soalnya.
“Malam Jumaat ni. Rina dengan Iqa datang tau.” Tambahnya. Dia mengangguk.
“Iqa tak pasti lagi dapat datang ke tak Mak Su? Sebab abang Iqbal kena pergi outstation. Iqa ingat nak ikut dia. Kesian kat abang sorang-sorang.”
“Biasanya tak pernah pun Iqa nak ikut Iqbal pergi mana-mana.” puan Sri Tengku Zawiyah memandang anaknya. Syafiqah tersenyum.
“Dia nak sambut anniversary kami kat sana nanti, ma. Maaflah Mak Su, Liya. Nanti dah balik Iqa datang sini ye.” Tambahnya. Qyrina tersenyum. Bahagia betul pasangan yang bercinta ni. terbit perasaan iri hati dalam dirinya. Mengapa dia tidak boleh menjadi seperti mereka berdua? Punya suami yang dicintai dan menyayangi dirinya. Dalam diam dia mengeluh.
“Kenapa, Rina.”
Dia berpaling ke arah Aliya. Perlahan-lahan kepalanya menggeleng.
“Bila anniversary Rina?” soalan Aliya itu mengundang bahang di wajahnya. Bila? Aku baru je kahwin dengan mamat tu. Nak beritahu tarikh betul ke tak ni?
“5 mei.” Ujarnya. Itu tarikh dia bertunang dengan Haris 4 tahun lepas. Hanya tarikh itu yang bermain di kepalanya.
“Dah nak dekat setahunlah ye.” Mak Su pula bersuara.

Sebenarnya dia baru 4 bulan berkahwin dengan lelaki itu. dia masih teringat lagi lelaki itu memberitahu mamanya yang mereka berkahwin masa dia masih berada di oversea. Tahun lepas. Tarikh itu jugalah lelaki itu mula meghilangkan diri 2 tahun lepas. Dia tidak dapat menghubungi Haris. Bermula dengan tarikh itu Haris mula menyepi. Jika diikutkan hati dia ingin pulang ke Malaysia mencari lelaki itu tetapi sepotong ayat yang diterimanya dari lelaki itu melalui emel mematikan hasratnya. Hanya kerana sebaris ayat itu dia bertahan dan menunggu. Mempercayai lelaki itu walaupun berkali-kali dinasihati oleh Elisa. Dan apabila dia pulang ke Malaysia berita yang didengarinya daripada ibunya benar-benar membunuh perasaanya. Haris telah berkahwin. Dia tidak tahu harus mempercayainya ataupun tidak. Segala-galanya kabur. Tiada bukti yang menunjukkan Haris telah berkahwin tetapi ibu mendapat berita itu daripada ibu Lina sendiri. Itupun pesanan daripada seseorang. Dia tidak tahu siapa dan dia tidak ingin mengetahuinya.
*********************************************************************
Riezq diam memerhatikan isterinya bercerita. Sesekali matanya jatuh kepada bibir Qyrina yang kemerahan. Dia menelan liur. Dia cuba menolak perkara yang bermain dimindanya tika ini. Tetapi makin dia cuba lari makin kuat pula tarikan itu. dia berdiri. Lebih baik dia keluar dari bilik ini. Fikirnya.
“Awak nak ke mana tu?” soal Qyrina apabila lelaki itu ingin berlalu meninggalkannya tanpa berkata apa-apa.
“Saya nak turun kejap. Haus pulak.” Bohongnya.
“Awak nak minum ke? Saya boleh tolong buatkan.” Ujar Qyrina. apa salahnya membuat pahala. Fikirnya. Lagipun tak salah buat baik.
“Takpelah saya boleh buat sendiri.” Ujarnya dan berlalu melintasi Qyrina.
“Saya…” tiba-tiba Qyrina cuba menghalang Riezq dari pergi. Tetapi entah di mana silapnya kakinya tersadung pada permaidani dan tubuhnya hampir jatuh. Riezq yang melihat pantas mencapai tubuh Qyrina. Dan…cupp.
Mata mereka berlaga. Berkelip-kelip mata mereka berdua. Qyrina pantas menolak tubuh Riezq yang mendakapnya. Mukanya terasa membahang. Riezq juga begitu. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya saat itu.
“Saya nak buat air kejap.” Cepat-cepat Riezq meninggalkan bilik itu. tidak sanggup dia menatap wajah Qyrina tika itu. dia betul-betul tidak sengaja walaupun tadi dia sempat memikirkan perkara tersebut.
Qyrina berlari ke arah bilik air. Dia membasuh mukanya berkali-kali.
“Kenapa jadi macam ni?” soalnya sendiri. Berair matanya.
“Semua ni salah aku. Kenapalah gatal sangat nak ikut mamat tu? Aku tak nak. Jijik.” Dia terasa mual. Pantas dia mencapai berus gigi dan memberus giginya. Agak lama dia berada di dalam tandas. Sepuluh minit kemudian dia keluar. Terjenguk-jenguk kepalanya mencari kelibat Riezq.
Dia mengeluh lega apabila lelaki itu tiada. Baru sahaja punggungnya ingin mencecah katil pintu biliknya di buka dari luar. Dia terkesima. Riezq senyum. Nampak sangat serba salah. Entah apa yang harus dibuatnya. Dia berlalu ke bilik air. Lima minit kemudian dia keluar. Qyrina masih lagi mematung begitu. Matanya terarah kepadanya. Tajam sekali. Gerun pulak dia melihatnya.
“Sa..saya, erm… tadi…”
“Saya nak tidur dululah. Dah lewat lagipun besok dah kerja. Selamat malam.” Ujarnya pantas dan menarik selimut sehingga menutupi keseluruh badannya. Dalam hati dia menyumpah sikap gelabahnya. Sepatutnya dia boleh buat-buat tenang. Anggap saja semua itu hanya kemalangan yang tidak disengajakan dan harus dipadam dari memori masing-masing.
Riezq tersenyum melihat sikap Qyrina. perangainya memang begitu. Sejak dari pertama kali dia mengenali Qyrina gadis itu tidak banyak berubah. Selau cemerkap dan kadang-kadang cepat marah. Dan kerana sikap itulah yang menbuatnya semakin jatuh sayang terhadap Qyrina.
Dia mencapai bantal dan selimutnya. Kakinya melangkah ke sofa di tepi dinding. Malam ini dia gembira sangat-sangat. Walaupun terpaksa tidur di atas sofa dia boleh tidur dengan nyenyak malam ini. Kenangan terindah antaranya dengan Qyrina tercipta malam ini. Dia tidak akan sesekali melupakannya.

3 comments:

  1. xbaik la rina wat camtu..jijik apenye??bile riezq xde depan mata nti mula la..

    ReplyDelete
  2. best la.....xsbr nk bce lg
    cepat smbung ek...:)

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers