HOT!!!

Sunday, July 24, 2011

Cinta Tak Bersyarat 22



Ryzal memerhatikan lagak Riezq yang kelihatan begitu gembira pagi ini. Ada bisness masuk ke? Kadang-kadang sikap Riezq memang pelik sejak belakangan ini.
“Kau menang loteri ke?” soalnya. Riezq mendongak.
“Apa? Kau ingat aku ni jahil ke? Macamlah terdesak sangat sampai nak main loteri ni.” dia kembali meneliti fail di hadapannya. Tetapi sebenarnya tiada apa pun yang masuk ke dalam kepalanya. Dia senyum lagi.
“Kau demam eh?” dia menpis tangan Ryzal yang mendarat di dahinya.
“Kenapa dengan kau ni? tak de kerja?” soalnya pula.
“Dari tadi lagi aku tunggu kau sain dokumen tu Riezq. kau tu yang dah buang tabiat pagi-pagi ni.” bebel Ryzal. Dia mencemik.
“Kejaplah. Kau keluar dulu.” Arahnya. Kacau betul.
“Masalah kau dengan Rina dah setel ke?” soal Ryzal lagi. Dia mengangguk.
“Patutlah.”
“Kenapa pula? Tak de kaitanlah dengan Qyrina.” bohongnya. Dia tidak mahu Ryzal dapat membaca isi hatinya. dia tidak mahu memberitahu sesiapa. Dia belum bersedia lagi. Pasti Ryzal akan memtertawakannya.
“Macam-mana hubungan kau dengan Rina?”
“Okey je.” Ujarnya ringkas. Banyak soal betul si Ryzal ni. lebih baik dia berhati-hati.
“Sebenarnya aku rasa aku dah jatuh hati kat Rina.” Ryzal menduga Riezq. dia berusaha untuk menyorot senyumannya pabila wajah Riezq berubah.
“Kau dah gila ke?” marahnya. Pen yang berada di tangannya di letak kasar.
“Kenapa pulak? Aku betul-betul sukakan dia. Tak salahkan.”
“Kepala hotak kau tak salah. Dia tu bini aku tau. Sedarlah sikit. Kau tu dah ade makwe.” Ujarnya. Panas hatinya dengan kata-kata Ryzal.
“Tapi kau tak cintakan dia Riezq. apa salahnya kalau kau pas kat aku.” Ryzal masih ingin menguji Riezq. sampai bila kau nak bohong dengan aku Riezq? macamlah aku tak kenal kau.
“Tapi…”
Kata-katanya mati apabila interkomnya berbunyi.
“Nak apa Kak Liza?” soalnya kasar.
“Saya tak senang. Nantilah saya semak.” Cepat-cepat dia menekan butang off. Matanya kembali terarah kepada Ryzal.
“Kau dengar sini Ryzal. Baik kau buang terus perasaan kau tu. Walau apa yang terjadi aku takkan lepaskan Qyrina sebab aku sayangkan dia. Aku nak dia berada di sisi aku. Kau faham tak?” usai dia berkata perkara tersebut tawa Ryzal meletus dari bibirnya. Sampai berair matanya kerana menahan tawa tadi. Riezq tercengang-cengang melihat gelagak Ryzal. Sampai sewel kawan aku ni. fikirnya.
“Kau dah gila ke?” tempelaknya. Ryzal menarik nafas panjang. Cuba mengumpul oksigen untuk nercakap dengan Riezq.
“Mengaku pun kau. aku ingat kau nak sorok sampai kiamat.” Ujarnya. Riezq mengerutkan keningnya. Tidak mengerti dengan kata-kata Ryzal.
“Kau tu sukakan Qyrina kan. Mengaku jelah tak payah nak sorok-sorok lagi. Dengan aku pun kau nak rahsia.” Tambahnya. Riezq diam. Sakit hati dengan gurauan Ryzal. Mati-mati aku ingat betul. Risau juga dia tadi. Kalau betul Ryzal menaruh hati pada Qyrina dia takkan lepaskan gadis itu walaupun Ryzal merayu. Jahat juga otak aku.
“Dahlah. Kau keluar sekarang sebelum aku makan kau.” dia cuba berlagak serius. Ryzal sengih.
“Yerlah aku keluar dulu. Kalau dah suka tu ucapkanlah saja. Bukan susah pun. Tiga perkataan je, Riezq.” ujarnya sebelum menghilang. Riezq sengih. Macam-macam Ryzal ni. dia menggelengkan kepalanya.
“Senang ke nak ucap tiga perkataan tu?” soalnya sendiri.
“Kalau aku cakap kat Qyrina mesti dia bunuh aku masa tu jugak.” Tambahnya lagi. Bukan dia tidak kenal perangai Qyrina. mesti dia ingat aku main-main.

QYRINA ketawa kecil mendengar Kak Liza membebel. Hari ini dia makan tengahari berdua sahaja dengan Kak Liza kerana Fazira ambil cuti.
“Mungkin semalam dia mimpi jumpa hantu tak? Sebab tu pagi-pagi lagi angin semacam je.” Tambah Kak Liza. Dia menelan liur. Semalam mamat tu jumpa hantu? Semalam dia jumpa aku je. Peristiwa semalam kembali terlayar di matanya. Aku…hantu? Kurang ajar. Dia ingat aku sengaja ke nak kiss dia semalam. Gelas yang berada di tangannya di genggam erat. Geramnya aku.
“Mamat tu yang jadi hantu semalam.” Tempelaknya. Kak Liza terpinga-pinga.
“Kenapa ni Rina?” soal Kak Liza pelik dengan reaksi Qyrina. dia seperti baru tersedar. Bibirnya menguntum senyum.
“Tak ada apa-apa. Nothing. Jom kak Liza. Dah lewat ni.” dia mencapai tas tangannya dan berdiri. Kak liza melirik jam tangannya.
“Awal lagi ni.” ujarnya.
“Nanti traffic.” Dia mengatur langkah. Kak Liza tergopoh-gopoh mengekorinya dari belakang. Qyrina membebel sendiri. Sakitnya hati dengan mamat yang bernama Riezq. sudahlah ambil kesempatan lepas tu nak salahkan aku pula. Benci. Jeritnya dalam hati.
*********************************************************************
Pintu biliknya ditutup kasar. Dia sengaja berbuat begitu untuk melihat reaksi lelaki itu. agak awal lelaki itu tiba di rumah hari ini. Dia mencampakkan beg tangannya ke atas katil. Riezq memandangnya. Lelaki itu tersenyum. Ingin sahaja dia menjelirkan lidahnya kepada lelaki itu. tetapi dia tidak mahu bereaksi keterlaluan pula.
Riezq menjeling Qyrina dengan ekor matanya. Lain macam saja kelakuan Qyrina. mukanya juga tegang. Takkan marah lagi pasal hal semalam? Dia berdehem beberapa kali. Qyrina masih tidak menghiraukannya. Qyrina terus sahaja menanggalkan tudungnya. Rambutnya yang agak panjang dilepas bebas. Riezq berdehem lagi.
“Sakit tekak ke?” soalnya berupa sindirannya. Riezq memandangnya.
“Tak adalah. Malam ni kita keluar nak?” ajak Riezq lambat-lambat. Tangan Qyrina yang sedang membuka almari terhenti. Dia berpaling ke arah Riezq.
“Keluar pergi mana? nak buat apa?” soalnya.
“Makan-makan je. Lepas tu kita boleh pergi tengok wayang. Cerita Nur Kasih. Dengar khabar cerita tu best.”
Qyrina tidak terus menjawab. Macam tahu-tahu je yang dia memang nak sangat menonton cerita itu. dia berfikir seketika. Dia memang ingin menonton filem tersebut tetapi apabila memikirkan yang dia akan berduaan dengan Riezq hatinya berbelah bahagi.
“Jomlah. Rugi tau kalau tak pergi. Lagipun saya dah dapat tiket. Ryzal yang bagi tadi. Dia terpaksa cancel sebab ada hal last minute. Sayang pulak kalau membazir. Bolehlah.” Riezq masih terus memujuk. Dia berharap sangat plan yang dirancang Ryzal ini akan berhasil.
“Okeylah. Pukul berapa?” soalnya. Apa salahnya jika dia tunda sengketa dengan lelaki ini kerana cerita kegemarannya.
“Lepas maghrib kita pergilah.” Hati Riezq melonjak keriangan. Plan A setel. Qyrina mencapai baju dan tualanya dan meghilang ke bilik air.
Riezq masih lagi tersenyum. Macam orang yang bercinta pula lagaknya. Deringan telefonnya bergema. Apabila tertera nama Ryzal cepat-cepat dia menekan butang hijau.
“Naka pa?” soalnya melulu.
“Eh kau ni berlagak lak. Macam-mana?” soal Ryzal.
“Ini Riezqlah. Mestilah menjadi punya. Dahlah jangan ganggu aku.” Dia terus menutup telefonnya tanpa sempat Ryzal membalas.
“Maaflah Ryzal aku tak nak diganggu.” Dia berkata dengan telefonnya.
Dua puluh minit kemudian Qyrina keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Gadis itu menggosok-gosok rambutnya dengan tuala.
“Awak dah mandi ke Riezq?” soalnya.
“Dah tadi.”
“Awal awak balik hari ni.” ujar Qyrina. Riezq tersenyum. Memanglah awal. Sebelum balik tadi dia bergegas mencari tiket filem Nur Kasih.
“Saya nak beritahu mama yang kita tak makan kat rumah.” Qyrina sudah berkira-kira untuk keluar.
“Eh, tak payahlah. Saya dah beritahu mama tadi.” Riezq menghalangnya. Qyrina mengerutkan keningnya.
“Macam dah pasti je yang saya akan ikut awak.”
Memang dia yakin. Petang tadi dia terdengar Qyrina berbual dengan Kak Liza dan di situlah dia tahu Qyrina ingin benar menonton filem tersebut. Tidak sia-sia usahanya mengendap.
“Saya agak je.” Bohongnya.
“Dah azan maghrib. Awak tunggu saya ye. Kita solat sama-sama.” Pesan Riezq sebelum melangkah ke bilik air untuk berwudhu’. Qyrina tersentuh dengan kata-kata lelaki itu. ini adalah kali pertama mereka akan solat bersama-sama. Biasanya mereka solat berasingan. Alangkah indahnya jika perkahwinan mereka bukan sebuah lakonan. Kehidupan beginilah yang dia inginkan sebuah perkahwinan yang sederhana.
*********************************************************************
“Sedih sangat ke cerita tadi?” soal Riezq apabila mereka berada di dalam kereta. Qyrina berpaling ke arahnya. Dia mengangguk.
“Yer ke? Biasa je.” Ujarnya. Entahlah macam-mana jalan cerita tadi. Dia bukan seratus peratus memberikan perhatian kepada filem tersebut sebaliknya dia begitu leka memerhatikan lagak Qyrina. walaupun fokusnya ke hadapan tetapi ekor matanya masih memerhatikan Qyrina.
“Takde perasaanlah awak ni, Riezq.” marahnya. Apa punya manusialah lelaki yang berada di sebelahnya ini?
“Habis awak nak saya menangis tersedu-sedu macam lelaki yang duduk depan kita ke Qyrina.” dia kembali teringat lelaki yang menagis beria tadi. Kelakar pun ada. Nama je lelaki. Jatuh maruah betul. Feeling habis. Qyrina ketawa kecil. Memang lelaki itu agak kelakar tetapi itu adalah hak masing-masing.
“Tak adalah sampai macam tu. Kalau awak menangis beria saya tinggalkan je kat dalam tu tadi.” Guraunya. Riezq ketawa. Qyrina terkesima. Entah kenapa perasaannya berdebar melihat senyuman dan wajah lelaki itu yang ceria. Satu perasaan aneh menyelinap ke dalam sanubarinya. Dia menggelengkan kepalanya tanpa sedar.
“Kenapa?” soal Riezq. pelik dengan reaksi Qyrina yang tiba-tiba.
“Tak ada apa-apalah. Kita nak ke mana ni?” soalnya cuba untuk menutup gundah di jiwa.
“Pergi makan.” Ujar Riezq dan menghidupkan enjin keretanya. Qyrina tidak membalas. Perhatiannnya terarah ke hadapan. Dia tidak mahu memandang wajah Riezq. dia tidak mahu ada perasaan aneh mengocak dinding hatinya. hatinya harus kebal. Jangan dibiarkan terus berangan-angan dengan sesuatu yang belum pasti dan takkan wujud.
Riezq memilih untuk menikmati makanan di restoran yang selalu di kunjunginya. masing-masing diam setelah memesan makanan. Riezq memerhatikan gadis itu dalam diam. Dia benar-benar ingin meluahkan perasaannya kepada Qyrina tetapi dia tidak punya keberanian. Entah mengapa dia boleh jadi penakut sebegini. Dia teringat kata-kata Ryzal tadi. Betulkah mudah untuk mengungkapkan tiga perkataan tersebut?
“Saya sayang awak.”
“Hah apa?” kata-kata Riezq membuatnya terperanjat. Rasanya dia tidak silap dengar. Riezq gelabah. Kenapa ayat itu yang keluar dari mulutnya? Dia tidak merancang pun. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Apa yang harus dilakukannya? Berterus-terang?
“Erm, kawan saya. dia jatuh hati dengan perempuan cina. Macam-mana nak cakap saya sayang awak dalam bahasa cina?” dia mengeluh lega. Nasib baik sempat otaknya memikirkan sesuatu. Dia tersengih ke arah Qyrina. Qyrina mengeluh. Mati-mati dia ingat Riezq meluahkan isi hatinya tadi.
“Wo ai ni.” ujarnya tanpa memandang Riezq.
“Apa?” soal Riezq lagi. Qyrina berpaling ke arahnya.
“Wo ai ni.” kata-kata Qyrina menyelinap menusuk ke dalam hatinya. mata mereka bertentangan. Ini masanya Riezq. satu suara dalam dirinya berkata. Luahkan kepada Qyrina.
“Saya cintakan awak.” Ujar Riezq berani. Qyrina mengangguk. Dia memandang Qyrina seolah-olah tidak percaya. Semudah itu je mengungkap tiga perkataan itu. dan Qyrina menerimanya dengan senang sekali.
“Betul?” soalnya lagi.
“Yup. It’s also mean saya cintakan awak. Sama je dengan saya sayang awak. Wo ai ni.” ujar Qyrina lagi. Riezq mengeluh. Dia ingatkan rancangannya telah berjalan dengan lancar. Dia ingatkan dia telah meluahkan isi hatinya dengan jayanya. Bila semua ini akan berakhir? Dia sudah penat menanggung semua ini. Bila semua ini akan berakhir? Dia sudah penat menanggung semua ini. isi hatinya harus diluahkan tetapi dia juga berharap pada masa dia meluahkan semua itu hati Qyrina sudah bebas tanpa ada nama bekas tunangnya itu.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers