HOT!!!

Saturday, July 23, 2011

Cinta Tak Bersyarat 23



Qyrina membetulkan tudung yang dipakainya. Setelah agak berpuas hati dengan penampilannya dia berkira-kira untuk keluar dari biliknya. Hari ini dia dan Riezq pulang agak awal daripada biasa kerana mereka sekeluarga akan menghadiri majlis kesyukuran di rumah Aliya. Deringan telefon bimbitnya menghentikan langkah kakinya. Dia mengukir senyum apabila nama Aiman yang tertera.
“Assalamualaikum.” Tuturnya sopan.
“Ya Allah kenapa boleh jadi macam ni? okey nanti akak balik.” Dadanya berdebar kencang. Telefonnya disimpan di dalam beg tangannya.
“Kenapa?” soal Riezq yang memerhatikannya dari tadi. Wajah Qyrina yang kelihatan sedikit pucat membimbangkan hatinya.
“Ada apa ni?” soalnya lagi apabila dari tadi Qyrina hanya mendiamkan diri.
“Ibu saya, Riezq.”
“Kenapa dengan ibu? Dia tak apa-apakan.” Riezq cuba menenteramkan hatinya sendiri. Berharap agar tiada apa-apa yang terjadi terhadap ibu perempuan itu.
“Ibu masuk hospital. Saya nak balik Riezq. saya nak jumpa ibu.” Ujarnya bersungguh.
“Baiklah. Saya temankan awak.” Riezq mencapai kunci keretanya. Langkah kakinya terhenti apabila tangan Qyrina memaut lengannya.
“Biar saya je yang pergi. Malam ni kan majlis kat rumah Aliya. Kalau awak tak ada tentu mereka pelik. Takkan nak cakap kita ada kerja kat luar lagi. Lagipun alasan tu dah tak boleh pakai masa ni.”
“Habis tu saya nak cakap apa kat family saya? mesti mereka tertanya-tanya mana awak pergi?” riezq tidak mahu melepaskan Qyrina berseorangan. Dia mahu ada di sisi ieterinya tika ini. Qyrina diam. Dia seperti berfikir sesuatu.
“Elisa. Beritahu mereka Elisa ada masalah dan dia perlukan saya. awak cakaplah apa-apa pun. Pastikan mereka tak syak apa-apa. Saya boleh balik sendiri Riezq. awak janganlah risau.” Ujarnya menyakinkan Riezq. dia hanya ingin cepat sampai bertemu ibunya. Riezq mengangguk lemah. berat hatinya mengizinakan Qyrina berseorangan menaiki kereta. Lagipun waktu sudah hampir lewat. Beberapa jam lagi gelap akan menjelma.
“Qyrina, be carefull.”
Sempat dia memesan sebelum Qyrina menutup pintu biliknya. Qyrina terharu dengan sikap ambil berat lelaki itu. dia tersenyum.
“InsyaAllah. Doakan ibu ye.” Ujarnya dan pergi. Riezq mengeluh. Kalau tiada kenduri di rumah Aliya tentu dia sudah mengikut Qyrina. Dalam hati dia mendoakan keselamatan Qyrina dan juga ibu mertuanya.
*********************************************************************
Rasa risau masih membelenggu dirinya. Sudah sejam berlalu dan dia tidak dapat menghubungi Qyrina. dia benar-benar risau sesuatu terjadi kepada isterinya itu. adakah ibu mentuanya sakit teruk? Atau Qyrina yang ditimpa sesuatu? Sekali lagi nombor Qyrina didail namun tiada jawapan. Dia merengus.
“Please answer Qyrina.” ujarnya sendiri.
“Kenapa ni Riezq?” tegur seseorang dari belakang. Dia tersenyum apabila wajah Aliya menyapa.
“Nothing.” Dia cuba menyembunyikan perasaannya.
“Rindukan Rina ke?” soal Aliya sambil tersenyum. Dia sengih.
“Kejap lagi jumpalah dia. Macam ni lah orang mabuk cinta.” Guraunya lagi. Riezq hanya diam. Tiada mood untuk membalas kata. Otaknya lebih memikirkan Qyrina. dia benar-benar penasaran.
“You all borak apa ni?” Aliya dan Riezq memandang ke arah seseorang. Mereka tersenyum. Lelaki itu mendekati isterinya. Dia memaut pinggang Aliya.
“Riezq ni bang. Dia rindu sangat dekat isterinya.” Ujar Aliya.
“Eh takdelah. Aku cuma bosan je.” Sangkalnya. Malu apabila sepupunya berkata begitu.
“Eleh macamlah aku tak tahu.” Aliya mencemik. Riezq hanya senyum.
“Biasalah orang ada isteri. Mesti asyik fikirkan wife diakan. Abang pun macam tu kalau sayang tak ada dekat dengan sayang.” Gurau Helmi. Aliya tersenyum malu.
“Yer lah abang ni. aliya nak masuk dalam kejap. Abang boraklah dengan Riezq. riezq nanti kau kirim salam dekat Rina ye.” Pesannya sebelum berlalu. Riezq mengangguk. Kini hanya dia dan Helmi sahaja di sini. Walaupun baru mengenali Riezq tetapi dia dapat merasakan lelaki itu seorang yang baik. Aliya bertuah punya suami seperti lelaki ini.
“Wife you tak balik ke hari ni?” soal Helmi.
“Entahlah. Rasanya tak. Terpaksalah aku tidur sorang-sorang malam ni.” guraunya. Helmi ketawa kecil.
“Takpelah,sesekali. Bukan selalu.”
Riezq tersenyum. Walaupun tidur berasingan dia lebih rela begitu daripada berpisah begini. Dia tidak sanggup berjauhan daripada Qyrina.
“Kau mesti cinta sangat-sangatkan kat wife kau tu.” Helmi cuba mencari idea untuk berbual dengan Riezq.
“Sebenarnya Aliya ada cerita kat aku tentang kisah kau dengan wife kau. aku rasa your story menarik.” Tambahnya.
“Sebab cintalah aku tak boleh tinggalkan dia.” Ujarnya jujur. Dia memang tidak boleh meninggalkan perempuan itu lagi. Walaupun dulu hatinya langsung tidak terusik dengan gadis itu namun sekarang hatinya telah diisi dengan nama Rania Qyrina.
“Kau kahwin dengan dia kat luar Negara ke? Aliya cakap wife kau study abroad kan.”
Riezq mengangguk. Bertambah dosanya menipu. Dia mengeluh. Kadang-kadang dia bosan dengan semua ini. Pembohongan demi pembohongan terpaksa dicipta untuk menutup rahsia mereka.
“Kadang-kadang kita tak dapat nak memilih dengan siapa jodoh kita. Mungkin semua ni dah takdir. Kami bertemu dengan tak sengaja dan aku pun tak sangka dia akan jadi perempuan yang paling aku sayang selepas mama aku.” Luahnya ikhlas. Rasanya tidak salah dia bercerita denga Helmi. Lelaki ini sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya.
“Begitulah cintakan. Kita tak dapat nak megagak apa yang akan terjadi. Takdir seolah-olah menguji hati kita. Kau beruntung Riezq kahwin dengan perempuan yang kau cinta. Jagalah hubungan tu baik-baik sebelum kita menyesal nanti.” Nasihat Helmi. Dia faham apa yang diberitahu oleh Riezq itu sebab dia pun pernah mengalaminya. Kerana cinta dia memilih Aliya sebagai teman hidupnya. Dan kerana cinta dia telah melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak memilih untuk melakukannya. Mungkin semua ini permainan takdir. Fikirnya.
“Kau pun sama. Jaga sepupu aku baik-baik. Jangan lukakan hati dia. Kalau tak siap kau.” Riezq bergurau. Helmi ketawa kecil.
“Kau jangan risau. Aku sayangkan Aliya.” Ujarnya. Dia ikhlas dengan kata-katanya. Dia sayangkan Aliya. Dia juga cintakan Aliya. Isterinya adalah perempuan pertama yang selalu ada disampingnya. Perempuan pertama yang bertakhta di hatinya walaupun sejak belakangan ini perasaannya sedikit tidak tenang. Seperti ada sesuatu yang belum dia selesaikan tetapi dia tidak akan mengsia-siakan isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti.
*********************************************************************
Qyrina menatap wajah ibunya yang kelihatan pucat. Dia berasa khuatir dengan keadaan ibunya. Kesihatannya tidak meneti belakangan ini.
“Betulkah ibu tak ada apa-apa ni?” soalnya lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Aminah menangguk lagi. Dia tersenyum. Cuba menutup rasa sayu di hatinya melihat kebimbangan Qyrina terhadap dirinya.
“Kan doctor Haleena cakap ibu tak apa-apa. Ibu cuma penat je sebab itulah dia benarkan ibu keluar dari hospital.” Ujar Aminah. Qyrina mengeluh. Dia menyusun baju-baju ibunya yang telah dilipat ke dalam almari. Apabila dia ke hospital tadi ibunya telah sedarkan diri dan doctor Haleena juga membenarkan ibunya keluar dari hospital.
“Nia dah telefon Riezq?” soal Aminah.Qyrina tersentak. Dia baru teringat akan hal tersebut.
“Ya Allah. Nia betul-betul tak ingat, bu.” Dia berlari keluar dari bilik ibunya dan bergegas ke dalam kereta. Beg tangannya di capai. Telefon bimbitnya di cari.
Matanya membulat saat melihat terdapat 20 panggilan tidak dijawab. Dia pantas membukanya. Semuanya daripada Riezq. dia mendail kembali nombor lelaki itu. lama dibiarkan sepi.
“Riezq, saya minta maaf. Saya tak betul-betul terlupa nak telefon awak. I’m so sorry.” Ujarnya sebaik panggilannya dijawab.
“Awak tak de apa-apa ke?” itu yang terkeluar daripada mulutnya. Dia betul-betul risaukan Qyrina sampai tak boleh nak buat apa-apa. Qyrina yang mendengar mengerutkan keningnya.
“Bukan saya yang sakit. Ibu yang masuk hospital. Apalah awak ni Riezq.” ujarnya. Pelik betul lelaki ini. Aku pulak yang disoalnya. Kedengaran lelaki itu ketawa.
“Saya nak tanya pasal ibulah tadi. Ibu okey tak?” dia cuba mengawal keadaannya.
“She’s fine.” Ujar Qyrina.
“Syukurlah. Erm, bila awak nak balik?”
“InsyaAllah besok pagi. Okeylah Riezq, assalamualaikum.” Ujarnya sebelum mematikan talian. Bibirnya menguntum senyum. Tiba-tiba rasa rindu pula dengan lelaki itu.
“Apa salahnya rindukan seoarang kawan.” ujarnya sendiri. Lagipun kadang-kala dia terhibur dengan lagak lelaki itu. he’s not bad to be my friend. Fikirnya lagi.
“Kak Nia buat apa tertonggeng macam tu?” soal seseorang dari belakang. Oleh sebab terperanjat kepalanya terhantuk ke bumbung kereta. Dia berpaling ke arah Aiman dengan muka yang berkerut-kerut menahan sakit. Aiman ketawa melihat reaksi kakaknya itu. qyrina menutup pintu keretanya.
“Dah tak pandai nak bagi salam?” soalnya separuh marah. Dia menggosok kepalanya yang masih terasa sengal.
“Lupa pulak.” Ujar Aiman sambil tersengih-sengih. Dia mula mengatur langkah meninggalkan Qyrina.
“Eh, Aiman. Kejap.” Dia memanggil adiknya. Aiman berhenti. Dia memandang kakaknya.
“Betulkah ibu dah sihat?” soalnya.
“Kan doctor cakap ibu tak ada apa-apa.”
“Sejak belakangan ni ibu sihat tak? Ada tak tanda-tanda yang ibu sakit?” sebenarnya dia masih berasa curiga dengan tahap kesihatan ibunya. Memang luaran ibunya nampak sihat tetapi entah kenapa hatinya berasa tidak tenang. Dia bimbang akan kesihatan ibunya.
“Ibu sihat je kak. Dia tak ada mengadu apa-apa pun. Lagipun Aiman tengok ibu bertambah ceria selepas akak kahwin. Ibu macam bahagia sangat.” Ujar Aiman. Qyrina mengangguk. Mungkin hanya fikirannya yang berfikir bukan-bukan. Ternyata pengorbanan yang dilakukannya tidak sia-sia. Dia mula berasa tidak menyesal mengahwini Riezq walaupun dulu dia seperti menyalahkan takdir. Takdir yang selalu tidak memihaknya. Tanpa dia sedar ada hikmah disebalik semua itu.

2 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers