HOT!!!

Wednesday, July 6, 2011

beNarKah CinTa? 2



Wajahnya dicermin ditatap lagi. Dia cukup berpuas hati. Semuanya okey. Pakaian, wajah dan rambutnya. Dan yang terpenting kaca matanya mesti sentiasa dipakai. Nanti tidaklah dia seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. Sedikit bedak di touch up ke wajahnya.

Dia menuju ke bawah. Dia menatap jam tangannya. 15 minit lagi tepat jam 8 pagi. Dia melilau mencari ibunya. Namun tiada. Matanya tertancap pada sekeping kertas yang diselit di pintu peti. Cepat-cepat dia mengambilnya.

“Mama ada meeting. Sorry, mama tak dapat temankan Rhea.” Dia membaca pesanan mamanya itu dengan perlahan. Dia merengus geram. Beg sandang yang berada di atas kerusi di ambilnya. Dia harus cepat menuju sekolah barunya. Hari ini adalah hari pertama dia di sekolah barunya. Dia tidak mahu terlewat pula.

Rhea Darina menunggu teksi dengan debaran menggila di hatinya. dia bimbang dia akan terlewat ke sekolah. Tiada satu pun teksi yang kelihatan, dia menggigit bibir. Dia berundur ke belakang sedikit apabila ada sebuah kereta yang berwarna biru memecut laju ke arahnya. Tanpa disedari kereta itu memijak lopak air.

“Bawak kereta macam pelesit. Nak mati sangat ke?” bebelnya sendiri. Dia tunduk.

“Alamak.” Matanya membutang melihat terdapat kesan kotor melekat dibajunya. Walaupun tidaklah banyak mana tetapi tetap mencacatkan penampilannya.

“Eei, dasar setan. Sebab kaulah baju aku jadi macam ni.” ujarnya geram. Peluh yang menitik di dahinya diseka. Dia menarik getah rambut yang berada di pergelangan tangannya dan mengikat rambutnya yang sedikit merimaskannya.

************************************************************************

“Awak!” laung seseorang. Ridz Airan berpaling. Wajah seorang perempuan yang tidak dikenalinya dipandang. Matanya memandang gadis itu dari atas ke bawah. Dengan baju yang sedikit kotor dan rambutnya yang tidak terurus benar-benar mebuatkan Ridz Airan ingin ketawa tetapi ditahannya. Penampilan gadis itu kelihatan agak selekeh.

“Ya, ada apa?” soalnya. Rhea Darina sedikit gugup. Dia tahu penampilannya ini agak teruk. Perasaan malu menguasai dirinya tika ini.

“Sebenarnya saya student baru kat sini. Boleh tak awak tunjukkan saya bilik Hal Ehwal Murid?” pintanya.

Ridz Airan mengangguk. Dia memandang fail yang berada di tangan gadis itu. sepantas dia terpandang tahi lalat di jari manis gadis itu. gadis itu menurut langkah kakinya.

“Kenapa lewat?” soal Ridz Airan. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga.

“Hah, apa?” soalnya.

“Kenapa lewat? Awak sepatutnya datang awal. Walaupun awak pelajar baru tapi awak
kena hormat undang-undang sekolah ni.” ujar Ridz Airan tegas. Dia sebagai ketua pengawas di sekolah ini bertanggungjawab untuk menanam disiplin di dalam diri pelajar-pelajar di sekolah ini. Rhea Darina kelihatan serba salah. Dia tahu itu salahnya kerana lewat. Dia tetap tersenyum. Walapun hambar tetapi tetap manis dipenglihatan Ridz Airan.

“Bilik yang sebelah tu pejabat. Maaflah saya tak bileh nak hantarkan awak sampai ke dalam. Saya nak masuk kelas dah ni.” dia baru menyedari akan kelewatannya. Rhea darina mengangguk.

“Terima kasih.” Ujarnya sebelum berlalu menuju ke bilik HEM.

“Awak.” Rhea Darina berhenti. Dia berpaling kea rah lelaki tadi.

“Saya terlupa sesuatu.” Uajr Ridz Airan.

“Apa?” soal Darina. Dia membetulkan sedikit kedudukan cermin matanya.

“Boleh saya tahu nama awak. itupun kalau awak tak kisah.” Ridz Airan tersenyum. Entah kenapa dia teringin sekali untuk mengetahui nama gadis yang berada di hadapannya ini.

“Rhea Darina. Awak?” soalnya kembali. Ridz airan tersenyum.

“Saya Ridz Airan. Nice to meet you. Jumpa lagi, Rhea.” Ujarnya dan berlalu
meninggalkan gadis itu. Rhea Darina tersenyum memandang gelagat lelaki yang bernama Ridz Airan itu. nasib baik dia bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya. Dia telah menjimatkan sedikit masa.

SUASANA kelas 5 Science 2 yang bising kembali senyap apabila ternampak guru kelas mereka Puan Yati memasuki kelas. Rhea Darina cuba tersenyum walaupun sebenarnya perasaannya berdebar saat itu. keadaan kelas kembali bising dengan bisikan pelajar-pelajar terhadapnya. Mungkin tertanya-tanya dengan kehadirannya.

“Okey class, ni kawan baru kamu Rhea Darina. Mulai hari ini dia akan belajar bersama dengan kamu. So, cikgu harap kamu dapat memberikan kerjasama pada Rhea.” Ujar Puan Yati. Rhea darina masih lagi tersenyum. Cuba untuk tidak kelihatan sombong. Dia juga dapat menangkap wajah-wajah yang memandangnya hairan. Seperti dia makhluk asing yang baru muncul di planet bumi. Dia mengeluh dalam diam.

“Siapa dapat memberikan tempat duduk kepada kawan baru awak ni?” soal cikgunya lagi. Semuanya diam. Puan Yati memandang ke arah pelajarnya yang selalu mendatangkan masalah. Pelajarnya itu langsung tidak memandang ke hadapan. Dia leka memandang ke luar tingkap. Entah apalah yang menariknya? Sebelah tempat duduk
pelajarnya itu kosong.

“Fidz.” Laung Puan Yati. Tetapi pelajarnya itu langsung tidak berpaling ke arahnya.

“Fidz Asran.” Laung Puan Yati dengan lebih kuat. Pelajar yang duduk di hadapannya
mencuit lengan Fidz Asran. Fidz Asran seperti baru tersedar. Dia mencabut earfon dari telinganya. Rhea darina terkedu. Wajah itu seakan dikenalinya. Lelaki itulah yang menolongnya tadi. Tetapi rasanya tadi lelaki itu memakai uniform biru tua. Ah, mungkin dia yang tersilap. Hatinya sedikit tenagn melihat wajah lelaki itu. dia tersenyum kepada lelaki itu tetapi tiada balasan. Fidz asran buat muka selamba. Rhea Darina terpenpam. Malunya dia saat itu.

“Ada apa cikgu?” soalnya selamba. Wajah asing gadis di sebelah cikgunya dipandang. Siapa pulak budak ni?

“Sebelah kamu kosongkan. Rhea, awak duduk sebelah Fidz.” Arahnya. Fidz Asran ingin membantah tetapi dia tahu dia tidak punya kuasa untuk melarang.
Rhea Darina perlahan-lahan menuju ke tempat duduk yang diberitahu oleh cikgunya itu. tempat duduk yang kosong itu berada di sebelah lelaki itu. dia mesti melaluinya dulu.

“Boleh awak alihkan kerusi awak sikit?” pinta perlahan. Fidz Asran memandang gadis itu sebelum mengalihkan sedikit kerusinya. Rhea Darina duduk di sebelah lelaki itu. dia memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. perasaaan menyampah mula menguasai hatinya. dia mula membenci lelaki ini.

RHEA Darina mempercepatkan langkah kakinya. Walaupun dia terdengar namanya dipanggil berulang kali tetapi dia tetap tidak meghiraukannya. Dia tersentak apabila tangannya di tarik.

“Sorry.” Pinta Ridz Airan. Wajah Rhea Darina yang masam diperhatikannya.

“Awak dah gila ke?” marahnya. Dia benar-benar geram dengan lelaki ini. Tadi punyalah buat-buat tidak mengenalinya dan sekarang sibuk mengejarnya.

“Awak okey ke?” soalnya. Ridz Airan bingung. Kenapa gadis ini tiba-tiba berubah. Pagi tadi dia kelihatan sopan saja. Takkan datang bulan kot. Soalnya dalam hati. Tanpa disedari dia tersenyum sendiri.

“Awak yang tak okey. Tersenyum sendiri dah buang tabiat.”
Dia menyilang kedua belah tangannya ke dada.

“Kenapa ni? awak ada masalah dengan kawan-kawan baru ke? Ada orang buli awak?” soalnya bertalu-talu.

“Awak yang buat saya marah. Dasar lelaki semuanya sama. Saya menyesal bersekolah di sini. Saya tak suka awak, tahu tak?” marahnya. Ridz Airan terlopong mendengarnya.

“Apa yang saya dah buat?” soalnya bingung.

“Dahlah. Saya nak balik.”

“Tunggu kejap. Awak dalam kelas mana?”
Ridz Airan masih tidak berpuas hati. Dia seperti dapat menangkap sesuatu.

“5 sceince 2. Takkan dah hilang ingatan. Tepilah saya tak ada masa nak layan orang yang tak betul macam awak ni.” rhea Darina menolak tubuh lelaki itu yang menghalang laluannya. Ingin sekali dia menolak lelaki itu hingga terjatuh.
Ridz Airan menggelengkan kepalanya. Betullah sangkaannya tadi. Ini mesti kerja adiknya. Apalah yang kau dah buat apa dia sampai macam ni sekali dia layan aku, Fidz?

Apabila tiba di rumah Ridz Airan terus mendapatkan adiknya yang sedang berlingkar di atas katil.

“Fidz, aku nak cakap sikit dengan kau.” ujarnya. Fidz Asaran yang baru memejamkan matanya tersentak. dia mebuka kembali matanya.

“Apa?” soalnya endah tak endah.

“Hari ni ada pelajar baru dalam kelas kau kan.”

“Kenapa?” dia masih tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap abangnya. Dia betul-betul mengantuk tika ini.

“Budak perempuankan.”

“Mana kau tahu? Kenapa dengan budak tu?” fidz Asran memandang wajah abangnya yang kelihatan serius. Apekehalnya pulak dengan budak tu?

“Kau buli dia ke?” soal Ridz Airan.

“Weh, cakap tu biar berlapis sikit. Buat apa aku nak buli budak mata empat tu? Bukan aku kenal pun budak tu.” Fidz Asran mula naik angin bila dirinya dituduh sesuatu yang dia langsung tidak tahu.

“Betul kau tak ada buat apa-apa?” Ridz Airan masih tidak berpuas hati. Dia yakin adiknya ada berbuat sesuatu terhadap Rhea Darina.

“Betullah. Aku tak buat apa-apa pun. Kalau ada pun aku cuma tertolak dia masa beratur nak balik tadi. Aku paling benci dengan peraturan ni. dahlah nak masuk kelas pun kena beratur. Nak balik pun sibuk nak beratur. Dahlah aku tak suka berhimpit-himpit macam tu. Tapi apa yang aku rasa kelakar sangat bila tengok budak tu jatuh. Macam nangka buruk.” Dia ketawa besar. Memang kelakar saat itu. entah macam-mana gadis itu boleh terjatuh macam tu sekali? Lembik semacam je. Tambahnya dalam hati. Ridz Airan terlopong mendengarnya. Patutlah Rhea Darina betul-betul marah dengannya tadi. Mesti dia tersalah orang.

2 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers