HOT!!!

Thursday, April 14, 2011

cinta tak bersyarat 15

WAJAH wanita yang elegan di hadapannya dipandang. Kenapalah dia berasa takut dan berdebar apabila berhadapan dengan mama lelaki ini? Apa yang menakutkannya sangat tentang wanita di hadapannay ini selain garang? Ya, hanya itu yang membuatkannya kecut perut. Puan Sri Tengku Zawiyah memang garang dengan air mukanya yang 24 jam masam. Itupun jika berhadapan dengannya.

“Seronok bercuti, Riezq?” soal Syafika. Wajah kakak ipar dan abang iparnya memang seiras. Kata orang tua jodoh mereka kuat kalau muka seiras. Yer ke?

“Seronok sangat kak. Kalau boleh Riezq tak nak balik.” Guraunya. Qyrina mencebik dalam diam. Pandai betul mamat ni berlakon. Kalah tom cruise. Bisiknya di dalam hati.

“Kerja-kerja kat syarikat dah menunggu Riezq. Kalau tak balik tak beroperasilah syarikat nanti.” Celah bapa mertuanya. Riezq tergelak kecil.

“Alah papakan ada. Abang Iqbal pun ada boleh bantu papa.” Riezq memandang abang iparnya. Dia tersenyum.

“Takkanlah kerja kamu pun nak Iqbal yang buat. Lagipun papa dah nak serahkan 100 peratus kerja tu pada kamu. Iqbal akan bantu Riezq nanti.” Tegas papanya.

“Kat rumah pun nak cakap pasal pejabat juga ke? Naik rimaslah saya.” Puan Sri Tengku Zawiyah mencelah. Sakit telinganya mendengar perbualan itu. masing-masing hanya tersenyum dengan kata-kata mamanya itu. mereka menyambung menjamu selera.

“Bila kamu nak kenalkan Rina dengan orang-orang di pejabat Riezq? Lagipun dah lama Rina kerja dengan kita tapi tak ada satu pun staf yang tahu yang dia ni wife kamu kecuali Iqbal dan Ryzal.” Tan Sri Tengku Omar bersuara. Qyrina menelan liur. Kalau boleh dia tidak mahu dihebohkan tentang perhubungannya dengan Riezq.

“Iyew tak ya juga. Riezq pun hampir terlupa tentang hal ni. Macam-mana sayang?” Riezq memandang Qyrina. Sengaja ditekankan perkataan sayang itu. Dia geli hati melihat muka Qyrina yang berubah. Mungkin marah barangkali. Comel betul.

“Rina tak kisah pun tentang hal ini.” Ujarnya. Di bawah meja dia mencubit paha Riezq. Suka hatinya apabila melihat lelaki itu menahan sakit. Padam muka.

“Semua kamu tak kisah, Rina. Agaknya kahwin dengan Riezq pun kamu tak kisah jugakkan.” Mamanya menyampuk tiba-tiba. Dia menelan liur. Memang saya tak kisah sangat-sangat. Tak kahwin lagi saya suka, Puan Sri. Teriaknya di dalam hati. Tuan Sri Tengku Omar berdehem. Cuba mengembalikan suasana yang ceria. Kesian dia melihat muka anak menantunya yang berubah.

“Macan nilah papa, apa kata kita umumkan tentang perkahwinan mereka kepada umum pada hari ulang tahun syarikat nanti.” Cadang Iqbal.

“Bagus cadangan tu. Riezq kena buat persiapan majlis tu. Ada lebih kurang dua bulan lagi. Rina bantu Riezq uruskan apa yang patut nanti. Papa nak semuanya perfect nanti.” Tuan Sri Tengku Omar menepuk bahu anak lelakinya. Riezq hanya tersenyum.

QYRINA menyisir rambutnya yang masih basah di hadapan cermin. Sesekali matanya memerhatikan lagak suaminya yang baharu sahaja selesai solat isyak itu. Ralat juga dia berdua dengan Riezq di dalam bilik ini.

“Awak dah solat ke Rina?” soal riezq. Dia memandang wajah Qyrina yang berubah. Gadis itu menjelingnya. Dia ingin tersengih tetapi ditahannya.

“Tak baik melewatkan solat ni. Daripada awak duk sikat rambut awak yang cantik tu lebih baik awak pergi solat. Ada jugak faedahnya.” Tambahnya. Qyrina mendengus. Nyanyuk ke apa mamat ni? Kan aku uzur ni. Bukan dia tak tahu.

“Yang awak duk tenung wajah saya yang hensem ni kenapa? Nak kena kiss ke?” guraunya lagi.

“Sayakan uzur. Tadi orang dah beritahukan.” Ujarnya geram.

“Oh uzur…boleh abang tengok tak sayang. Manalah tahu sayang menipu ke?” usai dia berkata dia ketawa berdekah-dekah. Geli hati melihat wajah si isteri yang berubah wajah. Qyrina mencapai bantal di hujung katil dan melemparkan ke arah lelaki itu. namun Riezq sempat mengelak.

“Gila ke apa?” ujarnya geram. Lelaki itu masih lagi ketawa. Dasar mamat senget. Benci aku!

“Janganlah marah sayang. Tak baik tau cakap cam tu kat suami. Nanti masuk neraka. Abang tak naklah isteri abang yang cantik ni masuk neraka.” Tambahnya yang semakin menambahkan sakit hati Qyrina. Gadis itu menuju ke arah katil dan menghenyakkan tubuhnya. Dia menarik selimut sehingga menutupi seluruh mukanya. Sakit hati jika berbalas kata dengan lelaki itu. Ada baiknya dia tidur sahaja. Dia bingkas bangun apabila terasa ada sesuatu di sebelahnya. Wajahnya mencerlung marah apabila dilihatnya Riezq sesedap bahasa sahaja landing di sebelahnya. Di ambilnya bantal dan memukul badan lelaki itu.

“Kenapa ni sayang? Abang tak nak main pukul-pukul malam ni. Abang nak tidur. Besok kena bangun awal pergi kerja.” Ujar Riezq selamba.

“Kenapa awak tidur kat sini? Ni tempat tidur saya.” Marahnya. Riezq tersenyum. Hensem pulak. Hish, mengarut pulak aku ni.

“Kat kampong saya bolehlah ikut cakap awak tidur kat bawah tapi ni rumah saya. Bilik saya dan yang paling penting ini katil saya. So siapa yang kena tidur bawah?” matanya memandang wajah Qyrina yang bertukar warna.

“Ok. Fine.” Ujar Qyrina. Dia mengambil bantak dan selimut.

“Sayang nak ke mana tu?” soal Riezq pula. Dia tidak meghiraukan pertanyaan lelaki itu dan meletakkan bantal di sebelah katil lelaki itu. Nasib baik permaidani lelaki ini agak tebal juga. Tak adalah dia kesejukan nanti.

“Degillah awak ni. Tidur atas katil tak nak. Macamlah saya ni ada wabak. Kalau awak nak sangat tidur kat bawah tu awak tidur lah. Saya nak awak rasa best ke tak best tidur kat bawah tu. Okey good night sayang.” Ujarnya dan menutup suis lampu di sebelah katilnya. Dia cuba memejamkan matanya. Tetapi hatinya lebih memikirkan tentang Qyrina. Kasihan pula dengan isterinya itu. dia cuma mahu mengajar Qyrina supaya membuang egonya.

5 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers