HOT!!!

Saturday, April 9, 2011

cinta tak bersyarat 12

“ NIA boleh tak tunaikan permintaan ibu ni?”
Qyrina yang sedang mengupas kulit epal terhenti. Dia memandang ibunya. Aiman dan riezq turut memandang ke arahnya.
“ Ibu nak keluar dari hospital” ujar Aminah. Qyrina menatap wajah ibunya.
“ Mungkin 2, 3 hari lagi ibu akan menjalani pembedahan. Ibu tinggal kat sinilah ye. Lagipun kat hospital semua ada. Nia tak nak apa-apa jadi kat ibu nanti kalau ibu keluar hospital. ” pujuknya. Aminah menggeleng.
“ Ibu nak pulang, Nia. Ibu nak habiskan masa dengan Nia dan Aiman di rumah sebelum pembedahan. Bolehkan?” ujar ibunya. Qyrina tiada pilihan lain. Dia hanya mengangguk.
“ Kalau boleh ibu nak tengok Nia nikah sebelum ibu menjalani pembedahan. Boleh Nia tunaikan permintaan terakhir ibu ni?” pinta Aminah. Qyrina terkejut. Pisau yang berada di tangannya terlepas. Dia menelan liur.
“ Apa yang ibu cakap ni? Ibu, jangan fikir yang bukan-bukan. Nia akan kahwin tapi selepas ibu sembuh je. Nia nak ibu yang uruskan majlis Nia nanti.” Ujar Qyrina mulai sebak. Dia cuba mengawak air matanya dari mengalir. Nia tak mungkin kahwin bu. Apatah lagi lelaki itu bukan Haris. Nia masih sayangkan dia. Dia tersentak apabila terasa tangannya di usap. Wajah ibunya benar-benar membuatkannya lemah.
“ Ibu benar-benar nak tengok Nia berkahwin. Sekurang-kurangnya ibu tenang sebab ada orang yang akan menjaga anak ibu nanti.” Aminah masih mengharap.
“ Nia tak ada…….”
“ Kita kahwin. Demi ibu awak dan saya juga sayangkan awak Qyrina.” Riezq mencelah. Qyrina menelan liur. Haruskah dia bersetuju? Sedangkan dia tidak mencintai lelaki yang berada di hadapannya. Dan adakah dia sudah melupakan bekas tunangnya dulu? Semua ini untuk ibunya. Wajah ibunya dan Riezq dipandang silih berganti. Akhirnya dia mengangguk berat.
****************************************************************


Bibirnya tersenyum tatkala cincin tersebut disarungkan ke jari manisnya. Dia menyalami lelaki yang berada di hadapannya itu. hari ini adalah hari kebahagiaannya. Hari yang ditunggu-tunggu olehnya dan lelaki tersebut. Akhirnya dia telah bergelar tunangan Muhd Haris Helmi. Dia benar-benar bersyukur. Inilah yang dia dapat setelah hampir dua tahun bercinta dengan lelaki ini.
“ Abang tak sabar nak tunggu hari pernikahan kita.” Bisik lelaki itu. dia mencubit lengan lelaki itu.
“ Abang?” soalnya.
“ Nia kena panggil Ris abang mulai hari ni.” Ujar Haris. Dia hanya tersenyum. Menyetujuinya kerana itulah yang dia inginkan juga.
“ Nia.”
Qyrina berpaling ke sebelahnya. Wajah ibunya. Ke mana Haris menghilang? Tadi dia merasakan Haris yang sedang tersenyum ke arahnya. Dia masih bermimpi. Terus berharap Haris akan datang dan menemuinya. Ya Allah, bantulah aku melupakan lelaki itu.
“ Cantik anak ibu hari ni.” Puji ibunya. Qyrina melihat penampilan dirinya. Berkebaya serba putih. Hari ini hari pernikahannya dengan lelaki yang dia langsung tidak pernah menjangkakannya. Baju ini ialah baju pertunangannya dengan Haris. Masih elok dia menyimpannya kerana hari itu adalah hari bahagianya.
“ Maafkan ibu sebab nak Nia kahwin tergesa-gesa macam ni. Banyak yang tak lengkap. Keluarga Riezq pun tak ada. Ibu minta maaf Nia. ” air mata Aminah mengalir. Qyrina menggeleng. Air mata ibunya di sapu lembut.
“ Kebetulan keluarga Riezq masih kat luar Negara, bu. Nia tak kisah. Cukuplah ibu ada di sisi Nia saat ni.” Ujarnya. ‘walaupun perkahwinan ini bukan impian Nia tapi Nia lakukan semuanya sebab Nia sayangkan ibu’. Sambungnya di dalam hati.
“ Ibu sayangkan Nia dan Aiman. Ibu gembira sangat Nia akan kahwin. Walaupun ibu tak berapa mengenali Riezq tapi ibu yakin dia jauh lebih baik dari Haris.” Dia tersenyum. Mungkin ini adalah takdirnya. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Kau yang bersalah Haris. Kenapa aku masih mengingati kau kalau aku hanya membenci kau? Ya Allah aku boleh jadi gila jika terus begini. Temukan aku dengannya kerana aku benar-benar ingin mengetahui mengapa aku ditinggalkan tanpa alasan yang diberi.
“ Nia.” Panggilan Aminah mematikan lamunannya.
“ Salam dengan Riezq, nak.” Ujar Aminah. Sejak bila lelaki ini berada di hadapannya? Salam? Maksudnya dia sudah sah menjadi isteri lelaki ini. Dia hanya memandang tangan yang dihulur Riezq. Bukan tangan lelaki ini yang dia ingin sentuh dan kucup. Air matanya tiba-tiba menitis.
“ Salam tangan Riezq dulu Rina.” Arah ibu saudaranya, ibu Lina. Dia mencapai tangan lelaki itu. perlahan-lahan tangan itu dikucup.
Riezq tersenyum. Sejuk hatinya apabila bibir gadis itu menyentuh tangannya. Dia mengucup kening Qyrina.
“ Riezq, duduk rapat-rapat. Aku nak ambil gambar kau dengan bini kau ni.” Riezq tersenyum mendengar kata-kata dari Ryzal. Akhirnya cadangan Ryzal itu telah menjadi kenyataan. Dia memaut bahu gadis itu.
“ Pastikan gambar tu perfect Ryzal.” Ujarnya. Entah kenapa dia betul-betul gembira dengan perkahwinannya. Pelik.
“ Welcome to my life, Qyrina.” Bisik lelaki itu di telinganya. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Ini adalah permulaan hidupnya bersama lelaki ini, Tengku Syah Riezq.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers