HOT!!!

Saturday, April 9, 2011

cinta tak bersyarat 13

“ Nia nak tidur dengan ibu malam ni.” Ujarnya. Dia memeluk tubuh ibunya. Seram bila difikirkan dia akan bermalam dengan lelaki itu. walaupun ini bukanlah kali pertama tetapi kali ini adalah berbeza dari dulu. Kali ini dia telah sah menjadi isteri kepada Tengku Syah Riezq.
“ hish, mana boleh macam tu. Nia kan dah jadi isteri Riezq. Tak baik tinggal suami tidur sorang-sorang.” Aminah mengusap kepala anak perempuannya.
“satu lagi ibu nak cakap dengan Nia ni. Bila dah jadi isteri orang ni besar tanggungjawabnya. Salah-satunya Nia kena jaga mahkota Nia ni. Ibu harap Nia boleh tututp rambut Nia lepas ni. Hanya suami kita je yang berhak melihat mahkota secantik ni.” Tambahnya. Qyrina terharu. Memang dia sudah berhasrat untuk bertudung dulu tetapi selepas berpisah dengan Haris tanggungjawab itu dibiarkan sahaja. Dia tahu sudah banyak dosa yang dia lakukan. Dia menghadiahkan senyuman kepada ibunya.
“Insyaallah, bu.” Semakin erat pelukan di beri.
“Ibu jangan tinggalkan Nia, ya. Nia tak boleh hidup tanpa ibu.” Sambungnya. Air matanya tumpah di bahu ibunya.
“Tak baik cakap macam tu Nia. Kalau ibu dah tak ada nanti Nia kan dah ada suami. Allah dah utuskan Riiezq untuk menjaga Nia nanti.” Ujar Aminah sebak. Perkahwinan ini bukan seperti yang ibu fikirkan. Maafkan Nia kerana permainkan harga sebuah perkahwinan ini.
“Dahlah tu. Nia pergi masuk bilik. Riezq dah lama tunggu.” Aminah tersenyum ke arahnya. Dia mengeluh.
“Baiklah, bu. Nia sayang ibu.” Kucupan singgah di dahinya. Syahdunya saat itu. kakinya melangkah perlahan menuju kamar biliknya. Seram sejuk seluruh tubuhnya. Pintu biliknya dikuak. Kepalanya terjengul-jengul mencari batang tubuh Riezq. Tak ada pun mamat ni. Pintu bilik ditutup kembali. Dia menarik nafas lega. Tubuhnya di hempaskan ke katilnya.
“Mana mamat ni pergi? Dia ingat aku nak terkam dia ke? Patutnya aku yang hilang.” Bebelnya sendiri. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Dia bingkas bangkit dari pembaringan.
“Awak nak apa masuk bilik saya ni? Dahlah tak ketuk pintu.” Ujarnya separuh marah. Rieza tersenyum.
“Bilik kita sayang.” Gurau Riezq. Dia geli hati melihat wajah Qyrina yang berubah.
“Awak…”
“Kenapa Rina? Salahkah? Awak nak saya tidur kat luar ke?” soal Riezq. Qyrina menggigit bibir. Geram dengan soalan bodoh lelaki itu.
“Tidur je dalam bilik ni. Erm, tapi kat bawah ye.” Ujarnya dan tersengih. Dia mencapai bantal dan selimut.
“Happy honeymoon, encik Riezq.” Dia tersenyum sinis. Siapa suruh kau kahwin dengan aku? padam muka. Riezq mengambil bantal dan selimut di tangan gadis itu. sakit hati melihat senyuman sinis Qyrina. Dia nak main-main dengan aku. Tak apa-tak apa. Kau tengoklah nanti. Bisiknya sendiri.
“Thanks sayangku.” Balasnya. Malam ini adalah permulaan Qyrina. Tak ada orang yang pernah tolak cinta aku. kau pun sama. Akan aku buat tidur kau tak lena tanpa aku nanti. Itu tekad aku. Egonya terasa jatuh di hadapan gadis itu. Dia betul-betul sukakan Qyrina. Itu adalah kata Ryzal. Apa pula kata hatinya? Adakah cinta untuk gadis yang bernama Rania Qyrina di hatinya?

***************************************************************
QYRINA memandang wajah ibunya. Dia betul-betul tak faham dengan pendirian ibunya itu. kalau boleh dia ingin ibunya mendengar katanya kali ini. Untuk pembedahan ibunya itu dia sanggup menjual cintanya kepada lelaki itu.
“Kenapa ibu tak nak buat pembedahan ni?” soalnya. Sebak di hatinya memikirkan hal itu. kenapa ibunya berkeras tentang hal tersebut.
“Ibu rasa dah sihat sikit, Nia. Lagipun doctor sendiri yang cakap pembedahan ti bukan seratus peratus Berjaya.” Ujar Aminah.
“Tapi kita masih boleh mencuba, bu.”
“Dahlah Nia. Ibu cuma nak habiskan masa-masa ibu dengan anak-anak ibu je.”
“Kenapa ibu degil sangat? Kenapa ibu nak seksa perasaan Nia dan Aiman?” jergahnya. Badannya terhenjut-henjut menahan tangis. Air matanya gugur juga.
“Rina kenapa tinggikan suara dengan ibu? Tak baik.” Sampuk Riezq. Pada mulanya dia hanya memerhati sahaja tetapi mendengar suara Qyrina yang agak kasar itu membuatkannya terkesima.
“Awak tak faham. Awak tak tahu apa-apa tentang hal ni. Luka di hati saya ni hanya Allah je yang tahu. Hanya kerana ibu saya bertahan. Kenapa ibu nak buat saya macam ni? Saya tak boleh kehilangan ibu.” Ujarnya bersama sendu. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya nanti tanpa ibu. Kejamkah dia?
“Ibu…takkan tinggalkan Nia.” Sayu suara Aminah tika itu. qyrina menggelengkan kepalanya.
“Nia….Nia minta maaf,bu.” Ujarnya dan berlari keluar dari rumah itu. dia tidak betah menatap wajah sayu ibunya. Berdosanya dia tika ini. Hanya memerlukan ibu di saat dia keseorangan.
“Nia..”
“Tak apa, bu. Biarkan dia. Dia perlu bersendirian.” Pujuk Riezq. Dia hanya memandang kelibat Qyrina yang makin menjauh. Hatinya juga gusar melihat wajah isterinya yang limpah dengan air mata tadi. Entah kenapa hatinya sendiri berasa tidak tenteram.

LANGKAH kakinya terhenti di sini. Entah kenapa hanya tempat ini yang harus dikunjunginya? Dia duduk di bangku kayu yang terdapat di situ. Permandangan di hadapan sawah ini sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Mujurlah terdapat pokok besar di situ maka tidaklah keadaan terlalu panas. Air mata yang membasahi pipinya di sapu.
“Maafkan Nia, bu. Nia memang pentingkan diri. Nia tak fikirkan perasaan ibu.” Ujarnya sendiri.
“Ya Allah bantu aku melupakan Haris.” Qyrina tunduk. Matanya menangkap sesuatu yang berada di kakinya. Entah kenapa perasaannya berdebar saat itu. dia mencapainya. Gambar ini…..
“Haris.” Bibirnya menyebut. Dia pantas berdiri. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Gambar ini adalah pemberiannya kepada Haris sebelum dia berangkat ke luar negara dulu. Dan yang paling dia yakin adalah tulisan tangannya ini. With love, Rania Qyrina.
“Haris pernah datang ke sini.” Ujarnya. Dia pantas berdiri. Kakinya melangkah tanpa tujuan. Tekadnya hanya satu. Menemui lelaki itu. Haris sudah kembali.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers