HOT!!!

Saturday, April 9, 2011

cinta tak bersyarat 14

QYRINA memeluk ibunya. Aminah mengusap bahu anaknya itu. hampir maghrib barulah anaknya munculkan diri. bimbang juga dia tadi. Bimbang terjadi apa-apa ke atas anaknya ini.
“Nia minta maaf, bu. Nia janji akan ikut apa je cakap ibu.” Ujarnya.
“Dahlah tu. Nia pergilah mandi dulu.”
“Haris dah kembali, bu.” Ujarnya. Pelukan di tubuhnya diregangkan. Wajah anaknya ditatap. Pandangannya beralih kepada menantunya. Bimbang reaksi menantunya itu.
“Nia.” Dia cuba menyedarkan anaknya itu tentang Riezq.
“Betul, bu. Nia jumpa ni kat tempat yang kami selalu pergi dulu. Ini gambar yang Nia bagi pada dia. Hanya dia yang ada gambar Nia ni. Dia dah balik, bu.” Tambahnya. Aminah menggelengkan kepalanya.
“Nia pergi berehat dulu ye.” Pujuk ibunya.
“Nia tak tipu, bu.”
“Keluarga dia dah tak duduk kampong sebelah Nia. Macam-mana dia boleh ada kat sini. Dahlah tu, Nia. Tak baik macam ni.” Pujuk ibunya supaya anaknya itu berhenti bercakap tentang Haris.
“Siapa Haris tu, bu?” soal Riezq. Dari tadi dia hanya mendengar sahaja nama lelaki itu di sebut. Rasanya dia tidak mengenali lelaki itu. siapa dia?
Qyrina berpaling ke arah Riezq. Dia seakan-akan baru tersedar akan kewujudan lelaki ini. Bagaimana dia boleh terlupa?
“Tak ada apa-apa. Bu, Nia pergi mandi dulu ye. Ibu pun rehatlah.” Ujarnya dan berlalu. Dia menggigit bibir bawahnya. Dadanya berdebar-debar melihat anak mata Riezq yang menikam tepat ke arahnya. Dia seakan-akan berada dalam dunia ciptaannya sendiri tadi. Terlupa akan semua perkara yang berlaku hanya kerana Haris. Mengapa dia masih tidak boleh melupakan lelaki itu? haris adalah cinta pertamanya. Dia tidak akan sekali-kali melupakannya. Haris begitu mencintainya. Mana mungkin dia akan meninggalkannya tanpa alasan yang kukuh. Hatinya kuat sekali menyatakan bahawa ada sesuatu yang terjadi. Seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kehilangan Haris. Malah keluarganya juga menghilang.








RIEZQ menjeling gadis di sebelahnya. Sejak tadi lagi gadis itu melayan perasaannya sendiri. Tangisannya juga telah terhenti. Riezq berdehem. Cuba menarik perhatian gadis itu tetapo hampa. Qyrina tetap juga dengan dunianya.
“Awak ni kenapa Rina?” soalnya. Sesekali dia memandang gadis itu tetapi fokusnya lebih terarah kepada pemanduannya.
“Tak ada-apa.” Serak suara gadis itu. kenapalah Qyrina yang baru dinikahinya ini selalu sangat menangis?
“Awak ni selalu sangat menangis,kenapa? Dulu bukan main garang lagi dengan saya. Sekarang ni manja bukan main.” Guraunya.
“Mana ada. Saya menangis sebab risaukan ibu kat rumah.” Sangkalnya. Sakit hatinya melihat senyuman lelaki itu.
“Aimankan ada. Jangan risaulah lagipun ibu tu dah kuat sikit saya tengok. Kalau ibu rajin makan ubat sembuhlah dia nanti.” Ujar lelaki itu. Qyrina diam. Malasnya mahu bercakap dengan lelaki ini. Detiknya dalam hati.
“Sayang lapar tak?” riezq cuba bergurau. Bosan dia dengan kebisuan gadis itu. qyrina berpaling ke arahnya. Bagaikan magnet mata mereka bertaut tetapi sekejap Cuma. Lelaki itu kembali memandang ke hadapan.
“Boleh tak kalau awak tak kacau saya? Untuk sehari je dan saya amat-amat hargainya encik Riezq.” Kata-kata Qyrina mengundang gelak lelaki itu.
“Mana ada abang kacau sayang. Sayang je yang kacau abang.” Gelaknya makin kuat. Qyrina mendengus.
“Awak ni dah buang tabiat ke? Awak jangan nak lebih-lebih pulak Riezq. Kita kahwin ni bersebab dan awak pun tahu tu. So jangan nak kacau saya.” Marahnya. Riezq diam. Kenapalah kata-kata gadis itu memedihkan hatinya?
“Saya tahulah cik Qyrina. Tapi tak salahkan kalau kita mencuba. Cinta boleh dipupukkan.” Dia cuba menguji gadis itu. apa agaknya reaksinya nanti? Mahukah dia bertolak ansur?
“Memanglah tapi asalkan bukan dengan awak.” Ujar Qyrina. Geli-geleman dia memikirkan perkara tersebut. Bercinta dengan lelaki ini? Huh, selisih malaikat 44.
“Jangan cakap besar Qyrina nanti terbalik pulak. Jangan nanti awak yang terhegeh-hegeh hendakkan saya sudahlah.”
“yer ke? Jangan awak pulak yang jatuh hati kat saya.” Qyrina mencebik. Geram dengan kata-kata lelaki ini. Sibuk je nak tahu hal orang. Rasa mahu diluku kepala mamat ini. Bagaimanalah kehidupannya nanti sebagai isteri kepada lelaki senget seperti Tengku syah Riezq ini? Dia berharap segalanya akan selesai secepat mungkin. Temukanlah lelaki ini dengan perempuan yang dicintainya. Doanya di dalam hati.

1 comment:

  1. lmanya mnggu akhrnya dpt jga....lov it...cpt2 ltak new n3 yer...

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers