HOT!!!

Thursday, May 26, 2011

cinta tak bersyarat 16

Qyrina tersenyum membaca mesej yang diterimanya. Dia menekan papan kekunci untuk membalas mesej yang di terimanya tadi. Tidak disangka kawannya itu masih mengingati dirinya. Walaupun sudah lama tidak bertemu dan berhubung Elisa masih mengingati dirinya. Dan yang lebih menggembirakannya ialah temannya itu akan kembali ke Malaysia bersama suaminya tidak lama lagi.
Riezq memandang perlakuan isterinya itu. Sejak tadi lagi gadis itu tidak lekang dari tersengih-sengih macam kerang busuk. Entah apalah yang menarik sangat dengan telefonnya itu. Entah-entah sedang melayan mesej Hariz pekerjanya itu. Sakit hatinya apabila memikirkannya. Dia mendekati Qyrina. Matanya melirik ke arah skrin telefon isterinya. Tak nampak apa-apa pun. Dia merengus.
Qyrina pantas berpaling. Telefon di tangannya disorok. Dia berdiri. Wajah Riezq dipandang.
“Awak buat apa ni?” soalnya tidak puas hati.
“Buat apa? Mana ada buat apa-apa. Awak tu yang buat apa sebenarnya? Dah buang tabiat agaknya.” Ujar Riezq. Wajah Qyrina berubah.
“Sibuk je awak ni. Suka hati saya la nak buat apa pun. None of your business.” Kakinya melangkah untuk keluar dari bilik. Panas pula terasa apabila berdua dengan Riezq. Riezq memandang tubuh Qyrina yang semakin menjauh menghampiri pintu. Sakitnya hati dengan sikap endah tak endah perempuan itu.
“Awak nak ke mana tu?” soalnya. Qyrina berhenti. Dia memandang Riezq.
“Nak ambil angin kat taman. Tiba-tiba rasa panas pula. Do you want to join me, encik Riezq?” perlinya.
“Why not? Jom.” Dia menarik tangan Qyrina. Qyrina terkesima. Bulat matanya menikam wajah Riezq.
“Yes, any problem?” dia buat-buat tak faham.
“Jomlah ke taman. Saya temankan awak. Ok kan?” soalnya dan menarik Qyrina. Gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya menurut langkah Riezq. Malas bertikam lidah dengan lelaki ini. Pasti dia yang kalah nati. Lagipun dia tidak mahu terlalu bersikap kurang ajar dengan suaminya walaupun perkahwinan itu bukan pilihannya. Lebih baik dia tidak bersikap keterlaluan.
“Riezq nak ke mana tu?” panggilan mamanya menghentikan langkah kakinya. Dia memandang mamanya yang berdiri di anak tangga terakhir.
“Kat taman je mama. Ada apa mama? Mama nak ke mana ni?” soalnya apabila melihat penampilan mamanya yang cantik. Puan Sri Tnegku Zawiyah mendekati mereka. Qyrina cuba menarik tangannya namun pegangan kemas lelaki itu menyukarkannya berbuat demikian. Akhirnya dia hanya berdiam diri. Berdebar dadanya memandang anak mata wanita ini.
“Mama nak Rina temankan mama.” Ujarnya tanpa memandang wajah menantunya. Ini satu arahan. Bisik hati Qyrina.
“Boleh juga mama. Lagipun Riezq bosan duduk kat rumah ni. Riezq nak bersiap kejap.”
“Mama nak Rina je yang ikut mama, Riezq.”
“Tapi ma……”
“Susah sangat ke? Mama bukan nak jual isteri kamu ni.” Tiba-tiba mamanya jadi geram. Qyrina menelan liur.
“Rina nak pergi ke?” soal lelaki itu. Qyrina mengangguk. Dia terpaksa. Takkanlah mahu dihampakan permintaan wanita itu. Anggap sajalah itu permintaan ibunya sendiri.
“Rina bersiap dulu ye mama.” Ujarnya dan berlalu. Dalam hati dia berdoa agar tiada apa-apa yang akan menimpanya nanti.
_______________________________________________________________
QYRINA cuba menyaingi langkah kaki mak mertuanya dengan barang-barang yang penuh di tangannya. Sesekali dia berhenti kerana sempuk. Hanya Allah je yang tahu betapa sengsaranya dia tika ini.
“Mama.” Panggilnya takut-takut. Lagkah kaki Puan Sri Tengku Zawiyah terhenti. Dia pusing ke belakang. Dia merengus.
“Ada apa?” soalnya. Qyrina mendekati mak mertuanya itu.
“Rina penat. Kita berehat dulu ye.” Pintanya. Wanita itu tidak bersuara sebaliknya dia terus berjalan menuju ke arah restoran yang berdekatan. Qyrina mengucap syukur di dalam hati. Dia menarik nafas lega apabila punggungnya mencecah kerusi.
“Takkan dah penat.” Tempelak Puan Sri Tengku Zawiyah.
“Erm, sorry mama.” Ujarnya. Dia memesan fresh orange. Sebaik sahaja pesanannya tiba dia terus menghirup minumannya itu.
“Mama nak beli apa-apa lagi ke?” soalnya.
“Kenapa? Kamu dah tak sanggup nak temankan ke?” soal wanita itu. Qyrina pantas menggeleng.
“Tak adalah mama. Rina tak kisah pun.” Dia cuba menjaga hati wanita itu. Dia tidak mahu wanita itu makin membencinya pula. Puan Sri Tengku Zawiyah diam. Wajah Qyrina yang berpeluh di pandang. Timbul perasaan kesian pula. Dia hanya mahu menguji kesabaran gadis itu. Tidak sangka Qyrina tidak cepat melatah.
“Kita baliklah.” Ujar wanita itu. Mak mertuanya berdiri.
“Mama dah tak ada apa-apa nak beli ke?” soalnya pula. Wanita itu hanya menggeleng dan terus melangkah. Qyrina tersenyum. Selamat aku. Bisiknya.

____________________________________________________________
“RIEZQ cakap awak ajak Rina keluar tadi. Pergi mana?” soal Tan Sri Tengku Omar. Riezq yang sedang menyuap makanan berhenti. Dia memandang mamanya dan Qyrina silih berganti.
“Pergi pasar jew. Riezq mengadu ke?” soal mamanya. Riezq hanya tersenyum.
“Baguslah macam tu. Nanti takdelah awak sunyi sangat. Dah ada Rina temankan awak. Nak pergi mana-mana pun senang.” Ujar Tan Sri Tengku Omar. Qyrina tersenyum. Dalam hatinya bermacam-macam perkara yang di fikirkan. Puan Sri Tengku Zawiyah tidak memberi reaksi dengan kata-kata suaminya. Matanya memandang ke arah Qyrina. Entah kenapa hatinya terdetik sesuatu.
______________________________________________________________
Rancangan yang disiarkan di televisyen tidak sedikit pun menarik perhatiannya. Dia lebih suka berada di dalam bilik daripada meghadap muka suaminya itu. Tetapi apakan daya dia harus meluangkan masa dengan keluarga mertuanya ini juga. Beramah mesra la konon. Dia mengeluh di dalam hati. Kadang-kadang penat dengan lakonan yang terpaksa dia lakukan ini. Sampai bila harus dia bertahan?
“Aliya akan balik sini.” Ujar mamanya tiba-tiba. Riezq memandang wajah mamanya.
“Mana Za tahu?” soal suaminya pula.
“Dia telefon Za pagi tadi. Dia cakap akan balik sini dua hari lagi.” Perjelas mamanya. Qyrina yang tidak tahu apa-apa hanya mendengar. Siapa pula Aliya itu? Malsa dia mahu menyampuk.
“Dia balik dengan suami dia ke mama?” soal Riezq. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sepupunya itu setelah menetap di London selepas berkahwin 2 tahun lalu. Majlis perkahwinan sepupunya pun dia tidak dapat hadiri kerana masih menuntut di London dulu.
“Aliya tu sepupu Riezq sayang.” Ujar Riezq. Qyrina mengangguk. Oh sepupu lelaki ini rupanya.
“Lepas tu minggu depan keluarga mak su kamu nak buat majlis sedikit. Dengar cerita Aliya tu dah mengandung. Nak elakkan nasib buruk la kot.”
“Yer lah dulu kan dah pernah keguguran.” Sampuk suaminya.
“Kamu bila pulak Rina?” soalan mamanya yang tiba-tiba itu membuatkannya terbatuk. Dia menjeling ke arah Riezq yang tersenyum. Mamat sengal. Bisik hatinya sebal.
“Betul tu Riezq. Kamu kan dah lama kahwin dengan Rina ni masih tak ada tanda-tanda lagi ke?” papanya pula mencelah. Lelaki itu masih lagi diam. Dia jadi hilang sabar.
“Belum ada rezeki lagi, pa.” ujar Qyrina lembut. Dia menjeling Riezq. Tidak boleh di harap langsung. Sempat pula lelaki itu mengeyit mata ke arahnya. Ee, geramnya hati aku. Jeritnya di dalam hati. Siap kau.



MATANYA memandang ke bilik pengurus besar yang tertera nama suaminya. Dia mengeluh. Kakinya kembali melangkah ke arah biliknya. Pagi tadi lelaki itu ke pejabat awal-awal pagi lagi. Dia perasan lelaki itu tidak menegurnya langsung selepas solat subuh tadi. Entah angin monsun apa yang melanda dia tidak tahu.
“Rina.” Langkah kakinya terhenti. Kak liza menuju ke arahnya dengan senyum manis di pagi hari. Dia tersenyum.
“Happy semacam je kak Liza ni. Ada apa?” soalnya. Kak Liza menarik tangannya menuju kea rah biliknya. Dia hanya mengekori.
“Sulit je nampak. Ada gosip terbaru ke Kak Liza?” dia berjenaka. Kak Liza duduk di hadapannya.
“Ada nampak En. Riezq?” soalnya. Dia hanya menggeleng.
“Awal-awal lagi dia dah ke pejabat. Takkan tak sampai lagi.” Ujarnya selamba tanpa menyedari sesuatu. Kak Liza merenungnya. Dia yang cepat tersedar merasa gelabah.
“Biasanya diakan datang awal ke pejabat.” Cepat-cepat dia menambah sebelum Kak Liza mula membuka mulut. Bukan dia tidak kenal dengan Kak Liza yang mudah benar membuat tafsiran.
“Bukan selalu awal pun. Akak ada story nak cakap ni. Minggu lepas lupa nak beritahu Rina.” Intronya pun sudah membuatkannya tertanya-tanya. Kak Liza ni memang terer bab-bab membawa cerita. Getus hatinya. Tetapi cerita-cerita yang di bawa oleh Kak Liza bukan mengaibkan orang. Kisah benar. Kak Liza boleh di katakana sebagai reporter tak bergaji di syarikat ini.
“Amboi Kak Liza pagi-pagi lagi dah bawak cerita panas.” Ujarnya bergurau. Dia menyusun fail-fail yang berada di atas mejanya.
“Ni pasal Sarah.”
“Sarah?” macam kenal je nama tu. Tangannya terhenti menyusun fail.
“Bekas makwe bos. Eh bukan makwe pun. Perempuan yang tergedik-gedik mengejar bos.” Terangnya. Dia mengangguk. Oh, sarah. Perempuan yang menegur mereka hari itu. Rupanya perempuan itu makwe suaminya. Ah, whatever. Ada aku kesah?
“Kenapa dengan perempuan tu?” soalnya dingin. Rosakkan mood je awal pagi ni.
“Dia datang cari En. Riezq hari tu. Tapi hari tu En. Riezq tak ada kat pejabat. Kalau tak…”
“Kalau tak tentu lelaki tu layan kan.” Celahnya. Entah kenapa dia merasa geram. Mulut cakap tak suka tapi layan jugak. Dasar jantan. Sume sama. Tiba-tiba dia jadi emosi.
“Hish, akak belum habis cakap lagilah. Kalau tak tentu dah kena halau dengan En. Riezq tu. Perempuan tu otak tak betul sikit.” Selamba sahaja perkataan itu keluar dari bibir Kak Liza. Dia hanya tersenyum. Yer lah tu. Bisiknya dalam hati.

Dia pantas mengatur langkah menuju ke arah lif. Jam di tangan menunjuk ke angka 5.45 petang. Tadi Elisa menelefonnya supaya menjemputnya di lapangan terbang. Gila minah tu. Semalam masa bermesej dengannya tak de pula bagitahu apa-apa.
“Awak nak ke mana tu Qyrina?” tegur seseorang. Dia berpaling.
“Saya nak ke airport kejap. Kawan saya dah sampai sini. Saya tak sempat nak beritahu tadi. Dia baru call saya.” Terangnya.
“Ok. Nanti balik awal sikit.” Ujar Riezq. Dia mengangguk dan terus masuk ke dalam lif.
Kira-kira pukul 6 petang dia tiba di KLIA. Matanya melilau mencari kelibat temannya itu. Sesekali terdengar keluhan di bibirnya apabila tidak ternampak kelibat temannya itu. Tangannya mencapai telefon yang berbunyi. Tertera nama Elisa di skrin telefonnya. Dia cepat-cepat menekan butan hijau.
“Kau kat mana ni Lis?” soalnya. Kakinya masih terus melangkah mencari kelibat sahabat baiknya itu. Manalah perempuan ni?
“Aku….” Tanpa sedar tubuhnya di langgar seseorang. Telefonnya jatuh ke lantai. Dia yang terkejut melihat telefon kesayangannya itu terduduk.
“Telefon aku….” Ujarnya perlahan.
“Maaf. Saya tak sengaja. Saya nak cepat ni. Maaf yew.” Ujar satu suara. Qyrina terdiam. Dadanya berdebar kencang. Suara itu. Ya Allah itu suara Haris. Dia benar-benar pasti. Suaranya sama. Dia pantas berdiri. Berpaling mencari lelaki yang melanggarnya tetapi tiada. Lelaki itu telah tiada. Mengapa tiba-tiba ramai pula orang yang berdiri di hadapannya?
“Haris.” Dia bersuara agak kuat. Berharap agar lelaki itu mendengarnya dan menuju ke arahnya. Dia berasa ingin menangis. Dadanya sebak. Dia benar-benar inin menemui Haris biarpun hanya sekali sahaja. Ya Allah temukanlah aku dengannya. Berikanlah aku peluang itu. Mohonnya dalam hati.
“Rania Qyrina.”
Langkah kakinya terhenti. Dia menyapu air jernih yang mengalir di pipinya. Biar apa yang terjadi dia benar-benar telah bersedia. Adakah masih ada peluang untuk dirinya memperbetulkan segala-galanya? Dia berpaling ke arah suara tadi. Bibirnya mengukir senyuman yang dipaksa.

1 comment:

  1. haris kah...???? mybe haris suami elisa..n elisa spupu riezq.....?????????? smbg cepat2 ye....best

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers