HOT!!!

Wednesday, March 7, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...4

Dua tahun kemudian
Rambutnya yang panjang itu disimpul dan disanggul. Dia menyinsingkan lengan bajunya sehingga ke siku. Jam tangannya yang berwarna merah itu dipandang. Sudah sepuluh minit berlalu tetapi masih tidak kelihatan batang hidung sahabatnya. Dia merengus geram. Sudahlah cuaca panas. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia menyeluk tangannya ke dalam begnya.
“Kau kat mana?” soalnya sebaik sahaja talian disambung.
“Sorry, Dania. Jalan sesak ni. Dah nak sampai pun.” Ujar Atikah. Suaranya kedengaran cemas. Mungkin takut dimarahi oleh Dania Aleya.
“Yela.” Dia terus mematikan talian. Dania Aleya duduk di bangku. Dia mengeluarkan buku-bukunya. Mereka berdua berjanji untuk mengadakan study group di sekolah. Janji pukul lima sekarang sudah hampir menjengah ke lima setengah. Dia mengeluh.
“Assalamualaikum.” Dia berpaling ke arah suara yang member salam. Kelihatan seorang lelaki yang agak tinggi berdiri di sebelahnya. Dia cuba mengingati lelaki itu tetapi dia tidak dapat mengingatinya. Wajah lelaki itu seakan-akan pernah dilihatnya tetapi dia tidak ingat.
“Assalamualaikum.” Sekali lagi salam diberi.
“Waalaikumsalam.” Jawabnya perlahan. Siapa lelaki kacak ini? soalnya dalam hati.
“Daniakan.” Tanya lelaki itu. Dia jadi makin hairan.
“Awak siapa?” soalnya pula. Lelaki itu tersengih. Dia terpana seketika melihat senyuman manis lelaki itu. dia cuba mengawal dirinya.
“Tak ingat?” soal lelaki itu lagi. Dia menggelengkan kepalanya.
“Maaflah.” Pintanya. Memang dia benar-benar tidak ingat gerangan lelaki kacak yang berdiri di hadapannya ini.
“Ezat Eskandar.” Ujarnya memperkenalkan diri. Mulutnya terlopong. Ezat Eskandar? Lelaki yang mendapat straight A dalam SPM di sekolahnya. Lelaki yang aktif dalam sukan bola sepak dan lelaki yang memberikan sepucuk surat sebelum meninggalkan sekolahnya dua tahun lalu.
Dia cepat-cepat menutup mulutnya apabila melihat lelaki itu ketawa kecil. Hai, ketawa pun penuh karisma. Bisa mencairkan hati-hati wanita yang melihatnya. Dia berdehem-dehem. Cuba untuk menenteramkan hatinya yang kelam-kabut tika ini. Entah mengapa dia terasa malu. Dia teringat peristiwa dua tahun dulu.
“Sihat?” soal lelaki itu mematikan lamunannya.
“Sihat.” Jawabnya sepatah. Dalam hati dia berdoa agar Atikah cepat-cepat sampai.
“Buat apa kat sini? Kan dah lewat ni.” Ujar Ezat Eskandar.
“Tunggu Atikah. Nak study sama-sama.” Katanya. Kaku betul situasi mereka. Dia benar-benar tidak selesa. Tiba-tiba telefonnya berdering. Pantas dia mencapai telefonnya.
“Kau kat mana?” soalnya.
“Aku minta-maaf. My mom tiba-tiba telefon. Dia suruh aku pulang. Aku tak dapat jumpa kau ni. Sorry, Dania.” Ujar Atikah. Dia mengeluh. Selepas menjawab salam telefonnya dimatikan. Dia pandang lelaki itu.
“Kenapa?” soal Ezat Eskandar.
“Saya kena balik. Kawan saya ada hal tak dapat datang.” Ujarnya. Dia mengemas buku-bukunya dan memasukkan ke dalam begnya.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Ujarnya sebelum berlalu. Langkah kakinya diatur laju.
“Dania.” Panggilan lelaki itu menghentikan langkahnya.
“Saya hantar awak balik. Lagipun dah lewat ni.” Kata lelaki itu. Dania Aleya diam. Sebolehnya dia tidak mahu berdua-duaan dengan lelaki itu. dia jadi serba-salah.
“Awak mesti ada halkan datang ke sekolah ni. Saya tak nak lah menyusahkan awak. Saya boleh balik sendiri. Lagipun saya boleh telefon pemandu saya.” Katanya.
“Urusan saya dah selesai. Please, Dania.” Pujuk lelaki itu lagi. Dania Aleya diam. Akhirnya dia mengangguk. Jelas terukir senyuman di wajah lelaki itu. Dania Aleya memerhatikan lelaki itu dalam diam. Siapa tahu dia akan bertemu kembali dengan lelaki itu. Lelaki yang seboleh mungkin cuba dielakkannya. Tempoh dua tahun dapat berubah semuanya. Ezat Eskandar telah berubah menjadi seorang lelaki yang tampak matang dan lebih kacak dari dahulu.
“Dania dah besar.” Kata lelaki itu sewaktu dalam perjalanan. Dia hanya senyum.
“Tak sangka dah dua tahun berlalu.” Kata lelaki itu lagi. Dua tahun. Tempoh yang membuatkan jiwa dan raganya terseksa. Selama dua tahun dia menanti. Dan dia berharap penantiannya ini tidak sia-sia.
“Minggu depan Dania exam kan.” Ujar lelaki itu.
“Erm.” Jawabnya sepatah. Benar-benar rasa kekok bersama lelaki ini. sebenarnya dia malu kerana tidak pernah membalas emel lelaki itu. Mungkin lelaki itu beranggapan dia perempuan yang sombong dan berlagak.
Akhirnya mereka sampai di rumah Dania Aleya. dia mengucap syukur dalam hati.
“Terima kasih.” Ucapnya. Ezat Eskandar senyum lagi. Dia beristighfar. Cuba melawan godaan tersebut.
“Hope to see you again.” Ujarnya. Dia hanya senyum.
“InsyaAllah.” Katanya lalu pergi. Dia sempat melambai kepada lelaki itu. Dania Aleya melangkah menuju ke dalam rumahnya.
“Dania balik dengan siapa?” soal Datin Amina.
“Kawan, mama. Dania naik dulu. Penat.” Ujarnya. Datin Amina mengangguk. Dia melangkah menuju ke arah biliknya. Apabila tiba di biliknya dia terus menguncikan pintu biliknya. Bibirnya mengukir senyum saat terpandangkan buah hatinya yang sedang enak berbaring di atas katilnya. Pantas dicapai dan dipeluknya.
“Tak sabar nak tunggu dia balik.” Ujarnya sendiri. Dia tersenyum-senyum. Temph masa dua tahun hampir berlalu. Bila-bila masa sahaja lelaki itu akan pulang. Minggu depan dia akan menghadapi peperiksaan SPM dan selepas itu dia bolehlah berseronok bersama lelaki itu. Tak sabarnya...
Dia teringat emel terakhir daripada lelaki itu. walaupun Firasz Akimi jarang-jarang mengirimkan emel kepadanya tetapi itu sudah mencukupi. Cuma sejak enam bulan lalu lelaki itu sudah berhenti mengirimkan emel kepadanya. Kata Firasz Akimi dia terlalu sibuk tambahan pula tahun itu adalah tahun akhirnya. Dia tidak banyak soal. Cukuplah hanya dia yang mengirimkan emel kapada lelaki itu. Bercerita itu dan ini. walaupun tiada balasan dia tetap tidak merungut. Lagipun dia banyak mendengar berita Firasz Akimi melalui Aunty Ros. Kata Aunty Ros, Firasz Akimi berkeputusan tidak mahu pulang dalam tempoh dua tahun ini adalah kerana dia perlu menjaga ibu saudaranya yang tidak sihat di sana. Lagipun ibu saudaranya tidak ada siapa-siapa setelah kematian suaminya. Ibu saudaranya berkeras tidak mahu pulang ke Malaysia kerana terlalu banyak kenangan bersama suaminya di sana.
Dania Aleya berbaring. Tangannya masih erat memeluk patung tersebut. Hatinya benar-benar tidak sabar untuk menemui Firasz Akimi. Dia juga mahu lelaki itu lihat perubahan dirinya. Dia sudah besar dan tidak lagi montel seperti dua tahun lalu. walaupun tidaklah sekurus model-model di luar sana tetapi badannya tidaklah menjadi seperti tong drum seperti yang diejek oleh lelaki itu dulu.
Dia memejamkan matanya. Cuba membayangkan wajah lelaki itu. Makin berubahkah fizikal lelaki itu? adakah semakin tinggi dengan susuk tubuh yang sempurna dan wajah yang mampu mencairkan mata-mata yang memandang?
********************************************
DIA jadi tidak selesa apabila lelaki itu berada di antara mereka. Perbincangan tersebut langsung tidak melekat di otaknya. Dia jadi kaku. Dia cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian tetapi tiap kali mata mereka bertentang dia jadi gabra. Mengapa dia harus berkelakuan seperti ini?
“Dania faham tak?” dia tergamam saat mata lelaki itu melekat di wajahnya. dia menelan liur.
“Hah?” soalnya kembali. Nampak sangat dia tidak memberikan sepenuh perhatian.
“Dania tak sihat ke?” soal Ezad Eskandar lagi. Dia menggeleng.
“Saya okey.” Jawabnya walaupun dia sebenarnya tidak selesa den gan kehadiran lelaki itu sebagai pengajar mereka. Dia sendiri terkejut apabila tiba tadi Atikah begitu asyik berborak dengan Ezad Eskandar.
“Kita stoplah kejap. Rehatkan minda.”
Lelaki itu tersenyum. Dia terpana seketika. Entah mengapa hatinya berdebar saat melihat senyuman lelaki itu.
“Aku pergi beli air kejap. Abang Ez, Dania, nak apa-apa tak?” atikah berdiri. Dia turut berdiri.
“Aku ikut kau, Ati.”
Dia tidak mahu ditinggalkan berdua dengan lelaki itu.
“Eh, tak pelah. Kau temankan abang Ez. Abang ez nak kirim tak?” soal Atikah lagi.
“Belilah apa-apa pun.”
Ezad Eskandar menghulurkan not berwarna merah. Atikah menyambutnya sebelum berlalu. Dania Aleya duduk kembali. Dia serba tidak kena. Berdua-duaan dengan lelaki ini membuatkannya keresahan.
“Ehem.” Ezad Eskandar berdehem.
“Trial hari tu dapat buat?” soalan Ezad Eskandar kedengaran kekok.
“Alhamdulillah, boleh.” Jawabnya malu-malu. Dia menggigit bibir. Ke mana menghilangnya sifatnya yang keletah dan periang itu? dia ibarat kucing yang kehilangan tanduk sahaja. Malu-malu. Tidak seperti sifat asalnya.
“Awak.”
“Dania.”
Mereka sama-sama terdiam apabila membuka mulut serentak. Dania Aleya menggigit bibir. Manakala Ezad Eskandar hanya tersenyum. Hai, senyum je yang mamat ni tahu.
“Dania dulu.”
Ezad Eskandar bertindak macho apabila memberi dia bercakap dahulu.
“Ezadlah dulu. Dania dah lupa nak cakap apa.” He he he. Lelaki itu ketawa kecil. Dia hanya tersenyum. Kurang sedikit sifat kekok di antara mereka.
“Macam-mana boleh lupa pulak?” soal lelaki itu bersama senyuman. Senyum lagi. Sabarlah wahai hati.
“Entahlah. Nantilah saya fikir dulu. Nanti dah ingat saya beritahu awak.”
Dia cuba bergurau. Nyata gurauannya yang tidak seberapa itu mengundang tawa kecil lelaki itu. Sikit-sikit ketawa. Saja nak usik hati akulah tu. Bisiknya.
“Macam tak percaya je ni Dania yang saya tinggalkan dua tahun lepas.”
Dania Aleya buat muka. Tidak mengerti dengan maksud lelaki itu.
“Erm, dulu kita tak pernah duduk berborak macam ni. Saya cuma ingat sekali je saya pernah tegur awak. Itupun macam nak tak nak je awak layan saya. Lepas tu kali terakhir saya tegur awak masa saya bagi surat tu.”
Dia dah buka kisah yang memalukan itu. kerana surat yang tidak pernah berbalas itu dia jadi segan dengan lelaki ini. Bukan dia berniat untuk menjual mahal tetapi dia tidak sempat untuk memikirkan tentang lelaki lain selain Firasz Akimi. Surat lelaki itu pun sudah hilang entah ke mana. Dia terus lupa pasal lelaki yang bernama Ezad Eskandar sehinggalah dia bertemu lelaki ini dua hari lepas.
“I’m sorry.” Pintanya.
“It’s okey. Saya tak pernah salahkan Dania. Sebab masa tu kita budak-budak lagi. Lagipun Dania baru lima belas tahun. Saya memang tak matang masa tu. Tak pernah memikirkan situasi Dania. Mungkin Dania terperanjat dapat surat daripada sayakan. Saya yang patut minta maaf. Sorry, Dania.”
Mata Ezad Eskandar menikam tepat ke matanya. Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Ezad Eskandar persis prince charming yang muncul di dalam mimpinya. Lebih-lebih lagi matanya yang separa mundar berwarna hitam pekat. Diakah lelaki yang seringkali menganggu tidurnya sejak dua tahun lepas. Kerap kali dia bermimpi lelaki yang sama. Lelaki yang berpakaian serba putih dan menunggang kuda. Tapi sayang lelaki itu memakai topeng zorro. Hanya matanya yang kelihatan. Dia juga hairan mengapa tidurnya di ganggu dengan lelaki tersebut. Adakah kerana dia kerap kali memikirkan perasaan bersalahnya terhadap Ezad Eskandar?
“Mana Ati ni?” soalnya sambil melilaukan matanya. Sudah lebih sepuluh minit sahabatnya itu menghilang. Rasanya kedai tidaklah sejauh mana.
“Banyaklah kot yang dia nak beli.”
“Jadi apa-apa tak kat dia?” soalnya kalut. Ezad Eskandar senyum.
“Jatuh tengah jalan tak?” guraunya. Dania Aleya ketawa. Tidak dapat membayangkan jika betul sahabatnya itu rebah.
“Jahatlah awak ni cakap macam tu.”
“Manalah tahu.” Kata lelaki itu.
“Mengumpat aku ke?”
Atikah muncul. Dia meletakkan tiga botol minuman ringan dan plastik yang berisi makanan.
“Lama Ati pergi. Dania dah risau tadi. ingat Ati kena culik.”
“Eh, mana ada. Ez ni cakap kau rebah tengah jalan.” Dia ketawa. Atikah mencebik.
“Kau orang kutuk aku ya. Buat penat je aku beli makanan kat kau orang.” Katanya. Dia buat muka merajuk. Dania Aleya dan Ezad Eskandar ketawa kecil.
“Aku lambat sebab jumpa Elia tadi. Saja borak-borak.” Terangnya.
“Kau borak apa dengan abang Ez? Rancak je aku tengok.” Katanya. Dania Aleya menyedari sesuatu. Atikah selalu membahasakan lelaki itu dengan panggilan abang dipangkal namanya. Tidak seperti dirinya yang hanya memanggil nama.
Tepat pukul tujuh mereka bersurai. Dania Aleya pulang dengan Pak Bahar. Dia menolak ajakan lelaki itu untuk menghantarnya. Tidak mahu berhutang budi lagi dengan lelaki itu. cukuplah sekali lelaki itu menghantarnya pulang.
Selepas mandi Dania Aleya berlingkar di atas katilnya ditemani dengan patung beruang pemberian Firasz Akimi. Dia tidak sabar untuk menamatkan peperiksaan dan berjumpa dengan Firasz Akimi. Entah apa khabar lelaki itu sekarang? Dia tersentak apabila telefonnya berdering. Dia merengus. Kacau je. Bebelnya sendiri. telefon yang berada di atas mejanya dicapai. Dia mengerutkan dahi melihat nombor yang tidak dikenali. Dengan teragak-agak dia mengangkatnya.
“Dania.”
Panggil satu suara apabila dia tidak bersuara. Dadanya berdebar. Suara itu amat dikenalinya.
“Siapa?” soalnya lambat-lambat.
“Si montel ni buat apa?”
“Akimi.” Sedikit menjerit suaranya.
“Akimi ke ni?” soalnya inginkan kepastian.
Terdengar ketawa yang agak kuat ditalian. Dania Aleya yakin lelaki ini adalah Firasz Akimi.
“Tak study ke?” soalnya.
“Akimi. Bila nak balik sini? akimi buat apa ni?”
Dia tidak dapat menahan perasaannya. Sudah agak lama lelaki itu tidak menelefonnya. Dia juga tidak mahu menganggu lelaki itu. Dia tahu Firasz Akimi sibuk.
“Banyak mulut la budak ni.”
“Bila nak balik?”
Dia tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu. Tidak terusik pun dengan kata-katanya.
“Maybe next week or next month or next year or…”
“Akimi.”
Panggilnya geram. Firasz Akimi ketawa lagi.
“One fine day I’ll be stand in front of you.”
Cakap mat sallehlah pulak mamat ni. Dia mengukir senyum. Tak sabar menunggu hari itu tiba.
“Akimi tak boleh lama-lama. Ada kerja. Dania dah nak exam kan. Buat yang terbaik tau. Jangan main-main.” Pesan lelaki itu. tersentuhlah pulak hatinya.
“InsyaAllah. Akimi jaga diri. Jangan lupa solat. Dania akan tunggu Akimi balik. Cepatlah balik.” Suaranya kedengaran sayu.
“Yerlah comel. Okeylah Akimi kena letak ni. Do the best. Miss you like crazy. Assalamulaikum. Bye.”
“Akimi..”
Tidak sempat dia membalas talian telah pun dimatikan. Dia mengeluh. Namun dia gembira kerana Firasz Akimi masih mengingati dirinya. Telefonnya di bawa ke dada. Dia memeluk erat telefon itu. tidak sabar menunggu kepulangan Firasz Akimi.

1 comment:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers