HOT!!!

Friday, March 9, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...5

Hari peperiksaan akhirnya tiba jua. Semua pelajar diminta berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Selepas taklimat diberikan oleh pengetua ustaz Fazir membacakan doa. Selepas itu kami semua beredar ke bilik peperiksaan.
“Good luck, Dania.” Ucap Atikah. Wajahnya kelihatan pucat. Mungkin takut kerana ini adalah kertas pertama.
“You to. Buat yang terbaik.” Balasnya. Atikah mengangguk. Kemudian kami berpisah untuk duduk di tempat masing-masing. Suasana sunyi sehinggalah tamat peperiksaan. Dania Aleya memandang wajah Atikah yang tampak ceria. Mungkin boleh menjawab dengan baik. Dania Aleya mengangguk. Dia juga sudah mencuba sebaik yang mungkin. Moga-moga Allah akan membantunya.
Begitulah juga hari-hari seterusnya. Sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan pada hari terakhir mereka semua bagaikan manusia yang baru dilepaskan daripada tahanan penjara. Masing-masing dengan wajah ceria dan bahagia. Begitu juga dengan dirinya dan Atikah. Mereka berdua mengucap syukur kerana telah berjaya menghabiskan peperiksaan.
“Kita nak pergi mana untuk raikan hari merdeka kita ni?”
Dania Aleya pandang wajah Atikah. Dia mengangkat bahu. Apa yang ada dalam kepalanya sekarang ialah Firasz Akimi. Dia hanya menanti lelaki itu. menunggu lelaki itu muncul di hadapannya. tiada apa yang lebih penting sekarang.
“Boleh pulak mengelamun.”
Dia tersentak.
“Apa?” soalnya kembali.
“Kita pergi tengok wayang nak? Cerita Harry potter. Kau kan minat siri tu.” pancing Atikah. Dia menggeleng.
“Kita shoppinglah. Cuci-cuci mata. Nak?”
Dia berharap agar Atikah setuju. Dia tidak mahu menonton cerita itu dengan Atikah. Firasz Akimi telah berjanji akan membawanya menonton rancangan kegemarannya itu nanti. Tanpa banyak soal Atikah mengangguk. Dia tersenyum lega.
*****************************
Dania Aleya memilih baju yang paling cantik sekali di dalam almarinya. Dia menggayakan di hadapan cermin. Setelah berpuas hati dia menyarungkan baju tersebut ke tubuhnya. Kemudian tangannya mencapai sikat dan menyisir rambutnya yang agak panjang melepasi bahu itu. dia menempek sedikit bedak dan menyapu lip gloss ke bibirnya yang sedia merah itu. setelah berpuas hati dia mencapai begnya dan meluru turun.
“Dah siap?” soal mamanya. Dia mengangguk. Datin Amina melihat jam di dinding. Wanita itu menggelengkan kepalanya.
“Awal lagi ni, Dania. Flight pukul lima nanti. Sekarang baru pukul tiga setengah.”
Dania Aleya tersengih. Sejak semalam lagi dia tidak sabar-sabar menanti hari ini tiba. Kalau boleh dia mahu bersiap semalam lagi.
“Tunggu kat rumahkan senang. Tak payah susah-susah pergi airport.”
“No, mama. Dah lama Dania tak jumpa dia. So, kenalah tunggu dia kat airport. Dania pergi rumah aunty Ros ya.”
Dia berlalu setelah menyalami mamanya. Datin Amina menggeleng melihat telatah Dania Aleya. Anak perempuannya memang terlalu rapat dengan Firasz Akimi. Risau juga dia memikirkan perkara tersebut. Mereka berdua semakin membesar. Bukanlah budak-budak seperti dahulu lagi.
“Dania.”
Panggilan Datin Amina menghentikan langkah kakinya. Dania Aleya berpaling.
“Ada apa, mama?” Soalnya. Datin Amina mendekati.
“Dania dan Akimi dah besar. Bukan macam dulu lagi.”
Dia mengerutkan dahinya. Kurang mengerti dengan kata-kata mamanya. Datin Amina mengusap rambut anaknya. Dia tahu Dania Aleya tidak memahami maksud yang tersirat yang ingin diperkatakannya. Dia tersenyum.
“Jaga diri, Dania. Nanti suruh Akimi datang rumah.” Pesannya. Dania Aleya mengangguk. Dia mencium pipi mamanya dan beredar. Dia tertanya-tanya akan maksud yang ingin disampaikan oleh mamanya itu.
Sekarang dia sudah berada di lapangan terbang KLIA. Dia melilaukan matanya mencari kelibat lelaki itu. Sesekali dia melirik jam tangannya. Walaupun masih awal tetapi dia makin tidak sabar.
“Dania.” Panggilan Aunty Ros menyedarkannya.
“Sit here. It’s still early.” Kata wanita sebaya ibunya itu. lambat-lambat dia duduk di sebelah wanita itu.
“Nampaknya Dania yang lebih tak sabar daripada Aunty.” Kata Tuan Farid. Dia tersengih. Memang dia sudah tidak sabar. Sudah terlalu lama dia menanti. Dua tahun merupakan tempoh yang cukup lama baginya.
“Dah dua tahun Dania tak jumpa Akimi, bang. Kita lainlah. Tiap-tiap bulan boleh jenguk dia kat sana.” Ujar Aunty Ros. Dia mengangguk.
Masing-masing diam apabila pengumuman ketibaan penerbangan dari Amerika Syarikat. Makin berdebar jantungnya tika itu. dia dan ibu bapa Firasz Akimi bergerak ke balai ketibaan. Matanya memandang kelibat manusia yang keluar dari balai tersebut. satu-satu muka dia perhatikan.
“Mana Akimi ni?” soalnya perlahan. Dia meramas-ramas tangannya. dah ramai yang keluar tapi tiada pun bayang lelaki itu. Dia tidak suka dengan penantian ini. Mengapa dua tahun dia boleh menunggu tetapi beberapa saat sahaja dia jadi tidak sabar.
“Itu Akimi, bang.”
Matanya terhala ke arah yang ditunjukkan oleh Aunty Ros. Dia memerhatikan langkah lelaki itu. Lelaki yang berkaca mata hitam. Memakai jaket hitam dan menyandang sebiji beg. Style rambutnya tidak banyak berubah. Masih terpacak seperti dahulu. Kulitnya juga masih putih seperti dahulu. Dan senyumannya masih sama. Cuma ketinggiannya sahaja yang berubah. Dia makin tinggi. Dia terpana seketika. Firasz Akimi makin kacak. Tiada lagi wajah remaja yang comel diganti dengan wajah seorang lelaki yang kacak dan nakal dengan style rambutnya begitu.
I miss you, mummy, daddy.”
Lelaki itu memeluk mummynya. Lama. Kemudian dia memeluk daddynya pula. Dania Aleya hanya melihat. Berharap agar Firasz Akimi akan menyedari kehadirannya.
“Penatlah, mummy.” Kedengaran suaranya masih manja dengan wanita itu. Dia tersenyum. Firasz Akimi masih seperti dahulu.
Mummy masak apa kat rumah? Rindu masakan mummy. Jomlah balik rumah. Akimi nak tidur.” Dia ketawa kecil. Dan ketawanya mati apabila terpandangkan wajah seorang gadis di belakang mamanya. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya dan menyelitkannya di celah kolar bajunya. Lama dia memerhatikannya.
Dania Aleya menelan liur. Dia cuba mengukir senyum tetapi gagal. Bibirnya kaku.
Is that Dania?” soalnya perlahan. Dania Aleya mengangguk. Pantas Firasz Akimi memeluk gadis itu. Dania Aleya tergamam.
“Akimi.” Tegur mamanya.
“Ops, sorry.” Dia merungkaikan pelukannya. Merah muka Dania Aleya.
“Comelnya montel Akimi ni.” Dia menarik kedua-dua belah pipi Dania Aleya. Sudah terlalu lama dia tidak melakukan kegiatan jahatnya ini.
“Ya Allah, Akimi. Anak dara orang tu. Behave yourself.” Aunty Ros menegur lagi. Firasz Akimi melepaskan pipi gadis itu. Dania Aleya menggosok-gosok pipinya.
“Tapi ma, she’s my doll. Anak patung Akimi dah besar. Kenapa cepat sangat membesar? Nak peluk pun dah tak boleh.” Ha ha ha. Lelaki itu ketawa. Dania Aleya menarik muka.
“Dah, dah. Kita borak kat rumah je. Tadi cakap penat kan. Jom balik.” Kata Tuan Farid pula. Dania Aleya tersenyum.
“Akimi cancel lah. Mama dan papa balik dulu. Akimi nak keluar dengan Dania kejap.” Dia memegang tangan gadis itu. Di genggam erat.
“Tadi cakap penat.” Ujar Aunty Ros pula.
“Tak penat dah. Kejap je mama. See both of you at home. Bye.” Dia menarik tangan gadis itu. Dania Aleya hanya menurut. Puan Ros dan Tuan Farid menggelengkan kepala melihat kelakuan anak lelakinya.
“Bimbang saya, bang. Akimi sedar tak mereka tu dah besar. Bukan budak-budak macam dulu lagi.”
“Tak pelah. Nanti kita cakap dengan dia. Dah rapat sangat. Dah macam-adik-beradik. Nak buat macam-mana.” Kata Tuan Farid pula. Mata terus memerhatikan sehingga kedua-duanya lesap dari pandangan mata.
******************************************
Akimi terus menarik tangan Dania Aleya. Dari lapangan terbang hinggalah turun daripada teksi lelaki itu masih memegang kejap tangannya. Dia berusaha juga untuk menarik tetapi sia-sia sahaja. Akhirnya dia hanya membiarkan.
“Akimi.” Panggilnya. Langkah kaki Firasz Akimi terhenti. Dia pandang wajah Dania Aleya. Lelaki itu mengangkat keningnya tanda menyoal.
“Penat. Kita nak pergi mana?” Soalnya.
“Ingatkan dah tak nak bercakap.” Firasz Akimi ketawa. Dari tadi lagi gadis itu membisu. Dia tahu Dania Aleya masih terasa janggal dengannya.
“Dah Akimi yang diam je. Nak cakap apa lak?” soalnya geram. Firasz Akimi mendekatinya.
“Janganlah cepat membesar. Kan dah malu-malu. Mana Dania yang manja dan kecoh dulu. Dua tahun je Akimi tinggal dah jadi macam orang lain. Pulangkan Dania yang montel tu pada Akimi sekarang.”
Dia menghulurkan tangannya seolah-olah meminta. Dania Aleya ketawa kecil. Dia menampar bahu Firasz Akimi. Lelaki itu turut ketawa.
“Senget.” Katanya.
“Penat sangat ke?” soalnya. Dania Aleya mengangguk.
“Nak Akimi dukung?”
Dia mengacah-acah gadis itu. Berpura-pura untuk mengangkatnya.
“Akimi.” Marahnya.
“Baru jalan sikit dah penat. Akimi berjam-jam dalam flight tak penat pun.”
“Eleh tadi cakap penat.”
“Tadi sebelum jumpa si montel ni.” ha ha ha. Dia ketawa besar melihat wajah Dania Aleya yang berubah masam.
“Mana ada montel dah. Sekarang dah slim tau.”
“Yer ke? Makin montel adalah.”
Bahagianya dia mengutuk. Dania Aleya merentap tangan lelaki itu. Mulutnya di muncungkan.
“Akimi gurau je. Janganlah marah. Akimi belanja aiskrim, nak?” dia memujuk gadis itu. Dania Aleya tidak ambil pusing.
“Please, my Barbie doll. Nak Akimi kiss ke?”
“Akimi.” Dania Aleya menolak wajah Firasz Akimi yang menunduk. Takut jika lelaki itu betul-betul buat apa yang diberitahu.
“Kalau macam tu, jom.” Dia menarik tangan Dania Aleya.
Dania Aleya hanya mengeluh. Perangai memang tak pernah berubah. Tetap nak menang. Dia hanya menurut ke mana lelaki itu membawanya.
Mereka duduk di bangku tersebut. Setelah pusing-pusing di mall tadi akhirnya mereka tercongok di taman kawasan perumahan mereka juga.
“Kalau tahu nak ke sini buat apa bazir masa tadi. Buat penat je.” Bebel Dania Aleya.
“Penat ke? Tapi Akimi suka. Tak kisahlah apa Dania nak cakap. Nah, Akimi belanja.” Firasz Akimi menghulurkan aiskrim kegemarannya. Dia buat tidak peduli. Firasz Akimi menarik balik. Dia hanya memerhatikan lelaki itu membuang kulitnya.
“Tak nak sudah.” Dia menyuap ke dalam mulutnya. Dania Aleya menelan liur. Nampak sedap. Firasz Akimi suap lagi. Penuh dengan gaya. Boleh ganti Akim jadi model aiskrim walls ni. Nama pun dah nak sama.
“Nak.”
Dia bersuara perlahan.
“Akimi.” Panggilnya apabila lelaki itu buat tidak peduli. Firasz Akimi menghadapnya.
“What?” soalnya buat-buat tidak tahu.
“Nak.” Katanya manja. Firasz Akimi tersenyum.
“Tadi jual mahal sangat.”
Dania Aleya menarik muka.
“Manja betul budak ni. nah.” Dia menghulurkan aiskrim yang di makannya tadi.
“Tak nak yang ni. Nak yang dalam plastik tu.” ujarnya.
“Makan yang ni dulu. Nanti tak habis membazir.”
Dia menyuap ke dalam mulut gadis itu. Dania Aleya hanya menurut. Firasz Akimi menyuapkannya hingga habis aiskrim tersebut. Firasz Akimi tersengih. Dia sengaja mengenakan gadis itu. Tidak menyangka Dania Aleya akan menurut.
“Nak lagi tak?” soal Firasz Akimi. Dania Aleya mengangguk.
“Dania nak makan sendiri.” katanya.
“Dania pula yang kena suap Akimi.” Dia mengenyitkan matanya. Dania Aleya menjelirkan lidahnya.
“Akimi tarik lidah tu baru tahu.”
“Bak sinilah Dania suap.”
Firasz Akimi menghulurkannya. Dania Aleya membuang pembalutnya dan menyuapkan kepada lelaki itu.
“Dania makan pula.” Kata lelaki itu.
Mereka bergilir-gilir menghabiskan aiskrim tersebut. Langit sudah bertukar jingga. Dania Aleya melihat jam di tangannya. Sudah menjengah ke angka tujuh. Dia berpaling ke arah Firasz Akimi yang diam sejak tadi.
“Laa, tidur rupanya.”
Dia menarik kepala lelaki itu dan diletakkan di bahunya. Biarlah Firasz Akimi berehat untuk seketika. Entah mengapa damai yang dirasakan. Dia tenang berada bersama lelaki itu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakamkan detik itu. Dia mengambil gambar mereka berdua dan juga wajah lelaki itu ketika tidur. Comel sekali. Tampak sungguh tenang dan damai.

3 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers