HOT!!!

Sunday, March 11, 2012

Cinta Tak Bersyarat 30

Qyrina menggeliatkan badannya. Dia membuka matanya apabila terasa cuaca yang sedikit silau. Dia terperanjat melihat Riezq yang tersengih di hadapannya. Dia menarik selimut menutupi keseluruh badannya. Riezq ketawa kecil melihat reaksi gadis itu.
“Selamat pagi.” Ujarnya.
“Dah pukul berapa ni?” soal Qyrina.
“Lapan lima belas pagi.” Kata lelaki itu selamba. Qyrina mencelikkan matanya. Dia menolak selimutnya dan melangkah turun dari katil.
“Kenapa tak kejutkan saya? Dah lewat ni. Kenapa tak kejutkan saya awal pagi?” Soal Qyrina lagi. Dia mencapai tualanya.
“Buat apa? Lagipun awak tak boleh solatkan.” Dia memandang Qyrina yang memerah wajahnya. Macam-mana mamat ni boleh tahu pulak? Soal hatinya.
“Saya tahulah. Lagipun bukan sehari dua kita tinggal bersama. Saya dah boleh agak. Lagipun semalam pun awak tak solatkan so I teka la. Am I right, Qyrina?” Riezq sengih. Qyrina diam. Tanpa menghiraukan lelaki itu dia menghilang ke bilik air. Riezq menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum. Entah kenapa dia merasa amat bahagia sekali. Teringat cerita semalam antaranya dengan Qyrina. Itu adalah kenangan terindah mereka.
“Riezq, adakah awak akan jadi lelaki yang akan selalu menjaga hati saya kalau saya pertaruhkan hati ini untuk awak?” Ujar Qyrina perlahan. Riezq mengangguk. Dia menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya.
“Berikanlah cinta awak, Qyrina. Percayalah, saya akan menjaga awak hinggalah akhir waktu saya.” Kata-kata lelaki itu mengundang tangisnya. Tanpa dipinta air matanya gugur di bahu lelaki itu.
***************************************************************
Helmi tidak dapat memberikan perhatian terhadap tugas-tugasnya. Dia mengurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.
“Who’s she?” Soalnya sendiri. Dia teringat mimpi semalam dan hari-hari yang lepas. Siapa gadis yang berpakaian sekolah dan berambut paras bahu yang hadir dalam mimpinya itu?
“Ya Allah, kenapa aku tak boleh cam wajah itu?” Soalnya lagi. Dia cuba memeras otaknya untuk mengingatinya tetapi tetap tidak dapat. Intercom yang berbunyi mematikan lamunannya. Dia menekan butang satu.
“Encik Helmi, Puan Aliya nak jumpa.” Terdengar suara pembantu peribadinya. Dia mengeluh.
“Okey. Let her in.” Ujarnya dan mematikan talian. Beberapa minit kemudian terjengul wajah isterinya di muka pintu. Aliya tersenyum kepada suaminya. Dia menutup pintu dan melangkah mendekati Helmi.
“Kenapa Liya datang?” soalnya apabila Aliya duduk di hadapannya. Aliya mengerutkan keningnya.
“Tadikan Liya dah cakap nak datang sini kat abang. Abangkan dah janji nak teman Liya pergi cari hadiah untuk majlis pertunangan sepupu Liya.” Dia menyandarkan badannya ke kerusi empuknya. Bagaimana dia boleh terlupa soal itu? Dia mengeluh.
“Erm, Liya tunggu kejap ya. Abang nak siapkan kerja ni sikit.” Ujarnya. Aliya mengangguk. Helmi tunduk meneliti fail tersebut. Sesekali matanya teralih ke arah skrin computer. Dia mencatatkan beberapa maklumat penting. Aliya beralih ke arah sudut bacaan. Dia duduk di situ. Dia tidak mahu menganggu suaminya. Sesekali dia berpaling kepada Helmi. Suaminya kelihatan seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya. Entah kenapa dia mula berasa curiga dengan sikap suaminya?
Helmi menutup failnya. Dia berdiri dan membetulkan badannya. Aliya pura-pura ralit membaca majalah.
“Liya, jomlah.” Ajaknya. Aliya menutup majalah tersebut. Mereka melangkah meninggalkan pejabat. Dalam perjalanan masing-masing tidak bersuara. Aliya menjadi rimas dengan kebosanan suaminya itu.
“Kenapa tak pasang radio?” Soal Aliya. Helmi tidak menghiraukan kata-kata isterinya. Dia meneruskan pemanduannya.
“Abang.” Panggilnya sedikit kuat. Helmi tersentak. Dia berpaling kepada Aliya. Tetapi sekejap cuma. Dia kembali menghadap ke hadapan.
“Kenapa?” Soal Helmi.
“Kenapa dengan abang ni? Abang ada masalah ke?” Aliya sedikit tidak berpuas hati. Dia geram dengan sikap Helmi yang tidak memberikan perhatian terhadapnya.
“Nothing. I’m fine.” Dia memandang Aliya. Wajahnya kelihatan agak marah. Aliya diam. Dia malas mahu bertikam lidah dengan suaminya.
“I’m sorry.” Pintanya perlahan. Dia tahu dia kurang memberikan perhatian kepada isterinya. Dia tidak dapat memandang wajah Aliya sebenarnya. Hatinya akan berasa bersalah. Kini, bukan perihal Aliya yang sering bermain dalam fikirannya tetapi adalah gadis lain. Gadis yang tidak dikenalinya. Semua ini hanya membuatkannya tidak tenang.
**********************************************************
Riezq menarik tangan Qyrina supaya berjalan beriringan dengannya. Qyrina mengeluh. Tanpa sedar Riezq mendengar keluhan yang keluar dari bibirnya itu. Langkah lelaki itu terhenti. Dia menghadap Qyrina.
“Kenapa?” Soal Riezq. Qyrina mengerutkan keningnya.
“You sigh.”
“Nothing.” Qyrina cuba tersenyum. Dia pun tidak tahu mengapa dia mengeluh tadi. Cuma dia sedikit agak tidak selesa apabila lelaki itu selalu sangat memegang tangannya walaupun berada di dalam rumah.
“Kita just nak turun makan je. Kenapa awak nak pegang tangan saya pula?” Soal Qyrina. Riezq sengih. Dia melepaskan tangan gadis itu. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Tak boleh ke?” Soalnya. Qyrina tidak menghiraukan kata-katanya dan melangkah meninggalkannya. Riezq mengekorinya. Qyrina menghilang ke dapur dan kembali dengan semangkuk nasi di tangannya. Puan Sri Tengku Zawiyah mengekori Qyrina. Gadis itu menghidangkan nasi ke dalam pinggan.
“Sayang, bagi jelah Mak Leha yang buat kerja tu.” Ujar Riezq. Qyrina menjeling. Kadang-kadang sifat gatal lelaki itu membuatkannya geram. Riezq selalu sangat memanggilnya dengan panggilan manja jika berhadapan dengan orang lain. Setelah siap dia duduk di sebelah suaminya. Mereka makan tanpa bersuara sedikit pun. Ekor matanya memerhatikan Riezq yang begitu berselera.
“Nanti Rina belajarlah masak asam pedas ni dengan mama ya.” Ujar Riezq. Tanpa sedar Qyrina menjuihkan bibirnya. Riezq tersengih melihat reaksi gadis itu.
“Riezq memang suka makan asam pedas ni. Nanti ada masa mama ajar Rina.” Ujar Puan Sri Tengku Zawiyah. Qyrina mengangguk. Macam-macamlah mamat ni. lepas ni kena belajar masak pula.
“Riezq izin tak Rina pergi berkursus tiga hari kat Penang nanti?” Tan Sri Tengku Omar pula bersuara. Riezq diam dia memandang Qyrina. Inilah yang paling dia lemah.
“Kenapa Rina sorang je papa? Kenapa tak hantar Riezq sekali?” Soalnya tidak berpuas hati. Dia tidak mahu berjauhan daripada gadis itu. Nanti dia akan sakit rindu pula.
“Kalau boleh memanglah papa nak Riezq ikut sekali tapi kita ada urusan yang penting kat Jepun. Riezq kena pergi Jepun seminggu. Kan papa dah cakap.” Tan Sri Tengku Omar membasuh tangannya. Dia mencapai minumannya dan meneguknya.
“Abang Iqbalkan ada. Lama seminggu tu papa.” Rungutnya. Mamanya tersenyum melihat Riezq.
“Abang kamu pun ada tugas yang dia kena uruskan.”
“Bukan lama pun. Seminggu je.” Sampuk Qyrina. Riezq berpaling ke arahnya. Lelaki itu menunjukkan muka marah. Geli hatinya.
“Rina okey je tu. Seminggu je Riezq. Nanti kalau Riezq nak berkepit 24 jam pun tak apa. Asalkan tak menganggu kerja kat office.” Kata papanya. Riezq diam. Mahu atau tidak dia harus mengizinkannya. Ahh, ini keputusan yang sukar bagi dirinya. Dia akan merindui gadis itu nanti. Seminggu baginya amat lama.
**************
Qyrina meghempaskan tubuhnya ke atas katil. Penat badannya berada di atas kapal terbang tadi. Walaupun jarak perjalanan tidak memakan masa yang lama namun baginya yang sudah lama tidak menaiki kapal terbang berasa sedikit janggal pula. Dia mencapai bagasinya dan mengeluarkan pakaiannya. Tangannya tersentuh sekeping gambar. Dia menatap gambar tersebut. Itu adalah gambar Riezq. Lelaki itu yang beria-ia memasukkan gambarnya. Katanya boleh mengurangkan rindu. Dia tersenyum. Adakah rasa rindu nanti untuk lelaki itu?
Telefon bimbitnya berdering. Dengan malas dia mencapai telefonnya. Dia mengeluh apabila membaca nama yang tertera.
“Awak okey tak?” Soal lelaki itu.
“Awak baru je call saya tadi. I’m okey Encik Riezq. Don’t worry okey.” Ujarnya geram. Kedengaran lelaki itu ketawa. Dia menggigit bibir geram.
“Saja nak kacau awak. Malam ni saya bertolak tau.” Lagi sekali dia memaklumkan perkara tersebut.
“Dah banyak kali awak beritahu saya.” Qyrina menggantung baju-bajunya ke dalam almari. Dia melangkah ke beranda. Cantik juga pemandangan waktu ini.
“Lamanya seminggu.”
“Kenapa saya rasa sekejap je.” Dia ingin ketawa tetapi ditahannya.
“For you but not for me.” Riezq mengeluh.
“Okeylah Riezq saya nak mandi ni. Jangan lupa belikan buah tangan untuk saya ya. Okey, Assalamulaikum.” Dia mematikan telefonnya tanpa sempat lelaki itu membalas. Dia tahu pasti panjang berjela lelaki itu bercakap nanti jika dilayan.
************************************************************
Qyrina tersenyum lega selepas majlis  itu berakhir. Dia benar-benar rasa mengantuk apabila mendengar ceramah tadi. Dia sebenarnya tidak menyukai acara wajib ini. Sepanjang sesi tadi berjalan dia tidak memberikan tumpuan pun. Entah apa yang lelaki itu membebel tadi dia tidak ambil pusing. Dia mengatur langkah laju meninggalkan dewan tersebut. Lagipun dia sebenarnya ingin pusing-pusing sekitar bandar ini.
Tiba-tiba matanya menangkap satu figura yang amat dikenalinya. Lelaki itu tidak terlalu jauh dari tempat  dia berdiri. Langkahnya di atur perlahan. Dia harus melarikan diri dari situ. Dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Semuanya akan hanya membuatkan hatinya tidak tenang. Baru sahaja dia ingin menukar langkah lelaki itu berpaling ke arahnya. Dia menelan liur. Kakinya seakan-akan terlekat ke tanah apabila lelaki itu melangkah menghampirinya.
“Awak buat apa kat sini Rina?” Soal Helmi. Dia diam. Mulutnya seakan-akan terkunci untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.
“Qyrina, are you okey?” Soalnya lagi.
“Erm, ya.” Ujarnya sedikit gagap. Peluh di badannya mula mengalir. Kenapa dia mesti berasa lemah jika berhadapan dengan lelaki yang mirip wajah Haris ini? Bukankah dia telah berjanji dia tidak akan berpaling mengingati masa lalu lagi. Walau siapa pun lelaki yang berada di hadapannya ini dia sudah nekad untuk melupakan lelaki itu.
“Awak nampak pucat.” Helmi memandang wajah Qyrina. Gadis itu menggeleng.
“Saya tak apa-apa. Cuma rasa panas je.” Selindungnya.
“Tak sangka dapat jumpa awak kat sini. Awak buat apa kat sini?” Soal Helmi.
“Ada kerja.”
“Kursus tentang Marketing Management ke?”
Qyrina mengangguk lambat-lambat. Helmi tersenyum. Ya Allah, senyumannya juga mirip Haris.
“Wah, satu kebetulan. Saya yang uruskan tentang kursus ni. Riezq mana?”
“Dia ada kerja di Jepun.”
Qyrina cuba berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu terus menatap wajah lelaki ini. Matanya tidak langsung menumpukan ke muka Helmi. Helmi mengangguk-angguk. Dia memandang jam tangannya. Hampir menginjak ke tengahari.
“It’s lunch time. Come join me.” Ajak Helmi. Qyrina diam. Dia berusaha memikirkan jalan untuk menolak ajakan lelaki itu tanpa sebarang syak.
“Saya pun berseorangan je. Lagipun it’s my duty to protect Riezq’s wife.” Gurau Helmi. Qyrina berpura-pura senyum. Nampaknya dia tidak punya alasan untuk menjauh dari lelaki ini. Mengapa mereka harus diketemukan di sini saat hatinya sudah nekad untuk melupakan Haris? Ya Allah kuatkanlah hati ini. Pintanya.

8 comments:

  1. best2.lama tunggu cete ni.hopefully writter cepat2 sambung lagi ye.

    ReplyDelete
  2. saya keliru nie cik writter.ni n3 CTB bab 30 ke 28 sebenarnye?

    ReplyDelete
  3. lamanya nak muncul. bila nak keluar buku?dah siap manuskirp x? hehe. rindu tau.

    ReplyDelete
  4. oooopsss.sory sy pon dah keliru ngn epsd lam p2u n blog ni.hehheh manuskrip sy da di time. bru je dpt news dr phak KN.x tau ble akn diterbitkn.plz support CTB nanti ye.luv u all

    ReplyDelete
  5. best cite ni..... kalau saya jadi rina, saya pilih riezq... hariz masa lalu dan riezq masa kini... lagipun aliyah dah mengandung.. tak baik ganggu rumahtangga org... kenalah terima takdir..... jodoh rina dgn riezq.....
    congratz cik writer.... moga karya anda akan cepat diterbitkan...

    ReplyDelete
  6. cerite ni ad sambungan x?ke dah keluar kt pasaran,.baru jumpe..best cerite ni,.

    ReplyDelete
  7. best sgt2... x sabar nak tgu novelnya kluar... ;)

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers