HOT!!!

Sunday, February 19, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...3

Sudah dua minggu lelaki itu berada di Malaysia. Dan selama dua minggu ini banyak aktiviti yang mereka berdua lakukan bersama. Terasa hari-harinya begitu indah dengan kehadiran lelaki itu. Firasz Akimi juga selalu luangkan masa untuk menolongnya dalam pelajaran.
“Dania.” Dia berpaling apabila namanya dilaung. Dia kenal suara itu. wajah Firasz Akimi yang tersengih di balkoni biliknya dipandang.
“Buat apa?” laungnya lagi.
“Tak ada buat apa-apa. Kenapa?” balasnya.
“Kejap.” Lelaki itu berlari masuk dan menghilang. Dania Aleya tersenyum. Bagus juga hidup berjiran begini. Nak tanya apa-apa memekik sahajalah. Dia kembali membaca majalah.
“Busy ke?”
Dia mendongak apabila terdengar suara lelaki yang begitu hampir. Firasz Akimi termengah-mengah. Dia duduk di buaian yang sama dengan gadis itu.
“Kenapa?” soalnya kembali.
“Kimi bosan. Nak borak-borak dengan Dania. Tak study ke?” soal lelaki itu.
“Tak. Nak rehatkan otak kejap.” Ujarnya. Dia tersengih menunjukkan barisan giginya yang cantik tersusun. Kedua-dua belah lesung pipitnya jelas terlihat.
“Geramnya kat budak ni.” Sekali lagi pipi Dania Aleya menjadi mangsanya.
“Giler.” Marahnya. Firasz Akimi hanya ketawa mendengar kata-kata gadis itu.
“Tak bersopan langsung. Akimi ni lebih tua daripada Dania. Sepatutnya Dania hormatkan Akimi tau. Cuba panggil abang. Ha ha ha.” Dia ketawa selepas berkata begitu. Dia tahu Dania Aleya tidak suka memanggilnya abang selepas dia sendiri yang memberi arahan agar gadis itu tidak memanggilnya dengan panggilan tersebut. Dania Aleya menarik muka.
“Kacau betul.” Kata Dania Aleya.
“Masa ni je Dania boleh tengok muka Akimi. Minggu depan Kimi nak balik u.s dah.” Kata-kata Firasz Akimi menyentaknya. Dia pandang wajah lelaki itu. lama. Firasz Akimi mengangguk.
“Akimi kan cuti sebulan.” Katanya.
“Ada keje sikit kena buat. Terpaksalah balik awal sikit.” Ujarnya. Entah mengapa dada Dania Aleya terasa sebak. Moodnya tiba-tiba berubah. Dia menutup majalah yang dibacanya.
“Janganlah sedih. Nanti Akimi baliklah lagi. Okey si montel?” dia cuba memceriakan gadis itu. Firasz Akimi tahu Dania Aleya bersedih dengan berita yang disampaikannya ini. Dania Aleya diam lagi. Mahu sahaja dia menangis. Tetapi dia segan dengan lelaki itu.
“Janganlah macam ni. Mana Dania yang nakal tu?” ujar Firasz Akimi lagi.
“Dania tak ada kawan kalau Akimi dah pergi nanti.” Katanya perlahan. Dia gembira dapat menghabiskan masa dengan lelaki itu. pergi ke mana sahaja ditemani Firasz Akimi. Dia berasa selamat dengan kehadiran lelaki itu disisinya.
“Janganlah macam tu. Malam ni kita keluar tengok wayang. Tengok cerita Harry Potter nak?” Dia tahu Dania Aleya amat menggilai cerita tersebut. Tiap kali siri yang baru keluar dialah Dania Aleya akan ajak untuk menemaninya.
Makin sebak pula hatinya. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya ke bahu Firasz Akimi. Firasz Akimi adalah abangnya. Betulkah begitu?
Firasz Akimi tersenyum dengan telatah manja gadis itu. Dia hanya membiarkan gadis itu berbuat sedemikian. Biarlah gadis itu mencuri waktu untuk bersamanya. Lagipun dia juga senang dapat bersama Dania Aleya. Dia teramat sayangkan jirannya ini. Teman sepermainannya sejak dari kecil lagi.
**************************************************
“KENAPA ni?” Atikah duduk di hadapannya. Dia menutup buku geografi.
“Apa?” soalnya kembali. Atikah meletakkan kuih-muih yang dibawanya dari rumah di hadapan Dania Aleya.
“Kenapa kau tak rehat?” soal Atikah.
“Aku tak lapar.” Ujarnya. Memang dia tidak berasa lapar. Sebetulnya dia tidak ada selera untuk makan. Dua hari lagi Firasz Akimi akan berlepas ke Amerika Ayarikat. Dia hanya menghabiskan waktu rehat dengan mengulagkaji di taman yang dikhaskan untuk pelajar ini.
“Makanlah kuih yang aku bawa ni. Umi aku yang buat.” Pelawa Atikah. Dania Aleya ambil juga untuk tidak menghampakan Atikah.
“Kau tak sihat ke?” soal Atikah lagi. Dia hanya menggelengkan kepalanya.
“Habis tu? Muka kau monyok je dua tiga hari ni. Pelik aku tengok. Kau datang bulan?” gurau Atikah. Dania Aleya menampar lengan sahabatnya.
“Habis tu?” Atikah masih tidak berpuas hati.
“Akimi.”
“Kenapa dengan mamat tu?” soal Atikah cepat. Dania Aleya mengeluh. Apabila teringatkan lelaki itu akan meninggalkannya dia jadi sedih.
“Dia dah nak balik U.S.” tambahnya.
“Patutlah. Sebab tu rupanya.”
“Mesti aku bosan dia tak ada.” Katanya. Atikah tersenyum. Dia mencapai kuihnya dan menyuapnya ke dalam mulut.
“Nanti dia baliklah lagi.” Ujar Atikah dengan sisia makanan yang masih berada di dalam mulutnya. Dania Aleya tergelak kecil dengan telatah Atikah itu.
“Kan comel senyum macam tu.” Gurau Atikah.
“Boleh tak kau makan dulu. Buruk tau.” Katanya bersama sisa tawanya. Atikah turut ketawa.
“Berapa tahun lagi Akimi kena stay kat U.S tu?” soal Atikah setelah menghabiskan sisa makanan di dalam mulutnya.
“Aku tak pasti. Maybe dua tahun lagi.”
“Masa tu kau dah tujuh belas tahun. Bolehlah kau kapel dengan dia.” Gurau Atikah.
“Gilalah kau ni. Dia tu lebih tua dari aku tau. Macam abang je.” Sangkalnya.
“Yer ke macam abang? Dulu kau tak nak mengaku pun mamat tu abang kau. Kalau dia ada makwe mesti kau cemburukan.”
Dania Aleya terdiam seketika. Dia tidak pernah terfikirkan perkara tersebut. Lagipun Firasz Akimi tidak pernah bercerita tentang hal perempuan dengannya. Tiba-tiba dia jadi takut. Takut jika lelaki itu punya teman wanita. Apa akan jadi dengannya? Masih mahukah lelaki itu melayan sifatnya yang kebudak-budakan itu?
“Dania, kau sanggup ke tengok Akimi dengan perempuan lain?” Tanya Atikah lagi. Dia sebenarnya pelik dengan hubungan gadis itu dengan jirannya itu. dania Aleya terlalu bergantung dengan lelaki itu. Mungkin kerana dia tidak punya adik-beradik lain maka Firasz Akimi sudah dianggap seperti abang.
“Dia takkan ada teman wanita. Diakan belajar lagi.” Katanya sekadar untuk menenteramkan hatinya.
“Mana kau tahu?” soal Atikah lagi. Dia diam. Betul kata Atikah itu. firasz Akimi juga seperti lelaki lain. Berkeinginan untuk mempunyai teman wanita. Lagipun lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan sempurna dari pelbagai segi. Dia anak orang berada. Mana-mana perempuan pastilah akan terpikat dengan pakejnya yang lengkap itu.
“Dania.” Panggil Atikah.
“Dah habis waktu rehat ni. Jomlah masuk kelas.” Dia mencapai bukunya dan mengatur langkah meninggalkan Atikah yang masih tertanya-tanya. Dia tidak dapat memikirkan semua itu. Firasz Akimi tidak boleh dimiliki oleh perempuan lain. Lelaki itu hanyalah miliknya.
*********************************************
Dania Aleya hanya berkurung di dalam biliknya sejak tadi lagi. Berkali-kali telefonnya berdering tetapi dia tidak melayannya. Dia tidak mahu menjawab panggilan daripada Firasz Akimi. Hari ini lelaki itu akan bertolak ke USA. Dia tidak mahu Firasz Akimi mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Dia juga tidak sanggup untuk berdepan dengan lelaki itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal. Sedih rasa hatinya untuk membiarkan lelaki itu pergi walaupun dia tahu lelaki itu akan kembali lagi.
Pintu biliknya diketuk. Dia pura-pura memejamkan matanya. Dia merasa seseorang duduk di birai katilnya. Dia masih diam tidak berkutik.
“Dania.” Itu suara ibunya. Dia tidak menyahut.
“Mama tahu Dania tak tidur. Bangunlah. Akimi ada kat bawah tu.” Selepas mendengar kata-kata Datin Amina matanya terbuka luas. dia membetulkan duduknya.
“Akimi nak jumpa Dania.” Ujar Datin Amina.
“Dania tak nak. Mama suruhlah dia balik.” Dia memeluk tubuhnya. Walaupun dia amat teringin untuk menemui Firasz Akimi tetapi dia takut untuk melihat lelaki itu pergi.
“Tak baik buat macam tu. Pergilah jumpa dia sebelum dia bertolak.” Pujuk mamanya. Dia sedih.
“Anak mamakan baik.” Kata mamanya lagi. Dia mengeluh. Perlahan-lahan dia turun dari katil.
“Jangan bertekak pulak.” Pesan mamanya bersama senyuman. Dia mengangguk. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke bawah. Ternampak Firasz Akimi yang sedang duduk di atas sofa. Dia melangkah menghampiri lelaki itu. Dania Aleya berdehem untuk menyedarkan Firasz Akimi akan kedatangannya.
“Kenapa tak angkat Akimi telefon?” soalan pertama yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkannya terkedu.
“Tak dengar.” Alasan yang paling bodoh diberikan. Firasz Akimi tersengih. Dania Aleya mengeluh dalam hati. Tiada lagi senyuman lelaki ini untuknya.
“Macamlah Akimi tak tahu. Sedih ya Akimi nak pergi.” Serkap lelaki itu. Tepat sekali tekaannya itu. Dania Aleya menggelengkan kepalanya.
“Pukul berapa flight?” Soalnya cuba lari dari topik itu.
“Pukul lima.” Ujar lelaki itu.
Tiba-tiba dia menarik tangan Dania Aleya. gadis itu terkesima.
“Nak pergi mana?” soalnya.
“Ikut Kimi kejap.” Dia menarik tangan gadis itu sehingga ke muka pintu. Firasz Akimi memberhentikan langkahnya. Dia mengambil seseuatu yang diletakkan di balik pintu.
“Tadaa.” Sebiji patung beruang yang sebesar dirinya berada dalam tangan lelaki itu. terkebil-kebil matanya memandang patung beruang yang besar itu.
“Ini untuk Dania. Kalau Dania rindukan Kimi, Dania bercakaplah dengan patung ni. Kalau Dania teramat rindukan Akimi, Dania peluklah patung ni. Macam peluk Akimilah tu.” Guraunya. Dania Aleya ketawa kecil. Dia menyambut pemberian lelaki itu. Dipeluknya patung tersebut.
“Buat apa peluk patung tu. Peluklah Akimi ni. Ha ha ha.” Bahagianya mamat ni ketawa. Dania Aleya menarik muka. Dia melepaskan pelukannya.
“D, A.” Katany perlahan. Huruf itu lagi. Dua huruf itu tertera di dada patung tersebut. Diukir dengan penuh kemas dan cantik. Dia tenung Firasz Akimi. Lelaki itu tersengih.
“Dania Aleya?” soal gadis itu.
“Adalah.” Dia tidak sempat mengelak apabila Firasz Akimi mencubit pipinya. Selalu menjadikan pipinya sebagai mangsa.
“Sakit tau.” Ujarnya geram. Firasz Akimi ketawa melihat aksi gadis itu yang kelihatan comel. Dia menilik jam di tangannya.
“Erm, Akimi kena pergi dah ni. Takut jalan sesak nanti.” Ujarnya. Senyuman di bibir Dania Aleya mati.
“Janganlah sedih. DA kan ada. Peluklah dia.” Firasz Akimi cuba bergurau.
“Dania nak hantar Akimi ke lapangan terbang.” Katanya.
“Tak payahlah. Akimi tak nak tengok Dania menangis kat sana nanti. Buat malu je nanti.” Ha ha  ha. Suka benar mengenakannya. Sekarang pun dadanya sudah sebak. Tanpa dipinta air matanya gugur juga. Firasz Akimi terdiam melihat gadis itu menangis. Dia tidak mahu melihat air mata gadis itu. dia membongkokkan sedikit badannya.
“Jangan macam ni. Akimi janji akan selalu emel Dania. Jangan nangis macam budak-budak. Dania dah besar. Dah datang bulankan.” Dia ketawa. Dania Aleya menampar bahunya. Wajahnya merah menahan malu.
“Kan comel sayang Akimi ni senyum.” Ujarnya apabila gadis itu menguntum senyum walaupun hambar.
“Akimi kena pergi ni. Jaga diri. Jangan nakal-nakal tau. Belajar elok-elok nanti dapat belajar kat tempat Akimi. Tunggu Akimi balik. Dua tahun je.” Katanya sebelum menghadiahkan ciuman di dahi gadis itu. Dania Aleya terpinga-pinga dengan kelakuan lelaki itu. matanya terkebil-kebil seolah-olah semuanya hanya mimpi. Semakin berani Firasz Akimi.
Matanya menghantar pemergian lelaki itu. air matanya jatuh lagi. Dia sedih. Benar-benar rasa kehilangan. Pada siapa dia harus mengadu jika mempunyai masalah? Pada siapa dia akan bersandar jika dalam kesedihan?
Wait. Mengapa Firasz Akimi mengatakan dua tahun? Adakah lelaki itu tidak akan pulang ke Malaysia dalam tempoh masa itu? cepat-cepat dia menyarungkan seliparnya. Dan berlari untuk ke rumah lelaki itu. Dia melihat kereta BMW hitam yang menderum laju meninggalkan perkarangan rumah lelaki itu.
“Akimi.” Laungnya. Tetapi kereta itu makin laju meninggalkannya. Dia terduduk. Air matanya mengalir laju. Dia memeluk erat patung pemberian lelaki itu. Baru sahaja lelaki itu meninggalkannya dan dia sudah mula merinduinya.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers