HOT!!!

Wednesday, February 8, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...2

Jam di dinding ditenung beberapa kali. Dia mula berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu dengan Firasz Akimi. Lagi beberapa minit waktu persekolahan akan tamat. Terasa amat perlahan waktu bergerak. Buku-bukunya telah lama dikemas dan disimpan di dalam begnya. Mujarlah waktu ini Puan Suraya membatalkan kelasnya kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.
“Tak sabar nak balik ke?” tegur seseorang. Dia tersentak. Wajah sahabat baiknya itu dipandang. Bibirnya mengukir senyum. Dia mengangguk.
“Macam orang yang nak jumpa pakwe je kau ni, Dania.” Usik Atikah. Dia menampar lengan sahabatnya itu.
“Gilalah kau ni. Akimi tu kan abang aku. Lagipun dah lama tak jumpa. Dia cuti pun bukan lama sangat. Masa ni lah aku nak bermanja dengan dia. Kau kan tahu aku tak ada abang.” Terangnya. Lagipun memang dia menganggap lelaki itu sebagai pelindungnya.
“He’s not your brother, Dania. Kau dengan dia tak ada ikatan pun. Jangan nanti kau yang tersyok kat mamat tu sudah.” Beritahu Atikah. Sengaja menyakat Dania Aleya.
“Tak naklah aku. Dia dah tua. Lima tahun beza kami tau. Takkanlah aku nak kat dia lak. Eei, meremang bulu roma aku ni.” Sangkalnya. Tidak dapat di bayangkan jika dia dan Firasz Akimi bercinta. Dia sudah terlalu lama mengenali lelaki itu. seram sejuk tubuhnya memikirkan perkara itu. Geli. Firasz Akimi seorang lelaki yang suka main-main dan tidak pernah ambil serius tentang semua perkara.
“Tapi kenapa kau tak panggil dia abang? Diakan lebih tua dari kau. Macam tak elok je kau panggil nama je.” Atikah memang sudah lama ingin menanyakan hal itu. sejak dulu lagi Dania Aleya selalu membahasakan lelaki itu dengan nama sahaja walhal perbezaan umur mereka agak jauh.
Dania Aleya diam. Dia mengangkat bahunya. Entahlah, dia sendiri tidak tahu. Tetapi apa yang dia ingat dulu sewaktu dia berusia dua belas tahun mamanya pernah menyuruhnya memanggil Firasz Akimi dengan panggilan tersebut. Namun, Firasz Akimi seringkali marah apabila dia memanggil lelaki itu begitu. Katanya dia bukan abang Dania Aleya. Sejak dari itu dia tidak pernah ingin memanggil Firasz Akimi dengan panggilan abang. Lebih baik dia panggil nama sahaja kerana dia juga telah terbiasa dengan panggilan tersebut.
“Bila loceng nak berbunyi ni?” soal Dania Aleya. Dia melirik jam di tangannya. Sepatutnya loceng sudah berbunyi ketika ini.
“May be tak kot sebab semua cikgu kan ada mesyuarat. Kita dah boleh balik kot. Jomlah.” Atikah mencapai beg sandangnya. Begitu juga dengan Dania Aleya. Mereka melangkah keluar daripada kelas. Sudah agak ramai pelajar yang berbaris di luar kelas. Beginilah peraturan di sekolahnya. Balik pun mesti beratur. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar-pelajar berebut untuk beredar. Tanpa sedar dia mengeluh.
“Kenapa?” soal Atikah yang terdengar keluhannya.
“Mamat tu.” Matanya dihalakan ke arah lelaki yang sedang memandangnya. Atikah tersenyum.
“Dia syok kat kau kot.” Teka Atikah.
“Nonsense. Akukan baru 15 tahun. Dia 2 tahun lebih tua dari kita tau. Tak naklah aku. Aku nak lelaki yang sebaya aku je.” Dia ketawa kecil.
“Bukan Akimi tu lagi tua dari kau ek.” Atikah mengenakannya. Dania Aleya menampar bahu sahabatnya itu.
“Aku yakin mamat tu suka kau. Dah lama juga dia usha kau, Dania. Kau je yang wat tak tahu.” Atikah kembali berbicara tentang lelaki tadi. Mereka mula bergerak perlahan. Dania Aleya menjegilkan matanya. Tidak mahu pelajar lain mendengar kata-kata Atikah itu. bukan dia tidak tahu kisah percintaan pelajar tesebut dengan senior mereka. Lagipun lelaki itu adalah pemain bola sepak yang terkenal di sekolahnya. Dia tidak mahu bermusuh dengan sape-sape nanti.
“Dia masih ada kat belakang kitalah, Dania.” Kata Atikah apabila mereka telah keluar daripada kawasan sekolah.
“Buat tak tahu ajelah. Dia tunggu makwe dialah tu.” Dia menyiku lengan Atikah. Atikah tersengih-sengih. Dania Aleya meneliti jam di tangannya. Lambat pula Pak Bahar datang menjemputnya hari ini. Biasanya pemandu papanya itu akan tiba sebelum sekolah tamat lagi.
“Dania, ayah aku dah sampai. Aku balik dulu ya. Kau balik dengan akulah.” Ajak Atikah. Dania Aleya menggeleng.
“Kejap lagi Pak Bahar sampailah tu. Kau baliklah.” Ujarnya. Atikah mengangguk dan beredar menuju ke arah kereta Honda silver yang berhenti berhampiran mereka. Dania Aleya mengeluh. Dia perasan lelaki tadi berdiri berdekatan dengannya. Dia pura-pura melihat jam tangannya. Dalam hati dia berdoa agar Pak Bahar akan cepat tiba.
“Driver tak datang lagi ke?” Dania Aleya berpaling ke sebelah apabila lelaki itu bersuara. Dia hanya menggelengkan kepalanya.
“Saya boleh hantarkan.” Pelawa lelaki itu lagi.
“Eh takpelah. Saya boleh tunggu.” Tolaknya. Masakan dia ingin menerima pelawaan lelaki yang tidak pernah dia bertegur sapa. Ini adalah kali pertama lelaki itu menegurnya.
“Saya...”
Kata-kata lelaki itu terhenti saat sebuah kereta peogeot berwarna hitam berkilat berhenti di hadapan mereka. Dania Aleya seperti mengenali kereta tersebut.
“Dania, jom balik.” Ujar suara itu apabila cermin kereta diturunkan. Wajah Firasz Akimi yang sedikit tegang dipandangnya. Dia jadi kaku.
“Tak nak balik ke?” perli Firasz Akimi. Dia sedikit tersentak. Pantas dia mengangguk.
“Erm, saya pergi dulu.” Ujarnya tanpa berpaling ke arah seniornya.
“Jumpa lagi, Dania.” Ucap lelaki itu sebelum dia masuk ke dalam kereta. Dania Aleya terkedu. Macam-mana lelaki itu boleh mengetahui namanya? Tanpa berpaling lagi dia terus masuk ke dalam kereta.
“Pakwe ke?” soal Firasz Akimi apabila keretanya menderum meninggalkan perkarangan sekolah.
“Hah?” Dania Aleya tersentak. Dia pandang wajah Firasz Akimi yang sedang memandu.
“Dah ada pakwe rupanya budak kecik ni.” Gurau Firasz Akimi. Dania Aleya menarik muka. Dia menyilangkan tangannya ke dada.
“Bukanlah.” Sangkalnya. Firasz Akimi tersenyum.
“Nantilah Akimi cakap kat aunty yang Dania dah ada pakwe. Kecik-kecik dah menggatal.” Tuduhnya lagi. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.
“Tolong sikit. Dania bukan macam Akimi. Sibuk nak bercinta. Orang nak belajar dululah. Umur pun baru lima belas. Jangan buat fitnah.” Ujarnya separuh marah. Dia tidak berpalinh ke arah lelaki itu. sakit hati dengan kata-katanya.
Firasz Akimi ketawa. Entah mengapa hatinya merasa lega dengan jawapan gadis itu.
“Kenapa Akimi yang ambil Dania? Mana Pak Bahar?” soalnya. Malas mahu bertegang urat dengan lelaki yang sentiasa mahu menang.
“Papa Dania ada hal. So Pak Bahar kena ikut papa Dania. Kita pergi makan dululah ya. Akimi tak makan apa-apa pun lagi hari ni.” Ujar lelaki itu. dania Aleya mencebik. Tipulah tak makan lagi. Bukan boleh percaya dengan setiap kata-kata lelaki itu. Dengar boleh tetapi jangan sesekali percaya. Firasz Akimi memang kaki kencing.
“Nak tak?” soal lelaki itu.
“Macamlah Dania boleh cakap tak.” Perlinya. Memang Firasz Akimi suka memaksa. Dia sudah faham benar dengan perangai lelaki itu. dia berpaling ke arah lelaki itu. senyumannya begitu menawan. Patutlah ramai perempuan yang terjatuh cinta dengan lelaki ini. muka saja hensem tapi perangai memang tak boleh blah. Perempuan pun tak berperangai macam mamat ini.
“Hensem sangat ke?” tegur lelaki itu. dia tersentak. Cepat-cepat memalingkan muka ke hadapan.
“Perasan giler.” Tempelaknya. Firasz Akimi ketawa lagi. Bahagia sungguh mamat ini hari ini.
“Cakap jelah kalau hensem. Bukan kena bayar pon. Ha ha ha.” Makin galak dia ketawa. Dania Aleya diam. Malas melayan. Makin menjadi-jadi adalah.
Keretanya berhenti di hadapan sebuah restoran makanan segera. Dania Aleya menarik tangan lelaki itu apabila lelaki itu membuka pintu keretanya.
“Apa?” soalnya.
“Tak naklah makan kat sini. Carilah tempat yang esklusif sikit. Hari-hari makan benda ni jemu jugak.” Ujarnya.
“Alah, jomlah. Dah lama kita tak makan KFC sama-sama kan. Rindulah nak makan kat sini. Jomlah.” Ujarnya. Mahu tak mahu dia terpaksa turutkan juga keinginan lelaki itu. dia mengekori langkah kaki Firasz Akimi yang sudah ke hadapan.
“Cepatlah.” Firasz Akimi mencapai tangannya dan menariknya supaya berjalan beriringan dengannya. Dia hanya membiarkan. Bukan tidak biasa begini dengan lelaki itu. mereka terlalu mesra sampaikan kawan-kawan mama dengan papa menyangka lelaki itu adalah abangnya.
“Pergi cari tempat.” Arah lelaki itu. dia hanya menurut dan membiarkan lelaki itu memesan makanan. Dia memilih tempat yang tidak ramai orang. Tempat yang agak strategik untuk meratah ayam nanti. Sepuluh minit kemudian Firasz Akimi kembali dengan sedulang makanan. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja.
“Nak pergi mana?” soalnya apabila lelaki itu ingin kembali ke kaunter.
“Ambil makananlah.”
“Banyak ke?” soalnya tetapi lelaki itu tidak menjawab dan terus berlalu. Kali ini dia kembali dengan dulang makanan lagi. Dia meletakkan di atas meja dan duduk berhadapan dengan Dania Aleya.
“Banyaknya. Macam-mana nak habiskan?” soalnya. Dia tenung wajah Firasz Akimi.
“Makan jelah.” Ujarnya dan mencapai minuman. Dia menghirup minumannya.
“Dania tak nak makan banyak.”
“Eleh, tengok badan pun dah tahu Dania boleh habiskan. Makan jelah.” Ujar lelaki itu. Dania Aleya mengancing gigi. Memang tak ada perasaan nak kutuk orang. Dia menjeling lelaki itu. firasz Akimi sengih.
“Nah, nganga.” Firasz Akimi menyuakan seketul ayam kepadanya. Dia buat tidak tahu.
“Cepatlah orang nak suap ni. Bukak mulut tu.”
Dania Aleya merampas ayam tersebut dan menggigitnya.
“Kan boleh makan tu. Kalau tak habiskan Akimi suap jugak nanti.” Ugut lelaki itu. Dania Aleya mencebik. Dia yang mengajaknya keluar tetapi memaksa orang pula untunk menghabiskan semua ini. Memang tidak patut. Dalam marah-marah berselera juga dia menghabiskan makanan tersebut.
Firasz Akimi tersengih. Dia tahu Dania Aleya suka makan. Sebab itulah  dia memesan semua itu.
“Penatnya.” Ujar Dania Aleya apabila selesai makan. Dia menyandarkan badannya.
“Jomlah balik, Akimi. Dania mengantuk.” Katanya.
“Patutlah badan makin naik. Lepas makan jangan tidur nanti jadi gemuk. Nak ke badan macam tong dram?” soal lelaki itu separuh bergurau.
“Mana ada gemuk. Okeylah tubuh macam ni.” Katanya.
“Yelah. Dania comel.” Ujar Firasz Akimi. Dia menarik pipi gadis itu yang gebu. Dania Aleya tidak sempat mengelak. Dia mengaduh kesakitan.
“Senget tol.” Marahnya sambil menggosok-gosok pipinya.
“He he he. Sorrylah sayang.” Kata-kata Firasz Akimi membuainya seketika. Firasz Akimi menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sesuatu.
“Hadiah untuk Dania. Akimi beli kat sana tau.” Dia mengunjukkan seutas rantai yang berwarna putih berkilat. Dania Aleya mengambilnya.
“D, A? Ape tu?” soalnya. Dia menilik rantai yang mempunyai dua huruf itu.
“Rahsia.” Katanya.
“Meh sini nak pakaikan.” Dia berdiri dan mendekati Dania Aliya. Rantai yang berada di tangan Dania Aleya di ambil. Dia menyelak rambut Dania Aleya. Dipakaikan rantai tersebut ke leher gadis itu yang putih.
“D, A, stand for Dania Aleya, kan.” Kata Dania Aleya. Firasz Akimi hanya tersenyum.
“Maybe yes...maybe not. Jomlah balik. Dah lewat ni.” Dia meninggalkan Dania Aleya yang masih berteka-teki dengan dua huruf yang tergantung di rantai tersebut. D dan A. Betullah untuk Dania dan Aleya, namanya. Tanpa banyak soal dia mengekori langkah lelaki itu sehingga ke keretanya. Tidak mahu memeningkan kepala memikirkan semua itu.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers