HOT!!!

Monday, January 23, 2012

Benarkah Cinta?3

Wajah Puan Afifah ditatap lama. Kemudian barulah dia menundukkan wajahnya untuk menunjukkan tanda protes. Apabila teringatkan peristiwa yang memalukan tadi dia kembali geram. Benci dengan lelaki yang membuatkannya mendapat aib tadi.
“Bencinya aku.” Ujarnya tiba-tiba
“What’s wrong my dear?anything okey?” puan Afifah merenung wajah anaknya. Rhea darina tersentak.
“Ah, tak ada apa-apalah.” Ujarnya tergagap-gagap. Dia tersengih cuba menutup gelisah di hatinya. puan Afifah meletakkan buku yang dibacanya.
“Rhea marahkan ibu pasal tadi ke?”
Dia menggelengkan kepalanya. Puan Afifah tersenyum. Dia mengusap kepala anak perempuannya.
“Ibu minta maaf ya. Ibu tak sengaja.” Pinta ibunya. Dia mengeluh. Dia memang tidak boleh memarahi ibunya lama-lama.
“Rhea tahu ibu sibuk tapi lain kali kalau ibu nak cancelkan janji tu ibu kenalah cakap awal-awal.” Kata Rhea Darina. Puan Afifah mengangguk. Dia memeluk tubuh anak tunggalnya. Hanya Rhea Darinalah tempatnya mencurah kasih setelah perceraian dengan suaminya 10 tahun dulu. Hidupnya hanya untuk anak tunggalnya.
“Rhea menyesal ke pindah duduk dengan ibu?” dia mendongak memandang ibunya.
“Tak adalah ibu. Rhea suka duduk dengan ibu. Dulu Rhea tak banyak masa bersama dengan ibu. Sekarang Rhea nak merasa duduk dengan ubu pula. Lagipun papa tak pernah halang Rhea asalkan Rhea tahu bahagikan masa antara ibu dengan papa.” Ujar Rhea Darina. Puan Afifah tersenyum. Dia tahu Rhea Darina tidak pernah memberontak dengan situasi keluarga mereka.
“Rhea pergilah masuk tidur. Dah lewat ni?” ujar ibunya. Dia melihat jam di dinding. Hampir 12 tengah malam.
“Ibu pergilah dulu. Rhea nak duduk kat bawah ni kejap.” Ibunya mengangguk.
“Jangan lama sangat. besok nak sekolah pulak.” Pesan ibunya dan berlalu. Setelah ibunya hilang dari pandangan matanya dia mengeluh. Dia teringat sebab yang membawanya ke sini. semuanya kerana lelaki itu. kerana lelaki yang mempermainkan cintanya dia melarikan diri ke sini. tidak betah melihat kekasih hati bersama sahabat sendiri. betapa kejamnya mereka berdua. Mahu sahaja dia lempang mereka berdua tetapi memikirkan akibatnya nanti dia hanya mampu membiarkan biarpun hatinya pedih. Inilah akibatnya tidak mendengar nasihat orang tua. Dilarang bercinta zaman persekolahan tetapi buat juga.
“Serves me right.” Ujarnya perlahan.
**********************************************************
RHEA DARINA mempercepatkan langkah kakinya. Wajah lelaki yang memandangnya tadi membuatkannya meluat dan sakit hati.
“Rhea, saya nak cakap sikit dengan awak.” Ridz Airan memintas langkahnya. Dia terpaksa mematikan langkahnya apabila tubuh lelaki itu menghalang laluannya.
“Awak nak apa?” soalnya geram.
“Awak dah salah faham ni. sebenarnya bukan saya yang sekelas dengan awak. Bukan saya yang buat awak jatuh kelmarin.” Ridz Airan berterus terang. Dia harap sangat gadis itu tidak akan memarahinya lagi. Entah kenapa dia runsing jika bermasam muka dengan gadis yang baru dikenalinya ini.
Rhea Darina tersenyum mengejek.
“Takkanlah hantu pulak.” Ejeknya. Dia melangkah.
“Dia adik kembar saya.” ujar lelaki itu lagi. Rhea Darina berhenti. Wajah lelaki itu dipandang tajam.
“Awak ingat saya ni bodohkah? Saya bukan budak-budak yang senang diperbodohkan.” Katanya kasar. Dia menolak tubuh lelaki itu supaya menjauh darinya.
“Saya cakap betul. Saya Ridz Airan, adik saya Fidz Asran. Kami memang kembar.” Dia menyaingi langkah kaki gadis itu. rhea Darina pura-pura tidak mendengar.
“Kalau awak masih tak percaya saya boleh tunjukkan. Hah, tu adik saya.” Ridz Airan menunjuk ke arah seseorang.
Rhea Darina berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh lelaki itu. kelihatan seorang lelaki yang sedang berjalan berseorangan dengan earfon ditelinganya. Dia membulatkan matanya. Ingin mendapat kepastian dengan apa yang dilihatnya itu. Betulkah apa yang dilihatnya ini atau dia hanya sekadar berkhayal? Dia kembali memandang ke arah Ridz Airan yang berada di hadapannya.
“Saya…”
“He’s my twin. Fidz Asran and your classmate.” Kata-kata lelaki itu membuatkannya ternganga seolah-olah tidak mempercayai aka kenyataan itu. apa yang lebih membuatkannya bertambah malu adalah kerana dia telah menuduh Ridz Asran tanpa usul periksa. Rhea Darin menelan liur. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum. Kelat sekali.
“I’m so sorry.” Pintanya perlahan. Dia menundukkan kepalanya. Malunya dengan lelaki yang berada di hadapannya ini hanya Allah sahaja yang tahu.
“I need to think whether to forgive you or not.”
Ridz Airan merenung wajah Rhea Darina yang kelihatan begitu bersalah. Terbit perasaan simpati tetapi rasanya dia harus mengambil kesempatan ini untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.
“Please, Ridz. Saya betul-betul tak sengaja. Saya sanggup buat apa saja asalkan awak maafkan saya.” ujarnya. Dia tidak mahu kehilangan seorang kawan yang baru dikenalinya di sekolah ini. Dia perlukan teman untuknya membiasakan diri.
“Betul?” soal Ridz Airan. Rhea Darina pantas mengangguk. Ridz Airan mengukir senyum.
“Teman saya keluar hujung minggu ni.”
“Hah.”
“Saya ajak awak keluar hujung minggu ni. Bolehkan?” dia tersenyum melihat wajah Rhea Darina yang kelihatan terkejut. Tetapi pantas pula gadis itu menganggukkan kepalanya. Ridz Airan ingin sahaja ketawa tetapi dia tidak mahu pula gadis itu menarik kembali keputusannya itu.
“Okey, see you in our first date.” Ujarnya dan terus berlalu meninggalkan gadis itu yang terpinga-pinga. Rhea Darina mengeluh. Dia mengetuk kepalanya sendiri.
“Bodohnya aku. Sape suruh tuduh orang melulu. Hish, manalah aku tahu boleh pula terserempak dengan pasangan kembar kat sekolah ni.” dia membebel sendiri. kakinya melangkah menuju ke arah kelasnya. Dia kembali meningati lelaki tadi. kenapalah dia tidak boleh membezakan mereka berdua itu? walaupun wajah seiras tetapi penampilan mereka berbeza. Ridz Airan seorang pengawas yang berdisiplin manakala adiknya pula kelihatan seperti seorang gangster. Seram sejuk apabila mengingati anak mata lelaki itu yang memandangnya semalam.
************************
Fidz Asran memerhatikan Rhea Darina yang baru memasuki kelas. Kali ini penampilan gadis itu lebih baik daripada semalam. Uniformnya tidak lagi kotor dan rambutnya yang paras bahu itu dibiarkan lepas. Tampak agak manis. Dia kembali tunduk membaca komik. Dia tidak duduk di tempatnya sendiri sebaliknya dia duduk di tempat yang kosong.
Rhea Darina berjalan mendekati tempatnya. Dia duduk. Satu keluhan terbit dari bibirnya. Dia bosan. Kelas itu juga agak bising. Mungkin kerana waktu yang pertama maka banyak cerita yang ingin dibualkan. Bahagianya jika mempunyai teman. Sudah pasti dia juga akan berborak-borak ketika waktu ini.
Tiba-tiba dia terasa matanya dimasuki sesuatu. Dia menanggalkan cermin matanya dan meletakkan di atas mejanya. Tangannya menggosok-gosok matanya yang sudah terasa perit. Namun, dia terasa matanya makin sakit. Rhea Darina berdiri. Lebih baik dia ke tandas. Dia mencapai cermin matanya dan bergerak untuk ke tandas.
Beberapa langkah dia berjalan tubuhnya dilanggar seseorang. Cermin mata yang berada di tangannya jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia tunduk untuk mencapainya. Belum sempat dia menyentuhnya cermin matanya telah dipijak seseorang. Dia terkesima. Dia duduk mencangkung. Cermin matanya yang telah pecah di ambil. Kemarahannya tiba-tiba memuncak. Dia bangun.
“Awak.” Dia menjerit ke arah lelaki yang membelakanginya. Fidz Asran berpaling. Rhea Darina terkesima. Mamat ini lagi. Betul-betul menyusahkan aku.
“What?” soal Fidz Asran selamba. Dadanya semakin berbahang melihat wajah lelaki itu yang kelihatan bersahaja tanpa ada perasaan bersalah sedikit pun.
“Awak memang sengaja nak menyusahkan sayakan.” Katanya geram. Matanya yang masih pedih sudah tidak dihiraukan.
Fidz Asran pelik mendengar kata-kata gadis itu. apasal pulak sampai merah biji mata? Menangis ke minah ni? soalnya dalam hati.
“Aku buat apa?” soalnya lagi. Dia tidak faham dengan kata-kata gadis itu.
“Masih nak tanya? Tengok ni. awak yang pijak cermin mata saya sampai jadi arwah macam ni masih nak tanya lagi.” Katanya geram. Keadaan kelas yang tadinya bising jadi sunyi apabila melihat adegan mereka berdua yang kelihatan seperti ingin bertumbuk itu.
“Bila masa pulak aku pijak?” soalnya sendiri. dia tidak menghiraukan gadis itu dan terus duduk di tempatnya. Dia kembali membaca komiknya. Dada Rhea Darina semakin berapi. Lelaki ini memang sengaja ingin mencari gaduh dengannya.
“Ada mata tapi tak pakai tak ada guna jugak.” Kata Rhea Darina sebelum melangkah.
Fidz Asran dapat menangkap kata-kata gadis itu. dia menutup komiknya dan meletakkannya di atas meja. Berapi dia mendengar sindiran gadis itu.
“Hei, pompuan. ‘Mata’ kau tu kenalah pakai. kalau dah buta memang sampai bila-bila pun buta.” Laung Fidz Asran. Rhea Darina memberhentikan langkah kakinya. Dia berpaling ke arah Fidz Asran. Lelaki itu sedang memandang ke arahnya.  Seram juga dia melihat muka lelaki itu yang kelihatan seperti harimau tetapi dia harus menegakkan kebenaran. Fidz Asran memang bersalah. Dengan berani  dia mendekati lelaki itu.
“Awak yang bersalah. Kenapa mesti nak marahkan orang lain pulak. You should say sorry to me.” Ujarnya. Pelajar-pelajar yang lain tidak mahu ikut campur. Mereka amat faham dengan perangai lelaki itu. Semua orang tidak berani untuk menegur kesalahannya.
“Buat apa aku nak minta maaf pula? Kau tu yang cuai.”
“Saya yang cuai? Awak tu yang buta.” Balas Rhea Darina berani. Kedudukan mereka agak dekat.
“Kurang ajar betul kau ni.” Fidz Asran makin tidak puas hati dengan kelancangan kata-kata gadis itu. belum pernah dia diherdik sebegini rupa.
“Hei, cakap tu biar beradap sikit. Tak ada orang ajar ke macam-mana nak bersopan?” kali ini dia sudah tidak berfikir panjang. Jikan lelaki itu boleh mengherdiknya mengapa pula dia harus bertolak ansur dengan orang yang seperti itu.
“Don’t you dare to insult my parent.” Ujarnya serius. Matanya kelihatan berapi. Rhea Darina menelan liur.
“Fidz, dahlah tu.” seorang pelajar lelaki mencelah di antara mereka.
“Rhea, awak pergilah dulu.” Tambah lelaki itu. dia tidak mahu nanti terjadi sesuatu yang tidak diingini. Dia amat faham dengan perangai sahabatnya ini. fidz Asran amat pantang jika orang menyebut tentang ibu bapanya. Terutamanya tentang ibunya. Kata-kata gadis itu tadi ibarat mengutuk ibu bapa lelaki itu.
Rhea Darina mengangguk. Dia berpaling dan berlaku untuk meninggalkan kelas tersebut. ada baiknya jika dia yang mengalah. Lagipun dia masih baru di sini. namun belum dia melangkah meninggalkan kelas tersebut tangannya ditari kasar sehingga menyebabkan dia terdorong ke belakang.
“Awak dah gila ke?” marahnya apabila menyedari lelaki itu yang menarik tangannya. kecut juga perutnya melihat anak mata lelaki itu yang menikam matanya.
“Kau…”
“Fidz, apa yang kau nak buat ni?” Jerit Ridz Airan yang menuju ke arahnya. Dia terkejut melihat Fidz Asran yang mencengkan lengan gadis itu. mujurlah dia sempat sampai sebelum terjadi sesuatu yang lebih buruk lagi. apabila diberitahu tentang hal ini tadi dia terus berlari ke tempat ini. Ridz Airan menarik tangan adiknya yang mencengkan lengan gadis itu.
“Kau dah gila ke?” Marah Ridz Airan. Fidz Asran memandang wajah abangnya dengan perasaan yang tidak berpuas hati.
“Kau pun sama je, Ridz. Belalah pompuan ni.” ujarnya dan terus melangkah meninggalkan kelasnya. Dia benar-benar sakit hati dengan kata-kata gadis itu dan juga dengan sikap abangnya itu. mengapa harus mengingatkannya kembali dengan perempuan yang melahirkannya itu. mengapa kata-kata gadis itu mengembalikan ingatannya terhadap wanita yang sudah lama lenyap daripada kehidupan mereka?

1 comment:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers