HOT!!!

Monday, January 23, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia...1


Prolog
Kakinya melangkah lemah menuju ke arah pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin. Dadanya terasa sangat sebak melihat senyuman yang terukir di bibir pengantin lelaki itu. Terasa jantungnya sedang disiat-siat. Mengapa ini yang harus dilaluinya pada usia yang masih mentah ini? Dia masih tersangat muda untuk mengalami penderitaan ini. Mengapa hatinya yang dipilih untuk dilukai?
Matanya berkaca. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang hampir tumpah. Ya Allah, mampukah dia tersenyum? Hanya secalit senyuman untuk lelaki yang bertakhta di hatinya ini. Mampukah?
Kepalanya tergeleng-geleng. Dia tidak mampu untuk berpura-pura. Dia mengenali lelaki itu ketika dia kecil lagi. Tanpa lelaki itu dia tidak punya kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Lelaki itu banyak mengajarnya erti kehidupan. Mohd Firasz Akimi. Mereka berdua ibarat adik-beradik yang berkongsi segalanya. Hubungan mereka bertambah akrab kerana mereka hidup berjiran. Dia tidak sedar bila dia menyukai lelaki itu sehingga menyebabkan hatinya terikat dengan cinta untuk lelaki itu walaupun usianya masih terlalu muda untuk mengalami semua itu.
“Dania.”
Panggilan aunty Ros menyedarkannya. Dia terpinga-pinga seketika.
“Tak nak kenal dengan menantu aunty ke?” soal Aunty Ros. Dia mengukir senyum hambar. Perlahan-lahan dia mendekati mereka berdua yang sedang bersanding. Kedua-duanya kelihatan begitu anggun sekali. Mungkin agak sepadan.
Dia terhenti beberapa langkah daripada Firasz Akimi. Mata lelaki itu menikam tajam ke arahnya. Dia turut memandang Firasz Akimi. Sedihnya saat itu hanya Tuhan yang tahu. Sampai bila dia boleh menatap wajah ini lagi? Firasz Akimi, mengapa engkau tidak mengerti perasaanku ini?
“Dania.” Panggilan lelaki itu membuatkan dadanya sebak. Dia tidak boleh berhadapan dengan lelaki ini. Bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah. Dia tidak mahu Firasz Akimi tertanya-tanya nanti. Dia terus berpaling dan berlari meninggalkan tempat tersebut. Dania Aleya tidak menghiraukan namanya yang dipanggil. Kakinya terus melangkah menuju ke rumahnya. Dia menguncikan dirinya di dalam biliknya. Kakinya terasa lemah sekali. Akhirnya dia terduduk. Air matanya laju mengalir saat itu.
“Akimi...”
Dia menyeru nama tersebut. Tubuhnya terhenjut-henjut. Dia bangun dan melangkah ke arah katilnya. Patung beruang yang sederhana besar itu dicapai. Dia memeluknya.
“Mengapa buat Dania macam ni?” soalnya dalam tangis.
“Dania tak boleh.” Tambahnya lagi. Basah lencun wajahnya dek air mata yang makin laju mengalir. Patung beruang pemberian Firasz Akimi dipeluk erat. Dia mencapai album gambar yang tersimpan di dalam laci mejanya. Dengan rakus dia membelek album tersebut yang terisi dengan wajah Firasz Akimi dan dirinya. Daripada mereka kecil hinggalah ke usia ini. dia simpan semua gambar lelaki itu. itu adalah kenangannya bersama lelaki yang paling disayanginya. Segalanya seolah-olah masih baru terjadi. Semuanya masih segar dalam ingatannya. Kenangan bersama Firasz Akimi terlayar di mindanya.

Bab 1
Dania Aleya melangkah laju ke  dalam rumahnya. Kasut sekolahnya dibiarkan berselerak tidak tersusun.
“Mama.”
Laungnya. Dia melangkah ke dapur. Tetapi mamanya tiada.
“Mama.” Panggilnya lagi. Masih tiada sahutan. Dia merengus geram.
“Kenapa ni Dania?” soal Mak Siti, pembantu rumahnya yang telah lama berkerja dengan keluarganya.
“Mama mana?” soalnya.
“Kat rumah Puan Ros. Hari inikan Akimi...”
Belum sempat mak Siti menghabiskan ayatnya Dania Aleya terus berlari keluar. Bibirnya mengukir senyum panjang. Dia berlari-lari anak menuju ke rumah sebelah.
“Mama.”
Tanpa memberi salam dia melaung memanggil mamanya. Dia lupa akan adab sopan. Dia lupa akan perutnya yang kelaparan. Dia lupa semuanya kerana lelaki itu. dia harus menemui lelaki itu. sudah lama mereka tidak berjumpa.
Tanpa menunggu mamanya bersuara dia melangkah ke dalam rumah lelaki itu. dia tersenyum lebar saat matanya melihat mamanya sedang duduk bersama Aunty Ros di ruang tamu.
“Dania.” Tegur Datin Amina. Dia menggelengkan kepala melihat telatah anak perempuannya yang agak kurang sopan itu.
“Akimi dah balik ke Aunty?” soalnya tanpa mempedulikan mamanya. Puan Ros tersenyum.
“Ya Allah, budak ni. Boleh tak bersopan sikit. Ini bukan rumah kita. Balik-balik terus cari anak lelaki orang. Tak malu ke?” soal mamanya sedikit marah. Dania Aleya menarik muka.
“Sorry. Dania nak jumpa Akimi.” Katanya perlahan. Dia tunduk. Tiba-tiba terasa malu dengan perbuatan yang agak tidak betul itu.
“Budak mana ni, mama?”
Dania Aleya terasa rambutnya yang diikat satu itu di tarik dari belakang. Dia mengaduh kesakitan.
“Kimi.”
Aunty Ros memandang Firasz Akimi. Kurang senang melihat perlakuan anaknya itu. akimi tersenyum.
“Bising betul budak ni.” Tambah Akimi. Dia memaut bahu Dania.
“Sakitlah.” Dania sedikit menjauh daripada lelaki itu. tiba-tiba dadanya berdebar kencang.
“Eleh, macamlah Akimi tak dengar suara Dania tadi. Rindu Kimi ek.” Akimi sedikit menunduk.
“Mana ada.” Selindungnya. Agak malu dengan kata-kata lelaki itu walaupun betul. Dia mendongak memandang lelaki itu. matanya terkebil-kebil memandang wajah Akimi. Lelaki itu kelihatan sedikit lain. Dia semakin tinggi. Wajahnya juga makin kacak. Dia terpana seketika. Betulkah ini Akimi yang berjiran dengannya selama ini? bukan lama mereka tidak berjumpa. Lebih kurang setahun sahaja. Tetapi susuk tubuhnya agak berubah dengan wajahnya yang kelihatan agak cerah daripada dulu. Dadanya makin berdebar. Mengapa pula? Dia pantas menunduk. Tidak mahu bertentang mata lama-lama dengan lelaki ini.
“Aunty Min, Kimi pinjam Dania kejap ya.” Firasz Akimi menarik tangan Dania Aleya.
“Nak pergi mana, Akimi?” soal Puan Ros. Dania Aleya terkebil-kebil memandang kelakuan lelaki itu.
“Kat taman kawasan perumahan kita je. Kejap je.” Ujarnya dan terus melangkah. Dania Aleya hanya mengikut langkah lelaki itu. Dia seolah-olah hilang kata-kata.
“Nak buat apa kat sana?” Soalnya. Firasz Akimi terus juga melangkah menyelusuri jalan menuju ke arah taman.
“Akimi.” Dia menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu. firasz Akimi berpaling ke arahnya.
“Ikut je la budak kecik.” Dia mencapai tangan Dania Aliya dan menariknya supaya mengekorinya. Dania Aleya mencebik. Perangai memaksa dan suka mengawal masih ada dalam diri lelaki itu. Sampai bila-bila pun takkan berubah lelaki ini. lelaki itu berhenti apabila tiba di taman tersebut. Dia berpaling ke arah Dania Aleya.
“Why?” soal Firasz Akimi apabila gadis itu meluaskan matanya.
“Tangan tu.” Kata Dania Aleya sambil menjengilkan matanya.
“Hehe, sorry.” Dia melepaskan tangan gadis itu. Firasz Akimi menggaru kepalanya sambil tersengih-sengih.
“Buat apa kat sini?” soal Dania Aleya. Dia sedikit mendongak. Semakin tinggi lelaki ini. Dia hanya berada pada paras leher lelaki itu sahaja.
“Kenapa Dania tak tinggi-tinggi?” gurau Firasz Akimi. Dania Aleya menjelirkan lidahnya.
“Dania baru 15 tahun. Akimi tu dah 20 tahun. Memanglah beza banyak. Dah umur 20 tahun nanti tinggilah Dania.” Ujarnya geram. Firasz Akimi tersengih.
“Comelnya budak ni.” Dia menarik pipi Dania Aleya yang sedikit temban. Dania Aleya menggosok-gosok pipinya yang sudah bertukar warna.
“Sakitlah, Akimi.” Marahnya. Dia duduk di bangku yang disediakan di situ.
“Tak tinggi tapi makin gemuk je Akimi tengok. Dania makan banyak ke ni? Kalau dah gemuk gedempol nanti Akimi tak nak tau.” Dia masih ingin menyakat gadis itu. suka melihat wajah Dania Aleya yang cemberut itu.
Dania Aleya malas melayan kata-kata lelaki itu. makin dilayan nanti makin menjadi-jadi pula. Lebih baik dia diam. Dia tahu Firasz Akimi tetap mahu menang.
“Tahun ni Dania ambil PMR kan. Kalau dapat 9A nanti Akimi bagi hadiah.”
“Mana hadiah yang Akimi janji hari tu? Dulukan Akimi dah cakap nak beli sesuatu bila balik sini untuk Dania. Mana?” dia menyuakan tangannya di hadapan Firasz Akimi. Lelaki itu mencangkung di hadapannya. Dia menatap wajah Dania Aleya.
“Tunggu lepas PMRlah.” Katanya.
“Mana boleh. Hadiah lain-lain tau. Dania nak yang Akimi janji hari tu. Sekarang jugak.” Dania Aleya meminta. Firasz Akimi menolak perlahan dahi gadis itu.
“Pejam mata dulu.” Ujarnya.
“Kenapa pulak?” soal Dania Aleya.
“Banyak soallah dia ni. Nak ke tak nak ni?” soal Firasz Akimi kembali. Dania Aleya pantas mengangguk. Cepat-cepat dia memejamkan matanya.
“Tak boleh mengintip tau.” Firasz Akimi tersengih. Dia menatap wajah gadis itu. Baginya Dania Aleya tetap budak-budak yang selalu menangis di bahunya. Dia masih menganggap gadis itu seperti dulu. Seseorang yang selalu mengekorinya ke mana sahaja dia pergi. Seolah-olah mereka adik-beradik yang terlalu akrab sedangkan dia tidak pernah menganggap Dania Aleya seperti itu.
“Cepatlah.” Gesa Dania Aleya.
“Cupp.”
Dia terasa dahinya disentuh. Dia membuka matanya apabila tawa Firasz Akimi meletus. Lelaki itu sudah jauh meninggalkannya.
“Akimi.” Jeritnya geram. Firasz Akimi masih dengan sisa tawanya. dia menpercepatkan langkahnya apabila Dania Aleya mengejarnya. Dania Aleya menggosok dahinya beberapa kali.
“Kuman tau.” Laungnya ke arah lelaki itu tetapi Firasz Akimi tidak mempedulikannya dan terus berlari meninggalkannya. Geli hatinya melihat Dania Aleya menyapu-nyapu dahinya tadi. Macamlah kotor sangat. Dia sebenarnya tidak merancang untuk mengucup dahi gadis itu. semuanya berlaku secara spontan. Geram melihat Dania Aleya yang banyak cakap.

2 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers