HOT!!!

Friday, March 11, 2011

cinta tak bersyarat 11

“ APA yang awak nak buat ni, Encik Riezq?” Qyrina menarik lengan lelaki itu. wajah Riezq yang serius dipandangnya. Dia benar-benar tidak faham dengan lelaki itu. Apa motif sebenar lelaki itu? Adakah lelaki itu ingin mempergunakannya pada mulanya? Dia benar-benar buntu sekarang ini. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“ Saya sebenarnya nak kita betul-betul berkahwin.” Qyrina terdiam. Wajah lelaki itu dipandang. Tiada tanda-tanda lelaki itu ingin bergurau dengannya.
“ Saya serius ni Qyrina. Saya dah fikir masak-masak.” Tambahnya. Dia menggelengkan kepalanya. Idea lelaki ini memang dirasakan bodoh.
“ Apa motif awak ni? Kenapa awak tiba-tiba nak kita berkahwin? Bukankah awak juga yang nak kita pura-pura kahwin je. Saya tak faham dengan awak ni Riezq. Sampai awak sanggup membohongi ibu saya. Awak tak tahu macam-mana keadaan ibu saya. Saya tak sanggup tengok dia bersedih.” Ujarnya sayu. Andai diberitahu semua ini tidak benar adakah ibunya dapat menerima semua ini? Ah, dia tidak sanggup untuk memusnahkan angan-angan ibunya itu. Tetapi dia juga tidak sanggup untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta. Menyerahkan jiwa dan raganya kepada lelaki ini.
“ Saya minta maaf sebab buat semua ini tanpa beritahu kepada awak dulu. Tapi Qyrina saya harap awak boleh terima cadangan saya ni. Saya janji semuanya masih sama seperti yang kita rancang. Saya cuma nak kita betul-betul berkahwin je.” Rayunya. Kenapa dia sanggup melakukan semua ini? Bukankah dia juga yang menolak rancangan Ryzal. Kenapa bila ibu gadis itu berkata begitu dia terus terfikirkan rancangan Ryzal? Dia tidak tahu kenapa tetapi apa yang pasti dia mahu gadis itu sentiasa disampingnya. Ah, dia boleh jadi gila kalau berterusan begini. Memikirkan perihal gadis yang tiada kena-mengena dengannya.
Qyrina tidak menjawab. Kepalanya sarat memikirkan baik buruk tindakannya nanti. Apa yang harus dilakukannya?
“ Akak.”
Panggilan seseorang mematikan lamunannya. Wajah adik lelakinya yang tampak cemas dipandang. Dia mendekati Aiman.
“ Kenapa ni Man?” soalnya. Aiman kelihatan tercungap-cungap dengan wajahnya yang sedikit pucat.
“ ibu tak sedarkan diri kak. Aiman ingat ibu tidur tapi bila Aiman kejut ibu tak bangun-bangun. Aiman dah panggil doctor. Tapi Aiman takutlah akak. Aiman rasa macam ada yang tak kena je dengan ibu.” Aiman menyapu air mata yang mula mengalir di pipinya. Tubuh kakaknya dipeluk erat. Dia takut akan kehilangan ibunya. Hanya ibu seorang yang dia ada di dunia ni selain kakaknya.
Riezq hanya mampu melihat. Dia turut bersimpati. Melihat air jernih gadis itu mengalir hatinya tutut merasa pilu. Sukar untuk menafsirkan apa yang tersirat dilubuk hatinya tika ini. Dia tidak mahu melihat gadis itu bersedih lagi.
**************************************************************************
Puan Sri Tengku Zawiyah membebel tidak puas hati. Sudah berkali-kali dia mendail nombor telefon anak lelakinya tetapi masih tidak di angkat. Hanya kedengaran suara mail box sahaja.
“ Mama geramlah dengan Riezq. Apalah yang dibuatnya sampaikan tak boleh nak menjawab telefon tu? Baik tak payah pakai telefon.” Bebelnya. Syafika menggeleng melihat telatah mamanya itu. Ini baru 2 hari adiknya tiada di rumah. Tidak dapat dia bayangkan kalau berminggu adiknya itu tiada di rumah apa akan jadi dengan mamanya itu. Dia tahu kenapa mamanya bereaksi seperti itu. Semuanya kerana Rania Qyrina.
“ Ma, kan Riezq bercuti dengan isterinya. Tak payahlah mama nak bimbangkan dia. Riezq tu dah besar, ma. Dah pandai jaga diri dia. Lagipun Rina ada dengan dia.” Ujar Syafika.
“ Itu yang mama tak suka.” Tempelaknya. Syafika mengeluh.
“ Terimalah Rina tu mama. Kesian kat Riezq. Apa perasaan dia kalau tahu yang mama tak suka dengan isterinya. Lagipun Ika tengok tak ada yang kurang pada Rina. Berpendidikan tinggi sama macam Riezq. Berkerjaya pulak tu. Kalau sebab dia anak yatim sepatutnya mama kenalah lindungi dia. Banyak pahala yang mama akan dapat nanti.” Ujar Syafika lembut. Berharap agar mamanya akan mengerti.
“ Mama bukan apa. Mama cuma geram adik kau tu kahwin tak beritahu kita. Boleh Ika bayang apa perasaan mama bila anak lelaki mama yang satu-satunya kahwin tanpa pengetahuan mama? Sedih mama ni. Mama dah rancang macam-macam untuk majlis adik Ika tu tapi ini yang dia buat kat mama.” Sayu hatinya. Sebak apabila memikirkan perkara seperti itu. Dia akui hatinya tertarik tatkala melihat Qyrina tetapi perasaan marahnya melebihi segala-galanya.
“ Ika faham mama. Apa yang Ika harap mama dapat menerima Rina. Demi Riezq, ma.” Syafika menggenggam erat tangan ibunya. Kasihan juga dia apabila memikirkannya. Riezq adalah anak lelaki tunggal dan bongsu yang mama sayang. Dia faham perasaan mamanya itu.
***************************************************************
Air matanya mengalir tanpa henti sejak dari tadi lagi. dia hanya membiarkannya. Masih terbayang-bayang wajah ibu dan adik lelakinya tadi.
“ Beritahu ibu perkara yang sebenarnya Nia.” Pinta ibunya. Wajah Aminah yang lemah dan pucat membuatkan hatinya sedih sekali.
“ ibu tahu ada yang tak kena dengan ibu ni. Nia tak perlulah nak sorok dari ibu lagi. beritahu apa penyakit ibu ni nak?”
Tubuhnya tersandar ke dinding. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi. wajah Aiman yang kebingungan di pandang. Kasihan kepada adik lelakinya ini. Apa yang harus dia lakukan?
“ Akak…” panggil Aiman sebak.
“ Barah otak, bu.” Ujarnya lambat-lambat. Aiman meraung dan terus memeluk ibunya. Manakala ibunya kelihatan tenang sekali. Dia pula hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya selama ini. Maafkan Nia, bu.
“ Rina.” Dia mendongak. Hilang wajah ibu dan adik lelakinya. Diganti dengan wajah lelaki ini, Tengku Syah Riezq.
“ Sabarlah awak. Mungkin semua yang berlaku ni ada hikmahnya.” Tuturnya. Air mata Qyrina makin lebat mengalir. Riezq melutut dihadapan Qyrina yang sedang duduk di atas kerusi. Air mata gadis itu di sapu. Qyrina hanya membiarkan. Badannya terhenjut-henjut.
“ Awak kena kuat demi ibu dan adik awak.” Tambah Riezq.
“ Saya tak nak kehilangan ibu saya. Saya tak boleh Riezq. Hanya ibu yang ada untuk kami. Macam-mana saya harus teruskan hidup tanpanya nanti.” Ujarnya bersama sendu.
Riezq mengangguk. Dia mengerti itu.
“ Saya janji akan sentiasa ada dengan awak, Qyrina.” Riezq menggenggam tangan gadis itu. Qyrina merenung anak matanya. Entah kenapa dia merasa sesuatu yang asing di dalam hatinya tika itu. perasaan tenang yang dilindungi. Dia menarik tangannya. Cuba mengusir rasa yang aneh itu.
“ Thanks awak.” Ujarnya perlahan. Riezq mengangguk. Dia sendiri pelik dengan tindakannya yang dirasa seperti diluar dugaannya itu. entah apa yang merasuk dirinya sehingga berani berlutut dan memegang tangan gadis itu tadi.

2 comments:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers