HOT!!!

Friday, March 11, 2011

cinta tak bersyarat 10

DALAM perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Berada berdua-duaan dengan lelaki ini menbuatkan dirinya serba tidak kena. Dia sebenarnya lemas apabila berhadapan dengan lelaki ini. Dan yang lebih dia bimbang apa yang harus dia beritahu kepada ibunya nanti? Kenapalah lelaki ini sering membuatkan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang rumit.
“ Awak ni memang suka mengelamunkah Qyrina?” soal Riezq. Dia terpinga-pinga.
“ Selalu sangat saya tengok awak macam ni. Apa yang awak fikirkan? Awak mesti rasa seronokkan berdua dengan saya.” Lelaki itu ketawa. Qyrina mencebik.
“ Maaflah yer saya bukan fikir pasal awak. Saya Cuma penat nak layan awak so lebih baik saya diam. And one more thing, berada dengan awaklah perkara yang saya sentiasa mahu elakkan Encik Riezq.” Dia menjeling. Penat mahu melayan lelaki itu. lama-lama nanti dia boleh jadi gila kerana terlalu tertekan. Sampai bila dia harus berlakon menjadi isteri lelaki ini? Mama dan anak sama-sama berbahaya. Gementar pula dia apabila terfikir tentang mama lelaki itu.
“ Jangan pula nanti awak yang tak mahu berjauhan dari saya.” Tambah lelaki itu. Qyrina tidak mahu membalas kerana nanti dia juga yang akan kalah. Selisih malaikat 44. Dia tidak akan jatuh cinta kepada lelaki itu. Dia amat pasti itu. Tengku Syah Riezq bukan ciri-ciri lelaki idamannya.
Sepanjang perjalanan masing-masing hanya mendiamkan diri. Qyrina tidak berminat untuk berbual dengan lelaki itu dan Riezq pun tidak bersuara lagi. Mungkin dia sedar gadis itu tidak mahu melayan perbualannya lagi. Dia hanya memerhati gadis itu dari ekor matanya. Bibirnya tersenyum apabila kadang-kadang terlihat gadis itu menguap kecil.
“ Awak mengantukkah?” soalnya. Qyrina berpaling ke arahnya. Dia menggeleng.
“ Dari tadi lagi saya tengok awak menguap. Kalau mengantuk tidurlah. Lagipun buruk rupa awak bila menguap tau.” Riezq ketawa. Qyrina menjeling. Geram.
“ kalau saya tidur awak tahukah mana satu rumah saya?” balasnya. Sakit hati betul aku dengan mamat ni. Suka hati akulah nak menguap ke apa ke? Bebelnya di dalam hati.
“ Saya tahulah kampung awak sama dengan kampung sepupu Ryzal, si Syafiq tu.” Ujarnya tanpa memandang wajah perempuan itu. Dia begitu fokus kepada pemanduannya.
“ Memanglah kami sekampung tapi saya bukan duduk serumah dengan dia.” Tempelaknya. Dia sakit hati betul apabila berbicara dengan lelaki ini. Tidak tahu mengapa.
“ Suka hati awaklah. Tak nak tidur pun saya tak kisah. Bukan mata saya. Kalau awak nak celik 24 jam pun tak apa.” tambah Riezq. Kadang-kadang geram juga dia dengan Qyrina. Nampak saja lembut tetapi hati keras macam batu. Qyrina diam. Sedar dia tidak seharusnya berkasar dengan lelaki itu yang juga merangkap bosnya. Dia beristighfar di dalam hati.
Pukul enam lebih mereka tiba di rumah gadis itu. Dia memerhati rumah Qyrina yang sederhana besar itu. cantik dan bersih halaman rumahnya.
“ Dekat je rumah awak dengan sepupu Ryzal ye.” Ujarnya.
“ Terima kasih sebab hantar saya.” Ucapnya walaupun pada mulanya dia tidak berapa suka dengan kehadiran lelaki itu. apa pula kata ibunya nanti? Dia tidak pernah membawa mana-mana lelaki ke rumah selepas lelaki itu. lelaki itu yang pertama dan dia mahu lelaki itu juga yang terakhir tetapi segala-galanya terjadi sebaliknya.
Dia menapak keluar dari kenderaan lelaki itu. kepalanya terjenguk-jenguk ke dalam rumahnya. Pintu dan tingkap sudah di tutup. Rasanya waktu masih awal lagi. Dia berpaling ke belakang.
“ Awak tunggu kat sini ye saya nak masuk kejap. Macam tak ada orang je kat rumah ni.” Ujarnya dan berlalu. Dia menapak ke hadapan. Pintu ditolak.
“ Ibu.” Panggilnya. Dia menjenguk ke dapur. Tidak ada. Kemudian dia masuk ke bilik ibunya. Kosong.
“ Aiman. Kakak balik ni.” Dia memanggil adiknya pula. Tetapi senyap. Dadanya tiba-tiba berdebar. Mindanya mula berfikir yang bukan-bukan. Dia melangkah keluar.
“ Ibu saya tak ada kat rumah.” Ujarnya cemas.
“ Mungkin dia ke rumah jiran-jiran kot.” Riezq cuba menenteramkan hati gadis itu. dia menggeleng.
“ Aiman pun tak ada. Lagipun ibu takkan keluar dekat maghrib ni. Saya bimbanglah awak.” Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Hatinya sedikit lega apabila terlihat motosikal Aiman semakin menghampiri. Dia berlari mendekati adiknya.
“ Aiman ke mana ni?” soalnya. Adiknya tidak terus menjawab. Dia memakirkan motosikalnya. Tangan kakaknya disalam begitu juga dengan lelaki disebelah kakaknya. Dia ingin bertanya siapa lelaki tersebut tetapi hatinya lebih berat memikirkan tentang ibunya.
“ Ibu mana, Man?” soalnya lagi. hatinya tetap berasa tidak tenang. Aiman tunduk.
“ Man, jawab akak tanya ni. Ibu mana?” soalnya keras.
“ Ibu kat hospital kak.” Jawab Aiman lambat-lambat. Hampir terjelepuk dia ke tanah apabila mendengar ayat tersebut.
“ Kenapa dengan ibu? Bila lagi ibu kat hospital? Ya Allah kenapa Aiman tak beritahu akak.” Qyrina menggoncang tubuh adiknya. Air matanya mengalir. Dia takut ibunya akan meninggalkan mereka. Dia tidak mahu itu berlaku.
“ Kak, ibu tak apa-apa. Ibu cuma pengsan je semalam.” Terang adiknya. Dia menggelengkan kepalanya. Hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apa penyakit sebenar ibunya itu.
“ Sabarlah Qyrina. Kalau awak nak saya boleh hantar awak ke hospital sekarang.” Qyrina berpaling kepada lelaki itu. Dia hampir-hampr terlupa dengan kehadiran lelaki ini. Air mata yang masih bersisa di pipinya disapu.
“ sebentar lagi dah nak maghrib. Kita pergi kejap lagi ye.” Tambahnya. Dia mengangguk. Mujurlah lelaki ini ada dengannya tika dia benar-benar memerlukan seseorang. Walaupun bukan lelaki yang dia cintai. Bukan lelaki yang pernah dia sandarkan harapan terakhirnya dulu.Air matanya sekali lagi menitik.

***************************************************************************
Qyrina meluru mendapatkan ibunya. Tubuh ibunya didakap erat. Air matanya mengalir. Dia benar-benar rindukan ibunya.
“ Bila Nia sampai?” soal ibunya. Wajah pucat ibunya ditatap. Ya Allah semakin terukkah keadaan ibuku ini?
“ Kenapa tak beritahu Nia ibu masuk hospital?” soalnya. Ibunya tersenyum lemah.
“ Ibu bukan sakit teruk pun Nia. Semalam ibu rasa sakit kepala saje. Ibu pun tak sedar bila ibu jatuh pensan. Lagipun bukan teruk sangat ni. Doktor je yang tak bagi ibu keluar hospital. Ibu pun tak tahu kenapa?” ujar Aminah. Wajah sugul anak perempuannya ditatap. Kasihan sungguh dia dengan keadaan anaknya ini. Nampak sangat terlalu risaukannya. Matanya beralih kepada lelaki yang berada di belakang anaknya.
“ Nia, siapa ni?” soalnya. Qyrina berpaling ke belakang. Lupa untuk memperkenalkan lelaki ini kepada ibunya.
“ Teman lelaki akak la kot,ibu” belum sempat dia menjawab Aiman sudah mendahuluinya. Qyrina menyiku adiknya itu.
“ Ini bos Nia, bu. Encik Riezq, dia yang hantar Nia pulang..” Ujarnya. Riezq bersalam dengan ibunya.
“ Terima kasihlah Encik Riezq sebab hantar anak mak cik ni.” Tutut Aminah.
“ Panggil Riezq je mak cik. Sudah tanggungjawab saya sebenarnya. Lagipun bimbang saya kalau dia balik sorang-sorang.” Dia berbahasa. Qyrina mencebik. Tanggungjawab konon. Aku bukan bini kau. Mulutnya tersenyum. Palsu sebenarnya.
“ Berkawan rapatkah dengan Nia ni?” soal ibunya. Dia tersenyum. Wajah Qyrina yang kemerahan dipandang.
“ Tak ada lah bu. Dia kan……”
“ Rapatlah juga mak cik. Sebenarnya saya dan Qyrina ni sebenarnya dah lama kenal. Masa kami sama-sama menuntut kat university lagi. Saya nak minta izin mak cik untuk men jadikan Qyrina sebagai isteri saya. Saya betul-betul dah sayangkan dia.” Ujarnya. Rasanya ini adalah peluang terbaik untuknya memulakan rancangannya itu. wajah Qyrina yang tampak terkejut dipandang. Dia tersenyum. Hatinya berdebar juga usai menuturkan ayat itu. bimbang penerimaan gadis di hadapannya.
“ Mak cik tak kisah, Riezq. Kalau Nia dah suka mak cik tak ada halangan. Lagipun mak cik pun dah suka kat Riezq ni. Mak cik tahu Nia takkan silap pilih. Kebahagiaan Nia yang paling penting bagi mak cik. Cukuplah sekali dia menderita. Mak cik nak juga tengok dia bahagia sebelum mata mak cik pejam.” Aminah tersenyum bahagia. Gembira kerana anaknya sudah menerima lelaki lain dalam hatinya. Tangannya mengusap tangan anaknya. Qyrina merenung wajah Riezq. Matanya menikam anak mata lelaki itu. dia benar-benar tidak menyangka lelaki itu akan membuat perkara yang sebegitu. Mengapa harus memberi harapan palsu kepada ibunya? Sampai hatikah dia untuk memusnahkan harapan dan kegembiraan ibunya itu walaupun semua itu palsu. Dia ingin memberitahu perkara yang sebenar tetapi tatkala melihat sinar kebahagiaan di mata ibunya dia jadi tidak sampai hati. Hatinya menangis pilu apabila memikirkan kemungkinan yang akan menimpa ibunya nanti. Berikan kebahagiaan di saat akhir untuk ibunya. Itu yang bermain di kepalanya tika ini.

1 comment:

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers