HOT!!!

Tuesday, June 4, 2013

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia... 11

Lima tahun kemudian
Dia menarik bagasinya dengan perlahan. Tudung yang menutupi rambutnya dibetulkan. Dia duduk di bangku yang terdapat di situ. I-phonenya di keluarkan. Dia mencari nama mamanya dan mendailnya. Namun sebelum taliannya disambung dia mematikannya. Dia mengeluh berat. Adakah dia sudah bersedia untuk pulang ke rumahnya? Adakah dia sudah bersedia untuk berdepan dengan masa silamnya? Akhirnya dia mendail nombor seseorang.
“Aku ada kat airport ni. Datang ambil aku sekarang, boleh?” ujarnya sebaik sahaja talian disambung.
Dania Aleya memerhatikan manusia yang lalu-lalang di hadapannya. Cepat rasanya masa berlalu. Sudah lima tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Semuanya seperti baru semalam terjadi. Seperti baru semalam dia menghabiskan SPM. Seperti baru semalam dia...
Ah, lupakan semua itu Dania Aleya. Bukankah kau sudah nekad. Tangannya menggenggam rantai yang masih terkalung di lehernya.
Setengah jam kemudian Atikah tiba di lapangan terbang. Dia memeluk sahabatnya. Walaupun sudah lama tidak berjumpa namun mereka masih berhubung.
“Kau makin chubby.” Tegur Atikah sebaik melepaskan pelukannya.
“Yer ke?” Dia mencubit-cubit pipinya. Atikah ketawa.
“Tapi tetap cantik macam dulu. Macam patung Barbie doll.”
Dia tersentak. Namun cepat-cepat dia mengubah moodnya.
“Miss you, Ati.” Katanya cuba untuk menutup getar.
“Me too. Kau makin cantik dan ayu bertudung. Dalam gambar nampak lain bila kat luar lain.” Kata Atikah lagi.
“Kau pun sama. Cantik sangat-sangat kawan aku ni. Jomlah balik. Aku penat.” Katanya. Atikah tersengih. Dia memimpin tangan sahabatnya.
“Dah banyak yang berubah.” Ujarnya perlahan. Matanya memerhatikan permandangan di luar kereta.
“Dah lima tahun kau tak balik sini mestilah banyak yang berubah.”
Hanya hatinya yang masih sama. Sambungnya dalam hati.
“Bosan. Aku buka radio ya.” Tangannya mencapai radio dan menekan butang on.
“Dengar celoteh DJ ni best jugak.” Sambung Atikah. Dia mengangguk. Kepalanya kembali terarah ke sebelah kirinya. Memerhatikan jalan raya. Fikirannya tidak berada di sini. Dia memikirkan mama dan papanya. Bagaimanakah penerimaan mereka nanti jika mendapat tahu bahawa dia pulang tanpa memberitahu mereka?
Kenangan indah saat bersamamu
Saat kau ada disampingku
Kini semua terulang kembali
Masa-masa terindah bersamamu
Dania Aleya tersentak. Mengapa lagu sebegini pula yang diputarkan?
Aku jatuh cinta lagi
Cinta yang dulu bersemi kembali
Aku jatuh cinta lagi
Cinta pada mantan kekasihku
Cinta yang pernah ada di hatiku kini tekah hadir kembali dijiwaku
Mungkinkah semua terulang kembali
Ku ingin engkau seperti dulu
Ku rasa ku telah jatuh cinta
Kepada dirimu
Aku jatuh cinta lagi
Cinta yang dulu bersemi kembali
Dania Aleya tidak senang duduk. Dia cuba berlagak biasa. Entah mengapa lagu ini menggugat hatinya. Dia berdehem beberapa kali. Ya Allah, mengapa begini jadinya?
Ku rasa ku telah jatuh cinta kepada dirimu
Aku jatuh cinta lagi
cinta yang dulu bersemi kembali
 “Aku tutup ya radio ni.”
Tanpa menunggu balasan daripada Atikah dia terus mematikan radio tersebut. Lagu tersebut benar-benar menggugat hatinya. Dia tidak sukakan lagu itu.
“Bestlah lagu tu.”
Kata Atikah.
“Jiwang sangat. Tak suka.”
“Lagu tu best tau. Try kau dengar maksud dia. Tangkap lentok. Lagu tu pasal lelaki tu yang jatuh cinta dengan ex-makwe dia balik. Sedih kan.”
Aku teramat faham Atikah. Dia diam. Tidak mahu membalas kata-kata sahabatnya. Hatinya masih lagi begini. Masih mengingati lelaki yang sudah sah menjadi milik gadis lain. Degilnya duhai hati.
“Betul ke kau tak nak balik rumah kau, Dania?” soal Atikah. Dia anggukkan kepalanya. Aku masih belum bersedia.
“Mama kau tak hairan ke? Dia kan dah tahu kau dah habis belajar.”
“Aku bagitau yang aku balik lewat sikit. I need time, Ati.”
Lima tahun masih tak cukup. Adakah dia perlukan masa seumur hidup untuk melupakan semua itu? atikah diam. Mungkin mengerti perasaannya itu. hanya Atikah yang mengetahui rahsia di hatinya. Mujurlah ada Atikah di saat dia perlukan seseorang. Dia cuma ingin meluahkan rasa hatinya. Walaupun bukan pada lelaki yang dicintainya.
Atikah menghidangkan air untuknya apabila tiba di rumah sewanya. Dia memerhatikan rumah sewa Atikah yang sederhana besar itu. di dalamnya bersih dan teratur.
“Tak takut ke kau duduk sorang-sorang?” soalnya.
“Tak pun. Lagipun hujung minggu aku balik rumah aku.”
“Kenapa kau pindah sini? Tak membazir ke?”
“Saja. Lagipun aku nak berdikari. Lepas habis belajar aku rasa sayang pulak nak jual rumah ni. Dah lama aku duduk sini. Dah macam rumah aku sendiri.”
“Kau tak pelah. Bukan macam aku. Aku anak tunggal. Mama aku takkan bagi aku pindah rumah. Lagipun aku pun tak boleh tinggalkan mereka.”
“Kau memang anak manja”
Atikah cepat-cepat memintas. Dia tersengih. Memang dia anak manja. Dia adalah satu-satunya anak Datuk Dani dan Datin Amina. Mereka berdua tidak pernah memarahinya. Apa yang dia inginkan segala-galanya akan ditunaikan. Sehinggalah dia juga merasakan tiada apa yang tidak akan menjadi miliknya jika dia inginkan. Termasuklah lelaki itu. dia mengeluh.
“Kenapa?”
Atikah merenungnya. Dia tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Aku nak rehat. Where’s my room?”
“Jom ikut aku.”
Atikah mengangkat beg Dania Aleya. Dia membuntuti langkah gadis itu.
**********************************************
Dania Aleya mempercepatkan langkah kakinya. Dia tidak mahu terserempak dengan sesiapa di sini. Terutama sekali mama dan papanya.
“Beb, tunggulah.”
Atikah menyaingi langkah sahabatnya. Dadanya turun naik. Semput. Dia menarik nafas panjang.
“Kau nak pergi mana ni? Jalan cepat sangat macam nampak perompak.” Tempelaknya. Dia memperlahankah kakinya.
“Mama aku. Dia cakap dia ada kat sini. Aku nak baliklah, Ati.” Dia menarik tangan Atikah.
“Kau jumpalah mama kau. Senang cite. Kau dah macam penyamun je aku tengok. Pelarian.”
“No. Aku takkan jumpa mama aku kat sini. Matilah aku. Dahlah balik tak bagitahu dia. Macam nilah. Aku balik dulu. Kau jumpalah Farhan. Aku tak dapat nak kenal dengan kekasih kau. Sorry. Lain kali, okay.”
“Tapi kau boleh ke balik sorang-sorang ni?”
“Aku orang Malaysia, Ati. Macamlah aku ni orang asing lak. I’m so sorry. See you at home.”
Dia meninggalkan Atikah. Sempat dia melambaikan tangannya kepada sahabatnya itu. atikah menggelengkan kepala melihat telatah Dania Aleya. Besar impak yang terpaksa dia lalui hanya kerana kekecewaan cinta pertamanya. Dia tahu semua ini kerana lelaki itu. Dania Aleya teramat menyintai lelaki itu. Dia ingatkan gadis itu hanya menyukai lelaki itu sebagai seorang abang. Dia silap. Sewaktu Dania Aleya menangis beria-ia ketika majlis perkahwinan lelaki itu dulu barulah dia tahu betapa dalamnya cinta gadis itu.
Dania Aleya menahan sebuah teksi. Dia buru-buru masuk ke dalam teksi apabila sebuah teksi berhenti di hadapannya.
“Nak ke mana, Cik?” soal pemandu teksi itu.
“Damansara.”
Pemandu teksi itu mengangguk.
Dia mengeluh. maafkan Dania, mama, papa.
Matanya terhala ke seberang jalan. Matanya leka memerhati. Namun sebenarnya mindanya tidak ke situ. Adakah dia harus pulang ke rumahnya? Sampai bila dia ingin berlari? Dia belum bersedia untuk menjejakkan kaki ke sana. Tempat yang menyimpan seribu cerita dan duka di hatinya. Seumur hidup dia masih tidak mampu untuk melupakan semua itu.
Tiba-tiba matanya memerhatikan tempat yang amat dikenalinya. Dadanya berdebar. Teksi yang dipandu juga bergerak perlahan di kawasan ini.
“Pak cik, berhenti kat sini.” Ujarnya lambat-lambat. Teksi tersebut berhenti di tepi jalan. Setelah membayar tambang dia keluar daripada teksi tersebut. Lama matanya memerhatikan tanda nama tempat tersebut. Semuanya kelihatan masih sama. Dia melangkah perlahan. Dadanya berdebar. Beg tangannya dicengkam kuat. Akhirnya, kakinya terhenti melangkah. Tidak berkelip dia memerhatikan tempat tersebut. Masih sama walaupun terdapat sedikit perubahan. Matanya terasa berkaca. Namun, dia nekad. Hatinya harus tabah. Dia terus melangkah mendekati kawasan tersebut. Dia duduk di bangku.
Tiba-tiba kenangan dulu menari-nari di layar matanya. Segala-galanya kembali berputar. Masih segar diingatannya. Terlalu banyak kenangan manis mereka yang dicipta di tempat ini. Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Tertera nama mama di skrin. Lambat-lambat dia menekan butang hijau.
“Assalamualaikum, mama.” Tuturnya perlahan.
“Waalaikumsalam. Dania buat apa? Kenapa tadi putus?”
“Tak tahu. Tiba-tiba je putus tadi. Dania tak ada buat apa-apa. Mama kat mana tu?”
“Nak pergi rumah mak long Dania. Bila Dania nak balik? Mama nak buat majlis sikit nanti.”
“Nantilah Dania confirmkan balik.”
“Okaylah, mama letak ya. Nanti beritahu mama awal-awal. Assalamualakum, sayang.”
Dia mengeluh apabila talian diputuskan. Sampai bila dia harus berbohong? Mungkin dia harus pulang. Hatinya harus kuat. Dia tidak boleh melarikan diri lagi. Tetapi, bagaimana dengan hatinya? Masihkah boleh bertahan?
Tiba-tiba dia perasan ada seseorang yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Dia berdiri. Dadanya berdebar. Dia pandang wajah lelaki itu. lelaki itu juga kelihatan serba-salah. Dania Aleya cuba mengumpul semangatnya. Dia harus bersemuka dengan lelaki yang berdiri beberapa meter daripadanya itu.


No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers