HOT!!!

Monday, May 27, 2013

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia... 10



Namun semua itu peristiwa tiga minggu lepas. Sekarang dia berdiri di hadapan lelaki ini. memandang lelaki yang dicintainya sepenuh hati sedang bersanding dengan orang lain. Hampir sahaja dia pitam namun dia gagahi juga. Mampukan engkau tersenyum Dania? Soal suara hatinya. Dia menggelengkan kepalanya. Aku tidak mampu. Namun dia terus melangkah. Semakin hampir dengan lelaki itu.
‘Dania Aleya, saya Firasz Akimi berjanji tidak akan melayan mana-mana perempuan seistimewa perempuan comel dan montel yang berada di hadapan saya ini.’
Kata-kata lelaki itu kembali bergema di telinganya. Kakinya berhenti melangkah. Dia merenung Firasz Akimi yang sedang bahagia bergambar di sisi isterinya.
Inikah janji Akimi dulu? Akimi janji takkan sesekali menyakiti Dania. Tapi sekarang Akimi bukan sahaja menyakiti Dania malah Akimi sedang membunuh hati dan perasaan Dania.
Air matanya mengalir. Pantas disekanya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya. Lelaki yang dicintainya sudah menjadi milik orang lain. Ya Allah, berat sekali dugaanMu ini. inikah yang harus aku alami untuk cinta pertamaku?
“Dania, jomlah bergambar sekali.”
Dia tersentak. Semua mata memandang ke arahnya. Termasuklah Firasz Akimi. Mata lelaki itu seperti ingin memberitahunya sesuatu. Dia menggeleng.
“Jomlah.” Aunty Ros menarik tangannya. Dia terpaksa melangkah dan berdiri di sebelah lelaki itu. Firasz Akimi memandangnya. Tajam. Berbahagiakah kau?
“Okey, semua pandang sini. Senyum.”
Dan dia tetap tidak tersenyum ketika gambar tersebut diambil. Apabila semua orang kalut menukar posisi dia cepat-cepat turun dari pelamin dan berlari ke luar daripada dewan. Air matanya jatuh bercucuran. Kakinya terasa amat lemah sekali. Air matanya makin laju menuruni pipinya.
“Akimi, mengapa begini akhirnya hubungan kita?” soalnya sendiri. Dia teringat kata-kata terakhir lelaki itu. untuk apa semua itu, Akimi? Akhirnya dia terduduk. Dia memeluk lututnya. Tangannya mencengkam kuat kedua-dua belah lututnya. Aku perlukan dia, Ya Allah. Akukah yang terlambat? Salah akukah kerana tidak memberitahunya tentang perasaanku ini?
Dia tergamam apabila ada tangan yang menyentuh bahunya.
“Dania.”
Wajah Atikah yang turut bersimpati ditenungnya.
“Ati, aku rasa macam dah mati je.” Tangisnya. Atikah memeluk tubuhnya. Dia membalas erat pelukan gadis itu.
“Sabarlah, Dania. Mungkin jodoh kau bukan dengannya.” Pujuk Atikah. Dia turut mengalirkan air mata melihat tangisan sahabatnya. Mungkin amat dalam cinta Dania Aleya untuk Firasz Akimi.
“Aku tak nak orang lain, Ati.”
Makin kuat pula tangisan gadis itu. tersedu-sedu dia di bahu Atikah.
“Ya Allah, Dania jangan macam ni. Tak baik. Mengucap Dania. Ingat tuhan.”
Tiada sesiapa yang dapat memahami hati ini. Aku mengenali dia ketika kami masih kecil. Ketika aku tidak tahu apa-apa dan ketika itulah Akimi datang menunjukkan dunia ini kepadaku. Memberi sinar bahagia kepadaku. Melengkapi hidupku yang sunyi dengan kehadirannya menemani aku siang dan malam. Aku kenali semua itu bersama lelaki ini. Aku menangis dan ketawa bersamanya. Dia yang ada di sisi aku apabila aku memerlukan seseorang. Hanya Firasz Akimi di sampingku. Mampukah aku bertahan?
Hanya Dania Aleya gadis yang Akimi mahu.
Kata-kata itu datang lagi. Kejamnya kau, Akimi. Mengapa menabur kata-kata manis jika hanya untuk menyakiti aku akhirnya. Aku tidak kuat. Aku bukan seorang yang tabah. Aku hanya Dania Aleya. Gadis yang bernafas hanya untukmu, Firasz Akimi.
*********************************************
Dania Aleya memasukkan patung beruang pemberian lelaki itu ke dalam plastik besar. Dia menanggalkan rantai dan cincin yang dipakainya. Cincin tersebut disangkutkan bersama rantai itu. Dia meletakkannya ke dalam kotak kecil dan di masukkan ke dalam platik tadi.
Tangannya mengheret plastik yang berwarna hitam itu.
“Dania nak ke mana dengan barang-barang tu?” soalan mamanya tidak dijawab. Sebaliknya kakinya terus melangkah ke luar rumah. Hujan yang renyai-renyai tidak dihiraukan. Dia terus berjalan. Panggilan mamanya sudah tidak didengarinya. Kakinya terus melangkah. Dan akhirnya kakinya berhenti melangkah. Matanya memerhati taman tersebut. Ini tempat kita, Akimi. Bisik hatinya perlahan. Dia duduk di atas buaian. Semuanya kembali berputar. Dan air matanya jatuh lagi. Hujan makin lebat turun. Dia tidak menghiraukannya. Dia berharap hujan yang membasahinya akan membuatkan ingatannya hilang. Dia berharap agar nama Firasz Akimi akan lesap dari sanubarinya.
“Dania tak boleh.” Katanya dalam sendu.
Tangannya erat memeluk plastik tersebut. Hujan makin lebat. Tidak terasa air hujan menimpa mukanya. Bibirnya terketar-ketar namun dia tidak berasa sejuk. Hati dan perasaannya telah mati.
Dia membuka kembali plastik tersebut dan mencapai kotak kecil tadi. Perlahan-lahan dia membukanya. Rantai putih dan cincin yang tergantung diperhati. Lama.
Alangkah indahnya jika D dan A itu untuk Dania dan Akimi. Namun semua itu hanya imaginasinya. Dia kembali memakai rantai tersebut. Biarlah dia menyimpan kenangan antara mereka ini. Izinkan Dania mencintai Akimi. Walaupun dalam diam. Hanya Dania dan Allah yang tahu semua ini.
“Jangan cepat merajuk nanti cepat tua. Tak ada orang yang nak kat Dania nanti.”
“Tak kisah pun. Mama dan papa ada.”
“Akimi pun ada. Akimi nak.”
Ha ha ha. Mereka berdua ketawa. Namun ada getaran di hatinya saat Firasz Akimi menuturkan kata-kata itu.
Dania Aleya berdiri. Kakinya melangkah meninggalkan tempat tersebut. Niatnya untuk membuang barang-barang pemberian lelaki itu tidak kesampaian. Dia tidak sanggup untuk melakukannya. Tangannya memeluk plastik hitam tersebut. Dia melangkah dalam hujan dengan bajunya yang basah. Matanya yang mengalirkan air mata sama lebat dengan hujan yang turun.
Dia mendongak apabila ada kereta melintasinya. Mata mereka berlaga. Kakinya berhenti melangkah. Kereta itu juga berhenti di hadapannya. Dia sudah hampir dengan rumahnya. Mengapa Kau temukan aku dengannya, ya Allah.
“Kenapa ni? Kan hujan ni nanti Dania demam.”
Suara itu kedengaran prihatin sekali. Dia tersenyum. Senyuman mengejek sebenarnya.
“Jom, ikut Akimi.” Lelaki itu menarik tangannya. Dia melihat di dalam kereta Firasz Akimi. Perempuan itu. spontan dia merentap tangan lelaki itu. Firasz Akimi terkesima dengan reaksinya. Tanpa menghiraukan lelaki itu dia terus melangkah.
“Dania.”
Panggil lelaki itu. sekali lagi tangannya di paut.
“Dania ada masalah ke? Jangan buat Akimi risau.”
Usahlah kau terus membuai hatiku, Akimi. Air matanya mengalir. mengalir dan makin lebat mengalir.
“Leave me, Akimi.” Usai berkata begitu dia terus melarikan diri ke dalam rumahnya. Dia berlari sehingga ke biliknya. Dia terus menguncikan dirinya di dalam bilik. Ketukan pintunya daripada mamanya langsung tidak dihiraukan.
“Jangan buat Dania macam ni.” Rintihnya.
“Kenapa ni, Dania?” soal mamanya apabila pintu dibuka. Datin Amina mendekatinya. Tangan anaknya digenggam. Bimbang dengan kelakuan anak gadisnya itu. dia mengesat wajah anaknya yang dibasahi air.
“Dania nak pergi dari sini. Dania tak nak duduk sini, mama.”
Dia memeluk tubuh mamanya. Dia tahu sudah pasti mamanya tertanya-tanya dan pelik dengan reaksinya itu. namun dia sudah tidak menghiraukan semua itu. Dia mahu lenyap dari tempat ini. Jika boleh dia mahu lenyap dari bumi dan dunia ini. Dia tidak betah lagi berlama-lama di sini. Dia ingin melenyapkan wajah Firasz Akimi daripada pandangan matanya. Dia benci akan wajah itu. Dia benci dengan perempuan itu. Dia bencikan Firasz Akimi dan Sofea.

Seandainya ku katakan yang sesungguhnya
tentang perasaanku padamu selama ini
Seandainya ku bisa memutarkan kembali
waktu yang telah pergi dariku saat kau ada di sini denganku
Sebenarnya hatiku selalu mencintaimu
Hanya sajaku tak pernah mengatakan kepadamu
Dalamnya cintaku menggenggam tulus hatimu
 Namun kini kau katakan cinta sudah terlambat
Seharusnya ku tak biarkan kau menanti
Kata cinta dari ku yang tersimpan terlalu lama
Dan seharusnya ku fahami isi hatimu
yang tulus menyayangi diriku sebelum cinta menjadi miliknya
Sebenarnya hatiku selalu mencintaimu
hanya saja ku tak pernah mengatakan kepadamu
Dalamnya cintaku menggenggam tulus hatimu
namun kini kau katakan cinta sudah terlambat

1 comment:

  1. DAH LAMA SANGAT X UPDATE SELALU SAYA BUKA BLOG X ADA KECEWA SEDIH SANGAT2.

    ReplyDelete

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers