“Akimi
ada sesuatu nak beritahu Dania.”
Kata-kata
lelaki itu membuatkan harinya menjadi tidak tenteram. Dia duduk kemudian
berdiri. Perkara apakah yang ingin diberitahu oleh lelaki itu untuknya?
Ketukan
di pintu mematikan lamunannya. Dia pantas membuka pintu biliknya. Terjengul
wajah Datin Amina yang kelihatan suci.
“Ada
apa, mama?” soalnya. Datin Amina menapak ke dalam biliknya. Dia duduk di atas
katil anaknya.
“Bila
keputusan SPM keluar?” soal Datin Amina.
“Mungkin
hujung bulan depan. Kenapa?” soalnya pula.
“Mak
Teh ajak Dania ke rumahnya kat Kelantan. Nak pergi tak?”
Dania
Aleya diam. Memang dia teramat suka duduk di rumah mak saudaranya itu. Suasana
yang aman damai dan nyaman. Tetapi dia tidak mahu berpisah daripada Firasz
Akimi.
“Dania.”
Mamanya
mengejutkannya. Dia tersentak.
“Tak
naklah mama. Dania nak duduk sini. Nak duduk dengan mama dan papa. Nanti kalau
dapat sambung belajar Dania dah kena berpisah daripada mama dan papa.” Dia
mencipta alasan. Datin Amina mengangguk. Tidak mahu memaksa anaknya.
“Kenapa
terkurung dalam bilik je?” soal Datin Amina.
“Aunty
Ros dan Uncle Farid dah balik?” soalnya pula.
“Belum.
Tak nampak pun keretanya.”
Dia
mengeluh.
“Kenapa?”
soal mamanya. Hairan melihat sikap Dania Aleya yang muram dua hari ini. dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Apabila
mamanya keluar dia berbaring di atas katilnya. Dia mencapai telefon bimbitnya.
Dia teragak-agak untuk menelefon lelaki itu. Dia mendail nombor lelaki itu.
kemudian dia cepat-cepat mematikannya.
“Oh,
mak kau.” Latahnya apabila telefonnya berdering. Satu mesej diterima. Dia
cepat-cepat membukanya apabila terlihat mana si pengirim.
Miss my Barbie doll~ firasz Akimi
Dia
tersenyum.
Who’s that?
Dia
membalasnya. Seketika kemudian mesejnya dibalas.
Orang utan. Ha ha ha.
Jahat
punya orang.
Akimi bapak King Kong.
Padan
muka. Bisiknya setelah membalasnya.
Aik, terasa ke? Tak malu. Akimi
cakap rindu kat Barbie doll Akimi a.k.a orang utan. Tak sebut nama Dania pun.
Panas
hatinya. Dia menekan keypad blackberrynya.
Akimi senget kepala kemek.
Dia
membebel-bebel. Mengata lelaki itu. geram. Kalau ada di hadapannya sudah pasti
ditarik-tarik telinga lelaki itu. Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya
nyaring menyanyikan lagu Jason Mraz, I’m
yours.
“Nak
apa?” soalnya kasar. Hatinya makin sakit mendengar tawa lelaki itu. dania Aleya
bergerak ke beranda. Terasa sedikit sejuk hatinya apabila angin menampar
pipinya. Dia hanya membiarkan rambutnya lepas ditiup angin.
“Comelnya
wajah dia bila marah.” Dania Aleya tersentak. Dia berpaling ke kanan. Mengintai
bilik lelaki itu. Tetapi dia tiada. Terdengar lagi Firasz Akimi ketawa.
“Dah
macam Pontianak jantan.” Kutuknya. Ha ha ha. Ketawa lagi. Tetapi suaranya
kedengaran begitu hampir dengannya.
“Si
buta, pandang bawah.”
Sesedap
rasa je mengutuk. Tetapi dia pandang juga ke bawah. Mulutnya terlopong melihat
Firasz Akimi yang melambai ke arahnya. Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Tanpa
menunggu lelaki itu bersuara dia mengangkat kakinya dan berlari menuju ke
bawah.
“Bila
Akimi sampai?” soalnya termengah-mengah.
“Baru
je. Akimi terus datang sini. Miss my orang utan.” Ha ha ha. Seronok mengenakan
Dania Aleya. Kakinya menendang kaki Firasz Akimi. Dia tersenyum melihat wajah
Firasz Akimi yang berkerut-kerut.
“Padan
muka. Jahat sangat.”
“Orang
gurau jelah.”
Firasz Akimi menggosok-gosok kakinya. Agak
pedih juga. Dania Aleya bergerak ke arah buainnya. Firasz Akimi menurut
langkahnya. Dia duduk di hadapan Dania Aleya.
“Nak
lagi?” Perli Dania Aleya. Dia tersengih. Firasz Akimi mencebik.
“Ini
yang Akimi dapat balik dari Perak. Dahlah penat tapi Akimi terus datang sini
sebab nak jumpa Dania.” Ujarnya. Dania Aleya diam. Kasihan pula melihat muka
lelaki itu yang berkerut-kerut.
“Sakit
sangat ke?” soalnya.
“Sakit
sangatlah, montel.” Dia menarik kedua-dua belah pipi Dania Aleya. Dia ketawa
melihat wajah Dania Aleya yang bertukar warna. Dania Aleya menampar bahu lelaki
itu.
“Janganlah
marah. Akimi nak bagi hadiah kat Dania ni. Kalau marah tak dapat apa-apa.” Dia
cuba mengumpan gadis itu. Dania Aliya buat tidak peduli.
“Pandang
sinilah.” Dia menarik muka Dania Aleya dengan jarinya.
“Just
for you.” Dia membuka tangan kanannya. Kelihatan sebentuk cincin di atas
telapak tangannya.
“Apa
ni?” soal Dania Aleya.
“Cincin.”
Katanya.
Dania
Aleya mengambilnya. Cantik sekali cincin tersebut. Berwarna putih dengan
sebutir permata di tengahnya. Simple
tetapi menarik.
“Untuk
apa?” soal Dania Aleya lagi.
“Untuk
kita.” Katanya.
Dania
Aleya mengerutkan dahinya. Tidak memahami maksud kata-kata lelaki itu.
“Tengoklah
ukiran dalamnya.”
Dania
Aleya mengintai di belah dalam cincin tersebut.
“A
and D forever. Mengapa A and D not D
and A. Bukankah D and A stand for my name.
Dania Aleya.” ujarnya hairan. Dia teringat rantai dan patung beruang pemberian
lelaki itu. Kedua-duanya tertulis D dan A. Firasz Akimi hanya tersenyum.
“Lembab.”
Firasz Akimi menolak kepala Dania Aleya.
“Akimi.”
Marahnya. Firasz Akimi bangun.
“Akimi
balik dulu. Nak mandi dan rehat. Jaga diri. See you again my orang utan. Ha ha
ha.” Dia terus berlari sebelum sempat Dania Aleya membalas.
Dania
Aleya tersenyum. Dia kembali melihat cincin tersebut. Kemudian tangannya
menyentuh rantai yang tergantung di lehernya pula. A dan D. Apa maksudnya?
Betulkah stand for Dania Aleya?
**********************************
“I
said no.”
Bergema
suara Firasz Akimi di dalam banglo milik keluarganya. Matanya mencerlung
memandang wajah kedua-dua belah orang tuanya.
“Akimi...”
“No, mummy. This is my final word. No, no,
and no. Full stop.” Tanpa menunggu lebih lama di situ dia terus keluar.
“Kamu
jangan menyesal, Akimi.” Masih terdengar kata-kata daddynya. Dia terus melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam
keretanya. enjin kereta dihidupkan dan dia terus memecut. Dia tidak betah
berlama-lama di dalam rumahnya. Membahang hatinya dengan kata-kata mummy dan daddynya tadi. Terketar-ketar tangannya. Dia memegang kemas stereng
kereta. Inilah pertama kali dia meninggikan suara kepada mummy dan daddynya.
“Ya
Allah.” Ucapan itu lahir dari bibirnya. Dia memperlahankan keretanya. sebelah
tangannya meraup mukanya.
“Takkan
ada orang lain selain Dania Aleya.” hatinya makin tekad. Walau apa yang terjadi
hatinya hanya milik gadis itu. Lafaz akadnya hanya untuk nama Dania Aleya.
Tiada nama lain yang akan dia sebut ketika menyambut tangan tuan kadi nanti.
Setelah
hampir sejam dia memandu tanpa tujuan akhirnya keretanya berhenti di taman
berhampiran rumah mereka. Dia turun dari keretanya. kakinya melangkah perlahan.
Dia duduk di atas buaian. Teringat ketika dia dan Dania Aleya masih berusia
belasan tahun. Dia suka menolak buai untuk gadis itu. Asalkan Dania Aleya
gembira dia tidak kisah berpenat lelah. Segalanya untuk gadis itu. Tanpa dia
sedari telah terlalu lama hatinya ada nama Dania Aleya. Sejak dulu lagi. Ketika
dia masih budak-budak. Dia meraba poket seluarnya. Tersedar telefonnya
ditinggalkan di rumah. Dia mengeluh. dia teringat kembali kata-kata daddy dan mummynya.
“Kami
nak satukan Akimi dengan Sofea.”
Dia
tergamam. Dia memandang wajah Tuan Farid. Dia cuba tersengih. Mungkin daddynya hanya ingin bergurau.
“Stop
joking, dad.” Ujarnya hanya untuk menutup gusar di hatinya.
“I’m
serious.” Kata Tuan Farid. Firasz Akimi menelan liur. Dia bingkas berdiri.
“Akimi
tak nak.”
Tegas
sekali kata-katanya.
“Kami
bukan nak tanya keputusan Akimi tetapi kami hanya memberitahu Akimi. It’s
final.”
“No,
daddy.”
“Akimi,
jangan biadap dengan daddy kamu.”
Dia
pandang pula wajah mummynya.
“Habis
semua ni apa, mummy? I’m not a doll that
you can control me. I’m a human. Have a feeling and heart. Whatever happens my
decision is final. I won’t listens it.”
“It’s
for our family, Akimi. Dah lama keluarga kita berpecah. Inilah masanya, son.” Pujuk mummynya. Dia menggelengkan kepalanya.
“For family, yeah? Di mana family daddy selama ni bila daddy and mummy
want’s to get married? Where everyone when both of you suffered? They throw you
daddy and scolded mummy because take you out from your family, your religion. I
know everything eventhough i’m not there. From your eyes mummy, i know you
hurt. I know it from your story mummy. Although, you’re not blaming daddy’s
family i know you are so hurt. And daddy, now you want to sacrifice your son.
Your only son just for your unreceivable family. I will not forgive them
because of every tear that my mom’s lost.”
Pang!!!
Satu
tamparan hinggap di pipinya. Dia terkesima tetapi bibirnya hanya tersenyum.
Matanya berkaca memandang wajah mummynya.
Dan dia terkedu melihat air mata mummynya
mengalir. Dia tahu mummynya yang
terasa sakit dengan tamparannya sendiri. Perasaannya berkecamuk.
“I’m
sorry, mummy.” Dia menerkup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Betapa
dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia tetap tidak mahu mengikut telunjuk
mereka. Cintanya harus dipertahankan.
Walau
apa yang terjadi dia tetap tidak akan tunduk dengan ugutan daddynya. Apabila terbayangkan wajah ayu Sofea dia jadi benci. It’s all because of you. Because of your
family.
CEPATLAH SAMBUNG....
ReplyDeletewahh..sgt berbakat menulis novel. :D
ReplyDeleteJum singgah ke Yana Collections
http://sakuraitubunga.blogspot.com/
=