HOT!!!

Sunday, July 15, 2012

Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 7



Firasz Akimi memekakkan telinga. Dia tidak mahu mendengar bicara yang keluar daripada bibir gadis itu. entah mengapa hatinya sakit melihat bibir comelnya menyebut nama lelaki lain. Dia membuka majalah. Lebih baik membaca majalah hiburan walaupun dia tidak gemar dengan majalah wanita itu.
“Akimi.”
Dania Aleya menarik lengan bajunya. Firasz Akimi menepis.
“Akimi.” Panggilnya lagi. Kali ini lebih kuat.
“Apa dia?” dia tidak memandang ke wajah Dania Aleya.
“Macam-mana?” soal Dania Aleya lagi.
“Tak tahu.”
“Cepatlah cakap macam-mana nak pikat lelaki?”
Suaranya merengek-rengek. Firasz Akimi menutup majalah tersebut.
“Manalah Akimi tahu. Yang Dania gatal-gatal nak pikat lelaki ni kenapa pula? Dah buang tabiat.”
“Dania tanya je.”
“Kecik-kecik dah pandai nak mengurat.” Tempelaknya lagi.
“Kenapa nak marah-marah orang pula. Dania tanya je. Tak nak jawab tak payahlah jawab. Ni nak marah orang pula.” Dania Aleya mengangkat punggung. Lebih baik dia beredar. Sakit hatinya dengan setiap kata-kata yang keluar daripada bibir lelaki itu.
“Dania.”
Dia mendengar namanya dipanggil tetapi kakinya terus melangkah. Lebih baik dia balik daripada terus bertelingkah dengan Firasz Akimi. Dia tersentak apabila tangannya di tarik. Dia berpaling.
“Merajuklah tu.”
Dia menundukkan wajahnya. merenung tepat ke dalam mata gadis itu. dania Aleya masih dengan muka masamnya.
“I’m sorry.”
Dia mengenyitkan matanya. Bibirnya tersenyum. Dania Aleya tersentak. Hatinya seperti dipukul dengan gendang. Terasa seperti ada sesuatu yang membuai hatinya. Dia menarik tangannya yang masih berada dalam tangan lelaki itu. dania Aleya melarikan matanya. Dia tidak mampu untuk melawan pandang dengan lelaki itu. terbang segala semangatnya.
“Kita duduk.”
Dia menarik tangan gadis itu kembali. Dania Aleya hanya mengikut. Dia duduk kembali di tempat tadi.
“Sikit-sikit nak merajuk. Cakap dah besar tapi perangai masih macam budak-budak.” Ujar Firasz Akimi.
“Mana ada.”
“Tadi tu. Sikit-sikit merajuk nanti cepat tua tau. Siapa yang nak kan Dania nanti.” Guraunya.
“Tak nak sudah. Mama dan papa ada.”
“Akimi nak, boleh?” soalnya bersama sengihan nakalnya. Dania Aleya tidak dapat menahan bibirnya daripada tersenyum.
“Gatal.”
“Ha, that’s my girl.” Dia menarik pipi gadis itu.
“Nak tanya apa? Cepat sikit sebelum Akimi ubah fikiran.”
Dania Aleya memerhatikan wajah lelaki yang berada di hadapannya. Bermula dengan matanya yang berwarna coklat gelap. Kelihatan menarik dengan keningnya yang cantik dan agak tebal. Kemudian hidungnya yang mancung dan bibirnya yang berwarna kemerahan. Dia terpandangkan tahi lalat di pelipis kiri lelaki itu.
“Tahi lalat ni memang dah ada ke?” dia menyentuh tahi lalat di sebelah kening lelaki itu.
“Entah. Akimi tak perasan pulak. Rupanya sibuk perhatikan wajah Akimilah tadi. Patutlah asyik je dari tadi. Dah jatuh hati?” Dia tersengih. Dania Aleya mencebik.
“Akimi handsome tak?” soalnya.
“Perasan. Muka macam Charlie chapplin adalah.” Ha ha ha. Dania Aleya ketawa.
“Muka nilah yang menjadi kegilaan gadis-gadis tau. Kat university Akimi ramai yang jatuh hati kat Akimi. Saja je tak nak layan. Akimi kan dah ada buah hati di Malaysia.”
Kata-kata Firasz Akimi membuatkannya terdiam. Buah hati? Siapa? Dadanya berdebar. Setahunya dia tidak pernah mengetahui Firasz Akimi sudah mempunyai teman wanita atau perempuan yang diminatinya. Lelaki itu juga tidak pernah memberitahunya tentang perkara tersebut.
“Tak percaya?” soal Firasz Akimi. Dia cuba melihat ke dalam anak mata Dania Aleya. cuba membaca isi hati gadis itu. adakah Dania Aleya cemburu ataupun tidak.
“Siapa?” soal Dania Aleya perlahan. Dia menelan liur.
“Rahsia.” Kata lelaki itu sambil tersenyum. Dania Aleya berjauh hati. Mengapa hatinya terasa sakit? Tiba-tiba semua kegembiraannya hilang dalam sekelip mata. Mengapa ini terjadi?
“Dania nak balik dulu. Dah lewat.” Dia berdiri. Lebih baik dia balik.
“Temanlah Akimi kejap. Mummy dengan daddy tak balik lagi ni.” Dia menarik tangan Dania Aleya. gadis itu merungkaikan pegangan tangannya.
“Dania penat. Dania balik dulu. Assalamualaikum.” Ujarnya dan terus berlalu tanpa berpaling lagi. Dia tetap melangkah walaupun namanya dipanggil berulang kali. Semakin laju pula hayunan kakinya. Tiba-tiba air matanya menitis. Dia pantas menyekanya. Untuk apa semua ini? mengapa dia mesti menangis? Apa yang dia tahu hatinya benar-benar sakit mendengar kata-kata lelaki itu tadi?
Dia menyandarkan badannya di dinding yang memisahkan rumahnya dan rumah lelaki itu. air matanya makin laju menuruni pipi. Kakinya terasa lemah sekali.
“Dania sukakan Akimi.” Katanya perlahan. Akhirnya dia terduduk di situ. Ya Allah, betulkah dia menyayangi lelaki itu? Adakah dia mencintai jirannya sendiri? Lelaki yang membesar bersamanya itu mempunyai tempat yang terisitimewa dalam hatinya. Sejak dulu lagi. Dan sekarang dia sedar sebenarnya dia bukan sahaja mengagumi lelaki itu sebagai kawan, abang malah lelaki itu lebih daripada segala-galanya. Firasz Akimi seorang lelaki yang dicintainya sejak dulu lagi. Dan sekarang perasaan itu makin kuat lagi.
******************************************
Firasz Akimi membetulkan duduknya. Dia memerhatikan rumah yang agak besar itu. dia berasa sedikit kekok kerana tidak mengenali orang-orang yang berada di hadapannya. Dia pandang ibunya dan ayahnya yang sedang asyik berbual dengan tuan rumah tersebut. Firasz Akimi mengeluh. Menyesal mengikut ajakan mummy dan daddy-nya.
“Akimi.”
Panggilan Tuan Farid menyentakkan lamunannya. Dia memandang wajah daddynya.
“Do you remembered uncle Syam?” soal Tuan Farid. Dia meneliti wajah lelaki yang duduk di sebelah daddynya. Rupanya ada sedikit iras daddynya. Berwajah cina. Mungkin saudara sebelah daddynya. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak kenal.
“Ini sepupu daddy. Dah lama tak jumpa. Selepas Akimi further study kat Amerika kami bertemu kembali. Called him uncle Syam.” Kata Tuan Farid. Dia mengangguk. Langsung tidak dapat menarik hatinya akan berita yang disampaikan ini. Lebih baik dia duduk di rumah dan melayan celoteh Dania Aleya. apabila mengingati akan gadis itu bibirnya spontan mengukir senyum. Rindunya dengan gadis itu walhal baru semalam dia menemuinya. Hari ini dia tidak sempat menemui Dania Aleya kerana pagi-pagi lagi diminta menemani mummy dan daddy-nya ke sini. Dia menghitung masa. Tidak sabar untuk pulang.
“Akimi.”
Dia tersentak. Berkhayal lagi.
“This is Sofea. Anak Uncle.” Kata Uncle Syam. Dia memandang gadis yang diperkenalkan. Manis dan ayu bertudung. Senyumannya juga menawan. Dia membalas senyuman gadis itu.
“Sofea ni sebaya dengan Akimi.” Kata mummynya pula. Dia mengangguk. Sofea duduk di hadapannya.
“Isn’t she beauty, Akimi.”
Dia hanya mengangguk. Memang cantik tetapi Dania Aleya lebih cantik. Dia tersenyum lagi.
“Dah berkenan ke, Akimi?”
Tuam Farid bergurau. Mereka yang berada di situ ketawa. Dia tidak faham. Sebenarnya dia tidak dapat menangkap kata-kata daddynya tadi. Kenapa semua orang kelihatan lain sahaja. Seperti sengaja ingin merapatkannya dengan Sofea.
“Ini anak kedua dan ketiga Aunty Sal. Shariff dan Syafiq. Pergi salam abang Akimi.” Arah wanita yang sedang berbual dengan mummynya tadi. Shariff dan Syafiq menunduk menyalaminya. Nampak baik sahaja mereka berdua. Mungkin berusia belasan tahun. Shariff pula mungkin sebaya dengan Dania Aleya. Hai, cepatlah pulang. Hari dah makin lewat. Sudah menjengah ke waktu petang.
“Pukul berapa kita nak balik?” soalnya.
“Hari ni kita tidur sinilah.” Kata-kata Tuan Farid membuatkan hatinya gundah.
“No, daddy.”
“Kenapa?”
“Erm, Akimi ada kerja sikit.” Dia membetulkan sedikit suaranya. Tidak mahu mummy dan daddynya berfikir yang bukan-bukan.
“Kerja apa pula? Setahu daddy Akimi bukan ada kerja lagi. Setiap hari kerjanya dengan Dania sahaja.”
Yes, daddy. Itulah kerja Akimi. Only Dania Aleya. bisiknya dalam hati. Dia hanya diam.
“Dania tu teman Akimi sejak kecil. Jiran kami. Budak-budak lagi.” Terang mummynya. Firasz Akimi tidak senang mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir mummynya. Siapa pun Dania Aleya hanya dia yang berhak menentukan.
“Malam ni kita tidur sini. Besok kita balik ya, Akimi.”
Dengan berat hati dia mengangguk. Dia pandang wajah Sofea yang tersenyum ke arahnya. Senyuman gadis itu di balas walaupun dia tidak suka berada dalam situasi ini.
Pada waktu makan malam lagilah meriah dengan kehadiran sanak saudara belah daddynya yang tidak pernah dia kenali. Dia bosan. Semakin membuak rindunya kepada Dania Aleya. rupa-rupanya kaum keluarga belah daddy agak ramai. Ada yang sudah memeluk islam dan masih dengan agama asal. Kenapa selama ini dia tidak pernah menemui keluarga daddynya? Mungkin mereka tidak dapat menerima pengislaman daddynya. Dan sekarang bukan sahaja daddynya yang memeluk islam Uncle Syam dan beberapa keluarga yang lain juga ada yang memeluk islam.
“Your son so handsome, Joshua.” Tegur seorang wanita. Dia hanya tersenyum. Malu tetapi suka dirinya dipuji. He he he.
“Ikut muka I kan.” Tuan Farid ketawa besar. Joshua adalah nama daddynya sebelum islam.
“Muka bini youlah. No chinnese at all. His eyes big not like yours. Sepet.” Mereka ketawa lagi. Seronok mengenakan daddynya. Daddy hanya tersenyum. Gembira dapat berkumpul bersama keluarganya. Dia tumpang gembira untuk mereka.
“Padanlah dengan Sofea.”
Dia tersedak. Dia memandang wajah mummynya. Matanya dijegilkan. Memberi signal supaya mummynya jangan pandai-pandai mematchkan dirinya dengan Sofea. Puan Ros hanya tersenyum melihat wajah Firasz Akimi yang memerah. Yang lain-lain hanya ketawa. Akhirnya dia membawa diri berhampiran kolam renang. Tidak gemar berada dalam situasi yang begitu.
Dia mendongak melihat bintang-bintang yang banyak di dada langit. Tiba-tiba muncul wajah Dania Aleya yang tersenyum.
“Can’t wait for tomorrow.” Ujarnya sendiri. Rindu untuk bertelingkah dengan Dania Aleya. Rindu untuk menarik pipinya itu. Dia tersenyum sendiri.
“Ingatkan buah hati ke?”
Teguran seseorang mengejutkannya. Dia berpaling ke arah suara tersebut. Wajah manis Sofea di tenung. Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Kenapa tak join yang lain-lain?” soal Sofea.
“Nothing. Saja nak duduk kat luar. Awak?” dia menyoal gadis itu pula.
“Saja nak ambil angin. Ingatkan buah hati ke?” soal Sofea lagi. Dia mengangguk. Kelihatan wajah Sofea berubah.
Mummy Akimi beritahu Akimi tak ada sape-sape lagi.”
Mummy cakap macam tu?”
Sofea mengangguk.
“She doesn’t know everything about me. How about you? Have anyone?” soalnya pula. Sofea menggeleng.
“Really?” soalnya lagi.
“Cinta saya hanya untuk suami saya.”
Firasz Akimi terpempan mendengar kata-kata gadis itu. kemudian dia tersenyum. Sofea kelihatan seorang budak yang baik. Mungkin berkat tunjuk ajar kedua-dua orang tuanya. Walaupun berasal daripada keluarga mualaf namun ajaran agama tetap diutamakan. Begitu juga dengan dirinya. Mummy dan daddy menitik beratkan semua itu. Cuma kadang-kala dia selalu terlepas. Itupun jika dengan Dania Aleya. Masih menganggap gadis itu masih kecil padahal mereka berdua sudah besar.
“She’s pretty?” soal Sofea.
“Who’s?”
“Your lover.”
Firasz Akimi mula membayangkan wajah seseorang. Wajah Dania Aleya muncul di layar matanya. Dengan aksi-aksinya yang comel. Dia tersenyum.
“More than that. She’s the most beautiful girl i have seen. Cute with her childish style. Can make me crazy with her eyes and i like everything about her. She’s the only girl that i want.” Matanya kelihatan bercahaya ketika menuturkan kata-kata itu. Dia mula yakin dengan gerak hatinya. Dania Aleya gadis yang terpenting untuknya.
“Dia bertuah.”
Firasz Akimi memandang Sofea. Wajah gadis itu kelihatan keruh.
“You too. Hanya lelaki yang bertuah dapat memiliki awak. Saya doakan yang terbaik untuk awak, Sofea.” Tuturnya lembut. Sofea cuba tersenyum.
“Saya masuk dululah. Suka berborak dengan awak.” Ujar Firasz Akimi dan melangkah ke dalam. Sofea memerhatikan lelaki itu. Hatinya terdetik sesuatu. Cemburukah ini? Nampaknya rancangan keluarga mereka harus dihentikan. Dia tidak mahu melukakan hati sesiapa.

No comments:

Post a Comment

hai kekawan sume...
ape tunggu agi??
jom komen cite ni(suke/tak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers