HOT!!!

Friday, March 11, 2011

Benarkah Cinta??1

Cahaya matahari yang menusuk masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Fidz Asran menggeliat. Matanya dibuka sedikitb bibirnya tidak habis-habis mengomel. Dia kembali menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“ Fidz, bangunlah.”
Fidz Asran membuka matanya sambil merengus. Tidak suka diganggu pada waktu2 sebegini. Dia memandang lelaki dihadapannya.
“ Apa?” soalnya geram. Saudara kembarnya hanya menggeleng.
“ Tu, kau tengok jam. Dah nak masuk pukul 12 ni.” Ujarnya sambil menunding jari ke arah jam yang tergantung didinding.
“ Alah baru 12 tengahari bukan 12 malam pun.” Ujarnya selamba.
“ Kau balik pukul berapa semalam? Pukul 12 kau masih belum balik lagi. Kau bernasib baik papa still kat oversea.” Leter saudara kembarnya lagi. Dia hanya diam. Malas mahu melayan.
“ Hah ni mesti tak solat subuhkan?” serkap abangnya. Fidz Asran hanya tersengih. Dia menolak selimut ke tepi dan mencapai tuala.
“ Ridz, bila papa nak balik sini?” soalnya.
“ Hari ni. Kenapa?” Ridz Airan memandang wajah kembarnya.
“ What?” Fidz Asran terlopong. Tuala tadi disangkut ke bahu.
“ Kenapa?”
“ Papa cakap nak balik hari selasa kan.”
Ridz Airan hanya menjungkitkan bahunya. Fida Asran hanya mengeluh. Terpaksalah dia membatalkan aktivitinya malam ini. Tanpa menunggu kata-kata dari abangnya dia terus menuju kea rah bilik air. Dua puluh minit kemudian dia keluar. Ridz Airan masih lagi di situ.
“ Kau nak apa lagi?” soal Fidz Asran sambil menyarungkan pakaiannya. Ridz Airan tersengih. Pastilah ada hal yang diingininya. Dia sudah masak dengan perangai abang kembarnya itu.
“ Besok aku nak pinjam kereta ek. Kereta aku masih kat workshop lagi.” Pintanya.
“ Habis aku lak macam-mana?”
“ Kita pergilah sekali ke sekolah besok.” Ujar Ridz Airan.
“ Tak nak lah aku. kau tu pergi sekolah awal sangat. Erm, tak pelah aku naik motor ajelah.” Ujarnya lagi.
“ Macam ni lah adik abang. Hehehe.” Gurau Ridz Airan. Fidz Asran melemparkan tualanya kearah abangnya itu. Sempat pula dia mengelak. Abangnya hanya ketawa terbahak-bahak.



KEADAAN Sekolah Menengah Sri Nian kelihatan begitu sesak dengan pelajar-pelajar yang hadir pada pagi itu. Ridz Asran membetulkan uniform yang berwarna biru muda yang dipakainya dengan kemas. dia melangkah dengan bergaya sambil bibinya melemparkan senyuman kea rah pelajar yang tersenyum kepadanya. Bukannya dia tidak tahu dia dan Fidz Asran adalah pasangan kembar yang paling popular di sekolahnya.
“ Ridz!!” laung satu suara. Langkahnya terhenti. Dia berpaling. Wajah manis Sarah dipandang.
“ Apa hal?” soalnya.
“ Petang ni jangan lupa mesyuarat awal tahun biro pengawas.” Ujar Sarah. Dia mengangguk. Bukannya dia tidak ingat akan hal itu. Sementelah dia adalah ketua pengawas di sekolahnya.
“ Ok. Thanks.” Ujarnya dan terus berlalu.
“ Ridz.” Panggil Sarah lagi. Dia berpaling.
“ Petang ni boleh tak Sarah tumpang Ridz balik? Ayah ada kerja so tak dapat nak ambil Sarah. Boleh?” pintanya.
“ Erm okeylah. Ah, Sarah ada Nampak Fidz tak?” soalnya.
“ Entahlah tadi tak nampak pulak. Ada apa?”
“ Tak apalah kalau awak ada nampak dia suruh dia jumpa saya yew.” Ujarnya. Sarah mengangguk. Ridz Airan berlalu meninggalkan Sarah. Perempuan itu mengeluh. Dia akui Ridz Airan seorang lelaki yang cukup sempurna. Memiliki segalanya. Mana2 perempuan yang mengenalinya pasti akan menyukainya. Salah seorangnya adalah dirinya. Sejak dulu lagi dia ada menaruh hati pada lelaki itu. Tetapi Ridz Airan seolah-olah tidak memahaminya. Walaupun Ridz Airan dan Fidz Asran memiliki raut wajah yang sama tetapi kedua-duanya memiliki personality yang berbeza. Ridz Airan bersikap lebih matang daripada Fidz Asran yang bersikap lebih agresif. Fidz Asran kadang-kadang suka mmenberontak. Selalu ponteng class dan tidak secerdik abangnya. Dulu lealki itu tidak seperti itu. Dia pun tidak tahu apa yang telah membuatkan lelaki tiu berubah sedemikian rupa.

cinta tak bersyarat 11

“ APA yang awak nak buat ni, Encik Riezq?” Qyrina menarik lengan lelaki itu. wajah Riezq yang serius dipandangnya. Dia benar-benar tidak faham dengan lelaki itu. Apa motif sebenar lelaki itu? Adakah lelaki itu ingin mempergunakannya pada mulanya? Dia benar-benar buntu sekarang ini. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“ Saya sebenarnya nak kita betul-betul berkahwin.” Qyrina terdiam. Wajah lelaki itu dipandang. Tiada tanda-tanda lelaki itu ingin bergurau dengannya.
“ Saya serius ni Qyrina. Saya dah fikir masak-masak.” Tambahnya. Dia menggelengkan kepalanya. Idea lelaki ini memang dirasakan bodoh.
“ Apa motif awak ni? Kenapa awak tiba-tiba nak kita berkahwin? Bukankah awak juga yang nak kita pura-pura kahwin je. Saya tak faham dengan awak ni Riezq. Sampai awak sanggup membohongi ibu saya. Awak tak tahu macam-mana keadaan ibu saya. Saya tak sanggup tengok dia bersedih.” Ujarnya sayu. Andai diberitahu semua ini tidak benar adakah ibunya dapat menerima semua ini? Ah, dia tidak sanggup untuk memusnahkan angan-angan ibunya itu. Tetapi dia juga tidak sanggup untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta. Menyerahkan jiwa dan raganya kepada lelaki ini.
“ Saya minta maaf sebab buat semua ini tanpa beritahu kepada awak dulu. Tapi Qyrina saya harap awak boleh terima cadangan saya ni. Saya janji semuanya masih sama seperti yang kita rancang. Saya cuma nak kita betul-betul berkahwin je.” Rayunya. Kenapa dia sanggup melakukan semua ini? Bukankah dia juga yang menolak rancangan Ryzal. Kenapa bila ibu gadis itu berkata begitu dia terus terfikirkan rancangan Ryzal? Dia tidak tahu kenapa tetapi apa yang pasti dia mahu gadis itu sentiasa disampingnya. Ah, dia boleh jadi gila kalau berterusan begini. Memikirkan perihal gadis yang tiada kena-mengena dengannya.
Qyrina tidak menjawab. Kepalanya sarat memikirkan baik buruk tindakannya nanti. Apa yang harus dilakukannya?
“ Akak.”
Panggilan seseorang mematikan lamunannya. Wajah adik lelakinya yang tampak cemas dipandang. Dia mendekati Aiman.
“ Kenapa ni Man?” soalnya. Aiman kelihatan tercungap-cungap dengan wajahnya yang sedikit pucat.
“ ibu tak sedarkan diri kak. Aiman ingat ibu tidur tapi bila Aiman kejut ibu tak bangun-bangun. Aiman dah panggil doctor. Tapi Aiman takutlah akak. Aiman rasa macam ada yang tak kena je dengan ibu.” Aiman menyapu air mata yang mula mengalir di pipinya. Tubuh kakaknya dipeluk erat. Dia takut akan kehilangan ibunya. Hanya ibu seorang yang dia ada di dunia ni selain kakaknya.
Riezq hanya mampu melihat. Dia turut bersimpati. Melihat air jernih gadis itu mengalir hatinya tutut merasa pilu. Sukar untuk menafsirkan apa yang tersirat dilubuk hatinya tika ini. Dia tidak mahu melihat gadis itu bersedih lagi.
**************************************************************************
Puan Sri Tengku Zawiyah membebel tidak puas hati. Sudah berkali-kali dia mendail nombor telefon anak lelakinya tetapi masih tidak di angkat. Hanya kedengaran suara mail box sahaja.
“ Mama geramlah dengan Riezq. Apalah yang dibuatnya sampaikan tak boleh nak menjawab telefon tu? Baik tak payah pakai telefon.” Bebelnya. Syafika menggeleng melihat telatah mamanya itu. Ini baru 2 hari adiknya tiada di rumah. Tidak dapat dia bayangkan kalau berminggu adiknya itu tiada di rumah apa akan jadi dengan mamanya itu. Dia tahu kenapa mamanya bereaksi seperti itu. Semuanya kerana Rania Qyrina.
“ Ma, kan Riezq bercuti dengan isterinya. Tak payahlah mama nak bimbangkan dia. Riezq tu dah besar, ma. Dah pandai jaga diri dia. Lagipun Rina ada dengan dia.” Ujar Syafika.
“ Itu yang mama tak suka.” Tempelaknya. Syafika mengeluh.
“ Terimalah Rina tu mama. Kesian kat Riezq. Apa perasaan dia kalau tahu yang mama tak suka dengan isterinya. Lagipun Ika tengok tak ada yang kurang pada Rina. Berpendidikan tinggi sama macam Riezq. Berkerjaya pulak tu. Kalau sebab dia anak yatim sepatutnya mama kenalah lindungi dia. Banyak pahala yang mama akan dapat nanti.” Ujar Syafika lembut. Berharap agar mamanya akan mengerti.
“ Mama bukan apa. Mama cuma geram adik kau tu kahwin tak beritahu kita. Boleh Ika bayang apa perasaan mama bila anak lelaki mama yang satu-satunya kahwin tanpa pengetahuan mama? Sedih mama ni. Mama dah rancang macam-macam untuk majlis adik Ika tu tapi ini yang dia buat kat mama.” Sayu hatinya. Sebak apabila memikirkan perkara seperti itu. Dia akui hatinya tertarik tatkala melihat Qyrina tetapi perasaan marahnya melebihi segala-galanya.
“ Ika faham mama. Apa yang Ika harap mama dapat menerima Rina. Demi Riezq, ma.” Syafika menggenggam erat tangan ibunya. Kasihan juga dia apabila memikirkannya. Riezq adalah anak lelaki tunggal dan bongsu yang mama sayang. Dia faham perasaan mamanya itu.
***************************************************************
Air matanya mengalir tanpa henti sejak dari tadi lagi. dia hanya membiarkannya. Masih terbayang-bayang wajah ibu dan adik lelakinya tadi.
“ Beritahu ibu perkara yang sebenarnya Nia.” Pinta ibunya. Wajah Aminah yang lemah dan pucat membuatkan hatinya sedih sekali.
“ ibu tahu ada yang tak kena dengan ibu ni. Nia tak perlulah nak sorok dari ibu lagi. beritahu apa penyakit ibu ni nak?”
Tubuhnya tersandar ke dinding. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi. wajah Aiman yang kebingungan di pandang. Kasihan kepada adik lelakinya ini. Apa yang harus dia lakukan?
“ Akak…” panggil Aiman sebak.
“ Barah otak, bu.” Ujarnya lambat-lambat. Aiman meraung dan terus memeluk ibunya. Manakala ibunya kelihatan tenang sekali. Dia pula hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya selama ini. Maafkan Nia, bu.
“ Rina.” Dia mendongak. Hilang wajah ibu dan adik lelakinya. Diganti dengan wajah lelaki ini, Tengku Syah Riezq.
“ Sabarlah awak. Mungkin semua yang berlaku ni ada hikmahnya.” Tuturnya. Air mata Qyrina makin lebat mengalir. Riezq melutut dihadapan Qyrina yang sedang duduk di atas kerusi. Air mata gadis itu di sapu. Qyrina hanya membiarkan. Badannya terhenjut-henjut.
“ Awak kena kuat demi ibu dan adik awak.” Tambah Riezq.
“ Saya tak nak kehilangan ibu saya. Saya tak boleh Riezq. Hanya ibu yang ada untuk kami. Macam-mana saya harus teruskan hidup tanpanya nanti.” Ujarnya bersama sendu.
Riezq mengangguk. Dia mengerti itu.
“ Saya janji akan sentiasa ada dengan awak, Qyrina.” Riezq menggenggam tangan gadis itu. Qyrina merenung anak matanya. Entah kenapa dia merasa sesuatu yang asing di dalam hatinya tika itu. perasaan tenang yang dilindungi. Dia menarik tangannya. Cuba mengusir rasa yang aneh itu.
“ Thanks awak.” Ujarnya perlahan. Riezq mengangguk. Dia sendiri pelik dengan tindakannya yang dirasa seperti diluar dugaannya itu. entah apa yang merasuk dirinya sehingga berani berlutut dan memegang tangan gadis itu tadi.

cinta tak bersyarat 10

DALAM perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Berada berdua-duaan dengan lelaki ini menbuatkan dirinya serba tidak kena. Dia sebenarnya lemas apabila berhadapan dengan lelaki ini. Dan yang lebih dia bimbang apa yang harus dia beritahu kepada ibunya nanti? Kenapalah lelaki ini sering membuatkan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang rumit.
“ Awak ni memang suka mengelamunkah Qyrina?” soal Riezq. Dia terpinga-pinga.
“ Selalu sangat saya tengok awak macam ni. Apa yang awak fikirkan? Awak mesti rasa seronokkan berdua dengan saya.” Lelaki itu ketawa. Qyrina mencebik.
“ Maaflah yer saya bukan fikir pasal awak. Saya Cuma penat nak layan awak so lebih baik saya diam. And one more thing, berada dengan awaklah perkara yang saya sentiasa mahu elakkan Encik Riezq.” Dia menjeling. Penat mahu melayan lelaki itu. lama-lama nanti dia boleh jadi gila kerana terlalu tertekan. Sampai bila dia harus berlakon menjadi isteri lelaki ini? Mama dan anak sama-sama berbahaya. Gementar pula dia apabila terfikir tentang mama lelaki itu.
“ Jangan pula nanti awak yang tak mahu berjauhan dari saya.” Tambah lelaki itu. Qyrina tidak mahu membalas kerana nanti dia juga yang akan kalah. Selisih malaikat 44. Dia tidak akan jatuh cinta kepada lelaki itu. Dia amat pasti itu. Tengku Syah Riezq bukan ciri-ciri lelaki idamannya.
Sepanjang perjalanan masing-masing hanya mendiamkan diri. Qyrina tidak berminat untuk berbual dengan lelaki itu dan Riezq pun tidak bersuara lagi. Mungkin dia sedar gadis itu tidak mahu melayan perbualannya lagi. Dia hanya memerhati gadis itu dari ekor matanya. Bibirnya tersenyum apabila kadang-kadang terlihat gadis itu menguap kecil.
“ Awak mengantukkah?” soalnya. Qyrina berpaling ke arahnya. Dia menggeleng.
“ Dari tadi lagi saya tengok awak menguap. Kalau mengantuk tidurlah. Lagipun buruk rupa awak bila menguap tau.” Riezq ketawa. Qyrina menjeling. Geram.
“ kalau saya tidur awak tahukah mana satu rumah saya?” balasnya. Sakit hati betul aku dengan mamat ni. Suka hati akulah nak menguap ke apa ke? Bebelnya di dalam hati.
“ Saya tahulah kampung awak sama dengan kampung sepupu Ryzal, si Syafiq tu.” Ujarnya tanpa memandang wajah perempuan itu. Dia begitu fokus kepada pemanduannya.
“ Memanglah kami sekampung tapi saya bukan duduk serumah dengan dia.” Tempelaknya. Dia sakit hati betul apabila berbicara dengan lelaki ini. Tidak tahu mengapa.
“ Suka hati awaklah. Tak nak tidur pun saya tak kisah. Bukan mata saya. Kalau awak nak celik 24 jam pun tak apa.” tambah Riezq. Kadang-kadang geram juga dia dengan Qyrina. Nampak saja lembut tetapi hati keras macam batu. Qyrina diam. Sedar dia tidak seharusnya berkasar dengan lelaki itu yang juga merangkap bosnya. Dia beristighfar di dalam hati.
Pukul enam lebih mereka tiba di rumah gadis itu. Dia memerhati rumah Qyrina yang sederhana besar itu. cantik dan bersih halaman rumahnya.
“ Dekat je rumah awak dengan sepupu Ryzal ye.” Ujarnya.
“ Terima kasih sebab hantar saya.” Ucapnya walaupun pada mulanya dia tidak berapa suka dengan kehadiran lelaki itu. apa pula kata ibunya nanti? Dia tidak pernah membawa mana-mana lelaki ke rumah selepas lelaki itu. lelaki itu yang pertama dan dia mahu lelaki itu juga yang terakhir tetapi segala-galanya terjadi sebaliknya.
Dia menapak keluar dari kenderaan lelaki itu. kepalanya terjenguk-jenguk ke dalam rumahnya. Pintu dan tingkap sudah di tutup. Rasanya waktu masih awal lagi. Dia berpaling ke belakang.
“ Awak tunggu kat sini ye saya nak masuk kejap. Macam tak ada orang je kat rumah ni.” Ujarnya dan berlalu. Dia menapak ke hadapan. Pintu ditolak.
“ Ibu.” Panggilnya. Dia menjenguk ke dapur. Tidak ada. Kemudian dia masuk ke bilik ibunya. Kosong.
“ Aiman. Kakak balik ni.” Dia memanggil adiknya pula. Tetapi senyap. Dadanya tiba-tiba berdebar. Mindanya mula berfikir yang bukan-bukan. Dia melangkah keluar.
“ Ibu saya tak ada kat rumah.” Ujarnya cemas.
“ Mungkin dia ke rumah jiran-jiran kot.” Riezq cuba menenteramkan hati gadis itu. dia menggeleng.
“ Aiman pun tak ada. Lagipun ibu takkan keluar dekat maghrib ni. Saya bimbanglah awak.” Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Hatinya sedikit lega apabila terlihat motosikal Aiman semakin menghampiri. Dia berlari mendekati adiknya.
“ Aiman ke mana ni?” soalnya. Adiknya tidak terus menjawab. Dia memakirkan motosikalnya. Tangan kakaknya disalam begitu juga dengan lelaki disebelah kakaknya. Dia ingin bertanya siapa lelaki tersebut tetapi hatinya lebih berat memikirkan tentang ibunya.
“ Ibu mana, Man?” soalnya lagi. hatinya tetap berasa tidak tenang. Aiman tunduk.
“ Man, jawab akak tanya ni. Ibu mana?” soalnya keras.
“ Ibu kat hospital kak.” Jawab Aiman lambat-lambat. Hampir terjelepuk dia ke tanah apabila mendengar ayat tersebut.
“ Kenapa dengan ibu? Bila lagi ibu kat hospital? Ya Allah kenapa Aiman tak beritahu akak.” Qyrina menggoncang tubuh adiknya. Air matanya mengalir. Dia takut ibunya akan meninggalkan mereka. Dia tidak mahu itu berlaku.
“ Kak, ibu tak apa-apa. Ibu cuma pengsan je semalam.” Terang adiknya. Dia menggelengkan kepalanya. Hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apa penyakit sebenar ibunya itu.
“ Sabarlah Qyrina. Kalau awak nak saya boleh hantar awak ke hospital sekarang.” Qyrina berpaling kepada lelaki itu. Dia hampir-hampr terlupa dengan kehadiran lelaki ini. Air mata yang masih bersisa di pipinya disapu.
“ sebentar lagi dah nak maghrib. Kita pergi kejap lagi ye.” Tambahnya. Dia mengangguk. Mujurlah lelaki ini ada dengannya tika dia benar-benar memerlukan seseorang. Walaupun bukan lelaki yang dia cintai. Bukan lelaki yang pernah dia sandarkan harapan terakhirnya dulu.Air matanya sekali lagi menitik.

***************************************************************************
Qyrina meluru mendapatkan ibunya. Tubuh ibunya didakap erat. Air matanya mengalir. Dia benar-benar rindukan ibunya.
“ Bila Nia sampai?” soal ibunya. Wajah pucat ibunya ditatap. Ya Allah semakin terukkah keadaan ibuku ini?
“ Kenapa tak beritahu Nia ibu masuk hospital?” soalnya. Ibunya tersenyum lemah.
“ Ibu bukan sakit teruk pun Nia. Semalam ibu rasa sakit kepala saje. Ibu pun tak sedar bila ibu jatuh pensan. Lagipun bukan teruk sangat ni. Doktor je yang tak bagi ibu keluar hospital. Ibu pun tak tahu kenapa?” ujar Aminah. Wajah sugul anak perempuannya ditatap. Kasihan sungguh dia dengan keadaan anaknya ini. Nampak sangat terlalu risaukannya. Matanya beralih kepada lelaki yang berada di belakang anaknya.
“ Nia, siapa ni?” soalnya. Qyrina berpaling ke belakang. Lupa untuk memperkenalkan lelaki ini kepada ibunya.
“ Teman lelaki akak la kot,ibu” belum sempat dia menjawab Aiman sudah mendahuluinya. Qyrina menyiku adiknya itu.
“ Ini bos Nia, bu. Encik Riezq, dia yang hantar Nia pulang..” Ujarnya. Riezq bersalam dengan ibunya.
“ Terima kasihlah Encik Riezq sebab hantar anak mak cik ni.” Tutut Aminah.
“ Panggil Riezq je mak cik. Sudah tanggungjawab saya sebenarnya. Lagipun bimbang saya kalau dia balik sorang-sorang.” Dia berbahasa. Qyrina mencebik. Tanggungjawab konon. Aku bukan bini kau. Mulutnya tersenyum. Palsu sebenarnya.
“ Berkawan rapatkah dengan Nia ni?” soal ibunya. Dia tersenyum. Wajah Qyrina yang kemerahan dipandang.
“ Tak ada lah bu. Dia kan……”
“ Rapatlah juga mak cik. Sebenarnya saya dan Qyrina ni sebenarnya dah lama kenal. Masa kami sama-sama menuntut kat university lagi. Saya nak minta izin mak cik untuk men jadikan Qyrina sebagai isteri saya. Saya betul-betul dah sayangkan dia.” Ujarnya. Rasanya ini adalah peluang terbaik untuknya memulakan rancangannya itu. wajah Qyrina yang tampak terkejut dipandang. Dia tersenyum. Hatinya berdebar juga usai menuturkan ayat itu. bimbang penerimaan gadis di hadapannya.
“ Mak cik tak kisah, Riezq. Kalau Nia dah suka mak cik tak ada halangan. Lagipun mak cik pun dah suka kat Riezq ni. Mak cik tahu Nia takkan silap pilih. Kebahagiaan Nia yang paling penting bagi mak cik. Cukuplah sekali dia menderita. Mak cik nak juga tengok dia bahagia sebelum mata mak cik pejam.” Aminah tersenyum bahagia. Gembira kerana anaknya sudah menerima lelaki lain dalam hatinya. Tangannya mengusap tangan anaknya. Qyrina merenung wajah Riezq. Matanya menikam anak mata lelaki itu. dia benar-benar tidak menyangka lelaki itu akan membuat perkara yang sebegitu. Mengapa harus memberi harapan palsu kepada ibunya? Sampai hatikah dia untuk memusnahkan harapan dan kegembiraan ibunya itu walaupun semua itu palsu. Dia ingin memberitahu perkara yang sebenar tetapi tatkala melihat sinar kebahagiaan di mata ibunya dia jadi tidak sampai hati. Hatinya menangis pilu apabila memikirkan kemungkinan yang akan menimpa ibunya nanti. Berikan kebahagiaan di saat akhir untuk ibunya. Itu yang bermain di kepalanya tika ini.

cinta tak bersyarat 9



QYRINA mengekori langkah ‘suaminya’. Mulutnya mengomel tidak puas hati dengan perangai lelaki itu pagi ini. Manalah dia tahu dia perlu menggosok baju lelaki itu. semalam tidak pula lelaki itu memberitahunya. Alih-alih pagi ini dia bertanyakan hal itu. ingat aku ni orang gaji ke?
Dia menarik kerusi bersebelahan dengan lelaki itu. wajah mak mertuanya dipandang. Seram melihat wajah wanita elegan itu tanpa senyuman. Hai…mesti tak sukakan akulah tu. Bukan dia tidak dapat memahami penerimaan wanita itu tetapi wanita itu tidak bersalah. Anaknya yang buat hal. Ibu mana yang tak naik angin.
“ assalamualaikum mama, papa.” Qyrina melemparkan senyuman. Salamnya disahut. Nasib baik.
“ Rina hari ni kamu duduk rumah je.” Hampir tersedak dia. Wajah mak mertuanya dipandang. Kenapa ni?
“ Kenapa ma?” lelaki itu menyoal. Dia memandang wajah Riezq.
“ Mama takkan dera bini kau.”
“ Bukan macam tu ma. Rina kan kerja hari ni.” Perasaan Riezq jadi tidak enak. Dia memandang wajah mamanya yang tampak serius. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar nanti. Dia tahu mamanya jenis yang serius dan Qyrina pula pasti tidak akan tahan dengan mamanya itu.
“ Tinggalkan rina dengan mama. Untuk hari ni je. Mama nak juga kenal dengan isteri kamu ni.” Pn. Sri Tengku zawiyah memandang wajah anaknya. Dia tahu anak lelakinya khuatir dia akan apa-apakan menantunya ini tetapi dia hanya mahu mengenali perempuan ini. Memang dia masih tidak dapat menerima menantunya tetapi dia tahu semuanya sudah berlaku.
“ Tak pe lah Rina, hari ni kamu cutilah. Riezq elok juga Rina temankan mama kamu. Lagipun kerja kat pejabat tu kamu masih boleh handlekan. Boleh Rina?” Tan Sri tengku Omar pula bersuara. Elok juga mereka saling mengenali. Fikirnya. Qyrina angguk perlahan. Dia tersenyum. Memang tidak ikhlas senyumannya itu. dia takut sebenarnya. Apa yang dia harus lakukan tanpa lelaki itu disisinya? Ya Allah selamatkanlah aku…. doanya didalam hati.

“ KALAU ada apa-apa call saya.” Dia teringat pesanan lelaki itu sebelum berangkat ke pejabat tadi. Dan kini dia hanya berdua dengan mama lelaki itu. Terasa sungguh janggal. Serba tidak kena rasanya. Ingin mendongak dia tidak berani. Apa yang harus dilakukannya? Dia berdehem. Cuba mencari keberanian. Kepalanya didongak.
“ Saya minta maaf.” Ucapnya. Wajah wanita itu dipandang.
“ Macam-mana kamu boleh kenal dengan Riezq?” soal Pn. Sri Tengku Zawiyah. Qyrina menelan liur. Otaknya tba-tiba gagal berfungsi. Apa yang harus dia katakan kepada wanita ini? Macam-mana kalau ceritanya dengan cerita lelaki itu bercanggah nanti? Kenapalah banyak sangat masalah…..
“ Sama macam yang Riezq beritahu mama.” Mungkin itu adalah jawapan yang boleh menyelamatkannya.
“ Riezq tak cerita apa-apa pun pasal kamu, Rina. Dia hanya cakap yang dia dah kahwin dengan perempuan yang bernama Rina. Itu je dan dia cakap yang kamu ni anak yatim. Mama nak tahu macam-mana kamu kenal dia dan apa motif kamu kahwin dengan dia?” anak mata qyrina dipandang.
“ Apa maksud mama?” soal Qyrina. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang wanita itu ingin katakan sebenarnya.
“ Mungkin sebab Riezq kaya dan kamu rasakan yang Riezq lelaki yang tepat yang boleh menjaga kamu. Kamu sebenarnya bukan sayangkan dia tetapi hanya mahu menumpang kekayaan dia je kan.” Tekan wanita itu lagi. Qyrina terkesima. Sampai begitu sekali anggapan wanita itu. takut benar orang mempermainkan hati anak lelakinya.
“ Maaf mama. Mama silap. Masa Rina kenal Riezq, Rina tak tahu pun siapa dia sebenarnya. Siapa keluarga dia? Rina Cuma kenal dia je, ma. Rina tak pernah terfikir pun pasal harta keluarga dia. Memang Rina anak yatim tetapi Rina masih boleh bergantung hidup sendiri.” Maafkan Nia, bu. Nia tidak berniat untuk berbohong. Nia bukan anak yatim. Nia masih ada ibu. Tiba-tiba dia jadi sebak. Air matanya seakan-akan ingin mengalir tetapi ditahannya.
“ Rina ikhlas cintakan Riezq. Mugkin salah Rina terima lamaran dia dan berkahwin tanpa restu mama dan papa tetapi Rina tak boleh menolak sebab Rina dah sayangkan dia. Kalau mama rasa Rina tak layak untuk Riezq, mama boleh mintak Riezq lepaskan Rina” usai dia berkata begitu dia terus bangun meninggalkan Pn. Sri Tengku Zawiyah di situ. Ampunkan aku ya Allah kerana membohongi seorang ibu. Aku terpaksa. Air matanya jatuh. Dia benar-benar rasa bersalah. Hanya wajah ibunya yang terbayang diruang mata.

RIEZQ meletakkan briefcasenya di atas katil. Di pejabat lagi fikirannya resah memikirkan tentang perempuan itu. sebab itulah dia tergesa-gesa pulang tadi. Dan sekarang dia sedang melihat perempuan itu dengan selambanya sedang membaca majalah.
“ Mama nak apa?” soalnya sambil menatap wajah Qyrina. Dia menutup majalah tersebut dan meletakkan di atas meja solek.
“ Dia Cuma nak tahu pasal kita je. Macam-mana kita kenal.”
“ Habis tu awak cakap apa?” soalnya tak sabar-sabar.
“ Tak cakap apa-apa pun. Saya tak tahu nak reka cerita apa. En. Riezq pun tak beritahu saya apa-apa. Mama En. Riezq tak sukakan saya. Dia rasa saya pandang harta en. Riezq je. Itu yang dia cakap tadi.” Ujarnya. Riezq mengeluh. Memang dia dah agak. Mama memang prejudis dengan orang yang tak setaraf dengannya.
“ Apa kata kita bercerai? Maksud saya awak lepaskan saya sebab mama awak yang lebih penting.”
“ Tak boleh. Kita baru je kahwin takkan dah nak buat cerita bercerai pulak.” Riezq menggeleng-geleng.
“ hah satu lagi jangan berencik dengan saya kat rumah. Ni bukan pejabat. Susah kalau mama atau sape-sape yang dengar nanti.” Qyrina mengangguk.
“ Saya rasa kalau bercerai tu lebih baik. Mama awak takkan nak marah awak sebab dia tak suka dengan perkahwinan ni. Mungkin dia akan lebih gembira lagi lepas dengar berita ni. Tadi pun saya dah beritahu dia yang awak boleh lepaskan saya. Demi dia.” Ujar qyrina.
“ Erm nantilah saya fikirkan. Awak ada berborak dengan mama saya ke lepas tu?” soal lelaki itu. Qyrina menggeleng.
“ Saya nak mandi kejap. Lepas ni kita turun sama-sama.” Ujar Riezq. Dia mencapai tuala yang tersangkut.
“ Jangan skodeng saya pulak.” Ujarnya dan terus berlalu tanpa sempat Qyrina membalas.
“ Ingat aku pelahap sangat nak skodeng kau mandi.” Bebelnya sendiri. Dia mencapai majalah tadi sementara menunggu lelaki itu selesai mandi. Otaknya ligat memikirkan apa yang terjadi selepas ini. Adakah semuanya akan berjalan seperti yang di rancang?







WAJAH Ryzal yang serius dihadapannya dipandang. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Cadangan Ryzal dirasakan tidak masuk akal dan dia tidak boleh menerimanya.
“ Aku rasa ini yang terbaik Riezq. Kau duduk sebilik dengan Rina padahal kau dengan dia belum kahwin lagi. Memanglah semua orang fikir kau dengan dia dah kahwin tapi hakikatnya tak. Takkan kau tak tahu godaannya besar bila lelaki dengan perempuan berdua-duaan ni. Memanglah kau cakap kau tak tidur dalam bilik tu tapi sampai bila?” terang Ryzal. Wajah gelisah sahabatnya itu dipandang.
“ Sebab tu lah aku nak pindah. Senang sikit nanti.” Ujarnya. Ryzal menggeleng.
“ Lagi bahaya macam tu. Aku rasa kau dengan Qyrina kena kahwin betul-betul. Kau bincanglah dengan dia nanti.” Ryzal amat pasti cadangannya itu akan menyelamatkan semua pihak. Dia juga merasakan gadis itu amat sesuai untuk dijadikan isteri dan Riezq tidak akan rugi.
“ Aku tak de perasaan pun kat dia, Zal. Dan dia pun sama. Aku kesian la nak buat macam tu kat dia.” Tuturnya. Dia tidak akan membuat hidup gadis itu huru-hara nanti. Dia juga kasihankan Rania Qyrina.
“ Cinta boleh dipupuk Riezq. Kau cubalah dulu. Kalau masing-masing tak boleh teruskan kau orang boleh bercerai. Tapi kau cubalah pikat dia. Lihat dia dari sudut yang berbeza. cinta boleh dipupuk Riezq.” Riezq mengeluh. Memang cinta boleh dipupuk tetapi hatinya tidak berniat untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah hanya sekali dia menderita kerana cinta. Dia tidak mahu lagi merasai semua itu.
“ Kau fikirlah dulu.” Ujar Ryzal dan berlalu dari biliknya. Dia menarik nafas. Apa yang harus dilakukannya? betul-betul berkahwin? Mahukah Qyrina menerima cadangan itu. sedangkan dia tahu gadis itu masih mengingati bekas tunangnya. Walaupun Qyrina tidak memberitahu tetapi dia tidak buta melihatnya. Ketukan dipintu mematikan lamunannya.
“ Boleh saya masuk, encik Riezq?” gadis ini. Dia mengangguk lemah. Qyrina duduk di hadapannya.
“ Saya nak minta cuti. Boleh?” wajah lelaki itu dipandang. Harap-harap permintaannya diluluskan. Dia mahu melawat ibu di kampong. Mungkin minggu depan ibunya akan menjalani pembedahan. Dia mahu bersama ibunya.
“ Berapa hari?” soalnya. Wajah suci gadis itu dipandang. Qyrina memang cantik. Tiada apa yang kurang pada gadis ini. Wajahnya yang putih, matanya yang bundar cukup untuk menggetarkan hati lelaki yang memandangnya. Tetapi mengapa hatinya tidak terusik dengan wajah ini? Betulkah hatinya tidak pernah terusik?
“ Arghh….” Tanpa sedar dia menjerit kecil.
“ Kenapa encik Riezq?” soalnya takut-takut. Buang tabiat ke apa lelaki ni. Getusnya.
“ Tak ada apa-apa. Berapa hari awak nak bercuti?” soalnya kembali. Qyrina tersenyum. Tadikan aku dah cakap. Memang dah tak betul agaknya mamat ni.
“ Seminggu.” Ujarnya. Lelaki itu mengerutkan dahinya.
“ Nak buat apa cuti lama-lama?” soalnya pula.
“ Saya nak melawat ibu saya.” Ujarnya. Riezq merenung Qyrina. Dia mengerutkan dahinya. Otaknya sedang memikirkan sesuatu.
“ Saya pun kena ikut awak.” Ujarnya. Qyrina terkejut. Apesal lak mamat ni nak ikut aku?
“ Eh mana boleh nanti apa pulak kata ibu saya. Lagipun kenapa encik Riezq nak ikut saya pulak?” soalnya. Buang tabiat ke aku nak bawak kau balik.
“ Awak jangan lupa saya ni ‘suami’ awak cik Qyrina.” Ujarnya separuh mengejek.
“ Famili saya mana tahu tentang hal kitakan.” Dia memandang wajah Riezq. Kacak juga lelaki di hadapannya ini. Kenapa selama ini dia tidak perasan dengan semua ini? Baginya Riezq seorang lelaki yang egois dan dia tidak menyukai lelaki ini.
“ Tapi mesti family saya bertanya nanti. Dah jangan banyak soal. Saya akan ikut awak. Kalau tak awak takkan dapat cuti. It’s ok cik Qyrina?” lelaki itu tersengih. Qyrina mengetap bibir. Mamat sewel. Kutuknya di dalam hati. Rasa mahu diketuk kepala lelaki itu sekarang juga.

hero and heroin cinta tak bersyarat,,,( Rania Qyrina dan Tengku Syah Riezq)

cinta tak bersyarat 8

“BETULKAH Qyrina kena pindah keluar ni? Jauh sangatkah tempat kerja Qyrina dengan rumah ibu lina ni?” tangannya berhenti dari terus mengemas pakaiannya. Wajah ibu saudaranya dipandang.
“ Tak adalah jauh sangat tapi pihak syarikat yang suruh Qyrina pindah. Katanya senang untuk Qyrina berulang alik nanti.” Dia menelan liur. Amat pahit rasanya untuk menipu ibu saudaranya ini. Dia menggigit bibir bawahnya.
“ Kita dah sampai.” Satu suara mengembalikan dirinya ke alam nyata. Dia terpinga-pinga seketika. Wajah Riezq di pandang.
“ Hati2 dengan pertuturan awak nanti. Kalau tak perlu tak payah bercakap. Biar saya yang uruskan semuanya.” Pesan lelaki itu lagi. Dia sudah boleh menghafal kata2 lelaki itu sejak tadi. Dia hanya mengangguk. Apabila keluar dari kereta dia tergamam melihat kediaman lelaki itu. hampir2 ternganga mulutnya mujurlah sempat dikawal reaksinya itu. lelaki ini memang kaya.
“ Anything wrong miss Qyrina?” qyrina berpaling. Kakinya mengundur setapak apabila tubuh lelaki itu amat hampir dengannya. Dia mendongak memandang wajah lelaki itu. berkelip-kelip matanya apabila panahan mata lelaki itu menusuk ke jantungnya.
Riezq berdehem.
“ Why?” soal lelaki itu. qyrina menggeleng.
“ Awak tak perlu bimbang saya dah uruskan semuanya. Awak Cuma perlu dengar dan ikut cakap saya je. Jomlah masuk. My family dah tunggu. Come.” Dia menarik tangan Qyrina dngan selamba. Qyrina terkesima. Dia ingin menepis tangan lelaki itu tetapi entah kenapa dia hanya membiarkan sahaja. Kakinya menurut sahaja langkah lelaki itu. sehingga dia dibawa ke hadapan pintu rumah lelaki itu.
“ assalamualaikum mama papa.” Laung Riezq. Tangannya yang di genggam erat oleh Riezq terasa berpeluh. Muncul kelibat seorang wanita yang lebih tua daripada lelaki ini. Rasanya dia tidak pernah melihat wanita tersebut.
“ Mama dan papa ada kat depan. So inilah Rina. Satu2nya perempuan yang dapat menundukkan ego adik lelaki akak ini.” Qyrina mengerutkan dahinya. Kurang mengerti dengan kata-kata wanita tersebut. Dia ingin menghulurkan tangannya untuk bersalam. Namun tangan kirinya masih di genggam oleh lelaki tersebut. Dia memandang Riezq. Lelaki itu mengangkat keningnya. Matanya menyorot ke bawah.
“ Ops sorry.” Riezq tersengih.
“ mama dah tunggu tu. Cepatlah pergi jumpa mama. Nanti mengamuk pulak orang tua tu.” Ujar Syafika. Geli hatinya apabila mendengar wanita itu berkata sebegitu.
“ Jomlah.” Ajak Riezq. Qyrina hanya menurut. Dadanya makin berdebar. Tetapi mengapa lelaki itu hanya kelihatan selamba sahaja sedangkan dirinya risau yang amat sangat. Sepatutnya dia tidak perlu risau. Dia dan Riezq bukan berkahwin tetapi hanya berlakon sebagai pasangan suami isteri sahaja. Hanya untuk beberapa bulan sahaja.


QYRINA tunduk. Dia tidak berani memandang wajah lelaki itu. sekarang dia hanya berdua-duaan dengan Riezq di dalam bilik yang agak besar baginya. Badannya sudah berpeluh-peluh.
“ We need to talk.” Dia mendongak. Riezq memandangnya. Entah kenapa dadanya berdebar-debar. Mungkin kerana dia berduaan dengan lelaki itu.
“ Sebelum awak sign kontrak semalam tu awak dah baca ke butirannya?” soal Riezq. Dia mengangguk.
“ Awak tahu ke yang kita kena duduk sebumbung?” soalnya lagi. Qyrina mengangguk lg.
“ kita kena tinggal sebilik jugak.” Qyrina mengeluh. Apehal mamat ni banyak soal lak? Kan aku dah cakap yang aku dah bace kontrak tu.
“ Qyrina awak dengar tak?”
“ ya saya tahu en.Riezq. dan kita tak boleh lebih2 coz kita bukan betul2 kahwin pun.” Ujarnya berani. Riezq tersenyum. buang tabiat ke mamat ni?
“ kalau kahwin bolehlah nak lebih2?” soal Riezq bersama sengihan. Meremang bulu romanya. Dia hanya menjeling.
“ Awak tak perlu bimbang. Saya takkan tidur dalam bilik ni. Bila semua dah tidur saya akan ke bilik bacaan. Lagipun saya tahu hukum agama. Kita tak ada apa2 ikatan. Duduk macam ni banyak godaannya.” Ujarnya. Sempat bibirnya tersenyum. entah apa yang melucukan?
“ sampai bila awak nak buat macam ni?” soal Qyrina. Riezq mengeluh. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan terus menipu keluarganya dan menggunakan perempuan dihadapannya ini. Bibirnya melepaskan keluhan. Matanya memandang wajah bersih Rania Qyrina.
“ Kenapa?” soal Qyrina. Perasaannya yang berdebar tadi beransur pulih.
“ Mungkin lebih baik kalau kita pindah rumah. Kita tak perlu kongsi bilik. Kita pun akan lebih selesa.” Dia menimbang sendiri. Qyrina mengerutkan dahinya. Duduk rumah lain. Hanya dia dan lelaki ini sahaja. Buang tabiat ke apa mamat ni? Aku masih waras lagi. Lebih baik duduk serumah dengan keluarga dia. Lagi selamat.
“ Awak nak ke mana tu?” soalnya apabila lelaki itu mula mnegatur langkah.
“ nak call Ryzal kejap. Saya nak dia uruskan hal ni.” Ujarnya.
“ Hal apa?” wajah Ridz dipandang.
“ Cari rumah lar.”
“ Eh tak payah la awak. Lebih selamat kalau kita duduk dengan family awak jew. Kalau kita duduk berdua je lebih bahaya.” Ujarnya. Dia senyum sikit. Tidak mahu lelaki itu fikir dia pula yang mahu mengajar lelaki itu. Riezq tersengih bak kerang busuk. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terasa kelakar dengan kenyataan perempuan dihadapannya itu. Dia dapat menangkap maksud tersirat Qyrina tadi. Takut betol duduk dengan aku la tu.
“ Awak jangan risau la Qyrina, kalau kita pindah rumah saya belum gila lagi nak duduk berdua jew dengan awak.”
“ Maksud awak?”
“ Nanti saya fikir lah. Banyak soallah awak ni.” Lelaki itu terus berlalu. Qyrina mengeluh. Mamat senget ni memang macam ni. Tapi kalau tiada dia mungkin masalahku akan lebih besar. Ibu, bertahanlah. Ibu akan selamat. Nia takkan biarkan ibu pergi. Nia tak nak ibu pergi. Air mata yang hampir tumpah diseka.

cinta tak bersyarat 7



Rania Qyrina menggenggam erat kedua-dua belah tangannya. Dadanya dari tadi berdebar kencang. Dia tahu tindakan yang dilakukannya itu bodoh tetapi dia harus melakukannya demi ibunya. Dia tak boleh kehilangan ibunya.
Kerja yang diberikan langsung tidak dapat diselesaikan. Pintu biliknya di buka tanpa diketuk. Terjengul wajah Ryzal yang kelihatan serius.
“Awak sibuk ke ni?” soal Ryzal. Dia menggeleng. Tanpa dipelawa lelaki itu duduk di hadapannya.
“ Awak serius ke?” soal Ryzal. Rania qyrina mendongak. Matanya menikam anak mata Ryzal. Cuba memahami persoalan lelaki itu. kemudian dia menunduk setelah dapat menangkap maksud kata2 lelaki itu.
“ Ni bukan perkara main2 Qyrina. Awak dah fikir masak2? Saya tak nak awak menyesal nanti.” Ryzal memandang wajah sugul gadis itu.
“ saya serius en. Ryzal .” ucapnya. Ryzal mengeluh.
“ kalau awak perlukan duit awak boleh pinjam dengan syarikat. Walaupun awak pekerja baru saya boleh cuba tolong awak.”
Rania Qyrina menggeleng. Dia tahu sebagai pekerja baru dia tidak layak untuk memohon pinjaman. Apatah lagi jumlah yang diperlukannya agak banyak dan dia memerlukan duit itu dengan cepat.
“ saya dah fikir masak2 tentang hal ni. Kalau boleh saya harap en. Ryzal boleh tolong saya rahsiakan hal ni daripada keluarga saya dan sesiapa saja.” Ujarnya tegas. Ryzal terdiam. Wajah mulus gadis itu dipandang lagi.
“ kalau macam tu saya harap awak takkan menyesal. Ingat sekali awak melangkah awak takkan dapat berpatah balik lagi. ” ujar Ryzal dan berlalu. Dia hanya memandang kelibat lelaki itu yang semakin menjauh. Air matanya mengalir perlahan. Pantas diseka supaya tiada sesiapa yang melihat. Nia harus lakukan semua ni. Untuk ibu…..



PUAN SRI TENGKU ZAWIYAH melangkah bergaya memasuki pejabat suaminya. Dia membalas senyuman staf2 yang menyapanya. Tiba2 tubuhnya dilanggar seseorang. Walaupun tidaklah sekuat mana tapi cukup untuk menaikkan darahnya.
“ maafkan saya puan.” Ujar gadis itu. fail yang terjatuh dipungutnya.
“ awak ni buta ke? Lain kali jalan tu berhati-hati sikit.” Ujar wanita itu walaupun perlahan tapi cukup tegas. Dia menelan liur. Siapa pula wanita ini? Rasanya dia tidak pernah melihat wanita ini di sini.
“ kenapa awak pandang saya macam tu? Awak tak puas hati dengan saya ke?” soal Puan Sri tengku Zawiyah. Gadis itu cepat2 menggeleng.
“ tak ada mak cik eh, puan. Saya….” Ujarnya tergagap-gagap.
“ Awak ni budak baru ke? Saya tak pernah nampak sebelum ni.” Soal pn. Sri tg. Zawiyah lagi. Dia hanya mengangguk.
“ riezq ada?”
“ puan ni siapa?” soalnya.
“ dia ada ke tak?” ulangnya tegas. Dia menelan liur mendengar intonasi wanita itu. kepalanya mengangguk.
“ dah pergi buat kerja kamu. Ingat syarikat ni kamu punya boleh goyang kaki je.” Tambahnya sebelum berlalu. Dia mengerutkan dahinya mendengar kata2 wanita itu. sombong semacam je.
RIEZQ mendongak apabila mendengar pintu biliknya di buka. Wajah ibunya sedikit memeranjatkannya. Spontan dia berdiri. Tidak menyangka wanita itu akan menjenguknya di pejabat tanpa memberitahu terlebih dahulu.
“ macam tak suka je mama datang.” Ujar mamanya. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan anaknya.
“ kenapa tak beritahu nak datang?” soal Riezq.
“ Takkan nak jumpa anak sendiri pun kena buat temujanji dulu. Biasanya mama tak pernah buat temujanji pun.” Marah mamanya. Riezq hanya tersenyum.
“ Ada apa mama datang ni?” soalnya.
“ susah sangat nak jumpa kamu kat rumah sekarang. Terpaksalah mama cari sampai kat sini.” Wanita itu menjeling anaknya.
“ Biasalah mama sekarang ni Riezq sibuk sangat. Banyak kerja yang nak kena siapkan.” Dia memberi alasan. Berharap agar mamanya percaya.
“ Yer la tu. Bukan sebab kamu nak lari dari mama?”
Riezq berlalu ke arah tingkap. Membelakangkan mamanya. Tangannya mengusap rambutnya. Dia faham akan kata2 mamanya. Mamanya ingin mengetahui tentang hal tersebut. Apa yang harus dia katakana?
“ Sampai bila kami kena tunggu, Riezq? Mana perempuan yang kamu janji nak bawa balik tu? Atau selama ni kamu hanya berbohong dengan kami. Kalau mama dapat tahu kamu buat macam tu siaplah kamu. Mama paling tak suka orang yang menipu ni.” Ujarnya.
Riezq menelan liur. Dia menghadap mamanya. Bibirnya mengukir senyum. Dia mendekati mamanya. Bahu mamanya dipeluk.
“ Riezq takkan buat macam tu mama. Lagipun tak ada sebab Riezq nak berbohong ni. Mama jangan bimbang. Maybe hujung minggu depan Riezq bawak dia jumpa keluarga kita.okey mama?” dia bersuara lembut. Berharap agar mamanya bisa mengerti.
“ Kenapa mesti minggu depan? Mama nak minggu ni jugak.” Ujar Pn. Sri Tg. Zawiyah. Riezq mengeluh dengan sifat degil mamanya. Pelukan dibahu dilepas.
“ Ni mesti perempuan tu yang sengaja berlengah. Kenapa Riezq nak dengar cakap perempuan tu? Riezq sayang mama atau perempuan tu?” suara mamanya makin meninggi. Riezq menelan liur.
“ Riezq anak mama, dia lak isteri Riezq. Macam-mana Riezq nak pilih sebab dua2 penting bagi Riezq. Tapi mama tetap nombor satu di hati Riezq.” Riezq memancing mamanya. Segaris senyuman di bibir mamanya menenteramkan jiwanya.
“ mama nak jumpa dia minggu ni jugak. Titik.”
Puan Sri Tg Zawiyah berdiri. Dan berkira-kira untuk meninggalkan bilik anaknya.
“ Tapi ma…”
“ kali ni dengar cakap mama kalau Riezq taknak mama buat sesuatu yang Riezq tak suka.” Puan Sri Tg Zawiyah menarik tombol pintu. Namun tubuhnya hampir terjatuh dek rasa terkejut pabila ada seseorang di hadapannya.
“ Maaf.” Hanya itu yang terkeluar dari bibir Qyrina. Dia turut terperanjat melihat tubuh kaku di hadapannya itu
“ Awak lagi. Memang sengaja nak langgar saya ke?” bebelnya. Qyrina pantas menggeleng. Kehadiran Riezq menjadikannya makin gementar. Teringat akan permintaanya semalam.
“ hish malang betul.” Tambah wanita itu lagi.
“ Saya tak sengaja en. Riezq, puan.” Terangnya bersungguh.
“ mama dah lah,dia tak sengaja. Mama tak apa-apa kan.” Riezq cuba menenteramkan mamanya. Dia masak dengan perangai mamanya. Mudah marah walaupun hanya perkara kecil. Lagipun dia tidak mahu mamanya mengherdik menantunya itu. Belum apa2 sudah bermasalah.
“ Tadi dia dah langgar mama. Sekarang nak buat lagi. Pekerja baru kamu ke ni?” mamanya masih tidak berpuas hati. Qyrina hanya diam. Walaupun dia tidak berpuas hati dengan wanita itu tapi dia masih terkejut apabila mendengar lelaki itu membahasakan wanita tersebut mama. Maknanya wanita yang garang macam singa ini adalah ibu lelaki itu. dan wanita inilah yang harus dia bohongi. Oh tuhan. Dia beristigfar dalam hati.
“ Saya betul2 tak sengaja Pn. Sri. Saya baru nak ketuk pintu ni tadi tapi pintu ni dah terbuka. Saya pun terkejut juga.” Ujarnya lagi.
“ Kalau tak kau nak ketuk dahi akulah tadi?” mamanya makin geram. Riezq memandang wajah Qyrina mengisyaratkan gadis itu beredar. Dia tidak mahu suasana menjadi makin teruk pula.
“ Hah nak ke mana tu? Orang belum habis cakap lagi dah nak pergi.”
Langkah kaki Qyrina terhenti. Dia menelan liur. Tekaknya terasa berpasir. Dia tidak berani memandang wajah garang wanita itu.
“ Mama dahlah tu. Dia tak sengaja. Awak pergi lah dulu Qyrina. Saya akan uruskan semua ni.” Arahnya.
“ Kenapa Riezq nak bela sangat budak ni?” soal mamanya tidak berpuas hati.
“ Mama……”
“ Eh tunggu kejap. Apa nama budak ni?” soal mamanya. Wajah Riezq dipandang. Riezq mengerutkan dahinya. Apa kena mengena dengan nama pulak?
“ Apa nama kamu?” soal mamanya kepada Qyrina pula apabila pertanyaannya tadi tidak dijawab.
“ Rania Qyrina, Pn Sri.” Tuturnya perlahan.
“ Qyrina.. rina…” dia memandang wajah anak lelakinya. Riezq masih tidak dapat meneka maksud sebenar pandangan mamanya.
“ Dia ke?” soal Pn Sri Tg Zawiyah.
“ Dia apa?” soal Riezq bodoh. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
“ Kalau macam tu saya pergi dulu lah Pn Sri, en. Riezq.” Qyrina bersuara. Rasanya tiada sebab lagi untuk dia menunggu di situ.
“ Kamu tunggu kejap.” Dia tidak jadi melangkah. Wajah wanita itu ditatap.
“ Ada apa lagi ni mama?”
“ Rina. Inikah perempuan yang kamu beritahu tu?” suara mamanya kedengaran tegas. Dia masih tidak dapat membaca maksud kata2 mamanya.
“ Perempuan mana ni mama?” rasanya dia tidak pernah memberitahu tentang gadis itu kepada mamanya. Otaknya bingung.
“ Isteri kamu.”
Gulp! Dia menelan liur. Wajah Qyrina yang turut terperanjat di pandang. Macam-mana mamanya boleh meneka sebegitu?
“ Patutlah kamu bela dia sangat rupanya dia isteri kamu, Riezq. ” pn. Sri Tg zawiyah kembali menapak ke dalam. Sementara Qyrina masih berada di luar dalam keadaan yang serba tidak kena.
“ Buat apa tercegat kat luar 2? Masuklah.” Qyrina memandang wajah riezq. Tidak tahu apa yang harus di lakukannya. Riezq mengangguk memberi keizianan pdnya. Perlahan-laham dia menapak masuk. Dadanya bedebar kencang. Dia harus kuatkan semangatnya demi ibunya yang tercinta. Walau apa yang terjadi dia tidak akan berganjak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh my god...nufa makin tua but alhamdulillah umo makin pjg.TQ Allah

Daisypath Happy Birthday tickers